Thursday, September 18, 2008

Tekanan, Perbandingan dan Keputusan

Kadang-kadang aku rasa bosan asyik dibandingkan dengan orang lain, terutamanya dalam hal akademik. Dibandingkan dengan jiran, saudara mara dan anak-anak kawan ibu bapa aku. Kadang-kadang, aku mahu rasa gembira tanpa perlu rasa rendah diri dan kecil. Aku tak mahu ada suara yang mengatakan keputusan baik itu hanya disebabkan nasib dan tak akan bertahan lama. Aku tahu ramai yang lebih bagus tetapi sekali sekala, aku mahu lupakan orang lain.


Tak kira betapa tingginya pencapaian aku, mesti ibu bapa aku akan dapat mencari contoh yang lebih baik. Kalau aku dapat nombor 1, mesti mereka kata sekolah lain lebih mencabar. Lepas tengok report card aku, mesti mereka bertanya apa orang lain dapat. Sampai satu tahap aku mula sedar, tak kira bagusnya keputusan aku, mesti ramai lagi yang lebih bagus. Jadi aku mula berhenti kisah. Kalau keputusan bagus tak dapat apa-apa, kalau tak bagus lagilah kena. Kan best jadi anak lelaki, dapat A masa tingkatan 4 pun boleh dapat macam-macam hadiah. Ya, aku sangat cemburu. Aku dapat A ke, nombor 1 ke, biasiswa ke, kena puji pun tak. Hanya dihantui dengan perasaan bahawa aku seseorang yang mengecewakan, tak kira apa aku buat.


Lepas balik uni tadi mood aku agak happy sebab dapat skor paling tinggi dalam batch untuk test yang aku duduki 2 minggu lepas, jadi aku beritahu orang rumah. Lesson untuk aku- jangan beritahu ibu bapa keputusan kalau mahu terus gembira, even kalau aku dapat yang paling bagus. Terus disambut dengan beginner’s luck, kalau dapat buat tiga kali berturut-turut baru bukan nasib, mesti test senang, orang lain mesti skor tinggi jugak. Tak ada gunanya kalau aku beritahu mereka bahawa gred purata adalah C dan classmate aku ramai yang sudah bertaraf guru dan dah ada anak. Kan best kalau aku boleh pekakkan telinga sesuka hati. Nasib baik aku ada seseorang, kalau tidak aku tak akan tahu makna having someone truly supportive dan genuinely happy with my accomplishments. Mungkin sekarang tak perlulah aku mengharungi hidup dengan hanya mengenali perasaan not good enough.


Nasib baik aku tak ada kembar.

64 comments:

Si Penanya (?) said...

haish~
bapak aku tak pernah memberi pujian kat aku walau result aku berjaya menewaskan anak jiran yang sering berlagak dgn kereta Honda mereka.

aku tau motif dia. cuma buat ego tinggi skit dpan dia.

Dani Izwan zainol said...

biase le tu..kadang2 kite slalu kene banding..apatah lagi dgn org sekeliling, baik2 lagi dengn spupu spapat..aku bnci perasaan tuh..sedangkan dulu org yg selalu dibandingkan dgn aku, membuktikan mereka tidak sebagus aku di mase sekarang..emo plak aku kat sinih..hahaha..ngadap jer!!

SyAhiRah LaLAla said...

congratez Magenta! jgn sedih ok ;)

Ingrid Dients said...

Holy crap. You got the best grade in your batch? Despite all those nasopharyngeal hullaballoo watchamacalit? Then melesetlah jangkaan your old man abt the kids' English being so good and the stds too high. Hah! Perfect Queen's english konon *coughorseshitcough*

It's normal for some parents to be more easily impressed with the underachievers or the achievement of other people's children. And some parents are just killjoys. I oso kena today..thought i was the only one..she said no need to be impressed with his kepintaran bla3. Nanti i tell u whole story. Moral: betul, keep it to ourselves. Parental validation sucks for some kids, but what to do. For what it's worth, both me n Adam r proud of you, n my other parents will be too when I tell them!

Dayana said...

huhu. but you are lucky to have that someone. cheer up!

Ophe said...

