Sunday, November 23, 2008

Senarai 'Perkara Paling Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat'

Tambahan (sebab aku suspek ada yang ingat aku tulis pasal roommate aku sekarang): Ini bukan pasal roommate aku, tapi ex-housemates aku. Sekarang ni aku tak ada housemates/ roommates, aku tinggal dengan parents aku kat Brunei sejak bulan Mac tahun ni, sebelum ni aku tinggal sorang-sorang selama 2 tahun. Semua ni kisah pre-2006. Dan macam yang aku dah highlight kat bawah, bukan semua pengalaman sendiri. Ini gabungan semua cerita benar yang aku dengar daripada kawan-kawan aku dan pengalaman aku sendiri. Aku senaraikan semua ciri-ciri ni supaya kalau ada yang terasa, kau taulah perangai kau annoying gila dan harap kau ada inisiatif nak berubah. Kalau tak reti hidup dengan orang dan tak nak sewa rumah sorang-sorang, boleh try hidup dalam kandang.

______________________________________________________________________________________

Sekarang ni ada tetamu di rumah aku yang dah menumpang dah seminggu dan berjaya membuatkan aku sangat bengang, walaupun aku baru bangun tidur tak sampai 10 minit. Bising tu satu hal, tapi tadi aku masuk bathroom dan aku lihat satu lantai tu basah. Gila bengang aku. Dah tempat mandi dan jamban tu
kan kena separate dengan shower curtain, yang kau pergi buat tandas tu macam Sunway Lagoon apahal? Tak pasal-pasal aku kena duduk kencing atas tandas yang basah, tah-tah bekas air sabun dari badan kau arghhh. Pastu lantai di bawah tempat sinki dan keliling tandas semua basah, kau kumuh-kumuh lepas berus gigi atas lantai aku ke apa? Yang aku paling benci pasal tandas basah ialah bau kepam air kat atas lantai, lagi lah kalau ada rambut gugur dia akan melekat atas lantai bila dah kering. At least ada lah courtesy nak mop lantai lepas mandi, kan ada mop dalam toilet tu. Bodoh.


Baiklah, sebab aku sangat bengang dan aku hanya menulis bila aku bengang (jumlah entri aku berkadar langsung dengan kekerapan aku bengang- bulan April adalah bulan yang paling banyak aku rasa bengang), maka aku akan senaraikan benda-benda yang seorang roommate/housemate boleh buat untuk annoy aku. Entry ini di-inspire oleh insiden pagi ini dan entri ini dari Pompuan Emosi. So-


Senarai Perkara Paling Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat:

Kalau Sebilik-

1.Kau bising macam sial bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.


Tak pun kalau kau ada kelas pukul 8 and aku ada kelas pukul 10, kau bangun pukul 7 untuk bersiap-siap dengan bisingnya, dengan slam laci semua sekali, seolah-olah dengan sengaja tak bagi aku tidur balik. Lepastu kau blah tanpa tutup lampu, supaya aku terpaksa berjalan ke suis, tutup lampu dan tak boleh sambung tidur balik.


2. Kau 'pinjam' duit, pakaian dan mekap aku tanpa izin.


3. Kau selongkar barang aku bila aku tak ada.


4. Kalau aku beli snek dari 7E ke apa dan simpan dalam bilik, tau-tau je dah habis walaupun aku baru makan 1/3.


5. Kau smoking dalam bilik tanpa buka tingkap, pastu bau busuk tu melekat kat pakaian dan rambut aku. Kau ingat asap rokok kau bau kasturi ke?


6. Kau bawak lelaki masuk bilik tidur masa aku ada dan kau make out dengan dia depan aku. Macam babi. Babi kan tak tau malu.


7. Kau cakap banyak sangat bila kau ada dalam bilik sampai aku tak dapat fokus kat apa yang aku tengah buat.


8. Kau biarkan wrapper makanan atau pinggan dalam bilik sampai bilik bau macam makanan dan semut dan segala serangga datang hurung.


9. Kau bersepah macam sial, baju kotor pun kau biar atas lantai je, nak harapkan aku kemaskan untuk kau.
Padahal nak melawa banyak pulak masa. Jangan harap. Ok fine, aku pun bukan orang paling kemas dalam dunia, tapi at least setiap weekend aku kemas bilik. And bilik aku taklah bau macam stokin yang dipakai tiap-tiap hari selama sebulan dan tak dibasuh.


Kalau Serumah tapi Bukan Sebilik:


1. Kau guna barang-barang aku pastu tak mengaku bila dah rosakkan.


2. Setiap kali kau balik atau nak keluar rumah, kau perlu 'beritahu' aku dengan slam pintu kuat-kuat. Hoi babi, tak guna kau lemah-lembut depan lelaki tapi kasar macam sial bila dengan perempuan.


3. Kau guna sabun liquid aku (tak kisah lah sabun mandi ke sabun basuh baju) pastu top up dengan air supaya tak kantoi. Ingat aku bodoh ke?


4. Kau jatuhkan pakaian aku dari ampaian ke dalam lumpur masa kau tengah sidai baju kau pastu tak nak angkatkan.


5. Kau tak pernah cakap dengan aku unless nak mintak favour/ nak pinjam pakaian.


6. Kau suka biarkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk pastu cakap kau akan basuh nanti, tapi kalau pinggan dah bertimbun sampai aku nak basuh tangan pun tak boleh, nanti bilanya??


7. Konon nak split in half semua makanan dalam rumah sebab kononnya kita kan duduk serumah dan masak dan makan benda yang sama, tapi kau makan 3 kali ganda lebih banyak daripada orang lain, jangan harap aku nak tertipu dengan helah kau.


