Wednesday, December 24, 2008

Haih,

Kenapalah lipas dicipta sebagai suatu makhluk yang sangat hodoh dan boleh terbang...


Maaf lipas, aku tak berniat nak menghina kau, tapi kau memang sangat hodoh dan menjijikkan.

Dan menggerunkan. Babi pun tak scary macam kau.



Tambahan: Gambar lipas sebab ada orang request.


Bayangkan lipas berbulu kaki tajam dan lebat ini sedang merayap-rayap di atas lengan anda.

67 comments:

shakira said...

haha. lipas memang sangat menakutkan. lagi2 kalau diorang tengah duduk still, tiba-tiba je terbang or jalan laju2. part tu memang menakutkan.

*Sarah is the One said...

lol mag takut lipas!

Zaini said...

hodoh, boleh terbang, jijik, boleh hidup tanpa kepala dan tahan serang radioaktif nuklear.

peh lipas.

=)

cik puan daun said...

memang sangat jaki dengan lipas.. pantang jumpa sure nak bunuh punya..

but lipas yang terbang-terbang sangatlah scary..

uetoAya said...

jom pijak lipas ramai2..aku suke bunuh lipas..sbb busuk n suke bertelur kat tempat baju kat umah mak aku.bangang punye lipas

*Sarah is the One said...

err zaini,tahan serang radioaktif nuclear tu memang betul ke? wow!

Zaini said...

yang aku baca macam tu la sarah. kalau salah ampun ye.

Link

hihi. garangkan roaches ni. habislah mag. heh.

Zalikha said...

saya benci lipas. terbang2. and.. kalau bunuh dia mcm boleh terbahagi kepada dua lagi. fuck.. mcm alien.

Ayyman Rahim. said...

Dengan bangga, tak takut lipas. Haha

princess irda said...

sy pun tkut lipas.pernah sekali terbang dan melekat di rambut.terus sy amik dan cmpk ia ke dinding dan lipas tu mati.hehe :P

btw nice blog n posting.blog hopping dan terjumpa blog awk :)

antusabun said...

Mana gambar lipasnya? Nak tengok..

Hadie said...

...dan busuk!!!!!
argh!! benci lipas!!!!

anomickeymouse said...

kau tk pnh jumpe babi real life lg sb tu ko ckp lipas terbang pling scary. LOL

magenta said...

Shakira: Tu la. Rasa nak je tampar dorang laju-laju tapi nak pi dekat pun takut, haha.

Sarah: They scaryyy man. Entah camana ada orang boleh makan lipas dalam cabaran Fear Factor.

Zaini: Betul tu. Lipas kebal gila. Aku pernah terbaca, lepas semua makhluk dah mati kat dunia ni, lipas boleh hidup beribu-ribu tahun lagi. Memang diorang leh hidup tanpa kepala (2 minggu tak silap aku), dahla asyik timbul dalam air, nak flush pun tak leh. Stupid roaches.

Cik Puan Daun: Lipas ni susah nak mati. Makhluk jahat memang susah nak mati kan.

UetoAya: Memang busuk gila kalau ada saluran air yang lama tak digunakan pastu dorang pi bertenggek kat situ. Pastu dalam almari yang dah lama. Pastu suka kasi orang surprise tiba-tiba terbang kat kita. Warghhh.

Zalikha: Betul memang macam alien. Kalau terpenyek pastu ada squishy white stuff keluar dari badan dorang, geli gila.

Ayyman Rahim: Syabas! Tiba-tiba tertanya, ada tak laki takut lipas? Kalau geli tu ramai, aku tau.

Princess Irda: Scarynya. Dulu pernah masa mandi tiba-tiba lipas naik atas kaki. Perasaan yang sangat ngilu. Betulke dia mati? Lipas ni pandai berpura-pura tau. Pernah je spray Ridsect kat dia pastu dia pura-pura pengsan, setengah jam pastu dia hidup balik. And thanks. :)

AntuSabun: Ish. Buat apa nak amik gamba dia. Nak pergi dekat2 pun takut. Tak pasal-pasal dia hinggap atas kepala. Nak tengok gambar dia boleh google lipas. Hehe.

Hadie: Betul. Bau macam racun. Dahla kotor. Ish, geram betul aku dengan lipas.

Anomickeymouse: Siapa cakap aku tak pernah jumpa babi in real life? 'Babi commoners' aku tak takut, babi hutan aku takut.

