Thursday, November 20, 2008

Aku Dah Tak Keliru.


Baiklah, seperti yang dijanjikan,ini jawapan kepada entri
Aku Keliru yang aku tangguhkan dari Sabtu lepas.


Aku rasa lawak juga la baca komen ekoran daripada entri tu.
Tentang yang pening, runsing, tak puas hati, semua benda yang aku rasa jugak masa jumpa gambar ni. Cuma mungkin aku tak puas hati kerana ia buat aku keliru, dan ada yang tak puas hati sebab gambar ni bukan in colour. Yang paling aku tak tahan nak gelak adalah bila baca komen dari seseorang yang bertanya (bukan di blog aku, di website lain yang paparkan gambar ini juga),


“Aku asyik terpandang dada perempuan itu dan tak terfokus sama ada perempuan itu sedang berpusing clockwise atau tidak. Adakah aku patut risau? Do I have ADD??”


Penjelasan terbaik yang aku terima adalah daripada komen Firdauz, si bimbo cerdik (gila oxymoron):


Firdauz takes five said...

huhuhu, i rasa semalam or ari tu i tgk gambar ni.

got it from where pun i lupa.

But anyways, i dah bukak the gif animation, and viewed it frame by frame.

You want to know how they did it? Was it really clock wise or was it anti clockwise, ke dua2 animation tu dorang letak sekali dalam gif tu?

What i found: The silhouette had made it impossible for me to tell whether the girl was facing the north, or the south. Even when i stopped the animation, she could have been facing me, she could been facing the opposite. so even dengan frame by frame animation pun, i rasa the animation itself was flawed by the silhouette.

The magic happened when the legs were crossing. i could switch it from anti clockwise to spinning clockwise and vice-versa.

The truth was : there wasn't absolute direction in this animation. It could have been both. it wasn't a 2 dimensional figure with the right perspective, it was a silly flat silhouette, and i couldn't see two boobs with 2 pink nipples (it was always either boob with a dark niple) to ensure the direction it was spinning.


Tengkuk aku tiba-tiba jadi itchy melihat kesalahan ejaan nipple di atas. Abaikan.

Bimbo baik hati ini juga telah emailkan pada aku fail .gif ini dalam slow motion sebab dia malas nak hantar kesemua 34 frames, yang aku malas nak upload kat sini sebab masih akan
mengelirukan kita semua. Jadi aku membuat keputusan untuk terangkan menggunakan 1 frame.


Perempuan ni tengah facing ke depan ke belakang? Cuba teka?

Depan? Wei, you sure o nottt.

Atau belakang?


Masih gambar yang sama, cuba garisan dilukis pada tempat yang berbeza di kaki. Tak percaya lihat shadow dia. Masih sama.


Imej ini memang trick, tapi bukan sebab timing dia dah set untuk ubah arah pusingan atau dia in a loop. Aku ada juga terfikir mungkin sebab arah pusingan shadow dia bertentangan dengan arah pusingan perempuan itu, tapi gambar di atas confirmkan bahawa memang bukan soal shadow kaki dia. Dia trick sebab dia berwarna hitam dan bukan imej 3D.


Perempuan itu tak berpusing pun 360 darjah pun. Dia pusing 180 darjah, kemudian dia pusing balik 180 darjah. Gambar ini mampu pergi dua-dua arah.


Minda kita dah set untuk view imej macamni dalam 3D, jadi kita nampak seolah-olah dia berpusing 360 darjah. Kita pun membuat andaian tentang features dekat badan dia, mana depan, mana belakang. Padahal boleh jadi dua-dua. Kiranya minda kita yang trick kita sebenarnya.


Dan rupa-rupanya test ni agak tipulah. Dia tak determine kita ni lebih menggunakan otak kiri atau kanan. Test cikai macam ni biasanya tak dapat menentukan hal-hal macamtu. So walaupun test ni popular gila sampai boleh masuk online paper UK ke Australia, seksyen challenge minda ke apatah, kira hoax saja. Jangan percaya kalau kawan kamu berlagak nak cakap dia lagi pandai daripada kamu sebab dia dapat melihat perempuan ni pusing dua-dua arah dan kamu hanya nampak dia pusing satu arah. In short, test ini memang tak menentukan kepandaian seseorang. Tak ada siapa betul, tak ada siapa salah. Ia sekadar ilusi optik.


Ni lagi satu, mungkin kamu pernah terjumpa gambar ini, yang mengatakan kamu genius jika dapat jumpa kepala manusia dalam semua coffee beans di bawah masa 3 saat. Dan kononnya kamu average kalau jumpa bawah 1 minit dan sakit/lambat pick up kalau mengambil masa lebih daripada 3 minit. Ni pun tipu gak. Biasala, gambar-gambar forward ni selalu ditokok tambah.


Ni aku saja letakkan gambar ilusi optik yang bermain dengan minda lagi.
Amaran: Tak sesuai dilihat ketika sedang migraine atau pening kepala.



Semua segi empat dalam gambar itu lurus. Boleh check dengan pembaris untuk confirmation.



