Sunday, September 14, 2008

Ini Bukan Harian Metro atau Majalah Mangga

Kepada yang tuduh aku dengki, mereka-reka cerita dan mencapub, kamu tak minta maaf pun tak apa. Ya, aku nampak tuduhan kamu sebelum chatbox itu didelete. Tapi aku paham, ini semua datang dengan adanya blog yang public. Dan percayalah, aku tak kisah dengan angka stats aku. Kalau aku kisah, dah lama aku pamerkan angkanya dan letak iklan Adsense/apa-apa yang mendatangkan duit. Tetapi aku lebih kisah dengan siapa daripada berapa orang yang membaca blog ini. Sebab aku tau, dalam ramai-ramai itu, tak semua yang suka aku.


Kepada dia, sudah-sudahlah tu menipu. Sekarang dengan identiti pula. Aku ada bukti kukuh kamu siapa. Sekukuh bukti-bukti aku sebelum ini. Aku pun tak suka malukan kamu ok.


Ya, aku ada informasi siapa yang handalkan blog kamu. Fakta tak pernah menipu. Selain itu, kamu jangan lupa, kamu telah daftarkan diri dengan Nuffnang.


Aku ingat aku tak tertipu. Rupa-rupanya aku pun tertipu sekali. The husband and the wife were in it together. Apa motifnya? Pandang kanan bahagian atas. Setahu aku tak pernah pula aku dedahkan muka isterinya di sini, tiba-tiba isteri dia datang ke blog aku dan promote blognya di ruang komen mengajak kamu semua ke blognya untuk view gambar-gambarnya bersama abang kesayangan kita. Jangan lupa klik pada iklan Nuffnang itu ya, kawan-kawan (eh, iklan itu kena bayar per klik atau per visit? Kalau per visit, memang banyaklah untung mereka. Syabas). Semoga bahagia hingga ke cucu cicit.


Duit, tentunya duit. Ah, manusia memang macam-macam. Malas aku nak layan.

96 comments:

Sarah is the One said...

alamak magenta, takut pula post ini disalah ertikan you ada anything against dia, well, he should do it the supermodel way lah- come clean, say sorry and all.

i pun tak suka if you know what i mean dia tipu-tipu cuma letak ni nanti macam nak malukan dia pula. macam mana ni magenta? bawa bersabar tau tengok kerenah orang.


kalau i jadi the wife i akan terkilan maybe menangis dan rasa tak dihormati + disayangi.

just hope semua memang fiction atau cuma masa lampau punya cerita. at least benda tak betul taklah sakit hati isteri dia nak banding kalau dia memang buat.

Marzuki said...

melodi ke ni? kita zaassssssssss

Sarah is the One said...

tapi tak mengaku dah kahwin memang tak baik jugalah. hmmm

SESEORANG said...

yes..akhirnya aku berjaya jumpa blog itu tanpa bertanya sesiapa..hooray...

but damn!aku baru linkkan blog dia hari ni.cisss...

kesian kat dia..kene jumpa psiciatrist la.

magenta said...

Sarah: Oh, tak apa. Sebab dia juga pernah meletakkan gambar dia di blogger profile dengan perempuan di blog dia yang lama. Lagipun entri semalam yang sudah dipadam seolah-olah imply I nak mereka-reka cerita. Hmm.

Marzuki: Zasss tu apa ya.

Seseorang: Aku lagi kesian kat isteri dia.

husni said...

fuish cukup panas blog kau ni...bagi la link utk membuatkan die jadi lebih panas...

husni said...

ok ok aku dah jumpa (terima kasih kepada google), betul la august 14 punya entri sudah hilang...tapi font semua mmg sepadan la dgn apa yang ko letak kat sini...

panas beb panas...

erm said...

google:cinta tak semestinya bersatu, aku sungguh mellow

pastu view cached(maybe dalam bentuk text)

tadaaaaaaaa

dah jumpa blog tu

babelici0uspink said...

cik magenta,saye pon tertipu.

Tuan Caracol said...

kenapa kamu sangat bitter dengan dia??

Dani Izwan zainol said...

ya......sudah bolos dindingggg ituuuuuu!!!

