Sunday, November 30, 2008

Sebab Ni Aku Tak Pakai High Heels


Aku memang manusia yang dilahirkan tanpa kebolehan untuk memakai kasut tumit tinggi. Aku yakin tak ada manusia yang boleh ajar aku pakai high heels, Miss Jay sekalipun tak mampu nak ajar aku. Bab high heels aku memang fail. Wedges yang lebih tinggi daripada 1.5 inci pun aku tak lepas. Wtf la wei kasut platforms budak sekolah pun lagi tinggi daripada kasut yang aku biasa pakai.


Naturally aku terpegun dengan kebolehan model membuat catwalk sambil memakai kasut-kasut yang impossible. Tapi ternyata, even the best fall down sometimes (aku petik kata-kata Howie Day).


Mulanya aku ternampak gambar Katie Fogarty jatuh semasa sedang catwalk di website Sartorialist. Aku pun tengokla video tu kat Youtube. Nampak sangat painful. Tapi dia maintain cool je, dia bukak kasut pastu sambung jalan barefoot.


Pastu lepas aku tengok video Katie Fogarty aku terjumpa video pasal model-model yang jatuh masa runway. Aku rasa sedikit kesian kalau tengok model jatuh tapi rasa kelakar pulak kalau Miss Universe jatuh. Tu lah siapa suruh lambai macam retard.



Kasut yang buat Naomi Campbell jatuh masa runway 1993:

Hmm. Sadistik gila orang yang buat kasut ni.


Lepastu, kawan aku forward gambar high heels race pulak. Bagi aku yang tak reti jalan dalam high heels ni, mereka kelihatan seperti wanita bionik yang ada superpower luarbiasa.


Mereka benar-benar sedang berlari ok. Tanpa kontrol ayu ke apa. Lihatla muka yang determined nak menang tuh.


Race yang penuh dengan wanita cantik yang sedang memakai dress dan high heels.


Hory crap. A five incher!


Alamak, ada pula yang jatuh terjelepok.


Jenis kasut tumit tinggi yang aku takkan pakai dalam sejuta tahun pun.

Friday, November 28, 2008

Yelatu.

Get Your IQ Score Free-IQTest.net - Get Your IQ Score




Yeke? Habistu kenapa aku asyik
dipandang rendah oleh bakal doktor. Huahuahuahua.


Abaikan. Aku ada 3 paper minggu ni dan tengah stress dan tengah cari distractions supaya tak payah study.
Test diperolehi dari blog Farizzet.

Wednesday, November 26, 2008

Kawan yang Sadistik


Aku rasa semua orang pun ada masalah dan pernah depressed, kan?
Yang nampak happy-happy selalu pun pernah lalui fasa depression dia. Bezanya, dengan sesetengah orang kita tahu sebab dia cerita atau tunjuk, sesetengah orang dia langsung tak tunjuk.

Kadang-kadang perihal sedih ni memakan diri sendiri. Tapi yang aku nak cakap pasal ni ialah orang yang tengah menderita inside and nak orang lain rasa sedih macam dia gak.


Mungkin zaman childhood kamu sedih. Mungkin parents kamu bercerai, mungkin parents kamu dera kamu, mungkin kamu kehilangan seorang ibu bapa, mungkin kamu selalu dipulaukan oleh kanak-kanak lain kerana gemuk, mungkin keluarga kamu kesempitan wang pastu kamu dikelilingi kanak-kanak daripada keluarga yang berada. Mungkin ada perkara sedih berlaku kepada kamu semasa kamu sudah dewasa. Aku percaya, semua ni memang akan meninggalkan kesan kepada kamu, samada kamu sedar ke tak.


Jadi mungkin kamu kecewa sebab perkara ini berlaku di luar kawalan kamu. Mungkin kamu rasa dunia ini sangat tak adil.


