Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya.

Raya hanya beberapa lagi saja, jadi aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca aku. Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengan tulisan dan komen aku. Sebab aku tau kadangkala kesarkastikan (ya, perkataan ini memang tak wujud) memang menyakitkan hati dan unnecessary, lagi-lagi dengan yang tak biasa. Maaf, ianya agak automatik dan kualiti turun temurun.


Kad raya buat kamu semua:

Muka hadapan.

Muka belakang.


Dulu ayah aku selalu dapat beratus-ratus kad raya tiap-tiap tahun dan ia selalu dibuang, kadang kala tanpa dibuka, jadi aku suka kumpul dan buat kad raya untuk sesiapa yang rapat dengan aku. Yang ini aku buat masa tahun 2002, aku pilih kad raya yang cantik, potong dan tampal atas kertas artblock. Satu artblock mungkin terdiri daripada 30 atau lebih potongan kad raya yang berlainan. Kemudian aku lipat empat. Jadi muka belakang dan hadapan ada design.


Aku pun dapat beberapa kad raya tahun ni, tapi tak sebanyak masa aku di sekolah rendah dan budaya bertukar-tukar raya memang popular. Best dowh dapat kad raya. Bila aku nampak orang tu tulis nama aku atas kad raya, rasa macam sweet sangat. Sebab aku dulu masa nak pilih kad raya nak bagi orang pun satu proses yang lama. Bagi kawan yang rapat aku kasi kad raya besar sekali dengan design yang nampak elegant tapi simple (kalau orang tengok pun mesti ingat, ni bukan calang-calang kad raya ni, ni kad raya mahal ni), pastu aku tulis nama mereka elok-elok dan wishes yang panjang-panjang sikit. Yang tak rapat, aku kasi kad saiz medium atau kecil dengan design ala kadar pastu highlight kata-kata ucapan 'Selamat hari raya. Maaf zahir batin' kat kad raya tu pastu sign nama saja. Pastu tulisan pun dah macam selekeh sikit.


Dah dewasa ni, macamni saja style kad raya yang aku dapat. Geram betul aku. Bukan aku boleh pakai pun.


Dah tiga tahun aku tak beraya di Malaysia. Aku sungguh rindu nak beraya di kampung macam masa kecil-kecil dulu dan bermain mercun. Aku tergelak teringat kata-kata seorang kawan lelaki yang menyuruh aku hanya bermain bunga api kerana aku perempuan. Tahun ini aku telah menyalakan tiga mercun serentak semasa New Year, sungguh exciting perasaan bahawa mercun itu bakal meletup di tangan aku jika aku tidak cukup pantas. Kalau parents aku tau, mesti aku dah kena sound. "Bodoh! Nak hilang tangan ke?!"


Er. So kids. Mercun membahayakan kesihatan. Jangan main mercun.

Tak Ada Siapa Suka Dihakimi, tetapi Semua Orang Menghakimi

Frasa “Only God can judge me” mula menampakkan nilai komersilnya selepas Mark Morrison baru keluar dari penjara dan mengeluarkan albumnya yang berjudul ‘The Return of The Mack’ semasa aku berumur 12 tahun.


Selepas itu, semua artis mula menggunakan frasa itu apabila ditangkap menghisap dadah, curang dengan pasangan masing-masing dan ditangkap tidak memakai seluar dalam semasa keluar daripada kereta mereka.


Memang tak ada manusia yang suka dihakimi. The problem is, everybody does it.


Kamu. Aku. Mereka yang di tepi jalan, mereka yang menulis blog.
Kita semua bercerita tentang manusia dan kelakuan mereka. Judging people adalah suatu kemahiran untuk survival. Kita judge orang untuk tahu siapa untuk dijauhi dan siapa untuk trust. Judging adalah subjektif. Judging adalah suatu paradoks.


Dengan memanggil aku judgmental, bukankah kamu sendiri juga judgmental? Kamu judge aku sebagai seorang judgmental. Paradox, see?


Kita ambil contoh senang sikit. Lelaki yang membuat jenaka dia hanya mahu keluar dengan perempuan lawa. Tentu ada perempuan yang cop lelaki itu sebagai seseorang yang gatal, tak sedar diri (kalau dia tak berapa kacak) dan lebih pentingkan rupa daripada personaliti. Tapi pokoknya memang ramai orang di dunia ini superficial dan sangat mementingkan rupa, bukan?


