Saturday, September 13, 2008

Bila Anonimiti Bloggers Disalahgunakan

Update: Aku paling tak boleh bla orang yang dah kahwin tapi tak nak mengaku dan lelaki yang menipu. Dan aku bukan Sam B. Siapa rasa aku patut dedahkan saja, dan siapa rasa aku tak patut?


Aku paham kenapa ramai bloggers mahu mengekalkan anonimiti mereka. Tapi ada satu blog ni, aku tak pahamlah. Memang biasanya aku tak kisah pun sebab tak ada kena mengena dengan hidup aku, tapi blog ni, ah. Aku hairanlah.


Kalau tak nak orang tau sesuatu baik tak payah tulis saja, kan? Kenapa harus menipu?


Aku tahu banyak blog yang tulis fiksyen tapi bila dah tulis fiksyen dan buat-buat macam memang berlaku dalam hidup dia, macam mana?


Kalau ambil gambar dengan artis pastu mengaku tu bekas teman wanita dia, bagaimana? Lepastu orang tanya, "Eh, tu muka macam _____ (nama artis) la" dan dia deny dan cakap itu memang bekas teman wanita dia, bagaimana? Tambah-tambah lagi artis tu dah kahwin.


Tambah-tambah lagi dia baru berkahwin beberapa bulan lepas.
Tapi blog, pergh. Macam-macam cerita dengan perempuan.


Aku rasa aku sorang saja tahu semua cerita itu fiksyen. Sebab aku tengok ramai saja awek dan blogger terkenal layan entri-entri dia seolah-olah semuanya realiti.


Which proves that 90% of women are gullible when it comes to bad boys. Even perempuan yang kononnya paling kental. Even when the bad boy is just fictional.


Aku pun tak tahu kenapa aku kisah sangat. Bila aku tau identiti blogger aku biasanya tak buat apa-apa. Entahlah. Mungkin sebab aku nampak ada perempuan ditipu terang-terangan- aku tak suka tengok perempuan ditipu di dunia realiti atau virtual (gila feminist, I know). Mungkin sebab dia ada isteri. It just rubs me the wrong way. Aku tak dapat terangkan. Aku boleh kantoikan dia tapi that’s like playing God, kan? Macam dengki gila. Aku pikir, lantak dia lah. Berapa lama seseorang boleh terus menipu kan? Mungkin in some way he’s living his desires through his character on his blog. Tak apa lah. It's just a blog kan? Dan aku tak mahu name drop.


The thing is, aku tak rasa orang akan layan sangat blog dia kalau tau semuanya fiksyen. The attraction lies in the ‘lie’ that he’s a bad boy and the stories are real. Tapi kalau kamu, kamu kisah tak kalau seorang blogger tulis fiksyen dan letak gambar-gambar perempuan/artis dan claim macam-macam dan buat-buat seolah-olah semuanya realiti?


Dude, tak baik menipu pada bulan puasa tau.

102 comments:

Anonymous said...

magenta! ini da bomb!!

ko pun rasa fishy and chicky eh?

magenta said...

Asra, dah tak rasa ikan lagidah. Pasal now dah ada bukti kukuh. Eh jap. Ko tau ke aku cakap pasal blog mana? Hehehe.

Anonymous said...

hmm..blog *toot* kot.haha

ah,senang citer mcm gini-lah magenta.JGN PERCAYA.

dulu,ada satu kes.bertahun-tahun kami kawan dgn satu blogger ni haram tatau umo dia dah 41!anak dah 5!lima beb!bila dgn kitorg dia berlagak bujang trang tang tang.blog dia mmg zuhuf habis.mmg topeng gile.ha-ha-ha!

i mean,it's just words,kan.

JGN PERCAYA!

kita baca je.

hehe

kuc1n993m0k said...

hello..

lame x singgah blog ni..

magenta said...

Asra: Hahaha anak 5, gila! Aku memang tak percaya tapi ramai yang percaya. Rasanya ramai akan kecewa kalau tau tu fiksyen.

KucingGemok: Selamat kembali.

the artist and i said...

blog mana tu?

hehehe..

dia banyak tengok jejakaperasan kot?

magenta said...

Hehehe..kalau ada rasa macam familiar..yang itu lah. Nak sebut nama blog pun rasa bersalah. Tak pasal2 jadi macam ruang Mama Juwie pulak entri ni. Haha.

