Thursday, December 4, 2008

Untuk Menjawab Kekeliruan #2

Sambungan dari entri lepas.


5. Kita tak layak menjatuhkan hukuman atas orang lain. Tak perlu menghakimi mereka untuk menegur mereka, hanya sekadar menilai perbuatan itu baik atau buruk. Dan jangan sesekali berkata pada orang lain “Kau akan masuk neraka”. Tak ada siapa tahu, kecuali Tuhan. Perihal ini boleh diterangkan berdasarkan hadith tersebut:


Dari Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dimasukkan dia kedalam syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak sekali lagi: Walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawab: Walaupun dia berzina dan mencuri (*Ala Zakmi wahai Abu Dzar dia pasti akan memasuki syurga) (Hadis Riwayat Bukhari yang diquote ke dalam Muntakhab Ahadith)


*Ala Zakmi dalam bahasa Arab ialah satu peribahasa yang sering digunakan yang memberi makna: Walaupun sesuatu perkara itu kamu tidak dapat menerimanya dan kamu tidak mahu perkara itu berlaku namun ia pasti akan berlaku. Hadzrat Abu Dzar r.a. merasa hairan yang amat sangat kerana seorang yang melakukan dosa-dosa besar bagaimana dia boleh memasuki syurga? Mengikut keadilan sepatutnya dia menerima hukuman. Untuk menghilangkan rasa takjub dan hairan ini Baginda SAW melafazkan peribahasa tersebut (betapa Abu Dzar r.a. tidak dapat menerimanya dia tetap akan memasuki syurga).


Aku kasi hadith ni bukan supaya kamu boleh beritahu kawan-kawan kamu mereka tak boleh menasihati kamu kalau kamu berzina. Bukan juga sebagai alasan untuk kamu rasa tak apa untuk berzina sebab boleh taubat bila dah tua dan masuk syurga. Tetapi kerana untuk beritahu kamu yang berputus asa kerana rasakan seperti dah banyak dosa and not to give up sebab pintu taubat masih terbuka jika kamu mahu bertaubat. Dan untuk mengingati kamu kita tak patut menjatuhkan hukuman atas orang lain.


6. Berjaga-jaga dengan niat kamu. Kisah orang yang mati syahid, orang mengajar ilmu agama dan penderma yang masuk neraka.


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Pada hari kiamat nanti di antara orang yang paling pertama dibuat keputusan terhadapnya; Di antara mereka ialah seorang yang telah syahid. Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Aku telah berperang untuk mendapatkan redhaMu sehingga aku telah syahid. Allah SWT akan berfirman: Engkau berbohong. Engkau telah berjihad supaya orang menggelar kamu sebagai seorang yang berani dan yang demikian itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.


Orang kedua ialah dia yang telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan dia membaca Al-Quran. Dia dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu 'alim' dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam.


Orang ketiga ialah orang kaya yang didunia dulu telah diberi kemewahan dan segala bentuk harta benda. Dia akan dibawa di hadapan Allah SWT . Orang ini akan dibawa di hadapan Allah SWT. Allah SWT akan menyatakan nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya. Kemudian Allah SWT akan berfirman: Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?

Dia akan menjawab: Apa saja saluran yang Engkau suka supaya dilakukan perbelanjaan padanya, semuanya telah aku belanjakan padanya harta-hartaku yang telah Engkau anugerahkan itu keranaMu. Allah SWT berfirman: Engkau bohong. Kamu telah berbelanja supaya digelar sebagai dermawan dan yang itu telah pun diperkatakan. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam nereka Jahanam. (Hadith Riwayat Muslim – quoted dalam Muntakhab Ahadith)


Niat kita boleh tipu orang lain dan diri sendiri, tapi tak boleh tipu Tuhan. Aku boleh cakap aku tulis blog untuk kepuasan diri sendiri sahaja, tapi tipulah kalau aku kata aku tidak mengharapkan sedikit perhatian pun. (Ya, aku memang mahu blog aku dibaca dan aku tak malu pun nak mengaku, haha.)


7. Kenapa tak boleh interpretasi isi ayat Quran suka-suka dan cakap interpretasi kamu sahaja betul. Isi Al-Quran bukan satu dimensi.
The beauty of it lays in the fact bahawa Al-Quran ada isi tersurat dan isi tersurat. In fact, maksud ayat pertama dalam surah Al-Baqarah part 1 iaitu Alif Lam Mim tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Tuhan. Amazing. Jadi kalau nak memahami isi Al-Quran lebih baik kalau berguru. Bukan apa, it makes things easier and faster.


Aku ambil contoh mudah. Dalam Quran mungkin tercatit Allah SWT itu ‘ghanni’. Loosely translated dari bahasa Arab, ‘ghanni’ simply means kaya. Tapi maksud ini tak apply kalau dalam context ini. Sebab Tuhan bukan sekadar kaya. Ghanni dalam context ini bermaksud ‘one who does not need anything from anyone.’


