Monday, June 16, 2008

Tanah Tumpahnya Darahku: White Supremacy


Mat Salleh yang peghak dengan Petronas Twin Towers. Korang yang dekat Malaysia ni tak tau pulak nak menghargai barang buatan Malaysia.


Minah Asia yang peghak dengan Eiffel Tower. Jauh pun tak apa lah. Ada semak samun belakang tu pun tak apa. Janji orang nampak Eiffel Tower tu.


Kita akan selalu terperangkap di bawah mentaliti ini: The whites reign supreme.


Di sini kamu akan membantah. Kamu akan berkata kamu tidak tipikal, kamu tidak memakai contant lens biru, tidak melunturkan rambut kamu, tidak mengakis kulit kamu dengan memakai segala produk pemutihan, tidak bercakap dengan accent yang dibuat-buat atau memuja artis Malaysia berwajah Pan Asian.


Tapi kamu merasakan TGIF ‘is the best!’, bercita-cita mahu ke Paris dan mengambil gambar di depan Eiffel Tower dan upload di Facebook (sebab Paris is sooooo exotic, haha), bersiul bila gadis berambut perang berbikini muncul di skrin pawagam dan beramai-ramai tergilakan seorang foreign student dalam kelas kamu.


Dan aku percaya kita masih terperangkap dan mentaliti kita tak ada lah berbeza sangat sejak 50 tahun lalu. Kita telah dibebaskan tetapi masih mahu terperangkap bawah kepercayaan ini. Sebab itu bila seorang saudara atau kawan Melayu kamu berkahwin dengan seorang Mat Salleh, semua orang dalam majlis tak habis-habis bercakap tentang betapa bertuahnya yang Melayu tu dapat partner Mat Salleh. Walaupun Mat Salleh itu seorang lelaki tua berumur 50 tahun, botak, tone kulit tak rata dan obese. Sementara makcik-makcik di sebelah aku cuba fikirkan pelbagai teori konspirasi bagaimana gadis itu dapat menambat hati Mat Salleh itu, aku sedang berfikir, ' That poor girl. She just got cheated out of the bargain'. Sebab biasanya si gadis adalah seorang perempuan yang muda, cantik dan err, bergetah.


Aku juga dulu terperangkap dalam mentaliti ini. Ini zaman semasa aku masih berada di dalam delusi-delusi aku. Zaman di mana aku bercita-cita mahu menjadi seorang psychologist, zaman di mana aku bekerja di bawah pejabat yang bekerjasama dengan organisasi Denmark dan highlight hari-hariku adalah apabila seorang jejaka Danish akan masuk pejabat dan melemparkan senyuman seribu Megawatt sambil menyapa aku dengan ‚ "Good morning, princess". Juga zaman aku sering berhajat hendak ke luar negara kerana aku berasa aku tak belong di sini. Seperti aku cakap, terperangkap bawah delusi.


Jadi aku tanganinya dengan satu-satu caranya aku tahu. Aku berdepan dengan semua delusi aku.
Aku menjadi volunteer di rumah orang gila di PJ Old Town selepas SPM. Semua cita-cita aku untuk menjadi seorang psychologist terpadam. It was a life changing experience. Aku yakin aku telah menjadi gila selepas hari pertama.


Sesetengah orang akan berkata mereka tidak mempunyai cara atau duit untuk berdepan dengan delusi mereka. Aku tak percaya itu semua. Aku percaya itu adalah cara untuk kamu memujuk hati kamu supaya tak perlu berdepan dengan delusi kamu. Mat Salleh yang datang ke Malaysia bukan datang kerana mereka memang kaya, mereka telah membuat kerja sampingan seperti menjadi posmen sejak mereka berusia 12 tahun. Jadi aku pergi ke Eropah. Mencari orang yang konon-kononnya lebih berfikiran terbuka, mencari kebebasan, mencari identiti, yada yada yada.


Jadi aku jumpa dengan manusia yang sangat berbangga dengan kebebasan bersuara mereka. Sehingga mereka bertanyakan soalan-soalan yang tak perlu ditanya. Aku jumpa di negara lain pun mereka ada prejudis yang tak masuk akal, seperti kita juga. Cuma di sana mereka bencikan orang luar, dan kita benci diri sendiri. Kita terlalu benci diri sendiri sehingga mahu mengubah paras rupa kita agar kelihatan seperti mereka.


