Thursday, August 28, 2008

Pelajar-pelajar Terdesak

Tak perlu menjadi pelajar Fizik mahupun Matematik untuk memahami gambarajah di bawah:












Gajah dan penyu itu benar-benar membuatkan hari aku ceria.

Sunday, August 24, 2008

Pussycat Balls


On the set: The making of When I Grow Up. From left: Mel Thornton, Nick Scherzinger.


Sejak kecil lagi aku sering tersalah dengar lirik dan suka menyanyi dengan lirik yang salah. Sampai orang lain yang rasa malu untuk aku. Tapi adakah aku sorang yang ingat Nicole Scherzinger menyanyi "I wanna have boobies" instead of "I wanna have groupies" dalam lagu When I Grow Up?


Mula-mula aku dengar lagu itu aku fikir, mengarut jugak lagu ni. Lepastu biasalah, 9-10 kali dengar lagu tu main kat radio kereta orang dan dengar dia dimainkan di kedai, aku tersangkut juga. Aku tak rasa pelik pun masa aku ingat dia cakap "I wanna have boobies." Because hey, it's the Pussycat Dolls. Aku tak rasa Nicole Scherzinger ada cita-cita nak jadi roket saintis masa kecik ke apa. Macam ok, tak ada lah tinggi sangat cita-cita dia ni, dia nak boobies je, tapi boleh diterima lah.



Kawan aku cakap aku suka terlebih analyse lyrics sebab aku perempuan. Perkara tu macam datang secara automatik bagi aku, tapi aku tak rasa pun hal menganalisis lirik ni perempuan saja buat. Pasal aku ramai saja kawan perempuan yang tak kisah pasal lirik lagu langsung tapi kisah pasal rentak lagu itu.

Thursday, August 21, 2008

Soalan Cepu Emas Celup

Pagi aku disambut dengan komen bahawa ada seorang hater sedang rajin drop komen di kebanyakan blog yang telah menulis komen di post aku yang sebelum ni (as usual, aktiviti bulanan yang sudah menjadi kebiasaan di blog aku). Kali ini menggunakan nick baru pula. Wah, so kreatif! As usual, nick tak legit.

Jadi aku tertanya-tanya.

Ayah aku sudah membantu beribu-ribu orang Melayu, samada pelajar atau staff, sepanjang tempoh dia berkhidmat di universiti tertua di Malaysia. Walaupun pernah melalui pelbagai diskriminasi oleh orang Melayu.

Apa yang KAMU, seorang berbangsa Melayu, buat untuk bangsa kamu, selain daripada tulis komen-komen yang vulgar memanggil orang bodoh di blog orang? Berapa orang Melayu yang sudah kamu bantu?

Dan apa yang orang bukan Bumiputera telah buat kepada kamu yang begitu teruk sehingga kamu menjadi sangat bitter terhadap mereka? Sebab aku tak rasa ianya lagi teruk daripada apa yang ayah aku pernah lalui.

And tell me what fault was it that you deducted from my previous post that my Dad has, because he is the most selfless person I know.

Dan aku lihat kamu panggil diri aku bukan Melayu, bila masa aku tulis aku bukan Melayu?

Aku pernah mengenali seseorang yang menggila-gilakan konsep ketuanan Melayu. Yang ironinya, at the end of the day, dia telah confess pada aku dia hanya tertarik kepada perempuan bukan Melayu.

Sebelum mulut kamu berbuih-buih 'mempertahankan' konsep ketuanan Melayu kamu, sila beritahu aku, apa yang kamu pernah lakukan untuk membantu bangsa kamu.

Sila. I will approve them after class, but I doubt there'll be any, since you've probably done nothing to help your own race.

Tuesday, August 19, 2008

Janganlah Paranoid Sangat

Edit: Aku ada tersilap fakta sedikit.

Bovril Lavigne said...

ada pembetulan fakta sedikit...he never had the luxury of 2 keping roti. he had to petik pucuk paku in the hutan on the 3 mile walk to school and rebus to makan. padanlah kurus kering sampai anak 4 pun..tak cukup muscle-building protein masa time membesar.

