Friday, August 8, 2008

Tentang Ketakutan dan Permainan Mimpi.

Aku seseorang yang terlalu banyak fobia, nasib baik aku tak dilahirkan sebagai seorang lelaki; kalau tidak, pasti aku dicerca dengan pelbagai gelaran yang kurang enak.


Pada suatu masa dahulu, kakak aku dan aku telah suka-suka mengambil kuiz online yang bertajuk 'How Much of a Scaredy-Cat Are You?' Seperti biasa, aku telah menjawab dengan sejujur yang mungkin (aku tau ramai orang consciously menjawab dengan cara tertentu kerana mahu mendapat keputusan yang dikehendaki- oit, berhenti lah hidup dalam denial!) dan bukan bagaimana aku rasa ia patut dijawab. Dan keputusan yang aku dapat bagaikan satu tamparan yang hebat, disertai pula dengan hilai tawa kakak aku. Bayangkan, keputusan aku lebih kurang seperti berikut:


Magenta, you are scared of everything. In fact, you were probably scared to know the result of this quiz!


Celaka punya kuiz. Tapi yang sedihnya aku sedar memang ada kebenaran di situ.


Aku tidak takut akan makhluk halus atau ular. Aku takut terhadap fixed showerheads, terhadap blackout semasa aku sedang mandi, terhadap kipas siling yang mungkin akan menghempap lantas membunuh aku, aku takut jatuh dan juga darah lembu.


Perkara yang aku paling takuti adalah senario berikut: Aku sedang mandi di dalam bilik mandi yang ada fixed showerhead.
Tiba-tiba air menjadi sangat panas dan tidak boleh ditutup. Pintu shower pula jam dan tidak boleh dibuka. Kulit aku mula terbakar. Sedang aku panik, aku pun menghayun-hayunkan tangan ke atas dan air itu terpercik dan terkena lampu yang berada di atas siling, dan mentol lampu itu mula terbakar. Sparks elektrik mula berterbangan dan membutakan mata aku dan menghantar kejutan elektrik pada aku. Tiba-tiba showerhead tu mengeluarkan cecair bewarna merah. Dan aku akan bertemu ajal di dalam bilik mandi itu dalam keadaan paling hina. Berbogel, rentung dan lemas.


Sehingga aku berusia 10 tahun, aku akan tidur petang di ruang tamu selepas minum Milo. Aku suka tidur di situ sebab kipasnya laju dan ruang itu terasa lapang. Tetapi pada suatu petang aku mendapat mimpi bahawa kipasnya tiba-tiba tertanggal cover dan dalamnya terkandung mi spaghetti bersama sos tomato yang pekat dan merah yang kelihatan seperti darah. Dan seperti dalam realiti, aku sedang tidur di bawahnya. Tiba-tiba kipas itu seperti tak stabil dan seperti mahu tertanggal dari siling. Dan belum sempat aku dihempap, aku terjaga sambil berpeluh-peluh. Sampai sekarang aku tak boleh pandang kipas itu tanpa perasaan takut dan curiga. Aku paling takut kipas siling yang terletak di siling yang tinggi dan mempunyai leher yang sangat panjang dan berdiameter kecil.


Apa relevannya semua ini? Sebenarnya semasa aku kecil aku ada mimpi yang berulang dan sangat menakutkan. Aku berhenti mendapat mimpi itu semasa umur aku mencecah 11 tahun. Mimpi itu selalu sama. Aku tiba-tiba tercampak keseorangan ke dalam bilik wudhuk yang sangat besar dan usang. Bilik wudhuk itu tersangatlah besar hingga aku tak dapat mencari jalan keluar. Paip-paipnya tak berfungsi dan sesetengahnya sudah berkarat. Aku selalunya tak berkasut dan lantainya berhabuk, seperti sudah lama tak dijejaki oleh sesiapa berkurun-kurun lamanya. Dan aku selalu, selalu rasa seperti aku sedang diperhatikan walaupun aku tahu aku keseorangan. Seperti ada sesuatu yang sedang tunggu untuk memamah atau menyerang aku.