Razaisyam said...

aku pernah tgk anak kepada sepupu aku makan lipas
dia umur 5 tahun
masa tu dia tg kunyah2
aku mcm ewwww

DEn said...

lipas??
aku mampu untuk terbang dalam masa setengah saat dari kerusi meje ke tempat yg tertinggi, cthnye, almari.. hahaha ;p

fa:scinating said...

hahahahaha!!!

babi pun tak scary mcm lipas!!! kecik ati lipas tu tau, magenta. tapi lagi geli cicak kot. isk. at least lipas kering. cicak tu mcm geli2 texture dia, pastu ala2 vampire, ekor tanggal boleh gerak2 lagi. euw!

but to be on the safe side (takut lipas ingat i riak tak takut kat dia) i pun takut lipas jugak la.

sWiss chEese said...

mak aku ckp, lipas yg terbang2 tu lipas betina n nak bertelor. whoaaaa

Weed and Bandages said...

lipas memang musuh utama!

tikus boleh ampun sikit sikit.

lipas terbang memang kecoh satu rumah ok.

asra said...

nak ridsect?

hehe comel la ko neh!

Fariz Bakar said...

adoi la..tergelak aku. lipas pun jadi isu...kah kah kah!

Dani Izwan zainol said...

betol! lipas terbang boleh buat lelaki macho gagah perkasa macam aku nih terjerit2 mcm pondan siam..celake btol

Z said...

aku pun takut lipas.

lipas memang talented. bergerak dengan laju, terbang dengan laju, pandai menggelikan orang dan induce high-pitched shrieks. celaka betul.

pjoe said...

kawan aku sorang berbadan sasa ala2 pelakon bollywood menjerit mcm budak bila nampak lipas

tapi sebab dia hensem ramai kawan perempuan cakap, "alaa comelnya"

comel jadahnya!
haha

Sue Anna Joe said...

My sister in law, 2 of my good frens suma takut lipas. Memang stok lari dan jerit. Haha. Comel jek.

Orang kata, lagi takut lagilah dia kejar kita. My friend sorang tu, kat kampung dia kata lipas besar gila duk terbang kat dia, dia lari jerit-jerit, atuk dia gelakkan je kat dia. Hahahaha.

miezi said...

meg,
aku tak rasa ada org yg suka lipas dalam donia ni. Erk

Tuan Caracol said...

ish, Tuan suka.
Dia ada secrete smell yang best.

Mcm milipids, ada secrete smell yang bau cam iodine or bromine.

Erm, for some odd reason, i love lipas :p

asra said...

siapa pernah dengar 'cenango'..
kumbang busuk tu.aku tak tahu nama betul dia.

Jebon said...

Siapa yang request gambar tu?!! Apa kena dengan dia?!

Wei, kau faham tak, lipas yang boleh terbang tu macam sial kau tau. Dia macam tau2 je kau takut dengan dia, dia akan sengaja terbang ke arah kau sambil cakap 'Ha tau takut, tau takut, nyeh nyeh'!

Aku rasa ia boleh smell fear....

Dulu kat hostel akasia, aku dilantik jadi ketua keselamatan (aku tak tipu, ustaz tu yang lantik aku). Aku pun jagalah keselamatan blok aku. Bila ada kecemasan macam ada budak terjatuh selipar dalam laptop (tempat buang sampah yang ada di ampaian setiap tingkat tu, bila buka rasa mcm bukak laptop), aku akan bantu. Bila ada budak2 lapar malam2 buta bila cafe tutup, aku akan tolong curikan maggi. Bila budak tak boleh tidur malam, aku pinjamkan vcd lucu.

Tapi bila budak panggil aku sebab kena attack dengan lipas terbang dalam bilik air, memang aku lucutkan jawatan ketua keselamatan tu dengan sendirinya.

Ok, macam biasa, terpanjang. Peace.

Nasib baik lipas kita tak segemuk dan sekurang ajar lipas madagascar (main hissing2 pulak dia!) macam dalam fear factor atau men in black tu wei. Kalau tak, confirm setiap kali jumpa lipas aku nangis.

Maksud aku, adik aku nangis.

Matematis Muda said...

asra, kesing ke?

tapi siryes mag
lipas pun boleh jadi isu besar o
haru biru majlis kalau dia sekor je kluar

Matematis Muda said...

o tapi kan
tetiba aku terpikir la
setiap ciptaan-Nya pasti ada guna nya

apa guna lipas ni eyk?
fungsi dia dalam kehidupan dan kitaran alam

pergh

pipiyapong said...

gua pernah jumpa king of lipas. peramah orangnya..

