Tuesday, August 19, 2008

Janganlah Paranoid Sangat

Edit: Aku ada tersilap fakta sedikit.

Bovril Lavigne said...

ada pembetulan fakta sedikit...he never had the luxury of 2 keping roti. he had to petik pucuk paku in the hutan on the 3 mile walk to school and rebus to makan. padanlah kurus kering sampai anak 4 pun..tak cukup muscle-building protein masa time membesar.

I think he got the Shell scholarship la yg meant for the malays sama ada for his grad or postgrad studies..pasal takda sorang pun layak masa tu n they had to give it to a deserving underprivileged student..tak silap i la..but i could be wrong

In the uni in Msia where he taught, he was asked to luluskan pelajar Melayu as long as they wrote SOMETHING in the answer sheet..org yg tak tulis apaper/tak hadir peperiksaan je fail..so therefore if they wrote an answer and dapat 5/100 they still pass the subject..ever wonder why the ranking uni turun a few hundred spots from the previous years? aduh..rosak rosak


Maaf. Tapi ayah aku tak pernah bercerita tentang kesusahan dia semasa muda. Dia bukan jenis yang suka bercerita tentang diri sendiri. Semua cerita ini aku dengar daripada ibu, colleagues, sesiapa yang pernah bersekolah dengannya atau aku dengar/lihat sendiri.


Pada awalnya aku tak tahu apa-apa pun tentang hal UiTM ini. Aku tak ada di Malaysia, aku dah tak baca The Star seminggu. Tapi membaca komen di entri ini, aku macam bengang sedikit.


Apa rasionalnya DEB dalam hal UiTM dan hak MELAYU@bumiputra?”
- Melalui kos pembelajaran, yuran pembayaran yang dikenakan oleh UiTM yang mana jauh lebih murah dari mana-mana IPT. Ini kerana MELAYU sebenarnya masih miskin. Dari apa yang saya tahu, sekarang hanya 35% daripada jumlah pelajar di seluruh IPT adalah bumiputra. Awak tahu kenapa? Bukan kerana MELAYU bodoh. Bukan juga kerana MELAYU malas.
Tapi, MELAYU miskin. Sebab tu tak mampu untuk sambung pelajaran. Di sinilah UiTM memainkan peranan.UiTM sediakan tempat untuk kaum MELAYU yang miskin , yang daif di bumi sendiri - untuk terus bertatih, berjalan dan berlari untuk bersaing seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Ayah aku bukan Bumiputera. Dia dilayarkan ke Sarawak sejak berumur 10 tahun tanpa reti sepatah Bahasa Melayu pun untuk bekerja di sebuah kedai runcit kecil. Dia tak ada masa nak melepak-lepak dan mengorat perempuan pada zaman persekolahan. Petang-petang dia selalunya dihabiskan di perpustakaan berbekalkan dua keping roti kerana dia tak mampu nak beli makanan di sekolah. Kemudian dia mendapat keputusan yang cukup cemerlang yang melayakkannya untuk mendapat biasiswa dalam bidang perubatan tetapi tak ada pihak yang mahu membiayainya. Seorang Pakcik berbangsa Cina yang menganggapnya sebagai anak sendiri telah membiayainya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains.


Dan sehingga beberapa tahun lalu, dia bekerja untuk membantu Melayu. Ya, selepas dia sering diejek, dicerca dan ditomah kerana bukan Melayu dan tak reti cakap BM dahulu, dia masih mahu menolong Melayu. Dia menaikkan markah-markah pelajar Melayu untuk mengimbangkan graf peperiksaan. Aku sudah lihat graf-graf itu.
Kalau dia tak tolong, memang tak ramai yang lulus pun. Sedangkan pelajar non-Bumi semuanya mendapat A dan B. Dia menaikkan gaji orang Melayu sehingga pekerja di bawahnya mendapat gaji yang lebih tinggi darinya. Dia layan saja Datuk dan Datin yang suka SMS dia bertalu-talu memaksa dia menerima anak mereka masuk universiti. Dia melayan karenah orang atasan yang suka telefon malam-malam untuk mendapat nasihat bagaimana nak mengendalikan universiti. Selepas nasihat itu dilaksanakan, orang lain yang dapat nama. Bila dia nak mencadangkan sesuatu dalam meeting, mereka selalu berkata, "Dr. X, awak diam. Awak bukan Melayu." Kawan-kawan ayah aku selalu berkata, "Ayah awak kalau Melayu, dah lama jadi Datuk/ Naib Canselor/etc." Aku dah selalu sangat dengar sampai sekarang aku dah tak kisah dah. Pasal takkan berlaku punya. And we're fine with that.