Aku faham situasi kamu kerana itu juga yang dialami aku. Mungkin juga oleh mereka yang lain juga barangkali. Agaknya ibu-ibu memang begitu lumrahnya. Mereka buat perbandingan begitu dengan harapan ia memberi semangat dan perangsang kepada kita supaya buat lebih baik dan baik lagi. Tetapi kadangkala perbandingan yang melampau membuatkan kita rasa seperti usaha tidak dihargai pula. Dan.. slalu kita akan membebel dan merungut di belakang kan... hehehe.. Semua itu aku alami ketika di sekolah & kolej a.k.a waktu sedang belajar. Bila dah keje, ia tidak berlaku lagi. Mereka tidak sampai hati mahu membuat perbandingan lagi barangkali.... :)

magenta said...

Penanya: Aku tahu motif mereka baik cuma mungkin mereka terbawa-bawa. Tapi aku nak dapat senyuman atau 'that's good' sekali. Apa2pun tahniah berjaya tewaskan jiran yang berlagak dengan kereta Honda! Hehe.

Dani Izwan: Huhu biasalah kan, manusia mana yang suka dibandingkan. Emo sekali sekala ok apa. Kalau pendam pastu meletup satu hari lagi menakutkan. Hehe.

Syahirah: Thanks :) Tak apa, biasanya lepas tidur I akan cuba lupakan apa yang berlaku pada hari sebelumnya.

Bovril: It was for Critical Thinking. Yang belajar pasal the fallacies dalam arguments by political candidates and all that stuff. Satu subjek je, so I don't know how I rank among them yet in general.

Yeah talk about killjoy. I can't remember the last time I ranked no. 1 in ages.

Dayana: I'm really lucky to have a sibling who is really supportive of what I do as well. Thanks! Have a nice day to you.

Koishie: Niat baik kalau terbawa-bawa akan bawa kesan buruk kan. Kamu bernasib baik. Aku tau ibu bapa yang terus membuat perbandingan sehingga lepas anak mereka bekerja - perbandingan menantu yang mana paling berjaya, siapa kahwin lebih awal, gaji siapa lebih tinggi. Bagi aku itu sungguh nightmare.

Anonymous said...

sabarle. banding la ngn aku, hehe.

eh, ade twin la bagus kan. ada 'twin-tuition' aku tgk dlm series dirty sexy money.

Siberkop said...

Kalau kau ada kembar, sekurang-kurangnya kau boleh jadi magician. Mcm Alfred Borden.

Mesti susah mak ayah nak bandingkan dengan anak sesiapa.

"Ayah, Mugen dan Magen berjaya lesapkan diri di atas pentas bersama pentas-pentas sekali!"

"Ala, anak jiran sebelah pun boleh lesapkan duit mak dia dalam satu malam!"

Si Penanya (?) said...

ha! nak raya ni confirm lah!

makcik pakcik kat negeri sembilan tanya "ha jang, apo cito? donga2 eh kono bar exam?! (pot pet pot pet X sejuta lapan belas kali sambil kunyah lemang)"

auntie uncle kat singapore tanya "boy! u kena study hard! no leka2~ pity ur parent keje pnat2~ (bla bla bla bla sampai aku terjun kondo)"

ssh bila dulu cemerlang skrg kecundang.

pjoe said...

Ma aku dulu selalu pesan, setiap orang wujud punya keunikkan tersendiri

ada kelebihan dan kekurangan

yang genius mungkin tak bijak dalam decison making
ego barangkali

yang kurang genius tidak fikir serumit orang genius

tentang perbandingan, rivalry antara adik beradik lebih 'kompleks'

makan dalam

NeemoNeemo™ said...

Congrats.
Neem dulu tak skolah tadika. terus ke darjah 1. penggal pertama dapat no. 2. Suka gak la.
Balik rumah kena marah sbb tak dpt no 1.

Sangat confuse bila kawan dpt no 5 tu parent dia kasi hadiah.

Yeah, now I dun tell my family bout my results. Mereka memang pembunuh klimaks.Lgpun mmg takde org tanya.

adam.fairuz said...

