1. Aku pernah kehilangan 3 handphone dalam tempoh 6 bulan. Satu dicuri oleh pelayan Turki di Bayern yang enggan memulangkan kepada aku selepas aku dan 7 orang kawan aku telah mendesaknya (cerita panjang), satu lagi terjatuh masa aku naik rollercoaster, satu lagi tercicir. Sebab tu sekarang aku pakai handphone yang langsung tak canggih.
2. Pakaian yang baru dibasuh dan berbau seperti softener dan atmosfera selepas hujan adalah natural highs aku.
3. Aku boleh habiskan makanan yang tak cukup rasa atau makanan sejuk, tapi aku tak suka makan nasi guna pinggan yang masih basah atau minum air dalam gelas yang masih basah dan berbau Axion.
4. Pernah menjalani strict diet untuk menambahkan berat badan selama 2 tahun. Aku minum satu cawan whipping cream tiap-tiap hari (kadang-kadang 3 cawan), makan keju 70% fat dan berjalan 1km tiap-tiap hari di samping makan 3 meals yang heavy karbo beserta dessert.
5. Aku ada peraturan yang agak pelik masa set mp3 playlist aku, walaupun aku bukan seseorang yang gila sangat pasal muzik. Semua lagu dalam playlist harus ada kesinambungannya. Contohnya aku akan arrange lagu dengan ‘penyambungnya’. Seperti Glosoli- Sigur Ros mesti diikuti dengan Sing-Blur, dan No Suprises- Radiohead mesti diikuti dengan Naninong- Damn Dirty Apes. Kalau aku suka satu part dalam lagu tu, aku akan rewind 30 kali sampai aku puas dengar.
6. Aku suka melihat wanita dan lelaki berambut hitam, pouty lips dan bermata besar bewarna biru. Paling suka lihat kecantikan budak-budak yang semulajadi yang rambut dan keningnya belum diusik. Macam budak ini:
7. Tak suka badut akibat melihat filem It, filem tentang seorang badut yang makan budak-budak semasa aku berusia 8 tahun. Lepastu aku nak pergi tandas sorang-sorang pun aku takut. Seram.
8. Aku layan semua jenis genre filem, daripada filem-filem bubblegum kepada filem berat. Filem Boboyz pun aku pernah layan kat TV time raya masa tingkatan 3 dulu. Tapi aku paling suka filem Jerman.
9. Aku pendiam dan tak pernah meninggikan suara dengan kawan-kawan. Blog ini mengelirukan kawan-kawan aku yang mengenali aku dalam real life.
10. Aku ada rabun jauh yang mild tapi aku hanya akan memakai contact lens jika hendak ke kelas. Time lain aku takkan pakai contacts atau glasses. Ya, aku buta sombong.
11. Aku layan majalah Mad sejak aku berumur 5 tahun. Aku suka main lipat dan cantum kat page paling belakang sekali. Masa aku 8 tahun aku upgrade kepada Kuntum, Bambino dan Dewan Pelajar. Upgrade lah sangat. Aku layan komik Archies sekitar 8 tahun juga, dan masatu aku lebih suka Veronica daripada Betty.
12. Aku tak set timeline untuk diri aku. Aku tak set umur untuk belajar, bekerja atau berkahwin.
13. Kawan-kawan rapat aku hampir kesemuanya mempunyai personaliti berlawanan dengan aku.
14.Aku pernah berjalan-jalan keliling Rome tanpa menaiki apa-apa pengangkutan dan melawat kesemua landmarknya yang terkenal dengan hanya berjalan kaki. Akibat travel dengan 3 orang lelaki yang berstamina kuat dan kedekut, haha.
15. Aku suka karaoke di Red Box dan menyanyi lagu rock kapak. Dan juga lagu pop. Ahem.
Aku tag Penyangak, Pourpres, Asra, Dayana, Tipu Tapi Benar dan Double Patties.
p.s. Heroes Season 3 dah keluar.
