Saturday, August 2, 2008

Kisah di Ulu Sepri

Aku menghadiri kursus BTN di Ulu Sepri beberapa tahun lalu. Memang requirement untuk semua pelajar yang akan ke luar negara untuk menentukan how well you adapted to rules.Sepanjang kursus itu, aku dicabar oleh ketua kumpulan aku (seorang faci yang middle aged dan gersang) dengan soalan-soalan bodoh. Antaranya:


Anak kamu sedang sakit tenat dan perlu dikejarkan ke hospital segera. Semasa dalam perjalanan, kamu terpaksa berhenti sebab lampu tengah merah. Tetapi anak kamu sedang kronik dan tak mungkin akan survive kalau tak dirawat segera. Apa yang kamu akan buat? Adakah kamu akan tunggu sehingga lampu menjadi hijau atau melanggar peraturan jalan raya?


Obvious tak jawapan dia? Percaya tak, daripada 12 orang dalam group aku, hanya 3 orang yang akan melanggar lampu merah?
9 orang membuat keputusan untuk menunggu hingga lampu menjadi hijau. Ladies and gentleman, your future engineers and doctors.


"Jadi kamu sanggup melanggar peraturan jalan raya?"


"Saya tengok dulu lah ada kereta ke tak. Kalau clear, saya pandu je. Kalau tak clear buat apa saya nak jalan gak. Tak pasal-pasal saya dan anak saya mati sama-sama sebab accident," aku cuba menjawab dengan sopan dan rasional.


"Tapi awak mungkin akan dikenakan denda sebab melanggar peraturan jalan raya."


"Iye? Saya kena denda berapa? RM50?
Kalau anak saya mati sebab saya nak mematuhi peraturan jalan raya sangat, nanti siapa nak bayar saya? Ada orang boleh ganti anak baru kepada saya?" Aku sudah mula frust. How the hell are you not getting this, asshole? Pelajar-pelajar lain sudah mula nampak nervous dan cuba menenggelamkan diri di dalam kerusi masing-masing.


Dia menggeleng kepala dan berkata, "Sepatutnya kalau boleh awak tunggu seberapa lama yang boleh, mana lah awak tahu, mungkin lampu tu akan berubah jadi hijau selepas beberapa saat."


"Saya tak berani la nak ambil risiko dalam hal yang membabitkan hidup dan mati."


Memang itu zaman aku berdarah panas.
Sometimes I argued with adults just to piss them off. Even when I know I’m wrong. Tapi aku memang rasa aku tak salah dalam hal itu. Dan darah aku bertambah panas sebab semua orang terlalu takut untuk memberikan pendapat mereka yang sebenar. They tried so hard to abide by the rules, even when the rules made no sense.


Aku 19 ketika itu. Baju sekolah sudah lama disedekahkan pada orang kampung. Dan tiba-tiba, dapat tahu pula terpaksa memakai baju uniform sekolah untuk kursus itu. I thought, 'Hey, I’m too old and poor for this'.Takkan aku nak membeli uniform sekolah untuk kursus 3 hari? I don’t have that kind of money. Aku check kat Giant, satu set uniform berharga berpuluh ringgit juga. Jadi teka daripada beratus pelajar itu, berapa orang yang tak pakai uniform? Hanya 2 orang. Aku dan roommate aku.


I tried to have fun. Cause life’s so bloody depressing. Lagi-lagi kursus begini, bosan gila. Time kena isi feedback form, aku minta borang budak Cina yang cute sebelah aku untuk diisikan dan biar dia isi aku punya. Bawah 'Apa yang Saya telah Pelajari Semasa Kursus Ini', aku tulis – melukis dan mewarna dengan teknik yang betul. Sebab kami disuruh melakar logo yang bertemakan negaraku pada hari sebelumnya. Kami mengisi borang-borang itu dengan separa serius, dan apabila faci memeriksa kembali dan membaca kuat-kuat borang-borang itu, kami digelakkan oleh para pelajar lain dan dimarahi oleh faci kami.


