Wednesday, December 31, 2008

Guru-guru yang Aku Akan Ingat Sampai Bila-bila.


Aku rasa kalau nak dikira jumlah guru dan pensyarah yang pernah mengajar kita dari tadika sehingga universiti, mesti sampai beratus-ratus. Tapi aku baru sedar, aku tak ingat ramai gila cikgu yang pernah mengajar aku. Nama cikgu yang aku ingat, kurang daripada 20 kot. Tapi ada jugak yang aku tak ingat namanya tapi ingat personalitinya (mungkin sebab dia cikgu yang kejam gila, takpun sangat baik). Anyway, ini di antaranya:


1 Puan Tan Ken Cing. Sebenarnya aku tak ingat nama sebenar dia, tapi aku ingat aku selalu panggil dia Puan Kencing (dan tak silap aku nama dia dekat-dekat dengan sebutan camtu) sebab aku benci gila dia ni. Dia ajar aku BI masa darjah 2. Sesiapa yang baca blog aku dari awal tahun mesti tahun aku suck gila dalam matapelajaran BI masa kecik.
Masa aku kena oral test BI, dia tanya aku, aku pernah nampak rabbit warna apa in real life. Aku jawab pink sebab aku nervous sangat and aku nampak dia warnakan rabbit tu warna pink atas kertas. Pastu dia mula tanya macam-macam soalan untuk kantoikan aku sebab dia ingat aku saja kelentong dia. Last-last dia gagalkan lisan aku. Sejak tu aku dah fobia dengan ujian lisan. Dia juga suka campak buku latihan kami semua dalam longkang yang berisi air kotor sebab lupa nak cakap "Thank you" lepas dia dah mark.


2. Mr. Boh. Ok, aku decide untuk tulis nama samaran yang dekat-dekat dengan nama sebenar mereka. Ni cikgu BM aku masa darjah 3. Aku sayang gila kat cikgu ni. Dia adalah seorang tua yang suka senyum dan have fun. Dia pun suka aku, pastu dia lantik aku jadi penolong kelas. Pastu aku kena pecat sebab tak buat kerja dan bising. Dia pernah ketuk kepala aku sebab bising dalam kelas. Time tu aku malu aku kena ketuk dengan cikgu favorite aku. Tiap-tiap minggu kami akan adakan jamuan makan snek dalam kelas. Semua orang kena bawak sesuatu. Sumi jelly, biskut aiskrim warna warni, Apollo, macam-macam lah. Lepastu dia suka kasi homework banyak gila dan aku sorang je dalam kelas yang akan habiskan homework tu. Tu juga tahun aku dapat nombor 1 kat sekolah rendah dan agama. Mungkin sebab dapat cikgu yang best-best.


3. Miss Thanggg. Cikgu yang ajar aku Mechanics masa kat kolej. Dia cikgu yang suka buat orang rasa down gila.
Suka compare students yang weak dan genius. Tak reti nak sebut minimum dan maximum. Dia sebut sebagai ‘minimen’ dan ‘maximen’. Pastu suka labelkan student yang biasa-biasa sebagai ‘weaker average students’ (aku la tuh, haha, dan juga 70% of the class). Yang lemah sikit (lemah tu bagi dia yang dapat gred B) sebagai ‘weaker students’. Afdal jika terma-terma tersebut diikuti dengan jelingan menyindir dan mulut frowning macam bulldog.


Ini yang dimaksudkan dengan 'frowning macam bulldog'.


Aku benci pergi kelas dia, dan suka mengumpat dia dengan seorang deskmate aku yang Miss Thang labelkan sebagai genius. Tengok, student genius dia pun tak suka dia. Deskmate aku ni suka cakap benda macam, "Kau tengok Miss Thang ni, buruk gila baju dia. Patutlah tak ada orang nak kahwin dengan dia", takpun, "Eeesh, apa dia pakai tuuuu??" Statement berikut agak kelakar sebab diutarakan oleh seorang lelaki kuat study berbangsa Cina.


4. Frau Aloe. Memang legend dia ni.
Aku rasa satu campus kenal dia. Dia ajar aku bahasa Deutsch kat kolej. Sangat terkenal kerana ekspresi yang dia suka buat mata terbeliak diikuti dengan exclamation "Ayyo!!" Percubaan nak jadi Malaysian la tu. Dia suka berbasikal dari Klang ke Shah Alam tiap-tiap hari dan shower dalam toilet guna hos jamban setelah tiba. Mukanya ada sikit-sikit macam Red Indian sebab gemar berjemur. Suka pakai seluar macam seluar pajamas dan selipar macam Aladdin ke kelas.



Selipar Aladdin.


Aku selalu skor paper dia tapi dia suka kasi aku markah lisan yang antara terendah dalam kelas. Dia memang sangat pilih kasih. Dia juga tak suka beberapa classmates aku. Pernah sekali dia melukis kuda laut di atas papan putih dan kawan aku cakap kuda tu cute.
Lepastu dia hentam kawan aku tak pasal-pasal. Dia cakap "Ye la, memang la cute, tapi sebab orang macam awakla spesis ini makin pupus. Haiwan cute bukan untuk dibela, mesti preserve, bla bla bla (dia cakap dalam Deutsch la)." Aku tengok muka kawan aku pun keliru kenapa dia kena dibebel. Padahal cakap kuda laut comel je.