59 comments:
no 1 sama dengan adik aku....dia di larang pakai phone canggih sampai dia tau hargai telepon
no 4....berkesan ke...aku pun nak gemok
no 7 sama
no 9...normal
no 12...aku ada timeline yg sangat strict
Ada tiga persamaan yang aku kongsikan bersama kamu magenta. Ia pada no. 3, 9 dan 13. Paling ketara pada no. 13 itu. Sejak dari zaman sekolah, zaman kolej sehinggalah masuk ke alam pekerjaan, aku berkawan dengan mereka yang bertentang personaliti denganku yang agak pendiam ini. Sejak dari dulu, aku begitu familiar dengan pertanyaan ini, "Macamana kamu boleh campur dan berkawan baik dengan dia @ diorang?" Hehehhe... selalunya aku hanya mengangkat bahu... :)
hohoh. tu lah pasal. baru lepas download. bila tah nak tengok nye.
jipo..ko ke nombor 14 tu..haha
i penah amazing race paris..berlari2 dari port de glingancourt ke mcm manetah nak eja ke 6 stop sub lain..itu akibat travel dengan tentera..wahahah
sama!!!!
aku pun dulu ahli kelab kuntum!!
siap ada pen pal lg sebab jadi ahli kelab tu
hahaha
nombor 7 tu sangat klasik. Saya pun takut ngan badut semenjak tengok cerita It. Sekarang tak tau mana lagi nak cari filem tu.
pergh, It mmg terbaik, seram tp still mahu tengok,
muehehehehe....
haha..cuba lagi magenta.aku dah tinggal clue kat blog.huhu
btw aku dah buat tag.takut aku tak buat tag ko ni kan tido aku termimpi-mimpi.hehehe
gambar awek tu cantik sungguh. minat.
Erm: Berkesan. Tapi kena makan banyak dan exercise, baru gain sekata. Kalau tak exercise buncit je.
Koishie: Orang macam kita memang tertarik pada mereka yang berlainan personaliti kot. Bagi aku, hidup terasa lebih meriah dengan mereka yang lebih outgoing dan bercakap lebih banyak daripada aku.
Dayana: Belum download lagi ni. Bulan 9 semua pun masuk musim baru. Download je banyak, tengoknya belum sempat.
Bovril: Hahaha no komen. Mungkin jugak la. Memang amazing race la trip macamni. Berbekalkan backpack and peta je.
Matematis Muda: Hahaha kita ni memang kanak2 ribena dulu ni.
Ladynoe: Tula pasal. Rasanya generasi kita memang trauma tengok cerita tu. Tak tau la kalau masih ada kat torrentz atau rapidshare.
Double Patties: Aku dapat goosebumps sebab pikir pasal movie tu hahaha. Tak kena ngan umur sekarang!
Asra: Asra, ko memang efisyen! Hehehe nasib baik aku dah teka betul kang termimpi nama kucing ko.
Rhona: Kan? Tu la. Mesti heartbreaker nih bila besar nanti.
no.14: hey! in my defence...erm...hurm...ada byk pickpocket,so kalo berjalan susah diorg nk curi.Talking about money being stolen on a train during sleeping,huh. who's right now?..hehe.
no.7: aku ada dvd IT,both IT and IT 2. tetiba je ada jual kat kedai kat sana ari tuh..mmg takut kecik2,ari tu tgk dah xda pape dah..
Jips: Hahaha jangan remind aku pasal duit kena curi dalam train tu, aku masih sakit hati sampai sekarang hahaha.
Aku masih tak berani nak tengok cerita IT lagi sekali. Kalau ET tak ada hal.
beep!~ beep!~
>:p
haiyo..baru teringat Italian Incident tu..man i also sakit hati on your behalf. Also..although I liked to scare you and Jaffy Jeff with "It" taunts long after we watched it, I was the one who cried when the clowns from Royal London Circus came to my desk at the office. Cried and ran away. At age 25. Haha. Karma bit me in the ass.
:)
Nak tanya, yang no. 4 tu, efektif ke?