Nuruddin Abu Bakar said...

sekali sekala hidupkanlah kembali era mama juwie itu magenta =P

cik.siti said...

hahaha... saya tau blog mana, dulu ada layan gak.

tapi, bila ada jumpa bukti, terus tak layan. setakat tengok dan baca je ar..

kalau rajin, drop je ar komen.

tapi, serius ramai layan blog tu.

tapi, memang tau, semua kot cerita dia tu rekaan atau copy paste.

heh.

SESEORANG said...

kring!kring!hello nizam!heheh

mungkin dia menulis tentang imaginary side of himself kot.tentang what type of person he wannabe.
die takdak selfconfident pada diri dia sekarang.
or maybe just wanna be big loser.tapi nak orang nampak die hebat.kononya la

cik.sepi said...

Mungkin si polan itu sedang mencipta dunia fantasi sendiri sampai terbawa-bawa dan lupa diri :D

(Naluri ingin tahu saya, sedang meronta-ronta)

Agak-agak, berapa lama dia mampu bertahan menjadi seorang aktor yang berjaya?

Orang kalau pakai mekap pon boleh cair, walau duduk didalam bilik aircond.

Mungkin mekap si polan sangat tebal! :)

(ahh..siapa si polan itu?)

Ingrid Dients said...

"Mungkin in some way he’s living his desires through his character on his blog."

Think the word you're looking for is vicarious. He's living vicariously through his fictional blog rantings..haha.

I'm hosting buka puasa today for Adam's family. Mak's bubur lambuk (with all the spices), lasagna, briyani bukhara kambing and lemon cheesecake with lemon curd topping. I think the cheesecake tak kena with the rich food, want to buat the strawberry ice cream again but so tak larat. Plus I remember you didn't like it much!

Hey, msg me the blog's URL. Haha.

Rahimin Idris said...

ah, magenta. blog mana satu? aku pun ada ke layan blog tu? haha
aku pun tau sebenarnya blog tu penuh cerita rekaan semata. tapi saja nak layan.
hahaha

magenta said...

Facet: Hahaha aku tak layak nak jadi Mama Juwie :p

Aqila: Eh? Betul eh copy paste? Part tu tak tau. Cuba tau cerita2 tu palsu. Tapi betulla, ramai follow. Rasanya ramai tak tau cerita tu palsu. Tapi a few mesti dah boleh agak.

Seseorang: Aku pun sebenarnya tak pasti apa motifnya..

Cik Sepi: Kamu tahu dia siapa,kamu baru tulis komen di blognya siang tadi.

Bovril: Haha betulla kot. Amazing how girls dig fictional bad boys yang nak insaf/ sedang brokenhearted.

Rahimin: Hehe ya, kamu pun layan blog itu. Kamu link blog itu juga. Aku tak hairan kalau kebanyakan pembaca aku layan blog itu juga. Kalau dah tau, bagusla.

Anonymous said...

hey blog mana ni? don't leave me out of the loop la...
nape aku rasa mcm aku di bwh tudung saji ni? (bukan bwh tempurung..sbb posa kot...haha)
ahh..xbest xtau.

Anonymous said...

kalau siapa yang tak tahu blog mana, ha blog tuh blog aku, masuk ah blog aku (marketing amek kesempatan wuahkhgkeauga)

p/s: eh email lah aku url blog ittew sesiapa?! pleez.

Sue Anna Joe said...

I knew it! Cheh, I memang sering lawat blognya lately and comment.

I did have my doubts whether it's fact or fiction or some exaggeration. But an enjoyable read. So layankan aja.

Either way, he's good at cooking up these stories. And plays it well. I wonder if his wife knows. Hmmm.

I'll be taking down his link immediately from my blog roll, since you've confirmed my doubts!

But, now lagilah curious nak baca what's his next entry!!

Ingrid Dients said...

wahahah jipo aku dah tgk..kantoi aa..kantoinya..aku malu bagi pihak @Sapuan..hehe

magenta said...

Jipo: Aku dah YM hang url blog tu.

Penyangak: Ceh sempat lagi. Hmm jap lagi aku emailkan.

Sue Anna Joe: I pun baca blog tu dan pernah komen 2 kali. Ni semua happened one night bila me and another blogger tengah YM and start asking questions which led to the discovery of the wedding pics and beberapa bukti gambar. I pun curious nak baca next entry dia. And I tak rasa wife dia tau. I jumpa gambar wife dia dengan satu selebriti/'ex-gf' tu.

