Thursday, December 4, 2008

Untuk Menjawab Kekeliruan #1

Entri ini adalah percubaan untuk clear sesetengah kekeliruan. Sebab aku tak mampu nak jawab semua soalan/ statements. Tak cukup ilmu. Aku cuba break down into 2 parts supaya tak panjang sangat.


1.Pada pendapat aku, sesiapa layak menegur, berdiskusi a
tau belajar tentang agama. Even menyampaikan apa-apa ilmu agama. As long as dia menyampaikan ayat-ayat dari Quran atau Hadith dan bukan hukum-hakam atau interpretasi dia sendiri. Dan aku tak kata orang ulamak atau alim sahaja layak berdakwah (so aku tak paham kenapa ada yang tafsirkan ayat aku begitu). Aku kata aku terima kalau didakwah oleh orang yang aku nampak usahanya sedang cuba perbetulkan dirinya. Aku susah nak terima dakwah daripada orang yang cakap tak serupa bikin. Dan aku rasa bukan aku seorang yang rasa macamni.


Allah SWT berfirman: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al Baqarah ayat 44)


Allah SWT berfirman: (Syuib berkata kepada kaumnya) (Patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku bertujuan hendak tidak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu dari melakukannya? (Huud, sebahagian daripada ayat 88)


2.Kadang-kadang aku jumpa dengan manusia yang menghalalkan apa yang haram dan mencipta dalil-dalil palsu untuk menghalalkan tindakannya. Islam Hadhari lah. Dia practice Islam as long as suit dia punya lifestyle. Dia cakap tak apa minum arak as long as tak memabukkan. Tak apa tak pakai tudung sebab tak wajib dan serentak mengelirukan semua orang, Islam dan bukan Islam.


Allah SWT berfirman: Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu semua mengetahui. (Al Baqarah ayat 42)


3. Aku ada cakap kalau dah Islam tak bermaksud dah beriman. Ayat aku memang kabur, sorry. Maksud aku adalah seseorang boleh mengucapkan Kalimah Syahadah dan sudah memasuki Islam, tapi belum tentu dia sudah beriman, kerana iman itu adalah suatu yang we must struggle to attain.


Orang-orang Arab dusun (Arab Beduin dalam BI) berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami telah menyerahkan diri, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya, Dia tidak akan mengurangi (pahala) amalanmu sedikitpun; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ah-Hujrat ayat 14)


Sebab itu juga aku telah urge kamu dalam entri ini untuk pahamkan apa yang kamu lafazkan, tak guna kamu baca Al-Fatihah sejuta kali dalam sembahyang tapi tak paham apa yang kamu minta.
Tahukah kamu, kamu meminta petunjuk setiap kali kamu bersolat?


Guide us to the straight way/ Berilah kami petunjuk. (Al-Fatihah ayat 6)


4. Kalau ada sesiapa yang masih tak pasti tentang hukum menutup aurah:


"And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings (khimars) over their bosoms (jaybs), and not display their ornaments except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments."(An-nur ayat 31)


Sesetengah orang kata tak di-mention dalam Quran tentang head-coverings. Memang ayat ni telah ditafsir dalam pelbagai cara. Tapi bagi aku senang saja nak tau apa yang dimaksudkan dengan ornament. Rambut kan pernah diumpamakan sebagai mahkota.


Kalau nak cakap pasal menutup aurah betul-betul ni, banyak kriteria juga. Tutup kepala, rambut (tak semestinya tudung), jangan menampakkan bentuk badan, jangan menghiasi muka dengan mekap, pakaian tak boleh jarang, cover semua necessary parts lah. Jadi tak betul kalau orang cakap pakai tudung tu dah cover aurat.


Bebas dosa dari nampak rambut, ya. Tapi tak semestinya bebas dari dosa cover parts lain. Dan orang pakai tudung ni tak bebas dari buat dosa lain. Tak ada manusia yang maksum, hanya Nabi.


Dan frankly battle orang pakai tudung dengan tak pakai tudung ni aku rasa pointless juga. Orang pakai tudung argue diorang better sebab cover kepala. Orang tak pakai tudung kata mereka better sebab at least kalau buat dosa mereka tak berselindung dan pura-pura baik. Mari kita berfikir secara logik. Buat dosa kira dosa jugak, tak kira berselindung atau terang-terangan. Mengaibkan diri juga dosa, tapi jangan buat hukum-hakam sendiri bahawa buat dosa kalau senyap-senyap tak apa sebab tak mengaibkan diri.
Kita semua sama saja lemah, tak guna tuding-tuding jari dan menghakimi orang lain.


Tentang kebebasan, oppression. Orang pakai tudung lagi bebas daripada orang tak pakai? Depends. Kalau orang tu memang pakai tapi tak nak pakai, mestilah dia rasa tak bebas.