Dan aku pun sama dengan kau kat no. 12.
when i was younger, i slalu capai my brother's Mad & benda first yg i akan cari is that lipat-lipat thing. haha!
buta sombong! Same here!
Lenses hanya untk classes.
Glasses? 3 kali tukar. Recently pecah sbb terjatuh dari poket ketika ingin bergambar efek 'floating' dan telah melompat sekuat hati.
I find glasses make me look older. Hehe. Mag,ur power brape?
Nodadosa: Haha tu bunyi fon kena curi ke jatuh rollercoaster. Oh pedas. Pedas.
Bovril: Bodoh punya scary clown. Sampai sekarang tak boleh lupakan footsteps berdarah dia. Dammit.
Dayana: Efektif, kalau buat tiap2 hari. Boleh naik 10kg setahun. Sebelum ni aku dah try macam2, daripada tidur lepas makan pagi2 buta, semuanya tak berkesan. Diet high karbo sahaja pun tak berkesan bagi aku.
Senandung: Best woo main benda tu.
Zureen: My power last time check, kanan 125, kiri 75. Ke terbalik. Tak sure. Tapi sebab selalu tertukar left and right kat bekas contacts, pakai dua2 contacts power 100. Sebenarnya tak suka pakai contacts sebab sampai sekarang mesti menangis kalau kena poke lens dalam mata pagi2.
Midge memang paling hot, tapi Moose mengingatkan aku kepada dumb jock. Haha. Betul! Jughead memang amazing, dia asyik makan burger tapi lanky je. Aku memang suka dia pasal sikap dan muka tak kisah dia tu.
ouh.. gua tak maksodkan bunyi2 tu..
sbenarnye gua maksodkan bunyi ini..
http://www.youtube.com/watch?v=V7Oe62FKlac
(time 4:35 - 4:37)
:p
dulu, gua slalu kacau adik kecik gua time malam2 ngan bunyik tu sampai dia nangis.. ohhhohohohohoho
spy vs. spy - hitam atau putih? setiap pembaca mad wajib pilih satu.
1. WoRD!
6. agree
7.Heh, It classic cause of semua orang punya phobia. I'm included. Do you watch Supernatural? Ada satu episode yang hantu dia clown. Damn takleh blah tengok episode tu I menjerit-jerit lepas tu xbleh tido.
11. I love the lipat cantum thing, but I didn't read MAD. I like Jughead the most, then Betty. Ada satu cerita Betty makeover jadi hot gila, so jatuh cinta. Haha
12. I set umur to belajar, to work, to start business, to retire, to blah bla blah but not kahwin. Tak masuk list of target :p. Ada, adalah. Takde, nasiblah.
Thx for the info on Heroes :D
no surprises memang best! ulang 800x pun still best.
umur 25 nangis tgk clown royal london circus?.wakakakakakak (gelak jahat di bulan posa)
nape aku xtau-menahu mag Mad ni?
Nodadosa: Oh man. Asal aku masih creeped out tengok cerita It ni? Gila tak remaja. Aku rasa nak nangis je tengok muka badut tu time dia tunjuk gigi.
Rock n Troll: Kena pilih ke? Time tu aku muda sangat, tak pilih sides pun. Aku tak minat sangat Spy vs Spy. Aku paling minat Captain Klutz. Ngan yang komik strip lawak2 pasal pemenang kategori pelik2.
Pourpres: Oh my God supernatural is so menakutkan, I pernah tengok dalam 2 kali. Hehe I think Jughead memang character paling cool, I paling tak suka Reggie. Hehe no problem. Jangan lupa download House season 5!
Weed and bandages: Woh ganas nick Ms Weed. Haha. Best kan? Tu lagu Radiohead pertama saya dengar.
Jipo: Haha tak baik gelak kat orang (sambil pikir hang takut apa).