Sama seperti aku. Sejak aku menulis blog aku pernah dicop sebagai judgmental di ruang komen. Apa beza aku dengan orang di luar sana? Aku cakap apa di fikiran aku sebab aku boleh. Aku anonymous (nanti aku elaborate di hujung entri ini). Di realiti, kamu jarang akan jumpa orang yang bercakap apa yang di dalam fikiran mereka.


Di realiti, orang masih menghakimi kamu. Mungkin bukan secara lisan, tetapi di dalam hati atau minda mereka. Mereka tak akan beritahu kamu mereka bosan mendengar cerita kamu yang asyik bragging pasal kerja atau boyfriend kamu. Bukan kerana mereka dengki, tetapi sebab mereka tak kisah. Mereka tak akan beritahu kamu bahawa pada mulanya mereka memang sangat simpati terhadap penceraian ibu bapa kamu, kematian atuk atau break up/perceraian kamu tetapi selepas mendengar cerita sedih itu buat kali ke-2000, mereka sudah bosan dan tak kisah, malah sudah menganggap kamu suka menagih simpati. Mereka tak akan cakap "Tak nak" apabila kamu bertanya "Nak tengok gambar cucu saya tak?" buat kali yang ke-10.


Kenapa? Sebab kita merasakan kita ada tanggungjawab untuk menjadi polite dan menjaga hati orang lain. Apa beza lelaki yang mengatakan dia suka perempuan yang lawa dan lelaki yang hanya mahu keluar dengan pramugari tetapi tak mengatakan sebegitu, sebaliknya memberi impression bahawa dia dapat menerima semua jenis wanita? Tak banyak beza, cuma yang kedua mungkin lebih arif tentang psikologi wanita.


Judging memang subjektif. Kalau aku cakap aku tak suka wanita yang mengamalkan abortion melainkan fetus itu bakal memudaratkannya, aku juga boleh dicop sebagai judgmental. Mesti pelbagai ayat dilemparkan pada aku seperti "A woman has a right to do what she wants with her body". Pada orang lain, mungkin mereka tak rasa aku judgmental. Sebab mereka agree atau mereka memang tak kisah langsung tentang hal itu. Kebanyakan daripada mereka yang terasa adalah mereka yang mungkin pernah menjalani abortion atau tak kisah menjalani prosedur itu pada masa depan.


Berbalik tentang anomiti aku. Aku anonymous sebab aku hanya guna blog ini untuk bertukar pendapat. Aku tak pasang iklan, aku tak mahu dikaitkan dengan blog ini kerana aku memang nak separate dunia realiti dengan dunia blog.
Sebab kalau aku sudah cross that line, there’s no turning back. Aku mahu mansuhkan blog ini pada satu hari nanti tanpa ada apa-apa yang boleh mengingatkan atau mengaitkan aku padanya. Aku tak add kawan daripada dunia blog ke Facebook (kecuali 2 orang). Mungkin satu hari nanti. Aku juga tak ada apa-apa kerja yang dapat dipromosi melalui blog. Sebab kalau aku ada, sudah tentu aku dah buat.


Sebagaimana dengan aku tak dapat untung melalui blog, aku juga tak rugi apa-apa.
Mungkin ada yang rasa I can get away with anything sebab aku anonymous. Tapi aku rasa kebanyakan entri aku harmless. Aku mungkin jarang bercakap tentang diri aku, mungkin sebab aku tak perlu apa-apa validation. Aku sebenarnya tak kisah orang nak pikir aku cantik atau buruk, tak ada life atau ada life, gila atau waras. Sebab aku tahu aku siapa, dan aku tak rasa siapa aku patut relevan dengan penulisan aku. Kamu semua dah besar kan, kamu sendiri patut tahu lah jika ada kebenaran atau tidak dalam apa yang aku tulis.


Blog ini bagaikan suatu playground bagi aku, di mana aku dapat menyatakan pendapat aku dan mengetahui pendapat orang lain. Aku memang sangat suka mengetahui pendapat orang lain, lagi-lagi di dunia blog. Sebab di sini kita berani menyatakan apa yang kita tak akan atau tak berani nak utarakan dalam dunia realiti.