Aku pun kadang-kadang tak paham kenapa dia boleh sangat bersabar. Lepastu dia selalu pula berkata perkara-perkara seperti 'haram kutuk sesuatu kaum' jika dengar bangsa Melayu dikutuk. Walhal dia layak marah dan jadi bitter. Aku yang hanya sekadar pemerhati ni pulak yang rasa tak puas hati. Dan dia tak mahu tinggalkan negara ini selepas segala diskriminasi yang dia terima. Sedangkan dia pernah dioffer untuk tinggal di Amerika dan tempat-tempat lain untuk seumur hidup banyak kali.


Yang ironinya aku selalu perasan lepas dah dapat kenaikan gaji/lulus/promotion, jarang sekali orang Melayu berterima kasih. Selalunya kad-kad terima kasih dan hadiah yang dia bawa balik ke rumah daripada orang bukan Melayu. Padanlah asyik gagal. Tak reti nak hargai tenaga pengajar. Tak berkat langsung.


Dan tiba-tiba ada pula Melayu yang menuduh orang non Bumi mahu membuat dajal/conquer/menendang mereka dari tanah Melayu. Korang tak perasan ke semua Perdana Menteri kita tak ada seorang pun yang pure Melayu? Aku selalu berfikir bahawa sesetengah orang tak layak ditolong.
Sudahlah tak bersyukur dan berterima kasih, tak sedar langsung pulak tu orang dah banyak tolong. Lepastu pantang kena kritik.


Orang bukan Bumi semuanya kaya raya? Habistu bagaimana dengan kaum India penoreh getah di estet? Kaum Cina di kampung? Semuanya lahir-lahir kaya ke? Sebab aku pernah saja terbaca budak Cina yang mendapat straight A (aku tak ingat berapa, tak silap aku 12A1s) tetapi tak mendapat tempat di IPTA, apatah lagi biasiswa. Akhirnya terpaksa menjaga gerai bapanya. Dan kamu complain pula kenapa pelajar pandai-pandai, lagi-lagi yang bukan Bumi mahu meninggalkan Malaysia. Memang tak hairanlah, dah Malaysia pun tak reti nak menghargai orang pandai, hanya reti menghargai artis-artis seperti Mawi dan pelakon yang tak reti berlakon.


Bukankah semua orang layak untuk mendapat education, tak kira bangsa? Tujuan UiTM dibuka untuk non-Bumi pun untuk memberi peluang kepada non-Bumi yang miskin untuk belajar. Aku tak tahu kenapa, tetapi kadang-kadang aku rasa malu terhadap bangsa aku sendiri. Dan mereka tak faham kenapa.

33 comments:

Juliette said...

saya seorg pelajar UiTM and saya setuju dgn pendapat anda. Tapi saya nak tambah sedikit la eh. Tak semua org melayu ni pemalas... ade yg rajin, bekerja keras utk berjaya. tapi, org melayu ni, tak kira la rajin ke, pemalas ke, semua ade satu persamaan, iatu perasaan cemburu, dengki. Kalau anda perasan, org melayu ni tak boleh tgk org lain lebih drpd mereka. Jadi from there, mula lah fitnah dan cerita2 yg direka cipta. maybe saya ni off topic kot tapi itulah saya nak tambah sedikit kenapa melayu tak boleh betul2 maju.

Anonymous said...

melayu dlm bahasa jawa bermaksud lari.

magenta said...

Aimi, tak off topic sangat pun. Saya pun lama perasan benda ni. Saya tau ada juga ramai Melayu yang pandai dan rajin tapi biasanya mereka prefer bekerja di overseas kerana gaji yang lebih tinggi dan kerja mereka lebih dihargai di sana.

