Thursday, September 11, 2008

Yang Membuli dan Dibuli

Sebenarnya masa aku kecil aku sering dibuli. Sebab aku tersangatlah renek. Bayangkan, semasa aku darjah 1, aku hanya 18kg dan 116cm. Sehingga aku masuk darjah 5, aku hanya naik 1kg setahun. Selain daripada renek, aku juga pendiam.

Waktu berhimpun di dewan, kami terpaksa beratur ikut ketinggian. Aku selalu kena berdiri kedua daripada hadapan. Sungguh tak cool. Budak-budak cool dan otai semua dapat berdiri di belakang. Mereka mendapat nutrisi yang secukupnya. Budak-budak yang kena berdiri depan selalunya nampak macam tak dapat cukup cahaya matahari dan nutrisi, sebab tu tak tinggi-tinggi.

Oleh sebab ini juga, aku sering dibuli. Junior pun buli aku.
Suruh pegangkan botol air. Bawa beg mereka ke kelas. Give up tempat duduk dalam bas sekolah. Aku buat sebab aku takut. Mereka jauh lebih besar daripada aku.

Pada umur 8 tahun juga aku telah diblackmail buat kali pertamanya. Oleh seorang junior pulak tu. Semasa kecil aku ada tabiat yang kurang elok.
Aku suka curi minum air paip di tandas sekolah agama. Aku pun tak tau kenapa. Tapi aku rasa macam air paip kat situ sedap. Pada suatu hari, aku kantoi dengan seorang junior. Junior ni sekelas dengan aku, sebab aku memang lambat setahun dekat sekolah agama. Lepastu, tiap-tiap kali exam, dia paksa aku bagi dia copy jawapan aku. Kalau tidak, dia akan beritau semua orang tentang tabiat aku itu. Disebabkan aku risau tentang reputasi aku yang tak wujud itu, aku mengalah saja. Mana boleh orang tau. Lagipun aku suka dekat abang dia.

Ada pula budak-budak kaya yang suka memanipulasi aku untuk membuat kerja rumah untuk mereka tanpa apa-apa bayaran.

Masa masuk darjah 3, aku jumpa mangsa untuk dibuli pula. Aku tak boleh lupa, satu hari dia telah menangis disebabkan aku. Tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku.

Masuk darjah 5, aku pindah negara. Aku putus kontak dengan ramai kawan, termasuk dia. Aku mula membesar secara fizikal. Tetapi mental aku masih macam budak-budak.
Sementara orang lain sudah mula concern pasal puberti, aku masih taksub dengan Ultraman. Tahun 1997, aku tulis surat kepada kawan-kawan aku. “Kat sini dah ada Ultraman Dyna, Malaysia sekarang tengah Ultraman apa?”

Tahun lepas, sedang aku surf Friendster, terjumpa suatu profile gadis yang agak familiar. Aku takkan lupakan senyuman itu. Nama pun sama. Lama juga aku berdebat nak message ke tak. Last-last aku hantar message begini:

Hi, you probably don’t remember me, but you remind me of someone I used to know when I was 8. Did you use to go to Madrasah ######? If you are who I think you are, I remember I made you cry once, I’m really sorry for that.

Dia jawab malam itu juga. Dia membalas bahawa dia masih mengingati aku dan sudah tak ingat bahawa aku pernah membuat dia menangis. Dia menambah lagi bahawa kami pergi di sekolah menengah yang sama dan dia senior aku dan dah lama perasan aku. Aku tak sedar pun. Kami berbalas message dalam 2-3 kali and that was it. All was well.

Aku tunjuk profile dia kepada best friend aku dan berkata, "Weh ko tengok ni, dulu aku buat budak ni nangis siot. Jahat sial aku."

Kawan aku membalas,

"Gila ah weh.
Selamba ko buli budak hot!"

Ya, dia dah hot sekarang. Budak-budak yang buli aku dahulu pula semuanya lebih pendek daripada aku sekarang.

32 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

Malaysia sekarang tengah Ultraman apa? haha so sweet.

mesti best dpt trace balik kawan lama tu.

Sue Anna Joe said...

Dan pasti kamu juga hot. O yeah. :P
I didn't like my days in lower secondary. =\

Sungguh peer pressure.

How was schooling dekat luar negara? Ada tak unsur racism?

sarahistheone said...

magenta i dulu suka suria baja hitam, dulu pun i pernah terfikir nak tulis pasal dibuli, tapi belum lagi kot. sebab kadang2 bila fikir rasa sakit hati, kadang2 fikir macam kelakar

magenta said...