Rhona Rozlan said...

teringin nak baca blog yang dikatakan..

Ophe said...

Manusia dengan pelbagai helah. Aku rasa dia terlalu takut menjadi diri sendiri (yang mungkin tiada yang menarik). Justeru, dia mencipta sesuatu yang mampu menarik perhati orang kepada dia. Nahh.. misinya berjaya bila ramai sekali yang menyinggah dan mengikuti cerita-cerita ciptaannya.

magenta said...

Rhona, seperti kami, kamu juga seadanya sedang follow blog itu. Hehe.

magenta said...

Koishie: Mungkin. Apa-apapun, misinya telah berjaya.

Syarifah Hadli said...

Hohoho!
Kau tahu? Aku klik ke link blog dia kerana aku lihat ramai orang ada link ke blog dia dan orang yang meletakkan aku sebaris dengan nama dia sebagai blog suka dibaca. Jadi aku percaya kepada instinct penggemar tulisan aku.

Aku kirakan dia hebat seperti beberapa blogger feveret aku.

Masa mulamula baca aku macam ada rasa menyampah sebab dia kerap kali menyebut tin cap rimau, air cap rimau--yang pada aku hanya sesuai digunakan oleh akab dan sapa sapa yang guna terma tu aku anggap cuma poseur yang teringin gilaa nak hidup macam orang lain. Aku dah mula rasa dia fake.

Dan aku tak paham macamana tulisan yang takada apa yg bestnya end up dengan berpuluh puluh komen dari orang. Padahal dia tulih pasai dia gersang je.

Aku fikir macam, takpaa ni mungkin follower dia ni. Tu yang rajin komen tu.

Padahal aku dengki sebab aku secretly rasa aku lagi hebat dari dia. Iya. Aku memang disdainfully proud.

Dan oleh kerana itu aku tak pernah baca kesemua entri dia. Dan bila aku baca entri ni aku terbuka hati nak klik archive dia dan melihat siapakah artis yang dia bergambar pastu mengaku gelfren.

Klik.

Oh. Jangan cuba cuba tipu aku. Itu S**** ****k. Feveret aku. Tak payah tipu. Kalau ada pertandingan teka gambar artis, kalau dia taruk gambar telinga S**** ****k pun aku boleh teka itu dia.

Dan aku pun gelak gelak macam haram.

Haaih.

Siberkop said...

Ala, email I sekali ok ker?

Hmm, sedih.

magenta said...

Penyangak: Nak suruh orang email tapi tak kasi email.

Syarifah Hadli: Nak tau something yang sick tak? Aku ada gambar isteri dia dengan'ex-gf' dia tu, pakai baju yang sama macam dalam gambar dalam entri tu.

Siberkop: Sedih kenapa?

Syarifah Hadli said...

Tu lah.

Bila aku tengok gambar tu pun aku tahu itu gambar peminat yang berminat bergambar dengan artis.

Mana ada orang hot macam S**** bergambar dengan boyfren pakai peacepeace segala. Budak darjah enam iyalah macam tu, peacepeace apabagai.

Konfem.

Kalau aku jadi isteri dia kan, kalau aku terbaca blog dia, aku gelak dulu. Aku tak marah. Aku pegi kat dia masa dia tengah lepak tengok TV dekat ruang tamu lepas tu aku tepuk tepuk kepala dia sambil kata, "Try harder sayang, try harder."

Susah lah kalau semua orang nak jadi cool.

Anonymous said...

eh takpe aku email kau lah ek email kau kat profile blogger kan, aku dah hantar dah, sila reply dengan url yang berkenaan.

Rhona Rozlan said...

alamak. I macam slow lah. boleh emailkan I tak which blog? hehe.

Sue Anna Joe said...

Sib baik ada yang tak slow cam kita ni. Haha. Kalau tak sentiasa berada dalam kegelapan.

jannatunnaem said...

sebenarnya dulu i nak komen dia psl dia ckp ex-gf dia xvirgin lagik(mcm xptt bkk aib org len),i rasa dia mcm poyo jek buat cmtu maybe dia nak ikut blogger yang femes2lah kot..haihhhhhhhhh..mcm2 la kan dunia blog nih..:)

zhfrz said...

ya, kak sue, laju toi.

kalau tak, selagi tu la aku percaya kehidupan penuh keriangan blogger tu.

magenta thanks bongkar kan,

eh, ko ni spy kerajaan malaysia ka?

blabla said...

saya pun nak url blog tu..
hehehe...
/me kepoooo...
:P

Rhona Rozlan said...

