Friday, September 26, 2008

Tak Ada Siapa Suka Dihakimi, tetapi Semua Orang Menghakimi

Frasa “Only God can judge me” mula menampakkan nilai komersilnya selepas Mark Morrison baru keluar dari penjara dan mengeluarkan albumnya yang berjudul ‘The Return of The Mack’ semasa aku berumur 12 tahun.


Selepas itu, semua artis mula menggunakan frasa itu apabila ditangkap menghisap dadah, curang dengan pasangan masing-masing dan ditangkap tidak memakai seluar dalam semasa keluar daripada kereta mereka.


Memang tak ada manusia yang suka dihakimi. The problem is, everybody does it.


Kamu. Aku. Mereka yang di tepi jalan, mereka yang menulis blog.
Kita semua bercerita tentang manusia dan kelakuan mereka. Judging people adalah suatu kemahiran untuk survival. Kita judge orang untuk tahu siapa untuk dijauhi dan siapa untuk trust. Judging adalah subjektif. Judging adalah suatu paradoks.


Dengan memanggil aku judgmental, bukankah kamu sendiri juga judgmental? Kamu judge aku sebagai seorang judgmental. Paradox, see?


Kita ambil contoh senang sikit. Lelaki yang membuat jenaka dia hanya mahu keluar dengan perempuan lawa. Tentu ada perempuan yang cop lelaki itu sebagai seseorang yang gatal, tak sedar diri (kalau dia tak berapa kacak) dan lebih pentingkan rupa daripada personaliti. Tapi pokoknya memang ramai orang di dunia ini superficial dan sangat mementingkan rupa, bukan?


Sama seperti aku. Sejak aku menulis blog aku pernah dicop sebagai judgmental di ruang komen. Apa beza aku dengan orang di luar sana? Aku cakap apa di fikiran aku sebab aku boleh. Aku anonymous (nanti aku elaborate di hujung entri ini). Di realiti, kamu jarang akan jumpa orang yang bercakap apa yang di dalam fikiran mereka.


Di realiti, orang masih menghakimi kamu. Mungkin bukan secara lisan, tetapi di dalam hati atau minda mereka. Mereka tak akan beritahu kamu mereka bosan mendengar cerita kamu yang asyik bragging pasal kerja atau boyfriend kamu. Bukan kerana mereka dengki, tetapi sebab mereka tak kisah. Mereka tak akan beritahu kamu bahawa pada mulanya mereka memang sangat simpati terhadap penceraian ibu bapa kamu, kematian atuk atau break up/perceraian kamu tetapi selepas mendengar cerita sedih itu buat kali ke-2000, mereka sudah bosan dan tak kisah, malah sudah menganggap kamu suka menagih simpati. Mereka tak akan cakap "Tak nak" apabila kamu bertanya "Nak tengok gambar cucu saya tak?" buat kali yang ke-10.


Kenapa? Sebab kita merasakan kita ada tanggungjawab untuk menjadi polite dan menjaga hati orang lain. Apa beza lelaki yang mengatakan dia suka perempuan yang lawa dan lelaki yang hanya mahu keluar dengan pramugari tetapi tak mengatakan sebegitu, sebaliknya memberi impression bahawa dia dapat menerima semua jenis wanita? Tak banyak beza, cuma yang kedua mungkin lebih arif tentang psikologi wanita.


Judging memang subjektif. Kalau aku cakap aku tak suka wanita yang mengamalkan abortion melainkan fetus itu bakal memudaratkannya, aku juga boleh dicop sebagai judgmental. Mesti pelbagai ayat dilemparkan pada aku seperti "A woman has a right to do what she wants with her body". Pada orang lain, mungkin mereka tak rasa aku judgmental. Sebab mereka agree atau mereka memang tak kisah langsung tentang hal itu. Kebanyakan daripada mereka yang terasa adalah mereka yang mungkin pernah menjalani abortion atau tak kisah menjalani prosedur itu pada masa depan.