Aku akui zaman persekolah aku dulu sentiasa mendapat gred yg ala kadar je. Tak sebagus sepupu sepapat, jiran tetangga dan yg sewaktu dengannya...Jadi aku memang akan sentiasa mengalami situasi yg kamu lalui tu.Aku tak amik peduli, kerana aku percayakan apa yang aku lakukan...I have my own vision. Getting good grades doesn't prove anything, it just shows that you're smarter than others..that's all...But when comes to reality, does it help? Terbukti sekarang, aku adalah yg terbaik di antara mereka2 dahulu...Mereka2 yang dahulunya di banding2kan dengan aku...Yang penting, kamu percayakan diri kamu sendiri, belajar menjalani kehidupan kamu dengan baik, peka terhadap keadaan sekeliling dan yg penting kamu baik pada semua orang.You never know, they're the one who might help you in the future...Jangan putus asa Magenta..!!!

Anonymous said...

tahniah...yang penting kita tau kita dah buat yg terbaik...

magenta said...

Pakali: Twins comel tapi bab kena banding nanti mesti sangat sakit hati. Eh, aku tak tengok cerita Dirty Sexy Money. Nanti aku check it out. Haha tak mau kena banding ngan ko. Nanti kena dengar, 'tengok pakali, dia stick ngan bidang yang menguntungkan...' hehehe.

Siberkop: Hahah komen yang lawak gila. Tergelak aku baca nama Mugen. Dahla dialog yang serius lawak.

Penanya: Hahahaha aku paham. Sejak aku bertukar bidang daripada yang janjikan gaji lumayan kepada bidang yang tak lumayan dan tak glamour, memang selalu kena pot pet oleh makcik2 dan pakcik yang tak tau banyak pasal aku pun sebenarnya.

Pjoe: Ma kamu sangat betul sebenarnya. Keputusan bagus tak menentukan berjaya dalam hidup sebenarnya. Aku memang pernah jumpa beberapa orang yang spm kecundang tetapi lagi berjaya daripada mereka yang dapat keputusan cemerlang dalam exam2 di uni. Tapi perbandingan antara adik beradik memang sangat makan dalam.

Neem: Thanks. Memang sangat dapat relate. Hairan dulu kenapa orang dapat top 10 atau 1 A dalam upsr pun dapat hadiah dengan duit. Masuk sekolah menengah memang report kad pun diorang tak mintak dah. Ingatkan ini cara mereka. Tapi my adik dapat hadiah and kena puji kalau dapat 1 A pun. So pujuk diri sendiri dengan mengatakan 'tua2' ni tak dapat hadiah atau pujian pun tak kisah.

Adam Fairuz: Thank you, nasihat2 yang berguna. Sekarang aku memang percaya semuanya bergantung kepada diri sendiri. Walaupun ada orang yang akan memperkecilkan aku, aku nak juga gembira dengan diri sendiri sekali-sekala. Diri sendiri adalah motivator terbaik kan?

Rentaka: Terima kasih, ya kita lebih mengenali diri kita daripada orang lain. Kita lebih tau keputusan itu berdasarkan nasib atau usaha.

Anonymous said...

hi..
i ni silent reader u.tapi hr ni i nk bersuara.i think most of us experienced this.jgn xtau,mak abah mmg pandai bab compare and contrast.lebih2 lagi kalau ada satu sem result u jatuh, no matter tinggi mana result u naik pastu, dia still x rase u best dah. dia akan kata 'nasib le tu'..wuhuuu...(me also thankful me got no twins!)

am_am_am said...

Aku xpernah bagi results aku kat parents. Diorg dapat tau pun bila result tu smpai rumah pakcik posmen bagi. Sbb dah malas cakap. Kalau dapat result teruk, ungkit hal lama. Kalau dapat result ok, senyap je. Tu pun ada ungkit lagi sikit. Baik diam2 je.
Anyway, congrats Magenta.Jangan putus asa.

Anonymous said...

Tuan paling takut nak tunjuk repord card setiap tahun.
Sebab parents Tuan super excited mahu ikut tengok Tuan dapat award.

Haish...laen benar kisah hidup kita.

nodadosa said...

kalau lu nak cuba.. lu boleh bikin macam gua..

kalau result gua ok.. ( cthnya dpt no 2 ) gua akan bgitau "dpt no 25" atau no yang lg corot

kalau result gua tak ok.. gua ckp jugak tak ok.. hohoho

slalu parent gua hampa n membebel bila gua ckp mcm tu.. tapi bila tau yang sbenarnya.. tau tau ja gua dpt duit belanja lebeh lepas tu.. mak gua akan ckp..