5. Miss Masuda. Ok ni nama sebenar. Dia cikgu kelas darjah 5 masa aku study kat US dulu. Dia seorang Japanese, dan dialah yang ajar aku makan seaweed dan sushi. Dia banyak menolong aku, yang masatu rasa lost sikit sebagai seorang Asian. Dia suka mengajar dengan bestnya, kalau belajar pasal mummies ke apa, kitorang kena buat projek shooting berlakon semua. Pastu kalau ada Halloween ke apa, ada pertandingan dress up. Banyak aktiviti suka-suka.


6. Herr Kilat. Sebab nama dia ada sikit-sikit maksud macam kilat. Antara manusia paling pelik dan kejam aku pernah jumpa. Lecturer subjek Litar Semikonduktor kat uni dulu. Pandai membuat orang rasa tersangat bodoh. Malas aku nak ulas panjang-panjang pasal dia ni. Personaliti yang sangat menyakitkan hati. Tapi sebenarnya aku boleh lagi handle dia ni. Cuma aku rasa dia sangat kejam. Sampai anak dia pun tak suka dia. Kawan aku cakap dia bitter sebab dia tak dapat kerja gempak-gempak and jadi pensyarah je.


7. Encik Beras. Sebab nama dia mengingatkan aku kepada jenama beras.
Cikgu Sensor masa practical dulu. Agak hot. Tapi dia dah kahwin. Aku akan ingat sampai bila-bila adegan dia tanggalkan tali pinggang dengan satu pergerakan yang sangat macho dan smooth masa tengah mengajar.


8. Puan Harrods. Dia ni Melayu tapi suka cakap pasal London. Balik-balik, "when I was studying in UK.." Mesti brag pasal diri sendiri tiap kali ada kelas. Cakap dengan accent British yang flawless (yela, major dia pun Phonetics). Kami tak suka dia. Sebab dia suka cancel kelas, lepastu bila ada kelas dia tak mengajar sangat tapi cakap pasal diri sendiri. Suka memperlekehkan sebutan English cikgu lain supaya diri sendiri nampak hebat. Dan juga grammar orang lain, padahal grammar dia tak adalah bagus sangat. Suka kutuk kualiti cikgu BI, padahal dia bukan lecturer yang bagus pun. Dia suka perli cara aku sebut thirteen dalam kelas, sebab aku mengalami kesukaran untuk menyebut theta. Suka berfesyen ke kelas. Kadang-kadang bertudung lilit-lilit dan berbaju kebaya, kadang-kadang bersut ketat dan tak pakai tudung. Berambut blonde karat. Mungkin mengalami identiti krisis. Oh ya, sudah ada tiga anak tapi badan maintain slim. Cuma ada tummy sikit.


9. Puan Zing. Ok, aku tak ingat nama dia tapi dia sangat kelakar dan random. Dia cikgu English aku masa kat kolej. Dia suka berjalan dan cakap dengan gaya malas dan selamba. Sangat cekap mengajar dan menghiburkan. Dia pernah beritahu kami yang dia pernah cubit bontot naga yang menari-nari masa Tahun Baru Cina tu sebab geram. Pastu dia suka tanya kitorang ciri-ciri idaman laki dan perempuan kitorang dan macam-macam lagi. Pastu amik artikel pasal warna la, then buat dia macam fun. Macam tanya students laki, kalau perempuan pakai dress warna merah, apa impression mereka. Benda-benda yang buat belajar tak adalah bosan sangat.


10. Mrs Kap. Cikgu Kimia aku masa Form 4. Dia mengingatkan aku kepada Kylie Minogue sebab kaki dia cantik macamtu. Dia juga guru yang sangat cekap, sebabtu aku skor subjek dia dan minat Kimia. Dia suka perm rambut wavy-wavy, pastu mekap lembut, anting-anting panjang dan blaus feminin serta skirt sampai lutut yang flowy. Cuma satu je. Suara dia sengau macam Janice dalam Friends. Dulu kelas kami pernah underground dan dia kena turun tangga untuk ke kelas kami. Sebelum dia datang, kami akan berfoya-foya dan bising, lepastu ada seorang budak jaga kat tepi pintu untuk kasi amaran kalau cikgu nak datang dah. Budak tu akan kata, "I can see Mrs. Kap’s sexy long legs coming down the stairs!" Pastu semua orang pun berkejar-kejar untuk duduk di tempat masing-masing.


Dengan list ni aku sedar bahawa aku ada tendency untuk lebih mengingati guru yang kejam daripada guru yang baik. Tapi aku selalu ingat guru yang fun. Korang ingat tak cikgu sekolah rendah semua? Aku jugak selalu akan ingat dekat cikgu bahasa. Kenapa ya. Sebab aku nak jadi cikgu bahasa kot. Agaknya, cikgu yang kejam tu, orang lain pun ingat juga sampai bila-bila. Yang kejam tapi tak kejam terhadap aku, yang tu juga aku tak ingat.


