Bagi kamu yang di
Aku tak tau bagaimana masyarakat di sekeliling kamu, tapi as I was growing up, puasa memang mencabar. Bukan part menahan makan atau minum, tetapi dari segi manusia di sekeliling aku. Manusia yang tak reti nak respect orang lain. Aku ada set kepercayaan aku sendiri. Aku mahu bebas mengamalkan apa yang aku percaya. I don’t force my beliefs down your throats. Aku tak paksa kamu buat apa yang aku buat. Jadi kenapa harus kacau aku?
Basically puasa ialah sesuatu yang tidak cool lah pada mereka. Tak puasa itu tanda rebellious, tanda breaking the rules- perlu di-show off. Apa-apa yang berunsurkan ibadat itu tak cool. Kalau sembahyang itu PAS, atau ustad/ustazah. Kalau dah lama sangat tak sembahyang sampai terlupa surah Al-Fatihah itu sesuatu yang sangat kelakar dan cool. Kalau ada yang berpuasa dianggap menunjuk-nunjuk alim, walaupun dia tak berkata apa-apa. Lah, jangan salahkan orang lain kalau kamu rasa bersalah. Blame your conscience. Yang anehnya bila hendak mengorat perempuan Cina berkepercayaan Buddhism, tiba-tiba menjadi the-most-understanding-guy-on-earth pula. Oh, you tak boleh makan beef ya. Tak apa, kita pesan bak kut teh.
Time buka puasa kalah orang yang berpuasa. Sampai orang berpuasa tak sempat nak beli, dia dah bolot semua di bazaar Ramadhan. Tak puasa tapi still nak buat gathering buka puasa anyway. Budak sekolah aku selalu buat macamni. Aku pun tak paham kenapa. Tak payah panggil buka puasa lah. Panggil saja dinner get together. Yang tak boleh blah selepas azan siap angkat tangan baca macam-macam doa lagi. Padahal baru lepas hentam cheesecake dan merokok di rumah.
Puasa itu untuk test willpower. Orang Buddhist pun ada juga tempoh berpuasa mereka, cuma mereka boleh consume liquids. Tak perlu hairan. Antara tujuan berpuasa adalah untuk empathise dengan mereka yang tak ada makanan. Dan lepastu itu mungkin hati kita akan tergerak untuk membantu mereka. Menderma. Sesetengah orang tak kisah ada willpower yang lemah. Sesetengah orang tak kisah pasal manusia di sesetengah pelosok dunia yang kebuluran. Aku paham jika kamu tak kisah. Sesetengah orang perfectly fine being dependent on substances. Sesetengah orang tak paham kenapa perlu emphatise sebab mereka rasa mereka tak akan berada di dalam situasi tersebut. Tak mungkin mereka akan tercampak ke
Kita sebenarnya jarang sekali akan kisah, melainkan ada kemungkinan akan atau sudah berlaku kepada kita.
Dan kita jarang akan bersyukur dengan sesuatu sehingga kita rasa terancam atau bakal kehilangannya. Dan aku tak pernah appreciate makanan more daripada dalam bulan Syawal. Oh ya, selamat beribadat. Apa-apa pun niat paling penting; kalau buat sebab nak ikut orang saja pun tak guna- ini boleh diaplikasikan dalam semua perkara dalam hidup.
25 comments:
Selamat berpuasa buat kamu juga magenta. Sangat brsetuju dengan kamu kerana aku juga dikelilingi oleh manusia jenis itu. Mahu menegur, aku juga tidak sempurna. Namun sekurang-kurangnya, aku ada keinginan untuk memperbaiki diri dari hari ke hari.
ada satu cerita macam ni. budak ni baru datang dari luar bandar. terikut-ikut bila tengok orang tak patuh agama sampai dia biar ramai lelaki tidur dengan dia. she wanted to fit in. tak ke rasa tertipu bila dia tahu orang ambil kesempatan atas diri dia yang naif, and it turns out kawan-kawan bandar dia masih diam-diam mengamalkan agama. tapi tak tunjuk sebab takut kawan-kawan gelak. the lady said she felt cheated and stupid. above all, she had been fooling herself all this while. that's what she said. selamat puasa.
Koishie: Selamat berpuasa to you too. Aku sebenarnya tak kisah apa mereka nak buat, tapi jadi kisah pulak sebab mereka kisah apa aku buat. Eh, kamu paham tak?
NurulAzreen: Selamat berpuasa to you too :) Haha, patience, something I always lack, lagi2 when I'm hungry..