Lagi satu saya perasan ada sesetengah golongan Melayu yang bukan saja dengki dengan bangsa lain tetapi juga dengan bangsa sendiri. Ini sangat menyedihkan. Susah la nak up macamni.

Miab0011: Aaa terima kasih.

koboi said...

aku Melayu. tapi aku sokong dengan ko. aku benci melayu yang malas dan hanya tau mengharapkan subsidi. sampai nak belajar pun kena ada kuota subsidi. aku benci melayu yang takut nak bersaing. aku benci dengan orang yang mengaku melayu tapi tak tentu lagi melayunya. aku benci orang yang terlalu mengagungkan bangsanya. aku benci semagat racist.

The Wifey said...

lupakan UiTM.nanti aku bukak universiti lain.semua orang equal.fail satu paper tak ada repeat.tak kira siapa,aku terus tendang!

hur hur hur

Anonymous said...

yang datuk ko tak tanggung ayah ko tu pehal.ko kutuk melayu.tapi bangsa ayah ko sama je.biarkan anak untuk orang lain tanggung.cakap kat datuk ko,kalau tak mampu nak tanggung tak payah ada anak

magenta said...

Koboi Malaya: Nice to know ada Melayu macam kamu, tak takut nak bersaing dan tak underestimate bangsa sendiri.

Asra: Hahaha nanti banyak orang takut nak apply uni tu. Jangan lupa ajak aku mengajar kat uni tu nanti.

Anonymous: Ayah aku anak yatim. Kalau aku jadi kau, aku akan rasa bodoh gila sebab tulis komen macamtu.

Anonymous said...

urm..sgt2 stuju if uitm nk bukak kt non-malay.. my dad pon bukan melayu taw.. tyme die nk further study die sgt sush nk dpt tpt kt mesia ni sbb die kononnye bukan melayu...n finally die dpt jgk la wat kt ipta ni..n clsmte die yg melayu btol ramai yg sngkot2 even sng je nk msk..[die wat pjj].. so sy rase, uitm dibuke kepade melayu mmg patot.. sbb selame ni byk sgt da melayu diberi muke.. n melayu lg sdap diri ats dunie sendiri..sy melayu, tp ade certain bnde pasal melayu yg kdg2 sy cm haih korunk ni....

The Wifey said...

kalau takut apply uni aku,masuk je UiTM.anta resume kat aku sekarang.hehehehe!

47 said...

asra, aku nak masuk UFO.

magenta, i agree, all this keistimewaan/holiness/god chosen/etc bullshit way of thinking has gotta go.

Anonymous said...

yup2..stuju ngn anda..org mlyu kne kluar dri 'cmfrt zone' mreke..mrke dh trlalu byk dberi muke,peluang dn kistimewaan yg xd pd bgse lain d m'sia..yea2 mmg x slh itu hak mreke sbg bumiputera..tp dlu tun dr mahathir kn pnah wt sjak psl 'mlayu mudah lupa'..egt lg? Kdg2 kte x bley trlmpau mmnjakn sgt ssuatu 2 sbb bsr kmgkinn mreke akn hnyut dgn ksngn sbb mreke tau klu ssh nnt mst ade mnsie2 yg baek hti akn tlg..akhrnya mreke bley diibrt spt biawak hdup..sme la dgn situasi nie mgkn btul tndakn mmbri pluang pd bkn bmiputera brda d uitm..skurg2nya org mlyu dpt bsaing 'n' pd mse sme sdr 'n' hargai sme pluang yg mreke ade..org mlyu sbnanye hbt 'n' trknl d slurh nusntara..i2 sme brdsrkn sjrh mlyu dulu..n x mstahil klu sjrh 2 dpt dcpta smule..hnye prlukn sdkt mse 'n' bleh d analogikn mcm kte mmbri sntikn 'antiserum' pd 'patient' demi mmbnuh patogen2 yg sekian lme brkoloni 'n' smkn mrbk dlm sstm tubuh..'full stop'..erm ini 1 pndpt je =]

Juliette said...