Hakikat yang kamu patut terima walaupun susah adalah bahawa ini semua ujian kerana kamu takkan dapat layanan istimewa sebab perkara-perkara itu berlaku dekat kamu. Ya, aku turut bersimpati tetapi tak bermaksud kamu akan dapat sesuatu pekerjaan atau gaji yang lebih kerana zaman childhood kamu susah. Kamu hanya akan memperolehi sesuatu kalau kamu berusaha, bukan sebab orang lain kesian kat kamu.


Dan yang paling penting, kamu tak berhak nak berperangai seperti seorang bitch terhadap orang lain semata-mata kerana hidup kamu susah. Kamu tak berhak nak marah-marah atau buat dajal dengan orang lain lepastu minta maaf dan kata,


"Sorryla aku macamni, aku dulu masa kecik hidup susah bla bla bla, parents aku treat me like crap, bla bla bla, jadi aku ada inferiority complex sampai sekarang, tu yang perangai aku macamni."


Kamu buat perangai macamtu sekali aku akan memaafkan, tapi kalau kamu buat banyak-banyak kali pastu ingat orang boleh maafkan senang-senang, sorrylah. Kami takkan pura-pura understanding dan reply,


"Eh, biarlah si X tu nak pijak kepala ke buat dajal kat kau, kau tak payah nak amik dek sangat. Kau tak tau ke? Dia dulu kena dera ngan parents dia tau. Sebab tu dia macamtu. Kesian kat dia weh."


Semuanya ada batasan. Lagi-lagi kalau kamu tahu bagaimana rasanya kena hurt, lepastu kamu nak hurt orang lain pulak, itu sadistik namanya. Contohnya, kalau kamu ada masalah nak setia dengan someone sebab kamu nampak ibu kamu asyik dicurangi/didera/dilayan dengan teruk oleh bapa kamu, aku paham kalau kamu ada trust issues. Yang aku tak paham adalah kalau kamu mempermainkan semua lelaki sebab kononnya bapa kamu represent semua laki. Kalau kamu dah nampak ibu kamu suffer sebegitu sebab apa yang bapa kamu buat, kenapa kamu buat perkara sama kepada orang lain?



Mungkin susah untuk kamu bayangkan, tapi ada ramai orang dekat dunia ni tak kisah dan tak tahu pasal zaman childhood kamu dan menganggap kamu berperangai macamtu sebab, well, you're a bitch. They don't care why.


I’m sorry that your childhood sucked so much. Masa kecil kita memang tak dapat mengawal apa yang berlaku kepada kita. Sekarang kita dapat mengawalnya, sama ada dengan merelakan atau membalas balik. Jadi yang hidup kamu sampai sekarang suck tu bukan salah siapa-siapa dah.



The only time it's okay to be a bitch is when you're a female dog.

Sunday, November 23, 2008

Senarai 'Perkara Paling Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat'

Tambahan (sebab aku suspek ada yang ingat aku tulis pasal roommate aku sekarang): Ini bukan pasal roommate aku, tapi ex-housemates aku. Sekarang ni aku tak ada housemates/ roommates, aku tinggal dengan parents aku kat Brunei sejak bulan Mac tahun ni, sebelum ni aku tinggal sorang-sorang selama 2 tahun. Semua ni kisah pre-2006. Dan macam yang aku dah highlight kat bawah, bukan semua pengalaman sendiri. Ini gabungan semua cerita benar yang aku dengar daripada kawan-kawan aku dan pengalaman aku sendiri. Aku senaraikan semua ciri-ciri ni supaya kalau ada yang terasa, kau taulah perangai kau annoying gila dan harap kau ada inisiatif nak berubah. Kalau tak reti hidup dengan orang dan tak nak sewa rumah sorang-sorang, boleh try hidup dalam kandang.