I think he got the Shell scholarship la yg meant for the malays sama ada for his grad or postgrad studies..pasal takda sorang pun layak masa tu n they had to give it to a deserving underprivileged student..tak silap i la..but i could be wrong

In the uni in Msia where he taught, he was asked to luluskan pelajar Melayu as long as they wrote SOMETHING in the answer sheet..org yg tak tulis apaper/tak hadir peperiksaan je fail..so therefore if they wrote an answer and dapat 5/100 they still pass the subject..ever wonder why the ranking uni turun a few hundred spots from the previous years? aduh..rosak rosak


Maaf. Tapi ayah aku tak pernah bercerita tentang kesusahan dia semasa muda. Dia bukan jenis yang suka bercerita tentang diri sendiri. Semua cerita ini aku dengar daripada ibu, colleagues, sesiapa yang pernah bersekolah dengannya atau aku dengar/lihat sendiri.


Pada awalnya aku tak tahu apa-apa pun tentang hal UiTM ini. Aku tak ada di Malaysia, aku dah tak baca The Star seminggu. Tapi membaca komen di entri ini, aku macam bengang sedikit.


Apa rasionalnya DEB dalam hal UiTM dan hak MELAYU@bumiputra?”
- Melalui kos pembelajaran, yuran pembayaran yang dikenakan oleh UiTM yang mana jauh lebih murah dari mana-mana IPT. Ini kerana MELAYU sebenarnya masih miskin. Dari apa yang saya tahu, sekarang hanya 35% daripada jumlah pelajar di seluruh IPT adalah bumiputra. Awak tahu kenapa? Bukan kerana MELAYU bodoh. Bukan juga kerana MELAYU malas.
Tapi, MELAYU miskin. Sebab tu tak mampu untuk sambung pelajaran. Di sinilah UiTM memainkan peranan.UiTM sediakan tempat untuk kaum MELAYU yang miskin , yang daif di bumi sendiri - untuk terus bertatih, berjalan dan berlari untuk bersaing seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Ayah aku bukan Bumiputera. Dia dilayarkan ke Sarawak sejak berumur 10 tahun tanpa reti sepatah Bahasa Melayu pun untuk bekerja di sebuah kedai runcit kecil. Dia tak ada masa nak melepak-lepak dan mengorat perempuan pada zaman persekolahan. Petang-petang dia selalunya dihabiskan di perpustakaan berbekalkan dua keping roti kerana dia tak mampu nak beli makanan di sekolah. Kemudian dia mendapat keputusan yang cukup cemerlang yang melayakkannya untuk mendapat biasiswa dalam bidang perubatan tetapi tak ada pihak yang mahu membiayainya. Seorang Pakcik berbangsa Cina yang menganggapnya sebagai anak sendiri telah membiayainya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains.


Dan sehingga beberapa tahun lalu, dia bekerja untuk membantu Melayu. Ya, selepas dia sering diejek, dicerca dan ditomah kerana bukan Melayu dan tak reti cakap BM dahulu, dia masih mahu menolong Melayu. Dia menaikkan markah-markah pelajar Melayu untuk mengimbangkan graf peperiksaan. Aku sudah lihat graf-graf itu.
Kalau dia tak tolong, memang tak ramai yang lulus pun. Sedangkan pelajar non-Bumi semuanya mendapat A dan B. Dia menaikkan gaji orang Melayu sehingga pekerja di bawahnya mendapat gaji yang lebih tinggi darinya. Dia layan saja Datuk dan Datin yang suka SMS dia bertalu-talu memaksa dia menerima anak mereka masuk universiti. Dia melayan karenah orang atasan yang suka telefon malam-malam untuk mendapat nasihat bagaimana nak mengendalikan universiti. Selepas nasihat itu dilaksanakan, orang lain yang dapat nama. Bila dia nak mencadangkan sesuatu dalam meeting, mereka selalu berkata, "Dr. X, awak diam. Awak bukan Melayu." Kawan-kawan ayah aku selalu berkata, "Ayah awak kalau Melayu, dah lama jadi Datuk/ Naib Canselor/etc." Aku dah selalu sangat dengar sampai sekarang aku dah tak kisah dah. Pasal takkan berlaku punya. And we're fine with that.


