Friday, September 5, 2008

Tips Hari Ini

A little addition:

Gila ah. Aku tergelak membaca artikel ini- tentang seorang pemain bola sepak yang dijual secara barter untuk 15kg daging. Tapi ini ESPN, takkan tipu kot?

Ni aku ada terjumpa lagi gambar-gambar barangan jenama tiruan.

Mak Dak. Mereka jual burger itik ke?


Naik. Just buy it.


Ha amik kau. The Devil Wears Paradi.


Zalbollae? !Xobile?


Sccoby. Memang tak boleh blah.


Banyak lagi gambar 'barang cetak rompak' di sini. Dan sila ke sini untuk melihat perfume jenama Lakosta, D&G (Dio&Gomez) dan kedai makanan segera 'Marijuana'.


Kalau belum tahu lagi-


1. Kalau kamu jenis yang suka beli barangan (contohnya handbag) berjenama tiruan seperti Louis Vuitton, jangan bawa ia ke Eropah (especially France), lagi-lagi ke dalam kedai itu. Orang di Asia mungkin tak dapat membezakan bahawa barangan kamu itu yang original atau fake, tetapi mereka di Eropah dapat mengecam dengan one glance. Kamu mungkin akan ditahan dan didenda di airport. Aku pernah dengar cerita seorang makcik yang membawa handbag Guess fake ke dalam kedai Guess di Perancis dan seterusnya dibawa ke balai polis dan disoalsiasat selama 3 hari.

Denda yang dikenakan? Dalam RM17000. Tapi setelah meminta pertolongan dari Embassy, dendanya dapat dikurangkan.


2. Kalau ditangkap:


Pura-pura menjadi mangsa penipuan dan katakan kamu tak tahu barangan yang kamu beli tu fake.


3. Kalau tak tahu membezakan antara fake atau original:


Kadangkala kita rasa barang itu original sebab harganya mahal. Macam kalau kamu terjumpa handbag berharga 300 USD, kamu dah assume ia ori. Tapi sebenarnya harganya adalah 2000 USD. Barang yang sama dapat dibeli di China dengan 1/5 harga itu. Dan tak silap aku, dulu ada kontroversi Ebay jual barangan LV yang fake.

Barang tiruan mungkin dijual di kedai yang nampak mahal dengan harga yang mahal sebab sewa bangunan kedai itu mahal, dan dia mahu menampung sewa kedai dengan menjual barangannya dengan mahal. Bukan sebab ori. Jadi pastikan bahawa kedai itu adalah franchise atau tidak.


Kamu juga boleh google atau tengok Discovery Channel untuk tahu tips barangan itu fake atau tidak. Hanya dengan melihat huruf di atas handbag misalnya, sesetengah orang dapat mengecam ia fake atau tidak. Di Perancis, budak sekolah menengah pun dapat membezakan hal ini. Tapi kalau di Malaysia tak apa. Tak ada siapa tahu. Hehe.



4. Tak payah beli barangan berjenama, mahupun yang asli atau tiruan. Macam aku.


pantboyzomgwtfbbqsauce


Aku sedang cuba untuk tone down unsur-unsur marah, dengki, dendam, mengumpat, mencari pasal atau apa-apa yang negatif dalam entri-entri aku sempena bulan puasa. Susah betul. Sigh.

40 comments:

Pourpres~ said...

gila comel. tone down marah. I tried. tapi tak berjaya.

koboi said...

tiap-tiap tahun aku akan beli jeans Levi's cetak rompak. sebab; kalau aku beli yang ori pun orang tetap akan kata aku beli yang pasar malam punya. hahahahaha

Nuruddin Abu Bakar said...

Pantboyzomgwtfbqsauce ni jenama selipar dr perancis ker? Menacing. Hee

the artist and i said...

teringat terompah kayu tu dulu dulu

Firdauz takes five said...

magenta, magenta

selamat berpuasa tau

=)

Hadi said...

belilah barang2 ori seperti Channel, Lacoast, Mike, Adasi dan Huess..
hehe..

Anonymous said...

iPhone.

Datang dari China - aiFeng.

lolwut.

NeemoNeemo™ said...

Saya bagi tips. Bulan puasa ni jom cerita pasal kucing!

Anonymous said...

kalo korg tinggal di Perlis lagi susah...beli Adidas ori pon nanti kat masjid semayang jumaat berlaga bahu dgn Adidas Padang Besar dan xleh cam dah mana satu yg ori..haha

Anonymous said...

tone down marah pon susah. tengok adik penyangak ekau nih, ilek je cool.

Dammit said...

