Saturday, June 21, 2008

RE: Du bist 'nen Arschloch mit Keine Gohones

Jumlah komen yang tidak diapprove sejak pertengahan bulan Mei: 27.


Aku biasanya bersikap fleksibel dan akan approve semua komen, even baseless accusations tentang diri aku.



Tapi ada 2 jenis komen yang aku memang tak akan approve sampai bila-bila.



1) Kamu menggunakan bahasa vulgar atau apa-apa cuss words yang mengandungi huruf 'k' di dalamnya, mahupun perkataan BM atau BI untuk mengutuk commenter/blogger yang lain.



2) Masih menjadi persoalan bagi aku, kenapa blog ini menjadi tarikan kepada pervs walaupun aku hanya tulis tentang isu serius dan tulis anonymously. Tapi komen berbaur lucah yang mengaitkan kamu dan aku mahupun yang detailed atau brief (Read: "I want to f*** your brains out") memang aku takkan approve. I'm not into this sort of thing. Simpan fantasi/delusi kamu dalam seluar.



Komen berbaur fasis oleh para anonymous yang tidak mempunyai a legit nick aku dah muak, tolong tak payah nak komen macam budak baru puberti yang dahagakan perhatian. I find cleaning up after my kittens' crap more worthwhile than reading your comments. Sebab itu aku tak approve komen kamu. Aku malas nak transform blog ini jadi gelanggang sarkas yang dipenuhi komen kontroversial (kontroversial bukan sebab komen itu bernas sangat, tetapi sebab terlalu menampakkan kedunguan dan membuat darah orang lain menyirap- Ingat lagi komen Aleyssa?). Aku tak suka publisiti murahan dan drama, sadly drama always seem to ensue those who abhor it.



Dan sepertimana yang aku agak, si anonymous itu rajin mencipta account blogger walaupun haram tak reti tulis blog semata-mata kerana mahu memberi komen di blog yang disable anonymous comments.



Boleh tolong pergi jumpa Wizard of Oz dan minta 'gohones'? Tell him it's on me.



Dan untuk seketika aku ingin mengambil cuti daripada menulis isu serius. Aku nak jadi 16 kejap.