Sarah: It's really sad kan? I know it happens. Cause I actually do have a few friends like that, yang diam2 mengamalkan agama. And they tak buat depan orang cause of 2 reasons: 1, tak nak the others feel guilty or terasa sebab tak amalkan the same thing. 2, tak nak digelakkan/tak nak dipanggil hipokrit cause they go clubbing and stuff/tak nak dituduh riak. Sure it's easy for people to kutuk and cakap, 'asal beribadat pun nak kena malu, berani kerana benar', tapi cakap memang lebih senang daripada buat. And selamat berpuasa to you too babe.
langgar peraturan adalah perkara yang sangat senang nak dibuat sebab kita secara semulajadinya memang lebih suka benda yang menyeronokkan jadi gua tak pernah faham apa yang cool sangat dengan buat benda yang sangat senang nak dibuat sedangkan nak ikut peraturan adalah perkara yang paling susah dan bukan ke cool itu sepatutnya bila buat sesuatu yang mencabar?funny kan manusia bila nak jadi terbuka mereka sebaliknya jadi lebih sempit dan tertutup.lagi pon,bercakap pasal rebellious,bukan ke dengan menjadi lain daripada yang lain dan lawan arus?kalau zaman dulu di masa orang rata-rata masih alim,tak amalkan agama mungkin sesuatu yang rebellious tapi nowadays bila keadaan sebaliknya,amalkan agama la yang menjadi rebellious sebab kita lawan arus dan lebih rare.
sekadar tukar sudut pandangan.
anyway,selamat berpuasa.
satu entri yang nicely written.
:)
Ngahaha. Same stupid people I hated in school. Dengan bangganya melepak sambil minum teh o ice bungkus waktu rehat pada bulan puasa. Tang mana yang cool pon tak nampak. Tang kena bayar fidyah separa mati mungkin. Ataupun terkedek2 bila tua nanti baru kalut nak taubat dan ganti puasa yang dah mcm compounded interest. Or tang tak sempat ganti, lampu padam and berhutang ibadah dengan Tuhan. Whoa.
One more I can't fathom is the fact that guys, who has the ability to puasa complete, ponteng puasa over the stupidest things. Penat la, panas terik la, musafir la, tak sempat sahur la, tak mandi wajib lagi la, dan bla bla bla lagi la.
Belum rasa lagi terguling-guling dan menyamar foetus kerana sakit yang menyentap-nyentap tulang belakang, perut, pinggang waktu period. Rasa macam nak bulldozer je guys like these.
Selamat berpuasa magenta. :)
Err..generally in my point of view org yang xpuasa itu yang xcool..sebab apabila bibir anda x kering memang kelihatan agak tidak cool.Hahah.
Tapi,its not about cool or not cool. Merokok untuk membatalkan puasa (berbuka) itu cool?
Selamat Berpuasa Magenta!:)
bulan ramadan ni kurangkan stress dengan tidak memikirkan perkara sedemikian. cukup la. fokus pada yg utama ok.
menulis apa yg men-stress-kan kamu hanya meng-ignite fikiran yg membacanya saja, bukan menyedarkan org sekeliling kamu. mungkin ramadan ini kita berubah dari bercakap tentang org dibelakangnya ke cakap direct. mungkin membawa padah pada diri sendiri tapi itu juga salah satu ujian tuhan.
atau jangan fikirkan langsung. yg penting fikiran tenang.
selamat berpuasa dan menjalani ibadah lain di bulan ramadhan.
Broken Nigina: Nicely written comment. Really. Thought provoking bagi aku. Selamat berpuasa kepada kamu juga. :)
Pourpres: Haha I always feel that laki yang tak tahan puasa macam lagi lemah daripada perempuan. Tapikan masa I study, I notice lelaki lagi cepat lapar daripada perempuan. Walaupun buat aktiviti yang sama. Sebab dorang lagi berat kot. Selamat berpuasa to you too!
Facet: Ugh. Orang yang bukak puasa dengan merokok mesti ada bad breath gila. Hehe. Aku pakai lip balm selalu, jadi jarang dapat bibir kering. Selamat berpuasa Facet.
Farizzet: Thanks for the advice, tapi semua entri2 aku ditulis dalam keadaan tenang dan stress-free. Sebabtu aku jarang update.
Anyway, entri ni sebenarnya untuk mereka yang perasan open minded tapi sebenarnya bukan kerana mahu mengubah orang lain menjadi seperti mereka. Sehingga menyekat kebebasan orang lain untuk mengamalkan sesuatu.
semuga aku berpuasa penuh tahun nih. amin
nice entry..:)
aku pon nak puasa penoh tahon ni
RESPECT. thank you for writing this.
Your ex-schoolmates are so lame...haha. In the olden days we call ppl like that "posers".
