We're just two lost souls
Swimming in a fish bowl
Year after year.
Bebop suka pakai baju hitam. Kalau bukan hitam, putih atau kelabu. Kalau bukan warna-warna itu, mesti sebab baju itu ada gambar Division Bell atau apa-apa yang seangkatan. Kemudian dia suka pakai seluar 3 quarter warna beige atau hitam dengan selipar sandal.
Aku suka Bebop sebab dia seorang sinis yang kelakar. Solusi dia untuk segala masalah adalah dengan melempang pembawa masalah. Kalau dia menyampah dengan sesuatu, contohnya gadis-gadis gedik, dia pasti akan cakap, "Perasan manja lak. Lempang kang." Aku akan cuba menahan gelak dan berkata dengan serius,
"Hoi, mana boleh main-main lempang anak orang."
"He he. Ugut je tu, " dia akan menjawab.
Aku rasa kelakar kerana perangai sinisnya tak kena dengan rupa. Sebelum Bebop memotong rambutnya paras bahu yang lurus seperti model Pantene, dia kelihatan seperti otai. Sekarang dia nampak macam budak sekolah menengah walaupun dia lebih tua daripada aku. Kadang-kadang kesinisan dia membuatkan aku keliru. Macam budak kecil yang berperangai seperti orang tua.
Wavelength kami lebih kurang. Cuma I’m Park Lane dan he’s Trafalgar Square. Aku begini kerana dilahirkan dalam persekitaran begini. Tetapi dia individu unik tanpa pertolongan sesiapa. I wish I could be
Bebop antara manusia yang tidak takut mengejar impiannya. He makes the most out of life. Aku rasa Bebop adalah seorang individu yang sangat berbakat. Dia sangat pandai main gitar tetapi kalau kena puji mesti dia nak humble-humble. Dia juga tech savvy. Tak macam aku. Dia modify semua harta kepunyaan dia sendiri. Bebop dilahirkan sebagai seseorang yang curious dan suka mencuba. Kalau aku tanya tentang sesuatu perkara, dia mesti kasi link atau suruh aku cari sendiri. Berdikari sikit, dia cakap.
So here’s the thing. Masuk tahun ni, aku dah mengenali Bebop selama 8 tahun. Dan pagi ini aku sedar dialah satu-satunya kawan lelaki yang aku akan keep in touch selepas 8 tahun no matter where I am, in what continent I am. Dan Bebop tak pernah berkata apa-apa yang ‘salah’. Maybe I am that bad at keeping in touch with people. Maybe he’s that good of a friend.
Bebop is the most non-judgmental person I know. Aku tak perlu explain diri aku kepadanya, dia sudah paham. Dia antara individu yang paling ikhlas dan baik aku pernah kenal walaupun ramai lelaki lain kalau berada di dalam situasi dia pasti akan menjadi bongkak. He’s good looking, he has a good job which he loves and he’s multitalented. Plus he’s one of the most interesting people I know.
Aku suka Bebop. Bukan suka nak jadikan dia sebagai teman lelaki. Tetapi suka jenis 'I hope you have a great life, you deserve it' punya suka. Aku harap dia jumpa seorang gadis yang baik suatu hari nanti. Buat masa ini aku tahu dia tak berminat. Lagipun taste dia lain sikit. Dia suka perempuan pandai. Dia tidak tertarik kepada perempuan cantik tetapi bodoh. This I know for a fact walaupun dia tak pernah beritahu aku.
Kadang-kadang Bebop tak pasti mahu berkahwin atau tidak. Dia risau melihat keluarga tipikal Melayu dengan anak-anak mereka. Which is a pity, sebab aku rasa kalau Bebop berkeluarga, he will raise interesting kids.
Bebop selalu teringat pada aku bila dengar lagu Strawberry Fields. Aku pun rasa Bebop seperti lagu, cuma aku tak pasti lagu apa. Dan seperti lagu yang sudah perfect dengan imperfectionsnya, aku harap lagu itu tak akan diremake atau digubah semula sampai bila-bila.
11 comments:
I used Strawberry Fields for my tribute to Jim Henson shockwave project dulu when the software mula2 kuar. Hahaha. The song is as unique as he is.
Benci betul teringat masa kecik our brother used to call me Miss Piggy.
jakunnya gua tak kenal pon lagu tu.
huhu.
tapi bebop macam best.
kemsalam kat dia.
LOL
Awwwww ur so sweet, u blog about me
thanks!
*perasan =p
takleh samakan org dengan lagu, kerana 1 lagu hanya ada 1 perspektif/arah, tapi org ada kirikananatasbawahluardalam.
apa lagi? buat tugu bebop dalam keadaan cangkung!
hahahaha
nanti bila org melawat tugu tu...aku bukak kedai jual jersey sempena euro ni
; P
Betul
ada orang kita sangat suka sama dia
but not that kind of suka
we like them for what they are..
n wish they will have a better future
Broken_nigina: LOL. Lagu tu lagu lama, tak banyak orang tau kot.
Firdauz: Tengok ayat 'rambut lurus macam Pantene' pun dah nampak sangat bukan you, kan? :p
Farizzet: Ada jugak lagu yang ada kirikananatasbawahluardalam.
Erm: Ish, Bebop terlalu bagus untuk dikomersialkan. Huhu.
MatematisMuda: Yupe. Exactly.
say hi to bebop!
*sambil menguyah happy panda biscuits , dan habis semua orang kat office i dah offer
nah, u ambik biscuits ni ye, perasa extra sunshine warna rainbows, cepat pejam mata, nganga mulut besar2
auuumm
ledisordre: That's gonna be tough to do. Bebop tak baca blog dan if he knew I wrote about him, nanti somebody's gonna get lempang-ed. Huu.
Firdauz: I want Reese's lah!!
Post a Comment