Patut lah I slow sebab I tak baca entri baru dia yang nampak sangat tu.

Sick, man.

dila raden said...

aku pun slow macam rhona

nak baca!

dilarowkr@yahoo.com

thx magenta dgn pendedahan mengejutkan ini

haha

47 said...

ah, you've released the info without alerting ze agency! :)

but, in any caze, ze agency is proud of your workz ;)

take care frau! and have a good weekend!

magenta said...

Syarifah Hadli: Entri dengan S**** tu dah kena delete. Suspicious betul.

Penyangak: Kau bernasib baik ah. Kau sempat view entri dengan S**** sebelum kena delete.

Rhona: Pergh. I baru baca entri baru. I rasa macam I pulak yang dituduh menipu.

aVe & Dila: Jap. Tengah pikir patut beritahu terus kat publik ke tak.

47: Haha. It's not over yet. You have a great weekend too.

l.i.f.e said...

hai magenta, i've always been ur silent reader. tapi bila u cerita about penipuan ni, i can't resist myself tp put a comment here

nak tau pls...tak mau jadi his reader yang tertipu

magenta said...

Sue Anna: Dia tak mengaku dia dah kahwin. Hmm.

Janna: Ya, macam-macam..

Zhafir: Haha gila tak ada kerja kalau spy kerajaan. Cari identiti blogger je. Haha.

Anonymous said...

aku baru bangun!wah komen ko dah berpuluh2 magenta..

hrmm..for me dia pandai gak buat entry.walaupun apa..copy paste?hehe..lagi satu kan,aku mmg doubtful kat org yg selalu tukar2 skin.nak pulak kalau dia lelaki.haaaa..get my point tak..huhu

but tak kesah-lah.aku anggap entertainment semata-mata.

hrmm..just wondering kalau this blogger adalah blogger yang sama berbulu ayam 4 tahun dahulu.

hohoho!

Anonymous said...

aku teka macam betul

Anonymous said...

hahaha. i nakkk the url. lagik pun i mmg tgh cari blog yg best utk dibaca.fiction or non-fiction.asalkan menarik.ahahaha.

oja_moja@yahoo.com

farida tarmize said...

ouh..tringin la nk tau
cmne ghope musang berjanggot nih

Jebon said...

Aku tak pernah gemar blog dia. Entah apesal.

Tapi tabik kepada kau. Informasi kau ni Magenta, kalau Mama Juwie baca pun dia boleh nangis akibat cemburu ok. Huzz (bukan Husni) pun sekali.

Tahniah!

Melayu Minimalis said...

eee siapa siapa siapa?
i pun nak join bandwagon nak tulis pasal dia ni!

Rhona Rozlan said...

MM ni nak bergosip sama jugak. Hehe.

Sue Anna Joe said...

I was checking out the links from my feed, and ada orang google nama kita berdua "magenta sue anna jo". Ahahahha. Wah saya sungguh terharu digoogle bersama namamu.

Tak sangka MM ni suka sok sek gak ye.

cik.siti said...

yeah magenta.

copy paste.

u tak jumpa ke blog yg dia copy paste tu?

mmg ada.

;)

dila raden said...

patut dedahkan

kitorang nak join sekali

Sleep Monger said...

oh.. gila! aku tau tu. sebelum ni sangsi je.

aku rasa taktik dia pakai komen je blog sebanyak mungkin, pastu konpem lah ramai pg balas balik.

komen entri orang supaya org komen balik? wakakakakakaka...

cik.siti said...

i da pergi tgk balik blog yg dia copy n paste tu, tp, blogger tu da delete ar dia nye entri yg dat guy copied n pasted tu.

tp, for sure template dia sama.

hurm~

tak dapat nak tunjuk bukti.

*sigh*

blabla said...

annouce jer la sis..
hehehe..
lagipun semua org nak tau ni..
rasa nya saya tak pernah baca blog dia..
kalau baca, mesti dah prasan kot..
qeeqeqqeqe...