Have a good Ramadhan. A.I.'s first Ramadhan was spent entertaining Widad and Syifaq and Adam's aunties' kids. M Osh broke her ankle ice-skating on 31st August cos Syifaq accidentally pulled her down when she slipped - the ice was melting fast. So everyone was at M Zein's house yesterday, including us yg sebenarnya plan nak visit M Osh je. We will be seeing you in November. Meanwhile, have fun discovering your larynx, diaphragm and pronouncing 'sixth'. Haha. I can't enunciate it too :P
Hahahah.. don't mean to be a troll.. sarcasm is cool. Really. and i don't quite understand why our beloved country differs from our neighbouring countries.. must've been something in the water kot... or maybe we just can't afford a very powerful and reliable telescope.. hahhaha.
BTW.. a very interesting piece of thought. A beer chugger friend of mine once said "i don't eat the fish heads coz it waeakens the brain.." haha. Cool innit... selamat Ramadhan.
haa, ngumpat yer...
hehe. selamat berpuasa.
pelik ar..zaman sekarang nak solat pun segan ngan member.belum kira ibadat sunat yang lain lagi.time puasa mcm ni,bangge plak g drive tru.
selamt berpuasa magenta.jgn bangga wat dosa ek..
antara paling susah nak tahan time puasa sebenarnya ialah berahi haha. silap fikir keras sampai malam.
Marjerin: Amin. Selamat berpuasa.
Janna: Thank you :)
Amir: Selamat berpuasa.
Ledisordre: Um, welcome? Heh. Selamat berpuasa.
Bovril: Haha well have a good Ramadhan. Ala, even BBC newscasters pun tak boleh pronounce sixth ok. Haha.
Anonymous: Eh, are you my Brunei reader. I welcome comments actually. Kita nda rasa sasak baca blog dalam BM Malaysia? Ok, my BM Brunei sucks. Hahaha. Selamat Ramadhan to you too.
Double Patties: Haha takpe, entri ni ditulis sehari sebelum aku start puasa :p Selamat berpuasa.
Seseorang: Haha peer pressure memang instrument yang powerful. Baik. Selamat berpuasa juga.
Penyangak: Hahaha lawak. Luckily for us girls kalau berahi pun tak ada lah kronik macam laki kot.
nice
kenapa agama lain sangat berbangga dgn agama dan practice mereka tp kita org islam suka memperlekeh, mempersenda agama dan ulama' skali? sedihlah.bagus blog kamu neh.aku suka.
penah tinggal posa sebab musafir,travel jauh2..pastuh terpengaruh dgn sorg pompuan tu (saĆ¼e yek?)yg xposa gak..akhirnya makan MacD di airport..pastuh jumpa budak Msia lain kat airport tuh,diorg pun in dilemma & lastly xposa jugak sbb tgk kami mkn MacD dgn sedapnya..haha..no excuse maaa..mmg musafir maa..17hours flight maa (kot)
pastuh bila nk ganti posa next year,xganti awal2..bila masuk musim panas SUBUH kol 2.30am..MAGHRIB kol 9.40 pm
..waaaa kena posa panjang..amik ko... balasan..haha..sib baik sehari je kena ganti..fuh.
ada cikgucikgi cakap, kenapa pergi sekolah tu. sekolah tu pagi pagi baca doa Kristian. sekolah tu kuat Kristian.
ms weed jawab,
berbanding dari sekolah lama, yang managernya pergi Mekah 5x tapi tak pernah senyum,belagak,dan tidak suka cikgu2 yang pakai tudung,dan tak pernah hargai orang sekeliling,yang bila dia sampai,sorang staff pegang buka pintu,sorang staff pegang beg,sorang staff tekan punat lif tunggu dia..
lebih baik Ms Weed ke sekolah-yang-dikatakan-kuat-Kristian, yang managernya sangat humble,ada buka centre untuk anak yatim,orang tua,syndrome down,alat bantuan kidney tu,yang sentiasa senyum,..ada surau yang bersih etc..
ada ramai yang takut dengan agama lain.
tapi masih tak point fingers in their heart!
pathetic kan?
aritu aku tgk tv
org kat tv tu kata...apsal kita suka lihat titik perbezaan...kenapa kita tidak suka melihat titik persamaan
ehwal islam kalo x silap
dush kat dahi
Eryzal: Thanks.
Fallen Angel: Thanks! Tak tahulah, tapi mungkin perangai tu tertakhluk kepada sesetengah negara je kot? Huhu.
Jipo: HAHAHAHA. Apsal aku rasa tersindir? Ala, musafir tak apa tak puasa. Lagipun luggage berat heheh. Transit lama pulak tu. Tak kuasa nak puasa dalam kapal terbang...dia serve 6 kali makanan. Waaa. Dahla sedap2 makanan dia, kalah MAS. Hehe.
O my love: Saya pun kadang2 hairan pasal orang yang ambil berat pasal perkara yang agak remeh ni tapi tak nak tengok the bigger picture.
Erm: Dush kat dahi. Macam sound effects kat cerita Tamil saja.
Duduk Brunei best tak? (tak pernah pergi luar negara)
Post a Comment