Aku bukan nak cakap it's okay to judge, sebaliknya jika kamu tak suka dihakimi, jangan menghakimi orang lain. Lebih senang untuk cakap daripada buat, kan?

Monday, September 22, 2008

Mari Bermain Tag.

Aku berbesar hati untuk menjawab tag daripada seorang pakar linguistik dan seorang pakar nuklear fizik. Dan seorang raja lawak, sebab bila dipikirkan, aku juga dikategorikan sebagai orang. Rasanya lah.


1. Aku pernah kehilangan 3 handphone dalam tempoh 6 bulan.
Satu dicuri oleh pelayan Turki di Bayern yang enggan memulangkan kepada aku selepas aku dan 7 orang kawan aku telah mendesaknya (cerita panjang), satu lagi terjatuh masa aku naik rollercoaster, satu lagi tercicir. Sebab tu sekarang aku pakai handphone yang langsung tak canggih.


2. Pakaian yang baru dibasuh dan berbau seperti softener dan atmosfera selepas hujan adalah natural highs aku.


3. Aku boleh habiskan makanan yang tak cukup rasa atau makanan sejuk, tapi aku tak suka makan nasi guna pinggan yang masih basah atau minum air dalam gelas yang masih basah dan berbau Axion.


4. Pernah menjalani strict diet untuk menambahkan berat badan selama 2 tahun. Aku minum satu cawan whipping cream tiap-tiap hari (kadang-kadang 3 cawan), makan keju 70% fat dan berjalan 1km tiap-tiap hari di samping makan 3 meals yang heavy karbo beserta dessert.


5. Aku ada peraturan yang agak pelik masa set mp3 playlist aku, walaupun aku bukan seseorang yang gila sangat pasal muzik. Semua lagu dalam playlist harus ada kesinambungannya. Contohnya aku akan arrange lagu dengan ‘penyambungnya’. Seperti Glosoli- Sigur Ros mesti diikuti dengan Sing-Blur, dan No Suprises- Radiohead mesti diikuti dengan Naninong- Damn Dirty Apes. Kalau aku suka satu part dalam lagu tu, aku akan rewind 30 kali sampai aku puas dengar.


6. Aku suka melihat wanita dan lelaki berambut hitam, pouty lips dan bermata besar bewarna biru. Paling suka lihat kecantikan budak-budak yang semulajadi yang rambut dan keningnya belum diusik. Macam budak ini:


7. Tak suka badut akibat melihat filem It, filem tentang seorang badut yang makan budak-budak semasa aku berusia 8 tahun. Lepastu aku nak pergi tandas sorang-sorang pun aku takut. Seram.


8. Aku layan semua jenis genre filem, daripada filem-filem bubblegum kepada filem berat. Filem Boboyz pun aku pernah layan kat TV time raya masa tingkatan 3 dulu. Tapi aku paling suka filem Jerman.


9. Aku pendiam dan tak pernah meninggikan suara dengan kawan-kawan. Blog ini mengelirukan kawan-kawan aku yang mengenali aku dalam real life.


10. Aku ada rabun jauh yang mild tapi aku hanya akan memakai contact lens jika hendak ke kelas.
Time lain aku takkan pakai contacts atau glasses. Ya, aku buta sombong.


11. Aku layan majalah Mad sejak aku berumur 5 tahun. Aku suka main lipat dan cantum kat page paling belakang sekali. Masa aku 8 tahun aku upgrade kepada Kuntum, Bambino dan Dewan Pelajar. Upgrade lah sangat. Aku layan komik Archies sekitar 8 tahun juga, dan masatu aku lebih suka Veronica daripada Betty.


12. Aku tak set timeline untuk diri aku. Aku tak set umur untuk belajar, bekerja atau berkahwin.


13. Kawan-kawan rapat aku hampir kesemuanya mempunyai personaliti berlawanan dengan aku.


14.Aku pernah berjalan-jalan keliling Rome tanpa menaiki apa-apa pengangkutan dan melawat kesemua landmarknya yang terkenal dengan hanya berjalan kaki. Akibat travel dengan 3 orang lelaki yang berstamina kuat dan kedekut, haha.