Ala Mad ni majalah lama dan klasik gila, tahun 60-an dah ada kot, ayah aku suka beli and baca dalam tandas time aku 5 tahun macamtu. Dah lama aku tak baca Mad, tak tau dia still publish ke tak.
magenta!
nanti kita pegi karaoke?
*wink*
ngehehe
Asra, aku kalau dah feel sangat, aku tarik sampai suara jadi sengau pastu pejam mata.
Hahaha acah je. Jom! :p
lebih suka Karma Police dari Creep.
Ms Weed, sama! Saya paling minat album Pablo Honey dengan The Bends, yang lepas album OK Computer dah tak layan sangat.
ari tu magenta nyanyi lagu cindai siti!! terkezut aku,sbb igt dia akan pilih lagu2 english...pastu aku dan beberapa geng kat belakang 'kutuk2' dia..hehe
'wuhuu..magenta nyanyi siti?!..xsangka.'
'lagu melayu?..igtkan kat playlist dia semua english'
'ntah2 dia praktis diam2 mlm2...haha'
'tu la..sebab tu yg sedap tu,lenggok suara mcm siti dah'
best jadi mean boys kejap(bukan mean girls)..haha
aku sentiasa set timeline untuk apa-apa pown dalam kehidupan, tapi semua timeline aku sama = "nanti ah"!
orang yang cipta karaoke mengaku dia cipta karaoke semata-mata untuk rock kapak! lalz.
neway time kaseh sebab tag. aku suka kene tag. and aku dah langsaikan tag ini lepas dua hari cakap nanti ah.
Jipo: $#%^#@ (memaki dalam hati) Aku dengar korang kutuk aku, tu aku saja pilih lagu Melayu malam tu hahah.
Penyangak: Ooo. Geng nanti ah. Lebih kurang macam aku la. Takpa, takpa. Tag takda deadline.
weh, lepas the bends la baru start lagi layan!
bukan nak pegi tandas je aku takot lepas tengok it tu. fikir pasal nak tidor lepas cerita tu habes pon dah risau
diet x pena ada kesan.
*sewius maken gumuk*
puasa ke x aku neh?
yelah!
suka karaoke di red box.
ada lampu men lip lap lip lap.
*tader keja*
suara?
x paya ckp.komfem x sesedap oren.
heee..
i am telling you, the only way to get rid of your fear of the mofo clown is watch the movie again... as a child, it scared the crap out of me, too. tapi i finally saw it again as an adult and eh, tak takut langsung pun!
now, the book is more disturbing, what with the underage orgy and everything.
are you seriously saying that the first radiodead song you listened to was 'no surprises'? eee lambatnye ;) masa tengok video tu, aku ingat ada happy ending, di mana si tomok tu lemas dalam topi keledar tu. tapi tak pulak. bodoh punya rempit.
(tak abih2 RAdioKepala)
Album Amnesiac ok. (ikut kepala yang boleh layan) sebab msweed suka experimental music yang depa buat.
Hail-to-the-thief gila suka juga.
InRainbow - nude 'sewel!' dengar tu rasa nak nude! hahaha
hahaha ms weed, sgt setuju pasal lagu Nude. tapi lagu plg cool dlm In Rainbows has to be 15 Step.
nway i 2nd u magenta, The Bends adalah karya Radiohead yg paling i appreciate. High and Dry..all time fave song wpun lagunye simpleeeee
haha Radiohead fans berkumpul di comment box magenta
Ledisordre: Tapi The Bends is my fave album from them :)
Amir Fififudin: Hahaha gila ah cerita tu memang trauma ramai budak-budak.
Aainachentak: Haha. Karaoke di Red Box memang best kalau pergi ramai2 pastu nyanyi lagu2 klasik.
Rock n' Troll: Are you kidding me? Masa aku tengok balik clip It kat Youtube semalam dapat goosebumps siot. Masih lagi trauma nampaknya. Thanks a lot Stephen King! Stephen King memang macamtu, suka taruk sex scene pelik2 saja nak kasi sensasi, underage orgy la, sex dengan orang mati la.