Selamat Tahun Baru semua.

Wednesday, December 24, 2008

Haih,

Kenapalah lipas dicipta sebagai suatu makhluk yang sangat hodoh dan boleh terbang...


Maaf lipas, aku tak berniat nak menghina kau, tapi kau memang sangat hodoh dan menjijikkan.

Dan menggerunkan. Babi pun tak scary macam kau.



Tambahan: Gambar lipas sebab ada orang request.


Bayangkan lipas berbulu kaki tajam dan lebat ini sedang merayap-rayap di atas lengan anda.

Friday, December 12, 2008

Obsesi Masyarakat dengan Kulit Putih

Dah lama sebenarnya aku dapat request untuk tulis tentang isu ni, dari bulan Mac tak silap aku. Aku pun tak pasti kalau orang yang request masih membaca blog aku. Aku tangguhkan dah lama sebab aku tak sure camana nak takel isu ini. Jadi hari ni aku pikir, aku nak tulis sajalah, kalau ada apa-apa aku tak ingat, pembaca boleh tambah-tambahkan.


Orang Malaysia (bukan orang Melayu sahaja) memang ada satu sikap obses terhadap kulit putih. Ya, putih, bukan cerah. Aku boleh cakap sikap obses ni bukan saja di kalangan orang Malaysia, tapi seluruh Asia. Tapi aku malas nak sentuh tentang hal negara lain, sebab aku tak pernah tinggal sana. Lagipun kalau orang Jepun atau Korea nak obses pasal kecerahan kulit, aku tak hairan. Sebab majoriti mereka memang asalnya dah memang berkulit cerah to begin with.


Kita ambil orang Melayu. Orang Melayu majoritinya tak putih. Jadi kenapa kita nak kutuk diri sendiri hitam? Siapa yang mulakan idea bahawa kulit gelap itu tak cantik?


Tentulah orang kita sendiri. Lepastu kita brainwash generasi muda dengan menerbitkan iklan seperti Fair and Lovely yang meracuni minda mereka bahawa untuk mendapat kerja, kita perlu putih. Bukan pandai, tapi putih. Sebab kalau kita pergi belajar tinggi-tinggi tapi kulit hitam, kita tak akan diambil kerja. Untuk mendapat pasangan juga kita perlu putih. Bukan dengan berperangai elok, bukan dengan pandai memasak, tetapi putih. Ini mesej yang kita hantar daripada iklan-iklan. By the way, aku menyampah gila tengok iklan Fair and Lovely yang 'tiap hari sayang' tu. Dah jatuhkan sudu pun sempat lagi nak main tangkap-tangkap wajah, expect mak mertua dia angkat sudu tu. Ish ish.


Aku rasa hampir semua perempuan kat Malaysia ni pernah try produk whitening kot. Kawan-kawan aku yang dah putih melepak pun pakai produk tu. Macam-macam kes muka mengelupas, jadi merah-merah, kulit menipis, mercury poisoning, kidney failure, hyperpigmentation dah dikaitkan dengan produk macamni. Tapi saja tak dipublicize, takut sales drop kot. Produk whitening ni ada yang kesannya tak drastik mula-mula, dah tua baru nampak. Aku pernah jumpa makcik yang muka dia banyak tompok-tompok hitam sebab dia rajin pakai produk camni masa muda. Aku tak tahula camana dengan budak-budak yang start pakai sejak umur 7 tahun ni.


Dulu aku tengok kat Oprah, soal hitam putih la ni. Dia interview perempuan kulit hitam yang doakan anak dia lahir putih. Aku pelik kenapa dia doa lahir putih, kenapa tak doakan lahir sihat? Pastu Oprah cakap orang kulit gelap ni biasanya low self esteem sebab bangsa sendiri kutuk, bukan sebab bangsa lain kutuk.
Macam orang blacks yang lagi cerah sikit kutuk blacks yang gelap sikit. Bukan kes orang putih kutuk blacks.


Aku pikir sama jugakla. Yang kita ni nak putih bukan sebab orang Americans kutuk kita hitam. Malah orang putih suka kulit tan. Kita nak putih sebab orang kita, yang asalnya tak cerah pun, kutuk kita hitam. Dan juga walaupun orang kita ni ada yang kutuk budaya Barat dan Bahasa Inggeris semua, mereka teringin nak jadi macam orang putih. Teringin nak ada girlfriend/boyfriend blonde. Haih. Memang kes the pot calling the kettle black.


Dulu ada seorang cikgu ni aku pernah cakap, "Laki ni, kalau cari isteri, dia cari yang cantik. Paling kurang pun putih." Pastu kawan baik aku pulak cerita pasal first time dia beritahu mak dia pasal bakal isteri dia. Soalan pertama yang mak dia tanya ialah, "Putih ke hitam?" Aku hairan. Nampaknya kecerahan kulit lebih penting dari segala aspek di Malaysia. Tiap kali aku di farmasi juga aku menghadapi kesusahan nak cari pencuci muka yang tak ada elemen whitening dan mekap. Mekap yang dijual kebanyakannya ada blue undertone, bukan yellow undertone (orang Asia biasanya kena pakai warna foundation yang yellow undertone agar tak nampak macam tempek tepung gomak atas muka).