15. Aku suka karaoke di Red Box dan menyanyi lagu rock kapak. Dan juga lagu pop.
Ahem.


Aku tag Penyangak, Pourpres, Asra, Dayana, Tipu Tapi Benar dan Double Patties.


p.s. Heroes Season 3 dah keluar.

Thursday, September 18, 2008

Tekanan, Perbandingan dan Keputusan

Kadang-kadang aku rasa bosan asyik dibandingkan dengan orang lain, terutamanya dalam hal akademik. Dibandingkan dengan jiran, saudara mara dan anak-anak kawan ibu bapa aku. Kadang-kadang, aku mahu rasa gembira tanpa perlu rasa rendah diri dan kecil. Aku tak mahu ada suara yang mengatakan keputusan baik itu hanya disebabkan nasib dan tak akan bertahan lama. Aku tahu ramai yang lebih bagus tetapi sekali sekala, aku mahu lupakan orang lain.


Tak kira betapa tingginya pencapaian aku, mesti ibu bapa aku akan dapat mencari contoh yang lebih baik. Kalau aku dapat nombor 1, mesti mereka kata sekolah lain lebih mencabar. Lepas tengok report card aku, mesti mereka bertanya apa orang lain dapat. Sampai satu tahap aku mula sedar, tak kira bagusnya keputusan aku, mesti ramai lagi yang lebih bagus. Jadi aku mula berhenti kisah. Kalau keputusan bagus tak dapat apa-apa, kalau tak bagus lagilah kena. Kan best jadi anak lelaki, dapat A masa tingkatan 4 pun boleh dapat macam-macam hadiah. Ya, aku sangat cemburu. Aku dapat A ke, nombor 1 ke, biasiswa ke, kena puji pun tak. Hanya dihantui dengan perasaan bahawa aku seseorang yang mengecewakan, tak kira apa aku buat.


Lepas balik uni tadi mood aku agak happy sebab dapat skor paling tinggi dalam batch untuk test yang aku duduki 2 minggu lepas, jadi aku beritahu orang rumah. Lesson untuk aku- jangan beritahu ibu bapa keputusan kalau mahu terus gembira, even kalau aku dapat yang paling bagus. Terus disambut dengan beginner’s luck, kalau dapat buat tiga kali berturut-turut baru bukan nasib, mesti test senang, orang lain mesti skor tinggi jugak. Tak ada gunanya kalau aku beritahu mereka bahawa gred purata adalah C dan classmate aku ramai yang sudah bertaraf guru dan dah ada anak. Kan best kalau aku boleh pekakkan telinga sesuka hati. Nasib baik aku ada seseorang, kalau tidak aku tak akan tahu makna having someone truly supportive dan genuinely happy with my accomplishments. Mungkin sekarang tak perlulah aku mengharungi hidup dengan hanya mengenali perasaan not good enough.


Nasib baik aku tak ada kembar.

Monday, September 15, 2008

Lalala.

Dulu ada dua orang cadangkan buat entri tentang kucing, terharu betul aku. Sebelum ni tak pernah ada sesiapa cadangkan kepada aku nak tulis apa. Aku suka cadangan sebenarnya. Kepada Neem dan Ledisordre, entri ini dedikasi kepada kamu.


Seperti yang pembaca lama aku sudah tahu, aku ada dua ekor kucing. Walaupun mereka penagih tuna dan suka tidur atas buku yang aku sedang baca, aku tetap sayang gila pada mereka.


Ini video yang aku ambil dua bulan yang lepas. Video ini ada audio yang agak kuat, kalau kamu berada di office, sila mutekan audio kamu atau letak sound pada tahap paling minimum.

video

Yang macam Satria Baja Hitam tu sudah tak ada. Bulan lepas, ia terbunting dan dicampak di restoran yang ada jual nasi katok sedap di tepi kedai runcit itu oleh orang gaji aku. Baja Hitam, nak buat macam mana. Orang lain yang buntingkan kamu, kamu pula yang dihalau rumah. Aku kenang kamu dalam doaku.


Sekarang ni yang macam harimau tu dah takmau layan Friskies dengan makanan kucing jenama Miau Miau dah. Dia hanya mahu layan ikan mentah yang kami beli fresh kat tepi pantai. Sekilo dapat 21 ekor beb. Tak pun ikan-ikan yang dah hilang kepala pastu terpaksa dijual dengan harga yang murah. Bertuah punya kucing.