Orang billionaire, kalau kita offer 1 billion dia, adakah dia akan menolak? Mestilah tak, kan? Memang sifat manusia untuk berasa tak pernah cukup atau complete. Dia masih mahukan lebih. Dan ini yang membezakan ghanni kita dengan ghanni Tuhan.


Anyway, aku rasa sampai takat ni saja la. Harap-harap ada yang belajar something dari hadith-hadith ni, pasal hadith ni kasi impak besar atas diri aku masa first time aku mendengarnya. And janganlah burukkan nama umat kamu sendiri, aku nampak sebenarnya orang Islam Malaysia yang burukkan nama umat mereka, sedih sungguh.


Mereka highlight keburukan orang yang nampak alim dan orang yang bawa imej Islam dalam pakaian mereka pun tak membantu (memakai tudung dan merakam video 3gp,etc). Tak payahlah nak susah payah highlight keburukan umat sendiri kalau tak nak highlight kebaikan umat sekali. Kadang-kadang aku jumpa manusia yang kutuk orang pakai purdah apa padahal orang tu tak buat apa pun pada mereka. Lagi-lagi kalau kamu seseorang yang memperjuangkan kebebasan wanita untuk pakai apa-apa yang mereka mahu, apa salahnya kalau ada orang nak pakai purdah. Tak elok kamu cop dia oppressed ke apa. Sebab mungkin itu pilihan dia. In short, janganlah cakap lebih-lebih atau mengejek sesuatu yang kamu tak betul-betul paham.


Kalau nak belajar banyak perkara menarik tentang agama, boleh membaca posts di blog Neem. Aku rasa postsnya yang pasal agama very well-written, padat dan relevan dengan hidup kita seharian. This coming from someone yang lebih berminat belajar tentang aplikasi Islam dalam kehidupan seharian berbanding dari hukum-hakam yang aku rasa, kita semua dah tahu pasal, sebab dah belajar kat sekolah agama masa kecik. Cuma mungkin kamu lagi arif tentang hal ini kot, sebab aku sekolah agama takat darjah 4 je.


By the way, dosa perbuatan mengumpat lebih besar daripada dosa berzina (aku tak reka-reka benda ni, betul). Siapa tahu kenapa? Siapa di antara pembaca aku dapat jawab? Hehe.


In case kamu tertanya, sebab ni aku tak mahu blog pasal agama. Kalau aku blog pun, aku akan kasi dalil. Sebab naluri pembaca untuk menerima bulat-bulat tanpa mensahihkan fakta. Cuba satu hari aku cakap pasal fakta agama yang palsu dan tak kasi dalil, rasa-rasa ada orang akan perbetulkan aku tak? Rasa-rasa ada tak yang terpedaya dengan fakta palsu aku? Haha.


Pergh. 2 posts dalam sehari. Aku break record sendiri.

14 comments:

Anonymous said...

is it haha sambil gelak besar?

aku suka kisah nabi musa dan nabi khidir...mmg aku sangat pegang sampai sekarang...antara sebab aku berkawan dengan mat rempit sekalipun(i don't find them as sampah masyarakat) dan dengar cakap ayah aku(aku suka melawan until aku sedar sendiri)

Maka tiga perbuatan yang dilakukan Khidir itu -

1). Melubangi/ merusak perahu milik nelayan miskin.
2). Membunuh anak yang 'tak berdosa'
3). Memperbaiki dinding sebuah rumah yang hampir roboh tanpa meminta upah di negeri yang penduduknya tak mau berbuat baik pada Khidir dan Musa.

------------------------
Alasan untuk perbuatan no.1:

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. (Q:18:79)

Alasan untuk perbuatan no.2:

Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. (Q:18:80)
Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).(Q:18:81)

Alasan untuk perbuatan no.3;

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".(Q:18:82)
--------------------------

sorry..but can't help to share

Anonymous said...

-Quote-
By the way, dosa perbuatan mengumpat lebih besar daripada dosa berzina (aku tak reka-reka benda ni, betul). Siapa tahu kenapa?
-Unquote-

Maaf. Aku tak ingat dalil² yang menyokong apa yg aku nk jawab ni. Tapi ini yang aku belajar selama ni.

Dosa berzina...itu dosa antara manusia dengan Allah. Allah itu Maha Pengampun. Jika penzina itu bertaubat dan memohon ampun pada Allah, Allah akan ampunkan dia.

Dosa mengumpat...dosa antara manusia dengan manusia. Dan manusia itu tidaklah maha pengampun (kecuali Nabi). Jika si pengumpat mohon maaf pada yg diumpat, dan tidak mahu dimaafkan oleh yg diumpat...maka si pengumpat itu masih berdosa. Keampunan dari Allah akan datang jika pengumpat itu mendapat keampunan dari org yg diumpat itu.

errr....aku x pandai nk olah ayat. harap ko paham aa maksud ayat aku tuh. huhuhuhuhuh

magenta said...

Erm: haha- gelak sinikal. ala, buat apa cakap sorry, sharing ilmu is never a bad thing.

Husni: lol, 'lighter'. will do.