Dulu aku pakai juga produk macamni.
Sebagai seorang remaja sekolah menengah yang hungry for approval, pastu dibrainwash pula oleh media, aku easy target lah. Tapi aku jalan kaki tiap-tiap hari pergi dan balik sekolah. Pastu kadang-kadang aku praktis cheerleading petang-petang. Lagi satu aku malas pakai sunscreen. Sampai sekarang. Aku nak putih takat mana sangatlah. Lepastu aku pergi study overseas kejap, balik-balik ramai yang exclaim aku tiba-tiba cerah la apa lah. Yang aku naik 10kg dan dah tak keding lagidah tu tak ada pulak orang perasan. Pelik. Aku tak rasa pressure perlu putih untuk lawa. Aku lagi idamkan kulit licin yang nampak macam poreless. Sebab aku tak rasa aku buruk, hitam atau putih.


Nak tau perkara apa yang aku rasa paling annoying pasal isu ini? Aku tak kisah orang yang taste dia kulit putih. Tapi yang menjengkelkan tu, orang macamni, kalau aku puji ada orang berkulit gelap atau berambut kerinting lawa, dia tak puas hati.
Dia kutuk hitam, rambut maggi. Orang macamtu tak boleh lawa. Dia macam tak bagi orang lain ada opinion lain. Nak lawa dalam Malaysia, mesti rambut lurus. Kulit putih. Kurus. Kalau tak, tak berhak dipanggil lawa. Poodah. Suka hati akulah nak panggil siapa lawa.


Ada
pepatah Jepun yang cakap kulit putih boleh cover 7 cacat cela kulit. Tapi mungkin mentaliti ni bermula dari dulu- yang gelap mesti miskin sebab terpaksa bercucuk tanam di bawah terik matahari, yang putih adalah orang kaya. Tak sama macam kat negara orang putih- lagi tan, lagi kaya sebab tu sign keluarga tu berada dan selalu dapat travel/sailing. Mungkin. Tapi dah tak relevan dengan sekarang. Sebab ramai je yang gelap tapi kerja dalam pejabat berhawa dingin. Tak silap aku negara China dah mulakan trend kulit tan bermula dari tahun lepas.


Cuma, aku tak paham. Kenapa orang kita suka sangat buat diri kita berasa tak cukup dan tak selesa dengan diri sendiri? Memangla orang putih pun nak tan, nak gelapkan kulit, tapi tak ada pulak mereka buat iklan bahawa kalau nak dapat kerja, mesti berkulit tan. Tak ada pulak semua masyarakat dia cakap kulit pucat tu buruk. Keira Knightley semua masih dianggap cantik, walaupun kulit tan seperti Adriana Lima dianggap lebih hot. Mereka tak menggunakan warna kulit untuk mengukur kecantikan. Universal opinion tak diskriminasi warna kulit. Top 10 Miss Universe ke, Miss World ke, ada jugak segelintir wanita berkulit hitam. Nenek aku kalau tengok ada wanita African dapat top 10, mesti cakap "Pungkoq hangus".


Apa-apa pun,


Putih, hitam, merah atau ungu, perempuan ini masih akan kelihatan cantik.


Tambahan: Aku menggalakkan semua orang untuk pakai SUNSCREEN yang dapat melambatkan proses penuaan, mengelak skin cancer dan lebih selamat digunakan daripada produk memutihkan kulit. Cari yang waterbased dan yang tak clog pores.

Saturday, December 6, 2008

Senarai Suka-suka

Senarai tak ada hala tuju tentang apa yang turn-offs bagi aku kalau lelaki buat. Sebab aku tengah bosan.


1. Aku tak suka laki yang arrogant sebab dia ingat perempuan suka laki obnoxious. Perempuan suka laki yang confident dan cocky sebab dia pandai, bukan arrogant tak bertempat ye.


2.Aku sangat turn off dengan lelaki yang cuba nak cakap dirty konon-konon supaya dia nampak dia tu seorang yang crazy sexy cool ke apa, tapi fail miserably. Lagi-lagi kalau dia laki tua yang boroi dan miang.


3. Lelaki desperate. Tapi ada satu stok laki desperate yang laku. Lelaki yang desperate tapi buat-buat macam tak desperate. Sebab dia pandai. Dia tau kalau dia tak layan perempuan tu, lagi perempuan tu rasa tercabar pastu try harder nak dapatkan perhatian dia. Lelaki pun pandai jual mahal ek sekarang. Bijak, bijak.


4. Aku tak minat laki yang ada bad table manners. Selamba je sendawa ke kentut kat meja makan masa orang tengah makan. Hmm, can’t go lah. Tak boleh blah.


5. Laki yang selalu cakap 'lulus, boleh kahwin' atau 'boleh jadi isteri solehah ni' lepas rasa masakan aku. Macam aku nak kahwin dengan ko je. Aku masak bukan sebab nak kahwin. Aku masak sebab aku suka makan.
Dengan banyaknya. Banyak sampai tahap laki macam ko tengok mesti mengucap dan cop tak ayu.