Sekarang, siapa dapat teka kucing yang macam harimau dan ada ekor macam ular dalam video tu sedang bermain dengan apa?

Sunday, September 14, 2008

Ini Bukan Harian Metro atau Majalah Mangga

Kepada yang tuduh aku dengki, mereka-reka cerita dan mencapub, kamu tak minta maaf pun tak apa. Ya, aku nampak tuduhan kamu sebelum chatbox itu didelete. Tapi aku paham, ini semua datang dengan adanya blog yang public. Dan percayalah, aku tak kisah dengan angka stats aku. Kalau aku kisah, dah lama aku pamerkan angkanya dan letak iklan Adsense/apa-apa yang mendatangkan duit. Tetapi aku lebih kisah dengan siapa daripada berapa orang yang membaca blog ini. Sebab aku tau, dalam ramai-ramai itu, tak semua yang suka aku.


Kepada dia, sudah-sudahlah tu menipu. Sekarang dengan identiti pula. Aku ada bukti kukuh kamu siapa. Sekukuh bukti-bukti aku sebelum ini. Aku pun tak suka malukan kamu ok.


Ya, aku ada informasi siapa yang handalkan blog kamu. Fakta tak pernah menipu. Selain itu, kamu jangan lupa, kamu telah daftarkan diri dengan Nuffnang.


Aku ingat aku tak tertipu. Rupa-rupanya aku pun tertipu sekali. The husband and the wife were in it together. Apa motifnya? Pandang kanan bahagian atas. Setahu aku tak pernah pula aku dedahkan muka isterinya di sini, tiba-tiba isteri dia datang ke blog aku dan promote blognya di ruang komen mengajak kamu semua ke blognya untuk view gambar-gambarnya bersama abang kesayangan kita. Jangan lupa klik pada iklan Nuffnang itu ya, kawan-kawan (eh, iklan itu kena bayar per klik atau per visit? Kalau per visit, memang banyaklah untung mereka. Syabas). Semoga bahagia hingga ke cucu cicit.


Duit, tentunya duit. Ah, manusia memang macam-macam. Malas aku nak layan.

Saturday, September 13, 2008

Bila Anonimiti Bloggers Disalahgunakan

Update: Aku paling tak boleh bla orang yang dah kahwin tapi tak nak mengaku dan lelaki yang menipu. Dan aku bukan Sam B. Siapa rasa aku patut dedahkan saja, dan siapa rasa aku tak patut?


Aku paham kenapa ramai bloggers mahu mengekalkan anonimiti mereka. Tapi ada satu blog ni, aku tak pahamlah. Memang biasanya aku tak kisah pun sebab tak ada kena mengena dengan hidup aku, tapi blog ni, ah. Aku hairanlah.


Kalau tak nak orang tau sesuatu baik tak payah tulis saja, kan? Kenapa harus menipu?


Aku tahu banyak blog yang tulis fiksyen tapi bila dah tulis fiksyen dan buat-buat macam memang berlaku dalam hidup dia, macam mana?


Kalau ambil gambar dengan artis pastu mengaku tu bekas teman wanita dia, bagaimana? Lepastu orang tanya, "Eh, tu muka macam _____ (nama artis) la" dan dia deny dan cakap itu memang bekas teman wanita dia, bagaimana? Tambah-tambah lagi artis tu dah kahwin.


Tambah-tambah lagi dia baru berkahwin beberapa bulan lepas.
Tapi blog, pergh. Macam-macam cerita dengan perempuan.


Aku rasa aku sorang saja tahu semua cerita itu fiksyen. Sebab aku tengok ramai saja awek dan blogger terkenal layan entri-entri dia seolah-olah semuanya realiti.


Which proves that 90% of women are gullible when it comes to bad boys. Even perempuan yang kononnya paling kental. Even when the bad boy is just fictional.


Aku pun tak tahu kenapa aku kisah sangat. Bila aku tau identiti blogger aku biasanya tak buat apa-apa. Entahlah. Mungkin sebab aku nampak ada perempuan ditipu terang-terangan- aku tak suka tengok perempuan ditipu di dunia realiti atau virtual (gila feminist, I know). Mungkin sebab dia ada isteri. It just rubs me the wrong way. Aku tak dapat terangkan. Aku boleh kantoikan dia tapi that’s like playing God, kan? Macam dengki gila. Aku pikir, lantak dia lah. Berapa lama seseorang boleh terus menipu kan? Mungkin in some way he’s living his desires through his character on his blog. Tak apa lah. It's just a blog kan? Dan aku tak mahu name drop.