Aku juga menjumpai bahawa di negara serba boleh, semua supermarket ditutup pada hari Ahad dan pada pukul 8pm, atau paling lewat, pukul 10pm pada hari-hari biasa. Aku juga mendapat tahu kamu akan disaman jika menyidai pakaian atau membasuh kereta pada hari Ahad.


Mungkin mata aku terlalu dikaburi dengan hendak membenci orang sendiri dan yakin bahawa orang di luar sana lebih bagus sehingga aku tak nampak perubahan kecil dengan mentaliti kita. Perubahan kecil tetapi sangat significant. Seperti telefon awam di kampung sudah tidak dijahanamkan.


Bila kita berdepan dengan delusi kita, kita akan nampak betapa bodohnya benda yang kita mahukan. Sebab ini bila aku jumpa lelaki kacak aku akan bercakap dengan dia. Lepas bercakap dengan dia, aku takkan tertarik lagi. Orang berupa paras elok selalu ada 'halo effect', kan? Kamu mesti secara automatik menganggap dia pandai dan baik. Malang sekali ada dua sahaja lelaki kacak yang aku kenal mempunyai personaliti menarik, seorang gemarkan MILFs dan seorang lagi hipokrit. Like I said, interesting.


Jadi pergilah ke Amerika. France. UK. Berdepanlah dengan delusi kamu. Negara lain mungkin seronok untuk pergi bercuti berbulan-bulan, tetapi bukan untuk hidup bertahun-tahun.
It’s not that bad, but it’s not that great either. Yang peliknya bila aku di negara orang aku selalu nak balik dan bila aku di Malaysia aku selalu ingin berada di negara lain.


Dulu aku sangat menggemari belajar bahasa dan budaya negara lain. Sekarang aku malas sangat nak belajar bahasa orang dan mudah irritated bila aku tak paham apa orang cakap. Dan aku tak teringin nak pergi negara orang putih lagidah. Aku mahu ke Afrika. Kalau kamu gelak, you’re bloody dumb. Afrika adalah 100 kali ganda lebih menarik daripada Paris yang kotor dan banyak pendatang luar asing yang jual keychain. Charlize Theron is from Africa, ok?


Di mana aku berada mungkin minyaknya ⅓ harga minyak di Malaysia, tapi Internetnya tak ada yang flatrate. Kalau di Malaysia ada 70 jenis servis Internet, di sini hanya ada 3 pilihan. Jiran aku orang Filipina ni suka jamming pagi-pagi buta. And the food sucks. Sorry. I’m kinda homesick.

43 comments:

ledisordre said...

argh mag, you may have the answer! i need to talk to you! now! nooowwwwwalszzbxcvzxzbzzzzttttt

.....

(talian terputus)

Anonymous said...

"asians are easy"
kata member aku seorang mat salleh yg tak beringgit waktu lepak minum kat bar

iqanabeera said...

i've always wanted to work in africa. the continent has this certain charm on me i can't explain.

Anonymous said...

dengan tona begini. mag is back~~ kekekeke.

p/s: aku tak pernah pon mengaku suka milf. haih.. kah2. gurau.

easeart jalil said...

Africa totally rocks. Check out Paul Theroux's 'Dark Star Safari' if you haven't.

Anonymous said...

MILF...? Hmm Men In Leoards r Funny? or many illegal lemmings fleeing or Murdered In a Lake of Fire? But someone suggested something more mundane..Monkeys In Low-Fi...

Dayana said...

miahaha. entah la kenape perlu nk jadi blonde dan bermata biru. hargailah diri kita seadanya. cewah.

magenta said...

Ledisordre: Nombor yang anda dial tidak ada dalam perkhidmatan.. :p

Anonymous: "Dumb Mat Sallehs are always under the delusion that Asians terhegeh2 nak kat diorang" -me

Iqanabeera: Yupe, agree. I've always been curious about Africa. It looks so exciting and raw on TV.

Pakali: Tapi ko suka perempuan tua kan hahaha. Gurau.

Easeart Jalil: Googling right now as I'm typing. Thanks for the recommendation. :)

LTDP: Open for interpretation.

Dayana: (sambung sendiri)...kerana dirimu begitu berharga. Hehehe.