Aku tak faham kenapa aku sering dihantui mimpi itu ketika aku kecil. Cuma yang aku ingat, ketika aku berumur 8 dan 9 tahun, aku sering menipu mak aku bahawa aku dah sembahyang Subuh walaupun aku tak sembahyang. Dia akan menggerakkan aku pada 6.30 am dan aku akan mengambil wudhuk dan tidur kembali. Kemudian 10 minit kemudian, dia akan datang kembali dan bertanya, adakah aku sudah bersembahyang atau tak. Aku akan jawab dah dengan mamainya dan dia akan rasa lengan dan rambut depan aku untuk menentukan samada lembap atau tidak. Suatu hari, selepas dia rasa rambut aku, dia bertanya,


"Betulke dah sembahyang?"


"Dahla, kan basah rambut saya," aku jawab, sedikit annoyed kerana mahu menyambung tidur.


"Sembahyang pakai apa? Telekung kan kat bawah. "


Kantoi. Aku pun bangun dan mengambil wudhuk semula dengan perasaan teramat malu dan marah terhadap diri sendiri kerana begitu cuai.


Tapi semalam aku tertidur di dalam perpustakaan dengan muka aku tersembam di atas chapter die Begabte, karya Jung. Dan mimpi itu datang kembali. Aku perlu berjumpa dengan seorang penganalisis mimpi.


Jung, tolong aku.

24 comments:

Anonymous said...

Dong....

You rang?

I assume you have a problem. What can I help?

Yours truly,
Dream Analyst

Miko Yamaguchi said...

saya pula pernah bermimpi mencucuk seekor naga dengan pedang yang dibacakan yasin...xpaham dengam mimpi itu tapi sangat menghantui...sampai sekarang saya masih teringat even it already happen about 12 years ago...huh...

Anonymous said...

jarang sekali bermimpi... bagaimana yaa mahu memupuk mimpi... :)

Anonymous said...

..dan kamu juga takut bile lihat pmpuan pregnant.tkut perut meletup.. kahkah.i miss u..:(

Mr Jagatraya said...

waa.Mimpi yang memang aneh..Aku takut mimpi kena kejar orang.Bila bangun confirm berpeluh..

farizzet said...

kalau takde mimpi jangan minta mimpi. yg dtg bukan semuanya best.

47 said...

magenta, you jangan takut! I ada kat sini..

:D

Anonymous said...

mimpi basah lebih selamat

rock n' troll said...

Ooo...cerita pasal sejarah malas sembahyang je rupanya.

Hadi said...

pasal kipas tu memang normal..
atleast normal to me la..
we share da same kipashempapataskepalaengkauphobic..

pandagumuk. said...

aku pun tipu mak aku pasal smyg mcm tu.tp bile die tanye da smyg ke belum aku diam je.x brani nak jwb.ahaha,

Pourpres~ said...

I have lots of dreams involving being in hiding and running from scary things. One being some Yetis with lembing, the other being character-character jahat dalam Street Fighter, and macam-macam la. The worst kind of dream for me.

The kipas bit, if the kipas is a bit wobbly, I akan mula imagine dia tercabut and melayang ke arah I, and bilah-bilah dia akan memutuskan leher i. Hahaha

The whole sembahyang subuh bit, me and my mom does the same thing as you and yours. Difference is I always remember to mess my telekung up on the floor. :))

Kalau dpt analyst mimpi yang bagus, sharing yah!

Mie Amour said...

eit!u tak keseoranganla..i think everyone pun ade experience mende2 cmni..but one thing bout mimpi yg brulang tu, i rs u ade unfinished bussiness yg u sndiri pn xprasan..mngkin childhood experience ke ape..u kne gi jumpe psychologist..ahahhaa..

Marjerin said...

this is the first time aku dengar org takut dgn darah lembu.