The thing is, aku tak rasa orang akan layan sangat blog dia kalau tau semuanya fiksyen. The attraction lies in the ‘lie’ that he’s a bad boy and the stories are real. Tapi kalau kamu, kamu kisah tak kalau seorang blogger tulis fiksyen dan letak gambar-gambar perempuan/artis dan claim macam-macam dan buat-buat seolah-olah semuanya realiti?


Dude, tak baik menipu pada bulan puasa tau.

Thursday, September 11, 2008

Yang Membuli dan Dibuli

Sebenarnya masa aku kecil aku sering dibuli. Sebab aku tersangatlah renek. Bayangkan, semasa aku darjah 1, aku hanya 18kg dan 116cm. Sehingga aku masuk darjah 5, aku hanya naik 1kg setahun. Selain daripada renek, aku juga pendiam.


Waktu berhimpun di dewan, kami terpaksa beratur ikut ketinggian. Aku selalu kena berdiri kedua daripada hadapan. Sungguh tak cool. Budak-budak cool dan otai semua dapat berdiri di belakang. Mereka mendapat nutrisi yang secukupnya. Budak-budak yang kena berdiri depan selalunya nampak macam tak dapat cukup cahaya matahari dan nutrisi, sebab tu tak tinggi-tinggi.


Oleh sebab ini juga, aku sering dibuli. Junior pun buli aku.
Suruh pegangkan botol air. Bawa beg mereka ke kelas. Give up tempat duduk dalam bas sekolah. Aku buat sebab aku takut. Mereka jauh lebih besar daripada aku.


Pada umur 8 tahun juga aku telah diblackmail buat kali pertamanya. Oleh seorang junior pulak tu. Semasa kecil aku ada tabiat yang kurang elok.
Aku suka curi minum air paip di tandas sekolah agama. Aku pun tak tau kenapa. Tapi aku rasa macam air paip kat situ sedap. Pada suatu hari, aku kantoi dengan seorang junior. Junior ni sekelas dengan aku, sebab aku memang lambat setahun dekat sekolah agama. Lepastu, tiap-tiap kali exam, dia paksa aku bagi dia copy jawapan aku. Kalau tidak, dia akan beritau semua orang tentang tabiat aku itu. Disebabkan aku risau tentang reputasi aku yang tak wujud itu, aku mengalah saja. Mana boleh orang tau. Lagipun aku suka dekat abang dia.


Ada pula budak-budak kaya yang suka memanipulasi aku untuk membuat kerja rumah untuk mereka tanpa apa-apa bayaran.


Masa masuk darjah 3, aku jumpa mangsa untuk dibuli pula. Aku tak boleh lupa, satu hari dia telah menangis disebabkan aku. Tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku.


Masuk darjah 5, aku pindah negara. Aku putus kontak dengan ramai kawan, termasuk dia. Aku mula membesar secara fizikal. Tetapi mental aku masih macam budak-budak.
Sementara orang lain sudah mula concern pasal puberti, aku masih taksub dengan Ultraman. Tahun 1996, aku tulis surat kepada kawan-kawan aku. “Kat sini dah ada Ultraman Dyna, Malaysia sekarang tengah Ultraman apa?”


Tahun lepas, sedang aku surf Friendster, terjumpa suatu profile gadis yang agak familiar. Aku takkan lupakan senyuman itu. Nama pun sama. Lama juga aku berdebat nak message ke tak. Last-last aku hantar message begini:


Hi, you probably don’t remember me, but you remind me of someone I used to know when I was 8. Did you use to go to Madrasah ######? If you are who I think you are, I remember I made you cry once, I’m really sorry for that.


Dia jawab malam itu juga. Dia membalas bahawa dia masih mengingati aku dan sudah tak ingat bahawa aku pernah membuat dia menangis. Dia menambah lagi bahawa kami pergi di sekolah menengah yang sama dan dia senior aku dan dah lama perasan aku. Aku tak sedar pun. Kami berbalas message dalam 2-3 kali and that was it. All was well.