Berbalik tentang anomiti aku. Aku anonymous sebab aku hanya guna blog ini untuk bertukar pendapat. Aku tak pasang iklan, aku tak mahu dikaitkan dengan blog ini kerana aku memang nak separate dunia realiti dengan dunia blog.
Sebab kalau aku sudah cross that line, there’s no turning back. Aku mahu mansuhkan blog ini pada satu hari nanti tanpa ada apa-apa yang boleh mengingatkan atau mengaitkan aku padanya. Aku tak add kawan daripada dunia blog ke Facebook (kecuali 2 orang). Mungkin satu hari nanti. Aku juga tak ada apa-apa kerja yang dapat dipromosi melalui blog. Sebab kalau aku ada, sudah tentu aku dah buat.


Sebagaimana dengan aku tak dapat untung melalui blog, aku juga tak rugi apa-apa.
Mungkin ada yang rasa I can get away with anything sebab aku anonymous. Tapi aku rasa kebanyakan entri aku harmless. Aku mungkin jarang bercakap tentang diri aku, mungkin sebab aku tak perlu apa-apa validation. Aku sebenarnya tak kisah orang nak pikir aku cantik atau buruk, tak ada life atau ada life, gila atau waras. Sebab aku tahu aku siapa, dan aku tak rasa siapa aku patut relevan dengan penulisan aku. Kamu semua dah besar kan, kamu sendiri patut tahu lah jika ada kebenaran atau tidak dalam apa yang aku tulis.


Blog ini bagaikan suatu playground bagi aku, di mana aku dapat menyatakan pendapat aku dan mengetahui pendapat orang lain. Aku memang sangat suka mengetahui pendapat orang lain, lagi-lagi di dunia blog. Sebab di sini kita berani menyatakan apa yang kita tak akan atau tak berani nak utarakan dalam dunia realiti.


Aku bukan nak cakap it's okay to judge, sebaliknya jika kamu tak suka dihakimi, jangan menghakimi orang lain. Lebih senang untuk cakap daripada buat, kan?

21 comments:

pjoe said...

ermmm
tentang judgmental
kadang2 nampak seperti sudah klise - berbakul-bakul orang dok omong benda yang sama
termasuk aku sekali

aku setuju malahan aku pernah tulis tentang semua orang punya sikap judgmental

limitation

itu yang penting

jangan sampai aibkan orang, atau menulis semata nak cari publisiti murahan

menggunakan alasan "memerhati" adalah escapism terulung bila sesetengah penulis ingin lari dari label judgmental

bagi aku, penulis gunakan nama sendiri atau anonymous sekalipun - semuanya perlu menulis dengan penuh tanggungjawab bila menulis tentang isu sosial

btw, SELAMAT HARI RAYA!

Anonymous said...

to accept opinion and to respond

vice versa

aku komen kat blog pun suka2...macam ko cakap la...sharing is caring....aku dah bitau apa yg aku tau

kalau lepas aku kritik...aku dapat respond yg negatif.....biasa la kot....kalau kita boleh bagi pendapat....kita kene bersedia untuk dengar

communication kan 2 way

muahhh selamat ari raya

koboi said...

aku pekerja biasa je. tak layak nak jadi hakim. hehehe jadi yang didakwa mungkin.

Anonymous said...

100% agreed.

the artist and i said...

hehehe.. disebabkan ms weed kurang teruja untuk beranak after 2,3bulan berkahwin, ms weed pernah dicopkan sebagai

"u r not a true woman.."

hehehe.. senyum saja!

ms weed senang saja, kalau nak dilabelkan semua perempuan lagu tu, mestilah perempuan yang Tuhan bagi mandul kecik hati kan?

heh dunia..

The Wifey said...

tergelak baca komen ms weed.

di sebabkan aku kata "i don't believe much in marriage"

aku dicop sebagai bukan umat Muhammad.

aku pun senyum gak kalau orang start to judge me tapi kalau dah melampau that it can't be consider as a joke maka keluarlah cerita pasal tamadun mesopotamia!

haha!

you can't know someone by reading their blogs,their faces,their minds or even try to dive in their hearts.

maybe,you just don't get to know.