NeEM™ of Suicide Park said...

Mag, tak payah imajin. baru je berlaku 18 jam lalu kepada diri ini. Benci! nasib baik tak masuk dalam rambut.

erm said...

bayangkan terbang masok mulot

imaging!

*Sarah is the One said...

lipas mungkin guna untuk merapatkan hubungan suami isteri (berpeluk bila takut, berpeluk erat sebab takut sangat ni), bagi sikit kerja untuk kucing pemalas, bagi isteri perasaan sentiasa nak pastikan rumah bersih.

MariaFaizal said...

I freak out when it comes to cochroaches! One time I was having my Isyak solat & on the 3rd rakaat,there was a gigantic roach 'flying' here & there.That was it! Couldn't focus as I was absolutely petrified. Ran out of the room,screaming like nobody biz, hehe.

It is the MOST disgusting creature on earth!

I'm not even able to look directly at above pix.Seram!

jipo said...

lipas,belalang hijau yg besar,dan geng2 yg sewaktu dgnnya..mmg aku nk bunuh ja kalo terbang kat aku.

tapi lipas dlm Wall-e aku suka...haha

Tuan Caracol said...

jipo,
lepas tgk Horton Hears a Who! rasa cam nak appreciate sme benda, walau sbsar pollen

Pously Naie said...

And they have such a weird smell. Bukak almari kat dapur, pang, bau. Eugh.

I saw this video on youtube, yang hissing cockroaches dalam fear factor tu kan, people actually bela as pets!

stanum_saliva said...

hahaha...t'ingat pulak kat kartun 'oggy and cockroach'...sgt melucukan

iqanabeera. said...

pernah terjadi once i tengah nak ikat rambut, lepas tu rasa pelik why laaa rambut i macam rasa gerak2, padahal tak ada angin pun.


tau tau je lah kan benda alien apa dekat my hair masa tu. terus tuang shampoo satu botol atas rambut. yuck.

Izuan said...

"Makhluk jahat memang susah nak mati kan."

Makan dalam betul ayat nih huhu. I like.

Aku tak geli dengan lipas. Disgusted je. Apa pun, bau yang terhasil selepas lipas dipenyekkan memang sangat euwww.

47 said...

MMMMMmm...yum! :)

durian said...

ah..perasaan korang semua tak sama dengan perasaan yang aku alami.

pernah terlihat lipas semasa sedang khusyuk berak?

maksud aku, aku yang sedang khusyuk berak. bukan lipas.

dengan sesungut yang bergerak..
lebih mendebarkan dari 'sixth sense.'

ain bukan alif said...

haha kelaka plus geli baca comment2 orang lain.naik bulu roma kat leher..rasa macam ada benda merayap je kat kaki padahal takda pape pon.
lipas ni binatng ke-3 aku geli.1st cicak,2nd katak..
tapi kesian jugak kan diorang ni dibenci..

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

Yummy.

Eman said...

tak pernah komen walaupun dah jadi pembaca sejak sekian lama.

tapi isu lipas ni, memang kena komen. riuh rendah.

bayangkan tengah menaip blog tetiba nampak lipas masuk bawah meja komputer pastu terus tak keruan sama ada nak sambung taip blog atau nak lari sebab takot dia merayap masuk dalam seluar.

Kril said...

kipas lipas?

aku tak benci atau geli. mungkin kurang gemar kut.. pernah terduduk atas lipas. true story. aku fikir, "ugh, kenapa kau bunuh diri macam gitu?"

penanya (?) said...

kalaulah lipas warna pink~

Anonymous said...

MINTAK TOLONG ORANG ISLAM!
Amik URL ni,pi bukak page ni.
Dia hina Islam dan Nabi!

http://adibahahmad.blogspot.com

Mari sama-sama FLAG kan page dia supaya boleh blogger remove page dia immediately!

Mintak tolong semua!

TQ

Zaini said...

hoh!

ain bukan alif said...

OK
pagi semalam baru bagi komen pasal lipas kat sini..
tetiba mlm semalam lepas balek kuar makan kat luar,tgk2 ada lipas kat lengan!!
apa lagi terkinja kinja aku melompat dan berlari.
habes semua barang2 dalam purse aku yang tak berzip terkeluar..
aish..lipas memang tau aku ngumpat pasal dia
ni aku ngumpat lagi
tengok malam ni apa jadi pulak~

Kuey-san said...

aahhh takot tahap gaban.

amik ridsect...sprayy..

selagi x mati depan mata..

xleh tdo..

aihhh (-.-)

Amira said...

jomblo punya lipas.. time aku nk masak...time tu la die dtg menziarah aku..