Pernah dengar cite yg sama. Sorg perempuan beli beg Louis Vuitton kat eropah. Bila nak bayar, dia bawak kluar beg duit dia,Louis Vuitton 'buatan Malaysia n kantoi. Last2 die kene beli beg duit yang sama tapi ori kat kedai tu. Ayat yang last dlm entry ni best.haha. slmt berpuasa

broken_nigina said...

"Tak payah beli barangan berjenama, mahupun yang asli atau tiruan. Macam aku."

sama la kita.

iqanabeera said...

paling menyampah dengar orang kutuk orang lain yang pakai fake goods.

like, dah la miskin, teringin nak pakai designer stuff blahblahblah.



i don't know about other people, but one designer bag can feed a family of 3 for a month.

beli handbag capuk boleh letak merata lagi senang. tak payah fuss over it. heh.

magenta said...

Pourpres: Haha susah woo. Tapi nak cuba gak.

Koboi: Aku suka terma itu! Jeans cetak rompak. Test jap. Handbag cetak rompak. Best best. Terima kasih.

Facet: Jenama dari Switzerland tu. Sebut betul2. Haha.

O my love: Wohh terompah tu. Bahaya terompah tu! Sungguh tak stabil. Kalah stiletto.

Firdauz: Firdauz Firdauz, terima kasih! =)

Hadi: Bagaimana pula dengan jenama Panasemig, Rolax dan Dio&Gomez? Haha.

Kril: Haha tau tak, ada orang cakap aiFeng tu lagi bagus daripada iPhone sebab susah nak tekan butang nak sms kat iPhone kalau kuku panjang.

Neem: Baik! Akan dilaksanakan.

Jipo: Haha tu la siapa suruh dok Perlis. Dahla mazhab Wahabi hahaha. Joking, joking.

Penyangak: Hah adik ke? Laaa ekau lagi muda dari 22 ke?

Dammit: Haha thanks. Selamat berpuasa juga!

Broken Nigina: Yeah high five.

Iqanabeera: Betul. Dulu kenal this one guy yang nak beli barang ori je then asyik brag about it. Padahal pinjam duit orang tiap2 bulan. Alamak termengumpat hahahaha.

Jebon said...

Magenta, dulu ada 1 hari sewaktu tengah tunggu Bini Mat Nor ambik aku dari sekolah aku nampak satu budak pakai beg galas Nike Just Do It, seorang lagi Niki Just For You dan lagi satu Niko Must Do It. Itu hari pertama aku kat sekolah Ipoh, aku terus suka Ipoh.

Wei!! Devil Wears Paradi!!! Kelakaaaaarr!!

Mungkinkah Adidas tu adalah Asadi versi imitation? Hm...

magenta said...

Hahahaha Niki Just For You. Aku gelak sampai haus tadi. Sekarang dah minum air dah.

Adidas adalah Asadi versi imitasi? Hmm mungkin juga. Orang Barat memang suka cilok idea orang Malaya. Lihat saja hiphop dan rap, tentu saja dimodifikasi dan diperHudsonkan dari pantun dan sajak. Alamak, terkutuk orang lagi.

Unknown said...

Oleh kerana aku ni dari golongan marhain yang tentu sekali tidak berkemampuan untuk menyepah-nyepahkan duit, aku memang selalu mendapatkan barang-barang tiruan. Tapi yang peliknya, kaset/cd/vcd/dvd, aku tak pernah beli yang cetrom (cetak-rompak). Aku masih hairan sehingga hari ini.

magenta said...

Wawann: Ya, aku pun begitu hairan sekali. Sehinggakan aku click atas nick kamu kerana mahu membaca blog kamu sebab tentunya kamu seseorang yang unik, malangnya Profile Not Available.

Unknown said...

aku tak suka barang berjenama.
bagi aku berjenama itu ialah murahan.
jadi aku memilih untuk pakai yang lansung tak berjenama atau menghampiri nama apa2 jenama spt-

kasut aku berjenama 'SPEEDCAR'.

Unknown said...

hati2.. mak aku pernak terbeli jeans LEVIS tipu di singapura yang berbunyi LIVES.

mmg full of live la pendek kata.

sarahistheone said...

naik satu!

paradi satu!

lengkap raya aku

magenta said...

Fallen Angel: Hahaha speedcar, bunyi ganas gak tu. Aku paling suka kalau yang tak ada jenama atau jenama dia tak terpampang atas kasut atau baju. Gila tak best baju yang ada nama jenama atas dada. Lives, memang tak boleh blah! Patut buang 'v' tu.

Sarah: Hahaha Dio&Gomez tak mau? Tergelak besar aku terbayangkan orang pakai baju raya Paradi ngan kasut raya Naik. Kalori makanan sahur telah banyak terbakar. Nampaknya aku harus conserve energy dengan tidur sekarang.