=)

Anonymous said...

biar org label kite, jgn kite label org, biar org kutuk kita, jgn kita kutuk org, biar org buat kita, jgn kita buat org...semua ini adalah perkara timbal balik..kalo hari ini hari mereka, esok luse mungkin hari kita..


selamat hari raye

unicorn said...

betul tu...aku setuju. mmg kite kadang kala suke menilai seseorang tu.aku pun x dpt lari dari sikap itu..terutamanya first impression. tp once aku da rapat dgn orang tu, mmg dia lain dr ape yg kita judge kan...

sape lah kite utk judge orang lain,kan?

aku suka tulisan kau...menarik, mendorong aku yg masih baru...teruskan.aku akan terus membace. ni penilaian aku..

Pourpres~ said...

Judging and judgmental is not the same.

Judgmental yang seringkali dipandang as something negative to many people means, orang yang letak diri mereka di paras lebih tinggi daripada orang yang dia judge. That's why judgmental people are condescending. And kebiasaannya why mereka tidak disukai.

Judgmental, the term yg commonplace and people get annoyed with, means perangai people who come up with specific associations to be attributed towards a person yang display certain other possibly related traits. Simple example, dia hisap rokok, he's a bad person.

Judgmental the naked eye means, when people slap on simple application of theories kepada things yang they might not be able to comprehend in the first place. To simplify things. To make sense of things using pre-determined set of theories. This can be further from the truth, misguided. Memperkecilkan truths and facts as to fit their puny brains. This is why I don't like judgments, it doesn't factor in other possibilities that things become how they are. Or people behave how they behave.

For simplicity sake (I fail at being straightforward and keeping things short, pardon me), judgmental means the person has critical point of view over things, where being critical means they only focus on the negative conclusions, you know, the none constructive criticism. That is why being judgmental is commonly frowned upon.

But, in this context

judging
verb [ trans. ]
form an opinion or conclusion about

As long as it's positive or neutral, people don't mind being judged.

"Hey you read Dostoyevsky(sp?), you must be very smart."

Not necessarily true, but heck people will smile to that anyway.

Dah terpesong ni I know, but I spend more of my time wondering WHY kalau yang positive and neutral je they are fine with judging, if negative it's called judgmental and sangat-sangat tak suka and then nak marah and go all ad hominem kat orang tuh?

Is it because people think so highly of themselves that superiority mereka tercabar when people say things they don't believe about themselves?

Is it because people like to assume so much, so when people conclude something negative about them or something they've done they automatically assume that the person making the statement thinks he's better than them?

Just because when they remark on something they think of themselves highly in comparison to the other person, doesn't mean EVERYBODY does so.

My opinion lah. I rasa dah cam offtopic. Haha. Sorry. But I wonder what you think about this.

Anonymous said...

why are you judging me? because i only believe in science?

farizzet said...

aku judgemental. terbuka untuk sesiapa fikir saya baik atau tidak. kerana based on experience, pola kelakuan/perangai manusia tak jauh berbeda dari yg berkulit sawo matang atau kuning langsat, tapi bergantung pada jantina untuk ketepuan 'judgemental essence' dalam diri mereka. itu yg membuatkan semua orang berbeda.

Sleep Monger said...

err.. err.. cam mane nk komen nih?

hehe. Chill.

Firdauz takes five said...

it's okay to be judgmental.

well, at least for me.

btw, u might blog anonymously, but somehow i think, u kinda know the truth; everyone likes you, and they love your honesty too.

so don't go delete your blog okay.

u see, my blog has been soaked and stirred in acid baths of experiment and i have witnessed its repeated vindication; everyone in family reads my blog and they hate it so much. they even leave harsh comments, my brother, my sisters. i'll let u read them one day (they never got approved because i think it's a bit silly to approve harsh comments from your own family and to participate in a unnecessary fight. unnecessary here means it doesn't work out differences but to please oneself)

ur a cat, a tigress whose passion is to extend the frontiers of knowledge and to share your thoughts with the world.

i'm just a bimbo who likes to dance and to sing and to camwhore and to talk shits. don't you agree that im the one who should delete his blog?

magenta said...

Pjoe: Hal menghakimin memang subjektif sebenarnya. Selamat hari raya juga!

Erm: Cewah. Kata-kata hikmah daripada saudara erm. Muah selamat hari raya jugak.

Koboi Malaya: Haha main dengan kata-kata nampak.

Barteria: Really?

Weed and Bandages: Tu dah kira kurang ajar tu. Peh.