8. Kau habiskan jus buah atau susu dalam kotak pastu kau letak balik dalam peti sejuk!


9. Kau tak pernah nak cuci toilet pasal kau rasa disgusting.
Kau pehal. Kau rasa ass to mouth tu tak disgusting, tapi nak cuci mildew kat shower curtain yang antaranya berpunca dari natural oils badan kau jugak tu disgusting. Lepastu kau suka buat perangai tak nak buang sanitary pad kau, kau tampal je atas dinding. What the fun disgusting la wei!!


10. Kau tak pernah nak jadi orang yang pergi beli bila sabun basuh pinggan atau sabun cuci toilet dah habis. Balik-balik harapkan orang lain belikan. Walaupun lepastu duit bahagi sama rata gak. Takpun kau tak pernah mahu take out the trash. Kalau buat roster duty ada saja kau buat alasan. Hal bil air ke elektrik ke internet pun semua kau harapkan orang lain buat.


Itu saja yang aku dapat pikirkan buat masa ini. Padahal ada banyak lagi. Macam housemate yang tak suka flush, housemate yang suka mencuri semua tu. Tapi tu jarang berlaku kot. Tak semua ni pengalaman aku sendiri, ada yang aku dengar daripada orang gak. Kira aku lucky gak la, dua kali je pernah ada housemates dari neraka. Sekali tu housemate masa kat kolej, sekali lagi floormates masa kat uni.


Floormate tu memang macam sial.
Dia tak bagi orang pergi toilet (ada satu toilet je satu floor, dan toilet tu depan bilik dia) kerana mengganggu konsentrasi dia? Gila psycho. Takkan nak orang kencing dalam botol kot. Dahla pecahkan gelas peti sejuk dengan botol arak dia, pastu nak suruh aku chip in duit untuk replace gelas peti sejuk tu. What the hell man.


Roommate/ housemate/ floormate yang macam sial boleh tingkatkan stress levels kita dengan mendadak. Tapi tinggal sorang-sorang untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan kita gila pulak.


p.s. Aku benci freeloaders. Kalau kau freeloader, kau lagi hina daripada pencuri pada pandangan aku.

75 comments:

Miko Yamaguchi said...

eee, ada jugak orang lekat sanitary pad di dinding? assh*le betul...so disgusting...

magenta said...

Ada. Banyak kali aku jumpa. Dia lekat kat dinding, pastu aku kena buangkan. Kalau tak, orang yang masuk toilet lepas aku akan ingat aku yang tampal pad tu kat dinding. Damn annoying. Dahla aku selalu baru perasan lepas aku masuk toilet tu.

Ili Khalil said...

Aku memang tak gemar ada rumate. Sebab aku jenis yang suka berseorang. Sepanjang 5 tahun, final year ni 1st time aku bilik takde rumate.

Betol cakap kau, lama-lama sangat berseorang memang boleh gila.

Rhona Rozlan said...

Lepastu kau suka buat perangai tak nak buang sanitary pad kau, kau tampal je atas dinding. What the fun disgusting la wei!!

I selalu terfikir kenapa ada orang macam ni. I teringat masa sekolah hanya sebab seorang perempuan bodoh mana entah tak buang pad elok elok, buang dalam pam tu, satu kelas kena denda. Bukan ke benda tu dari badan sendiri? Tak fikir langsung.

Rhona Rozlan said...

I pernah ada housemate masa kolej yang suka mencuri. Dia kantoi mencuri masa cuti sem. Yang lain-lain semua dah balik, dia stay kononnya kerja part time. Tahu tak dia curi barang apa? Cincin tunang kawan I, thong renoma I punya (bodoh gila) dan lain-lain (lupa dah). Yang bestnya bila dia pinjam belt I, dia kata kat kawan dia tu dia punya dan I yang pinjam dia punya. Wattefak.

Anonymous said...

aku rase ade orang dia bukan sengaja tak nak buang pad die..tapi die mungkin terlupe..macam lepas basuh dia punye toot tu..dia lupe yang dia tampal pad kat dinding.maybela..

disco/dramatic said...

pengotor siod tampal kat dinding. ee. freeloaders mmg celaka.

ohvee said...

alamak, gile babi annoying itu mcm. dah tu ape cite tetamu kat rumah tu skrg? jgn bertambah gile bengang dah le.

magenta said...

Ili Syazwani: Eh, kau lahir tahun sama ngan aku and horoskop kita sama haha. Mmm ha ah, duduk sorang lama-lama memang boleh buat kita jadi gila.

Rhona: Tu lah. I memang tak suka orang yang tak reti dispose pad lepas pakai. Nak cakap baru baligh, tak jugak.

Curi cincin tunang kawan? Gila jahat. Curi thong tu lagila tak tahan. Memang wattefak betul. Dulu kawan I ada roommate pencuri, dia kumpul kawan dia (dalam 7 orang) pastu belasah budak tu ramai-ramai.

Anonymous: Mmm kalau sekali aku leh paham kot..kalau lebih, aku cop orang tu pengotor la.

Lagipun takkanla benda macam tu pun boleh lupa kot. Perumpamaan dia macam, orang yang terlupa nak beristinjak lepas diorang buang air besar.

Disco Dramatic: Memang. Tapi ada je orang macamtu. Diorang kena belajar balik etika menggunakan tandas kot.

i love me: Diorang tengah keluar jalan-jalan. Jadi aku dah tak bengang. Haha.

Ili Khalil said...

Ooo same eh? Hahahahah patut mood swing lebih kurang tehehe

theblabber said...

ms study dulu hosmate aku ialah pemalas nk basuh toilet.aku mmg x leh kompromi dgn si pengotor yg malas.last2 aku sental kolah tu dgn berus gigi dia.pastu basuh jamban dgn berus sabut dia..
soknya aku tgk dia basuh baju guna berus sabut yg sama dan amat yakin dia gosok gigi guna the same toothbrush yg aku dah pakai buat sental kolah tuh.
puas hati wehhh..

magenta said...