Anonymous said...

ada sorang mamat ni...engineer jaga project klia dulu...mr brown....datang sini semua di sponsor

overated!

aku tak minat western food(mostly taste the same)....aku suka kedai makanan melayu yang infamous/almost famous...oh makan gerai untuk test calon2 awek....franchise suck

aku kurang gemar dengan sikap selesa orang kita.....ada yg buat kerja giler...beli tiket sehala ke uk dan pepandai hidup kat sana...barely make it...but seriously respect!...ada org berani?

bestfriend aku orang iran....but over sensitive over everything

jujur aku katakan...aku benci kalau orang tu kata spaghetti kat pizza hut/(hampir semua franchise kat malaysia) tu best....spaghetti sauce kat malaysia...tak sedap,dah la sikit

food is 40 variety of lauk pauk...with you holding a plate of rice....auwww heaven

Anonymous said...

haha gamba twin tower tu,masa first time aku tgk kat page xxxxxxx ko,aku kagum dan jeles sbb diorg kreatif,aku xpenah tgk lagi kat internet gamba org buat mcm tu kat twin tower.

aku plak terhegeh2 tiru idea org lain masa bergambar kat Pisa...haha,xkreatif langsung.

delusi kemuncak aku maybe time aku rebonding rambut setahun lepas..skang pon ada lagi kot delusi,haha..guna hair relaxer ja,murah dan xnampak 'ciplak' mcm rebonding..

aku pon teringin nk pegi tempat2 exotic mcm africa tuh,tapi bukan africa la,xtau la..tempat yg bahasa dia perancis (sbb aku suka bahasa tu),ada gajah aku leh tunggang,ada beruang panda,ada lumpur leh aku golek2,tinggal atas pokok,...tapi ada tandas lengkap dan bilik tidor selesa...hahahahah ada ka tempat tu? aku merepek lagi ~#+?=

Siberkop said...

So, kalau duk Venezuela best tak agaknyer?

Kalau jual kebab bleh hidup tak?

uranus said...

nice explaination... :)

dulu terlepas peluang pergi ke afrika selatan time aku study kat university dulu. blame the fever.

farizzet said...

blablabla... magenta membebel lagi. when we see them everyday, we tend to take them for granted. but its normal. if u see my work you know how much i appreciate malaysian skylines.

kuc1n993m0k said...

off-topic

suda ada idea menulis ya?

"_"

Anonymous said...

U have very interesting perspective, girl. I like....Keep it up.

Firdauz takes five said...

Mag u prejudis! Rupa paras dan personaliti i adalah antara yg paling menarik, tercantik sekali okay?

Jadi, pergilah berdepan dengan delusi kamu itu,

Kawin dengan i nak?

Anonymous said...

Jipo, kat mana nak beli hair relaxer? tak penah jumpa pun kat mesia.. I nak jugak la..haha. Rambut I tak lurus cam cik M kita :P

M-have always despised France because I thought it was overrated until I went there myself..haha. (read blog entry on why India is way more romantic than France). But couldn't help being enchanted by the media propagated illusions jugak la during nights in Paris. But was not cheated by them Africans selling keychains kat Eiffel tower..haha. Tolonglah. They chase tourists everywhere till the police came and them and chased them plak. So romantic. In Paris mmg easier to feel relaxed but in kampung places like Brest and Cherbourg I felt so panic/tertekan to make them understand my broken French since nobody (wants to) speak English. And remember, in St Malo pun ade rempit jugak ok. Cuma bikes diorang lagi besar and cantik je.

Anonymous said...

homesick?

dimanakah anda?

magenta said...

Erm: Aku suka western food yang telah dieasternkan. Haha masuk akal tak.

UK is no big deal, Melayu bersepah, sampai jumpa Melayu lain pun dah malas nak bertegur sapa. Try duduk dekat Greenland ke, jumpa orang Indon pun buat kenduri 7 hari 7 malam nanti.

Jipo: Hahaha lagi satu dia suka letak gambar kencing merata-rata. Aku pakai amik je gambar dia harap2 dia tak find out wahaha. Tapi gambar Pisa tu lagi cool kot.

Hair relaxer, first time dengar. Aku rasa Afrika kot, sebab dulu aku ada kawan Algeria, 2nd language dia French. Hahaha golek2 atas lumpur ni teringat vclip Shakira je. LOL.