Yupe. I first heard Radiohead when I was 15. Hahaha selamba panggil dia Tomok. Ahakzz.
Weed and bandages: Hehe Amnesiac tak familiar sangat, tau 2 lagu je. I Might Be Wrong ngan Knives Out. Memang dah tak dengar sangat yang baru2 ni. Lagu Nude best eh? Sat lagi nak download.
Zureen: Cool! The Bends is my fave album too. I love High and Dry too, tapi my fave song from that album would have to be Fake Plastic Trees. My fave videoclip is Just. Haha Zureen I tak layak dipanggil peminat la, gila tak updated pasal muzik or Radiohead ok. Album In Rainbows pun I tak download. Buat malu peminat sejati Radiohead je, hehe.
Magenta, aku bukanlah nak riak tapi aku boleh nyanyi lagu kumpulan Boboy sebijik macam suara penyanyi dia yang bernama Naqiu. Aku pernah menggegarkan blok D Akasia dengan nyanyian aku tu.
Jom la Red Box kalau berani.
Majalah Gila-Gila pun ada benda alah lipat-lipat tu di muka terakhir dulu. Ha..
Dengan suara kau yang macam Naqiu dengan suara aku yang macam Tomok (belajar dari 47), kita pasti akan menggegarkan Red Box nanti. Aku chop lagu Cuba-cuba!
Ya, aku pun baru teringat majalah Gila-gila tu pun ada benda alah lipat2 ni.
weh mags download je la in rainbows tu the whole album. worth every minute of your time. cewah haha
haha! filem it tu tak boleh blah.
aku suka makan nasik yang dah sejuk. hehe.. especially nasi gorang sejuk.. mmg layan..
Oh..aku suka aroma selepas hujan. Bau rumput dan tar sangat ooohhh..
Ketika hujan juga aku tak suka tidur. Aku suka dengar bunyi hujan sambil minum neskafe.Juga sangat aaahhh..
eh apa aku ni, ada ke suruh org download. mags, download utk pradengar sahaja ye, kalau suka sila beli. kalau tak, delete. sorry radiohead.
Jigsaw Falling Into Place pun best. Videotape, Bodysnatchers dan Nude, of course!
Hoi,
Korang boleh nanyi lagu Nu Boyzzz? Gila berdosa tu!
Masa aku sekolah rendah time aku start baca Gila2, aku perasan yang Gila2 banyak tiru Mad.
Antaranya:
1. Nama (duh)
2. Mega Movie
3. Comic strip 3 petak tanpa dialog
4. Katun kecik2 di keliling page
5. Alfred E. Numan = PST
Magenta, I like leisure. You?
Ledisordre: Yeke? Haha nanti2 la I 'beli'.
Hadi: Eh tapi masa aku 8 tahun, kamu baru 1 tahun. Filem It ni selalu disiarkan kat TV2 ke? Ish ish tak elok. Traumakan budak2 je.
Husni: Jebon memang hebat dalam hal mengingati. Lagi2 dalam cerita Meet Syed Husni hahaha.
Yoshz: Ooohh aku pun kadang2 tak tidur masa hujan tapi suka minum benda panas pastu curl up kat tepi tingkap.
Rhona: Thanks atas recommendation lagu2 best album tu!
Rock n' Troll: Oit, eja betul2. Berdosa eja New Boyz salah tau tak. Blog ni ramai peminat New Boyz. Aku pun perasan, tapi 3 daripada 5 je kot daripada point kau. Lagipun aku selalu beli Ujang, bukan Gila-gila.
Heh. I got Sing from the movie Trainspotting. Sebenarnya tak pernah dengar Leisure. Like everyone else, I started listening to Blur tahun 1997.
wey, aku pun minat radiohead.
Banana Co., Idioteque, You and Whose Army, Just, My IRon Lung, Street Spirits, No Surprises, Paranoid Android, Fake Plastic Trees, Karma Police, Street Spirits, In rainbows semua hebat. Aku ada full discography. Sampai aku joke dgn member,
"Aku kalau perempuan nk buat awek, aku nk carik yang layan Radiohead"
haha. kena kutuk aku.