Aku pun kadang-kadang tak paham kenapa dia boleh sangat bersabar. Lepastu dia selalu pula berkata perkara-perkara seperti 'haram kutuk sesuatu kaum' jika dengar bangsa Melayu dikutuk. Walhal dia layak marah dan jadi bitter. Aku yang hanya sekadar pemerhati ni pulak yang rasa tak puas hati. Dan dia tak mahu tinggalkan negara ini selepas segala diskriminasi yang dia terima. Sedangkan dia pernah dioffer untuk tinggal di Amerika dan tempat-tempat lain untuk seumur hidup banyak kali.


Yang ironinya aku selalu perasan lepas dah dapat kenaikan gaji/lulus/promotion, jarang sekali orang Melayu berterima kasih. Selalunya kad-kad terima kasih dan hadiah yang dia bawa balik ke rumah daripada orang bukan Melayu. Padanlah asyik gagal. Tak reti nak hargai tenaga pengajar. Tak berkat langsung.


Dan tiba-tiba ada pula Melayu yang menuduh orang non Bumi mahu membuat dajal/conquer/menendang mereka dari tanah Melayu. Korang tak perasan ke semua Perdana Menteri kita tak ada seorang pun yang pure Melayu? Aku selalu berfikir bahawa sesetengah orang tak layak ditolong.
Sudahlah tak bersyukur dan berterima kasih, tak sedar langsung pulak tu orang dah banyak tolong. Lepastu pantang kena kritik.


Orang bukan Bumi semuanya kaya raya? Habistu bagaimana dengan kaum India penoreh getah di estet? Kaum Cina di kampung? Semuanya lahir-lahir kaya ke? Sebab aku pernah saja terbaca budak Cina yang mendapat straight A (aku tak ingat berapa, tak silap aku 12A1s) tetapi tak mendapat tempat di IPTA, apatah lagi biasiswa. Akhirnya terpaksa menjaga gerai bapanya. Dan kamu complain pula kenapa pelajar pandai-pandai, lagi-lagi yang bukan Bumi mahu meninggalkan Malaysia. Memang tak hairanlah, dah Malaysia pun tak reti nak menghargai orang pandai, hanya reti menghargai artis-artis seperti Mawi dan pelakon yang tak reti berlakon.


Bukankah semua orang layak untuk mendapat education, tak kira bangsa? Tujuan UiTM dibuka untuk non-Bumi pun untuk memberi peluang kepada non-Bumi yang miskin untuk belajar. Aku tak tahu kenapa, tetapi kadang-kadang aku rasa malu terhadap bangsa aku sendiri. Dan mereka tak faham kenapa.

Sunday, August 17, 2008

Giggles Adalah Bunyi Paling Annoying Bagi Aku

Kalau nak ketawa, sila buat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Aku ada suspicion bahawa aku seorang prude. Seseorang yang terlebih proper daripada segi pertuturan. Semalam (ya, aku ada kelas tiap-tiap Sabtu), dalam kuliah:


Pensyarah aku seorang lelaki Australian yang berumur dalam lingkungan 50-an, kalau diikutkan uban di kepalanya dan kedut-kedut di mukanya. Memiliki wajah yang agak macho bagi seseorang yang tua sepertinya dan badan yang masih tegap.
Handsome jugak lah, kalau kamu macam Catherine Zeta Jones (suka lelaki tua). Di depan aku ada 5 ‘in service teachers’ (guru yang sudah mengajar dan datang kembali untuk sambung belajar) yang berada dalam lingkungan umur 25-35 tahun. 3 daripada mereka tak habis-habis menggedik dengan pensyarah itu. Aku cuba untuk tak kisah dan fokus tapi kegedikan mereka sangat irritating.


Sampai satu masa masuk satu bab yang bertajuk Diphthong. Dengan innocent-nya pensyarah aku tanya, “Anyone know what Diphthong means? This is a Greek word.” Seorang daripada The Gediks menjawab,


“No, but I know what ‘thong’ means in English.” *giggles dengan gediknya*

“Underwear!” kawannya menyahut. *more gedik giggles*

“Well in Australia thongs mean flip flops…,” pensyarah aku jawab sambil maintain cool.

“To me it means something totally different,” Gedik #1 mencelah, belum sempat Sir habis cakap.