Aku tunjuk profile dia kepada best friend aku dan berkata, "Weh ko tengok ni, dulu aku buat budak ni nangis siot. Jahat sial aku."


Kawan aku membalas,


"Gila ah weh.
Selamba ko buli budak hot!"


Ya, dia dah hot sekarang. Budak-budak yang buli aku dahulu pula semuanya lebih pendek daripada aku sekarang.

Friday, September 5, 2008

Tips Hari Ini

A little addition:

Gila ah. Aku tergelak membaca artikel ini- tentang seorang pemain bola sepak yang dijual secara barter untuk 15kg daging. Tapi ini ESPN, takkan tipu kot?

Ni aku ada terjumpa lagi gambar-gambar barangan jenama tiruan.

Mak Dak. Mereka jual burger itik ke?


Naik. Just buy it.


Ha amik kau. The Devil Wears Paradi.


Zalbollae? !Xobile?


Sccoby. Memang tak boleh blah.


Banyak lagi gambar 'barang cetak rompak' di sini. Dan sila ke sini untuk melihat perfume jenama Lakosta, D&G (Dio&Gomez) dan kedai makanan segera 'Marijuana'.


Kalau belum tahu lagi-


1. Kalau kamu jenis yang suka beli barangan (contohnya handbag) berjenama tiruan seperti Louis Vuitton, jangan bawa ia ke Eropah (especially France), lagi-lagi ke dalam kedai itu. Orang di Asia mungkin tak dapat membezakan bahawa barangan kamu itu yang original atau fake, tetapi mereka di Eropah dapat mengecam dengan one glance. Kamu mungkin akan ditahan dan didenda di airport. Aku pernah dengar cerita seorang makcik yang membawa handbag Guess fake ke dalam kedai Guess di Perancis dan seterusnya dibawa ke balai polis dan disoalsiasat selama 3 hari.

Denda yang dikenakan? Dalam RM17000. Tapi setelah meminta pertolongan dari Embassy, dendanya dapat dikurangkan.


2. Kalau ditangkap:


Pura-pura menjadi mangsa penipuan dan katakan kamu tak tahu barangan yang kamu beli tu fake.


3. Kalau tak tahu membezakan antara fake atau original:


Kadangkala kita rasa barang itu original sebab harganya mahal. Macam kalau kamu terjumpa handbag berharga 300 USD, kamu dah assume ia ori. Tapi sebenarnya harganya adalah 2000 USD. Barang yang sama dapat dibeli di China dengan 1/5 harga itu. Dan tak silap aku, dulu ada kontroversi Ebay jual barangan LV yang fake.

Barang tiruan mungkin dijual di kedai yang nampak mahal dengan harga yang mahal sebab sewa bangunan kedai itu mahal, dan dia mahu menampung sewa kedai dengan menjual barangannya dengan mahal. Bukan sebab ori. Jadi pastikan bahawa kedai itu adalah franchise atau tidak.


Kamu juga boleh google atau tengok Discovery Channel untuk tahu tips barangan itu fake atau tidak. Hanya dengan melihat huruf di atas handbag misalnya, sesetengah orang dapat mengecam ia fake atau tidak. Di Perancis, budak sekolah menengah pun dapat membezakan hal ini. Tapi kalau di Malaysia tak apa. Tak ada siapa tahu. Hehe.



4. Tak payah beli barangan berjenama, mahupun yang asli atau tiruan. Macam aku.


pantboyzomgwtfbbqsauce


Aku sedang cuba untuk tone down unsur-unsur marah, dengki, dendam, mengumpat, mencari pasal atau apa-apa yang negatif dalam entri-entri aku sempena bulan puasa. Susah betul. Sigh.

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa.

Bagi kamu yang di Malaysia. Brunei mula puasa esok. Aku pun tak paham kenapa, memandangkan Sabah dan Sarawak pun sudah mula berpuasa dan Brunei berada berhampiran dengannya. Buat-buat tak nampak anak bulan ye. Aku tahu aku ada beberapa pembaca daripada Brunei, kalau aku buat lawak sarkastik tentang Brunei kamu buat-buat paham lah, bukan aku tak suka Brunei. Aku suka. Kawan-kawan aku pun tiap-tiap hari ejek aku “You Malaysian!” tapi aku tak ambil hati pun. Nak saja aku beritahu kepada mereka orang Malaysia sebenarnya bukan macam aku, yang aku memang pelik tapi aku malas nak terangkan kepada mereka kenapa.