Barteria said...

wow,tak pernah aku tengok such kind of made up story.haha,tablehblah betul mamat ni.get a life weih.

magenta said...

Husni: Haha. Yang pernah membaca dan tertipu, tau la blog mana ya. Agak panas la.

Erm: Pandai ya kamu guna Google.

Babeliciouspink: Sekarang kamu dah un-tertipu.

Tuan Caracol: Aku tulis entri ni berdasarkan fakta(bukti) bukan emosi. Kamu suka lelaki berkahwin yang tak mengaku sudah beristeri dan suka menyundalkan gambar wanita di blog untuk mendapat publisiti dan simpati?

Dani: Ya.

Barteria: Sebenarnya banyak je cerita macam ni kat Internet. Mungkin bukan dalam BM kot.

yourdrugbuddy said...

Ada video ke? Well for me, Kalau rasa nak tulis fiksyen or whatsoever takde hal lah. But, if you claimed you single and not married, agak kesian lah kan.

Kalau lah, I wife dia.. habis lah.

magenta said...

Rhona, ada. Kalau google keyword2 tertentu, mesti jumpa.

K.Jah said...

agak2 watak sharon tu wujud tak?

magenta said...

Mestilah tak. Si polan ni kahwin awal tahun ni. Apa kes tinggal dengan perempuan lain dah 2 tahun sampai sekarang.

Tuan Caracol said...

auch...faham lah Tuan
sbb Tuan selalu akan ignore ajer kalu jumpa blog macm ni bila blog hop dan bersikap malas nak layan.

semoga empunya blog bertaubat dan lebih menyayangi keluarga demi masa depan dia dan anak cucu dia yang bahagia kelak.

amin. berkat ramadhan

Tuan Caracol said...

owh ok,
bila aku google,
erm....orang ini buat aku lebih insaf tentang diri. Alhamdulillah

magenta said...

Tuan Caracol, komen saya tak ada unsur nak marah kamu ok. Mungkin ada yang tertanya kenapa aku sibuk sangat pasal blog dia dan bersusah payah nak bongkarkan. Jawapan aku, nak cari identiti dia tak mengambil lebih daripada 10 minit. Dan sebagaimana dia bebas untuk menulis di blog dia, aku juga bebas untuk menulis di blog aku. Dia buat kamu insaf, baguslah.

Ferdows said...

Magenta,
Terima kasih

Kita semua perlu berterima kasih pada Magenta!
haha

Aku dah agak mesti blog yang itu Magenta maksudkan..

Kita tengok what's next
Adakah dia akan delete blog nya?
Sipa tahu...
heheheh

47 said...

DAMN! pwnage nih! LOL

jipo said...

ha..skang baru paham skit2 what's the hype..
ooo..byk rupanya org follow blog dia,xtau plak aku...kira mcm baca cerpen kat dlm paper tiap2 ari le ni..hehe

ish,ish...xsangka ada org sanggup go to such extend utk berbohong..aku masih xclear motif dia...nk popularity? mcm LonelyGirl15 kat Youtube dulu? who knows la..

missy siti said...

i found that blog too..

wow..u memang brave..for me..i know u bkan nak against him or wat..sbab at least u try to jaga his wife punya privacy..u nak buktikan je..

and i hope dia berubah=)..kesian sangat his wife.....adakah isterinya tahu akan benda ini?

~ChEnTa~ said...

gud job magenta.
dia ni sakit jiwa agaknya.
perlukan rawatan dari pakar.
gambar adik sharifah shahira (si pelakon tu) pun dia eksploitasikan yer.. haihhh..

Double Patties said...

ooo, yang tu ke sazzy falak..

aku suka gambar artis yang tgh santai.

ha-ha!

penyangak said...

eee cumelnyaa sazzy falak.

anyways aku juga tulis pasal pengalaman aku yang sama jugak dengan mamat berkenaan. kami serumpun rupanya.

Anna said...