“…well you can wear them if you want (masih bercakap tentang thongs the slippers) ,” Sir jawab.

“Which one? Hikhikhikhikhik~~~” *giggles ultra gedik kuasa 3*

Aku lihat muka Sir dah merah padam. Dia tunduk dan mumble dengan perlahan,

“Let’s just stick to the lesson, shall we?”


Entah apa-apa. Sir tu boleh jadi bapak mereka. Kalau nak menggedik boleh tak menggedik di luar kelas? Mula-mula aku pikir mungkin aku yang tak cukup berfikiran terbuka tetapi bila aku pikir balik, kalaulah Sir tu bapak aku dan ada students menggatal macamtu dengan dia, pasti aku rasa nak lempang sekor-sekor.


Lagipun kalau nak buat lawak lucah, tengoklah buat dengan siapa. Aku bukan jenis yang boleh berlawak lucah dengan pensyarah aku atau lelaki yang aku baru jumpa.
Misalnya, kawan baik aku suka buat lawak lucah. Eg, Have you heard of the Australian kiss? It’s like a French kiss, only down under. Macam kalau dengan kawan-kawan aku, aku mungkin dapat ketawa berdekah-dekah. Tetapi kalau seorang classmate yang aku tak pernah bertegur sapa dengan tiba-tiba datang dan cakap macamtu, aku mungkin hanya mampu memandang dia dengan peliknya.


Baru 2 minggu aku masuk belajar tapi dah rasa macam 2 bulan. Otak aku sangat tepu nak mengadjustkan diri dengan perubahan persekitaran. Aku rasa orang disini mungkin (sedikit) gersang. Semasa orientasi kami dikehendaki memakai pakaian seragam dan lelaki tidak dibenarkan duduk bersama perempuan. Aku lihat baju kurung sekolah mereka sungguh seksi. Ditailor mengikut bentuk badan seperti kebaya dan dibuat dengan material yang sangat jarang (nampak bra warna-warni, haha). Rasanya bukan kantoi nampak bra, tetapi disengajakan. Ada sesetengah baju sekolah berspan di bahu dan siap ada yang berkerawang. Kemudian tudung yang teramat singkat sehingga nampak rambut yang baru rebonding dan dibleach perang. Tak pernah aku lihat fenomena sebegitu di Malaysia tetapi disini berleluasa pula. Aku hairan sungguh. Seluar ketat dan jeans diharamkan di kampus. Tetapi kebaya ketat dan jarang dan berkain belah dibenarkan. Bayangkan sajalah. Semua orang pergi kuliah macam nak pergi kenduri kahwin.
Baju macam Mak Datin. Berkilat-kilat, berbunga-bunga, berkerawang, berchiffon, bermanik-manik, bla3. Ish. Tak sakit ke bontot duduk atas manik-manik?


Jadi aku masih tertanya. Kalau senario di atas berlaku dalam kelas kamu, adakah kamu rasa kelakar atau annoying? Aku
yang prudelike atau mereka yang gatal?

Thursday, August 14, 2008

Aku yang Gila, Ataupun Mereka?

Kalau kamu hanya membaca ulasan di bawah tanpa melihat gambar perempuan yang sedang dibincangkan, kamu rasa perempuan itu segemuk mana?




Sekarang, mari kita lihat gambar yang sedang dibincangkan.

Kaki sosej? Thunder thighs? Stop eating? Adakah aku dan mereka sedang melihat gambar yang sama?


Sebab bagi aku Blake Lively memiliki salah satu bentuk badan yang paling ideal untuk seorang wanita. Dia tinggi, memiliki sepasang kaki dan lengan yang toned, curves pada tempat yang sesuai dan perut yang lean. Tetapi aku kurang minat wajahnya. Aku rasa brunettes biasanya lebih cantik.


Sekarang, mari kita lihat ‘kaki gemuk’ itu sekali lagi.

Oh yeah, she’s like, so like, totally like, huge and fat. I can like, so totally see it.


Aku memiliki BMI yang borderline underweight dan normal dan aku rasa Blake itu kurus. Lihat saja, walau memakai flats kakinya masih kelihatan kurus. Tak hairanlah semakin ramai gadis muda menjadi mangsa anorexia dan bulimia zaman sekarang. Kind of sad, really.