Gambar still di atas pula kelihatan seperti berombak kalau kita scroll page ini ke atas dan bawah.


Yang ini pulak disumbang oleh kawan aku Jipo:

Petak A dan B adalah warna yang sama. Boleh ke sini untuk penerangan lanjut. Gila skema ayat aku.


Harap entri ini menjawab persoalan entri lepas. Ini the best logical explanation yang aku boleh terima so far, kalau ada sesiapa yang mungkin ada solusi lain, boleh berkongsi.

21 comments:

Rhona Rozlan said...

Bila terbaca Amaran: Tak sesuai dilihat ketika sedang migraine atau pening kepala, terus I tutup mata.

Sue Anna Joe said...

Huahuahua. Seriously kamu bijaksana. With only 2 images you manage to solve the mystery. Aku punyalah buat frame by frame. Tepuk dahi. Duhh.

Terus tak jadik memblogkannya. I always seem to find the most complicated route to things.

Yang gambar coffee bean tu, I got it less than 3mins tapi more than 3 secs, so I'm just your average girl.

Gila kan these optical illusions. It's amazing to see what people come up with.

magenta said...

Rhona: Nasib baik I tulis amaran tu dalam bold, hehe.

Sue Anna Joe: Takdela, I didn't figure out by myself, I got it from Firdauz's comment. But yeah, he's a genius disguised as a bimbo, so. Haha.

Gambar coffee bean tu pun I got it in more than 1 minute too I think, I tak rasa it's a reliable test. Macam kalau kita mengantuk or baru bangun tidur our brain less alert kan.

Firdauz takes five said...

niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple niple

i wish all u GRAMMER NATZEE dieded ah!

=(

magenta said...

Eleh, I tau sebenarnya you nak cover kembang and terharu from me puji-ing you genius and bimbo cerdik kan haha. Huh, suka lah tu.

Anonymous said...

cuba tengok gambar2 ini.

http://empireofmine.blogspot.com/2008/08/optical-illusions-extravaganza.html

SUXX said...

first blog yg aku rasa manfaat utk aku baca,

seyes ni,haha

Amak said...

clever! Saya kagum dengan pendekatan yang macam ni. Mcm solve la sikit problem. Kan.

Anonymous said...

yup...good job

Anonymous said...

aku pun x tau apa nak cakap

tapi great explanation

Anonymous said...

@magenta:terasa mcm 'cikgu' magenta ni baru bagi jawapan kepada soklan 'matematik' plak..hehe.best..

@Fariz Bakar: best la link tuh..nanti bila aku tak busy aku nak explore page tu..yg illusion bintik hijau makan semua bintik pink tu mmg cool

Anonymous said...

"Aku asyik terpandang dada perempuan itu..Do i have ADD?"

hahaha...that's the funniest thing i heard today!

ohvee said...

aku btol2 pening kepala dgn gambar2 tu. series pening dah bile aku tgk lame2.

unicorn said...

Aku telah 'photo-tag' kamu. Sila lihat blog aku untuk peraturan-nya. Sekian

Anonymous said...

terasa mcm nk wish hepi besday plak kat sapa2 yg sambut besday ari ni..hehe.
u know who u r...~

magenta said...

haha lambat sehari lah. aber danke :p

Nadrah Mustafa said...

kan dah cakap, mana boleh tentukan! haha. did i say that? anyway, gambar coffee bean tu ada orang kat bawah, belah kiri.

ada lagi satu, gambar dlm botol. an adult, or at least a mature mind would see 2 people making love. for a child, an innocent one at least, they would see dolphins.

nodadosa said...

ahah gile ah gamba ombak bikin gua pening haha

Si Penanya (?) said...

sakit kepala sakit kepala... lagi2 yang bergelombang tu... hark

magenta said...

Fariz Bakar: Thanks! Memang menarik link tu.

Suxx: Ye ke? Thanks. Tapi aku rasa banyak lagi blog yang bermanfaat untuk dibaca gak.

Ladynoe: Haha ye kot. Solve sikit2.

Anonymous: Thank u. Aku jarang dapat positive feedback dr geng anonymous, haha.

Erm: Ok...

Jipo: Haha cikgu Firdauz sebenarnya. Aku sekadar translate jawapan kepada entri.

I love me: Haaa sebab tu aku letak amaran. Haha/

Unicorn: Cemana la aku nak buat tag ni hmm. Aku blogger anonymous. Haha tengokla nanti.

Jumping Jane: Really? Tak pernah jumpa gambar botol tu. Sound interesting.

Nodadosa: Hahahha jangan pandang lelama weh.

Penanya: Aku rasa nak pecah kepala bila pandang lelama gamba gelombang tu.

Anonymous said...

salam..

ohoo camtu rupanya..ingatkan dia tukar2 hayunan kaki hehe.tapi rasanya mmg dia pusing 360darjah dan dia tukar kaki dalam beberapa saat heheh.

tp mungkin otak sy tak pick-up sgt la nak tgk dia pusing 180darjah tu camne..

-najiah