Fafarafa: Ya, tepat sekali :)

BlueIceCube said...

moral of the story is :

sebagai manusia yang ada kuasa memaafkan manusia lain, let us forgive those who was done wrong to us. yer, its hard, yes, revenge is sweet (i had my shared portion), but because of us orang neraka? i don't know, i just don't think its worth it..

[yer, yer, tengah maafkanlah ni.. hehehe.. lembutkanlah hati..]

p/s my first comment using my real profile. oh wow. i like your blog a lot :-)

Anonymous said...

suke blog kamu. aku adalah salah seorang perempuan yang nak bertudung (tapi tak perfectla..sangat tak perfect) tapi susah juga untuk tak buat dosa-dosa sebagai teenagers. aku akui diri aku lemah and baru-baru nie, mental aku terganggu bile baca banyak sangat blog yang menghentam orang mcm aku (aku tak marahkan pandangan mereka..cume aku marahkan diri aku sendiri saja).. samapi satu tahap aku taknak dah pakai tudung. sedikit sebanyak blog kamu merangsang fikiran aku tok wat pilihan semula jalan mana yang betol.


p/s: selepas nie aku mahu tahu makna Al-Fatihah, sebab fikiran aku terganggu, aku rase mcm useless je sembahyang. Harap aku diampunkan oleh-Nya.

Anonymous said...

I think posts like this tend to leave most people stupefied :P But don't stop doing it just become some people prefer to read magazine material to riyadus salihin.

Mie Amour said...

ini slh 1 cra brdakwah n mndidik..i suka..i sokong..i amik iktibar n I-Allah amalkan..tq..

MariaFaizal said...

I feel empty suddenly. How much I've missed NOT putting effort to know about ISLAM.An eye opener for myself...

Ingrid Dients said...

Just to comment something from your first example - the hadith.

1)Mmg betul sesiapa yg beriman e.g believes in La ilaha illallah akan masuk syurga. But it does not mean they will not kena azab first if they berlaku salah. Allah is fair. Kesenangan kita ke Jannah is in proportion to amalan kita..manakan sama org yg tak pernah berzina dan beramal soleh sepanjang hayat dengan yg dah berzina, but wallahu a'lam. Kedua2 boleh masuk syurga, tapi ada yg merangkak across titian shirat yg what was it, 500 years long? Some others breeze across.
All Muslims eventually will end up in Paradise, but what people always pray for is easy journey across titian shirat. We know about cop ex-ahli neraka kat dahi yg stays there for eternity, even after dah masuk syurga. It is up to the Grace of Allah to forgive and remove it.

2)If you have ever witnessed anyone nazak, you will know how hard it is for them to say anything sbb begitu sakitnya mati tu. I have only witnessed twice, both Muslims, at the end of their breaths. But I ada dengar at least 5 different accounts from grandchildren or relative org yg nazak tentang ketika diorang meninggal: semuanya cakap walau alim mcm mana pun, mmg susah nak mengucap bila nak meninggal.
Dalam TV dia tunjuk mcm senang je nak ucap kalimah syahadah but the truth is, what most good Muslims can manage is just "Allah". Itu pun kena diajar berkali2, and I mean ppl around them kena say it berkali2 in the last hour of their life so that they can say it. I'm sure there are great Muslims out there yg can manage the whole kalimah, and if anyone out there reading this blog can honestly say that they have witnessed org mengucap penuh before their last breath, I congratulate them for the honour of knowing such a good person. Tapi jgn la nak tipu diri sendiri and org lain by saying your late mother/father/grandparents/uncle etc dapat mengucap sebelum mati, cos ramai yg tak dpt, and if we lied we are only spreading the wrong message. Antara org yg susah nak ngucap is those yg bercakap semasa azan,kuat merokok or minum, or amik dadah masa hidup. There is a line in the Quran that says it, I will have to find it. Many people amik iktibar from the ayat and quit smoking.
Anyway, I think you should really betulkan that statement of yours. You can find the ayat2 QUran I was talking about from you know who.

Op said...

tiba-tiba aku rasa nk pggl kau ustzh =]

magenta said...

BlueIceCube: Thanks for dropping a comment using your real profile :) Hehe to forgive doesn't come easy for many people, I agree.

Apexaida: Doing something good selalu susah sebab sometimes being bad is much more fun. Tapi kalau tak boleh buat perfect, cuba day by day pun tak salah :)

Ms Weed: Thanks.

Iknowho: I guess so.

Mie Amour: Sama-sama, Mie Amour.

MariaFaizal: It's never too late to do anything.

Bovril: I'll correct it when I find the dalil.

Phikool Thong: Bukan ustazah je boleh belajar and tau pasal agama tau :) Aku tak suka limit ilmu dalam satu area saja.

housesoul said...

aku suka blog kau. selama ni ake silent reader je. ni first time rasa nak comment.

well, entry-entry kau banyak buat aku berfikir.

Anonymous said...

Speak to the point

Anonymous said...

Quite right. It is good thought. I support you.