Anorexia is a disorder. Aku tau ia suatu penyakit mental tapi kengkadang aku rasa susah untuk berasa kasihan kepada mereka. Kamu pernah jumpa seorang anorexic tak? Mereka bukan sahaja kritikal terhadap badan mereka tetapi terhadap badan orang lain. Mereka suka mengeluarkan snotty remarks seperti mengatakan gadis yang sihat seperti Blake gemuk (refer comments kat atas) dan suka mengutuk fizikal orang walaupun fizikal mereka sebenarnya tak ada apa yang nak dibanggakan sangat pun. Jadi siapa idola mereka? Tentu sekali gadis-gadis yang berkaki lidi dengan tulang kepala lutut yang tersembul, memiliki sepasang boob implants dan kepala lollipop (ini perumpamaan untuk menggambarkan sebiji kepala yang besar di atas badan yang kurus macam ranting).


Masyarakat, masyarakat. Haih.

Friday, August 8, 2008

Tentang Ketakutan dan Permainan Mimpi.

Aku seseorang yang terlalu banyak fobia, nasib baik aku tak dilahirkan sebagai seorang lelaki; kalau tidak, pasti aku dicerca dengan pelbagai gelaran yang kurang enak.


Pada suatu masa dahulu, kakak aku dan aku telah suka-suka mengambil kuiz online yang bertajuk 'How Much of a Scaredy-Cat Are You?' Seperti biasa, aku telah menjawab dengan sejujur yang mungkin (aku tau ramai orang consciously menjawab dengan cara tertentu kerana mahu mendapat keputusan yang dikehendaki- oit, berhenti lah hidup dalam denial!) dan bukan bagaimana aku rasa ia patut dijawab. Dan keputusan yang aku dapat bagaikan satu tamparan yang hebat, disertai pula dengan hilai tawa kakak aku. Bayangkan, keputusan aku lebih kurang seperti berikut:


Magenta, you are scared of everything. In fact, you were probably scared to know the result of this quiz!


Celaka punya kuiz. Tapi yang sedihnya aku sedar memang ada kebenaran di situ.


Aku tidak takut akan makhluk halus atau ular. Aku takut terhadap fixed showerheads, terhadap blackout semasa aku sedang mandi, terhadap kipas siling yang mungkin akan menghempap lantas membunuh aku, aku takut jatuh dan juga darah lembu.


Perkara yang aku paling takuti adalah senario berikut: Aku sedang mandi di dalam bilik mandi yang ada fixed showerhead.
Tiba-tiba air menjadi sangat panas dan tidak boleh ditutup. Pintu shower pula jam dan tidak boleh dibuka. Kulit aku mula terbakar. Sedang aku panik, aku pun menghayun-hayunkan tangan ke atas dan air itu terpercik dan terkena lampu yang berada di atas siling, dan mentol lampu itu mula terbakar. Sparks elektrik mula berterbangan dan membutakan mata aku dan menghantar kejutan elektrik pada aku. Tiba-tiba showerhead tu mengeluarkan cecair bewarna merah. Dan aku akan bertemu ajal di dalam bilik mandi itu dalam keadaan paling hina. Berbogel, rentung dan lemas.


Sehingga aku berusia 10 tahun, aku akan tidur petang di ruang tamu selepas minum Milo. Aku suka tidur di situ sebab kipasnya laju dan ruang itu terasa lapang. Tetapi pada suatu petang aku mendapat mimpi bahawa kipasnya tiba-tiba tertanggal cover dan dalamnya terkandung mi spaghetti bersama sos tomato yang pekat dan merah yang kelihatan seperti darah. Dan seperti dalam realiti, aku sedang tidur di bawahnya. Tiba-tiba kipas itu seperti tak stabil dan seperti mahu tertanggal dari siling. Dan belum sempat aku dihempap, aku terjaga sambil berpeluh-peluh. Sampai sekarang aku tak boleh pandang kipas itu tanpa perasaan takut dan curiga. Aku paling takut kipas siling yang terletak di siling yang tinggi dan mempunyai leher yang sangat panjang dan berdiameter kecil.