Ili Syazwani: Mood swings tu probably sebab, tambah satu lagi, jantina sama.

Miezi: Hahahahah lawak gila ok. Aku memang boleh imagine betapa puasnya hati kau lepastu.

Nuruddin Abu Bakar said...

Oh..api kemarahan itu nampak sgt.
:nailbiting:

Z said...

aih. marah nampak cik magenta ni. tapi xpe. aku mmg benci semua-semua tu. aku kalau nak merokok pun bukak tingkap luas-luas and beli anti-tobacco punye air freshener tau!

apa-apapun, entry u harini mmg menghiburkan hati :p

Norly Azman said...

haha..roommate from hell mmg celaka...aku pernah ada sorang roommate yang bakar bedsheet aku dengan iron...macam la dia tak leh iron baju kat katil dia sendiri kan? pastu siap tak mengaku lak tu...pastu sukati dia guna buku teks aku yang mahal tu buat tutup mangkuk dia masak maggi...yang paling tak leh blah aku jumpa sandal aku yang hilang kat rak kasut bilik kawan dia...macam sial!

tapi yang tampal pad tu mmg melampau la...ko try tampal kat dahi dia plak...

Debot said...

memang frustrating ade hsmate/roomate/floormate dan sbgnye yg mcm ko sebutkan ni!
sumpah aku rase nak cekik2 hsemate aku part yang disgusted nak cuci bathroom tu!
ohh kite mengalami naseb yg same!
kebabian enn org2 tu!

Amin Ahmad said...

Pergh, dari cara kau menulis ini, jika orang ini wujud..dia sangatlah ****.

Sepanjang aku hidup, budak laki pun ramai yang selekeh, tp mcm kau punya kes ni tak dapat dibayangkanla..

Anonymous said...

kalau sebilik.. kes aku sama cam no 1. Orang nak tido awal atau tido petang...(atau study) kengkawan datang bilik buat bising. Nak sembang takpe, perlu ke sembang dgn suara yg kuat?

bila ckp dlm tepon bukan main lembut suara... bila geng dtg masyaAllah. suara kuat cam laki.

kes no.2 lain lak. diorg kalo kelas lagi awal bangun lmbt, siap lambat, mandi lambat. Bila dah 5 minit nak nak kul 9 baru kelam-kabut. nasib baik naik motor, ada kenderaan pon jgn la suka2 gi lambat.

Syafiq Samuji said...

klu aku plak.. ade lg.. aku benci org yg rendam baju pastu biar lelame smpi berbau cam pelaq.. nie byk jd time aku kat asrama dulu la..

gdsjht said...

aku selalu tulis pasal housemate yang gampang macamni. ingatkan aku sorang je yang bermasalah rupanya kau pun rasa benda sama.

wehhh sumpah panas gila kalau housemate + roommate macmni gayanya.

rasa nak tulis pukimak dekat a4 paper lepastu lekat kat dahi dia. bangang macam cipan.

aku rasa en, housmate kau patut duduk serumah dan sebilik dengan housemate aku doh.

Anonymous said...

alamak...saya freeloader...
hinanya...

siggplus said...

kalau dapat yang suka kentut depan muka lagi macam haram

ZirCon gurL said...

no 6 paling aku benci!
xreti basuh smpai sinki tersumbat..
aduh..nyusahkan semua pihak!
busuk 1 dapo..huh~

pjoe said...

betul2
bertolak ansur pun ada hadnya

dulu, masa aku dok matrix, siap pinjam boxer aku lagi
mentang2 boxer aku ada gambar homer simpsons

keji ok!
*snap finger

MariaFaizal said...

I used to have girl housemate from hell too!I was already working at the time & started appreciating 2-piece suits (my fav masa tu EdmundSer)& parfums.I lost 2 or 3 suits & my parfums - makin less & less each day (she couldn't top up wz H2O,if not...).

Couldn't take it, I moved out & stayed wz Guy housemates then.And, I met my hubby....:)Happy ending.

Amak said...

aku belajar asam garam duduk rumah sewa dengan rakan sewaan ni, sejak dari aku 18 taun lepas SPM. then masuk poly pun menyewa jugak. bersilih ganti roomate, housemate aku dah jumpa.

Pengalaman yg mcm cibet, membuatkan aku serik nak menyewa rumah dengan org lain sekarang.

Sebab tu aku sanggup ulang alik dari Hartamas ke KKB hari-hari. Dari bayar RM350 bulan-bulan tapi housemate mcm aram.

Nak duduk sorang-sorang, mahal sangat pulak kos.

MAGENTA, entri kamu kali ni, buat luka lama aku berdarah kembali lah.

Anonymous said...

haha..bad mood nampak?

aku xtau la yg ni to what extend dia betul tapi yg topup balik sabun dgn air tu benda biasa ja kalo sabun tu dah nak abis...kat umah mak aku selalu buat..kat sini roomate pon selalu buat utk sabun basuh baju..supaya xmembazir..

- said...
This comment has been removed by the author.
Dora Tora said...

masalah yang menghantui saya

kalau sebilik : no.1

rasa mcm nk bg mkn selipar.

Anonymous said...

so far aku tak kisah hal bebudak umah aku

tolerate...tapi semua dalam rumah tu tau....kalau aku sound...aku terus cakap depan muka

sebulan aku ada 2,3 hari jer....lain aku kat umah mak/bapak aku...sewa tetap bayar...walaupun aku jarang duduk

NeemoNeemo™ said...

Oh yeah, dah lama tak rasa perkara-perkara tersebut. Sebab duk apartment sorang2.Bebas.Takyah pakai baju pun.

