Wednesday, November 26, 2008

Kawan yang Sadistik


Aku rasa semua orang pun ada masalah dan pernah depressed, kan?
Yang nampak happy-happy selalu pun pernah lalui fasa depression dia. Bezanya, dengan sesetengah orang kita tahu sebab dia cerita atau tunjuk, sesetengah orang dia langsung tak tunjuk.

Kadang-kadang perihal sedih ni memakan diri sendiri. Tapi yang aku nak cakap pasal ni ialah orang yang tengah menderita inside and nak orang lain rasa sedih macam dia gak.


Mungkin zaman childhood kamu sedih. Mungkin parents kamu bercerai, mungkin parents kamu dera kamu, mungkin kamu kehilangan seorang ibu bapa, mungkin kamu selalu dipulaukan oleh kanak-kanak lain kerana gemuk, mungkin keluarga kamu kesempitan wang pastu kamu dikelilingi kanak-kanak daripada keluarga yang berada. Mungkin ada perkara sedih berlaku kepada kamu semasa kamu sudah dewasa. Aku percaya, semua ni memang akan meninggalkan kesan kepada kamu, samada kamu sedar ke tak.


Jadi mungkin kamu kecewa sebab perkara ini berlaku di luar kawalan kamu. Mungkin kamu rasa dunia ini sangat tak adil.


Hakikat yang kamu patut terima walaupun susah adalah bahawa ini semua ujian kerana kamu takkan dapat layanan istimewa sebab perkara-perkara itu berlaku dekat kamu. Ya, aku turut bersimpati tetapi tak bermaksud kamu akan dapat sesuatu pekerjaan atau gaji yang lebih kerana zaman childhood kamu susah. Kamu hanya akan memperolehi sesuatu kalau kamu berusaha, bukan sebab orang lain kesian kat kamu.


Dan yang paling penting, kamu tak berhak nak berperangai seperti seorang bitch terhadap orang lain semata-mata kerana hidup kamu susah. Kamu tak berhak nak marah-marah atau buat dajal dengan orang lain lepastu minta maaf dan kata,


"Sorryla aku macamni, aku dulu masa kecik hidup susah bla bla bla, parents aku treat me like crap, bla bla bla, jadi aku ada inferiority complex sampai sekarang, tu yang perangai aku macamni."


Kamu buat perangai macamtu sekali aku akan memaafkan, tapi kalau kamu buat banyak-banyak kali pastu ingat orang boleh maafkan senang-senang, sorrylah. Kami takkan pura-pura understanding dan reply,


"Eh, biarlah si X tu nak pijak kepala ke buat dajal kat kau, kau tak payah nak amik dek sangat. Kau tak tau ke? Dia dulu kena dera ngan parents dia tau. Sebab tu dia macamtu. Kesian kat dia weh."


Semuanya ada batasan. Lagi-lagi kalau kamu tahu bagaimana rasanya kena hurt, lepastu kamu nak hurt orang lain pulak, itu sadistik namanya. Contohnya, kalau kamu ada masalah nak setia dengan someone sebab kamu nampak ibu kamu asyik dicurangi/didera/dilayan dengan teruk oleh bapa kamu, aku paham kalau kamu ada trust issues. Yang aku tak paham adalah kalau kamu mempermainkan semua lelaki sebab kononnya bapa kamu represent semua laki. Kalau kamu dah nampak ibu kamu suffer sebegitu sebab apa yang bapa kamu buat, kenapa kamu buat perkara sama kepada orang lain?



Mungkin susah untuk kamu bayangkan, tapi ada ramai orang dekat dunia ni tak kisah dan tak tahu pasal zaman childhood kamu dan menganggap kamu berperangai macamtu sebab, well, you're a bitch. They don't care why.


I’m sorry that your childhood sucked so much. Masa kecil kita memang tak dapat mengawal apa yang berlaku kepada kita. Sekarang kita dapat mengawalnya, sama ada dengan merelakan atau membalas balik. Jadi yang hidup kamu sampai sekarang suck tu bukan salah siapa-siapa dah.



The only time it's okay to be a bitch is when you're a female dog.

38 comments:

Anonymous said...

I think the title of this entry should be

"The World Doesn't Owe You a Living, Foo'."

Foo can be replaced with @ss, t**t, ***ch, dan yg sewaktu dengannya.

p/s: are they gone yet?

Zaini said...

=)

memang sedap entri yang ni

cik.siti said...

ouh yeah, suka entri ini.

tapi, i agree sangat-sangat dengan,

"Kadang-kadang perihal sedih ni memakan diri sendiri", memang betul. lagi-lagi yang jenis memendam n happy-go-lucky. diri sendiri je yg tau.

hurm~

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I. said...

aku ada seorang kawan yang tetiba lost dalam hidup. senang cerita'buang tebiat', melakukan perkara yang bertentangan dengan pegangan hidupnya dahulu. dia menjadi sungguh annoying. ini disebabkan bapanya jatuh bankrap.

aku ada jugak kawan lain yang hampir sama kelakuan yang dinyatakan diatas.