" buat belanja makan lebih sikit "

hahah tapi kalau tak di tanya.. lu diam sudah~ :)

farizzet said...

caranya begini magenta, cuba buat reverse psychology pulak: cakap kat parents result teruk la, hampir gagal tapi cukup je lulus. pastu bile dah nak grad, (harap dapat anugerah) ajak sekali parents gi konvo. dan kalungkan kat mereka. pasti mereka menangis kesedihan. gugugu...

HariHaz said...

same here~ dpt jadi scorer pun tak pnahnye nak kata bagus.. selalu nak something sangat3 gile2 membanggakan. padahal kalo cakap kat orang lain, semua puji~ haih.. kechiwa kan? last2 ku wat tak pedulik. nak tau, tanya. dah tau, jangan bising. da fed-up.
started to be happy for myself. then, any results will just be fine with me. kalau nak puaskan hati orang, mmg takkan bahagia la~

nodadosa said...

n lagi satu.. lu semat dlm hati lu.. kalau ada rezeki lu ada anak nanti2.. lu jangan bikin menda sama kat anak lu tu.. ;p

penyelamat dunia said...

tak boleh blah lah. aku pun tak tahan. semua parents orang lain asik nak bandingkan anak dia dengan aku. anak dia dapat nombor 1 ke nombor -1 sekalipon dia still akan cakap, tengok penyangak, jauh lagi gempak pada kau. aku tahu ah aku gempak, tapi man-man a.k.a. agak-agak ah dowh, kesian anak-anak tuh. kalau nak bandingkan pun sekali-sekala cukup, bukan tak buleh, kene lah jugak, kang tak banding macam menipu pulak, dah tentu aku gempak takkan tak nak acknowledge pulak kan. oh dilemma.

eryzal zainal said...

seb baek dlu2 aku slalu dpt no belas2.bapak aku kata "takpa...cuba lagi~!"
kalu tak...mesti dr skolah rendah aku dah tuleh blog.

The Wifey said...

yeah..it's kindda hard kalau ada kembar..sigh..

tapi semangat nak compete tu lebih sikit.nak pulak twin aku tu lelaki.dan dia tu memang such a pain in the ass!hahaha

benci bila dia score A dan kena puji lebih2 dalam kelas kalau subjek lukisan.eeee rasa nak tumbuk je..

haha

Melayu Minimalis said...

kau memang nerd.

the artist and i said...

congrats! :D

Ms WEed nak ambil SPM dulu, tadak sapa nak wait. Almaklumlah lembab. Siap cakap, "mesti SAP tuh.."

hahaha..

Tapi lulus lah! Semua baru terbeliak mata.

*agak bagus juga jadi anak yang kurang mendapat perhatian.

Jebon said...

Perbualan aku pula dengan ibu dan bapa tentang keputusan peperiksaan:-

Mak : Result amacam?

Aku : Ok(padahal macam haram)!!<-kekalkan keceriaan dalam nada

Mak : (Jegilkan mata) Jangan tipu!!

***

Aku : Apak, result Jebon ok.

Bapak : Hah? Result apa? Kamu belajo lagi ke?

Tamat.

Apa-apahal pun, tahniah Magenta!

Anonymous said...

mmg selalu di compare pun

everytime dia compare...aku akan senyum

itu tandanya dia ambik kisah

Anonymous said...

waaah congrats,congrats. subject apa yeh? mesti english ni..hehe. lepas ni jgn dok praktis blogging guna english gempak2 plak...xpaham aku.

masa kat skolah dulu,kalo dpt highest mark/no 1 dlm kelas mesti mak tanya

'kwn kamu XX dpt brapa?'
'anak En.YY dpt brapa?'
'Sepupu kamu ZZ kelas sebelah tu dpt brapa?'

...mana la aku tahu. bila aku dh tau aku dpt highest mark/no 1,aku rasa mcm menunjuk2 plak nk tanya markah org lain...so aku selalu buat xtau ja,aku tunggu dia sendiri bgtau.

mak aku kata

'apa la,kwn/sepupu/anak En pon kamu x amik tau...x amik kesah betul,sombong...

haih....haha,lwk bila pikir balik.

magenta said...