Satu lagi yg bleh masuk list ialah roommate phonesex dgn bf dia walopun pelan cukup kuat utk kita terdgr kejian itu.Kamon la, waktu tgh malam bunyi lebih senang travel la!

magenta said...

Facet: Jangan risau, aku tak marah dah. Aku bengang2 kejap je. Haha tu lah aku. Kalau marah tulis kat blog je. Tak ganas langsung!

Z: Tsk. Entri yang marah ni menghiburkan ke. Tapi sekarang I tak marah dah. Haha. Bagus! Anti-tobacco freshener is goood!

Cik Nolz: WAH melampau gila minah tu dia guna buku kau untuk tutup mangkuk yang ada maggi?? Aku pun tergamam sampai tergelak.

Kalau boleh aku nak je, cumanya aku geli nak pegang pad dia and tampal atas dahi. Wahaha. Nak buang pun aku bungkus tisu banyak2 baru aku buangkan.

Beda: Beda, kau cuba petua Miezi. Hahaha. Macam best je aku baca.


Pewaris Reformasi: Macam aku tulis kat atas tu, tak semua dari pengalaman, some aku dengar dari kawan2 yang complain kat aku. Macam biasanya, paling banyak pun seorang tu ada 2 je daripada ciri2 kat atas tu.

Fallspoet: Haha tu la. Kalau ngan kita2 je bukan main dia kecoh, bising. Kalau dengan laki bukan main kontrol ayu, cakap pun lembut je.

Aku tak kisah sangat orang nak bangun lambat ke awal..asal jangan bising sangat. Macam dulu aku ada roommate yang suka mandi kol 5am macamtu tapi dia sangat bertimbang rasa, kadang2 aku tak sedar pun dia dah pergi mandi and dah balik, walaupun aku senang terjaga.

47: But I'm a pacifist *buat muka innocent* Wahaha.

Gaco: Ah, aku paham! Kadang2 lama sangat sampai nyamuk sempat membiak semua lagi dalam baldi. Sati toilet leh busuk..

Gadisjahat: Hahaha ni kisah lama gila. Lagipun bukan semua pasal housemate aku je, aku gabungkan semua kisah horror roommate dalam senarai ni. Kira sapa2 yang baca pastu terasa tu, cepat2la berubah hahaha.

Hina: Kau buat lawak ye. Siap kau dalam bas nanti.

Siggplus: Hahaha adik aku selalu kena macamtu. Abang aku buat kat dia. Tapi kalau roommate kau, kau kencing dalam gayung pastu letak tangan dia dalam tu masa dia tido hahaha. Kejam gila aku.

Zircon Gurl: Betul! Aku benci bila tersumbat sebab pakai letak pinggan tapi tak buang sisa2 dalam tong sampah dulu. Macam ish, pemalasnya. Pastu dah tersumbat tu tak nak kutip ngan tangan sebab konon jijik. Padahal sisa tulang dia jugak!

Pjoe: Snap2 finger ni aku teringat Padiyappa siottt. Keji gila pinjam boxers! Aku geli nak pikirkan kalau satu malam tu dia pinjam pastu termimpi yang bukan2 hahaha. Kesian boxers menjadi mangsa perebutan.

Husni: Kisah benar ni. Dulu kat Akasia selalu terjadi. Tengah basuh baju tiba-tiba tuang Dynamo, "eh, pehal Dynamo biru pekat ni boleh jadi putih dan cair??"

MariaFaizal: She took your suits?? Omg teruknya dan sungguh tak malu. Some people you know, they get so 'teringin' when they see what you have tapi can't be bothered to work for it..haih.

Ladynoe: Aku tengok kawan2 aku yang paling tak ada masalah dengan housemates, biasanya diorang sewa sama2 tapi buat hal masing2. Masing2 kunci diri dalam bilik, makan je sama2 (tu pun kadang2 je).

Aku pernah ada roommate yang ngam dengan aku. Sekali tu untuk 2 tahun, yang lagi satu untuk 2 bulan. Yang lain tu aku attribute sebab aku berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

Jipo: Haha pagi tadi memang aku benganggg. Tapi sekarang dah ok dah. Kalau macam korang buat tu ok, sebab korang bertiga share sabun kan, mak aku pun selalu buat. Tapi ni dia buat sampai nisbah air: sabun= 9:1. Haha. Dahla dia asyik pakai sabun aku, sabun sendiri tak mau pakai..grr

The Social Puppet: Baca inbox kau masa kau mandi? Hahahhaa perangai macam awek yang queen control! Yang pasal baju tu serius kau kena tegur. Kalau tak dia akan buat sampai bila2.

Natto: Tak pun baling selipar? Apakata kau pasang music setiap kali dia nak tidur atau belum bangun hahaha. Serius dowh, aku bengang gila kalau orang kacau tido aku. Tidur and makanan, tolong jangan kacau.

Erm: Ala dok 2,3 hari je sebulan? Ish, kalau ko dok penuh sebulan mesti ko ada rasa macam culture shock sikit.

Neem: Berfon seks malam2? Hahahhaa gersang, gersang.

"Abang...u tengah pakai ape tew?"

"Ala...spenda Superman yang u suke tew.."

"Hihihiks~~~"

Ahhh sakit mental bila aku cuba bayangkan. Think happy thoughts Magenta, think happy thoughts!

sarahistheone said...