AchiQue said...

aku juga takut sama kipas. kalau tidur mesti slowkan kipas dulu. bunyi kipas yang kuat buatkan aku phobia.

Anonymous said...

aku pon ada fikir pasal kena hempap kipas gak,sampai skang. (tapi kat sini xda kipas siling..so dah lama dah xfikir until i read this entry).

dulu masa kat Uitm,tgh baring2 nk tido,aku fikir "kalo aku baring mcm ni kalo jatuh kang kena perut terburai,both lutut,peha,kaki dan 'tut'..hish ngeri" lepas tu aku tido mengiring,kalo kena pon kena separuh badan je,and xkena 'tut'...zzzz (tido dgn nyenyaknya)

hahahahahah...mental tul aku!

masa kecik2 penah mimpi kena gulung dlm carpet hijau (mcm kat dlm masjid tu) pastuh ada gunting besar nk gunting aku dari bawah...

Anonymous said...

baru teringat

masa kat Uitm,penah aku tukar kipas (just part yg pusing tu) bilik aku dgn yg kat common room punya sbb dah sumbing skit. kipas tu kipas siling jugak cuma jenis kecik yg berputar tuh.

lepas tukar,trus on kipas yg kat common room,test tgk ok ke tak..
kipas tu pusing gila2 & bising pastuh tercabut dan jatuh lantai,berkecai..mcm UFO jatuh..pastuh letrik bilik tu trus off ..short-circuit kot.

sib baik xda org kat bwh tu. aku tengok roomate aku,tergelak,pastuh lari naik atas ke bilik..sib baik tak ganggu letrik seluruh bangunan

lepas tu annoying gak sbb bilik tu panas,xda kipas..xbest layan tv...haha..aku diam ja.

Anonymous said...

ADA NAMPAK SAMA TAK?????

Friday, August 8, 2008
Kantoi
apabila menjadi seorang Muslim kita wajib solat.

aku bersyukur kerana Kak Mah seorang yg sgt keras pasal solat.kdg2 aku suka dia ingatkan pasal solat,kdg2 aku boleh meradang juga.. sbb dia salu tak pecaya..yala.setelah aku banyak kantoi menipu pasal solat.slaah aku gak.ya,aku mmg teruk.. ni adalah taktik keji aku..

1)pergi ke bilik air, basuh kaki dan rambut.. tepuk2 sikit.. then btolkan lipatan telekung.. kiblat... dan tido.
2)kunci pintu bilik bila time semayang.
3)tido dgn telekung.
4)bukak air lama2 kat atas so mak aku dgr kat bawah..

mak aku juga ada taktik dia sendiri untuk bgnkan aku solat. antaranya..

1)tutup kipas dan buka lampu.
2)miskol banyak kali jam 6.30 pagi.
3)sms berhantu 'dik.. kau dah solat? Ingat, Allah nampak'
4)ketuk pintu bertalu2. jeritan maut.
5)check telekung.

ada sekali aku kantoi habis dgn mak aku.. sedang enak membuat tahi mata dia kejut semayang subuh. jadi aku pun mcm biasala.. bukak air.. duduk atas jamban tido kejap 5 minit.. then basuh kaki and rambut sikit..entah kenapa mengantuk sgt.. aku lupa nak buat step2 penipuan yg lain.. aku pun trus je tido..

skali nak dkt kul 7 mak aku ketuk pintu bertalu2... 'dikkkkkkkkkkkkkkk... dah solat blummm.. '
sepantas kilat aku bgn.. mata trus segar seyh.. suara dia mcm halilintar OK? boleh terkencing. aku terkujat dpn pintu cuba buat cool..

'daaaaaaaaahhhhh... dah laaa...'
'bukak.. bukak!!!..'

aku mcm tak sedap ati jep.so dgn muka selamba aku bukak.. 'dah la makk..napa mak nieeeee.. nak menuduh la tuuuu.. berdosa tauuu'...

dia tgk muka aku.serius.mata terbuntang bulat.mulut senget.tetiba aku rasa muka mak aku mcm pembunuh.mati aku.