Miko Yamaguchi said...

it's not fair la kalau kita treat orang lain bitchy semata-mata kita ada personal history yang buruk dulu. why not kita jadikan yang dulu-dulu tu satu pengajaran for us to become someone better? bukankah itu lebih baik?

p/s: gambar bitch bawah sekali itu sangat comel. hahahah.

theblabber said...

are those pathetics puas bila dapat dajalkan orng? sian.

Firdauz takes five said...

oh my,

the dog so cute!!

Sue Anna Joe said...

Another entry I loik. Ramai orang macam ni, only some agak tidak terkawal. Some outgrow it once their older or married, some, langsung tak, sampai ke tua dah beranak pinak. Hence, kes dera anak, etc. Can get really serious.

That bitch is do damn adorable okay.

Btw, lari topik. Pasal post you yang lepas-lepas, Heidi Klum kena codemn gila-gila kan pasal her costume tu hari? Ahahaha.

susudalambotol said...

kan lebih baik perbaiki diri jadi lebih baik dari masa lepas yang sangat horror tu? tak suka orang yang asyik terkenang masa lepas dan tak mahu berubah.

unicorn said...

hmm...same mcm orang-orang yg menyalah-kan takdir. nak buat camne, dah takdir aku hidup camni, dpt partner cmni...bla bla bla. kalo life mmg totally depends pd takdir je, buatpe Tuhan bg akal utk berfikir? Lain la kalo kite dah usaha, tp x dpt..bukan berserah bulat-bulat pd takdir.

Anonymous said...

what if u only hurt guys that are players too, guys who are like ur dad, who keeps on having affairs which are not-so-discreet?

-miss vee

magenta said...

iknowho: Yes, they're gone. But they're coming for lunch later. What's t**t btw? I don't have a wide cuss vocab haha. Issit twit? Can't be. 'Twit' isn't strong enough to be censored.

Zaini: Sedap macam apa? Macam eskrem ka? Aku makan lunch mmm.

Aqila Aini: Yupe. Sebab kalau dah selalu happy-go-lucky pastu tiba2 nak luahkan perasaan sedih atau emo mesti orang hairan.

Erm: Macam kena punk'd la eh. Dulu adik aku selalu sebut pang-dee, bukan punked.

Shurgaku: Harap2 diorang setakat melalui fasa je lah kan? And hopefully dapat meninggalkan fasa tu.

Miko: Yeah tapi people like to take the easy way out. Diorang rasa justified nak hurt orang lain sebab diorang pernah kena hurt. Walaupun benda tu tak betul. Ya, bitch itu memang comel hehehe.

Miezi: Diorang puas hati bila orang lain rasa unhappy macam diorang.

Firdauz: She isss.. hehe.

Sue Anna: Yes, it's a pity forkids with parents yang ada issues and abuse them, tak kisahla mentally atau physically. Both pun teruk. Hahah bitch tu memang comel!

Haha tu lah pasal. I ada gak baca. In Heidi's defense, I pun tak sedar it was offensive. Huhu.

Susu dalam Botol: Mungkin sebab masa lampau diorang yang teruk tu, diorang rasa susah nak move on dan selalu terperangkap dalam masa silam. Dan diorang tau what's the right thing to do, tapi chose not to do it cause it feels hard.

Unicorn: Sepatutnya kita usaha dulu baru tawakkal kan? Tak yah cakap berserah kepada takdir sebagai alasan sebab saja2 nak jadi malas.

Miss Vee: I would have thought that if anything, you would have learned to stay away from guys who are players, from watching your dad's behavior. Why would you want to have anything to do with guys like that if you hate them.

the artist and i said...

hahahah.. yang pic tu ending yang bagus.

