Saturday, December 6, 2008

Senarai Suka-suka

Senarai tak ada hala tuju tentang apa yang turn-offs bagi aku kalau lelaki buat. Sebab aku tengah bosan.


1. Aku tak suka laki yang arrogant sebab dia ingat perempuan suka laki obnoxious. Perempuan suka laki yang confident dan cocky sebab dia pandai, bukan arrogant tak bertempat ye.


2.Aku sangat turn off dengan lelaki yang cuba nak cakap dirty konon-konon supaya dia nampak dia tu seorang yang crazy sexy cool ke apa, tapi fail miserably. Lagi-lagi kalau dia laki tua yang boroi dan miang.


3. Lelaki desperate. Tapi ada satu stok laki desperate yang laku. Lelaki yang desperate tapi buat-buat macam tak desperate. Sebab dia pandai. Dia tau kalau dia tak layan perempuan tu, lagi perempuan tu rasa tercabar pastu try harder nak dapatkan perhatian dia. Lelaki pun pandai jual mahal ek sekarang. Bijak, bijak.


4. Aku tak minat laki yang ada bad table manners. Selamba je sendawa ke kentut kat meja makan masa orang tengah makan. Hmm, can’t go lah. Tak boleh blah.


5. Laki yang selalu cakap 'lulus, boleh kahwin' atau 'boleh jadi isteri solehah ni' lepas rasa masakan aku. Macam aku nak kahwin dengan ko je. Aku masak bukan sebab nak kahwin. Aku masak sebab aku suka makan.
Dengan banyaknya. Banyak sampai tahap laki macam ko tengok mesti mengucap dan cop tak ayu.


6. Lelaki straight yang pakai 't-shirt gay'. Ala, you know which shirt I'm talking about. Aku cuba untuk t
ak kisah tapi ah, aku tak boleh lah. Lagi-lagi kalau ada tulisan macam 'you don’t impress me much' kat atas t-shirt ketat dia tu. Takpun lelaki vain ke, setiap 10 minit mesti nak check diri sendiri kat cermin sliding door atau cermin kereta.


7. Laki yang banyak cakap dan tak kelakar. Orang cakap perempuan kena misterius kalau nak pikat laki. Aku rasa laki pun kena misterius gak. Dengan tak banyak bercakap.


8. Lelaki yang ingat Avril Lavigne punk. Hihihihi.
"I like punk girls like Avril!!1!"


9. Lelaki hutang keliling pinggang sebab boros beli barang branded. Pastu tak habis-habis cakap pasal pakaian branded dia bla bla bla. Tiap minggu pun mintak pinjam duit dari kawan. Lelaki berhutang sebab lain aku tak kisah.


10. Laki yang tak baca buku langsung. At least baca lah something. Buku mekanik ke, majalah Ujang ke, apa-apalah. Aku cukup turn off dengan laki yang bila aku tanya dia suka baca buku apa, dia jawab- "Buku?
Apatu? Aku tengok movies je. Buat apa nak baca buku sebulan kalau boleh tengok movie 2 jam je" pastu ingat smart gila ah cakap macamtu. Aku rasa laki ni yang tak baca buku ni tak berimaginasi dan bab sensual ni dia kurang sikit.


11. Lelaki yang hanya bercakap dengan sopan dengan perempuan tertentu dan kurang ajar dengan the rest.


12. Lelaki yang malu nak mengaku atau dikaitkan dengan bangsa dia. Kalau orang tanya dia apa bangsa dia, dia jawab, "Well actually, I'm mixed" padahal moyang dia sebelah mak dia je ada darah Siam. Pastu tak nak ada kawan yang sebangsa langsung. Apatah lagi kalau nak date.


Tu je kot aku boleh pikir buat masa ini.
Brain aku macam dah shut down. Semuanya based on lelaki yang aku pernah jumpa dalam real life.


Jadi, apa yang turn-offs bagi kamu kalau the opposite sex buat?

83 comments:

amara said...

hahahaha!...my classmate is definitely no6..
i thought he was so queer..lolz

batchiwa. said...

haha. sgt setuju sume point.

i dont like guys yang mulut manis. padahal he uses the same exact line kat hampir sume pempuan. cheh. hopeless.
tah2 kalo text and 'i miss you' tuh mesti send to many.

and, lelaki yang keretanya selekeh. tah. sakit mata tgk laptop, papers and stuff kat backseat. haishhh.

cranberry said...

Setuju!! Pada pendapat aku, lelaki yang cakap banyak memang best untuk jadi kawan, but not boyfriend. Especially kalau time kita seronok bercerita hal kita, baru intro je, pastu dia nak mencelah cerita dia sampai ending. Aduh...fail la.

husni said...

HAHAHAHHAHA...no 2 paling tak boleh blah "crazy sexy cool" ahhahahahaha *guling-guling atas lantai (lepas2 ni aku guna 'gal' ok..ala2 'lol' atau 'rotfl')

...yes magz, it seems you are back to your 'lighter' mode in full swing!!! :D

Weed and Bandages said...

lelaki yang suka tengok atas bawah kalau kita pakai selekeh (selekeh tapi wangi ok) seperti kita tidak belajar tinggi.

bukan orang-orang luar saja, sedara mara jauh pun sama!

MariaFaizal said...

My dear Magenta,if I were you,I won't be worried about'being'with guy who has the above characters,as he'll definitely be intimidated by smart girl like you.
I know you won't be too!

What turns me off about a male species?
-A guy who's so proud being a 'player'& brags about it(or he thought he was a player)& thought he could get any girls on this earth.

Natto said...

Good one.