Siberkop: Kebab dan Venezuela tak tau, tapi kalau jual kebab dekat Germany memang boleh hidup.

Fahmi: Alahai, sayangnya.

Farizzet: But I haven't seen your work. Heheh.

Taking things for granted isn't a good thing. Bila dah hilang we get worked up cuba mendapatkan balik something yang dah tak ada.

KucingGemok: Ya, mungkin.

Anonymous: Thank you.

Firdauz: Taknak. Nanti dapat hantaran Big Mac, biskut panda and Reese's je. Nak Mac, bukan Big Mac. Haha :p

Iknowho: Haha lawaklah Africans jual keychain tu. The way my friend was telling me macam lawak gila. Rupanya tu trademark baru Paris. But I think Italy lagi ramai rempit kot. And tak payah belajar the language in Italy, sign language is enough. Haha.

Takahara: Not at home but so near to home :(

Anonymous said...

haha ala kat msia yg Wella Hair straightener tu..hair relaxer ja sebenarnya,sbb rambut x straight pon lepas guna,rambut just di'relax'kan ja..haha,nak lurus buat la rebonding dan hidup la dlm delusi anda...

haha paris kotor...stesen underground depan Museum De Lourve tu lebih kotor dari stesen komuter Kg.Dato' Harun (haha kotor ke stesen tu?..dulu masa kat shah alam rasa mcm kotor je)

Anonymous said...

hear hear. i think to a certain extent many of us grow up with the white supremacy mentality, but what really sets us apart later is those of us who grow out of it *coughlikeyouandme* and those who don't.

and food at ____ sucks?? eee, and i was thinking of going to where you are lagi. konon banyak job ops kat sana.

bila balik msia? i'm prolly going home aug 21st. jom gi makan. i belanja la, asal jangan yang mahal mahal. :P

Anonymous said...

Africa, the motherland? Try South Africa. There you can find people with exotic names. For instance, there's this dude that worked in the casino and his name is !Xobile which pronounced by *sound made by flicking yr tongue* + pbi + lei.

There, mari bermigrasi ke South Africa and start having kids that we don't know about. Jeez, is that sound familiar?

farizzet said...

south africa - my sister went there. she said she not gonna go there again. never felt safe. she heard real gunshots in the nieghbourhood, the next day news told 3 people murdered. not as safe as europe she said.

Ingrid Dients said...

Haha..I guess Russel watched that hilarious YouTube clip too :P

Are those Philippinos still at it? I saw them from the balcony when I was there..him and his band mates I mean. Their percussionist is good! But the band mates are like kids and I think that guy plak already has kids. I didn't know they jammed sampai pagi buta though..I usually hear them in the early evening.

Pourpres~ said...

Kalau saye nak jadi bermata purple dan berambut purple macam anime tuh macam mane pulak? Hehehe. How about me yang ade affinities to the Brazilians and Venezuelans and Spaniards and Italian? White supremacy tak? Dem.

Btw, I'm not typically a people liker. So I tak paham why we go Ooooh and Aahhh over some pigmentless race. But I do understand being immersed in foreign cultures, landscapes, and appreciate the vastness of the world that way. Sebab tu nak pergi Jepun and some other places. The language, culture, history and landscapes.

Btw, hi.

Pourpres~ said...

Oh yeah since tengok The Constant Gardener, I oso want to go to Africa lah.

Anonymous said...

pourple~ saya pun dah tgk the constant gardner... emmm tapi takpun rasa nak pergi Africa. Kalau nak campur dgn gagak hitam..mai datang kampung dia oghwang kat kl ni tak payah gi Afrika lagi. Afrika dah datang kat kl! Tak bace baru2 ni local gaduh dgn foreign students pasal diaoghwang dating local girls.. hmmm Tak baca pasal munirah etc2.. pompuan Melayu yang dijadikan mules untuk bawa dadah... so think twice pasal nak pergi Afrika tu..Mat Salleh romanticise Afrika kitapun nak pergi juga.. silap2 jadi mcm Munirah tu...menangis tak berlagu.

syhagid said...
This comment has been removed by the author.
nurulazreenazlan said...