6. Lelaki straight yang pakai 't-shirt gay'. Ala, you know which shirt I'm talking about. Aku cuba untuk t
ak kisah tapi ah, aku tak boleh lah. Lagi-lagi kalau ada tulisan macam 'you don’t impress me much' kat atas t-shirt ketat dia tu. Takpun lelaki vain ke, setiap 10 minit mesti nak check diri sendiri kat cermin sliding door atau cermin kereta.


7. Laki yang banyak cakap dan tak kelakar. Orang cakap perempuan kena misterius kalau nak pikat laki. Aku rasa laki pun kena misterius gak. Dengan tak banyak bercakap.


8. Lelaki yang ingat Avril Lavigne punk. Hihihihi.
"I like punk girls like Avril!!1!"


9. Lelaki hutang keliling pinggang sebab boros beli barang branded. Pastu tak habis-habis cakap pasal pakaian branded dia bla bla bla. Tiap minggu pun mintak pinjam duit dari kawan. Lelaki berhutang sebab lain aku tak kisah.


10. Laki yang tak baca buku langsung. At least baca lah something. Buku mekanik ke, majalah Ujang ke, apa-apalah. Aku cukup turn off dengan laki yang bila aku tanya dia suka baca buku apa, dia jawab- "Buku?
Apatu? Aku tengok movies je. Buat apa nak baca buku sebulan kalau boleh tengok movie 2 jam je" pastu ingat smart gila ah cakap macamtu. Aku rasa laki ni yang tak baca buku ni tak berimaginasi dan bab sensual ni dia kurang sikit.


11. Lelaki yang hanya bercakap dengan sopan dengan perempuan tertentu dan kurang ajar dengan the rest.


12. Lelaki yang malu nak mengaku atau dikaitkan dengan bangsa dia. Kalau orang tanya dia apa bangsa dia, dia jawab, "Well actually, I'm mixed" padahal moyang dia sebelah mak dia je ada darah Siam. Pastu tak nak ada kawan yang sebangsa langsung. Apatah lagi kalau nak date.


Tu je kot aku boleh pikir buat masa ini.
Brain aku macam dah shut down. Semuanya based on lelaki yang aku pernah jumpa dalam real life.


Jadi, apa yang turn-offs bagi kamu kalau the opposite sex buat?

Thursday, December 4, 2008

Untuk Menjawab Kekeliruan #2

Sambungan dari entri lepas.


5. Kita tak layak menjatuhkan hukuman atas orang lain. Tak perlu menghakimi mereka untuk menegur mereka, hanya sekadar menilai perbuatan itu baik atau buruk. Dan jangan sesekali berkata pada orang lain “Kau akan masuk neraka”. Tak ada siapa tahu, kecuali Tuhan. Perihal ini boleh diterangkan berdasarkan hadith tersebut:


Dari Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dimasukkan dia kedalam syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak sekali lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri (*Ala Zakmi wahai Abu Dzar dia pasti akan memasuki syurga) (Hadis Riwayat Bukhari yang diquote ke dalam Muntakhab Ahadith)


*Ala Zakmi dalam bahasa Arab ialah satu peribahasa yang sering digunakan yang memberi makna: Walaupun sesuatu perkara itu kamu tidak dapat menerimanya dan kamu tidak mahu perkara itu berlaku namun ia pasti akan berlaku. Hadzrat Abu Dzar r.a. merasa hairan yang amat sangat kerana seorang yang melakukan dosa-dosa besar bagaimana dia boleh memasuki syurga? Mengikut keadilan sepatutnya dia menerima hukuman. Untuk menghilangkan rasa takjub dan hairan ini Baginda SAW melafazkan peribahasa tersebut (betapa Abu Dzar r.a. tidak dapat menerimanya dia tetap akan memasuki syurga).


Aku kasi hadith ni bukan supaya kamu boleh beritahu kawan-kawan kamu mereka tak boleh menasihati kamu kalau kamu berzina. Bukan juga sebagai alasan untuk kamu rasa tak apa untuk berzina sebab boleh taubat bila dah tua dan masuk syurga. Tetapi kerana untuk beritahu kamu yang berputus asa kerana rasakan seperti dah banyak dosa and not to give up sebab pintu taubat masih terbuka jika kamu mahu bertaubat. Dan untuk mengingati kamu kita tak patut menjatuhkan hukuman atas orang lain.


6. Berjaga-jaga dengan niat kamu. Kisah orang yang mati syahid, orang mengajar ilmu agama dan penderma yang masuk neraka.


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Pada hari kiamat nanti di antara orang yang paling pertama dibuat keputusan terhadapnya; Di antara mereka ialah seorang yang telah syahid. Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Aku telah berperang untuk mendapatkan redhaMu sehingga aku telah syahid. Allah SWT akan berfirman: Engkau berbohong. Engkau telah berjihad supaya orang menggelar kamu sebagai seorang yang berani dan yang demikian itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.


Orang kedua ialah dia yang telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan dia membaca Al-Quran. Dia dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu 'alim' dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.