Table manners are important.

-Lelaki yang perasan handsome and tough and then dia kutuk orang lain punya body satu turn-off.

-Lelaki pemalas another turn-off.

-Lelaki yang suka mengarah.

Heh. =)

magenta said...

Amara: Hahaha to me, lagi ketat sleeve baby tee=lagi pelik. Ketat kat badan macam biasa lagi. Still tak consider t-shirt gay. lol.

Batchiwa: Hahaha send to many. Cari awekzz semua maxis gak macam network dia. Murah sikit nak send to many.Teringat movie John Tucker Must Die pulak.

Cranberry: Ya, betul! Best untuk berkawan tetapi bukan untuk dibuat bf. Sebab tu best kawan ngan laki lembut.

Husni: Tu tajuk second album dari TLC tau. Tapi bajet la buat tajuk macamni. Lagi satu boleh guna bdal (berguling di atas lantai). Yang ni belajar dari 47. But I can't go any 'lighter' than this, lol.

Ms. Weed: Hahahaaha lawak la term selekeh tapi wangi. Hmm samalah. Sangat alergik dengan stok yang suka underestimate orang ni.

MariaFaizal: I actually don't seem smart in real life. Just biasa-biasa hehe. Ohh the kiss and tell guys. Had a schoolmate like that once. He'd brag to make people think he got a lot of action (padahal tak sangat pun).

Natto: Oh that reminds me. I don't like a guy who orders for his date. Hehe.

penanya (?) said...

lelaki badan kecik yang keluar dgn wanita2 tinggi? suka x?

magenta said...

Macam pasangan ke? Kalau aku nampak, aku tak rasa pelik. Kalau laki and perempuan tu tak ada masalah dengan hal jarak ketinggian, ok la.

Cuma biasanya kalau untuk aku aku prefer yang at least 2 inci lagi tinggi dari aku. Supaya aku leh pakai heels 1.5 inci aku haha.

husni said...

haha...mestila aku tau, lagu "waterfalls" sampai sekarang aku hapal koreografi dia :P

husni said...

bdal!!!~

magenta said...

Hahahah. Dulu masa kecik aku ingat diorang memang sangat crazysexycool sebab pakai pajamas satin kaler pink, kuning and biru metallic dalam satu videoklip (tak ingat tajuk vidclip tu).

UnaChenta said...

Haha... time magenta masih kecil?..
Time tu aku dah remaja, aku ingat lagi sepupu sepapat minta mak dorang buatkan baju pajamas satin kaler lain2,biru terang pink lembut..

Lepas tu dgn banggannya berjalan2 di bandar daerah kami.semua org tgk..gila kah apa ni, pakai baju tidur tghari2 buta!

husni said...

hahah itu kan lagu..."so i creep...yeaaahhh...just keep it on the down low, said nobody is supposed to know" ~~

memang metalik tak ingat punya, lepas tu boxers kena kasi tunjuk sikit...

Double Patties said...

habis lah... laki laki tak boleh cari makan dah lepas ni..

he he.

miezi said...

Lelaki yang ingat Avril Lavigne punk. Hihihihi. "I like punk girls like Avril!!1!" <--ni jenis org yg tunjuk pandai kan? Aku pun tak suka perempuan begini.

Lagi satu, org kg yg nak ckp omputih dgn weird accent walau vocab tak seberapa.bkn la tak boleh, in fact taniah la sbb konfiden, tp takpelah, aku paham bahasa melayu. erk

penyangak said...

ok aku fail no. 4, aku suka sendawa kat meja makan even kat tempat class gttwew loh.

also no. 10, oh lebih kurang itu ayat aku selalu guna. "kau nak baca buat apa movie dah keluar tengok movie syudehhh", "buku dia lagi best", "no a book can never be better than a movie, a book is a book, a movie is a movie", "that doesn't make sense", "yeah.. well.. yeah.. well. screw you", "no you won't", "ok".

ergkh dialog tuh tak wujud tapi takpe. anyway takpelah magenta, ramai lagi lelaki lain kat dunia nih selain aku. aku buleh buktikan secara matematik tapi aku tak baca buku so sebenarnya aku tak buleh buktikan. but i'm sure there's some kind of proof out there. so kita berpisah di sini, tak dapatlah awak bermadu dengan lisa surihani and raja farah and another lady of your choice.

Barteria said...

mintak pendapat magenta

1. pasal significant other yang berasal dari luar bandar (kebiasaannya, mereka yg tinggal di kawasan urban pun ada je macam ni). yg kebiasaannya akan memanggil pasangannya 'abang' bg perempuan atau membahasakan dirinya sebagai 'abang' bg yg lelaki.

2. pasal mereka memang mencari pasangan tanpa sebab selain pasangan untuk berkahwin tapi pada usia yang muda, macam around 19.

aku macam pernah berhadapan dengan perempuan yang bersifat macam yg aku tulis kt atas tu. dan,memang ianya satu turn off la.just nak dgr pendapat magenta pulak,mana tau magenta suka ke? =D

Fariz Bakar said...

no 1...boleh terangkan dengan lebih jelas?

batchiwa. said...

nak mencelah bleh?
haah, nk tanye gak yg psl barteria ckp tuh. no.1
tableh tahan. kat my dorm, hampir sume org adalah couple. and ade yg pggl, abg-syg, baby-syg, hubby-mummy, pa-ma, umi-papa. TAK TAHAN! hahah.

iXa said...

laki yang memang tere speaking gila pastu pandang rendah orang tak reti speaking. siap letak dalam criteria bakal isteri: well-versed in english.