I also did the gogle-ing and he did delete some posts. That guy, is somehow very good at making himself very popular.

farizzet said...

wah panas betul cerita ni ya magenta. namun saya tak jumpa dan tak mau jumpa blognya. kerna ada cerita lagi panas dari yg itu, "reality tv malaysia"

Enche' Kacak said...

ingatkan sape. blog ni rupanya. rupanya gua tertipu juga!

sigh

koboi malaya said...

baru beberapa hari aku berjauhan dari dunia ini dan kamu telah membongkarkan 1 misteri yang besar. hahaha tahniah kepada kamu.
p/s; aku tau sapa yang kamu maksudkan. pernah baca. tapi tak pernah suka. lagipun aku penggemar air sirap jer..

Firdauz takes five said...

best makan dengan roti ni.

nyam nyam, sedapnya!

Marjerin said...

ok magenta. saya mengaku. saya minta maaf banyak2. apa yang saya tulis merupakan fiksyen semata-mata untuk hiburan. again, saya minta maaf diatas apa yang saya tulis yang mungkin menguriskan perasaan orang lain.

saya minta maaf.

Snuffleupagus said...

i found his blog! pagi tadi ada lagi semua post.
baru lima minit lepas i tengok, dia dah delete semua posts. -___-

Fendy said...

owh aku xpenah masuk blog ni so aku x tertipu la eh ke aku sudah ketinggalan membaca blog yg hangat??

Fiza said...

Lerh, I just commented him about how pretty his ex gf is yesterday. Naive sungguh diriku.

amanti said...

ala,tak sempat baca dia dah delete semua...

fahmi said...

assalammualaikum,

saya tak sangka benda nih jadi kecoh macam nih. saya kecewa bila saya diberitahu gambar saya dan isteri didedahkan disini. memang selama nih adik saya ada blog, tapi saya tak pernah ambil tahu pasal blog dia. saya tak tahu macam mana cik magenta boleh revealkan adik saya sebagai saya.

harap benda nih tak berpanjangan, dan saya tak benarkan dan tak suka gambar saya direvealkan disini.

terima kasih.

ili syazwani mk said...

Eh..ko edit entry..

Alice said...

Hi,

i've read thru all the post from marjerin and from ur blog .. pasal semua nie kecoh sungguh .. Tak kisahlah kalau dah tahu marjerin tu sapa yang membuatkan saya kecewa dan sedih kenapa gambar saya direvealkan dipage anda,lagaknya seperti kami ni hapa. Kalau nak tengok gambar saya dan Fahmi silalah ke blog saya sendiri.

ntahlah dunia siber nie memang menyakitkan hati.

aQila aini said...

so, izit fahmi and marjerin are the same person?

oh, confuse confuse...

one love said...

deme (nuffnang) pay per visit!
kaya kaya kaya!

blog bebas utk sesapa pun!
deme tulis, kita baca dan kita digest dalam kepala...
ad fiksyen dan ada yang real..
exeggra... mcm mana nak eja, ekzegerasyen (kah kah kah) buat kita teruja...

lagi byk kita cerita, lagi banyak deme nak tau..
u made them days la macha!

lagi kaya deme...

bagus! dalam kedasatan ini, u bagi deme kesenangan secara virtual!

amal di bulan puasa!

cool magenta! like ur blog :)

magenta said...

one love, kawe meme pemurah. lagi2 time bulan puasa ni. kalau boleh nak kasi pasangan suami isteri makan sebulan ikut profit nuffnang.

Sarah is the One said...

i memang terfikir dari awal if ada nuffnang then cerita gempak-gempak gila, mesti ada motif duit juga. ada juga I terfikir yang logik je isteri dia tahu then sama-sama pakat. logik je kalau sume perempuan dalam gambar juga kawan-kawan dia yang tak kisah or maybe memang tahu ini untuk dapatkan profit. so dia dah come clean, so buat tak tahu jelah.

it was good fiction though

Sue Anna Joe said...

Moral of the story: Think before you act.

Good job Magenta.

S.YanaZ said...

Magenta,
sorry...apa kaitan Fahmi...Alice...dan Mar..... nihhh...?

Uishhh...mmg selalu link ke blog ini.

Melayu Minimalis said...

marjerin lebih healthy dari mentega ok.

magenta said...

Ferdows: Dia dah delete, tapi tak lama lagi dia akan buat baru la tu. Biarkan dia.

47: Haha. All your bas3 ar3 bel0ng to us.

Jipo: Motif dia duit.