Bovril Lavigne said...

bile nak update blog? bukak2 je nampak lipas..loveleh.

serius said...

Yummy...yummy :)

Tuan Caracol said...

Amira

cubo check tahap kebersihan kitchen kamu. Lipas ni bioindikator tahap kebersihan. Sekian

mrblind said...

lipas pun takut ke..lipas tak makan orang..

Mie Amour said...

aiii..gelinyaaaa....

serius said...

How Can You Say You R Lonely

Have you seen the old man
In the closed-down market
Kicking up the paper,
with his worn out shoes?
In his eyes you see no pride
Hands held loosely at his side
Yesterday's paper telling yesterday's news

Chorus: So how can you tell me you're lonely,
And say for you that the sun don't shine?
Let me take you by the hand and lead you through the streets of London
I'll show you something to make you change your mind

Have you seen the old girl
Who walks the streets of London
Dirt in her hair and her clothes in rags?
She's no time for talking,
She just keeps right on walking
Carrying her home in two carrier bags.

Chorus

In the all night cafe
At a quarter past eleven,
Same old man is sitting there on his own
Looking at the world
Over the rim of his tea-cup,
Each tea lasts an hour
Then he wanders home alone

Chorus

Have you seen the old man
Outside the Seaman's Mission
Memory fading with the medal ribbons that he wears
In our winter city,
The rain cries a little pity
For one more forgotten hero
And a world that doesn't care

Firdauz takes five said...

malam tadi kan, i mimpi cockroach

besar tahu tak! panjang macam lengan.

i mimpi i tgh masak, pastu dia terbang dari kuali pegi kat basin

then i guna kitchen spatula tu kan, lenyek-lenyek dia, pastu siram air panas

dia tak mati!

dia nak lompat bangun tengok muka saya tapi i ngelak, i tunduk

nasib baik dia tak nampak muka, kalau tak..

magenta said...

Razaisyam: Hahaha kenapa ko tak join sekali dia makan lipas? Aku dengar lipas ni sumber protein yang bagus. Ewwww.

DEn: Itu yang aku takut tu. Geli man.

Fa:scinating: Hahahhaa. Masa I kecik ada cicak penah jatuh atas bahu I, rasa sangat ngilu. Badan cicak rasa weird. Kucing I suka main dengan cicak sampai cicak tu mati.

Swiss Cheese: Hmm, sedapnya nama kau. Hehe. Biar betul weh? Patut dihapuskan! Aku tak rela mereka membiak sesuka hati.

Ms Weed: Hahaha lipas boleh buat perempuan histeria ok. Tikus suka menyorok, takpa kot. Lipas suka memunculkan diri.

Asra: Haha aku tak percaya Ridsect! Haritu aku sembur banyak gak pastu dia pengsan kejap je. Masa aku nak gi toilet dia hidup balik! Dam you lipas. Aku tau pasal kumbang busuk tapi tak tau cenango. Kalau pegang dia busuk kan?

Fariz Bakar: This is sewius (gaya Ming Ming).

Dani Izwan: Hahaha apasal la komen ko selalu buat aku tergelak. Aku pun macho maa. Haha.

Z: Lipas is my enemy! Jangan lupa dia juga sangat kebal dan pandai buat serangan mengejut.

Pjoe: Hahahha lawak siot. Ish, aku tak boleh nak laki yang takut lipas. Nanti dua-dua panik bila ada lipas.

Sue Anna Joe: Hahahah kejam gila atuk dia. Nasib baik I ada kucing, I letak kucing depan lipas and dia akan kejar sampai dapat. Pastu bila lipas tu dah lemah I akan PAP! dia dengan penyapu.

Miezi: Hehe betulkah? Jeng jeng jeng...cuba lihat komen Tuan Caracol.

Tuan Caracol: Ewww bau dia sangat pelik. Boleh buat aku gag dalam dos yang tinggi. Waa aku terpikir ni pun dah nauseous.

Jebon: Haha tu atas tuuu..AntuSabun. Aku tido dengan selimut menyelubungi seluruh badan dan kepala kalau ada lipas dalam bilik. Sampai nafas tak cukup, punyala fobia. Hahaha ko panggil tong sampah tu macam laptop?? Kawan aku penah buang rokok sampai blok dia nak terbakar dalam tong sampah tu. Nasib baik aku ada roommate supercool, dia PAP! lipas dengan tangan je dengan riak wajah tak bersalah. aku sangat admire keberanian dia. Lipas Madagascar tu jangan ceritala. Aku boleh pengsan kot kalau ada orang paksa makan.