Apa relevannya semua ini? Sebenarnya semasa aku kecil aku ada mimpi yang berulang dan sangat menakutkan. Aku berhenti mendapat mimpi itu semasa umur aku mencecah 11 tahun. Mimpi itu selalu sama. Aku tiba-tiba tercampak keseorangan ke dalam bilik wudhuk yang sangat besar dan usang. Bilik wudhuk itu tersangatlah besar hingga aku tak dapat mencari jalan keluar. Paip-paipnya tak berfungsi dan sesetengahnya sudah berkarat. Aku selalunya tak berkasut dan lantainya berhabuk, seperti sudah lama tak dijejaki oleh sesiapa berkurun-kurun lamanya. Dan aku selalu, selalu rasa seperti aku sedang diperhatikan walaupun aku tahu aku keseorangan. Seperti ada sesuatu yang sedang tunggu untuk memamah atau menyerang aku.


Aku tak faham kenapa aku sering dihantui mimpi itu ketika aku kecil. Cuma yang aku ingat, ketika aku berumur 8 dan 9 tahun, aku sering menipu mak aku bahawa aku dah sembahyang Subuh walaupun aku tak sembahyang. Dia akan menggerakkan aku pada 6.30 am dan aku akan mengambil wudhuk dan tidur kembali. Kemudian 10 minit kemudian, dia akan datang kembali dan bertanya, adakah aku sudah bersembahyang atau tak. Aku akan jawab dah dengan mamainya dan dia akan rasa lengan dan rambut depan aku untuk menentukan samada lembap atau tidak. Suatu hari, selepas dia rasa rambut aku, dia bertanya,


"Betulke dah sembahyang?"


"Dahla, kan basah rambut saya," aku jawab, sedikit annoyed kerana mahu menyambung tidur.


"Sembahyang pakai apa? Telekung kan kat bawah. "


Kantoi. Aku pun bangun dan mengambil wudhuk semula dengan perasaan teramat malu dan marah terhadap diri sendiri kerana begitu cuai.


Tapi semalam aku tertidur di dalam perpustakaan dengan muka aku tersembam di atas chapter die Begabte, karya Jung. Dan mimpi itu datang kembali. Aku perlu berjumpa dengan seorang penganalisis mimpi.


Jung, tolong aku.

Saturday, August 2, 2008

Kisah di Ulu Sepri

Aku menghadiri kursus BTN di Ulu Sepri beberapa tahun lalu. Memang requirement untuk semua pelajar yang akan ke luar negara untuk menentukan how well you adapted to rules.Sepanjang kursus itu, aku dicabar oleh ketua kumpulan aku (seorang faci yang middle aged dan gersang) dengan soalan-soalan bodoh. Antaranya:


Anak kamu sedang sakit tenat dan perlu dikejarkan ke hospital segera. Semasa dalam perjalanan, kamu terpaksa berhenti sebab lampu tengah merah. Tetapi anak kamu sedang kronik dan tak mungkin akan survive kalau tak dirawat segera. Apa yang kamu akan buat? Adakah kamu akan tunggu sehingga lampu menjadi hijau atau melanggar peraturan jalan raya?


Obvious tak jawapan dia? Percaya tak, daripada 12 orang dalam group aku, hanya 3 orang yang akan melanggar lampu merah?
9 orang membuat keputusan untuk menunggu hingga lampu menjadi hijau. Ladies and gentleman, your future engineers and doctors.


"Jadi kamu sanggup melanggar peraturan jalan raya?"


"Saya tengok dulu lah ada kereta ke tak. Kalau clear, saya pandu je. Kalau tak clear buat apa saya nak jalan gak. Tak pasal-pasal saya dan anak saya mati sama-sama sebab accident," aku cuba menjawab dengan sopan dan rasional.


"Tapi awak mungkin akan dikenakan denda sebab melanggar peraturan jalan raya."


"Iye? Saya kena denda berapa? RM50?
Kalau anak saya mati sebab saya nak mematuhi peraturan jalan raya sangat, nanti siapa nak bayar saya? Ada orang boleh ganti anak baru kepada saya?" Aku sudah mula frust. How the hell are you not getting this, asshole? Pelajar-pelajar lain sudah mula nampak nervous dan cuba menenggelamkan diri di dalam kerusi masing-masing.