Chenta: Tak sakit, cuma dahagakan perhatian dan duit sahaja.

Double Patties: Oh, aku pun suka.

Penyangak: Aku dah baca. Lawak gila.

Anna: Kalau dah drop komen kat semua blog 'salam ziarah', mana orang tak kenal.

Farizzet: Tak rugi pun kamu tak jumpa. Reality Tv Msia ni apa? Kamu blog sikit pasal hal ini.

Enche' Kacak & Fiza: Kamu berdua tak keseorangan.

Koboi Malaya: Aku suka air bandung. Heheh.

Marjerin: Hanya Tuhan saja tau keikhlasan kamu.

Snuffleupagus: Tak hairan dia buat begitu.

Fendy: Suam-suam kuku saja.

Amanti: Kamu tak rugi apa-apa.

Ili: Ya aku edit. Sebab sekarang aku dah tau motif sebenar.

Alice: Nanti saya tolong promotekan ye kak.

Sarah: Oh, he didn't come clean. He continued to lie about his identity until he deleted his blog. Tak berani kerana tak benar.

Sue Anna: Yeah. That applies to all of us.

S. Yanaz: Marjerin dan Fahmi adalah orang yang sama. Fahmi ada blog dulu, nama blog tu Eksperimentasi Cinta. Alice tu isteri dia.

MM: Makan roti kosong tak sapu apa-apa lebih healthy.

Sue Anna Joe said...

mentega magenta mentega magenta
sebut 10 kali cepat cepat

syafiqah said...

marjerin dan magenta. nama lebih kurang. okay,out of topic. =P
kita telah kehilangan penulis yang hebat dalam industri blogging. haha
kepada penipu itu,just get your own life baby.

ojamoja said...

so fahmi = marjerin. alice = the wifey? google for fahmi and alice. boom! there you go. berlambak sey.

ah well..just admit la kita semua mmg have too much time on our hands right? even saya/others pun beria menggoogle (yes i am nosy, we are all right?) ape tah lagi org yg beria mereka-reka cerita fiksyen.

konklusi, dunia www ini sangat fun! banyak kita boleh belajar ok.long live to the internet and google. kthnx.

Sarah is the One said...

haha kalau come clean, nanti susah lah cari makan in real life. nanti ada lagi blog baru kena buat dengan semua iklan letak. dang!


macam-macam cara orang cari duit rupanya, so at least inilah satu. i baru dapat online ni, so tak tahu apa cerita dalam beberapa jam lepas. walaupun i rasa tak sedap sangat cakap hal ni, entah kenapa (i kesian wife dia kot) but it opens my fikiran juga. tak sangka tak sangka.


kalau ada simpan, email i boleh? nak baca! tq!

magenta said...

Sue Anna: Jeng jeng jeng. Mungkinkah Magenta adalah anagram kepada Mentega dalam bahasa Spanish?? Teori konspirasi Dan Brown- Magenta telah berpura2 menjadi laki dan reka cerita kemudian memaksa diri sendiri shut down blog hahahahahha. Best jugak reka fiksyen ni.

Syafiqah: Barang yang lepas jangan dikenang......Jangan risau, aku ada strong feeling he'll be back dengan cerita yang lebih sensasi dan nick baru. Mungkin kali ini memakai nick Jem Stroberi!

Ojamoja: Kalau nak seribu daya. Haha. By the way aku tak pernah sebut nama Fahmi dan Alice di entri aku. Hairan, hairan. Marjerin yang sebut dulu.

magenta said...

Firdauz: Kenapa notification comment you keluar lambat? Blogger tak suka you ni. Haha. Hari-hari you mesti teringat kan bila memasak.

Aqila Aini: Ya, orang yang sama.

Sarah: I rasa I ada kot printscreen sebab I tau dia akan delete blog dia. Nanti I email. Wife dia ada tinggalkan komen kat atas tu. Cakap kalau nak tengok gambar dia please visit her blog.

Lepas I cakap pasal duit ni terus dia private blog. Marjerin pulak delete blog.

Double Patties said...

tenggiri senohong gelama ikan duri, entri berbohong lama-lama senang hati. - blogggers.

pfft. aku tak nak beli.

Anonymous said...