Facet: Haha sweet ke. Best, memang best. Tapi lepastu delete Friendster, dah hilang balik. Tapi yang penting dah mintak maaf.

Sue Anna: Hahaha. Ha, masa 11 tahun tu I wasn't aware of any racism issues, tapi masatu 9-11 belum berlaku lagi. Tapi in my uni days memang ketara lah.

Sarah: I like Suria Baja Hitam too. I panggil orang lalat dulu. Haha ni pun I banyak tinggal ni. Kalau nak cerita semua memang panjang.

Pourpres~ said...

I sekolah rendah tengok Samurai X.

Saya pon nak dibuli oleh Magenta lah. Besar sok jadi hot. :))

Jebon said...

“Kat sini dah ada Ultraman Dyna, Malaysia sekarang tengah Ultraman apa?” Bahahahahahaha!!! Aku tak ingat Ultraman apa, tapi aku ingat ada raksasa tapir menyerang Jepun dan menyebabkan pencemaran terhadap semua kolam. Sesiapa yang mandi dalam kolam, akan kehilangan pusat. Ngeri kan?

Aku ada satu post tentang buli dalam draft, bila nak publish je mata berkaca-kaca. Hm... Kamu sangat tabah Magenta.

Siberkop said...

I masa dah kerja baru dpt buli org. Tapi org tu dah pindah kerja pulak skrg. Menci.

Ophe said...

Dibuli? Yaaa... membuli belum lagi. Aku juga seorang senyap dan pendiam walaupun aku bekerja di bidang yang tak sepatutnya aku dengan sikap begitu. Aku masih dibuli sehingga kini, cuma cara pembuliannya sedikit berbeza dari zaman sekolah. Uhhh.. Patutkah aku juga belajar untuk membuli?

magenta said...

Pourpres: Hahaha oit! Kalau nak dibuli biar ikhlas! Jangan sebab nak hot. That being said, semua orang tolong jangan buli aku. Nanti kena curse jadi pendek.

Jebon: Hahahaha ganas gila episode tapir ni. Jebs, aku banyak leave out details ni. Dulu aku pernah terjatuhkan botol air junior sebab dia suruh bawa buku dan beg dia sekali. Aku pun ada beg sendiri nak angkat. Lepastu dia tengking aku depan semua orang. Aku nangis sorang2 dalam toilet pastu beli Sumi Jelly untuk menceriakan hati. Kalau aku ada support group 'kanak2 dibuli anonymous' masa kecik kan best.

Siberkop: Jauhkan aktiviti membuli di bulan puasa..jeng jeng jeng.

Koishie: Uish, jangan buli. Kalau orang yang membuli tu tiba2 jadi berpengaruh nahas gak. Lagi satu karma dan doa orang teraniaya. Macamni. Kalau orang ada impression kamu ni gangster atau pernah pegi juvi atau jail ke, mesti dorang takut nak buli..hehehe.

ledisordre said...

aku pun antara paling kecik dulu. no 2 3 camtu la dlm kelas. dok kena buli gak la. nak melawan tak reti lagi. skrg kalau jumpa membe2 skolah blk aku paling tinggi. dah buleh sound2 sesuka hati. dorg pun mcm ikut ckp je skrg. power is good. hahaha

Marjerin said...

aku sangat gemar membuli budak yang agak lemah di kelas aku untuk membuat kerja rumah with tanpa bayaran.

eryzal zainal said...

kau ok lagi....aku lagi laa~!
slalu kena dok depan skali time pehimpunan.rasa shittoo gila.

adam.fairuz said...

Aku teringat masa zaman skolah rendah aku dulu...nakal siot....hehehe...

Ingrid Dients said...

Wish I grew at your rate. By the time I was std 5 I was taller than almost all the boys but a std 1 kid still can bully me...haha. Tak kena langsung!

Ophe said...

Hahaha.. takla Magenta. Aku tidak akan pernah sanggup membuli kerana aku cukup tahu bagaimana rasanya dibuli. grrrr...

the artist and i said...

kena buli letak paku kat kerusi.

kena buli kena tahan dek kaki bila jalan kat koridor.

kena buli tarik tudung.

Sue Anna Joe said...

Oh, baguslah. Cause my friend, dia masa tu grade brapa tah, grade 5 kot. There was this girl, yang terlanggar lah my fren ni, then dia kata "Euww, now I have to wash this dirt/stain off my hands". Tsk tsk tsk.

susudalambotol said...

cerita ni sgt kiut ok. saya pun turut suka membuli kanak-kanak renek sewaktu dahulu :)

Anonymous said...

bosan

bak no awek hot

Azlan Dawai said...