But I miss it all. Aku rindu curi-curi keluar bersama roommate aku untuk bermandi di sungai dengan budak-budak laki pada tengah malam, aku rindu bergaduh dengan faci aku, aku rindu jalan-jalan atas bukit untuk mendapat reception bagi handphone aku, aku rindu budak-budak naïf yang sekumpulan dengan aku dan aku rindu katil double decker yang aku tak dapat turun daripada sebab aku terlampau gayat.


Jadi aku mula tertanya, kenapa pada pagi hari ini, hari Sabtu, aku telah mengenakan uniform sekolah walaupun umur aku sudah hampir 23 tahun. Dan kemudian merelakan diri untuk dicampakkan ke dalam lautan budak-budak belasan tahun yang memakai uniform yang sama. Mungkin aku sudah penat bergaduh. Mungkin aku lebih rela menjadi invisible dan blend in sekarang. Because the alternative is just so tiring.

27 comments:

Anonymous said...

ada awek tanya kat aku
"why people standup for something riculous or wrong? i tak paham...they know they would be in shitty situation afterwards"

lalu aku jawab
"because they can sayang...because they can"

dia reply balik
"sapa sayang?"

the end

Mr Jagatraya said...

haha.baru tau samada best ke tak btn..Nsb baik tk dpt PLKN.

Anonymous said...

Saya ada nostalgia serun di BTN dulu. Taklah samapi bertegang leher dengan fasilitator. Berkenaan dengan fasilitator juga tapi....

Apa jenis unfortunate event dapat dikesan melalui nama saya.

Dermalah untuk kebajikan saya. Tolong ya pengunjung dan empunya blog ini. Trauma itu menghantui hidup saya seharian. Jatuh sengkek sebab fobia dengan orang. Kata orang tua-tua, "jangan rapat nanti aku lipat"

Begitulah sayunya kisah hidup saya. Tak mengapa jika tak mahu derma. Dermalah senyuman selepas membaca komen ini. Itu sudah memadai.

Saya perempuan.

Anonymous said...

what? aku xtau pon pasal anecdote nih? stupid ahh..dah mmg obvious jawapan dia..langgar la tapi kalo line clear lah,xkan nk jln jugak kalo keta masih byk..

hish,sakit ati ja baca..
hmm..faci aku plak,hmm..besa ja,cuma kadang2 rasa mcm nk terajang ja bontot sbb nmpak layu,mengantuk sgt..
tau la letih,aku pon letih,semua letih..pretend la semangat sket,baru kitorg semangat..

haha..curi mandi sungai..aku igt sbb aku jenis yg follow rules,obedient,etc..so aku xikut pi sungai..but i want to..haha
anyway aku rasa boys & girls mandi-manda in the woods tgh mlm plak mcm pelik je...that's me..conservative..can't help it...hahaha

but i did follow one night..didn't stay long though..sbb rasa anxious and awkward..funny thinking about these thing..

Anonymous said...

kepada youtube-addicted user...this is a must-watch.
http://www.youtube.com/watch?v=TPAO-lZ4_hU

Anonymous said...

'aku rindu katil double decker yang aku tak dapat turun daripada'

sounds better if you write 'aku rindu katil double decker yang buat aku tak boleh turun sebab gayat' isnt it?

hehe. i've been thinking about direct-translating for so long now.

ya, saya juga lebih sanggup bayar 1000 ringgit, because who the hell wants to follow the rules, lagi2 anak dah nyawa-nyawa ikan? mereka tu, cakap je tak, tengok la kalau(kalau) jadi betul. not that i want to but, yeh.

farizzet said...

BTN tu apa?

Anonymous said...

kalo xsalah..btn tu biro tata negara kot

ledisordre said...

BTN tu Brainwashing The Newbies.

magenta said...

Erm: Who gets to define what's wrong and what's ridiculous?

Jagatraya: Haha. PLKN tu...apa?

NickPanjang: Saya dah tersenyum. Selesai lah kan?

Jipo: Ang tak tau sebab group aku ramai budak KBU ngan apa lagi satu kolej tu, tak ingat dah. Course kita 2 orang je kot. Haha thanks for the link.

Takahara: Yupe, I always direct translate. Sebab tu ayat kadang2 bunyi pelik. Thanks for pointing that out. I hate when people answer questions the way it should be answered and not what they really think.

Farizzet: What Jipo said.