Hey, i've been reading your blog for sometime now but never leaves a word. So.. HI !
btw, why the secrecy ? just tell who's the blogger maa..
i'm sure the people wants to know who's the bastard

erm said...

cam gini ke orang nak consider integrity blogger

duit duit duit...idup skang mmg susah
agaknya

jipo said...

dia tutup blog dia ek? tapi aku google ada result dan sedikit extract from post :

Dari Marjerin Ke Peanut Butter
Disini aku mengaku semata-mata kerana kamu revealkan gambar abang fahmi dan kak alice terima kasih semua aku berhenti disini. Posted by Marjerin at 8:04 PM ...

Dari Marjerin Ke Peanut Butter: Siapa aku .. insan gila
14 Sep 2008 ... aku rasa baik kamu berhenti menipu lagi. sebab aku ada bukti marjerin itu fahmi. bukti kukuh, seperti bukti-bukti aku yang lain. please la ...

well..i missed the fun,hehe. it's ok.

magenta said...

Double Patties: Sigh. Tak ada apa yang dijual.

Anonymous: Haha. He already deleted his blog. Some people have already guessed who he is.

Erm: Hidup memang susah kalau kita nak hidup mewah dengan cara senang.

Jipo: Ha ah dia tutup. Dan sekian saja episod Samarinda untuk kali ini.

asra said...

like i said dalam emel.sometimes aku rasa the person behind it adalah perempuan.

haha

ko boleh jadi profiler yang berjaya la weh!

*clap clap*

magenta said...

Hahaha. Profiling, boleh je, tapi tak perlu.

yourdrugbuddy said...

Fahmi? Eksperimentasi Cinta? Rasa macam pernah tengok blog ni dulu.

lindosh said...

aku sempat baca full entri ko semalam. aku sempat singgah blog yg menipu tu. aku terasa aku mmg penah baca blog itu dulu.

tp aku tak endah sgt cerita ceriti dia sbb aku tau dia mmg tipu. bila dibanding blog yg glemer tu dengan blog yg lagik satu cara tulisan lebih kurang sama. gambar yg MUNGKIN sama. dan aku konpius.

marjerin = fahmi?
fahmi + alice = sekongkol?
fahmi = http://freakmie.blogspot.com ?

entri-entri lama semuanya telah didelete.

aku konpius. kenapa aku juga ditipu? apakah salahku? sampai hati kau fahmi.

owh nasib.

terima kasih magenta kerna menyedarkan kami yg sesat dlm dunia khayalan mentipuk alice dan fahmi tu hohoho

magenta said...

Rhona: Yupe. Ada lagi blog tu. Try google atau copy paste link kat komen bawah ni. Memang familiar pasal Fahmi pun suka drop kat blog orang sambil komen, 'Salam ziarah...'

Lindosh: Hahaha amboi ayat. Siapa2 yang rindu Marjerin, boleh lawati dia pada blog lamanya.

rahimin idris said...

magenta, aku sebenarnya dah tau blog tu orang yg sama. sebabnya aku pernah terbaca entri tajuk "bakat besar" dengan "rezeki jangan ditolak" kat dua2 blog. sebiji. tentulah sama penulisnya kan?
tapi aku tak sampai hati nak dedah hal ni. biarlah dia.
tapi apa2 hal pun kau memang hebat siot!!!
berani macam detektif conan laa!!! hahaha

khairul said...

sudahlah, aku rasa dia dah insaf dah tuh..bulan puasa nih..ampunkanlah dia..

lindosh said...

Blog has been removed

Sorry, the blog at freakmie.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.


selepas subuh tadik aku bukak blog tu ok je. skarang dah totop. pantas. tapi sudah terlewat.

wut's next?

takpe lah. nasib baik banyak lagik blog yg besh boleh dibaca. blog ko pon besh.

cik.sepi said...

gud job Magenta. Waahh, akhirnya si polan itu mengaku juga ek. Tapi saya rasa, dia tak patut minta maaf pada kita-kita. Seharusnya, dia minta maaf pada isteri yang dia pilih untuk jadi suri hidupnya. Saya tumpang kasihan pada si isteri, kalau dia tahu kisah benar suami nya sendiri.

once again, u really done a good job!

