Thursday, August 21, 2008

Soalan Cepu Emas Celup

Pagi aku disambut dengan komen bahawa ada seorang hater sedang rajin drop komen di kebanyakan blog yang telah menulis komen di post aku yang sebelum ni (as usual, aktiviti bulanan yang sudah menjadi kebiasaan di blog aku). Kali ini menggunakan nick baru pula. Wah, so kreatif! As usual, nick tak legit.

Jadi aku tertanya-tanya.

Ayah aku sudah membantu beribu-ribu orang Melayu, samada pelajar atau staff, sepanjang tempoh dia berkhidmat di universiti tertua di Malaysia. Walaupun pernah melalui pelbagai diskriminasi oleh orang Melayu.

Apa yang KAMU, seorang berbangsa Melayu, buat untuk bangsa kamu, selain daripada tulis komen-komen yang vulgar memanggil orang bodoh di blog orang? Berapa orang Melayu yang sudah kamu bantu?

Dan apa yang orang bukan Bumiputera telah buat kepada kamu yang begitu teruk sehingga kamu menjadi sangat bitter terhadap mereka? Sebab aku tak rasa ianya lagi teruk daripada apa yang ayah aku pernah lalui.

And tell me what fault was it that you deducted from my previous post that my Dad has, because he is the most selfless person I know.

Dan aku lihat kamu panggil diri aku bukan Melayu, bila masa aku tulis aku bukan Melayu?

Aku pernah mengenali seseorang yang menggila-gilakan konsep ketuanan Melayu. Yang ironinya, at the end of the day, dia telah confess pada aku dia hanya tertarik kepada perempuan bukan Melayu.

Sebelum mulut kamu berbuih-buih 'mempertahankan' konsep ketuanan Melayu kamu, sila beritahu aku, apa yang kamu pernah lakukan untuk membantu bangsa kamu.

Sila. I will approve them after class, but I doubt there'll be any, since you've probably done nothing to help your own race.

20 comments:

Anonymous said...

hak melayu patut d pertahankan
bukan kerna malayu terlalu di manjakan,,
tapi,,
anda yakin bukan melayu takde agenda tersendiri?
cukuplah dengan pemberian kewarganegaraan tu semua,,
ape2 pun..selagi ade hak melayu yg boleh di pertahankan,,
kenapa tak dipetahankan saja????
kan itu lebih molek
sy bukanlah terlalu taksub dengan ketuanan melayu,
tapi,,kte perlu buat ape yg patut.

Marjerin said...

kalau tak silap aku nickname dia PAS MUNDUR, sebab dia ada bagi komen di blog aku.

tapi adakah dia orang yg sama dengan magenta maksudkan?

Aifaa R. said...

hey..
i love ur blog very2 much..
just ignore the anonymous..
they were all the same..
kerjanya semua betol, salahnya semua pada kita..

eh,i link kan blog u kat blog i..
hope u can link me up too.
thanx btw :)

Anonymous said...

aku bitau melayu lain....listen twice better than talk

Ingrid Dients said...

Ada observation mengatakan male Malay bigots prefer chinese girlfriends/wives...haha.

I guess dlm benci ada sayang/lust? :P

Yeah, surprisingly, org Melayu yg selalu bantu Melayu lain adalah jenis yg tidak begitu taksub dgn bangsanya sendiri..sementara yg taksub tu generally kaki dengki dan kutuk, POSSIBLY juga malas dan langsung tidak santun dalam bahasa mahupun pekertinya..huhu. Maybe I'm judgemental, or maybe the written proof is provided by your anonymous serial-hater-commenter :P

Anonymous said...

kita kena pertahan kan melayu! ketuanan melayu! jangan kau cabar kemelayuan dan kejantanan ku! takkan melayu hilang di dunia.

assabiyyah itu jalan yang sebenar benar nya benar!

cina dengan india cit porah gi balik negara masing masing.

farizzet said...

cina ada 10 bilion di china, india ada 1 bilion di negaranya. kat malaysia ada 10juta total keduanya. melayu di malaysia kira2 17juta. kalau ade org suruh mereka balik ke negara asal, dan diorang ajak seluruh sedara mereka 11 bilion cina+india pukul 17 juta melayu, lu ingat bole lawan ka?

cik.sepi said...

org yg guna nickname tukar2 tu ibarat baling batu sorok tangan.. dasar pengecut!!

Dan kalau benar dia selalu membodoh2kan orang lain.. hakikat nya.. bodoh dia yang melantun2!

Mungkin rumah dia xda cermin..

Anonymous said...

The question is,apa sumbangan org melayu terhadap bangsa melayu.Jadi jawapan saya senang saja sumbangan mereka memberi tiket percuma kepada pemanggil ke-5 radio era dan dapat tiket akademi fantasia 1,2,3 u name it.

Siberkop said...

Apa sahaja yg kita cuba pertahankan, ketuanan ker, kesamarataan ker, nampaknya tidak menghalang utk kita semua berbalah dan nampaknya dlm perbalahan tersebut, sedikit sinar perpaduan pun sukar utk kita temui.

Apakah sebenarnya konsep kehidupan bermasyarakat yg benar2 dpt mengubah tanggapan negatif seorang kepada seorang yang lain? Dan siapa yg sebenar-benar perlu memulakan dan menyebarkannya.

Mungkin cuba mulakan dgn diri kita sendiri. Banyakkan bersangka baik. Tapi jgn lupa utk berhati-hati dan bertimbangrasa dengan persekitaran kita.

ledisordre said...

apa hak melayu yang nak dipertahankan sgt tu? hak untuk belajar main-main? hak untuk dpt kontrak2 kerajaan? hak untuk makan tender atas angin?