Dia menggeleng kepala dan berkata, "Sepatutnya kalau boleh awak tunggu seberapa lama yang boleh, mana lah awak tahu, mungkin lampu tu akan berubah jadi hijau selepas beberapa saat."


"Saya tak berani la nak ambil risiko dalam hal yang membabitkan hidup dan mati."


Memang itu zaman aku berdarah panas.
Sometimes I argued with adults just to piss them off. Even when I know I’m wrong. Tapi aku memang rasa aku tak salah dalam hal itu. Dan darah aku bertambah panas sebab semua orang terlalu takut untuk memberikan pendapat mereka yang sebenar. They tried so hard to abide by the rules, even when the rules made no sense.


Aku 19 ketika itu. Baju sekolah sudah lama disedekahkan pada orang kampung. Dan tiba-tiba, dapat tahu pula terpaksa memakai baju uniform sekolah untuk kursus itu. I thought, 'Hey, I’m too old and poor for this'.Takkan aku nak membeli uniform sekolah untuk kursus 3 hari? I don’t have that kind of money. Aku check kat Giant, satu set uniform berharga berpuluh ringgit juga. Jadi teka daripada beratus pelajar itu, berapa orang yang tak pakai uniform? Hanya 2 orang. Aku dan roommate aku.


I tried to have fun. Cause life’s so bloody depressing. Lagi-lagi kursus begini, bosan gila. Time kena isi feedback form, aku minta borang budak Cina yang cute sebelah aku untuk diisikan dan biar dia isi aku punya. Bawah 'Apa yang Saya telah Pelajari Semasa Kursus Ini', aku tulis – melukis dan mewarna dengan teknik yang betul. Sebab kami disuruh melakar logo yang bertemakan negaraku pada hari sebelumnya. Kami mengisi borang-borang itu dengan separa serius, dan apabila faci memeriksa kembali dan membaca kuat-kuat borang-borang itu, kami digelakkan oleh para pelajar lain dan dimarahi oleh faci kami.


But I miss it all. Aku rindu curi-curi keluar bersama roommate aku untuk bermandi di sungai dengan budak-budak laki pada tengah malam, aku rindu bergaduh dengan faci aku, aku rindu jalan-jalan atas bukit untuk mendapat reception bagi handphone aku, aku rindu budak-budak naïf yang sekumpulan dengan aku dan aku rindu katil double decker yang aku tak dapat turun daripada sebab aku terlampau gayat.


Jadi aku mula tertanya, kenapa pada pagi hari ini, hari Sabtu, aku telah mengenakan uniform sekolah walaupun umur aku sudah hampir 23 tahun. Dan kemudian merelakan diri untuk dicampakkan ke dalam lautan budak-budak belasan tahun yang memakai uniform yang sama. Mungkin aku sudah penat bergaduh. Mungkin aku lebih rela menjadi invisible dan blend in sekarang. Because the alternative is just so tiring.

Friday, August 1, 2008

Antara Abortion dan Bastard Child


Seperti orang lain, aku pun ada keinginan yang biasa. Aku berharap satu hari nanti aku akan menjadi ibu kepada seorang atau dua anak, seberapa banyak yang aku mampu lah. Dan seperti ibu bapa lain, aku pun berharap dia takkan terjebak dalam aktiviti mengambil dadah, seks rambang atau apa-apa lagi yang boleh membawa ketagihan. Sebab aku tak mahu dia merasakan kepedihan semasa hendak meninggalkan ketagihan dia or worse, aku takut kehilangan dia semasa dia berada dalam fasa dia sedang mencuba segalanya, misalnya OD ketika sedang mencuba heroin. And mungkin aku lagi takut dia memang tak mahu tinggalkan langsung ketagihan dia. Either way, aku akan kehilangan dia. And God knows I am selfish and arrogant, aku tak boleh handle kehilangan sesuatu yang ada baka dan genetik aku dan aku tak mampu memberi kredit kepada anak aku bahawa dia juga pandai dan dapat membuat keputusan yang betul bila masanya tiba. Kadang-kadang bodoh juga, tapi aku berharap that little kid akan membesar untuk menjadi seseorang yang innocent dan naif seberapa lama yang mungkin supaya dia senang nak relate dengan the others kerana orang yang cepat matang biasanya jarang rasa betul-betul gembira untuk jangka masa yang lama. So rainbows and sunshine all the way, baby. Rainbows and sunshine.