Ledisordre: Haha nice one.

Anonymous said...

orang yg dah melaluinya and see the big picture

Anonymous said...

Biro Tata Negara? Tempat brainwash sambil wat aktiviti lasak2.

Menda gini okay je, Fun. Tapi fasi memang kalo dpt cibai, cibai la BTN ko. ahahaa.

Kalau aku, memang stail nyuruk belakang kerusi ah! haha!

anakabah said...

I had a blast at BTN.

Because I didn't show up. lol.

Pourpres~ said...

I try to be invisible too. But it's hard when to be so when you're loud. :p

Bodoh gila expected jawapan. Yang berjaya dalam hidup semua adalah orang yang mencari loopholes in rules, bend it, and don't limit themselves.

Nak suh I tamparkan faci tuh?

Jebon said...

Kadang-kadang aku teringin untuk ucapkan tata kepada negara.

Marjerin said...

i didnt show up at my BTN courses. tapi dorang tak amik apa tindakan pun. pelik. sebab ada member aku yang kena.

i dunno.

Anonymous said...

simpan lg ka uniform sekolah? haha

baju aku mak aku dh bg kt sepupu kot.. sejurus lps abih SPM.. 6thn lps

Mie Amour said...

tak kena btn atau plkn..tapi da pueh kena masa skolah dulu..smpai naik boring..brgntung pd org yg handle gak kut...btw...awk ni nakal gak eh?sy pn cam tringin nak pkai baju skolah balik..tp kang..org kate sinting lak..ahhahaha..

Syarifah Hadli said...

Aaah.
..dan kau mendapat peminat alias stalker baru.


Nak saaaaaain!

pandagumuk. said...

they rather fikir logic answer to give dr fikir yg logiknye kalau jd mcm tu ape akan dibuat.ayat berbelit da ni.

magenta said...

Erm: Yang dah melalui BTN? Haha.

Pakali: Fun lah sebab ada member. Cuba kalau takde member, pastu fasi macam cibai, bapak ah. lol.

AKAB: In my fantasies teringin je nak pergi BTN pastu buat huru hara, tendang meja kerusi semua macam Baruding dalam vclip Kecik Hati. Mesti syok gila.

Pourpres: Lol. Takyah tampar, pijak2 je dengan kasut baru you. Haha. Biar kasi muka dia lebam sampai purple sikit. :p

Jebon: Jangan..kalau tak nanti album New Boyz baru keluar, macam mana nak beli? Only in Malaysia.

Marjerin: Wah, you're lucky then Kitorang full attendance.

Tanpagraviti: Tak simpan, beli baru minggu lepas. Haha. Baju sekolah lama memang dah lama sedekah kat orang.

Mie Amour: Hahhaha. Nak pakai baju sekolah pergi mana? Takkan nak tengok movie kot. Nakal ke. Mana ada..

Syarifah: Nak sain? Boleh, bukak lah baju. Aku hanya suka sign dekat saraf tunjang orang. Heheh.

Pandagumuk: Takpe, ayat berbelit tapi masih boleh dipahami. Serius dowh, aku benci gila orang jawab soalan semua macam nak ikut skema jawapan je.

broken_nigina said...

gua tak pergi pon.
dia kata wajib.
tapi ntah.
gua buat bodoh je.

Anonymous said...

dlm cerita kau belajar melukis dan mewarna dlm kursus BTN tu, kau masih naif.

kau tak perlu tulis mcm tu. aku tahu kau bukan setakat belajar melukis dan mewarne je dekat BTN. byk lagi kau belajar. aku pernah pegi. aku tahu. tak perlu aku senarai kan apa yg di ajar dlm BTN.

u have to see the big pic, magenta. dont let your anger controls u.

magenta said...

Nigina: Aku terpaksa pergi.

Internazionale: Apparently, they left 'how to have a sense of humour and how to detect sarcasm' out of their syllabus. Tsk.

Anonymous said...

classic defensive method from magenta.

magenta said...

Here's another classic defensive method of mine:

Eat my shorts.

Anonymous said...

btn mmg menyusahkan..terpaksa aku beju baju kurung dgn kain sekolah..last2 aku wat baju tido je baju sekolah tuh