Anonymous said...

wghakgueahukga. dia delete ke entri tuh?

oh blog nih gupenye. haha. tipu-tipu pun kot ye pon tipu lah best sikit cam tahun lepas aku pernah tengah nak romen dengan awek nih sekali belum sempat dia nak bukak baju aku kencing kat dia. habis basah baju dia, awek tuh nak mengamuk, tapi belum sempat dia buat apa-apa aku baling tin cap rimau kat dia. dia rasa steam lak dengan semua keganasan ini and love was made.

semalam aku dok tercarik-carik gambar kami yang kami amak malam itu bla bla bla EK EH NIH DIA!

(muncul gambar separuh muka aku dengan what appears to look like fazura hidung seksi dengan baju basah and benjol kat leher, kami dua dua buat PEACE!)

anyway magents, anonimositi ke anonimiti sebenarnya maksod ekau nih? mana satu?! pilih! pilih! pilih! pilih!

Rizal said...

hahaha aku dah tau blog mana siap ada dlm lnks aku lagi. cilanat menipu rupanya, patut la suma cun2 ex dia siap ada astis lagi..

magenta said...

Asra: Tak sama kot. Yang ni tak ada anak.

Erm: Ye? Bagusla.

Ojamoja & Miss Kedondong: Tengah pikir nak dedahkan terus ke tak.

Jebon: Aku tak gemar sebab apa tau? Sebab dia ingat sexist tu racist. Kalau tulis sekali tak apa. Kalau banyak2 kali, aku rasa ngilu sikit.

Melayu Minimalis: Amboi amboi.

Rhona: Haha tu la pasal.

Sue Anna: Wah. Ada orang google nama I dengan photographer famous. Terharu seh.

Aqila Aini: Alahai. Tapi aku banyak lagi bukti lain. Kalau aku dituduh apa2, aku akan gunakan ia.

Dila: Aku nak lihat apa dia mahu tulis lagi dulu.

Double patties: Haa, yang tu la.

aVe: Haha mungkin juga kamu tak pernah baca.

Penyangak: Hahaha ha ah la. Aku silap. Anonimiti rupanya. Terima kasih 'adik'. Dia dah delete tapi let's just say I have back up.

Encik Rizal: Kita lihat dulu apa entri seterusnya..

Sue Anna Joe said...

Rasa pasal berkaitan isu nilah digooglenya kot. Weird huh! I lagi terharu you.

Weh.. entri copy paste? Waaah. Makin kontroversi nieh. Ah sukanye.

Tetiba rasa cam mak minah yang gosip pasal anak mak bedah la plak.

magenta said...

Anna, HAHAHAHA. Tu lah pasal. MAcam agak mak minah la kita ni. Pasal copy paste tu I tak sedar pun. Apa2 pun I curious nak lihat entri seterusnya.

Anonymous said...

ok found the blog already. thanks to sue anna joe for the clue. hahahahaha. macam solving a riddle ok. "roti disapu dengan ape?" AHAHAHAHA. sorry im a lil bit out of the loop with this blogging thingy. sekarang baru tgh syok mencari what's fun to read di masa kelapangan.

ok now. i want to see the wedding picture. omg i want. ahahahaha.

Amak said...

mak aih! aku pun kena tipu?!

Rhona Rozlan said...

Cerita copy paste ni yang entri mana pulak? Haih. I tak baca habis sungguh ni.

Debot said...

dear magenta,
u have triggered my curiosity..nak jgk URL blogger gile tuh..please?
email kt sye bisa? email: siti_adeb[at]yahoo[dot]com

seribu kali byk tekius!

Amak said...

rasa macam boleh agak kalo dah sebut pasal sazzy falak ngan tin cap rimau tu. sial lah! tertipu aku. patut la aku rasa semacam je. nak tgok gamba dia!

Anonymous said...

maxxxxxx cam tu ke?

sarahistheone said...

i thought to write about this but i was busy this few days. then i just don't bother because who give a damn about liar and all this lies?

since i found out, i felt funny. ysh,some famous bloggers were there. i always feel curious about too good to be true story though, so i hardly comment there. only recently i started because i thought, oh it might be true. but when i and the other famous blogger (hehehehehe) found out about the wife, i too feel pity. it as if he doesn't appreciate her let alone to declare himself as a husband. i guess he wants to get what he can't have so he created an escapism.


not that he can get chicks from the bogus story though.


urgh talk to my hands the ears are not listening!


p/s: me being kind - berfikir itu cerita fiksyen untuk menggembirakan hati lara. that's all. hopefully. kesian the wife. please!