*memang sesetengah tu ambil kesempatan.

ada yang tak ambil kesempatan. kalau yang serious childhood dia, mesti ada sekumit dendam.

itu yang bahaya. nampak macam ok ok saja dia. boleh lupa.

tapi kalau bab dendam, sepulih sepositif, se-life-must-go-on pun dia, agak bahaya juga.

paling tak setuju kalau yang dendam nak mainkan lelaki/wanita sebab parents dia ada sejarah hitam.

tapi tu lah, tahap depress seseorang tak boleh diukur, ada yang nampak ringan2, ada yang berat. dan bila yang berat ada yang tak bahaya, yang ringan sampaikan boleh membunuh.

nodadosa said...

satu kita kene paham orang2 mcm ni iaitu derang punya mentalliti n pemikiran yg agak lain dari kita.. mungkin dari kecik tak selengkap kita pendidikan yang diberikan oleh mak bapak derang , so dah set satu level dlm kepala otak derang tu yg mana betul bagi kita adalah salah utk mereka (mungkin).. bila dah besar, lingkungan persekitaran plak tak memberi apa2 impak atau tidak membantu mereka berfikir atau react ngan betul.. slalu gua buat tatau je ngan orang mcm ni sbb ckp apa camne skali pon mmg susah nak denga or berubah.. tapi kalau derang punya idol ke somebody yg derang puja2 or admire bg nasehat.. senang je derang nk terima bulat2..

gua ckp mcm skema gile.. dem~ huhuhuhuhuhuhu

pjoe said...

tapi perempuan yg banyak merungutlah sangat mudah dapat attention lelaki

aku pun tk paham kenapa..
*sambil kunyah2 hiro
kau dengki tak?

magenta said...

Ms Weed: Tula, yang amik kesempatan paling tak tahan. Lagi satu, benda yang sama boleh berlaku kat 2 orang tapi seorang mungkin ada reaksi yang lebih dramatik sebab dia macam tak equipped untuk handle masalah macamtu. Sorang lagi pulak boleh move on je pasal dah terbiasa dengan 'shit happens'.

Nodadosa: Aku sebenarnya kenal beberapa orang yang ada childhood yang shitty tapi sekarang jadi orang yang lagi bertimbangrasa daripada orang yang ada childhood yang happy.

Pjoe: Maybe sebab sesetengah laki suka berlakon 'hero' kepada perempuan yang macam 'damsel-in-distress' kot.

Mestilah dengki! Takpe, takpe. Nanti aku balik Malaysia aku nak beli 3 kek Hiro tiap2 hari dari bai roti.

Anonymous said...

hmmm...aku paham org yg ada sejarah hitam dlm childhood derang. tapi kalau derang guna sejarah tu sbg defense-tool bila derang sakitkan ati org...mmg mcm celaka laa.

dh besar kann??? dh ada akal sendiri kan??? bole pikir mana baik mana buruk kan??? so apa kena mengena sejarah lampau tu dgn current life korg???


:damn!!! hate this kind of people:

The Wifey said...

aaaaaaaa...wall-E nya collie tu

woof woof!

MariaFaizal said...

i came from broken family!But I'm not a bitch (self-congratulatory comment pulak!).Haih...those losers should have accepted Qada' & Qadar,and if psycho sangat sampai creating menace to others,then get help OR treatment what-so-ever,PRONTO!Sorry emo pulak.But i hope your entry is an opener to those bitches(not gender biased)-your unpleasant past not to be used as 'reason' to causing ruckus,kan?

Amin Ahmad said...

Tak silap aku banyak teori Psikologi mengatakan bahawa peringkat perkembangan budak memberi pengaruh besar kepada cara mereka berfikir ketika dewasa...

Dari apa yang sedikit sebanyak aku belajar la..

magenta said...

Fafarafa: Betul tu. Aku memang expect untuk diorang ada certain issues. Tapi aku tak terima alasan mereka yang tu self-defense mechanism.

Asra: Hahaha aku baru tengok Wall-E minggu lepas. Eeeeevaa...lol

MariaFaizal: Yupe, it could be girls or guys. And if they keep blaming it on your childhood, then they should go seek treatment. Heh.

Pewaris Reformasi: Aku setuju 100%. Cuma aku nak ketengahkan bahawa tak ada teori yang mengatakan kalau childhood kita menyedihkan, kita mesti berperangai buruk dan tak bertimbang rasa.

nurulazreenazlan said...

well said!

i'm a firm believer that you are the master of your destiny, that no matter how bad things are, you and you alone can turn it around =)

tuhan pun takkan tolong kalau takde usaha nak ubah hidup sendiri.

invest in a good shrink, people!

Ais Cair said...

hahaha...ada jg manusia mcm nih...mber2 aku ade je drpd family b'masalah,tp dah besar ok je jd manusia...jgn jadikan tu semua alasan,ada ke yg buruk pulak dijadikan idola...kalau dah mak bapak tuh buruk sgt,amik lah org lain yg b'ganda2 baik tuk diikut...

broken_nigina said...

though i do agree kita tak patut layan orang lain teruk hanya sebab kita ada bad childhood tapi cakap pasal jiwa pasal luka dalam yang tinggal kesan besar,kadang-kadang ia memang mempengaruhi pertimbangan sebab sekali kanak-kanak terluka teruk,mereka terluka untuk selama-lamanya dan ia tak semudah itu..:)

Nadrah Mustafa said...