______________________________________________________________________________________

Sekarang ni ada tetamu di rumah aku yang dah menumpang dah seminggu dan berjaya membuatkan aku sangat bengang, walaupun aku baru bangun tidur tak sampai 10 minit. Bising tu satu hal, tapi tadi aku masuk bathroom dan aku lihat satu lantai tu basah. Gila bengang aku. Dah tempat mandi dan jamban tu
kan kena separate dengan shower curtain, yang kau pergi buat tandas tu macam Sunway Lagoon apahal? Tak pasal-pasal aku kena duduk kencing atas tandas yang basah, tah-tah bekas air sabun dari badan kau arghhh. Pastu lantai di bawah tempat sinki dan keliling tandas semua basah, kau kumuh-kumuh lepas berus gigi atas lantai aku ke apa? Yang aku paling benci pasal tandas basah ialah bau kepam air kat atas lantai, lagi lah kalau ada rambut gugur dia akan melekat atas lantai bila dah kering. At least ada lah courtesy nak mop lantai lepas mandi, kan ada mop dalam toilet tu. Bodoh.


Baiklah, sebab aku sangat bengang dan aku hanya menulis bila aku bengang (jumlah entri aku berkadar langsung dengan kekerapan aku bengang- bulan April adalah bulan yang paling banyak aku rasa bengang), maka aku akan senaraikan benda-benda yang seorang roommate/housemate boleh buat untuk annoy aku. Entry ini di-inspire oleh insiden pagi ini dan entri ini dari Pompuan Emosi. So-


Senarai Perkara Paling Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat:

Kalau Sebilik-

1.Kau bising macam sial bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.


Tak pun kalau kau ada kelas pukul 8 and aku ada kelas pukul 10, kau bangun pukul 7 untuk bersiap-siap dengan bisingnya, dengan slam laci semua sekali, seolah-olah dengan sengaja tak bagi aku tidur balik. Lepastu kau blah tanpa tutup lampu, supaya aku terpaksa berjalan ke suis, tutup lampu dan tak boleh sambung tidur balik.


2. Kau 'pinjam' duit, pakaian dan mekap aku tanpa izin.


3. Kau selongkar barang aku bila aku tak ada.


4. Kalau aku beli snek dari 7E ke apa dan simpan dalam bilik, tau-tau je dah habis walaupun aku baru makan 1/3.


5. Kau smoking dalam bilik tanpa buka tingkap, pastu bau busuk tu melekat kat pakaian dan rambut aku. Kau ingat asap rokok kau bau kasturi ke?


6. Kau bawak lelaki masuk bilik tidur masa aku ada dan kau make out dengan dia depan aku. Macam babi. Babi kan tak tau malu.


7. Kau cakap banyak sangat bila kau ada dalam bilik sampai aku tak dapat fokus kat apa yang aku tengah buat.


8. Kau biarkan wrapper makanan atau pinggan dalam bilik sampai bilik bau macam makanan dan semut dan segala serangga datang hurung.


9. Kau bersepah macam sial, baju kotor pun kau biar atas lantai je, nak harapkan aku kemaskan untuk kau.
Padahal nak melawa banyak pulak masa. Jangan harap. Ok fine, aku pun bukan orang paling kemas dalam dunia, tapi at least setiap weekend aku kemas bilik. And bilik aku taklah bau macam stokin yang dipakai tiap-tiap hari selama sebulan dan tak dibasuh.


Kalau Serumah tapi Bukan Sebilik:


1. Kau guna barang-barang aku pastu tak mengaku bila dah rosakkan.


2. Setiap kali kau balik atau nak keluar rumah, kau perlu 'beritahu' aku dengan slam pintu kuat-kuat. Hoi babi, tak guna kau lemah-lembut depan lelaki tapi kasar macam sial bila dengan perempuan.


3. Kau guna sabun liquid aku (tak kisah lah sabun mandi ke sabun basuh baju) pastu top up dengan air supaya tak kantoi. Ingat aku bodoh ke?


4. Kau jatuhkan pakaian aku dari ampaian ke dalam lumpur masa kau tengah sidai baju kau pastu tak nak angkatkan.


5. Kau tak pernah cakap dengan aku unless nak mintak favour/ nak pinjam pakaian.


6. Kau suka biarkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk pastu cakap kau akan basuh nanti, tapi kalau pinggan dah bertimbun sampai aku nak basuh tangan pun tak boleh, nanti bilanya??