Kadang-kadang, manusia bila dah sampai tahap kepuasan menipu orang, dia lupa bahwa manusia disekelilingnya bukan bodoh. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

:)

chuppy said...

blog sudah di delete,
habis sudah penipuan,
hohohou

Bovril Lavigne said...

Demmit, I missed all the fun! Ade gak terasa nak online semalam tapi so tired sgt..damn..haha.

Hey, someone said marjerin healthier than mentega. Not true! Marjerin byk trans fatty acids. Anyway can google the margarine vs butter debate. Margarine is just one molecule away from being plastic, butter is lovely and natural and oh so delicious..nyum butter coookiees..sanggupkah anda makan marjerin plastik over butter. Hmm..I wonder if Fahmi chose the nick marjerin knowing how apt it is because it's just a molecule away from plastic? Wahahaha..hey you took chem engineering..is this true? Abt marjerin i mean not Fahmi.

Oh yeah, also, I think mentega is Portuguese la, not Spanish. Correct me if I'm wrong.

Tuan Caracol said...

Magenta,
saya propose untuk REST THE CASE aje.
TQ

O my love said...

nasib baik ms weed jenis short term memories.

Dayana said...

huhu, betul salam ziarah. hahaha. mula2 ingat kan perempuan tapi baca dan baca lagi, lelaki rupanya. Tapi kadang-kadang macam ada unsur keperempuanan dalam entri-entri dia dulu. Kalau letak dd nuffnang tu dapat duit ke rupanya? daym!

Ferdows said...

Magenta,
ya dia dah delete petang semalam
few minutes lepas aku tinggalkan komen di chatbox, tentang seorang pengunjung yg mempertikaikan John Hafiz pun fiksyen juga
Tapi, se-fiksyen John tak lah sampai letak gambar artis. ya tak?:)
btw, betul ckp kau.
sikit2 singgah di blog orang dan
'Salam ziarah..'
hahaha

khairul said...

saya setuju dengan cadang tuan caracol untuk REST THE CASE. lagi pun nih kan bulan puasa. janganlah panjangkan sangat. aku percaya dia dah sedar dah tuh.

magenta said...

Rahimin: Tak boleh bla betul manusia yang suka underestimate orang lain bodoh dan senang ditipu kan? Ingat tak ada orang akan sedar ke.

Khairul: Kamu ni Fahmi eh? Hahahaha. Kalau bukan, semalam sebelum delete blog dia, dia masih menuduh aku yang menipu dan menyundalkan gambar dia. Macam arang panggil kuali hitam hahaha.

Lindosh: Tak hairan. Perangai standard orang cuak. Blog aku tak cukup HORNI LA!!!! Hahaha.

Cik.Sepi: Oh, tak perlu. Isteri dia turut bersubahat. Semuanya dilakukan kerana duit. Tsk tsk.

Chuppy: Haha aku rasa macam finale je. Nanti2 dia muncul lagi dalam musim baru ala2 drama bersiri.

Bovril: Lah, I took EE lah. Bukan Chem Engine.Haha Fahmi is Marjerin. Portuguese, Spanish, me not know. Me speak not those languages.

Tuan Caracol: Haha setahu saya, saya tak ada tulis apa-apa lagi entri pasal dia?

O my love: Haha.

Dayana: Kalau bunyi macam perempuan tu, isteri dia kot yang tulis. Ya, ada orang cakap dapat.

Ferdows: Aku nampak chatbox tu. Aku tak boleh bla betul kebodohan mamat yang nak bandingkan blog John Hafiz dengan blog dia. Memang patut masuk tadika balik.

Khairul: Saya sudah tak tulis apa-apa entri lagi, tapi kamu masih melayan, siapa yang tak nak rest the case ni?

khairul said...

magenta. minta maaflah. saya hanya ur silent reader. peace. hehehe

fallen angel said...

ah..bosannya bila tak paham apa yg berlaku disini..

pjoe said...

the bad thing about ads like nuffnang..
orang yg takde idea nk tulis apa2 mula nak kekalkan 'populariti' mereka dgn tulis apa saja - in order utk tarik perhatian bloggers seMalaya

ya, perkara ini amat subjektif
tapi..
manusia kan...
perangai tk pernah puas

the most important things is
appreciate readers kita
kan?

missy siti said...

setuju dengn pjoe even tak kenal ko..=)

appreciate ya readers too..and thanks for made me realise yg isteri dia juga bersengkokol

buat penat kasihankan orang..=)

tkpela
ape2 pun about si marjerin tu pertahankan gak kelakuan dia lepas minta maaf..biar jelah magenta

at least ko tau diri ko sebenarnya=P

magenta said...

