Pertama sekali aku ingin berterima kasih kepada jejaka muda berambut serabai yang mengingatkan aku kepada teka teki yang aku selalu guna bertahun-tahun dahulu untuk membuatkan orang sakit hati. Kalau aku lelaki dan mangsa aku adalah perempuan, tentu sekali teka teki aku akan disambut dengan hilai tawa gedik serta cubitan manja. Tak percaya? Cuba sendiri.
Teka teki ini ada 4 peringkat. Kalau kamu leave out 1 peringkat pun, kamu takkan berjaya. Kamu nak kena cubitan manja ke tak?
1) Soalan: Namakan 3 cara untuk memasukkan gajah ke dalam peti sejuk.
Jawapan: Siapa yang tak pernah dengar teka teki ni kan? – Buka peti, masukkan gajah, tutup peti sejuk.
(Pada masa ini, tukang jawab akan berasa smug kerana dapat jawab dengan betul. Wait, it doesn’t end here.)
2) Soalan: Suatu hari seekor singa telah buat birthday party. Dia ajak seeeeemua binatang dalam hutan tu. Semua orang datang kecuali satu binatang. Apa binatang tu?
Jawapan: Gajah dalam peti sejuk.
(Ego tukang jawab akan naik lagi sebab teka teki terlalu kacang. Dia akan mula berasa bosan.)
3) Sila beri teka teki ini sehari selepas teka teki semalam.
Soalan: Ada pemburu pergi berburu dengan anjing dia. Ada 5 ekor burung atas dahan. Dia tembak dan terkena satu burung. Sekarang ada berapa burung atas dahan?
Jawapan: 0
(Tukang jawab teka teki sekarang convinced kamu adalah super loser dengan teka teki yang tersangat lame.)
4) Peringkat paling penting.
Soalan: Pemburu tu suruh anjing dia pergi tangkap burung yang dia dapat tadi. Tapi setelah beberapa lama, anjing tu tak balik-balik. Kenapa?
(Tukang jawab akan cuba menjawab dengan pelbagai jawapan yang semuanya salah. Lepastu dia akan give up. Ini cue kamu.)
Jawapan: (deliver dengan muka buat-buat comel dan cheeky) Dia pergi birthday party singa semalam. He he.
“Eeee geramnya!”
Pilih mangsa yang lemah lembut sikit, boleh elak daripada dilempang.
Kenapa aku teringat pasal binatang ni?
Sebab entri ini, di mana aku jakun dan horrified dengan saiz biawak itu.
Gambar dari entri lama aku. Mesra alam sungguh.
Aku? Bela anak kucing yang ketagih tuna je. Masa kecik-kecik dulu aku sukala bela belalang, tapi tak sampai 2 minggu, mati. Pastu aku suka cari anak katak kat padang lepas hujan. Tangkap berudu dalam parit sebab ingatkan anak ikan.
Akhir sekali aku teringat binatang yang menyebabkan aku delete sesetengah entri dari blog ini. Bak kata seorang kawan,
"Mag, ko bagi pisang, mesti lah monyet datang."
Pisang= entri kontroversi.
Monyet= monyet lah.
Point taken.
17 comments:
Hehe, thanks for the plug. Honoured to have inspired an entry in these hallowed pages.
Where is the entry before the "you got no balls entry?"
Easeart: My pleasure. That part yang "I macam dah agak you suka tengok baldi merah gak" actually made me laughed out loud. =)
Bovril: I deleted some of the entries.
hehe. rasanya dh pernah terkena teka-teki nih. arghh! watper la anjing tu ikut pergi birthday singa. bukannya dia tinggal dlm hutan pun.
Hehe. You were one of my first victims la. You patut tengok muka you masa I kasi jawapan teka teki ni. Comel gila. :)
my 7 years old cousin came to me with this set of riddles.aku jawab semua betul.dia bengang dan tanya kenapa aku tahu.
"anis,aku yang buat teka teki tu,aku tahulah jawapan dia"
ha-ha!
bukanlah aku buat.just that i've been tested with it before and of course i already knew the answerlah kan.
:D
Hahahaha! Lawakla Asra. Mesti budak kecik tu bengang kan.
yup.everytime dia balik sekolah mesti nak tanya aku teka teki.at one time she just flipped out and starts to cry her heart out.katanya tak seronok sebab aku tak pernah terkena.
"nanti,anis dah umur mcm kak ya,mesti anis faham"
omg,lagi 18 tahun.18 tahun aku kena dengar teka teki.
wehueuehue
wahahaha. tangkap berudu. sama la. cuteness!
aku kene dengan satu set[4 jugak] lengkap teka teki ratu cantik
18sx...untuk laki sahaja
Asra: 18 tahun lagi, lama lagi tu. :)
Double Patties: Berudu agak cute. Agaklah.
Erm: Ahem. Sharing is caring.
Kesian si monyet..siapa tak sayang binatang. Mereka tak bersalah... :)
Apa lah dosa si monyet.
Pernah tenguk Planet of the Apes? Hah nanti kami lah menguasai dunia..hehehe.
'..cerita ular selalu usya dia masa dia kencing kat Perlis.'
huh!
just bcos we have Museum of Snakes it DOESN'T mean that snakes as COMMON as cats in Perlis!!
(angry...but then remembered magenta's put-spoon-in-her-mouth-to-try-new-method-of-avoiding-tears-while-cutting-onions anecdote thing...haha funny..become happy again! hahaha)
Bila monyet betina banyak mengeluarkan feromon, banyaklah monyet datang. huhuhu
Jipo: Bukan salah aku!! Haha tu Puan Kiranjeet yang cerita. Aku percaya je. Ceh. Tak ada benda lain nak imagine ke? Berkesan ok method tu.
hahaha...ok2 aku tergelak~ngeeee :D
Lawak ni kurang berkesan bila type lah. Haha.
Post a Comment