Monday, June 30, 2008

“Celupar tu Apa?”

Setiap kali aku masuk institusi pembelajaran, aku mesti jadi golongan minoriti. Semasa aku masuk sekolah menengah, aku antara 3 budak Melayu dalam kelas yang ada 42 pelajar. Masa aku masuk kolej, aku antara berapa kerat yang tidak berasal daripada sekolah berasrama dan berjantina perempuan. Dan masa aku masuk universiti, aku satu-satunya wanita Asian dalam lecture aku yang kadang-kadang ada 70 orang, kadang-kadang 100 lebih.


Di sekolah menengah, rakan sekelas semuanya seronok mengajar aku bahasa Mandarin. Aku suruh mereka mengajar aku ayat-ayat essential untuk sekolah menengah. In short, macam mana nak mencarut. Selepas sebulan, aku sudah tahu lebih kurang 5 sinonim untuk perkataan ‘chau hai’. Entah kenapa, aku teruja sangat nak mencuba semua variasi untuk mencarut, satu hari aku telah menjerit,


"Tiu nia mah so lan!"


Semua orang gelak kat aku. Ughhh, malunya. Kamu mungkin tak paham apa maksudnya, tapi kalau kamu paham, you can stop laughing at me now.


Skip 6 years. Tahun 2003. Aku satu-satunya perempuan dalam kelas yang ada 18 orang lelaki. Sebulan lepastu, aku apply untuk tukar kelas. Aku masuk kelas yang serba asing.


Aku tak tahu macam mana kami jadi deskmates. Tahu-tahu saja, Wen Xian (bukan nama sebenar) jadi deskmate aku. Sebenarnya first impression aku terhadap dia tak berapa elok la. Dia nampak macam budak lelaki yang skema gila dan pakaian dia nampak macam mak dia yang belikan. Lepas aku rapat dengan dia, aku memang cakap macamtu kat dia, pastu dia jawab dengan muka merah padam,


"Memang mak aku belikan pun lah."


Sepanjang aku dalam kelas tu, dia dan Anna lah penghibur tetap aku. Wen Xian pada luarannya kelihatan seperti budak skema tipikal. Dia rajin gila, dia buat kerja rumah dalam kelas masa lunch dan semua foldernya tersusun rapi. Tapi lepas dia kawan dengan aku dan Anna, dia jadi bising gila dan suka cakap benda merapu. Aku gelakkan dia masa aku dengar dia cakap BM untuk kali pertama dan semenjak itu, dia semakin degil nak cakap BM.


Wen Xian: Eee, apa Miss T pakai hari ni, buruknya. Aku rasa sebab ni kot tak ada orang nak kahwin dengan dia. (yes he really talks like this)

Aku: Wei ko diam boleh tak? Aku tak siap lagi buat soalan ni. Nanti dia datang sini aku takut kena panggil weaker-average student. (risau)

WX: Taste dia sangat pelik lah. OMG. (sambung membebel)

Aku: Wen Xian, ko ni mulut celupar la.

WX: Celupar? Apa tu? Benda ke?

Aku: Apasal benda lak?

WX: Yela macam mulut tempayan, tempayan tu kan benda. Ko cakap mulut celupar. Celupar tu apa wei? Macam tempayan ke?

Aku: Belanga besar.

WX: Ko ni mengada-ngada lah.

Aku: Ko tau ke apa maksud mengada-ada tu?

WX: Mengada-adakan benda yang tak ada.

Aku: Bajet cute la buat lawak macamtu.


Suatu hari, masa mata aku sakit gila sebab cucuk pakai kanta lens pagi-pagi.


Aku pandang ke luar tingkap dan mengelip mata berkali-kali untuk menghilangkan pedih. Wen Xian, setelah melihat mata aku yang merah dan berair. Pandang ke arah yang aku pandang. Pandang mamat yang duduk di sebelah tingkap.


WX: (dengan nada excited dan super kuat) Kenapa mata ko bersinar-sinar pandang Acai? Ko suka dia eh?


Kawan Acai telah terdengar perbualan kami dan sedang poke-poke Acai."Weh, aku rasa dia minat kat hang lah", aku dengar kawan Acai cakap kat dia. Acai pandang aku dengan tersipu-sipu.


Aku: Huh? Mana ada aku pandang dia. Mata aku berair sebab sakit pakai contacts la. (juga sakit hati masatu)

WX: (dengan nada menyampah) Kalau suka tu cakap lah suka. Ni menangis pulak.


Dear God, it’s like I’ve created a monster.

14 comments:

Anonymous said...

acai hensemmmmmmmmmmmmmmm

hahahaha

Z said...

WX sounds cute =)

AchiQue said...

WX itu sangat comel. hehe...

Anonymous said...

celupar tu selipar untuk orang celup. :D

Anonymous said...

haha..i know all those characters (w'pun cuba ubah ejaan ..haha).
lawaknya bila aku imagine dlm palaotak aku,cara WX cakap,etc..haha..mcm sitcom 5 minit plak...haha..
best...(tapi aku kelas lain..huhu)

kuc1n993m0k said...

u make me LOL at lunch hour..

heh..hilang stress.

:)

Anonymous said...

ko trlupa 1 lagi Mag.. eee baju ape awak pakai ni.mcm baju mkcik..

Anonymous said...

mule2 die tnye..acai tu ape..? HAHAHHA..

magenta said...

Erm: Haha pergilah kawan dengan WX tu.

Zureen & Achique: Jangan tertipu! :p

Chen: You boleh geng dengan Wen Xian lah. Haha. I bet you guys would get along great.

Jipo: Haha dia cakap pelat gila..macam omputih cakap BM. Lawak.

KucingGemok: Haha glad I made you hilang stress. :)

Anna: Hahahhaa. Lagi- "Ko pakai mekap ke?? OMG" pastu dia suka kutuk budak lagi satu yang duduk sebelah dia hahaha. Kesian 'Pino'. Hahaha aku ingat gak dia tanya Acai tu apa.

Matematis Muda said...

that WX is pure funny haha

magenta said...

Haha he is. Cara dia cakap lawak gila.

Anonymous said...

fun gile WX tuh

haha

Kucing Kertas said...

thehee...
funny.. =D

magenta said...

Tanpagraviti & Kucing Kertas : Haha bahaya kalau WX baca ni. Nanti dia jadi besar kepala.