Aku cakap dari pengalaman lah senang. Dulu aku tak pakai, aku pakai tudung baru jugak (tapi belum cara perfect lah). Dulu I was vain. Aku suka dipandang, dipuji. And setiap kali aku cakap aku nak pakai tudung, kawan aku cakap buat apa, aku lagi cantik tak pakai.
Dulu aku memang terkenal sebab rambut aku pun. And aku suka dipandang sebab aku rasa macam powerful, macam in-control. In short memang aku struggle nak keep tudung tu atas kepala aku tiap-tiap hari sampai sekarang. Tak payahlah cerita pasal past aku camana.


Sebab aku mula pikir kenapa dulu aku tak nak pakai tudung, aku ke yang bebas? Sebab aku tak nak pakai sebab orang lain, aku nak approval dari orang lain. Nak dipandang sebab nak perhatian. Nak dipuji sebab it makes me feel good and beautiful. Kenapa bila aku keluar je aku kena pakai mekap, kena sikat rambut, pakai cantik-cantik? Kenapa bila sorang-sorang aku tak rasa seperti perlu bercantik-cantik? Adakah aku benar-benar bebas kalau aku perlukan approval orang lain? Kenapa diri sendiri punya approval saja tak cukup? Itu je aku nak cerita pasal battle aku lepas pakai tudung ni. Struggle against vanity memang antara perkara paling susah dalam hidup (bagi aku). Untuk tak pikir pasal apa orang lain pikir gak. Dan nak jujur dengan diri sendiri, memang susah.


Aku akan sambung part 2 esok-esok ke. Aku kena keluar sekarang ni. Part 2 aku akan jawab kenapa kita tak layak menjatuhkan hukuman atas orang lain, kenapa tak semua orang layak mentafsirkan Al-Quran dan cakap tafsiran dia saja yang betul, kenapa sesetengah orang tak layak berdebat tentang agama dan kenapa kalau kita buat benda baik pun tak tentu Tuhan terima amalan kita.


Aku sebenarnya tak selesa nak tulis perihal agama di atas sebab-sebab tertentu, jadi mungkin kali ni je entri-entri aku ada tentang hal ini.

23 comments:

penyelamat dunia said...

memang ah susah nak terime dakwah dari orang tak betol. tapi kadang2 kalau mesej dia gempak dan tepat walaupun dia hampas kena jugak lah gigit ego and telan nasehat eventho susah nak jadi tak judgemental. ironic nye dunia nih kadang-kadang the best teachers are the worst practitioners.

pasal tudung tuh memang betol. kenapa orang kena jadi defensive and kutuk orang pakai tudung, diam-diam sudah. just take it mathematically, okay dia pakai tudung, satu bende bagos dia dah buat, habis cerita. yang lain-lain tuh pepandai dia lah apa yang kau nampak sekarang satu bende wajib dia dah buat bagus SYABAASUNS AL JILBABUNS.

crotz bangets.

MZ said...

kita sebaya rupanya.
ko study kat ne ni?

Anonymous said...

but through my experience, ive met alot orang yang pakai tudung because they have to..say parents diorang suruh or the society made them..or dia belajar kat UIA...or sekolah dia wajib pakai tudung....and so on.and when this so-called boundary exists between orang yang pakai and tak pakai,thats where the problem is...we should be free to choose.but then,its only human nature to judge..right?

the artist and i said...

ok.

wait kedua.

nak baca.

Murlak_s said...

sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh mu magenta.. aku sokong seratus peratus.. tapi aku pelik, kenapa org suka nak pertikai perkara yang dah jelas halal haram, sedangkan dah ada hadith or ayat2 Al-Quran yang secara terang kata benda2 tu haram/halal? maybe dunia sekarang, org nak hidup selesa, tapi x nak ikut segala guide yang sedia ada.. bak kata konfiusme, "rules are made to be broken.." but not in Islam.. wallahua'lam..

mariamsss.blogspot.com said...

kenapa tak selesa nak tulis perihal agama..
cause ko tulis sangat bagus..
becoz of this and last entry ko ler, aku suka baca blog ko..
whatever pun tak salah if we share our knowledge kan...

durian! said...

alhamdulillah bebeh!
(sebut dengan nada arnold schwazzeneger dalam Terminator 2)

mediocre sadist said...

aku tak pakai..dan pakai tudung. so in a way, i'm kinda a hypocrite.

but, i'm not denying the facts on item 4. again, well-said.once in awhile, some of us do need a wake up call.

unicorn said...

baik diam dari berkata-kata. kalo kite sendiri x pasti dgn apa yg di kata

Anonymous said...

"Dia practice Islam as long as suit dia punya lifestyle. Dia cakap tak apa minum arak as long as tak memabukkan."

tersenyum jap aku bc nih..
ada la 4,5 org kawan aku yg minum arak, same je alasan

"xpe, janji x mabuk"

tp babi tau lak geli,haram

Anonymous said...

Saya mempunyai empathy terhadap personal konflik anda. Lakukan apa yang boleh membawa ketenangan ke dalam diri anda.

Tapi kalau boleh jgn campurkan personal konflik dgn kegeraman terhadap dunia yg kejam ini.

Saya harap puan blogger dapat mencapai kebahagian walau apa keputusan yang puan pilih.