FIDtotheAH said...

salam magenta.. nak jugak menyelit..

sangat turn off dgn

1)poseur... buat rilek sudah la.. ckp nak hebat.. berdegar degar..

2)sweet talker.. yang menggunakan ganti nama "sayang", "dear" dengan sape je.. hish.. rasa takde pe yg special pun kalau semua org dia panggil camtu!

3)selalu tunjuk pandai..paling bagus kalau dpt gf yg selalu play dumb.. seswai!!! selalu jadi masa nak tgk wayang.. "ape jadi lepas tu? ala.. ayang tak tau? meh abang citer..." demmit.. aku baru nak tgk la!!!!

cheers!

Hali Munan said...

3. Tak semestinya desperate ;) It's good to reverse role-play once in a while. Why should girls have all the fun playing hard to get? Oh, just because one plays hard to get doesn't mean one's easy either.

So to answer your question mags, my biggest turn-of is indecisiveness. A guy can only lead so many times and when we do hand over the decision making to the opposite sex once in a while, don't hand it back to us by saying "Oh I don't know. Whatever you wanna do is fine with me~~~".

Please ladies, make a decision. Any decision. It doesn't have to be the most creative thing in the world. It can even be something mundane like "Let's just stay in and watch My Sassy Girl again. We'll order-in some chap-chae ^_^".

Z said...

I agree with you, absolutely hate guys who have nil table manners e.g. munching loudly (gila babi annoyingggg rasa cam nak tutup je mulut dia), and burp tanpa segan silu dengan KUAT pulak tu! In front of important people!


Sebenarnya aku ada kawan macamni, sebab tu aku geram sangat. We can't avoid each other. Depan our student advisor pun leh burp dengan selamba. TAK BOLEH BLAHHHH


I think it depends on the upbringing.

Liyana B. said...

Bagi aku, lelaki yang ingat girlfriend ni tempat melepaskan marah/geram/disappointment/emo tanpa intro turn off gila babeng.

Macam bila kita terlepas call dia, tiba tiba dia sms "Macam ni la, I call je tak angkat." kemudian emo emo.

Kononnya emo sebab ada masalah dan perempuan tu perlu tahu dan terus pujuk dgn lemah lembut tanpa perlu terasa/kecil hati.

Kepala kau pujuk! Bagi kaki baru tau.

cik ainil said...

aku ada kawan no 11. nak berkenalan?

dia boleh ckp "dia(budak yang dia tgh usha) bukan perempuan macam korang" pada malam raya.

dpn budak tu, pijak semut pon tak mati beb!

Melissa said...

tak suka laki yg cam a 6 year-old girl who got trapped in a 28-year old man's body... emo tak abis2 macam la dia tgh pms tapi bila kita genuinely upset dia tak layan langsung, ignore dengan jayanya.

Melissa said...

AND (lupe lak nak add), most importantly benci yg amat2 sgt pada laki2 tua yg dah beristeri dan beranak pinak yg suka stare kat pompuan mcm nak makan pompuan tu pastu tersengih2 cam kerang busuk expecting kita balas balik senyuman gatal dia tu, walhal it's pretty obvious he's got a daughter my age at home. how bloody sick is that???

Bovril Lavigne said...

Jaffy Jeff is Not gonna like number 12..haha.

Do you seriously mean number 1? Come on la, berape org mcm House di dunia ni. And you won't know House when you meet one. You'll just think he's an ass until you've seen five seasons of his wonderful wit at work.

Selamat raya haji. I bought Rimmel for you, but terbeli dark blue and brown. Bleh blah ke? Hahaha..bleh blah..things you kids say these days..haha.

Double Patties said...

magenta, lembu menguak(moo), menguak.. kalau tak salah.

he he.

husni said...

magz...'moo' in bm = 'menguak'

eggy said...

i have a question...
how do you like to be approached by someone who fancies you? lets say..at a random place..like when youre walking on the street...or at a bar drinking with friends...or at borders looking for your favourite books..and then, theres a stranger just walks up to you and says hi...what do you think of his first lines shall be?


ps,and oh i just thought that women are the most complex,complicated creatures.

precociously naive said...

Aku paling benci ayat "stok bini nieh".

Ingat kami ni ayam ke buat stok stok. Mungkin kerana itu wujudnya istilah 'hot chick'.

Jebon said...

Antara the biggest turn-offs adalah visual Husni memakai pajamas metalik sambil nyanyi lagu Creep dengan koreografi yang betul (tanda hitam bawah mata kiri a la Lisa 'Left Eye' Lopes tidak ketinggalan)

pjoe said...

saya suka agnes monica
dgn sekuat hati

dan saya suka sendawa sekuat hati
berdosa tak ek kalau sendawa sekuat hati?

hmmm?

selamat hari raya haji!

The A said...

kalau pjoe suka agnes monica, aku suka gita gutawa,ahohooho!


ei tapi ada perempuan anggap lelaki tak banyak cakap cam dungu dan tak intellegent,sedih doh camtu.ish.

Ladynoe said...

*semua tak suka jugak. Ecspecially nombo 11

tambah lagi 3 base on pengalaman aku, boleh?

1)lelaki yang parkinson. 2 orang aku dah jumpa dulu. Masa approached okay je tengok. Masa date, gila menggigil tangan masa bawak dulang. Teringin nak tanya, penyakit ke, nervous?

2) Gopoh satu hal. Baru pertama kali jumpa, call suara bapak manja macam batu pun boleh lembik jadi kek. Mengadu rindu gila padahal baru date petang tadi.