Power Ranger Pink: Aku suka dapat komen dari silent readers. Hahaha benda ni dah mula dari kecik dah, jadi bisa dia dah kurang kot sekarang.

Am am am: Thanks. Aku pun rasa nak diam je dari sekarang.

Tuan Caracol: Hahaha parents saya jarang mahu datang ambil report kad saya, kalau datang pun mungkin parent yang paling last jumpa cikgu atau datang hari selepas itu.

Nodadosa: Hahaha! Pandai ek lu. Aku takut kena belasah je kalau guna taktik macam tu. Betul2. Aku tak nak buat camni kat anak aku nanti.

Farizzet: Hahaha. Aku rasa lepasni nak diam je, sebab dorang pun jarang tanya.

Memoirs: That's what I keep telling myself. Kalau nak puaskan hati orang, memang takkan bahagia sampai bila-bila.

Husni: Bestnya. Perbualan yang sungguh ringkas dan padat.

Eryzal: Hahaha bapa kamu sungguh supportive eh. Dalam mimpi aku selalu berfantasi aku beritau parent aku pasal result aku pastu diorang belanja aku goreng pisang.

Asra: Asra! Twin ko sure comel macam ko kan? Hahah tumbuk tak? Dulu abang aku selalu tumbuk aku. Aku pulak baling benda kat dia.

Melayu Minimalis: Hahaha memang. Aku nerd tapi lebih kepada geek.

O my love: Thanks. :) Ms Weed, masa saya nak amik SPM dulu pun pergi ngan kawan, lepas dah dapat result baru ayah datang amik.

Jebon: Hahahahaha aku tergelak besar baca komen kau, lagi2 reaksi bapak kau. Terima kasih Jebon, kau memang kelakar gila.

Erm: Compare tu tak as menyakitkan hati as memperlecehkan usaha..

Jipo: Thanks. Hehe subjek Critical Thinking. Blog ni aku maintain ja tulis dalam Manglish. Hahah lawak la, memang betul kalau dah dapat lagi tinggi dari orang lain, poyo ja nak pi tanya markah depa. Satgi orang ingat saja nak bagi depa rasa down.

Z said...

Magentaaaaa

I pun selalu kena dgn my parents mcmni..nothing is ever good enough...kadang2, rasa mcm our efforts x di-appreciate pun..

tp i try to look at the brighter side..they want us to never be satisfied with what we achieved; that there is more to be done..

they, more than anyone,know our full potential and what we are capable of..i think that's why diorg never berpuas hati dgn result kita yg dpt 4flat A1 95% etc..

-hanya2sensaya-

fictionita said...

owh. my mom slalu ada feedback gitu. so i've decided to stop sharing stuff with her long time ago. we can even manage a silent ride from kl to seremban. no kidding.

Nuruddin Abu Bakar said...

dulu kau suka makan kismis eh?

The Wifey said...

twin aku memang comel.essence yang baik2 semua dapat kat dia.hehe

owh aku tak tumbuk.aku tokak je.pernah sekali kami bergaduh tarik rambut lepas assembly.

buruk kan?

haha..tapi aku marah lima seconds je.pastu ok dah.

=D

and sebut pasal twintuion.for me,it's like,if you sigh,i sigh too.maybe because of the maternal cord.hehe

Akbalanas said...

ibu bapa memg kenkadang ego nak puji anak depan2...blakang kamu xtau kot2 satu kg diorang heboh dan bangga....

mediocre sadist said...

probably to them, sky is the limit. so, nothing is good enough until u reach their so-called "sky".

koboi said...

senang je..
jangan pandang mereka yang diatas.
pandang je mereka yang dibawah.
gerenti pastu rasa bersyukur.
p/s; aku orang biasa je. tak la pandai mana pun. tapi tak la bodoh sangat.

Anonymous said...

penamat 6 perkataan.
mahal tu...

Magen, aliran pendidikan John Dewey menarik kalau mahu teroka. pendidikan awal Noam Chomsky pun dari aliran ini.

saya dah mula menceceh.. abaikan saja 2 penama itu kalau tak berminat.

broken_nigina said...

perasaan yang hanya nak rasa untuk sekali kita ni cukup bagus dan dhargai.