Orang ketiga ialah orang kaya yang didunia dulu telah diberi kemewahan dan segala bentuk harta benda. Dia akan dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Apa saja saluran yang Engkau suka supaya dilakukan perbelanjaan padanya, semuanya telah aku belanjakan padanya harta-hartaku yang telah Engkau anugerahkan itu keranaMu. Allah SWT berfirman: Engkau bohong. Kamu telah berbelanja supaya digelar sebagai dermawan dan yang itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam. (Hadith Riwayat Muslim – quoted dalam Muntakhab Ahadith)


Niat kita boleh tipu orang lain dan diri sendiri, tapi tak boleh tipu Tuhan. Aku boleh cakap aku tulis blog untuk kepuasan diri sendiri sahaja, tapi tipulah kalau aku kata aku tidak mengharapkan sedikit perhatian pun. (Ya, aku memang mahu blog aku dibaca dan aku tak malu pun nak mengaku, haha.)


7. Kenapa tak boleh interpretasi isi ayat Quran suka-suka dan cakap interpretasi kamu sahaja betul. Isi Al-Quran bukan satu dimensi.
The beauty of it lays in the fact bahawa Al-Quran ada isi tersurat dan isi tersurat. In fact, maksud ayat pertama dalam surah Al-Baqarah part 1 iaitu Alif Lam Mim tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Tuhan. Amazing. Jadi kalau nak memahami isi Al-Quran lebih baik kalau berguru. Bukan apa, it makes things easier and faster.


Aku ambil contoh mudah. Dalam Quran mungkin tercatit Allah SWT itu ‘ghanni’. Loosely translated dari bahasa Arab, ‘ghanni’ simply means kaya. Tapi maksud ini tak apply kalau dalam context ini. Sebab Tuhan bukan sekadar kaya. Ghanni dalam context ini bermaksud ‘one who does not need anything from anyone.’


Orang billionaire, kalau kita offer 1 billion dia, adakah dia akan menolak? Mestilah tak, kan? Memang sifat manusia untuk berasa tak pernah cukup atau complete. Dia masih mahukan lebih. Dan ini yang membezakan ghanni kita dengan ghanni Tuhan.


Anyway, aku rasa sampai takat ni saja la. Harap-harap ada yang belajar something dari hadith-hadith ni, pasal hadith ni kasi impak besar atas diri aku masa first time aku mendengarnya. And janganlah burukkan nama umat kamu sendiri, aku nampak sebenarnya orang Islam Malaysia yang burukkan nama umat mereka, sedih sungguh.


Mereka highlight keburukan orang yang nampak alim dan orang yang bawa imej Islam dalam pakaian mereka pun tak membantu (memakai tudung dan merakam video 3gp,etc). Tak payahlah nak susah payah highlight keburukan umat sendiri kalau tak nak highlight kebaikan umat sekali. Kadang-kadang aku jumpa manusia yang kutuk orang pakai purdah apa padahal orang tu tak buat apa pun pada mereka. Lagi-lagi kalau kamu seseorang yang memperjuangkan kebebasan wanita untuk pakai apa-apa yang mereka mahu, apa salahnya kalau ada orang nak pakai purdah. Tak elok kamu cop dia oppressed ke apa. Sebab mungkin itu pilihan dia. In short, janganlah cakap lebih-lebih atau mengejek sesuatu yang kamu tak betul-betul paham.


Kalau nak belajar banyak perkara menarik tentang agama, boleh membaca posts di blog Neem. Aku rasa postsnya yang pasal agama very well-written, padat dan relevan dengan hidup kita seharian. This coming from someone yang lebih berminat belajar tentang aplikasi Islam dalam kehidupan seharian berbanding dari hukum-hakam yang aku rasa, kita semua dah tahu pasal, sebab dah belajar kat sekolah agama masa kecik. Cuma mungkin kamu lagi arif tentang hal ini kot, sebab aku sekolah agama takat darjah 4 je.


By the way, dosa perbuatan mengumpat lebih besar daripada dosa berzina (aku tak reka-reka benda ni, betul). Siapa tahu kenapa? Siapa di antara pembaca aku dapat jawab? Hehe.


In case kamu tertanya, sebab ni aku tak mahu blog pasal agama. Kalau aku blog pun, aku akan kasi dalil. Sebab naluri pembaca untuk menerima bulat-bulat tanpa mensahihkan fakta. Cuba satu hari aku cakap pasal fakta agama yang palsu dan tak kasi dalil, rasa-rasa ada orang akan perbetulkan aku tak? Rasa-rasa ada tak yang terpedaya dengan fakta palsu aku? Haha.


Pergh. 2 posts dalam sehari. Aku break record sendiri.

Untuk Menjawab Kekeliruan #1

Entri ini adalah percubaan untuk clear sesetengah kekeliruan. Sebab aku tak mampu nak jawab semua soalan/ statements. Tak cukup ilmu. Aku cuba break down into 2 parts supaya tak panjang sangat.