6. Kau bawak lelaki masuk bilik tidur masa aku ada dan kau make out dengan dia depan aku. Macam babi. Babi kan tak tau malu.


boyfriend I kena dengan roommate yang bawa perempuan lepas tu senyap-senyap make out (katil sebelah-sebelah dengan my bf), sedar-sedar dia bangun je katil sebelah ada perempuan. wtf kan. nak bawak ke apa ke inform dulu boleh tak, orang tengah tidur sume tu agak seganlah.


apa you cakap ni banyak jadi dekat kawan I, yang paling tak best bila kawan sibuk nak bawak tetatmu time kita nak exam tapi tak tanya kita awal-awal

sarahistheone said...

komen entri ni pun kelakar2. anyway, betul neem cakap bab phone sex. atau cakap phone.


i pernah ada kawan yang halau roommate dia sebab dia nak cakap telefon. jenis apakah itu? patut dia lah keluar kan cari port lain. i tahu sebab satu hari i tumpang tidur jap masa I buat esemen sesama sekali time baru nak terlelap, bf dia call dan I disuruh keluar bilik. terus balik bilik sendiri sudah

Anonymous said...

ada ke idea kencing dalam gayung.....sama macam nasi kangkang siot

wekkk

tu laa...aku jarang ada rumah sewa...aku balik umah tgk tilam aku yang tebal tu dinikmati oleh orang lain....siap ada bentuk badan dah...spring dah loose

rasa nak marah tp tu benda biasa je kot....asam garam.....ada freeloader dtg umah...bawak tepung aper semua....masak cekodok...buat air tengok bola...pastu tinggal je kat ruang tamu...mmg best...pinggan mangkuk waktu masak tu pun tinggal je....cam sial

The Wifey said...

mak aih.pad main tinggal?mcm kat hostel plak.dari ko buat amal jariah utk dia,baik ko tulis note tampal kat pintu bilik air.

"hoi bodo apehal kes main tinggal barang ko ni ha?aku jampi perah limau kang!"

warden aku dulu ugut mcm tu.baru ada yang nak mengaku.

nasib aku duduk seorang.kalau ada apa2 pun,nak salah siapa lagi,aku jelah.

hehe

Anonymous said...

masa dok kat hostel dgn omputih2 lain diorg xpaham konsep "pencairan sabun basuh pinggan" aku..

aku selalu cairkan sabun tu dlm bekas lain sbb jimat skit..tapi diorg selalu basuh bekas tu..haha bengang gak la..

tapi leh paham gak la sbb diorg xmasak sgt pon so xselalu guna pinggan..aku lain la..basuh periuk,board pemotong,pisau,etc..

Anonymous said...

aku pnjam baju roommate aku,mekap die,kdg2 aku suruh die mekapkan aku.;p roommate aku comel wpn die xsuke aku ppgl die comel.xsedar diri kiut.hahaha

ceri masam said...

gila dasat roommate kau!!!
memang real ke semua nih?

wuyo!

penyelamat dunia said...

haha. pastuh masa nak keluar makan ada je orang jerit "pessann pesssann" dengan suara high pitch sengau yang sengaja buat-buat nak suruh bungkuskan nasik dengan ayam. tapi sebenarnya aku tak tahu bende nih annoying ke tak sebab aku yang suka buat wakuhgheakuukgea.

ok ah maybe ada satu bende annoying. mereka yang selalu ulang satu lagu je kat winamp. tak kesah sangat ah, tapi kalau lagu tuh by artis yang kau menyampah and esok pagi kau bangun and tiba-tiba kau tersuka lagu tuh tak ke dilemma.

Anonymous said...

Kalu korang tinggal dengan housemate yang lembut, lagi lah.

Rumah mmg best cuci bersih. Dapur pun tak berminya.

Tapi bila diorang senyum.....orang Kedah kata seriyat darah (hyperventilate lah korang).

magenta said...

Sarah is the One: Eh, nama you ada asterisk sekarang hehe. Memang wtf la make out bila roommate tengah tido kat sebelah. Betul! I tak suka orang nak datang time exam pastu expect kita nak buatkan dia makanan semua, bawak jalan2 lagi haih. Lagi2 kalau tanya sehari sebelum tu memang rimas. Pastu buat kita rasa bersalah nak cakap no sebab diorang cakap tak tau nak tumpang mana dah, so terpaksa accept sebab kesian.

Gosh, nasib baik dulu masa I ada roommate kitorang macam dah paham2 kalau nak gayut kat telefon tu kitorang lepak kat bawah, bukan nak halau the other person. I really feel sorry for your friend yang jadi roommate to budak yang halau orang lain bila nak cakap dalam fon.

Erm: Aku dengar kalau kita letak tangan orang dalam air masa dia tengah tido, dia akan terkencing atas katil tau. Tak tau la betul ke tak. Hahahah tilam tu ada bentuk badan seksi tak? Ok la tu, at least dia bawak tepung, ko habiskan je cokodok dia. Dia selalu lepak sana sebab housemate dia sendiri tak best kot.

Asra: Hahahaha oooo kalau jampi reti pulak takut eh diorang ni. Wargh aku benci orang tinggalkan pad dalam toilet. Benci benci benci.

Jipo: Hahahaha lawak gila. Diorang basuh bekas air sabun tu? Hahahaa. Aku teringat dulu ang cerita diorang tak guna tempat nak letak dishes untuk keringkan pinggan tu, macam what's the point letak kat situ? Perhiasan dapur kot.

AnnaMolly: Ko dengan roommate kau dulu simbiosis kan? Hahahaha macam lagu Ella. Rama-rama... =))

Ada sorang housemate kau tu cakap ngan aku bila nak pinjam baju kurung nak pergi wedding je..siot betul.Roommate ko comel? Tak langsung..muka tua dowh..kalau ko cakap ko comel masuk akal gak. Ni roommate ko sekarang siap ada orang tanya dah kawin belum hahaha babi betul.

One Love: Loh, kan aku tulis kat perenggan yang ketiga terakhir-

Tak semua ni pengalaman aku sendiri, ada yang aku dengar daripada orang gak. Kira aku lucky gak la, dua kali je pernah ada housemates dari neraka.

