Friday, August 1, 2008

Antara Abortion dan Bastard Child


Seperti orang lain, aku pun ada keinginan yang biasa. Aku berharap satu hari nanti aku akan menjadi ibu kepada seorang atau dua anak, seberapa banyak yang aku mampu lah. Dan seperti ibu bapa lain, aku pun berharap dia takkan terjebak dalam aktiviti mengambil dadah, seks rambang atau apa-apa lagi yang boleh membawa ketagihan. Sebab aku tak mahu dia merasakan kepedihan semasa hendak meninggalkan ketagihan dia or worse, aku takut kehilangan dia semasa dia berada dalam fasa dia sedang mencuba segalanya, misalnya OD ketika sedang mencuba heroin. And mungkin aku lagi takut dia memang tak mahu tinggalkan langsung ketagihan dia. Either way, aku akan kehilangan dia. And God knows I am selfish and arrogant, aku tak boleh handle kehilangan sesuatu yang ada baka dan genetik aku dan aku tak mampu memberi kredit kepada anak aku bahawa dia juga pandai dan dapat membuat keputusan yang betul bila masanya tiba. Kadang-kadang bodoh juga, tapi aku berharap that little kid akan membesar untuk menjadi seseorang yang innocent dan naif seberapa lama yang mungkin supaya dia senang nak relate dengan the others kerana orang yang cepat matang biasanya jarang rasa betul-betul gembira untuk jangka masa yang lama. So rainbows and sunshine all the way, baby. Rainbows and sunshine.


A parent can dream, right? Come her 18th birthday, siapa tahu kalau anak perempuan aku sedang berpura-pura menjadi seorang budak yang innocent dan bubbly walaupun dia sebenarnya sedang membuat pelbagai perkara yang bakal mematahkan hati aku kalau aku tahu? Kalau anak kamu yang belasan tahun tiba-tiba datang kepada kamu dan berkata dia sedang hamil, apa yang kamu akan buat? Kamu nak sebat? Marah? Halau dia dari rumah? Tolak dia dengan harapan kandungannya akan gugur?


Sebab aku sebenar-benarnya tak tahu apa yang aku patut buat kalau benda itu terjadi.
Aku tak dapat nak membuat keputusan mana pilihan yang lebih baik antara keduanya. Kalau dia mahukan abortion dan aku tak setuju, what if dia pergi juga tanpa pengetahuan aku? What if dia ambil pil-pil yang dapat induce keguguran tetapi mendapat penyakit kronik lain pula sebagai side effects? Dahla sedang hamil, tiba-tiba ada kidney failure pula. Sebab kalau aku support dia ambil abortion, nanti dia akan ingat dia selalu ada option ini dan tak menyesal langsung. Aku tak mahu hatinya jadi kering seperti seseorang yang aku kenal yang sudah melalui 3 abortion tanpa perasaan menyesal atau bersalah langsung.


Tapi lihat pilihan yang lagi satu. It’s just as bad and painful. Boleh bayangkan macam mana nak membesarkan seorang anak yang tak berbapa di Malaysia? Sampai tua orang takkan kasi kamu, anak atau cucu kamu lupakan. Sure, life goes on. Tapi you can be sure kehidupan selepas itu takkan sesenang kalau dibandingkan dengan sebelum itu. Ketakutan terhadap kehilangan maruah, reaksi ibu bapa dan orang kampung serta kehilangan pilihan untuk hidup normal dan mengalami dilemma-dilema normal seperti cabaran untuk memenuhi closet pakaian cukup untuk membuatkan mana-mana wanita consider abortion, walaupun sebelum hamil cukup keras menentangnya.


Serius aku cakap, kalau terpaksa berdepan dengan situasi begitu, aku pun tak pasti nak buat apa. Yang aku pasti, aku kalau boleh tak nak anak aku buang bayi macam kes ini. Kalau lah realiti senang macam filem Juno. Aku tahu ramai remaja yang dikaburkan mata bila melihat filem itu. So sweet, kata mereka. Tak sweet beb. Tambah-tambah lagi beranak Ceasarean, sebulan kamu tak dapat berganjak dari katil.


Sama seperti anak aku nanti, paling bagus aku boleh beri adalah nasihat. Begitu juga kepada kamu. Aku tak kenal kamu, tak mungkin apa yang aku tulis dapat beri effect mana pun. Tak sampai 10 minit kamu tutup window ini, kamu dah lupa.
So this is the best advice I can give you, semata-mata kerana tak ada gunanya aku menasihati pasangan yang sexually active untuk mengamalkan abstinence; macam memberi ikan kepada kucing dan berharap dia takkan makan. Dan semata-mata juga kerana aku tak suka dengar pasal kes bayi kena buang dan abortion disebabkan kecuaian orang dewasa yang berotak. Sebagaimana aku kasihan budak kecil yang dipanggil ‘anak haram’ di sekolah disebabkan kecuaian ibu bapanya. So remember this in case you don’t know it already- The pull out method does not work. Beberapa perempuan hamil walaupun mengamalkan kaedah ini. Ini kerana the natural lubrication lelaki (cecair sebelum ejakulasi) masih mengandungi sperma walaupun dalam kuantiti yang rendah. That and, sometimes condoms break.

9 comments:

Anonymous said...

menjaga dan menyayangi diri sendiri itu adalah ubat kepada segalanya... ermm...

Firdauz takes five said...

ur gonna have cute and decent children

ull be a good mother, i have faith in you

so don't worry too much about things yang belum terjadi lagi tau

tau tau

when it happens, if it happens, u'll make the right decision

u certainly will, every good mother knows what's best for their children

u will too

Mie Amour said...

urm...mmg sgt tak berhati perut org yg wat abortion..dahla wat dosa, pastu nak tmbah lagi..hampeh!!budak2 skrang smakin liar, dan brtambah2 liar..masa dpan...tak tahulah...takut gak nak mnghdpi realiti..but one thing eh, pastikan agamanya cukup, smber makanan brsih..yg lain, kalau 'kena' jga...maknanya itu ujian dari Allah...kan..

Anonymous said...

fuker

eryzal zainal said...

baca doa sblom buat anak.itu paling basic~!

p/s - maaf kasa sket bunyinya:)

magenta said...

Koishie: I guess.

Firdauz: You're so sweet. Thanks :)

Mie Amour: Hehe entahlah. Kadang2 parents jahat dapat anak baik, parents baik dapat anak jahat, susah nak determine.

Anonymous: Eja fucker pun tak reti. Syabas.

Eryzal: Takpe, tak kasar bunyinya.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Kalau Caesarean kena bedridden untuk sebulan? Biar Betul? Tak kan sampai sebulan....

Kalau Placenta Privea, memang kena bedridden berbulan-bulan hingga Caesarean. Itu lagi mencabar minda seorang ibu.

Yang saya tau Ceasarean ni kena tunggu 2 tahun baru boleh buat anak. Sebab kalau awal sangat, boleh effect kat tempat yang pernah kena Caesarean.

Apapun, menjadi ibu perlukan kesabaran dan ketabahan.

R.E.S.C.P.T.P = RESPECT

magenta said...

Ha ah. Sebenarnya aku salah. Bedridden dalam 2 minggu macamtu je. Tapi tak leh aktif sangat lepastu. Pasal kena tunggu 2 tahun sebelum mengandung lagi memang betul. Supaya scar Caesarean yang lama boleh betul2 heal.

Chico said...

owh,awak kuat berimiginasi mcm saya.