Mungkin sokongan moral dapat membantu jika saya katakan dgn tegas :-

"Memakai tudung itu satu kemestian untuk semua wanita"

"Dan hukuman azab paling berat akan dikenakan ke atas mana2 pompuan yang degil dan keras kepala menunjukan rambut mereka yg cantik"

Really, saya tak kisah jika puan blogger suka memakai tudung.

Semoga puan blogger mencapai ketenangan jiwa..amin ya rabiul alamin.

magenta said...

serius: campur personal konflik dengan kegeraman atas dunia?

hahahahahaha that's rich coming from someone who fills his free time by spamming other people's blog.

Anonymous said...

Puan blogger, Its nice to hear you laugh..although its at my expanse...

Pompuan cantik2 ..muda.. pandai..etc.. mesti ceria selalu..

Tak baik tauu.. ketawakan orang..kita serius ni.. :)

Anonymous said...

series Tuan keliru dengan statement magenta aritu...

Thanks

Ili Khalil said...

Perghhhhh aku respek ko...

Anonymous said...

Babe,

Pasal your "battle", I think for you to overcome it, you have to have the right intention in perspective.

Buat sesuatu kerana Allah.

So, in this case, please have the thought that when you wear tudung, you want to please Allah & no one else.

Biar cantik pada pandanganNya & lantak pi orang sekeliling sebab pakai tudung ini adalah juga satu ibadah, bukan hanya sehelai kain yang menutupi rambut.

Take care babe! :)

Anonymous said...

oh, nak add sikit lagi.

what you're doing now is good, satu 'penghijrahan'.

bukan semua ada will power nak pakai tudung.

macam vanity vs humility punya battle and we all know that vanity ni kerja syaitan. so memang syaitan vs iman.

take care again :)

Anonymous said...

since kita hanya cyber blog apa yg anda pakai tak penting sangat kepada kami pembaca..

Hmmm just ingin tahu..kalau anda blogging anda pakai ape ye..? Tudung pastinya tidak.

Kalau malam tentu nightie saja kan..mmmm :)

atau shorts..ke..pics please...hehe

Ingrid Dients said...

Honestly, I really think you look much better in a tudung, even though you have great hair. You looked really "old" dulu masa form 4 form 5. But after you donned the tudung you just look more youthful, even younger than your age. Have you considered that your friends may just be complimenting you out of some form of schadenfraudism? I could be wrong though. Maybe they themselves have self esteem issues.

Never thought I'd say this sentence, but my philosophy is the same as "penyagak's"..haha. And I said it in the first post on this subject.

tanpa-graviti- I assume you do know the argument to that statement is the hadis that says: apa2 yg memabukkan dalam jumlah yg banyak adalah haram walaupun sedikit.

You know, serius really sounds like whatshisface dulu that proclaim he's never comment at your blog again...haha.

The Pretty Junks said...

struggle against vanity memang sangat, sangat susah.

am still struggling, but to no avail.

hmm, itulah kehidupan. kadang2 pikir mungkin sebab inilah Allah s.w.t ciptakan manusia dgn naluri dan kehendak. nak tengok sejauh mana kita boleh control kedua2 nya.

anyway, great entry. keep writing. and i'll keep reading.

magenta said...

Penyangak: Wow gila ah. Penyangak komen takde unsur lucah. And pointsnya slam dunk. Crotz banget. :p

An2Blur: Aku study kat brunei huhu.

Eggy: That's why I letak a hadith on the importance of niat.

Ms Weed: :)

Murlak_s: Ada sesetengah benda yang orang pertikaikan sebab dia macam grey matter atau tak wujud pada zaman Nabi, I guess sebab tu kadang-kadang timbul kekeliruan.

Mariam: Sebab aku masih tak tau banyak benda and tak tentu boleh jawab kalau orang tanya. Lagipun aku tak rasa blog personal medium yang sesuai.

Durian: Haha.

Mediocre Sadist: You're not a hypocrite. Hypocrites aren't honest with themselves or other people.

Unicorn: Emm, ya.

Tanpa Graviti: Haha dia tengok bau kot?

Tuan Caracol: Ok no problem.

Ada Apa dengan Nama: Ya, I just don't like doing it without knowing why I have to. Like people say buat kerana Allah tapi they never try to find out why God urge them to do it. Thanks for your comment.

Bovril: I think I look much older when I was Form 4-5 sebab I was 15kg underweight, was sunburn badly and muka kering sebab jalan pergi sekolah tiap-tiap hari and greatly stressed sebab I wasn't happy schooling there. Now I'm the exact opposite. And maybe sebab dah find inner peace with myself.

Yeah, serius is that guy. Just ignore him.

Melissa: Sure. Yeah. A battle against desire and vanity is the greatest battle of all.

broken_nigina said...

cakap pasal vain..
gua rasa sebab vain jugak gua pakai tudung..
kita rasa milik kita indah hingga bukan sebarang orang layak untuk pandang.

Anonymous said...

Anda akan percaya bersama dengan uang trilyun multi investasi yang wikipedia bisa memperoleh beberapa server banyak lagi.