Anonymous said...

1.
aku baca first komen dari anon..

aku nak komen, hak ketuanan melayu?

cukup la kalu aku penat dengan pak menteri yang langsung tak tolong melayu?? nak suruh aku kasi satu story ker? tak payah, cukup lah aku cakap yang aku sbg rakyat msia, aku rasa macam dilayan kasta-kasta. haish. padan, PRU, "DIA" kalah dengan jayanya. PADAN!!!!

2.
-aku ajak Melayu gi Solat-
haish, aku mula sedar yang bukan semua melayu itu islam....haish, patut mau buat muzakarah bincang isu islam dan melayu, tapi agenda bodoh!

Anonymous said...

Rezeki dan peluang yang ada, harus dikongsi bersama. Keselamatan dan kemasyarakatan juga harus dijaga bergalas bahu tanpa bertanya warna kulitnya, tanpa ditanya apa anutannya. Peace.

The Wifey said...

berapa byk komen yang ko tak approve ni magenta?hehe

there are 2 wolves fighting in every man's heart,one is love, the other one is hate. but which one wins? of course, the one they feed the most.

rasanya dia dah suap benci-benci-benci jek dalam badan dia.like,geramkan magenta,koboi melayu dibakar..

=D

magenta said...

Anonymous: Hmm I wonder if the right way of going at it is memonteng kelas untuk berprotes dan bertelagah tentang isu ini. Look at the big picture.

Marjerin: Aku rasa orang yang sama lah. Style macam sama je.

Aifa: Thanks.

Erm: Nasihat tu memang bagus dan patut diaplikasi oleh semua individu.

Bovril: Hahaha. Anyway I predict in berapa2 tahun lagi dah banyak sangat interracial couples, everyone will eat up their words. Most of my Malay guy friends suka Chinese girls atau Malay girls yang Chinese look saja.

Biasalah, nama pun taksub. Haha.

Penyangak: Hahahaha. Macam sial je lawak.

Farizzet: Haha. Setahu aku Cina Malaysia tak suka Cina China dan vice versa. Orang Cina sendiri beritau aku.

Org.Sepi: Mungkin rumah dia ada cermin, tapi dah berkarat.

Facet: Hahaha. Teringat kes Pakcik yang tak cukup duit nak beli buku teks sekolah anak dia pasal habis duit kat AFUNDI. Tu apa kes. Nak kesian ke nak marah. Aku pun tak tau.

Siberkop: Semua pun tak mau mengalah, semua pun mahu berprasangka buruk, susahla macamni. Aku sebenarnya nampak Cina dan Melayu get along sangat well dan respect each other di Brunei, sampai aku pun tergamam. Possible rupanya.

Ledisordre: Semuanya kerana takut. Buka 10% pun dah cuak.

Tuan Caracol: Aku baca di Chedet. Sebelum ini kontrak Malaysia kita tak pernah disoalkan. Tapi sebab pemimpin yang lemah, semua orang pakat menyerang. Nasib la.

Koishie: Honestly, aku rasa meritokrasi dan equality di Malaysia tu agak farfetched. Sebab termaktub dalam kontrak tentang hak Bumiputera. Ok. Tapi come on, takkan lah kemasukan 10% pun salah. Kemiskinan kan tak mengenal bangsa..

Asra: Untuk post ni, semua aku approve Asra. Mungkin sebab mereka tak ada isi untuk disumbang yang mereka diam. Hahahahaa lawak gila ayat last tu. Jangan bermain dengan api, nanti terbakar :)

koboi said...

ada lagi yang merapau dalam blog aku. tapi kali ni pakai nama -Pas Tolol- pulak dah.
orang yang sama je ni. yang dah bosan dengan hidupnya sendiri.

SESEORANG said...

magenta,dah lama baca blog ni without bagi apa-apa komen.hari ni pun taknak bagi komen gak.haha.cuma nak kasi tau aku link kan blog mu ini ke blog ku.susahla,kene masuk blog orang lain dulu nak datang sini.terima kasih ye magenta..
anyway,kelakar giler komen penyangak tu
assabiyah itu jalan yang sebenar benarnya benar..pecah perut aku..

magenta said...

Koboi: Haha pasti la. Ah, the perks of having an open blog y'know? Haih. Saba jela. Tu salah satu sebab aku enable comment moderation.

Seseorang: Haha dia memang lawak. Eh, terima kasih ya. Kalau nak bagi komen pun tak apa, aku tak makan orang hehe.

Anonymous said...

We live in Malaysia. We will meet many people everyday. Nak tunjuk sgt diri tu Melayu, like what u said, apa yg telah disumbangkan utk bangsa sindri?

So better be fair and square. Watpe la nak racist sgt. Diri sindri pun tak baper Melayu. Just usaha yg terbaik utk diri sindri, keluarga dan negara dah la. Itupun blum tentu dia dpt sumbangkan apa2 utk negara. Tau nak kutuk aje. Cet!

manusia terlantar said...

Ingat la.. bila dah mati esok2 3 amalan je yang kita bawak masuk sekali. Iman, Amal jariah, Anak2 yg soleh. Tak payah la nak kutuk2 sesame sendiri, atau mengejek orang lain. Islam tak ajar kita racist kan. Kita kena berbaik dengan mana2 kaum dan agama sekali pun.

Tuhan tidak akan bagi kubur ko luas hanya kerana DNA ko menunjukkan ko orang melayu. Tapi iman yang akan luaskan kubur kita.

Kutuk2,keji2 tu yang tambah dosa buat tulang2 rusuk kita bertemu dalam kubur je nanti tu..