melayu dengki terhadap melayu sendiri ade lah segala pemusnah utk kemajuan bangsa dan negara!
im going to add u to my blog. :)

iqanabeera said...

another stupid issue in uitm currently, is that a lot of people are making a huge fuss out of the fact that uitm is planning to buy an apartment block behind uitm to house the international students.

most of them say, ala, kenapa beli for orang luar? membazir je, dah lah berapa juta entah, and yada yada.

they fail to see that these international students pay a whole lot more fees than the rest of us do, and yet they don't even get their own lodgings inside uitm. dah lah memang they're already isolated from the rest of the "uitm community". tak pernah fikir ke what might be the image of our country in the foreign students' heads?


haih. sebab bukan bumiputera je, dah kira bukan pelajar uitm terus ke?

Anonymous said...

orang bukan melayu patut berterima kasih kepada melayu sebab kecibaian kitorang ah korang leh jadi manusia yang lebih power. sebenarnya kitorang korbankan daya usaha dan saing race kitorang sendiri so that race lain leh lagi power. kitorang nih race yang suka berkorban untuk race lain. lalz.

farizzet said...

magenta, kamu juga bukan melayu kan? join saya.

Jebon said...

Kejohanan Bola Keranjang Bukan Cina juga dilangsungkan secara annual di UiTM.

Marjerin said...

pada aku mudah saja, aku masih berpegang dengan kata-kata Tun Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa. walaupun simple, its speak it all.

aku melayu tapi kadang-kala, masyarakat sekeliling yang berbangsa sama dengan aku membuatkan aku muak dengan perangai mereka. lihat sekeliling kita.

ini atas pengalaman aku yang bekerja di company melayu. penuh dengan hipokrit, back-stabbing, sogokan dan bodekan. aku dah bekerja dengan Multi-national company yang dealing dengan bangsa asing dan majoritinya pekerja adalah berbangsa bukan melayu. aku suka dengan cara mereka walaupun kita minoriti dalam company itu tapi mereka masih ingin membantu kerana konsep mereka kalau kesenangan hendaklah dikongsi bersama.

aku hanya diam dan jaga underwear aku sendiri.

Dammit said...

nice. Orang2 melayu kena baca post kamu ni. Tak bias. Kadang2 kita ni cakap berapi tapi sebenarnya nak tutup aib sendiri. Kita perlu keluar dari 'dunia kita sendiri' dan bersaing dengan 'dunia lain'.

Anonymous said...

I once fell from a scooter at campus. There were these bunch of malay guys berkopiah and a non-malay couple. Guess who helped me?

The non-malay couple

Yang lelaki melayu ramai ramai berkopiah dekat cafe tengok saja. And went on with whatever they were doing.

I was more embarrassed by their actions (that were clearly seen by the non malay couple) than my fall

Ingrid Dients said...

ada pembetulan fakta sedikit...he never had the luxury of 2 keping roti. he had to petik pucuk paku in the hutan on the 3 mile walk to school and rebus to makan. padanlah kurus kering sampai anak 4 pun..tak cukup muscle-building protein masa time membesar.

I think he got the Shell scholarship la yg meant for the malays sama ada for his grad or postgrad studies..pasal takda sorang pun layak masa tu n they had to give it to a deserving underprivileged student..tak silap i la..but i could be wrong

In the uni in Msia where he taught, he was asked to luluskan pelajar Melayu as long as they wrote SOMETHING in the answer sheet..org yg tak tulis apaper/tak hadir peperiksaan je fail..so therefore if they wrote an answer and dapat 5/100 they still pass the subject..ever wonder why the ranking uni turun a few hundred spots from the previous years? aduh..rosak rosak

eryzal zainal said...