Dulu mase skolah pun aku badan kecik je. Tapi tak penah kene buli. Sungguh nasib baik. Mungkin sebab diorg tgk aku macam budak pelik je kot

koboi said...

sek rendah; aku membuli orang
sek men; kadang2 membuli kadang2 kena buli
bila dah kerja; ari2 kena buli dengan orang atas. huhuhuh
mungkin lepas ni aku nak percaya hukum karma.

NeemoNeemo™ said...

Nak Friendster ID budak hot bley...?

Anonymous said...

nape aku xigt apa2 pon pasal buli time kecik2 dulu..hmmm..adakah aku yg buli org?..aaaa tidakkk..

Pourpres~ said...

Helloooo, manade orang yang nak dibuli dengan ikhlas? Otak I center lagi okaaii.

Dunno bout u though. Center ke x ni? Maybe byk sgt kena buli ni. Alalalla cian dia.

Ngahahaha :p

Sleep Monger said...

satria baja hitam ade 2 biji motor ko tau ke? huh.

sekolah rendah pernah kena buli gak ngn std 6, aku std 1. ade gak aa buli2 member pastuh. sekolah menengah aku garang. haha.

err.. ko buli orang lagi tak skang? free? kekekekeke..

47 said...

dia dah jadi hot sekarang?

sila forwardkan email address & phone number dia ke sini, you know where to reach me. XD

Hadi said...

Ultraman Dyna yang ade tanduk tu ke? macam mane tapir boleh jadi raksasa?
orang jepun mmg betul2 maju la.. hehe..

Anonymous said...

memandangkan saya masih di sekolah, meh saya bagi tips macamana nak elak kena buli, senang je - jangan mandi langsung, kalau lepas berak pagi-pagi calit calit taik kat muka and baju all over, kalau buleh guna taik tuh untuk lukis jambang kat muka so nampak ganas, and lastly, bawak parang gi sekolah.

magenta said...

Ledisordre: Eh, sama! Hahaha. I can't believe you used to be short too.

Marjerin: Sekarang kamu pendek tak?

Eryzal: Hahaha. Kedua dari hadapan pun teruk gak apa. Budak belakang tak yah buat-buat macam tengah nyanyi Negaraku. Aku selalu kena. Sebab nanti cikgu disiplin atau pengawas marah kalau tak nyanyi.

Adam Fairuz: Hahaha. Nakal? Kamu yang membuli la tu?

Bovril: Haha the growth spurt due to all the milk and eggs and Cheerios and physical education.

Koishie: Haih kan best kalau orang yang buli aku dulu message aku kat mana2 mintak maap. Hahaha.

O my Love: Pergh jahat gila! Letak paku kat kerusi? Kalau jumpa balik tu tarik rambut dia hehehe.

Sue Anna Joe: Whoa jahat gila. I was in Grade 5 too. Tapi luckily semua orang baik. Ada juga stok the Plastics, but they were nice.

Susu dalam Botol: Hahaha wah para commenters semuanya ada pengalaman membuli atau dibuli rupanya.

Erm: Kenapa? Kalau cari sendiri memang hopeless eh? Hahaha.

Azlan: Hmm...sungguh mysterious.

Koboi Malaya: Haha memang. Karma memang wujud.

Neem: Hahaha. Kalau Neem sorang, boleh.

Jipo: Tu la hang sibok sangat jadi best student sampai tak ingat kat orang. Hehehe.

Double Patties: Mak aih. Mana aku ingat dah. Hahaha ko nak dibuli ke? Kronik ni.

47: Haha email dengan fon number tak ada, Friendster je ada, tu pun kena google balik pasal dah delete Friendster lama.

Hadi: Ya, yang ada tanduk atas kepala macam unicorn tu. Tu lah. Bila pulak Malaysia nak kacukkan tapir dengan raksasa ya.

Penyangak: Tu bukan saja orang tak mau buli, awek pun tak mau, sesapa pun tak mau kawan. Nanti dah frust tak ada kawan boleh run amok dengan parang.

Rhona Rozlan said...

sekarang tinggi tak?

magenta said...

Hehe. Sekarang kalau kena berdiri ikut ketinggian, saya mungkin akan dapat berdiri ketiga dari belakang.

Anonymous said...

saya 6 kaki...hot tak? hahaha

yes....sangat hopeless