'Yang peliknya bila aku di negara orang aku selalu nak balik dan bila aku di Malaysia aku selalu ingin berada di negara lain.'

ahhh, another kindred spirit =)

i think i am guilty as charged, bukan sekali saya dituduh pemikiran saya dicemari anasir barat, dan semuanya bertahun-tahun sebelum saya ke UK.

tapi kan, awak perasan tak, orang kita memang suka jilat bontot orang putih, semua nak nampak moden, tapi yang selalu ditiru adalah benda-benda negatif sahaja atau pun on the surface sahaja. benda-benda positif seperti berfikiran terbuka, respecting individuality, transparency in governing and in conducting business, berfikiran positif dan berdaya saing, dan sebagainya takde pulak orang kita sibuk nak ikut.

sebaliknya yang sibuk kita tiru adalah benda-benda negatif. nak copy sangat gaya hidup barat walaupun tak paham cara hidup mereka. janji nampak cool.

the west is leader for world progress for a reason but they also have their own shit to deal with.

maybe we should look at why they're leaders and stop copying their shit =)

Pourpres~ said...

aduh. lupe nak explain. I'm not a people liker, pergi Afrika bukan nak jumpe or tengok orang sangat, but usha landscapes and scenery nd ambience sana. Kalau stakat nak tengok that color sangat-sangat puas sampai nak muntah dah pon.

You don't think imageries in the movie yg sgt fluid dan lucid sampai cam tak terpejam mata tengok ke?

magenta said...

Jipo: Ceh patutla tak pernah dengar, pepandai je reka term sendiri hahaha. Lepas dok kat sana, pegi mana2 pun rasa kotor. Bagi aku la.

Chen: Well, takdelah suck sangat. I'm biased you see. Haha. Tapi fast food is almost non existent. I haven't seen McD even once while I've been here. Apa lagi Carl Jr, Dominos, J Co, Krispy Kreme and what nots. But the money is good and if you don't mind the almost non existent fast food chains, marilah bekerja di sini. Hehe.

Alahai, by 21st August I dah balik Msia and balik sini already. I balik Msia 2 minggu je nanti. :(

Russel: Tuck Sum Bong? Jiu Lai Moi? Lemony !icket? Hehehe. Oi, pergi khatam balik Comedy Now. Yang start having kids we don't know about is Jamaican, ok? :p

Btw it is totally impossible for me to have kids that I don't know about, but totally possible for that to happen to a guy ten times over.

Farizzet: I've lived in Europe and murder and rape cases are just as rampant as in any other countries, cuma dorang tak heboh-hebohkan.

Bovril: I think all of them are related, cousins or something. Well not really pagi buta la, I was exaggerating. 8 am to be exact. Was still sleeping.

Pourpes: Hi :)

LOL Latinos are hot! Definitely bukan white supremacy haha. I think liking Latinos and Japanese are different in the sense that dorang memang lagi kaya dari segi culture and everything whereas Mat Salleh macam melting pot, lacking culture. People just think Mat Sallehs are cool sebab tengok MTV and all that crap.

I haven't watched The Constant Gardener. :( I got enchanted by Africa by watching the Discovery Channel. Rasa nak pergi sana and takes lots and lots of pictures.

Idontknowho: Kalau lelaki local bercakap dan berfikiran macam awak, tak heranlah local girls lebih rela dating dengan lelaki foreign.

syahgid: I off-ed the comments so that I don't have to read comments people miscontruing my entry. Like you just did.

Nurul: Ha, agree!

orang kita memang suka jilat bontot orang putih, semua nak nampak moden, tapi yang selalu ditiru adalah benda-benda negatif sahaja atau pun on the surface sahaja. benda-benda positif seperti berfikiran terbuka, respecting individuality, transparency in governing and in conducting business, berfikiran positif dan berdaya saing, dan sebagainya takde pulak orang kita sibuk nak ikut.