Sleep Monger said...

weh, sedap jugak men gosip2 ni rupanya.

beli pancaindera la hari ni. hahaha.

Fndy said...

siapa? nak tau gak. blur ni

mollyjinxed said...

aaaaaaaaaaaaaaaaa

x aci.. saya blurrrrrr

magenta said...

Ojamoja, Perempuan Jomblo, Adeb, Fendy, Mollyjinxed: Sila refer entry aku yang latest.

Drug Buddy: Aku pun baru tau pasal copy paste ni.

Erm: Aku tak paham soalan kamu.

Sarah: Memang kesian the wife. Kalau my husband.. pergh.

Double Patties: Haha ni dipanggil gosip depan-depan ni.

cik.siti said...

dia ada 2 cerita kalau tak silap i dia copied n pasted. satu cerita yg 'rezeki' n the other one, i tak ingat. i mmg terjumpa pun, sbb ada blogger tanya dia tu f***i ke sebab entri dia tu sebijik cam f tu. then, dia reply, jz take inspiration from that blogger. 'take inspiration'? wth? itu copy n paste tu. n i found out that blogger yg dicopied n pasted tu, tiap2 bulan mmg akan delete entri2 for that previous month. so, mmg takde bukti ar yg dia copied n pasted.

sbb kalau ada bukti yg tu, mmg kuat lah yg menyatakan dia tu penipu.

erm, sedih n *sigh*

Anonymous said...

ok....aku fail bab gosip2 ni

Anonymous said...

marjerin...macam tu ke? betul seh

flip flop said...

pernah bca blog ni

gila ar bergosip sakan

hehehe=)

nway..act at first baca post ni..rasa cam dah tahu sape..

sbab byk gla orang letak dia as fav blog even for me..hmm..tkda motif pun post dia tu..

but slalu je baca..
tpi when i'm scrolling down da page..

takut salah teka jadi fitnah plak

nak url blog tu boleh magenta..

'muka penuh mengharap'

magenta said...

Aqila: Bukti plagiarism mungkin dah hilang, tapi bukti menipu masih ada.

Erm: Ha, pandai.

Missy Siti: Boleh refer kat post atas.

Anonymous said...

saya SUDA TAU!
tapi ..(muka kelam)
air cap rimau tuh pe??

Firdauz takes five said...

alamak terlepas drama!

magenta said...

Noa: Cuba terjemahkan frasa itu ke dalam BI.

Firdauz: Drama baik punya. Kalah cerekarama TV3 yang Samarinda tu. Haha.

Anonymous said...

haa haa
terjahh...huhu

nak gak.. nak gak.. nak gakk URL blog tuh.. nak gakk...

tQ

anakgajah13@gmail.com

syafiqah said...

haha..kesimpulannya,tulis jela blog pasal diri sendiri and letak muka sendiri.
*walaupun mungkin tak ramai org yg sudi baca*
tak payah nak copy paste and letak muka org lain. then tulis cerita kononnya dia lah yang paling hebat.
*hello..who care kalau tu bukan diri kau.*
haha xP

S.YanaZ said...

Siapa FAHMI...tak fhm...

magenta said...

Fahmi adalah Marjerin. Sekian terima kasih.

budak gemuk said...

aku nak tau juga blog ape yg korang ckpkan ni.

e-mailkan url nye pls.

xv0i@hotmail.com

thanx.

Anonymous said...

hey..


email me jugakkk..
pls..
huhu..
mgkin ade bc...tp xsure la


here:blackforest088atgmaildotcom

Anonymous said...

heyy...

email la me jugakk..
pls.pls..

huhuuhuh.
mgkin penah bc..tp x sure la..

blackforest088atgmaildotcom

the artist and i said...

hahahahahhahaha

ni yang ms weed nak gelak sakan nih.

baru tau!

komen bagai dia kat ms weed punya blog.

hadoilahh.. takpa la.. kasi credit cemerlang lah kat dia!..

*apapun, bagi ms weed, dunia virtual ni tak meninggalkan kesan sangat dalam real life ms weed, setakat baca, komen. itu saja. nak bawa memikir tak juga.

*sekali baca, tengok pic, senyum, komen pastu dalam otak tak lekat pun.

*cuma ada perasan pic artis tu, dalam hati "suka ati hang laaa mamat oiii nak letak pic sapa..macam laaa aku nak amik port"

hehehe.. jadi cerita cerita sapa dalam blog mereka-mereka, ms weed baca - kalau rajin - komen.

macam ms weed type kat blog satu lagi,

kalau ms weed shutdown laptop ni, maka info2 dalam blog lain, kisah2 blog lain, frenster, facebook semua turun 'shutdown'.

