Frasa “Only God can judge me” mula menampakkan nilai komersilnya selepas Mark Morrison baru keluar dari penjara dan mengeluarkan albumnya yang berjudul ‘The Return of The Mack’ semasa aku berumur 12 tahun.
Selepas itu, semua artis mula menggunakan frasa itu apabila ditangkap menghisap dadah, curang dengan pasangan masing-masing dan ditangkap tidak memakai seluar dalam semasa keluar daripada kereta mereka.
Memang tak ada manusia yang suka dihakimi. The problem is, everybody does it.
Kamu. Aku. Mereka yang di tepi jalan, mereka yang menulis blog. Kita semua bercerita tentang manusia dan kelakuan mereka. Judging people adalah suatu kemahiran untuk survival. Kita judge orang untuk tahu siapa untuk dijauhi dan siapa untuk trust. Judging adalah subjektif. Judging adalah suatu paradoks.
Dengan memanggil aku judgmental, bukankah kamu sendiri juga judgmental? Kamu judge aku sebagai seorang judgmental. Paradox, see?
Kita ambil contoh senang sikit. Lelaki yang membuat jenaka dia hanya mahu keluar dengan perempuan lawa. Tentu ada perempuan yang cop lelaki itu sebagai seseorang yang gatal, tak sedar diri (kalau dia tak berapa kacak) dan lebih pentingkan rupa daripada personaliti. Tapi pokoknya memang ramai orang di dunia ini superficial dan sangat mementingkan rupa, bukan?
Sama seperti aku. Sejak aku menulis blog aku pernah dicop sebagai judgmental di ruang komen. Apa beza aku dengan orang di luar sana? Aku cakap apa di fikiran aku sebab aku boleh. Aku anonymous (nanti aku elaborate di hujung entri ini). Di realiti, kamu jarang akan jumpa orang yang bercakap apa yang di dalam fikiran mereka.
Di realiti, orang masih menghakimi kamu. Mungkin bukan secara lisan, tetapi di dalam hati atau minda mereka. Mereka tak akan beritahu kamu mereka bosan mendengar cerita kamu yang asyik bragging pasal kerja atau boyfriend kamu. Bukan kerana mereka dengki, tetapi sebab mereka tak kisah. Mereka tak akan beritahu kamu bahawa pada mulanya mereka memang sangat simpati terhadap penceraian ibu bapa kamu, kematian atuk atau break up/perceraian kamu tetapi selepas mendengar cerita sedih itu buat kali ke-2000, mereka sudah bosan dan tak kisah, malah sudah menganggap kamu suka menagih simpati. Mereka tak akan cakap "Tak nak" apabila kamu bertanya "Nak tengok gambar cucu saya tak?" buat kali yang ke-10.
Kenapa? Sebab kita merasakan kita ada tanggungjawab untuk menjadi polite dan menjaga hati orang lain. Apa beza lelaki yang mengatakan dia suka perempuan yang lawa dan lelaki yang hanya mahu keluar dengan pramugari tetapi tak mengatakan sebegitu, sebaliknya memberi impression bahawa dia dapat menerima semua jenis wanita? Tak banyak beza, cuma yang kedua mungkin lebih arif tentang psikologi wanita.
Judging memang subjektif. Kalau aku cakap aku tak suka wanita yang mengamalkan abortion melainkan fetus itu bakal memudaratkannya, aku juga boleh dicop sebagai judgmental. Mesti pelbagai ayat dilemparkan pada aku seperti "A woman has a right to do what she wants with her body". Pada orang lain, mungkin mereka tak rasa aku judgmental. Sebab mereka agree atau mereka memang tak kisah langsung tentang hal itu. Kebanyakan daripada mereka yang terasa adalah mereka yang mungkin pernah menjalani abortion atau tak kisah menjalani prosedur itu pada masa depan.
Berbalik tentang anomiti aku. Aku anonymous sebab aku hanya guna blog ini untuk bertukar pendapat. Aku tak pasang iklan, aku tak mahu dikaitkan dengan blog ini kerana aku memang nak separate dunia realiti dengan dunia blog. Sebab kalau aku sudah cross that line, there’s no turning back. Aku mahu mansuhkan blog ini pada satu hari nanti tanpa ada apa-apa yang boleh mengingatkan atau mengaitkan aku padanya. Aku tak add kawan daripada dunia blog ke Facebook (kecuali 2 orang). Mungkin satu hari nanti. Aku juga tak ada apa-apa kerja yang dapat dipromosi melalui blog. Sebab kalau aku ada, sudah tentu aku dah buat.
Sebagaimana dengan aku tak dapat untung melalui blog, aku juga tak rugi apa-apa. Mungkin ada yang rasa I can get away with anything sebab aku anonymous. Tapi aku rasa kebanyakan entri aku harmless. Aku mungkin jarang bercakap tentang diri aku, mungkin sebab aku tak perlu apa-apa validation. Aku sebenarnya tak kisah orang nak pikir aku cantik atau buruk, tak ada life atau ada life, gila atau waras. Sebab aku tahu aku siapa, dan aku tak rasa siapa aku patut relevan dengan penulisan aku. Kamu semua dah besar kan, kamu sendiri patut tahu lah jika ada kebenaran atau tidak dalam apa yang aku tulis.
Blog ini bagaikan suatu playground bagi aku, di mana aku dapat menyatakan pendapat aku dan mengetahui pendapat orang lain. Aku memang sangat suka mengetahui pendapat orang lain, lagi-lagi di dunia blog. Sebab di sini kita berani menyatakan apa yang kita tak akan atau tak berani nak utarakan dalam dunia realiti.
Aku bukan nak cakap it's okay to judge, sebaliknya jika kamu tak suka dihakimi, jangan menghakimi orang lain. Lebih senang untuk cakap daripada buat, kan?