kali ni panjang sket,

level dan masa depan setiap satu rakyat m'sia cuba atau sudah diatur dgn rapi oleh orang atau pemimpin terdahulu dimana ada 3 golongan di m'sia (pemerintah,pertengahan,melarat) dan penubuhan uitm dijangka dpt memberikan pembelajaran lanjutan kepada golongan pertengahan dan melarat ni supaya gologan² ni mampu mengisi kekosongan dlm sektor pekerjaan yg dimonopoli oleh gologan pemerintah sbb mrk tau setakan mana level of education manusia² dr 2 level yg wa sebut td.maksudnya setakat mana kita bley pegi..brapa byk income kata...sumanya die org dah tau.maximum ko bley pegi pun die org dah tau..dan kau takan boley lebey dr level yg dah ditetapkan.se-org pekerja bank yg merasakan dirinya miskin dan tak mahu ubah hidup dia.akan terus hantar anaknya ke uni bantuan kerajaan...dan membiarkan masa depan anaknya ditentukan oleh k'jaan dan merelakan hidupnya dibekalkan gaji yg terlebey dahulu disetting oleh k'jaan m'sia dulu.dan k'jaan dulu akan terus memerintah kerana benih mrk masih hidup dan sedang memerintah skarang.

pecayala bahwa nama hussin onn atau mahathir etc dan anak dan cucu dan cicit dan menantu mrk akan terus berada dlm gologan pemerintah.dan 10 tahun lagi kita akan dengar nama datuk karim bin mukhriz bin mahathir jadi ketua pemuda umno atau datuk adam bin hishamudin bin hussin onn jadi timbalan pemuda umno dan jgn mimpi utk dengar nama mohd hamdan bin hamid utk jd perdana menteri sbb dia dr golangan melarat/pertengahan dan dia serta keluargan terdahulu sblom dia tak berniat utk melawan masa depan yg k'jaan setting utk die org dan dia hanya belajar di uni tempatan yg semuanya melayu dan dia tadak exposure bagaimana orang kulit hitam hidup.bagaimana org kulit putih besembang.bagaimana org mata sepet blaja 10-15 jam sehari.bagaimana org arab pakai jubah tgh panas.bagaimana cara buat pasta.bagaimana cara pakai bowtie sbb dia diajar utk selesa bersluar dockers lusuh,main teka teki dlm klas,borak cite hantu time camping,berborak/bergaul dgn org yg sama pandai dan sama bodoh dgn dia dan forever benda nih akan kekal.

pastinya pemberi idea utk benda nih akan tesenyum gembira kerna dia mampu mengekalkan cucu cicitnya di gologan tinggi dan dlm masa yg sama memberi ilmu kpd rakyat supaya rakyat kita tadak la bodoh sgt dan boley diambil utk bekerja tanpa sedikit pun menjejaskan gologan pemerintah dan happy sbb pemerintah memberi pelajaran yg hampir bulih dikatakan percuma.inilah politik yg dimainkan mrk dan aku mintak simpang supaya tak sama jln dgn mrk.phew~!

*aku sdg google kot² jumpa uni nigger suma..nk join die org sbb aku suma pakai gigi emas.nampak kaya,sungguhpun aku dr golongan terbawah.

Anonymous said...

sejauh mana ko pegi....ko yg tentukan sendiri...apsal salahkan org lain

boleh je aku nak ignore yg ignorant,yg kurang pandai

tp ignore lebih senang dr menolong

so aku tolong apa yg patut

Pourpres~ said...

Saya pon malu. Sangat-sangat malu sampai at one time dahulu insulted if I am identified sebagai Melayu.

Tuhan tak bezakan manusia ikut kaum, apa masalahnya yang Melayu ni nak berketuanan sangat? Ketuat betul lah.

Saya sangat sokong Eryzal Zainal juga.

Semua takut kehilangan, itu yang lantang bersuara berdemo. Itu sudah tunjuk satu usaha. Kalau usaha itu disalurkan kearah memperbaiki standard diri dan mindset serta attitude, imagine the greatness and change they can bring.

Haih~

Pourpres~ said...

Nak tambah lagi. Di uni, significant times when people helped me when I needed the most, semua bantuan itu dari golongan bukan Melayu. Yang Melayu, apabila kami meminta nak join group assignment, buat muka sememeh dan seinci demi seinci mengelakkan diri dari perlu menerima kami, hanya kerana mereka sudah ade clique mereka sendiri dan tidak mahu ada stranger yg masuk. Yang Cina pula, terkejut kerana ada Melayu nak masuk, tetapi terima dengan terbuka walaupun mereka terpaksa ubah kebiasaan mereka communicate in Cantonese semata-mata ada budak sengal tak reti Cantonese ni join group deaorg. Memang rasa macam orang luar, tapi mereka cuba juga bagi can pada saya.