Khairul: Tak apalah, saya tak marahlah.

Fallen Angel: Mungkin tak paham adalah lebih bagus.

Pjoe: Betul. Kita patut appreciate readers kita. Aku lebih gemar dapat feedback dan berinteraksi dengan pembaca aku dan daripada pikir macam mana nak naikkan stats.

Missy Siti: Tak apa lah. Aku pun dah berhenti tulis pasal ni. Aku tau aku siapa, walaupun dituduh macam-macam.

Faisal Rocks said...

Penegak keadilan.
Wao.
Dia dah tutup blog...
Sekarang kita buat ape?

fallen angel said...

owh..aku rasa aku tau dah sapa. tq missy siti. padanla aku cari blog dia tak jumpaaaaaaa.... tp yg paling scary ialah..
dia dah kawin???

ok.tutup cerita.

magenta said...

Faisal Rocks: Aku tak paksa dia tutup blog. Em. Aku predict dia akan buat blog in the future. Time tu aku malas nak ambik port dah.

Fallen Angel: Haha. Agak mengejutkan la.

J u l i a 。.゜✿ said...

perghh akhirnya khatam jugak semua comments kat sini.

thanx magenta, ju dah faham dah..

adehh penat. rasa nak gi minum air je. =P tata !

J u l i a 。.゜✿ said...

magenta magenta.. ju dah jumpa gamba mereka. =P so tak payah mintak lagi lah dgn magenta. bye bye ! *hugs*

magenta said...

Huhu. Ok bye. Hugs juga.

tuhan said...

bagi aku kau ni melayu kampung yang reti guna komputer.

konservatif dan suka jaga tepi kain orang (pathetic).

macam manalah melayu nak maju dengan adanya orang-2 macam kau ni

ish ish ish.

get a life bitch!

and yeah, each and every bastard of u too.

tata titi tutu ^_^

magenta said...

Oh hai. Is that you Fahmi? Hahahhaaha.

Terima kasih kerana sangat concern atas progress kemajuan kami. Oh, aku notice kau guna link blog Sue Anna Joe- nampaknya aku lagi maju daripada kau, pasal aku pun takkan tertipu dengan percubaan lame nak menjatuhkan dan melagakan orang macamtu. Loser.

gfriday said...

Hi magenta,
Blog tuh layaannnn gak. Tapi yg tatahan kalo dia stat cakap omputeh, mmg broken habisss! Major turn off haha!

Tapi cam org lain, layannn je. It was a fun fake anyway! :D

Sue Anna Joe said...

I doubt that's Fahmi. English dia agak power lah. Wahaha.

Whoever that is, ditto back at her with that comment of hers.

I'm positive its a she. Dan berani dia mempermainkan istilah tuhan?

Sorry to have dragged a loser to your blog. I think she came from mine.

gfriday said...

English Fahmi agak pawarut ke? Haa... Bukan fahmi ape...

Tu ah. Weh, kalo tak puas ati pon, takyah laaa gune nama Tuhan. Ishk2 gerun aku...

magenta said...

gfriday: Entahla. Rasa macam perempuan pulak dia tu. Biar jela, macam attention whore je.

Sue Anna: No need to apologise, this must be that person yang suka guna your nick untuk komen kat blog Yasmin Ahmad dulu kan? Tak ada kerja betul.

AbgBeCA said...

nak link blog yg ko ckp tu ble?

magenta said...

blog tu dah kena delete

gfriday said...

Bleh lagi kalo mereka2 yg ketinggalan kapal nak bace sesetengah entry mamat tuh.

Google for "marjerin ke peanut butter", pastu bile dah jumpe link, tekan Cached/Simpanan sementara. Konpemmm leh tengok pastu :D