7. Konon nak split in half semua makanan dalam rumah sebab kononnya kita kan duduk serumah dan masak dan makan benda yang sama, tapi kau makan 3 kali ganda lebih banyak daripada orang lain, jangan harap aku nak tertipu dengan helah kau.


8. Kau habiskan jus buah atau susu dalam kotak pastu kau letak balik dalam peti sejuk!


9. Kau tak pernah nak cuci toilet pasal kau rasa disgusting.
Kau pehal. Kau rasa ass to mouth tu tak disgusting, tapi nak cuci mildew kat shower curtain yang antaranya berpunca dari natural oils badan kau jugak tu disgusting. Lepastu kau suka buat perangai tak nak buang sanitary pad kau, kau tampal je atas dinding. What the fun disgusting la wei!!


10. Kau tak pernah nak jadi orang yang pergi beli bila sabun basuh pinggan atau sabun cuci toilet dah habis. Balik-balik harapkan orang lain belikan. Walaupun lepastu duit bahagi sama rata gak. Takpun kau tak pernah mahu take out the trash. Kalau buat roster duty ada saja kau buat alasan. Hal bil air ke elektrik ke internet pun semua kau harapkan orang lain buat.


Itu saja yang aku dapat pikirkan buat masa ini. Padahal ada banyak lagi. Macam housemate yang tak suka flush, housemate yang suka mencuri semua tu. Tapi tu jarang berlaku kot. Tak semua ni pengalaman aku sendiri, ada yang aku dengar daripada orang gak. Kira aku lucky gak la, dua kali je pernah ada housemates dari neraka. Sekali tu housemate masa kat kolej, sekali lagi floormates masa kat uni.


Floormate tu memang macam sial.
Dia tak bagi orang pergi toilet (ada satu toilet je satu floor, dan toilet tu depan bilik dia) kerana mengganggu konsentrasi dia? Gila psycho. Takkan nak orang kencing dalam botol kot. Dahla pecahkan gelas peti sejuk dengan botol arak dia, pastu nak suruh aku chip in duit untuk replace gelas peti sejuk tu. What the hell man.


Roommate/ housemate/ floormate yang macam sial boleh tingkatkan stress levels kita dengan mendadak. Tapi tinggal sorang-sorang untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan kita gila pulak.


p.s. Aku benci freeloaders. Kalau kau freeloader, kau lagi hina daripada pencuri pada pandangan aku.

Thursday, November 20, 2008

Aku Dah Tak Keliru.


Baiklah, seperti yang dijanjikan,ini jawapan kepada entri
Aku Keliru yang aku tangguhkan dari Sabtu lepas.


Aku rasa lawak juga la baca komen ekoran daripada entri tu.
Tentang yang pening, runsing, tak puas hati, semua benda yang aku rasa jugak masa jumpa gambar ni. Cuma mungkin aku tak puas hati kerana ia buat aku keliru, dan ada yang tak puas hati sebab gambar ni bukan in colour. Yang paling aku tak tahan nak gelak adalah bila baca komen dari seseorang yang bertanya (bukan di blog aku, di website lain yang paparkan gambar ini juga),


“Aku asyik terpandang dada perempuan itu dan tak terfokus sama ada perempuan itu sedang berpusing clockwise atau tidak. Adakah aku patut risau? Do I have ADD??”


Penjelasan terbaik yang aku terima adalah daripada komen Firdauz, si bimbo cerdik (gila oxymoron):


Firdauz takes five said...

huhuhu, i rasa semalam or ari tu i tgk gambar ni.

got it from where pun i lupa.

But anyways, i dah bukak the gif animation, and viewed it frame by frame.

You want to know how they did it? Was it really clock wise or was it anti clockwise, ke dua2 animation tu dorang letak sekali dalam gif tu?

What i found: The silhouette had made it impossible for me to tell whether the girl was facing the north, or the south. Even when i stopped the animation, she could have been facing me, she could been facing the opposite. so even dengan frame by frame animation pun, i rasa the animation itself was flawed by the silhouette.