Aku tak tau bagaimana masyarakat di sekeliling kamu, tapi as I was growing up, puasa memang mencabar. Bukan part menahan makan atau minum, tetapi dari segi manusia di sekeliling aku. Manusia yang tak reti nak respect orang lain. Aku ada set kepercayaan aku sendiri. Aku mahu bebas mengamalkan apa yang aku percaya. I don’t force my beliefs down your throats. Aku tak paksa kamu buat apa yang aku buat. Jadi kenapa harus kacau aku?


Basically puasa ialah sesuatu yang tidak cool lah pada mereka. Tak puasa itu tanda rebellious, tanda breaking the rules- perlu di-show off. Apa-apa yang berunsurkan ibadat itu tak cool. Kalau sembahyang itu PAS, atau ustad/ustazah. Kalau dah lama sangat tak sembahyang sampai terlupa surah Al-Fatihah itu sesuatu yang sangat kelakar dan cool. Kalau ada yang berpuasa dianggap menunjuk-nunjuk alim, walaupun dia tak berkata apa-apa. Lah, jangan salahkan orang lain kalau kamu rasa bersalah. Blame your conscience. Yang anehnya bila hendak mengorat perempuan Cina berkepercayaan Buddhism, tiba-tiba menjadi the-most-understanding-guy-on-earth pula. Oh, you tak boleh makan beef ya. Tak apa, kita pesan bak kut teh.


Time buka puasa kalah orang yang berpuasa. Sampai orang berpuasa tak sempat nak beli, dia dah bolot semua di bazaar Ramadhan. Tak puasa tapi still nak buat gathering buka puasa anyway. Budak sekolah aku selalu buat macamni. Aku pun tak paham kenapa. Tak payah panggil buka puasa lah. Panggil saja dinner get together. Yang tak boleh blah selepas azan siap angkat tangan baca macam-macam doa lagi. Padahal baru lepas hentam cheesecake dan merokok di rumah. Cuba seorang minta diri nak sembahyang Maghrib, mesti semua di meja makan pandang pelik gila. Padahal Mat Salleh di Eropah yang ternampak orang sujud di carpark pun tak pandang pelik macamtu. Alah, kamu belajar Pendidikan Islam juga kan? Apalah orang nak sembahyang pun nak hairan. Lepastu lihat babak Baptism di filem Godfather pula rasa understanding gila. So enchanting and mysterious!


Puasa itu untuk test willpower. Orang Buddhist pun ada juga tempoh berpuasa mereka, cuma mereka boleh consume liquids. Tak perlu hairan. Antara tujuan berpuasa adalah untuk empathise dengan mereka yang tak ada makanan. Dan lepastu itu mungkin hati kita akan tergerak untuk membantu mereka. Menderma. Sesetengah orang tak kisah ada willpower yang lemah. Sesetengah orang tak kisah pasal manusia di sesetengah pelosok dunia yang kebuluran. Aku paham jika kamu tak kisah. Sesetengah orang perfectly fine being dependent on substances. Sesetengah orang tak paham kenapa perlu emphatise sebab mereka rasa mereka tak akan berada di dalam situasi tersebut. Tak mungkin mereka akan tercampak ke Somalia dan mati kebuluran. Or something like that.


Kita sebenarnya jarang sekali akan kisah, melainkan ada kemungkinan akan atau sudah berlaku kepada kita. Cuba suatu hari kita menjadi mangsa perperangan. Masa kita kesakitan, kelaparan, kehausan, kita pula berharap ada manusia yang akan empati dengan kita. Dan jangan pula kita marah jika tiada yang peduli. Sebab pada suatu masa dahulu kita juga tidak kisah.


Dan kita jarang akan bersyukur dengan sesuatu sehingga kita rasa terancam atau bakal kehilangannya. Dan aku tak pernah appreciate makanan more daripada dalam bulan Syawal. Oh ya, selamat beribadat. Apa-apa pun niat paling penting; kalau buat sebab nak ikut orang saja pun tak guna- ini boleh diaplikasikan dalam semua perkara dalam hidup.