Bila aku malas bangun pagi pergi kelas, yang baik hati tolong signkan siapa? Budak Cina rambut hijau.

Zaman foundation dahulu, yang memastikan aku bangun pergi kelas pun siapa? Seorang budak Cina, dan of cos, dan osmets yang tidak berfikiran kemelayuan. Yang berketuat Melayu semua tidak mahu tolong.

Suatu masa, ketika aku struggle dalam Japanese classku, one of my good Chinese friends went out of his way, to announce to the whole class of my predicament, baru ada yang membantu.

Jadi dengan mereka saya tidak kedekut ilmu, saya tolong mana yang boleh. English mungkin lemah sikit saya jadi tukang edit assignment. Percakapan kurang clear saya jadi tukang present.

Kalau diaorg tiada konsep ketuanan Cina ke India ke German, saya tiada konsep ketuat. :)

Penyelamat Dunia said...

.. and they wonder why i hate my own people. org2 aku mmg sampah. tak kenang untung. terlalu manja. aku malu. aku rasa nak pegi keluar dan stay kat luar sana. tp aku kasihan dengan diorang. jadi aku stay. mungkin satu hari diorang akan berubah. I hope its not wishful thinking. komen yg aku terime bile kawan aku tau aku kerja dalam team yg penuh dengan cina:

"kau hati2 dengan diorang tu. diorang judgemental. diorang takkan biar kau senang. kerja dengan diorang, sampai tua kau kat bawah"

aku: kau belum jumpa diorang lagi, kau kata diorang judgemental. siapa yg judgemental skarang? tuhan tak discriminate, kau siapa? kau lebih hebat dari tuhan?

Sori aku emo. Mmg aku benci tgk org2 aku mcm sampah. Kalau diorang sedar kan bagus.

koboi said...

komen aku seperti diatas telah mengundang seorang insan manusia untuk memberikan komen sebagini di dalam blog peribadi aku:

menggelarkan dirinya-klingson

-woow ko ni terre benor ..ko la melayu paling rajin sebab pandai tulis kat blog..

Pukimak ko la.. dalam semua bangsa ada yang rajin dan malas.

Kenapa tak benci pada Cina yang tamak harta tak berugama dan malas dan penipu bila berniaga?

Rugi emak ko dapat anak tak tahu berfikir atau berfikir macam koboi.. melayu mana ada koboi bodoh..

Dengar lagi orang yang bukan Melayu kutuk melayu suka betul dan sokong..-


ternyata sungguh Melayunya dia sehingga sungguh SOPAN dan BERBUDI BAHASA dalam berbicara. mengeluarkan komen yang sedemikian jelas menunjukkan bahawa dia ni tergolong dalam salah satu Melayu yang aku senaraikan diatas. sungguh BERBANGGA mak dia mendapat anak yang HEBAT Melayunya. aku cukup kasihan melihat wujudnya orang yang sebegini. yang hanya tahu hidup atas tiket perkauman.

p/s-malaikat dalam kubur akan bertanyakan soalan; apa agama kamu? bukannya apa bangsa kamu.

magenta said...

saye.: Yeah, kesian betullah orang yang miskin yang tak mampu nak lanjutkan pelajaran. Takkanlah kita begitu selfish sampai macamtu pun taknak tolong.

Asra: Hahahaha baiklah!

47: I don't think it's gonna go soon though. Maybe in 50 years time. Maybe. But I know I won't raise my kids to be paranoid and insecure.

Anonymous: Ya, lagipun 10% sahaja. Bukan 30%, bukan 50%. Kita sebenarnya pandai. Cuma kita tak cukup dipressure. Aku rasa kita perlu diletakkan di dalam situasi di mana kita begitu pressure sehingga dapat perform.

Aimi: Ok. :) Sorry the hater went to your blog eh.