Pourpres~ said...

exactly the sentiments i get from my parents. It was depressing at first but after some time I always strive harder in everything. Tak mengapa bukan paling hebat. Yang penting cukup hebat bagi aku. I've done my best. It's a good life lesson that I only realized of late, dulu hanya tension dengan feeling, "I will never be good enough". Sekarang I became particular towards people yang buat kerja separa ikhlas. It's okay Magenta, it's making us awesome. :p

rAmiZa.mY said...

hmm mmg seme org kne cmtu ke..
i lk jelez ngn my bro..
my mom simpan de nye slip xm skola menengah dlm file..
but mine, xpnah tnye..
ble i ckp dpt skor tinggi sket, msti ckp "org len leh dpt 4.00"
pnah nanges gle cuz my add math truk n my mom said i x std lgsng..tp de tatau ank de ne x tdo 2 hari std add math tue..huhuhu

in uni, diorg kate i xstdy..
i curi tgk my bro nye slip, lg truk from mine..tp nape de x kne bsg eyh?

n bab yg compare ngn ank org itu ini..itu sudah menjadi kebiasaan...

magenta said...

Zureen: I think there must be sort some of reverse psychology that they're trying to apply, tapi kalau praktis lama sangat boleh screw up the kid kan? heh :p

Senandung K: I guess we're not alone. I'm scared I'll turn out like that and buat camtu to my kids, should I have any.

Facet: Hahah terkejut aku dengan soalan ni. Kalau makan kismis kenapa?

Asra: Haha tak buruk, comel! That's so cool, korang twin yang rapat macamtu. Boleh twintuition lagi.

Mediocre Sadist: I saw this in House yesterday- "But some people just aren't blessed with wings." I don't think I'll ever reach their sky. Heh.

Darkheart: Haha belakang2 tak heboh kot. Pasal makcik2 dan pakcik2 aku selalu suruh aku study hard dan jangan kecewakan ayah aku.

Koboi Malaya: Kadang2 aku malas nak pandang sapa2. Aku nak hilang dalam dunia sendiri. Haha.

Perayau: Dewey dan Chomsky bukanlah nama asing bagi saya. Memang menarik. :)

Broken Nigina: Sekali sekala apa salahnya kan..heh.

Pourpres: I hope so. I can't help but think that it is also making me extra critical and somewhat of an ass. Hehe.

Ramiza.My: Kadang2 aku rasa macam aku diapply double standard sebab aku perempuan. And kalau aku pertikaikan benda tu aku selalu kena marah.

Pourpres~ said...

extra critical and somewhat of an ass tu mesti akan ada pada product2 yang tak cukup dapat compliments and appreciation. satu examplenya, bila adik2 dpt result tak semenggah pun direward dengan menda berkali ganda bestnya dari kita yang dapat better result. hmm, byk lagi example nanti jadi essay plak.

ah boleh wat satu entry pasal menda ni. Thanx bagi idea. :p

ceri masam said...

tapi kau tetap hepi jugak rite?

parents?
they seem mcm benci kat kita, tapi sayang gila2 sebenarnya walau berkarat mana kita!
aku kata itu sebb aku anak karat!

biasalah...
:)

Rhona Rozlan said...

Abah pernah bersikap macam tu. Nasib baik Mak tak. Dan nasib baik takde perbandingan diantara adik-beradik. Kalau tidak..

iqanabeera said...

i'm eldest, so jadi the guinea pig in the family. there's no clear line apa yang bagus, apa yang tak.

kalau kena bebel with my parents and i tanya whether their definition of good tu equals perfect ke which is impossible lah kan, my parents pun tak tau nak jawab apa.

can't really blame them for not knowing what to do with me kot. heh.

Anonymous said...

sudah kering idea ka??
tulis lah cerita pengalaman kamu berpuasa masa muda2..
hehhehe

The Wifey said...

i have something for you.ada kat blog.huhuhu

Al Hadi said...

waaa.... aku suka blog ni. dah link pun. keep up the good work k!

rock n' troll said...

uiii...kesiannya. Entah-entah kau ni anak pungut kot? ;)

magenta said...

Pourpres: Heh, no prob. I've read it btw.