I ask the same question myself. Kenapa kita handal copy kereta dan tiru rancangan realiti Barat, tetapi when it comes to etika kerja dan sivik, tak sama pulak? Lagipun I'm kinda sick jumpa bimbo2 yang think it's cool acting like Miley Cyrus and crew The Hills. Sigh.

syhagid said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ekceli orang putih tak best ah kulit kasar pucat tak best ah. but 'mixed' oohh itu cerita lain jack, that's the shit. orang putih nih cam canvas berjalan, tunggu untuk di campak some soul or colour. and i got that, aku ada soul and colour. brown pride 18 and ms, vatos locos forever. aku perlu canvas putih untuk aku kencing milkshake chocolate ke atasnya sepuas-puas hati. aku sanggup korbankan kemungkinan aku score a 'mixed' mama semata-mata supaya aku dapat lahirkan spawns yang mixed. mari kita banjiri dunia ini dengan insan yang mixed. mari lelaki coloureds kita semua kencing ke atas perempuan perempuan kanvas.

magenta said...

Syhagid: Suka hati awak. Saya tak kisah dan tak habis baca pun. I doubt anyone else read it or gives a damn.

Penyagak: Aku berpendapat tak semua anak mixed tu good looking, tapi kebarangkalian dia agak tinggi. Tapi kenapa lelaki coloured yang kena kahwin perempuan Mat Salleh? Kalau perempuan coloured kahwin Mat Salleh lagi realistic, tak? Pasal setahu aku laki Mat Salleh memang ada fetish luarbiasa terhadap Asian women, tapi belum pernah lagi aku dengar perempuan omputih minat kat lelaki Asia. Tapi tu lah, perempuan local dating foreign student pun lelaki Melayu dah kecoh dan cemburu, macam mamat yang kasi komen kat atas sana pakai nick 'youknowwho2'.

Anonymous said...

again, a bunch of people who think they are wiser, smarter of liberated than the rest of malays talking.. Who are being delusional? Just because u have lived overseas, exposed on different culture and etc does not give u the right to feel intelectually superior than people who have not. Dont u think some of them would have changed their mentality had they been given the same oppurtunity? Do u think its fair to get irked over some malays who clearly never had the chance to get over their old conservative mentality. Its a failure of the system not the individual. People do not know what they are not aware of. xx

magenta said...

Dear Anonymous,

First of all, sila kemukakan ayat di mana I think I am wiser/smarter/ more liberated than the rest of the Malays.

Second of all, do you realise what you are defending? Err, last time I checked. These Malays yang suka cium bontot Mat Salleh bukan Melayu dari kampung je, tapi golongan burjuah yang kaya raya sampai mak bapak dapat hantar pergi kolej swasta dan overseas jugak.

By the way. I've never been a Mat Salleh ass-kisser, even before I lived overseas. It's called reading. And pride in your own culture, which is something these people obviously lack. Tu tak payah pergi overseas pun boleh ada beb.

xoxo!

nurulazreenazlan said...

hey magenta,

one of the haters from here sesat to my blog, haha!

farizzet said...

ade org sesat salah hantar komen la. aku cerita pasal beruk kene komen pasal bontot org puteh. dia rasa sama kot. popularnya ko.

Anonymous said...

pempwan melayu tak leh kejar mat salleh pasal pempuan banyak. pempuan melayu jadi bini kedua aku. mungkin. tengok ah camna. puki melayu hater sesat kat blog aku gak wtf, tolong ah weh melayu, melayu nih penyakit bukan kaum. bangga bangga kan lah penyakit kau tuh, macam orang bangga kena selsema. weh aku selsema! selsema selamanya!

broken_nigina said...

manusia hanya manusia.
kalau dah bodoh tu bodoh jugak.
tak mengira bangsa,agama,jantina etc.
dan satu lagi,luar itu selalunya cermin pada dalam.
kita cari jawapan dari luar,akhirnya untuk jumpa makna yang ada di dalam.
lihat apa yang kita takde selalunya menyedarkan kita tentang apa yang kita ada.
kalau nak diikutkan,rumput memang selalu nampak lebih hijau kat seberang.
kesimpulannya,memang sangat benar.
pergi la tengok sendiri dan pastikan.
selalunya,takde la hijau sangat pon.
kalo tak 2x5,lebih kusam pon mungkin.

magenta said...

Sorry to those whose blogs got spammed.

Broken Nigina: Actually ramai ada orang pemikiran macamni, the grass is always greener on the other side', tapi maybe orang kita saja yang take it to the next level.

akuYANGtipikal said...

"Kamu akan berkata kamu tidak tipikal"

hehehehe

ok2

aku tipikal :D ngeeee

unicorn said...

aku pun nak pegi africa 2010 nanti..nak tgk world cup..jmpe di sana!!