Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya.

Raya hanya beberapa lagi saja, jadi aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca aku. Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengan tulisan dan komen aku. Sebab aku tau kadangkala kesarkastikan (ya, perkataan ini memang tak wujud) memang menyakitkan hati dan unnecessary, lagi-lagi dengan yang tak biasa. Maaf, ianya agak automatik dan kualiti turun temurun.


Kad raya buat kamu semua:

Muka hadapan.

Muka belakang.


Dulu ayah aku selalu dapat beratus-ratus kad raya tiap-tiap tahun dan ia selalu dibuang, kadang kala tanpa dibuka, jadi aku suka kumpul dan buat kad raya untuk sesiapa yang rapat dengan aku. Yang ini aku buat masa tahun 2002, aku pilih kad raya yang cantik, potong dan tampal atas kertas artblock. Satu artblock mungkin terdiri daripada 30 atau lebih potongan kad raya yang berlainan. Kemudian aku lipat empat. Jadi muka belakang dan hadapan ada design.


Aku pun dapat beberapa kad raya tahun ni, tapi tak sebanyak masa aku di sekolah rendah dan budaya bertukar-tukar raya memang popular. Best dowh dapat kad raya. Bila aku nampak orang tu tulis nama aku atas kad raya, rasa macam sweet sangat. Sebab aku dulu masa nak pilih kad raya nak bagi orang pun satu proses yang lama. Bagi kawan yang rapat aku kasi kad raya besar sekali dengan design yang nampak elegant tapi simple (kalau orang tengok pun mesti ingat, ni bukan calang-calang kad raya ni, ni kad raya mahal ni), pastu aku tulis nama mereka elok-elok dan wishes yang panjang-panjang sikit. Yang tak rapat, aku kasi kad saiz medium atau kecil dengan design ala kadar pastu highlight kata-kata ucapan 'Selamat hari raya. Maaf zahir batin' kat kad raya tu pastu sign nama saja. Pastu tulisan pun dah macam selekeh sikit.


Dah dewasa ni, macamni saja style kad raya yang aku dapat. Geram betul aku. Bukan aku boleh pakai pun.


Dah tiga tahun aku tak beraya di Malaysia. Aku sungguh rindu nak beraya di kampung macam masa kecil-kecil dulu dan bermain mercun. Aku tergelak teringat kata-kata seorang kawan lelaki yang menyuruh aku hanya bermain bunga api kerana aku perempuan. Tahun ini aku telah menyalakan tiga mercun serentak semasa New Year, sungguh exciting perasaan bahawa mercun itu bakal meletup di tangan aku jika aku tidak cukup pantas. Kalau parents aku tau, mesti aku dah kena sound. "Bodoh! Nak hilang tangan ke?!"


Er. So kids. Mercun membahayakan kesihatan. Jangan main mercun.

26 comments:

Anonymous said...

Huh??? main mercun ker? Nak jadi suicide bomber ker?
~hahha dah kene judge~ LOL

slamat hari raya...

koboi said...

selamat hari raya untuk kamu dari aku.

Rhona Rozlan said...

Selamat berhari Raya!

47 said...

hey magenta ;)

selamat hari raya, have fun n jangan main mercun!

see ya around!

Pourpres~ said...

Tak boleh sokong statement jangan main mercun.

MARI MAIN MERCUN!! Yeah yeah, highlight raya paling best for me dan juga paling tak matang. Sukalahatiaku~

Selamat Hari Raya. Mesti makan ketupat manis dengan rendang.

Dayana said...

selamat hari raya to you too!

Ingrid Dients said...

haha... i was gonna use the last kad raya you displayed on monday ni..makan busar!