1.Pada pendapat aku, sesiapa layak menegur, berdiskusi a
tau belajar tentang agama. Even menyampaikan apa-apa ilmu agama. As long as dia menyampaikan ayat-ayat dari Quran atau Hadith dan bukan hukum-hakam atau interpretasi dia sendiri. Dan aku tak kata orang ulamak atau alim sahaja layak berdakwah (so aku tak paham kenapa ada yang tafsirkan ayat aku begitu). Aku kata aku terima kalau didakwah oleh orang yang aku nampak usahanya sedang cuba perbetulkan dirinya. Aku susah nak terima dakwah daripada orang yang cakap tak serupa bikin. Dan aku rasa bukan aku seorang yang rasa macamni.


Allah SWT berfirman: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al Baqarah ayat 44)


Allah SWT berfirman: (Syuib berkata kepada kaumnya) (Patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku bertujuan hendak tidak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu dari melakukannya? (Huud, sebahagian daripada ayat 88)


2.Kadang-kadang aku jumpa dengan manusia yang menghalalkan apa yang haram dan mencipta dalil-dalil palsu untuk menghalalkan tindakannya. Islam Hadhari lah. Dia practice Islam as long as suit dia punya lifestyle. Dia cakap tak apa minum arak as long as tak memabukkan. Tak apa tak pakai tudung sebab tak wajib dan serentak mengelirukan semua orang, Islam dan bukan Islam.


Allah SWT berfirman: Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu semua mengetahui. (Al Baqarah ayat 42)


3. Aku ada cakap kalau dah Islam tak bermaksud dah beriman. Ayat aku memang kabur, sorry. Maksud aku adalah seseorang boleh mengucapkan Kalimah Syahadah dan sudah memasuki Islam, tapi belum tentu dia sudah beriman, kerana iman itu adalah suatu yang we must struggle to attain.


Orang-orang Arab dusun (Arab Beduin dalam BI) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami telah menyerahkan diri, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya, Dia tidak akan mengurangi (pahala) amalanmu sedikitpun; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ah-Hujrat ayat 14)


Sebab itu juga aku telah urge kamu dalam entri ini untuk pahamkan apa yang kamu lafazkan, tak guna kamu baca Al-Fatihah sejuta kali dalam sembahyang tapi tak paham apa yang kamu minta.
Tahukah kamu, kamu meminta petunjuk setiap kali kamu bersolat?


Guide us to the straight way/ Berilah kami petunjuk. (Al-Fatihah ayat 6)


4. Kalau ada sesiapa yang masih tak pasti tentang hukum menutup aurah:


"And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings (khimars) over their bosoms (jaybs), and not display their ornaments except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments."(An-nur ayat 31)


Sesetengah orang kata tak di-mention dalam Quran tentang head-coverings. Memang ayat ni telah ditafsir dalam pelbagai cara. Tapi bagi aku senang saja nak tau apa yang dimaksudkan dengan ornament. Rambut kan pernah diumpamakan sebagai mahkota.


Kalau nak cakap pasal menutup aurah betul-betul ni, banyak kriteria juga. Tutup kepala, rambut (tak semestinya tudung), jangan menampakkan bentuk badan, jangan menghiasi muka dengan mekap, pakaian tak boleh jarang, cover semua necessary parts lah. Jadi tak betul kalau orang cakap pakai tudung tu dah cover aurat.


Bebas dosa dari nampak rambut, ya. Tapi tak semestinya bebas dari dosa cover parts lain. Dan orang pakai tudung ni tak bebas dari buat dosa lain. Tak ada manusia yang maksum, hanya Nabi.


Dan frankly battle orang pakai tudung dengan tak pakai tudung ni aku rasa pointless juga. Orang pakai tudung argue diorang better sebab cover kepala. Orang tak pakai tudung kata mereka better sebab at least kalau buat dosa mereka tak berselindung dan pura-pura baik. Mari kita berfikir secara logik. Buat dosa kira dosa jugak, tak kira berselindung atau terang-terangan. Mengaibkan diri juga dosa, tapi jangan buat hukum-hakam sendiri bahawa buat dosa kalau senyap-senyap tak apa sebab tak mengaibkan diri.
Kita semua sama saja lemah, tak guna tuding-tuding jari dan menghakimi orang lain.


Tentang kebebasan, oppression. Orang pakai tudung lagi bebas daripada orang tak pakai? Depends. Kalau orang tu memang pakai tapi tak nak pakai, mestilah dia rasa tak bebas.


Aku cakap dari pengalaman lah senang. Dulu aku tak pakai, aku pakai tudung baru jugak (tapi belum cara perfect lah). Dulu I was vain. Aku suka dipandang, dipuji. And setiap kali aku cakap aku nak pakai tudung, kawan aku cakap buat apa, aku lagi cantik tak pakai.
Dulu aku memang terkenal sebab rambut aku pun. And aku suka dipandang sebab aku rasa macam powerful, macam in-control. In short memang aku struggle nak keep tudung tu atas kepala aku tiap-tiap hari sampai sekarang. Tak payahlah cerita pasal past aku camana.