3) Lelaki yang senang absorb. Nak mengurat aku punya pasal, dari berkasut bimbo, terus nak beli converse. Dari dengar All40ne, terus nak layan lagu yang sama macam aku layan. Apahal?

Ok tu je.

iqanabeera. said...

pretends to be all complicated and shady and no-one-understands-me and dia je lah yang ada masalah paling besar dekat dunia ni.

and when we try to patiently stand by him, he just takes us for granted.



lelaki macam ni memang don't deserve to be with anyone.

erm said...

perempuan penegak keadilan
-saja je nak cerita peranan suami....alih2 tinggi suara "kenapa pulak nak ikut cakap lelaki?"...turn off sial

perempuan yang suka berpuak2
-tak boleh jumpa dengan kawan2 A,tak baik dengan B,Kenal2 gitu jer dengan C....apa problem?kawan jer la dengan semua

yang lain boleh tolerate...hehehe ayat manis boleh ubah

HaDi said...

yg beli barang2 branded pastu nk poyo ni mmg tk bleh go.. yg poyo la basicly.. knape magenta buat senarai ni? adakah kerane ade org cuba mengorat anda...?

husni said...

hahahahaha kau jangan jebz...nnt aku letak kat youtube karang...~~

tapi kan aku paling suka yang pergerakan dia masa pakai jeans dgn tank top yang satu tangan kat depan satu tangan kat belakang lepas tu goyang2 punggung...tau tak yang mana aku cakap ni?!~

one love said...

turn on kalau lelaki tu bijak!

Jebon said...

Husni, aku tau la kau cakap pasal pergerakan yang mana. Aku lagi suka yang dua-dua tangan macam bengkok kat belakang lepas tu dia orang berpusing sambil goyang2 punggung. Cute siyot.
Husni, kau tak takut ke kalau lepas ni Magenta tambah lagi satu perkara dalam senarai dia ni? 'Lelaki yang suka bersembang pasal tarian TLC dengan kawan dia dalam ruangan komen blog aku'. Habislah kau Huzz..

p/s : huzz, apa2 pun kau ingat pesanan aku ni. jangan pakai pajamas metalik dan conteng tanda bawah mata kiri. dan walaupun kau boleh, jangan sekali-kali ikat rambut tocang dua macam left eye.

Natto said...

Lelaki yang panas baran dan suka memaki tak tentu pasal.

pipiyapong said...

gua tak suka lelaki yang ada sikat kat kocek belakang..

BudAk hijAu said...

no 8.cam gampang!!tunjuk pandai la2...

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

lelaki masam
lelaki banyak cakap kosong
lelaki mulut bau tungkik
lelaki perasan hensem/kacak/tampan
lelaki cuba buat lawak tak lawak
lelaki konon rasa dia kool dan hot
lelaki yg show off dengan harta benda
lelaki yg kalau ajak aku makan kat tempat2 eksklusif sahaja
lelaki yg memaksa
lelaki yg mahu aku bagi kebebasan tapi dia mengongkong
lelaki horny
lelaki yg tak reti hormat keluarga saya
lelaki baran
lelaki yang rasa poligami tu wajib
lelaki yang berkira
lelaki yg takde duit tapi ajak aku dating jugak tapi nak aku bayar
lelaki yg rasa duit kamu duit aku juga sbb kita sayang menyayangi
lelaki yg buat2 tak kenal aku bila aku sengaja buat sengal2 depan kawan2 dia

oh gilalah list aku berterusan.aku benci laki2 macamni.nanti aku tambah lagi kalau aku teringat.

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

oh ada lagi.
lelaki kalau makan mulut penuh dan cuba bercakap sambil nasi tersembur sembur keluar
lelaki yang makan berkecap kecap.
lelaki yang hirup kuah bunyi sruupppp.sruuuppp.sruuuuppppp.
gilalah hilang selera aku.

farizzet said...

semua gadis pasti tak suke aku sebab aku no 1,2,3,6,7,8,10,11.

oh, statement ni sungguh no 1!

Natto said...

-lelaki kalau makan mulut penuh dan cuba bercakap sambil nasi tersembur sembur keluar
-lelaki yang makan berkecap kecap.
-lelaki yang hirup kuah bunyi sruupppp.sruuuppp.sruuuuppppp.
(Quoted from Cabincrew)

Bagus.Those turn my interest off as well.
Well-mannered is a must to me.

-Lelaki busybody tak bertempat.
-Lelaki pengotor.Arggh..

Wah.Semakin panjangkah list?Hehe.

magenta said...

Unachenta: Lol. Damn, masa kecik kan, aku siap teringin nak beli pajamas macamtu kat Fajar. Pastu mak aku tanya apasal aku gatal sangat nak pakai baju tidur pompuan baru kahwin padahal aku baru 10 tahun. Haha.

Husni: Ha, baru aku ingat. Aku baru usya sehari lepas kat youtube. Aku tersilap kaler pajamas dia rupanya. Bukan kuning tapi kelabu and oren. Mungkin aku terconfuse ngan kaler dinding kat background tu.

Doubles Patties: Wahahaha padan muka(gelak jahat)

Miezi: Hahah aku turn off kalau dia cakap omputih dengan muka and nada berlagak. Tak kira laki atau pompuan. Pergh. Rasa nak tampor pun ada.

Penyangak: Hahaha cibai la ko ni. Lisa surihani? Sapakah? Jap aku google. Ok dah. Comel nih. Tapi taste aku spesifik. Aku suka yang mata kuyu huhu. She don't make the cut yo. Jeng jeng jeng.