A parent can dream, right? Come her 18th birthday, siapa tahu kalau anak perempuan aku sedang berpura-pura menjadi seorang budak yang innocent dan bubbly walaupun dia sebenarnya sedang membuat pelbagai perkara yang bakal mematahkan hati aku kalau aku tahu? Kalau anak kamu yang belasan tahun tiba-tiba datang kepada kamu dan berkata dia sedang hamil, apa yang kamu akan buat? Kamu nak sebat? Marah? Halau dia dari rumah? Tolak dia dengan harapan kandungannya akan gugur?


Sebab aku sebenar-benarnya tak tahu apa yang aku patut buat kalau benda itu terjadi.
Aku tak dapat nak membuat keputusan mana pilihan yang lebih baik antara keduanya. Kalau dia mahukan abortion dan aku tak setuju, what if dia pergi juga tanpa pengetahuan aku? What if dia ambil pil-pil yang dapat induce keguguran tetapi mendapat penyakit kronik lain pula sebagai side effects? Dahla sedang hamil, tiba-tiba ada kidney failure pula. Sebab kalau aku support dia ambil abortion, nanti dia akan ingat dia selalu ada option ini dan tak menyesal langsung. Aku tak mahu hatinya jadi kering seperti seseorang yang aku kenal yang sudah melalui 3 abortion tanpa perasaan menyesal atau bersalah langsung.


Tapi lihat pilihan yang lagi satu. It’s just as bad and painful. Boleh bayangkan macam mana nak membesarkan seorang anak yang tak berbapa di Malaysia? Sampai tua orang takkan kasi kamu, anak atau cucu kamu lupakan. Sure, life goes on. Tapi you can be sure kehidupan selepas itu takkan sesenang kalau dibandingkan dengan sebelum itu. Ketakutan terhadap kehilangan maruah, reaksi ibu bapa dan orang kampung serta kehilangan pilihan untuk hidup normal dan mengalami dilemma-dilema normal seperti cabaran untuk memenuhi closet pakaian cukup untuk membuatkan mana-mana wanita consider abortion, walaupun sebelum hamil cukup keras menentangnya.


Serius aku cakap, kalau terpaksa berdepan dengan situasi begitu, aku pun tak pasti nak buat apa. Yang aku pasti, aku kalau boleh tak nak anak aku buang bayi macam kes ini. Kalau lah realiti senang macam filem Juno. Aku tahu ramai remaja yang dikaburkan mata bila melihat filem itu. So sweet, kata mereka. Tak sweet beb. Tambah-tambah lagi beranak Ceasarean, sebulan kamu tak dapat berganjak dari katil.


Sama seperti anak aku nanti, paling bagus aku boleh beri adalah nasihat. Begitu juga kepada kamu. Aku tak kenal kamu, tak mungkin apa yang aku tulis dapat beri effect mana pun. Tak sampai 10 minit kamu tutup window ini, kamu dah lupa.
So this is the best advice I can give you, semata-mata kerana tak ada gunanya aku menasihati pasangan yang sexually active untuk mengamalkan abstinence; macam memberi ikan kepada kucing dan berharap dia takkan makan. Dan semata-mata juga kerana aku tak suka dengar pasal kes bayi kena buang dan abortion disebabkan kecuaian orang dewasa yang berotak. Sebagaimana aku kasihan budak kecil yang dipanggil ‘anak haram’ di sekolah disebabkan kecuaian ibu bapanya. So remember this in case you don’t know it already- The pull out method does not work. Beberapa perempuan hamil walaupun mengamalkan kaedah ini. Ini kerana the natural lubrication lelaki (cecair sebelum ejakulasi) masih mengandungi sperma walaupun dalam kuantiti yang rendah. That and, sometimes condoms break.

Die Naivität Farce

Von zwei Übeln wählt man besser das, was man schon kennt.


Better the devil you know than you don’t.