Sebab aku mula pikir kenapa dulu aku tak nak pakai tudung, aku ke yang bebas? Sebab aku tak nak pakai sebab orang lain, aku nak approval dari orang lain. Nak dipandang sebab nak perhatian. Nak dipuji sebab it makes me feel good and beautiful. Kenapa bila aku keluar je aku kena pakai mekap, kena sikat rambut, pakai cantik-cantik? Kenapa bila sorang-sorang aku tak rasa seperti perlu bercantik-cantik? Adakah aku benar-benar bebas kalau aku perlukan approval orang lain? Kenapa diri sendiri punya approval saja tak cukup? Itu je aku nak cerita pasal battle aku lepas pakai tudung ni. Struggle against vanity memang antara perkara paling susah dalam hidup (bagi aku). Untuk tak pikir pasal apa orang lain pikir gak. Dan nak jujur dengan diri sendiri, memang susah.


Aku akan sambung part 2 esok-esok ke. Aku kena keluar sekarang ni. Part 2 aku akan jawab kenapa kita tak layak menjatuhkan hukuman atas orang lain, kenapa tak semua orang layak mentafsirkan Al-Quran dan cakap tafsiran dia saja yang betul, kenapa sesetengah orang tak layak berdebat tentang agama dan kenapa kalau kita buat benda baik pun tak tentu Tuhan terima amalan kita.


Aku sebenarnya tak selesa nak tulis perihal agama di atas sebab-sebab tertentu, jadi mungkin kali ni je entri-entri aku ada tentang hal ini.

Tuesday, December 2, 2008

Umpama Amik Diet Tips dari Orang Obese

Aku tak suka sembarangan orang cakap lebih-lebih pasal agama. No offense, tapi bila masuk hal agama, tak semua orang ada authority nak berdakwah, ok?


Kalau kamu nak cakap pasal agama tapi tak praktik, buat apa aku nak dengar? Umpama amik tips diet daripada orang obese. Nanti kalau ada orang tanya, kalau kau percaya kepada Allah, kenapa kamu tak buat ini itu, kau tak percaya azab Dia ke, kau nak jawab apa? Kau cuba nak explain diri kau, you create a deeper mess.


Kau cakap seru tak sampai lagi, kau cuba nak blame Tuhan, padahal tu semua kelemahan kau. Tak ada apa yang menghalang kau, except your own vanity. Sampai bila nak in denial?


Lagi-lagi kalau orang yang berdakwah itu emo. Sorry, tapi Quran dah state kalau kamu nak berdebat pasal agama, sila dalami dulu ilmu tu. Kalau kau terajar benda sesat, kau carry semua dosa orang lain yang carry ajaran sesat kau.


Kalau kau amalkan agama, aku boleh terima nasihat kau. Tapi ingat. Orang yang berdakwah tapi tak amalkan lagi hina daripada orang yang tak tahu dan tak amalkan dan mereka akan diazab lebih awal.


Macam mana kau nak buat orang lain percaya kalau kau sendiri tak percaya?


Umpama ambil medical advice dari pelajar perubatan 3rd year. Almost complete, tapi kau pikir sendiri ah, ada sesiapa nak kasi pelajar perubatan yang tak habis lagi degree operate atas diri dia? Tak kira ah kau pelajar cemerlang ke, dean’s list ke, best student ke, kalau ilmu kau tak complete, tak ada siapa nak kau operate. Sama ngan agama. Kalau ilmu kau tak complete, kau tak layak nak berdakwah.


On the other hand, aku tak kisah kalau orang yang memang sedang amalkan atau sedang bertaubat nak berdakwah tentang agama.


p.s.: Aku selalu dengar kalau orang ditanya "Kenapa awak tak pakai tudung?" menjawab,


"Orang pakai tudung tu baik sangat ke? Zaman sekarang sama je. Semua pun berzina, pakai baju ketat, smoking, bla bla bla. Sama je pakai ke tak pakai tudung." Lebih baik diam daripada kasi jawapan macamni.


Sorry to say lah, tapi jawapan tu tak ada kaitan sangat soalan tu. Jawapan tu pun macam in denial nak cover kelemahan diri. Cuba nak divert perhatian orang dari the main issue. Main issuenya kau. Apa kaitan dengan perempuan lain. Kalau kau pakai tudung pun, kau nak jadi macam kelompok pakai tudung yang berzina semua tu ke?


Kau honest je dengan diri sendiri, apa kata kau bagi jawapan honest sikit macam:


"Rambut aku cantik, kalau aku pakai tudung nanti muka aku jadi buruk sebab rambut aku yang buat muka aku cantik."


"Aku nak laki pandang aku. Lepas kahwin nanti aku pakai kot."


"Tunggu buah dada aku layut sikit baru aku pakai."


"Kaki aku cantik, kalau aku pakai tudung aku tak dapat show off la."


"Tunggu aku dah tua and buruk baru aku pakai. Sekarang aku nak enjoy, tua baru insaf."


Atau simply,


"Aku memang tak nak pakai. Aku tak rasa aku nampak cantik bila pakai."


Honest babe. Cause people are gonna judge you anyways. Sebab denial tu penyakit yang merbahaya.


Jangan makan hati, peace!~~~


p.p.s. Kepada perempuan yang pakai tudung tapi tak pakai betul-betul pastu nampak spender, nampak lurah dada, pakai baju jarang, nampak segala bentuk, jangan nak rasa bangga sebab pakai tudung pastu rasa macam ada hak nak condemn perempuan tak pakai tudung pulak.