Iqanabeera: Hahaha I should know about that 'international students kena pay fees banyak gila'- I am one right now. Memang mahal, and tak ada pihak yang lagi untung daripada Uni tu sendiri.

Penyangak: Hahaha sarcasm at full blast tu. lalz betul.

Farizzet: Hehe. I look like one, I am treated like one, therefore I am one..

Jebon: Hahaha. *tersentak* Eh, betul ke ni?

Marjerin: Betul tu. Semua bangsa ada perasaan dengki. Tapi Melayu rugi atas dasar dengki terhadap bangsa sendiri.

Dammit: Tu la. Tak semestinya kita tegur ni maknanya tak suka. Kadang2 kita tegur sebab kita kisah. Sayangnya ada yang tersalah tafsir.

Liyana: I've had quite a similar experience. I fell from a bike while going downhill and terlanggar van once when I was 14. Then ada 3 orang Pakcik just tengok saja, interested to see what I was gonna do next tapi tak ada gaya nak tolong langsung. Entah kenapa, I was the one yang felt embarassed for them.

Bovril: Thanks for correcting the facts.

Eryzal: Ya, sangat setuju. Dan mereka sungguh handal sekali sehingga ramai yang masih tak sedar mereka hanyalah sekadar puppets dan string2 itu ditarik oleh orang lain.

Hahaha gigi emas tak cantik la. Kadang2 nampak kuning je, geli.

Erm: Kalau mampu tolong, apa salahnya tolong.

Pourpres: I have been often backstabbed and bitched about by my own race, yet I never truly felt like I belonged in the other races. It's nice to have a race if you think it defines your identity I guess. But I can't relate to that. No race has truly made me feel at home. But if my Dad can be patient and optimistic, so can I.

Ghost: It's not wishful thinking. Sebenarnya, ada saja Melayu yang pandai dan rajin, but they seldom stay in the country.

Yang aneh though, kenapa komen macamtu sering datang daripada orang yang sedikit pengalaman bekerja dengan orang bukan Melayu?

Koboi: Sorry. Sebenarnya perkara ini sering berlaku bila aku post topik kontroversi. Post tu tak kontroversi pun, cuma topiknya.

Jebon said...

Serious meng.. dok tipu. Dan ketika aku nampak banner Pertandingan Bola Keranjang Bukan Cina itu, aku bersama dengan kawan-kawan Cina aku. Mereka terus cakap Cina. Untuk mengurangkan rasa awkward ketika itu, aku tanya mereka 'Betul ke main basketball boleh tere matematik?'

magenta said...

Nasib baik kau pandai adjust situation. Kalau tak awkward gila, seumpama King Lhota tau kau yang buat aduan bising kat polis selama ni haha.

Anonymous said...

aku melayu yang suka berkawan dengan semua bangsa yang mahu berkawan dengan aku. Malah, teman lelaki aku juga tidak sebangsa denganku. Bagi aku, selagi kita ni manusia, kita semua sama sahaja. Yang membuat beza, adalah sikap kita sendiri. Jadi kalau kita 'lebih' atau kalau kita 'kurang' itu kan adalah kerana sikap kita sendiri. Aku berasal dari keluarga melayu yang miskin dan serba kurang. Aku mahu berubah, lalu aku membina sikap dengan positif. Dan apabila kita positif, hasilnya juga akan positif..

Unknown said...

i nak jadi nasi tambah. melayu juga kuat 'bersumpah' sana sini. aduuhhhh.....sadis.

makin meluat tgk perangai org melayu.

broken_nigina said...

melihat gambar yang lebih besar.
nape tak murahkan je yuran kat semua universiti.takyah jadi isu.
heh.
tapi on second thought.
'besar' sangat rasanya gambar tuh.

magenta said...

Koishie: Bersikap optimistik tu susah. Tapi tak ada benda yang berbaloi dalam hidup ini senang diperolehi. Aku suka orang yang optimistik.

Angel on My Bike: Dan I nak jadi nasi bungkus untuk membungkuskan komen2 di sini (wrap it up- haha lame sial aku). Haha aku pun meluat gak yang tu.

Broken Nigina: Bab duit ni semua orang sensitif woo..heh.