Barteria:

1.Ok, aku tau ramai laki suka dipanggil abang dan ada perempuan suka panggil bf diorang abang. Tapi aku personally tak suka, dan bf aku pun tak suka dipanggil abang (yang membuatkan aku sangat lega).

2.Haha kalau mak aku, kalau dia dengar orang macamtu cakap, dia akan kata 'dah gatai sangat nak kawin' tu. Bagi aku, tak payahla nak gedik2 cakap pasal kahwin, panggil mama papa semua ni kalau masih belajar and nampak sangat semua mak bapak tanggung lagi. Lainlah dah ada source of income sendiri dan dah financially stable (ada orang semuda 17 tahun pun dah ada ciri-ciri ni), then suka hatilah nak cakap pasal kawin atau kawin terus. Haha.

Fariz Bakar: Maksud aku, lelaki yang macam House tu turn-on bagi aku sebab dia cocky serta pandai (combo yang appealing), tapi aku turn off ngan laki yang cakap dengan penuh berlagak tapi tak ada isi.

Batchiwa: Boleh, boleh :p Aku pun sebenarnya tak tahan. Haha. Paling geli ngan budak 17 tahun yang membahasakan diri papa mama.

iXa: Hehe sebenarnya aku tak kisah dengan orang yang letak kriteria macamtu untuk bakal isteri. Bagi aku orang yang letak kriteria: mixed, bukan muka kampung, etc lagi hina. Sebab bahasa boleh diperlajari, tapi looks takleh diubah. Tapi aku juga tak suka orang yang buat orang rasa low and discouraged nak belajar English.

FidToTheAh: Wassalam. Hahaha lawak gila ok point2 kau. Aku paling sokong point #3!! Hahaha.

Dalam movie John Tucker Must Die kan, dia cakap orang yang suka panggil sayang semua ni stok suka date ramai-ramai serentak. Dia tak panggil nama sebab selalu terlupa nama jadi panggil sayang senang sikit, tak tersasul nama gf dia yang lain.

Hali Munan: Hahah ok, the thing that annoys me is that the guy lets his guards down and show his desperation once he thinks the girl is responding. Such a turn off!

I love the chase, it's the most exhilarating phase. Guys who end the game too soon are killjoys! Haha.

Haha I know what you mean, I hate when guys are indecisive (guys macamni wujud juga k, banyak pulak tu). The ones yang hands over the control the ladies willingly. I'd hate to be the one wearing the pants in a relationship.

Z: Hahahhaa. I just rasa geli kalau dia buat masa I tengah makan! Dahla kentut or sendawa berbau kuat. Uhhh.

Liyana B.: Haha jangan bagi muka kat laki macamni! Kalau sebulan 1-2 kali tak apa. Tapi kalau tiap2 minggu nak buat perangai macamni lemak lah. Emo mengalahkan perempuan.

Cik Ainil: Hahaha berkenalan? Boleh je. Orang macamni oleh 'diubati' dengan sarcasm.

Melissa: Nasib baik aku belum pernah lagi rapat dengan laki camni..nasib baik sangatlah. Dan untuk menjawab persoalan tu, sangat sick. Laki tua ni macam expect semua perempuan muda boleh dibeli dengan wang ringgit kot. Sorry ya pakcik, wang pun tak dapat membutakan kami sehingga tak nampak pakcik tu dah tua dan beranak pinak.

Bovril: Screw Jaffy. Hahaha. Yeah well, I guess I'll just have to know the person long enough to know if he's like House. Haha. Selamat hari raya haji too. Brown boleh kot. Blue tak tau..haha gotta try it when I get back. Thanks.

Double Patties and Husni: Terima kasih.. aku belajar perkataan baru harini, yeah!

Eggy: Haha women are sort of complex..sort of. I guess. But not that unpredictable.

Hmm this is tough, not all women like to be approached the same way. Some prefer a bold approach. Tricky too, considering you don't know whether she's got a great sense of humor or not. To be safe, approach her with a smile and a safe line. An innocent question, perhaps. And proceed with humor?

For instance, I like to be approached by someone with a sincere smile (as opposed to a 'miang'/lecherous smile) and a witty line yang berkaitan dengan the situation.

magenta said...

Precociously Naive: Haha yeah! This reminds of Bill Clinton nye lawak.

"Why did the chicken cross the road?"

Bill: I've had so many chicks, I can't remember.

Jebon: Komen ni ngan komen kat bawah tu buat aku gelak besar macam Jalaluddin Hasan sebab ter-imagine Husni pakai pajamas satin, bertocang 2 dan menari-nari dalam bilik.

p.s. Sila provoke Husni sehingga dia rasa nak upload video tersebut di Youtube ahahah.

Pjoe: Hahaha tsk. Berdosa tak? Hahaha. Betul nak tau? Ada hadis cakap kalau tak menahan sendawa and menguap berdosa. Agnes Monica dari Indonesia kan? Aku baru google. Memang hot chick ni. Selamat hari raya haji gak!

The A: Ada kot perempuan pikir macamtu. Tapi aku tak. And aku rasa ramai lagi perempuan yang rasa tak. Penyanyi Indo ni comel-comel eh.


Ladynoe: Hahahha nombor 2 tu kelakar. Sungguh tak macho, man. Aku tak suka laki yang lembik-lembik ni. So far aku belum jumpa laki yang tergigil-gigil ni. Yang clumsy pernah.

Iqanabeera: Haih, had an ex macamtu dulu. Pastu dia ni macam trapped dalam vortex kesedihan dia tu, pastu semua orang yang rapat dengan dia mesti jadi depressed macam dia gak. Macam tertarik ke dalam vortex aura gelap. Huhu. He was always trying to screw things up supaya ada sebab nak sedih lagi. Turns out, he wasn't that complicated to begin with.