Matematis Muda: Hahaha betul tu. Semua pakat nak "Aaaaa" nanti. Yang mana jeritan laki atau perempuan dah tak boleh dibezakan masatu. Tak silap aku, cicak makan lipas kan? Aku tak sure la tapi.

Pipiyapong: Lu jaga-jaga, jangan kasi dia rasa makanan lu kalau pi makan dengan dia. Satgi lu dah tak ada appetite nak sambung makan lepas dia cobek-cobek.

Neem: Wahhh. Serangan mengejut begitu bisa menyebabkan heart attack to me. Haha.

Erm: Imagine dia jalan-jalan atas muka masa ko tengah tido. Hahaha.

Sarah: Hahhaha ya, betul tu!! Jangan lupa juga untuk suami menunjukkan kemachoan serta keberanian membunuh lipas, lantas untuk isteri memuji suaminya.

MariaFaizal: Hahhahaa nasib baik you have a husband, he can bunuhkan for you. I tend to get hysterical bila ada lipas terbang-terbang atas kepala.

Jipo: Waaa. Masa kecik aku suka bela belalang hijau, 2 minggu je mati. Sedih gila. Hahhaa lipas animasi tak kira eh.

Posuly Naie: What the? Biar betul! As pets? Haih, mesti orang suka insects macam Grissom dalam CSI. Cuba pulak almari yang tak dibuka bertahun-tahun...peh!...the smell.

Stanum Saliva: Hahaha tu memang best! Aku suka tengok dulu.

IqaNabeera: Dang. Kalau I kena macamtu mesti menggigil sebab geli. Mesti terjerit.

Izuan: Hahahaha. Dalam movie watak jahat selalu susah nak mati. Tembak 10 kali baru mati kot, padahal kalau orang baik, tembak sekali dah gone. Yeah man, bukan je bau, tapi the sight tu, eurghh.

47: Nak buat stew? Haha.

Durian: Hahahha kau memang sangat malang sebab pernah kena situasi macamtu! Sesungut lipas tu menakutkan macam jaws punya fin bagi aku. Patut ada tema seram yang menyusul kalau nampak sesungut lipas.

magenta said...

Ain bukan Alif: Hahhaha aku tak kesian sebab mereka kotor dan menyusahkan orang lain. Aku pernah tak tidur malam sebab trauma dengan lipas. Hahahha jaga-jaga, lipas ni macam tau-tau je. Dan seolah-olah mencabar kita.

AKAB: Yes sir what would you like to have? Lipas salai? Lipas masak merah, masak kicap or lipas masak lemak cili api?

Eman: Hello! Hahahha gila. Haritu aku pernah tengah angkat kertas tiba2 ada lipas sedang berjalan laju-laju menuju lengan aku. Sangat seram!

Kril: Hahaha lipas tu mungkin depressed dan sudah tak mahu hidup lagi.

Zaini: Hah!

Kuey-san: Lepas dia mati, cuba hempap dia. Kadang-kadang dia pengsan je.

Amira: Hahaha kenapa jomblo punya lipas? Sekarang jomblo dah jadi perkataan memaki ke? Lipas ni dengki, time orang nak makan dia pun nak menyibuk.

Bovril: Dah update dah. Lipas kan sedap dipandang. Sejuk hati. Hahaha.

Serius: Ooo you like? Your friend ah? Kenapakah dengan lyrics lagu tu?

MrBlind: Darah pun tak makan orang, tapi ramai orang fobia dengan darah.

Mie Amour: Hahaha, kan?

Firdauz Takes 5: Panjang macam lengan?! Lipas mutant ke apa? Lawak gila, siram air panas pun tak mati. Hahahaha, kalau tak apa? Apa ni, ending tergantung. Suspen betul.

anisizatyA.J said...

i hate lipasss..sangat jijik

Adil said...

Gile geli lipas... Binatang yg paling patut pupus.. Lagi sanggup pegang cicak dr tengok lipas terbang depan muka..... Dah la bila pijak ade bunyi macam rangup2. ok EWWW -_-_-_-

siti gagah said...

aku x boleh belah kalau lipas ni lalu lalu kat tengkok aku!! memang tibe tibe aku stim semacam sampai aku mula rakus and tibe2nak makan jagung..seyes weh!! geli sial..

W.s Collection said...

comfirm lipas tu mati xnapak rupe..huhu