I think the best raya i've had in the last 8 years was last year's. I got the raya I always dreamed of: ada salam2, kasi/dpt duit raya, huuuuge family, semayang kat surau, pastu konvoi lawatan beramai2 melawat a bunch of ppl i dunno but makan sedap2. Around 10am me and adam skived kejap gi McD and finally dpt makan the hotcakes! Masa tu baru introduce..sedap weh. Petang main bola, malam gi jamming (sadly dua2 aktiviti adam tak kasi me join! tgk je) but lepak rumah mak osh and makan2 and sembang2 pun best. Oh yeah, last yr raya also kitorang melawat tok mak di hospital (and adam and i spent the last night of posa di hospital teman her!) so that was unique, and ada video and pix..sigh..wish you were there. The kids would've loved you! plus you know lepak rumah mak osh mmg best!

farizzet said...

magenta said,
"Bagi kawan yang rapat aku kasi kad raya besar sekali dengan design yang nampak elegant tapi simple (kalau orang tengok pun mesti ingat, ni bukan calang-calang kad raya ni, ni kad raya mahal ni), pastu aku tulis nama mereka elok-elok dan wishes yang panjang-panjang sikit. Yang tak rapat, aku kasi kad saiz medium atau kecil dengan design ala kadar pastu highlight kata-kata ucapan 'Selamat hari raya. Maaf zahir batin' kat kad raya tu pastu sign nama saja. Pastu tulisan pun dah macam selekeh sikit."

wah ada unsur judgemental nih. bukankah?

selamat hari raya maaaf zahir batin [dengan tulisan cantik, kemas dalam kad yg besar]

ikhlas dari
farizzet

Ahli Rumah said...

ganz toll..hehe

Anonymous said...

selamat hari raya.

iqanabeera said...

takut bunga api.
takut mercun.
benci my cousins.
rimas with my aunts.

terrified of the fact that i'll be spending one whole week in kelantan stuck with no one but family.


haih.


selamat hari raya to u too, magenta. have fun!

Dammit said...

haha ayat hujung2 tu klakar. Selamat Berhari raya!

rock n' troll said...

kesarkastikan... don't you mean kesarkisan?

selamat hari raya dan maaf zahir batin!

Ingrid Dients said...

troll: i think she meant sarcastic, not sarkas :P

ledisordre said...

oh i'll be spending a week in kelantan too. looking forward to it.

selamat hari raya, mags. buatlah apa kau nak buat.

nurulazreenazlan said...

selamat hari raya magenta!

here's to getting overdosed on rendang and ketupat and countless bottles of air oren this festive season!

magenta said...

Everyone: Try to have a good raya and happy holidays!

Pourpres: Ayat last tu nasihat tak ikhlas tu. Hehe.

Husni: Ya, tapi raya2 yang interesting nonetheless.

Bovril: Send my regards to them. Have a good raya!

Farizzet: Bukan judgmental tu, cuma pilih kasih je. Hahaha terima kasih atas kad raya imaginari ini!

Ahli Rumah: Ja, es ist.

Iqanabeera: Haha I don't celebrate raya much but I'm very grateful for the much needed break. Try to have fun too!

Ledisordre: *ponders over 'buatlah apa kau nak buat'*

Nurul: And air sirap and lemang!!

rock n' troll said...

Bovril Lavigne: Ooohhh...kupikirkan sarkis... Pasal kat sini banyak monyet. ;p

SyAhiRah LaLAla said...

selamat hari raya magenta.take care of u :)

Littlesilence said...

selamat berhari raya bersama keluarga..cik magenta!

the artist and i said...

ya..

selamat hari raya juga

Jebon said...

Magenta, selamat hari raya.

Aku tujukan khas lagu Syawal nyanyian 4U2C untuk kau (siap dengan step tarian yang slide slide tu) dengan ucapan, mainlah mercun pop pop untuk tidak kehilangan tangan.

Syarifah Hadli said...

Selamat Hari Raya Magenta.

Hadi said...

Selamat Hari Raya Magena =)

Jebon said...

Hadi, Magena tu siapa?

magenta said...

Selamat hari raya kedua everyone! (Aku baru raya pertama)

Jebon, terima kasih kerana tarian itu, sungguh mengasyikkan. Aku layan tau 4U2C masa kat sekolah rendah dulu. Mercun pop pop tu aku suka baling kat kaki budak perempuan pastu tengok diorang loncat2 dan menjerit-jerit hahaha. Jahat gila aku.