Erm: Oh, Femi-Nazis kah? Haha. Yang #2 tu, perempuan kebanyakannya memang akan memilih kawan dan tak boleh baik dengan semua. Susah nak explain. Macam survival mechanism jugak. Sebab macam stok bitchy ni, tak semua orang boleh kawan dengan.

HaDi: Mengorat? Haha takdalah. Aku ada dapat komen pervert kat beberapa entri lepas yang remind aku akan point #2, pastu tiba-tiba aku teringat tentang semua benda yang laki pernah lakukan yang boleh buat aku meluat.

One Love: Yupe :)

Husni and Jebon: Hahaha aku SANGAT mengalu-alukan komen yang macam korang kasi ni. Sangat menghiburkan pagi aku.

Natto: Nak tau camana nak handle? Tengah dia maki-maki tengah, walk away je. Hehe.

Pipiyapong: Boyfriend aku siap copy paste komen ni kat aku dalam YM dan tunjuk ikon gelak berguling-guling sampai 3 line. Ahahah.

Budak Hijau: Hehe.

Cabincrew: Hahahha aku pun tick kepada semua kot?

Farizzet: Huish. Statement berani mati. Lol. #11- kenapakah? Aku tak paham kenapa setengah laki buat camni.

Natto: Haha ya, aku memang turnoff dengan laki yang ada bad table manners (walaupun ianya sujektif kalau di negara yang berbeza). Tak silap aku sendawa lepas makan tu common kat Arab. Dan polite untuk slurp sup kat Jepun. Tak silap aku lah. Ni semua sebab upbringing kot.

farizzet said...

silap, bukan 11 tapi 12. huhu

mieraaj said...

The A, ak tk anggap lelaki tak banyak cakap cam dungu dan tak intellegent tapi haruslah disertakan keboleh bawaan diri dia....klu da sorg2 tk reti nk mix ngn org len ak anggap die cam bagos je mamat uh sambil ngumpat ngn kawan aku....

aku menci laki yg sweet talker pasan hot + wanted...tkleh blah toll...alergik

Pously Naie said...

Your reply:

Precociously Naive: Haha yeah! This reminds of Bill Clinton nye lawak.
"Why did the chicken cross the road?"
Bill: I've had so many chicks, I can't remember.

My reply:

Haha, apesal kita (Melayu) takda lawak yang simple tapi kelakar macam tu? Ke kita ada?

Hmmm.

Oh, and nama telah dipendekkan sket, panjang sangat precociously naive tu, konon nak nampak wow. Huh, tak patut. Aku nak sebut pon tergeliat.

Love your blog.

DEn said...

hahaha.. syok giler aku layan topic ni... if aku nak wat list.. turn off laki ni, tak tahu lah...

sometimes biler kite dah consider kelemahan die.. n accept die.. lame2 he took for granted!

argh!

ape yg iqanabeera. said tuh mmg amat PERSIS!

man who are "pretends to be all complicated and shady and no-one-understands-me and dia je lah yang ada masalah paling besar dekat dunia ni.

and when we try to patiently stand by him, he just takes us for granted."

ahax! amat tepat! aku kenal sorg laki cam ni... u r not deserve to be with anyone man! bdal! hahaha

nodadosa said...

Burrppp~

:p

gua mmg suka sendawa kuat2 n rasanya mmg ramai kawan2 gua yg makan hati.. hohohoho

Bovril Lavigne said...

Eee...I just perasan how much I hate lelaki number 11. In the past, ALL, and I mean ALL, without exception, lelaki yg mcm tu that my friends hooked up with turned out to be major asses. The only few I know who aren't like that (yg my friends dated, i mean) had the relationship last till marriage. The other jerks just became ugly and marry some shallow women yg akhirnya, keep bitching about their husbands to me jugak. Aaarrggh.

Another thing I discovered was that men like number 11 are usually very immature, loves to karaoke, are very insecure and ada tendency to tgk porn and for extra-marital affairs. To some extent I rasa they may be shooting blanks/have low sperm count or are altogether impotent due to all the jerking off they do because of their porn addiction. I'm thinking they probably wank to fat porn jugak. And they are usually quite uggg-gly too.

Haha.

Bovril Lavigne said...

In an ideal world, the beautiful girl that number 11 tgh mengorat have the habits of lelaki nombor 4. So tiap2 kali 11 tries to lay a line on her she farts it off. I hope that it's after she's consumed a lot of dairy too. And try as he might, he just cant shake off his attraction to these gassy girls..*GB sambil BDAL*

-ashraf sahdan- said...

gua menyampah orang pakai spek hitam bingkai putih besar2..ala2 kanye west..

x kesah la laki ke pompuan..

jipo said...

nape aku mcm terasa ja no.6 tuh..hahaha (tetiba ada 'cili' dlm mulut~)

haha in my defense,kebanyakkan t-shirt (terutamanya keluaran musim panas) style 'slim fit',iaitu sedikit ketat di badan,lengan sedikit pendek dr biasa, dan warna colourful.(sbb musim panas~).

dan aku suka berkaca mata hitam sbb aku notice matahari musim panas di sini bukan 90° tegak atas kepala mcm kat M'sia tapi condong about 30° je,so bila jln2 kat luar ada 50% chance yg mata kita silau/panas pandang matahari yg rendah tu even time tgahri..(so mmg ada function jugak spek tu,omputih bkn asyik nk melaram je)

haha..xkisah,call me 'gay' or whatever..aku suka ber'style' time musim panas sebab kalo aku pakai mcm ni kat Msia; spek hitam,shorts,t-shirt slim fit colourful; (tambah2 kalo bukan kat bandar besar),org kata buang tebiat/mengada2..haha,baik aku pakai puas2 kat sini..padahal kat sini 90% org pakai mcm ni..biasa ja.

ps:aku xpenah kentut depan ko kan?.hahahahahahahah

ChanHo Zouk said...