Aku tak pernah ada roommate sial sebenarnya. Eh cop, pernah. Selama 6 minggu je.

Penyangak: Macam lagu High School M usical ke? Hahaha. Aku suka buat macamtu, repeat satu lagu berpuluh2 kali. Sampai sekali kakak aku tegur, aku ni tak ada lagu lain ke.

Pesan tu aku tak kisah sangat, cuma kalau dah selalu tu kasi tip la wei. Haha.

Tuan Caracol: Eh diorang tak pernah senyum kat aku lagi. Aku belum mengenali perasaan seriyat darah tu. Huhu!

mrblind said...

best baca tulisan lu..banyak pengalaman lu..

btw: gua dah link blog lu..harap sudi..

nodadosa said...

tatau la , mungkin gua jenis tak suka marah2 ke camna.. tapi penah dpt housemate yg byk2 karenah.. dia bole buat tapi orang lain takleh.. mcm dia bleh bawak balik perempuan tido rumah tapi orang lain takbleh katanya nnt line panas.. gua blasah gitar dia suruh slow2.. tapi kalau dia tu stakat reti power chord je bukak volume sampai nak pecah amp tu.. jiran pon sampai jenguk.. hahaha tapi lelaki susah sket nak amek hati ke buat bergadoh ke.. sbb kang susah2 gua mintak tlg dia gak kadang2.. sesak2 pinjam lime hengget juge.. hahahaha mungkin la.. n mungkin gua ngan dia satu kepala bab tinggal pinggan dlm sinki.. ahhaahahaha sampai awek sendiri datang yg bersih kan.. hahahahaah mmg tabiat lelaki kot .. ( tp tak semua lelaki la mcm kami.. )

Ingrid Dients said...

Holy crap. I pay RM80 to become a freeloader. Bodoh punya megaupload.

I think I penah buat list mcm ni dulu..u penah baca, but then you belum masuk uni. Got some mcm your list jugak. It was 50 things I hate about ***** and tak sampai 50 pun, tapi i buat gak numbering tu in anticipation of future sh|t she might do to me..hahaha.

Gayah Gebu said...

nak cite pasal roomy atau housemate yang perangai cam ba alif ba ya nih memang boleh penuh satu page blog kan. aku punye housemates pun mim alip lam sim jugak tapi at least diorang ada kat rumah sebulan 2 kali je kot. so takde la bersepah sangat rumahnya.


oh ye.. pasal entri keliru tu kan.. aku tunjuk kat bos aku. tau dia cakap apa: aik? you takde langsung guna otak pun bole nampak mende ni berpusing anti-clockwise eh? ajaib nya!!


tak tau la nak kecik ati ke tak...

Kril said...

Lol. Hal² kebersihan dan kekemasan rumah aku tak kisah sangat sebab sebulan sekali, rumah akan bersih dan kemas kejap. Sekejap je la.

Tapi aku anti betul kaki torrent tak beradab. Download 9-10 torrent sekaligus pastu buat internet aku jadi slow. Dah sound suruh download satu² pun buat gak. Panas betul aku. Nak je aku cekik dengan wayar RJ45.

Yes, internet is seriose biznaz. Lol.

broken_nigina said...

entri nih sungguh menghiburkan..
cik magenta,anda comel bila marah.
lol.

Littlesilence said...

kalau saya..saya prefer to be alone.. takde la sakit hati sangat kalo dok sorang2.. tp kalau bosan pon..rasanye banyak benda lain bley buat kot.. hurmm..

tapi..tak sangka plak..ade ea manusia mcm ni? (refer to ur entri) haish..makin pelik manusia ni..

Anonymous said...

..saya bukan hamba yang hina...panggil saya hina huniya...semua warna adalah kegemaran sya...

koboi said...

err...masih di tulis oleh orang yang sama ke ni?? treetttt....
rilex. hidup memang macam ni. berjumpa dengan orang macam ni akan membuatkan kita lebih menghargai orang2 yang tak macam ni.
p/s: aku pun pernah merasa ni semua. yang bezanya, dia seorang lelaki.

Kasut But Ceri Merah said...

juga stress kalo roomate/hsemate kite tu pengotor tahan cipan dan pemalasss sampai langsung xnk kemas umah kan!

the artist and i said...

sokong SEMUA!

kebanyakkannya sama!

byk pengalaman ms weed. paling tak tahan masa dok shah alam dengan strangers sebab terdesak, baru sampai dari kedah.

tidur katil kat atas, pastu mlm2 goyang depan dok menggongkek kat bawah. babi kan?

ada juga yang guna washing machine sampai rosak. ingat duit bapak dia kah? pastu tak mengaku!

paling babi adalah hempas pintu alasan "dah biasa.."

macam aram kan?

Hadi said...

klau tensyen dgn housemate, campak n kurung dalam stor.. suruh dia makan lipas2 yang ade..

magenta said...

Mrblind: Banyak ke? Haha takdela banyak sangat. Sila-sila. Gua sudi je hehe.

Nodadosa: Gua jarang sound orang sebenarnya, kat blog je nak puaskan rasa marah tu. Marah orang kat blog pun jarang. Bab basuh pinggan tu ok kot kalau housemate sekepala, gua dulu masa dok sorang2 mesti malas sikit nak basuh pinggan huhuhu. Tapi dok ngan orang memang rajin la haha.

Bovril: #1 was based on ***** ( what you told me la). Hahha. I didn't read it, but I think you told me kot. Paling ingat yang #1 tu la.

Smurfette: Hahaha best la tu kalau roommate jarang ada kat rumah. Kadang2 boleh berangan macam dok sorang2.

Hahaha siot je boss tu cakap macamtu. Lain kali reply kat dia.."Boss..I ni low profile tau..saja je pura-pura legally blonde tapi sebenarnya tak. Still waters run deep ok"...ececece..