HAHA you beat me to it! Nak tulis lama dah, malas dan tak tahu macam mana nak ungkapkan. ;)

scenenseen said...

ko nie memang pompuan paling genius pernah aku encountered...
like seriously.

SyAhiRah LaLAla said...

mungkin boleh try guna Rational-Emotive-Behavior-Therapy kat si dia tu.kot.who knows it might work.hehs.
[ p/s:yelah.anjing tu cute.i never ever in mylife potray a dog,,any kind of dog as cute.tapi yang ini macam.oh oh oh.hi magenta :) ]

Anonymous said...

yup,jgn cari alasan. salahkan diri dulu baru salahkan faktor2 luaran lain..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

saje senamkan minda jom

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

bukan ape... baru minda kita kembang gitu dan ada muscle

tk

Anonymous said...

Ada juga kawan aku yg kena dera segala masa zaman kanak² dia. tapi dia tidak perlu untuk menyakiti org lain utk merasa alive. kerna itu pathetic.

Variasi yg ada pada manusia sememangnya tak dapat dielakkan.

=)

magenta said...

NurulAzreen: I once came across a saying I really liked-

You always have a choice, even though it's between hard and harder.

Stanum Saliva: Kan? Aku pun kenal orang yang miserable childhood tapi turned out fine.

Broken Nigina: Yupe, aku tau. Childhood aku tak best dan aku ada issues sampai sekarang. Tapi aku juga percaya ia tak bagi kita hak untuk hurt orang lain.

Jumping Jane: Haha you can write about it as well, maybe elaborate ke apa.

Scenenseen: Dan pujian ko adalah antara yang paling mengembangkan aku pernah encounter kat blog ni. Heheh. Thanks.

Syahirah Lalala: Hi Syahirah. Yupe, that dog is so damn cute. Haha sebab tu letak kat sini.

Jipo: Tegasnya Jipo T_T

Otai: Apa main2 promote kat semua blog? Ingat boleh free ka? Belanja aaa kalau berani! Haha.

ReAmin: Manusia camni manusia yang nak mengambik kesempatan la ni. Jangan biar diri anda diselubungi orang begini..

broken_nigina said...

anyway juz nak tambah,rasanya kalau someone betol-betol ada isu dalaman disebabkan bad childhood,takde kot nak canang-canang kat orang buat modal nak behave macam haram..nama pon isu dalaman so mostly hanya bergelut kat dalam sorang-sorang..kalau masih boleh nak hebah-hebahkan lagi-lagi untuk attract perhatian,meaning diorang masih ok..apa yang gua tahu,someone yang ada sejarah hitam selalunya rasa ia sesuatu yang memalukan yang kita tak suka orang lain tahu rather than macam bangga pulak nak show off bagitau orang sana-sini.tapi since setiap orang berbeza-beza,tak tau la pulak kan..
cuma satu point jer yang gua rasa memainkan peranan penting dalam membentuk jiwa manusia dan gua rasa it's love,kasih-sayang..kita boleh datang dari macam-macam jenis latar-belakang yang pecah,tapi as long as kita dapat kasih-sayang,takkan ada masalah sangat berbanding dengan yang tak dapat..

err,tak sedar terpanjang pulak komen.

Ayyman Rahim said...

Haha, lawak la anjing tu

Ophe said...

yup.. aku turut bersetuju. Mereka yang dari kelompok ini seringkali minta difahami tetapi mereka sendiri tidak pernah cuba memahami kasut orang lain.

magenta said...

Broken Nigina: Sangat betul. Mesti ada sedikit segan silu nak cerita kat orang kalau ada isu dalaman. Lainla ketagihkan perhatian sampai boleh cerita kat semua orang.

Ayyman Rahim: Comel kan anjing tu? Haha.

Koishie: Tu la pasal. Malas nak jaga perasaan orang yang tak jaga perasaan kita.

Anonymous said...

well i just f sth:-

"you will never really understand a person until you climb into his skin and walk around in it." (Atticus in To Kill A Mockingbird)

maybe u should consider this?
however i din' deny yg u ckp tt person pg hebah2kan kt org bout her childhood.tt attitude's kinda weird btw.

bt pasal maen2kan palyboys ni, i think she might f her own reasons right? kita tak faham sebab kita tak pernah jadi dia :)

-miss rinn

the red shoe said...

entri yang sangat inspiring :)

Anonymous said...

entry yg sgt mendukung ape yg sy rs...hoho
slh satu friendship yg sy ade dah pon tawar skang ni bcoz of stuff like dis
tp sy xnyesal pon sbb da puas berpikiran positif tp all d sucks juz keep going on n on...
skang sy lebe tenang....lol!!!!