'kau semayang pakai apa?pakai selimut?'

aku tgk telekung takda kt atas meja stadi.rupanya mak aku da basuh telekung.. shittt...muka aku da biru.

maka, mak aku telah mentarbiyah aku selama seminggu pasal solat. asal nampak muka aku je membebel pasal solat. ni kira double triple la ni.. mmg menyesal tak sudah..

tp aku syukur mak aku ingatkan aku solat selalu..kalau dia dah takda benda ni yg aku ingat salu.

dan aku ingat msg bday my mom to me yg aku simpan sampai skang..

'dik.selamat hari jadi.dah solat?'

THANKS MOM.
di Pos oleh Angel On My Bike at 8:28 AM 2 komen musibat

magenta said...

Your point is?

Aku baru baca entry tu harini masa kamu komen. Kalau baca betul2, tak sama sangat pun sebenarnya. Yang tu lagi detailed.

Anyway, benda ni ramai je orang buat. Tak caya baca komen2 kat atas ni.

Pourpres~ said...

semua pon buat. sejinik jebon lak tuh taktik sume. mmg hobi. dah boleh je bangun dok dlm bilik air sume, kesejukan sume,tapi tanak gak smayang. hahahaha. setan mmg terer.

SyAhiRah LaLAla said...

u r funny la magenta,,i seriously adore u ;)

magenta said...

Dream Analyst: Semalam mimpi ngeri lagi. Sigh. Nasib baik dah terlupa pasal apa.

Miko: Wow. Tu agak creepy dan simbolik.

Koishie: Haha tu taktau. Setengah orang mimpi tiap2 hari, setengah orang tak mimpi langsung.

Annamolly: Hahaha ko ingat lagi. Weh, I miss you too :(

Jagatraya: Aku pun pernah mimpi kena kejar. Biasanya sehari suntuk lepastu rasa tak sedap hati.

Farizzet: Yupe.

47: Haha buatpe. I kena kacau dalam mimpi bukan dalam realiti, hehe.

Erm: Perempuan jarang mimpi basah ye.

Rock n' Troll: Tak apa, bukan semua orang pandai tafsir entri2 aku. It's ok :)

HaDi: Ah, boleh geng. Beli kipas berdiri je senang. Kaya sikit beli aircon. Haha.

Pandagumuk: Hahahah. Kira kurang dosa la tak tipu haha.

Pourpres: Gila ah. Sampai Street Fighters pun masuk mimpi. Haha. The last time I dreamed abt them was when I was 10. Takut woo kipas wobbly pastu bunyi macam nak tercabut.

I selalu gantung telekung so tak payah mess2 up kan. Setan memang tere. Haha. Rasanya takkan jumpa kot dream analyst tu.

Mie Amour: Hahaha mimpi tu permainan setan. Tapi I think mimpi selalu cuba nak bitau kita sesuatu- our subconscious desires and fears. Dan, I don't like psychologists.

Husni: Aku penah mimpi macamtu jugak. Dahla aku gayat and takut jatuh.

Marjerin: Haha. Aku pernah pengsan tengok lembu kena sembelih. Senang cerita aku hemophobic.

Jipo: Hahahahhaha shit. Lawak gila reason ang tido mengiring. Mimpi carpet hijau tu serius scary. Seb baik aku tak penah mimpi macamtu. Haha aku ingat cerita ang tuka kipas tu.

Syahirah: Thanks. Haha rasa segan pulak kena puji macamni. Hehe.

Mie Amour said...

nape xske psychologist??huhu...:~(

magenta said...

Bukan semua, kebanyakan je. Sebab mereka suka melayan patients dorang macam patients tu bodoh atau gila. Mungkin patients dorang hanya sekadar mengalami chemical imbalance dalam otak atau pernah melalui trauma. In fact, ada je patients yang lagi pandai daripada psychologist.

Hehe no offense to you k, jadi jangan jadi psychologist yang macamtu tau nanti.