The magic happened when the legs were crossing. i could switch it from anti clockwise to spinning clockwise and vice-versa.

The truth was : there wasn't absolute direction in this animation. It could have been both. it wasn't a 2 dimensional figure with the right perspective, it was a silly flat silhouette, and i couldn't see two boobs with 2 pink nipples (it was always either boob with a dark niple) to ensure the direction it was spinning.


Tengkuk aku tiba-tiba jadi itchy melihat kesalahan ejaan nipple di atas. Abaikan.

Bimbo baik hati ini juga telah emailkan pada aku fail .gif ini dalam slow motion sebab dia malas nak hantar kesemua 34 frames, yang aku malas nak upload kat sini sebab masih akan
mengelirukan kita semua. Jadi aku membuat keputusan untuk terangkan menggunakan 1 frame.


Perempuan ni tengah facing ke depan ke belakang? Cuba teka?

Depan? Wei, you sure o nottt.

Atau belakang?


Masih gambar yang sama, cuba garisan dilukis pada tempat yang berbeza di kaki. Tak percaya lihat shadow dia. Masih sama.


Imej ini memang trick, tapi bukan sebab timing dia dah set untuk ubah arah pusingan atau dia in a loop. Aku ada juga terfikir mungkin sebab arah pusingan shadow dia bertentangan dengan arah pusingan perempuan itu, tapi gambar di atas confirmkan bahawa memang bukan soal shadow kaki dia. Dia trick sebab dia berwarna hitam dan bukan imej 3D.


Perempuan itu tak berpusing pun 360 darjah pun. Dia pusing 180 darjah, kemudian dia pusing balik 180 darjah. Gambar ini mampu pergi dua-dua arah.


Minda kita dah set untuk view imej macamni dalam 3D, jadi kita nampak seolah-olah dia berpusing 360 darjah. Kita pun membuat andaian tentang features dekat badan dia, mana depan, mana belakang. Padahal boleh jadi dua-dua. Kiranya minda kita yang trick kita sebenarnya.


Dan rupa-rupanya test ni agak tipulah. Dia tak determine kita ni lebih menggunakan otak kiri atau kanan. Test cikai macam ni biasanya tak dapat menentukan hal-hal macamtu. So walaupun test ni popular gila sampai boleh masuk online paper UK ke Australia, seksyen challenge minda ke apatah, kira hoax saja. Jangan percaya kalau kawan kamu berlagak nak cakap dia lagi pandai daripada kamu sebab dia dapat melihat perempuan ni pusing dua-dua arah dan kamu hanya nampak dia pusing satu arah. In short, test ini memang tak menentukan kepandaian seseorang. Tak ada siapa betul, tak ada siapa salah. Ia sekadar ilusi optik.


Ni lagi satu, mungkin kamu pernah terjumpa gambar ini, yang mengatakan kamu genius jika dapat jumpa kepala manusia dalam semua coffee beans di bawah masa 3 saat. Dan kononnya kamu average kalau jumpa bawah 1 minit dan sakit/lambat pick up kalau mengambil masa lebih daripada 3 minit. Ni pun tipu gak. Biasala, gambar-gambar forward ni selalu ditokok tambah.


Ni aku saja letakkan gambar ilusi optik yang bermain dengan minda lagi.
Amaran: Tak sesuai dilihat ketika sedang migraine atau pening kepala.



Semua segi empat dalam gambar itu lurus. Boleh check dengan pembaris untuk confirmation.



Gambar still di atas pula kelihatan seperti berombak kalau kita scroll page ini ke atas dan bawah.


Yang ini pulak disumbang oleh kawan aku Jipo:

Petak A dan B adalah warna yang sama. Boleh ke sini untuk penerangan lanjut. Gila skema ayat aku.


Harap entri ini menjawab persoalan entri lepas. Ini the best logical explanation yang aku boleh terima so far, kalau ada sesiapa yang mungkin ada solusi lain, boleh berkongsi.