BIle bercakap tentang opposite sex nie memang banyak yang akan beri komen... dah kesian kat kau yang setakat nie hanya jumpe lelaki dalam 12 senarai yang kau bagi....

ade yang aku tergelak bile terkenangkan kengkawan aku yang ade dalam list kau yang hebat nie...

rasenye nak sangat aku menjawab persoalan kau nie... tapi takut akan hati yang terluka bile membace...

so i think I'd better keep my thoughts to myself... for now at least...

P/s: thanks sebab tulis post nie yang sememangnye menjana minda dan buat aku berfikir sejenak...

erm said...

tambah satu lagi...boleh di tolerate tapi bosan mendengar

nak pegi mana? "tak tau?"
ok pegi sini la "tanak ah"

tak ke emo tu dibuatnya

tau tak butterfly berhijrah ikut magnetic bumi "tak tau"

perbualan yang potong...cuba la tanya balik macamana butterfly tu ikut magnetic bumi...instead "tak tau"...ask how,why,when

abby bercerai "haah laki dia jahat"

hadoi...boleh la...layan jer

Anonymous said...

saya pon nak list gak turn off saya lah...

1. gals yg ketawa mcm Rozita che wan... tak cool ok.. REALLY..
2. gals yg pakai tanktop sendat pastu tarik belakang baju nak cover... huhuhu.. dah pakai baju sendat nak cover per lagik??
3. gals yg kuar berhias sakan.. tapi klo kena usya tunduk, jeling dan sebagainya... nampak sgt insecure...
4. gals yg tak suka lagu bingit tapi klo bercakap satu bangunan dengar suara dia... per kejadahnya..

huhuhu.... yg minor turnoffs tu tak yah lar nak listkan kan ...

hahaha.

SESEORANG said...

no 1 sampai 12..takde kena-mengena dangan aku rasanya.tapi no 6 tu adelah sikit2.suka pakai tshirt fit.tapi memang tak pernahlah yang ada tulisan bodo-bodo tu.curi2 tgk cermin..heh..

magz,selamber je aku promote kat sini

http://www.belogbaruaku.blogspot.com/

takpe kan magz.

me said...

anon-> rozita che wAn ktawe cne?

anyway aku bnyk jmpe yg no 11 rate2 dlm klngn kwn2 ak sndri....haihh

cik siti said...

ahhh, man who acts so gentlemanly but really, a pain in the arse. how?

keluar bersama dan bercerita pasal... diri sendiri, kerjaya sendiri, kereta sendiri, bla bla.. all about himself!

keluar bersama tetapi berkira dengan duit, adus, fail! (oh, i'm not high maintenance but rule of thumb lah, 1st date man pays first, lepas tuh nak go dutch tak kisah lah)

those that act holier than thou and start preaching the must do's & dont's

tsk!

Munira said...

Lol I like reason no. 5. Burn!

magenta said...

Farizzet: Oh..no 12..haha nasib baik bukan no 11..no 11 kronik tu..

Mieraaj: Well said Mieraaj.

Pously Naie: Thanks. I like your blog too, so I linked you. Malaysia ada jokes macamni. Contohnya:


MAHATHIR (Former Prime Minister Malaysia who MUST migrate now):
Now even the non-bumi chickens want to cross the road? How can they disrespect and disregard the bumi chickens? We must be allowed to crossover first. It is our right!

SAMY VELU (Former Minister of Works Malaysia):
After we have erected the toll booths, all chickens are free to cross the road.

Try googling them up, ada banyak lagi.

DEn: Bdal! Hahaha. Sakit hatinya kalau jumpa laki macamtu. Nasib baik belum pernah jumpa lagi.

Nodadosa: Ish ish ish :p

Bovril: Hahaha fat porn? Porn yang ada fat people ke? Hahaha gross. Gas released after consuming dairy. Hahaha gila.

Ashrah Sahdan: Macam Paris Hilton ngan Nicole Richie ke? Aku pun rasa macam kartun benda tu.

Jipo: Hahha aku dah cakap ek kat atas..ke-gay-an t-shirt berkadar langsung ngan keketatan kat sleeve dia. Kalau ketat gila (nampak bentuk dada seketul semua), ish..
Haha. Tshirt ko tak seketat tu kot. Hahahahhahaa ko tak pernah kentut depan aku lah.

ChanHo Zouk: Haha tak la. Aku tak hanya jumpa laki macamni. Ni antara laki yang aku pernah jumpa je. Ada banyak yang best aku pernah jumpa. Lol. Cakap je. Sini semua orang boleh jujur.

Erm: Haha sama macam Halimunan cakap, perempuan yang indecisive. Ke buat-buat indecisive tu. Dengar macam perempuan bimbo je? Yang hanya baca majalah gossip.

Anonymous: Haha aku tak ingat Rozita gelak camana. Aku pun tak suka orang cakap kuat-kuat. Rasa malu nak jalan dengan orang macamtu.

Seseorang: Haha takpe. No 6 tu macam aku cakap la, yang ketat sampai sleeve pun ketat. Kalau ketat kat badan je biasa je. Tak gay sangat.

Me: Biar betul? Boleh tanya tak kenapa diorang macamtu..hehe.