Asra: Hahaha mereka tak ada sense of humor kot Asra. True, true. Kadang2 kita dah berkawan dengan seseorang 10 tahun pun kita masih tak mengenali dia.

Dani Izwan: Sifat manusia selalunya membalas balik, jadi memang susah nak praktikkan perkara itu walaupun it's teh right thing to do. Selamat hari raya juga!

Unicorn: Terima kasih. Teruskan menulis ok.

Pourpres: Well people would like to believe they are all unique individuals, so naturally they don't like it when other people judge them. Sometimes judging aren't necessarily criticizing, sometimes we just stereotype and categorise people and that pisses the hell out of them.

Complex. We want to feel like we belong but we want to be known as unique individuals. As for the negative conclusions, well, everyone wants to be liked kan? When someone doesn't like them they'll either try to find out why so that they can justify that that person's reason is stupid and that in turn will make themselves feel better. When that fails, say hello to ad hominem.

Miab0011: Hahahaha you memang. Baling jagung dalam mata kang!

Farizzet: Wah, sungguh jarang aku jumpa orang yang mengaku mereka judgmental dengan sikap matter-of-fact.

Double Patties: Aku chill je. Macam timun.

Firdauz: Not everybody likes me k. I think my blog is somewhere up there when it comes to getting ad hominem abusive comments. But I'm not gonna delete my blog anytime soon anyway.

You, janganlah delete blog you. I tau ramai yang suka blog you jugak. Mana lagi I boleh baca teka teki and baca tentang lelaki bimbo yang sebenarnya deep dalam lenggok bahasa yang sungguh indah.

Pourpres~ said...

Well put. An oxymoron huh, wanting to be unique but wanting to belong amongst the unique ones. I've gone beyond judging and putting people in common stereotypes. I won't go as far as calling everybody unique in their own way, cos that would be comparing apples with oranges, but I've seen enough that, given the different internal and external factors that make and shape a person, no one can be the same, so with my need to bother about minute details and get things down as accurate as they can be, I've come to a conclusion that I will categorise and cluster people into groups, yet I am aware that each of 'em doesn't fit in any particular box completely.

So I'm fine with people wanting to judge me and categorising me into a cluster, but I find it stupid when sometimes I don't behave or think WITH the rest of the cluster, people still try to use the basis they judge me upon to try to make sense of me.

Judging is important, as from experience we learn how to talk and behave with different people. Being critical is also important, as we have standards to uphold and we believe should be adhered to.

I talk too much. Good discussion :)

ps: I just hate people immature enough to use argumentum ad hominem. Such a waste of time and space. See, I'm judging :D

magenta said...

We can't escape it :)

Dayana said...

mungkin sebab itu juga pengkomen2 anonymous lebih suka menganonymouskan diri mereka, kan?

Ingrid Dients said...

i cannot help noticing most people here including you spell judgemental the american way: judgmental. Even this blogger comment box is correcting me by underlining in red the word judgemental! hahaha

hey..selamat hari raya. anything you want from here? better tell me cepat cos the courier boy is gonna come and leave by 6pm today :D how abt famous amos cookies? but i only have a peket in stock.. jgn mintak if they sell it there too. haha

broken_nigina said...

gua rasa,mungkin lembu dan suku-sakat beliau je yang tak judgemental.
so mencadangkan supaya tak jadi judgemental sama macam mencadangkan manusia jadi lembu.
takde akal takde rasa.
apa fungsi akal dan kemampuan untuk menilai anyway?
macam yang en pjoe cakap,yang kita perlu belajar cuma batasan.

Ingrid Dients said...

in case u didnt get my offline msges, butterscotch takde..choc chop pecan ade lah. think ur thinking baskin robbins butter pecans kot

magenta said...

Dayana: Haha lain sikit kot. Pengkomen anonymous biasanya (from my experience) meninggalkan komen kritikan tak membina sahaja a.k.a menghentam kromo whereas kalau blogger buat macamtu, mestila tak ada siapa yang nak baca apa yang mereka tulis kan?

Bovril: I used to spell it like that. Then I changed it. Thanks for all the stuff!

Broken Nigina: Betul. Yang penting kita tau batasan kita. Orang yang judgmental sangat pun takkan happy.