Pourpres~ said...

jangan percaya si orang tua penyangak eh. Dia memang suka nak jadi adik. Hahahaha.

xwizit said...

Tahu tak dulu dekat highway sekitar Kulim ada restoran jejantas mini. Dekat situ ada restaurant nama Mat Dollah.

McD Malaysia?

Tapi sekarang dah tutup. Orang Malaysia suka mat salleh mcdonalds lagi kot

Anonymous said...

saya spm pun tak lepas lagi kak.

Nuruddin Abu Bakar said...

Devil wears Paradi Zomg!
Naik ZZomg.
pingsan.

Anonymous said...

Mak Dak. Aku rasa nak bawa franchise tu ke M'sia dan rename ke Mak Andak.

Atau Mek Bi. Tapi Mek Bi mungkin dah ada tak silap aku.

Pourpres~ said...

to penyangak: spm tahun berapa kau x lepas? 1992?

Sleep Monger said...

hoho.. tone down eh. comel comel.

mana-mana ada orang kutuk pakai brgn murah ni. Wat donno sudah. Orang suka berasa diri dia 'lebih'. Kdg2 member gurau2 kutuk pun sakit, sambil tersenyum pun menanah hati.

cheapskates~~!

tapi kalau dah minat brg ori lain la kan. rasa dia lain. ade feel. kualiti pon elok. hehe.

Anonymous said...

if only they can sell so many t-shirt kosong and seluar kosong and acrylic paint, i'd design my own clothes.


takde cek-rom, takde main dakwa, dunia aman.

Anonymous said...

beli ori for the quality.....tp malaysia dia mix up

baru pakai setaun dah tanggal tapak

i;m lost of words

Siberkop said...

"Please don't shout in the casino sir!"

47 said...

fact: mak 'dak' = sarang pelacuran di china.

di malaysia, orang yang run rumah pelacuran di panggil mak ayam, di china orang panggil mak itik.

A-11 said...

kalo nk ori tp harga nk ok..
cari bundle..

aku dpt bag LV dgn hanya 300

A. Aini said...

confession here, i bought LV rip off dari eBay. tak pernah pakai. and tak tahu kenapa beli. mungkin kerana terlampau excited tengok bag LV yang cost about rm30.

tapi tu dulu. sekarang pakai handbags mak sudah.

The Devil Wears Paradi. Sumpah tergelak besar.

ledisordre said...

saya setuju dengan neem.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Tak payah pergi jauh, kat Malaysia ni pun dah ada Mc Dolah.

Dan sewaktu saya duduk asrama zaman persekolahan, saya diperkenalkan dengan sebuah bateri jenama Powerf yang boleh bertahan lama hanya dengan dijemur di tengah panas terik.
Memang powerfff!

apapun, ni pun ada cerita best :
"WHEN free-scoring defender Ivica Supe joined Croatian third division football club Zagora FC, he was unaware of the bonus structure.

After finding the net 16 times this season, he was stunned to find out a local farmer had pledged one sheep for every goal a defender scored. Supe (29) said: "It was a surprise, I just don't know where I will keep them. And I am expecting to score more by the end of the season."

magenta said...

Pourpres and Penyangak: Korang ni macam adik beradik bergaduh main-main hahaha. Dah agak dah. Penyangak ni mesti either lagi tua atau sebaya kan Pourpres.

Liyana B: Hahaha yeke! Ala dah tak ada ke. Ruginya tak dapat merasa.

Facet: Hahaha apa pingsan2 ni. Baik tidur.

Kril: Mek Bi? Nak bukak kat mana? Bachok ke? Hehe.

Double Patties: Haha actually jarang orang kutuk, tapi adala sorang dua perasan dia lebih. Barang kualiti elok memang patut dia ada dalam sehelai dua helai.

Takahara: I think they do, tapi kena order kot. Acrylic tu mahal woo.

Erm: Beli kasut yang bagus, boleh bertahan 5 tahun.

Siberkop: Hahah eh, layan gak Russell Peters?

47: Damn! Fact of the day.

Syafiq: LV 300? Musykil musykil.

A. Aini: Haha orang lain pun tak tau je kalau pakai. Devil Wears Paradi, boleh buat sandiwara.

Ledisorde: Haha, baiklah, baiklah.

TTB: Eh, Mc Dollah tu wujud lagi ke? Sedap tak?

Powerf gila ah. Haha best tu. Malam ni boleh makan lamb chop. Satu hari, sembelih satu biri2. Yum yum.

Anonymous said...

entri yg menarek nih. skg ni mmg bnyk kan brg2 tiruan. aku pn semacam mls nk beli yg memahal.bkn org tahu pn kan? haha

rgds, farah

Amermeftah said...

Kat mesir ade restoran Magdonal.