Cik Siti: Cik Siti siapakah anda. Banyak perkara yang Cik Siti senaraikan adalah tepat apa yang saya rasa. Ececece.

Munira: Hahaha. Memang tak suka ayat camtu. Alergik.

Hanis said...

you know what.. i had a boyfriend yg used to burp just about ANYWHERE. and it makes me turn all crimson because of his rude attitude. but then again, that doesn't stop me from loving him.
yeah, its a turn off, but bila dah sayang kita dah tak kesah kan dorang buat ape?

Izuan said...

As for me:

1) Perempuan yang lepak ramai2 lepas tu gelak kuat2 (sambil perasan hot) are the greatest turn off. Ever.

2) Perempuan yang suka jalan ramai2 (holding hands together) sampai menghalang laluan orang yang nak cepat macam aku. Selalu ade kat shopping complex. Geram!

3) Perempuan yang sikit2 nak pergi touch up muka. Sekali dua takpe tapi kalau dah kerap sangat.. memang rimas!

4) Perempuan merokok.. sebab aku tak hisap rokok.

Izuan said...

5) Perempuan yang terjerit2 tak tahu malu memaki hamun sesuka hati.

I just came across this video..

http://www.youtube.com/watch?v=xUu06SLQmGA

Sangat turn off dengan perempuan macam nie..

Adoi la.. buat malu jer.. degrading herself in public..

atikah said...

i ske post ni..hahaha...

xanax said...

Izuan said...
1) Perempuan yang lepak ramai2 lepas tu gelak kuat2 (sambil perasan hot) are the greatest turn off. Ever.

ye!!amat sangat tak suke. er..walaupon saye juge pompuan (=.=")

gelak kuat2 itu sangat annoying.
perasan hot itu another thing.

*
lelaki buat aku turn-off gile2 ialah spesis yg suke buat bunyi cengkerik. wada?!
go n get a life kot.

Anonymous said...

hey, you wanna know about no12 rite? haha. macam mana kau rasa kau tak boleh mix dengan bitch, macam tu lah lelaki berkurang ajar dengan bitch.

for me, kalau good girl, cakap slow. kalau bitch layan yang sepatut lah.

Bella Haron said...

good points yaww :D yg table manner tuh penting :D

one thing u shld add , lelaki yg mkn buyik "chap chup chip" ishhh . fucking annoying . klau ade guys mcm tuh mmg aku sound depan2 je . hihihi

rock n' troll said...

Baju ni gay tak?

Turn on dengan House konon. Baru kena kutuk sikit dekat blog dah merajuk. Kalau kau kena kutuk ngan orang tua tu depan-depan mesti kau dah minum paraquat.

Aku bersyukur selama aku hidup ni tak pernah jumpa manusia bodoh macam nombor 8. Oh well, birds of a feather flock together, I suppose.

Tanya sikit ye. Kenapa mesti the opposite sex? Blog ni homophobic ke?

Apa-apa pun, aku turn off bila:
1) Perempuan yang tak tau pakai bidet
2) Lelaki yang pakai t-shirt straight. Contoh: jersi bola, baju F1, baju Step-in-Langkawi, Maybank dll.

Pipiyapong, you turn me on! You can put your sikat in my kocek anytime baby.

magenta said...

Hanis: Yeah, I guess so. Like wives yang put up with the husband's snoring. Lama-lama dah terbiasa kot.

Izuan: Hahaha no. 1 dan 2 adalah turn off bagi aku juga walaupun aku perempuan? I think sikap macamtu memang annoying kan generally. Ah, video tu memang tahpape. Dramatik gila, peh.

Atikah: Hehe tq.

Xanax: Bunyi cengkerik? Ke bunyi macam tikus tu. Bunyi macam kissing kan. Haha aku pun tak suka. Dia pakai buat je, bf aku pernah kena masa rambut panjang. Memang tahpape.

Anon: I think you're talking about no 11 kot. Actually I mean macam some guys hanya polite dengan pretty girls, other girls they treat like shit.

Bella Haron: Yupe, kiranya semua bad table manners semua tersenarai dalam tu. Boleh buat selera hilang.

Rock n' Troll: Blog ni tak ada pendapat tentang homos, aku saja cakap opposite sex sebab aku malas nak PC. Leceh maa. Siapa yang merajuk tu. Setahu aku tak pernah pulak aku merajuk dekat blog. Kau memang troll yang berjaya, syabas. Bila nak troll blog lain pulak?

takberapasirius said...

"Lelaki pun pandai jual mahal ek sekarang. Bijak, bijak..."

ayat ni so kelakar...boleh bayang kan nada serius mag berkata... "bijak.. bijak.." :)

Hmmm ada kah lelaki yang jual mahal? Mcm mana pula tu...?

Anonymous said...

Alhamdulillah...

My One has none of those. I am the luckiest girl in the world. :-)

Anonymous said...

bab sendawa tu i tak kisah kot.
sbb bf i suka sendawa kuat2. bg i funny gila. dlm hati "mcmmna dia buat mcmtu?" terel gila!siap try lagi! haha

lelaki kalau rasa masakan perempuan dia puji setahu I untuk jaga hati perempuan tu (walaupun kau masak mcm haram rasanya) lelaki ckp mcmtu tujuan supaya perempuan akn lebih suka&rajin utk memasak. sbb sekarang ni... majoriti perempuan pemalas & tak reti memasak.hati seorang lelaki atau suami akan mudah terikat adalah dgn masakan isterinya.

dya anne J said...

I want to share this to my blog. No worries about the credit. Thanks.