Kril: Wahaha. Aku pun kaki download tau. Tapi aku max pun download 2 torrent pasa satu masa. Cepat sikit siap. Aku tak suka kalau orang download AND pakai voip sekaligus. Mak aih, lambatnya internet lepastu.

Broken Nigina: Ish ish tak comel langsung. Bila baca balik entri nih, peh, emonya aku. Dahla banyak cakap babi ngan sial huahuahua

Silence: Ada..tapi tengokla, kalau bernasib baik, tak jumpa kot diorang.

Koboi: Hahahha tu la bila aku bengang jadi macam Incredible Hulk pulak. Betul tu, kalau aku jumpa orang yang hygiene aku bersyukur.

Gee Cramen: Betul. Hahaha. Kalau tak rajin kemas tapi tak pengotor sangat ok lagi!

Ms Weed: Memang macam aram. Cakap dah biasa tapi depan laki reti pulak nak kontrol lemah-lembik. Hish. Rosakkan mesin basuh pastu taknak ngaku? Dahla benda mahal!

Hadi: Hahah pastu letak semua pinggan yang tak dibasuh tu dalam stor tu gak supaya semua lipas datang gak. Wahahah. Kasi dia makan lipas macam Fear Factor.

Anonymous said...

x-rumet aku( suke tunjuk die ade bf) gayut time mlm2 ngan bf...kalu time gaduh lg la...sore bajet slow..bodoh1252442251trillion...hrp hostel free je kalu x dah lame aku halau..

Unknown said...

talking about housemates from hell, yang marahnyer diorang nih sesama perempuan..tp perangai pengotor nak mampus. paling tension tuh kalau nk keluar bukan main melawa lagi, tapi xreti nk jaga rumah. earlier this year i had a terrible fight with my housemates about this. i bukan mintak benda pelik2 pun, just basuh pinggan straight away n buang sampah *esp kulit bawang* straight into the bin instead of dekat tepi2. itu pun susah ke. huh. tapi dialahh yg perempuan melayu terakhirnyer. in front of guys bukan main manis lagi. ughhhhh!!!!!

Anonymous said...

..ala wat lawak sikit-sikit pagi2 ni ok ape..tak kan tak bley..hehe
roommate pandaiwat lawak labest..

khairuld7 said...

wahhhh..
eh, hi dulu..
b4 this aku silent reader nko tapi entry ni sgt2 menarik perhatian aku..
em, aku nak tambah satu point..

11. Dah tidur atas katil / tilam aku sampai cadar tilan tu tertarik sume pastu dah bangun ngan selamba je nko tak kemas balik. boleh siap tendang & terpijak lagi bantal aku. mmg dasar b*tch x sedar diuntung!!


hee.. ok, tu je..

Anonymous said...

Need some distraction? A beautiful release?

http://www.youtube.com/watch?v=a8uGL2JEBnM
or
http://www.youtube.com/watch?v=IrwGSpJvc8M

-GemoQ- said...

hah.. gila annoying dpt roomates/housemates cam gampang.

penah sekali bwk manusia berlainan jantina balik tak info dulu. satu kerja plak kena lepak luar rumah. ya la kan, if nak kantoi ko kantoi sorang aku tak nak terlibat. sesia je kena kahwin free. bwk pasangan sendiri tu okay lagi, ni bwk cam satu bas. gila weih! dah buat notis 'berlainan jantina tidak dibenarkan masuk' pun buat gak. bebal ke ape.

yg paling aku hangin, berak/kencing tak reti nak flush. tak ke bila aku buka pintu toilet tu bau-bauan dia semerbak! wtf la kan!

pastu bela binatang tak reti nak jaga, letak rabbit dalam bakul tong sampah yg diterbalik kan. kekejaman kot! bodoh nye manusia! marah plak aku ni! maaf aku jadikan blog ko tmpt luahan perasaan.

magenta said...

Anonymous: Wahaha aku pun menyampah la dengan orang yang suka tunjuk dia ada bf ni. Macam dia sorang je ada.

Sky: Ha, you're back! Been wondering if you even read my blog anymore. Tu lah, I hate perempuan yang suka buat2 rajin and pembersih depan lelaki tetapi kat rumah, mak aihh. Tahap pengotornya kalah lelaki bujang.

Hina: Eh sorry. Baru sedar aku lupa nak reply komen kay kat aku. Aku tak marah la. Ya, roommate aku dulu pun lawak orangnya.

d7: Hahahaha dia tendang bantal kau? Ish ish. Apakata bila dia takda dalam bilik and kau rasa nak kentut, kau kentut atas bantal dia sebagai revenge hahahaaha.

Anonymous: Hmmm ok.

Gemuq DADD: Hahhh wth dia letak rabbit dalam bakul sampah yang terbalik? Siot betul! Ah, kekejaman. Bab tak flush tu aku tergamam la. Ada lagi ke orang cam ni? Tak senonoh betul. Tsk tsk. Takpe, blog aku memang tempat luahan perasaan. Aku blog pun sebab nak luahkan perasaan huhu.

The Pretty Junks said...

hmmm sorryla menyibuk.. blog-hopping pastu blog ko cam best la pulak, aku pun tersangkut baca sampai post yg ni. sebijik cam apa jadik kat aku. well a couple of the things yg ko mentioned la, not all of them.

memang sakit hati macam s**l.

and oh, esp bila pinjam notes pastu taktau nak pulangkan n buat cam notes sendiri jadik buruk gila macam ikan masin. memang la aku baran.

(eh aku harap ko tak kisah aku bahasakan diri aku, aku. cam lebih puas ati cakap camtu =) )

magenta said...