One Love: Kadang2 aku terlalu sibuk hingga tak ada masa nak pikir pasal samada aku happy atau tidak.

Rhona: Perbandingan antara adik beradik tu yang sakit sebenarnya.

Iqanabeera: Haha. Guess the eldest are lcky in that sense.

Tuan Caracol: Tak, saya memang macamni. Jarang update blog. Tak percaya tengok archive blog.

Asra: Thanks Asra, sweet la ko ni. Huhu.

Pengejar Masa: Thanks. :)

Rock n Troll: Kalau ya pun apa salahnya.

rock n' troll said...

Kalau macam tu, terima kasih je la kat parents angkat kau pasal ambik kau sebagai anak.

Kau kena sedar, kerana diorang ambik berat la kau dapat:

1. sekolah tinggi-tinggi
2. cakap omputih
3. makan super ring
4. dan kek hiro
5. itu tak kira satu pizza large untuk lunch
6. dapat download free musik radiodead ngan oldplay
7. tulis blog
8. bitching pasal mak bapak kat blog
8. tgk citer house & top gear
9. pakai bidet
10. pegi overseas
11. karaoke rock kapak
12. bopren kaki bola
13. kasi pisang kat monyet2
14. tau pasal harlequin ichthyosis
15. gelakkan orang yang tak tau eja rusa black pepper
16. menjadi emo sebelum emo
17. volunteer sehari di wad sakit jiwa
18. pandai tiru lukisan
19. etc, etc.

where was i? pendek kata, kau banyak terhutang budi kat diorang.

senang cakap macam ni lah. parents fuck up. diorang pun manusia juga. at least diorang tak lacurkan kau.

...kan?

if it's any consolation, bila kau ada anak pun kau boleh, dan kau akan, fuck up kan hidup diorang juga ;) sebab tu philip larkin cakap jangan ada anak. mwah!

magenta said...

Sayang betul ek ko kat aku. Terharu.

Anyway post ni bukan bitching pasal mak bapak, sebenarnya lebih fokus pada dilemma anak. Dan, aku takkan buat perkara sama pada anak aku.

rock n' troll said...

don't worry dear, i can guarantee you won't turn into your parents. i'm sure you'll find your own special way to screw up your children ;) every parent does.

seriously, satu hari nanti mungkin kau akan berkata sesuatu kepada anak-anak kau yang akan membuat kau terfikir 'babi. that's what MY mom used to say!'

the horror! the horror!

magenta said...

Ah, wise words. Aku sangat teringin nak tau umur kau. Mesti kau tak nak jawab dan pura2 tak nampak soalan ni kan nanti sebab sebelum ni pun kau tak pernah jawab. Tapi kau kenal majalah Mad dan kau quote Larkin, kau mesti atas daripada 30 tahun kan? Aku sangat intrigued.

rock n' troll said...

Aku pun baca Mad masa umur 5 tahun. Mungkin kita sebaya? ;)

magenta said...

Hoho. Tapi 15 tahun lepas aku baru masuk darjah 1 dan bukan dengar kaset Pujaan Sirap dekat hostel.

Anonymous said...

betul.nasib baik tak ade kembar.kalau tak jadi bawang putih bawang merah.hu~

rock n' troll said...

Hoho. Tapi benar ke benda yang aku cakap tu?

Littlesilence said...

saya rasa..semua parents mcm tu, suka nak banding2kan anak sndiri ngn org lain.. saya juga penah jadi mangsa keadaan.. *sigh*

salam aidilfitri..

rock n' troll said...

ish ish... kesian korang semua. nasib baik aku tak pernah mengalami keadaan sebegitu. eh, tapi kawan-kawan dan sanak saudara aku selalu mengadu yang mak bapak diorang bandingkan diorang dengan aku. nak buat macamana, dah aku asyik dapat nombor satu je.

Nadrah Mustafa said...

Haha, kita di dalam sampan yang sama.

magenta said...

Diloz: Hahaha dasyat gila ah cerita tu. Main pijak2 kepala bawang putih semua. Huhu.

Rock n' troll: Selalu dapat nombor satu? Berapa dekad lalu? Hehe.

Silence: Salam aidilfitri jugak.

Jumping Jane: While we're in the same boat, jom pergi fishing.