*ms weed amik port tentang 'Malf' saja!

Anonymous said...

nk link juge..seriously..nk tau gak kna tipu ke x mia ni..hehhe,,,email mia URL die leh?

meow_amiey@yahoo.com

Anonymous said...

magenta,

saya harap kita REST THE CASE saja. lagi pun bulan puasa nih, tak elok rasanya. aku rasa dia dah insaf dah tuh.

terima kasih.

zhfrz said...

yup, tammat kan saja la...

manusia ganjil ikan yu said...

err...aku baru je bercadang nak buat mcm blog tu.
tapi dia dah start dlu

damn..

rosak program ana

fictionita said...

when i read this post itu hari, i mcm dah dapat teka who u were talking about. i didn't really follow his blog. i mcm rasa ada org sama kan blog dia dgn mike's. i don't know why i lebih layan mike's than his. mungkin i macam tak gemar sgt entries yang terlalu byk cerita chicks, chicks, chicks. heh. tapi kalau post gambar artis and kaitkan dengan cerita lain, that's not really nice la kan. tapi kan, i selalu wonder whether perez hilton's entries on his blog tu betul ke tak...

aih. leave it to the virtual world to let your imaginations run wild :)

magenta said...

Kepada yang bertanya, maaf saya tak emel kamu. Saya malas dan blog itu sudahpun didelete sekarang. Kepada yang marah atau tak suka aku sebab menyebabkan blognya didelete, aku tak letak pistol di kepalanya dan suruh dia delete. Lagipun banyak cerita fiksyen tribute di blog sekarang sekiranya kamu rindukan fiksyennya, enjois!

Senandung K: Perez Hilton tu betul I rasa. Sebab kalau dia post entri tipu dia boleh kena saman for defamation.

Mike's stories selalu ada substance and ada maksud tersirat. His stories on the other hand are mostly superficial and tend to focus on the 'glamour' aspects. Jadi I think it is an insult to Mike jugakla untuk bandingkan dua tu, even though I've heard this comparison numerous times.

eryzal zainal said...

korangg~!..kiterr nk jugakk :(
hahahah

Anonymous said...

kak magenta nak tahu jugak blog maner...saya sentiasa baca blog yang popular hahah tanak kene tipu..

nih email mishmashpu3@yahoo.com.sg

TQ~

magenta said...

Eryzal: Hahaha perli ye.

Yang Nak Tahu Jugak: Kalau baca komen2 entri ni and entri lepas ni betul2, mesti dapat teka siapa. Tapi provided kamu memang pernah baca blog dia sebelum ni.

Ingrid Dients said...

tambah lagi 6 ni dah bley jadi 100 komen. khairul tu mcm 'marj' jek. haha.

magenta said...

Haha. Dah jadi macam entri ala2 Mama Juwie/Huzz/Zubir pulak.

J u l i a 。.゜✿ said...

+。.゜ha ah la magenta..
khairul tu macam bahan yg disapu pada roti tu je. =P
haihhh nasib baik ju baca pasal hal ni kat ladynoe, kalau tak memang ju terus tertipu.

magenta.. nak tengok gamba dia ! describe la sket muka dia camana. ahahaha..

selamat berpuasa magenta !

eryzal zainal said...

cepat la u...citer laa~!
*sambil lari2 pegang tudung nk tecabut.

Unknown said...

saya tak brape paham pasepa org mcm sanjung fiksyen2 dia tuh. yg suka baca cam xkesah sgt ar sbb sekadar membaca. tp yg cam kagum, tabik segala tuh, mcm agak bodoh ar kan. knape nak kagum ngan org yg perangai camtu?

am_am_am said...

wuah. rupanya am tertinggal. dah lama tak berblogging. dekat seminggu. cet. seminggu je. am tau blog mane. kdg2 bace jugak. suka2 je. isk, gile ah, nak tau gak dia copy paste from blog mane. btau2. wiu3. tadi bace separuh entry ni, then da dapat tangkap blog mane, trus tengok. dah delete dah. wiu.

Ingrid Dients said...

n this one makes 100?

fashionableSHUHA said...

nak baca jugak boleh tak anna?

Anonymous said...

Nice post and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.