Melissa: Aku tak kisah. Aku pun lebih selesa blogging guna 'kau aku'.

cik puan daun said...

aku pernah ada housemate yang tak bertegur dengan satu rumah.. tapi bila tetamu datang.. baik gila mcm dia warisan wanita terakhir.. gila fake.. benci aku..

Aku tak suka ada roommate daripada dulu lagi.. housemate tu terpaksa laa.. takkan nak bayar sewa rumah mahal-mahal.. but sekarang nih.. housemate aku adalah laki aku yang sangat rajin.. ehehehe.. best!

Unknown said...

aku dh pnah rasa smue yg ko rs tu..nk maki pun kwn..tp mmg agak sial la!!dari zaman U smpi la skang!!!

Anonymous said...

aku setujuuuu semua!

tapi yang aku paling anti yang no 1 bab roomate tu.

am said...

sori mencelah,

aku slalu dpt housemate dan kadang2 roomate yg bilamana dia keluar dr toilet, dia selamba trus ja jln tanpa langsung nak cuba lap keringkan tapak kaki even kain lap kaki tu dah tersedia dpn pintu toilet. dgn tapak kaki yg berair tu dia jln sana sini. ia akan menyebabkan lantai rumah berair, mengganggu perjalanan org2 lain dlm rumah dan pastinya org lain dlm rumah akan terfikir air yg dia bwk keluar dr toilet ni ntah bersih atau tak. adoiii jenuh..

ann said...

like this entry ! kadang2 ada gak pengalaman macam ni. nak letak kat blog yep :)

laily_liey said...

aku ada sorang housemate yang camni... macam bela budak kecik tahu tak... dia pakai baju, melawa bagai nak rak tapi hakikatnya pengotor nak mampus!!! gelas and basuh pinggan pun tak, cuci tiolet pun tak, masak pun tak, kerja dia duk gayut je ngan boyfiend dia... sakit hati ni tau, dah la semua benda org yg buat, bukan nk cakap terima kasih ke apa, siap komen2 and kutuk org lagi... ni kalau ada laki nanti ni, tak tau la aku... harap dia cepat sedar ngan perangai sendiri...

Anonymous said...

Slalu ada problem dgn housemate.. mcm list kt atas gk la.. aq try tolerate..sabar.. tp yg 1 ni (housemate yg skrg) mmg buat aq bengang sampaii x selera nk mkn.. se loya. Mana x nye kalau stiap kali aq guna tandas aq yg kne bersihkan najis ko? Aq tahu la flush tu rosak tp org lain boleh ja jirus bersih2 lepas guna so apa masalah ko?! Aq musykil jgk #$%^* ko tu ko basuh ke x?? Da tampal notis sikit punya lembut ayat pun x jalan.. $%^&*# pye perempuan!! Loya aq~ _by: gadis emo jgk!

Anonymous said...

70% yg di listkan ada pada hsmate sya, mmg setan n babi pmpuan ni.. keluar n masuk umh mmg jenis x sopan, rasa malu dgn jiran2, klu mkn pun sudu berlaga2 dgn pinggan. Muka je lawa tp pengotor. Bilik mcm reban ayam. Bilik air x pernah nak sental alasan sakit tgan. Nak je carut n maki depan2 ckp mak ko x ajar ke

Anonymous said...

Elok dduk sorg2 dr ade hsmate mcm setan ni... lma2 kita boleh jadi gila

Anonymous said...

5,6 n 9 sy pernh jumpa.

Anonymous said...

terjumpa entri ni selepas 10 tahun kewujudannya. kui2.

sakit hati juga dengan housemate ni. tapi bersabarlah. sabarlah sebagaimana nanti kalau kot2 anak kita pun terperangai sama cam dia, dan kita harapkan housemate dia nanti mcm mana. nk tegur dia mcm mana. nk react mcm mana dgn anak kita nanti. sbb kdg2 prangai seseorang ni mcm mata rabun atau tak la. Dia sendiri pun tak minta dijadikan rabun. atau buta. mmg tuhan dah tanamkan perangai dia, atau pun boleh kite kate ujian bagi diri dia, mcm tu. jadi, kita sebagai org yg tak diuji dgn personaliti diri mcm tu, kena bantu dia atasinya. insyallah, dia pun akan bantu ujian atas diri kita.

td igt nk submit komen cerita panjang details everything housemate buat drp mula2 bersama + recent things yg tersakit hati, iaitu stoking hilang, and syak dia ambil. tengah2 tulis ni masuk maghrib. solat jap, time2 solat nampak stoking yg igtkn dia ambil td duk terselit kt bawah kain2 lain. So, kdg2 benda salah dia buat sikit je, tp setan duk laga2 kita suh prasangka mslh2 lain pun dia buat.

dan kita ni kalau nk harap org berubah mmg jgn haraplah. dia kdg2 tegur mcm mana pun, kalau dia tak ditakdirkan diberi hidayah utk faham apa silap dia, mmg xkan fahamlah.

so, kalau degil tegur pun tak makan, mmg sengaja menyusahkan orang tu, kita pindah je lah keluar. drp kita kumpul banyak dosa mengumpat dia, mencaci dia. belum masa lagi dia faham lah tu, biar orang lain plak tegur dia, kdg2 prangai dia tu perlu utk dia survive dunia dia. dengan cara dia dibesarkan ape seme. dgn personaliti dia juga. kalau kita paksa dia berubah sangat pun takut mende tu efek dia punya future life. jadi gila ke, atau demotivate nk keje ke, nk hidup ke. biarlah dia faham slow2. kalau kita mampu untuk bagi solusi lain seperti pindah keluar je, anggap kita tolong dia senyap2 sudah. dan semoga dengan tu, kita menjadi orang yang lebih beruntung di akhirat kelak. amin.