Phew.. EH, ni entri pasal ape yek? haha.
ohhoho it. sejak tengok cerita it tu, aku mandi mesti tutup/cover lubang saliran air. takut dia keluar dari situ.
krabby patties:
full discography dalam bentuk apa ya? kalau mp3 baik tak payah. by the way, 'Street Spirits' tu unreleased track ke? tak pernah dengar pun.
mag:
like everyone else? tak jugak, tahun 1997 merupakan tahun aku mula jelak dengan muzik blur dan keassholean damon albarn. mesti kau tertarik dengan lagu yang sebut 'woo-HOO!!!' tu kan. tapi lagu terakhir diorang yang aku suka adalah coffee & tv. lakonan kotak susu tu berkesan dan menyentuh hati batu aku.
Double Patties: Haha asal ko kena kutuk nak awek yang layan Radiohead? Ok apa. Aku rasa tak impossible. Lainla nak cari awek Dream Theater.
Entri ni sepatutnya pasal aku hahaha. Aku happy je dapat tau pembaca aku ramai minat Radiohead.
Kril: Weh, sama! Aku nak berus gigi pun asyik pandang lubang saliran air tu je. Apa lagi nak mandi. Trauma la katakan.
Rock n Troll: Nick dia double patties la. Krabby patties tu nama burger dalam Spongebob. Street Spirit tu dalam album The Bends. Kau sure pernah dengar. It's also called Fade Out.
Ya, memang dengan lagu 'Woo hoo!' tu. Dengar kat Hitz fm. Aku 12 tahun masatu, layan Spice Girls jugak. Baru nak berjinak2 dengan rock. Sebelum tu aku kenal rock daripada Oasis dan Smashing Pumpkins saja. Dan Duran Duran. And yes, vclip Coffee and TV itu masih antara vclip fave aku among semua vclips.
Kau ni pilih kasih la, aku eja Nu Boyz salah kau tegur, tapi bila Krabby Patties pluralkan Street Spirit kau backing. Sorry la, aku memang tak boleh terima orang yang mengaku minat gila kat Radiohead tapi tak bother nak check ejaan lagu yang konon-konon dia minat tu.
Tu la, download lagi kat internet, tah sapa upload tah eja salah. Korang ikut je. Macam kawan aku dulu, ye-ye bagitau aku Radiohead ada lagu baru, rupanya dia kena tipu, terdownload band Palo Alto.
Jadi, kesimpulan yang aku dapat, korang semua lagi minat Tomok dari Thom Yorke.
Kesilapan kecik je. Kalau aku search Street Spirits masih keluar mp3 lagu tu. Kalau aku google Krabby Patties takkan keluar Double Patties. So, we Tomokians win.
Kalau sembahyang Isyak 5 rakaat sah tak? Terlebih satu je ek?
Kalau aku salah eja nama Double Patties tak apa. Memang sengaja dan aku tak minat dia pun. Tapi aku minat Spongebob!
Eh, awek Dream Theater ada apa? Aku ada kenal satu beb. Ok gak aa. Drpd awek2 minat Radiohead (starting 97 onwards). Semua perasan pandai, pretentious, miserable tak tentu pasal, merengek bla bla bla...
Buat apa nak samakan rakaat dengan huruf. Em ya. Aku sendiri kenal 3 perempuan yang layan Dream Theater. Dah dah, bawa bertenang. Sila mendapat tidur secukupnya, orang yang tak cukup tidur lebih berkemungkinan untuk jadi high strung..hehe..
whatevs, magentas ;P
Sayang,
Saya baru sahaja baca posting ini setelah 3 minggu tidak dapat berbuat demikian kerana saya berada di ISS untuk misi menukar panel solarnya. Saya akan sambut cabaran anda untuk menulis 15 perkara tentaqng diri saya.
Selamat (Belated) Hari Raya!
Muahs!
Post a Comment