Monday, June 30, 2008

“Celupar tu Apa?”

Setiap kali aku masuk institusi pembelajaran, aku mesti jadi golongan minoriti. Semasa aku masuk sekolah menengah, aku antara 3 budak Melayu dalam kelas yang ada 42 pelajar. Masa aku masuk kolej, aku antara berapa kerat yang tidak berasal daripada sekolah berasrama dan berjantina perempuan. Dan masa aku masuk universiti, aku satu-satunya wanita Asian dalam lecture aku yang kadang-kadang ada 70 orang, kadang-kadang 100 lebih.


Di sekolah menengah, rakan sekelas semuanya seronok mengajar aku bahasa Mandarin. Aku suruh mereka mengajar aku ayat-ayat essential untuk sekolah menengah. In short, macam mana nak mencarut. Selepas sebulan, aku sudah tahu lebih kurang 5 sinonim untuk perkataan ‘chau hai’. Entah kenapa, aku teruja sangat nak mencuba semua variasi untuk mencarut, satu hari aku telah menjerit,


"Tiu nia mah so lan!"


Semua orang gelak kat aku. Ughhh, malunya. Kamu mungkin tak paham apa maksudnya, tapi kalau kamu paham, you can stop laughing at me now.


Skip 6 years. Tahun 2003. Aku satu-satunya perempuan dalam kelas yang ada 18 orang lelaki. Sebulan lepastu, aku apply untuk tukar kelas. Aku masuk kelas yang serba asing.


Aku tak tahu macam mana kami jadi deskmates. Tahu-tahu saja, Wen Xian (bukan nama sebenar) jadi deskmate aku. Sebenarnya first impression aku terhadap dia tak berapa elok la. Dia nampak macam budak lelaki yang skema gila dan pakaian dia nampak macam mak dia yang belikan. Lepas aku rapat dengan dia, aku memang cakap macamtu kat dia, pastu dia jawab dengan muka merah padam,


"Memang mak aku belikan pun lah."


Sepanjang aku dalam kelas tu, dia dan Anna lah penghibur tetap aku. Wen Xian pada luarannya kelihatan seperti budak skema tipikal. Dia rajin gila, dia buat kerja rumah dalam kelas masa lunch dan semua foldernya tersusun rapi. Tapi lepas dia kawan dengan aku dan Anna, dia jadi bising gila dan suka cakap benda merapu. Aku gelakkan dia masa aku dengar dia cakap BM untuk kali pertama dan semenjak itu, dia semakin degil nak cakap BM.


Wen Xian: Eee, apa Miss T pakai hari ni, buruknya. Aku rasa sebab ni kot tak ada orang nak kahwin dengan dia. (yes he really talks like this)

Aku: Wei ko diam boleh tak? Aku tak siap lagi buat soalan ni. Nanti dia datang sini aku takut kena panggil weaker-average student. (risau)

WX: Taste dia sangat pelik lah. OMG. (sambung membebel)

Aku: Wen Xian, ko ni mulut celupar la.

WX: Celupar? Apa tu? Benda ke?

Aku: Apasal benda lak?

WX: Yela macam mulut tempayan, tempayan tu kan benda. Ko cakap mulut celupar. Celupar tu apa wei? Macam tempayan ke?

Aku: Belanga besar.

WX: Ko ni mengada-ngada lah.

Aku: Ko tau ke apa maksud mengada-ada tu?

WX: Mengada-adakan benda yang tak ada.

Aku: Bajet cute la buat lawak macamtu.


Suatu hari, masa mata aku sakit gila sebab cucuk pakai kanta lens pagi-pagi.


Aku pandang ke luar tingkap dan mengelip mata berkali-kali untuk menghilangkan pedih. Wen Xian, setelah melihat mata aku yang merah dan berair. Pandang ke arah yang aku pandang. Pandang mamat yang duduk di sebelah tingkap.


WX: (dengan nada excited dan super kuat) Kenapa mata ko bersinar-sinar pandang Acai? Ko suka dia eh?


Kawan Acai telah terdengar perbualan kami dan sedang poke-poke Acai."Weh, aku rasa dia minat kat hang lah", aku dengar kawan Acai cakap kat dia. Acai pandang aku dengan tersipu-sipu.


Aku: Huh? Mana ada aku pandang dia. Mata aku berair sebab sakit pakai contacts la. (juga sakit hati masatu)

WX: (dengan nada menyampah) Kalau suka tu cakap lah suka. Ni menangis pulak.


Dear God, it’s like I’ve created a monster.

Thursday, June 26, 2008

Umpama Ayam Kampung Bermigrasi ke Bandar.

Atau babi hutan baru keluar hutan. Hey, whatever that makes you happy.



Kamu tahu tak apa nama menatang sebelah jamban tu? Tak tau? Samalah kita.



Aku umpama pengemis baru dapat tinggal di istana secara percuma, boleh bayangkan?
Pernah baca karya Mark Twain, The Prince and the Pauper? Aku lah pauper tu. Ayah aku hadiahkan buku itu kepada aku semasa aku berumur 8 tahun, dan aku telah membaca buku itu lebih kurang 10 kali tapi masih tak paham-paham. Sebab BI aku macam haram masa kecik. Aku baca semula buku itu semasa aku 13, baru aku paham.


Aku jakun dengan semua benda dalam kediaman ni. Aku tak paham kenapa kena ada wet kitchen dan dry kitchen. Aku yakin dry kitchen tu akan basah jugak nanti. Tapi tak ada yang aku lebih jakun tengok daripada menatang sebelah jamban tu. Aku tak pernah jumpa dia kat dalam rumah orang Melayu. Hanya di hotel, tandas restoran mewah dan atas kapal terbang.
Aku tak tahu kegunaannya dan tak pernah curious pun nak guna.


Jadi bila aku jumpa benda tu di kediaman baru aku, aku dengan serta merta jadi syak wasangka.


Aku: Apa tu?

Dia: Birdie. (dengan konfiden)

Aku: Yeke?(dengan nada tak yakin)

Dia: Rasanya macam tu lah pronunciation dia.

Aku: Guna untuk apa?

Dia: Entah, aku guna untuk basuh baju.

Aku: Oh. Aku rasa dia macam mini potty kot. Macam untuk baby kencing atau berak dalam tu. Baik jangan basuh pakaian dalam tu.


Aku baru tau nama dia malam semalam, selepas setengah jam mencari di Google. Seperti yang aku jangkakan, birdie tu hanyalah terma untuk permainan golf. Benda tu, nama dia bidet. Direka oleh orang French untuk semua orang, tak kira dewasa atau kecil, basuh berak dan kencing. Dan dia basuh pakaian dalam tu. Haih.


Sebab ini Google adalah penting. Dunia ini lebih banyak golongan pengemis daripada golongan burjuah.

The Curse of Being a Girl


Maybe. Atau aku saja macamni. Aku rasa macam susah untuk blogging. I blame it on the fact that I’m a girl. Mungkin sifat aku sebagai perempuan untuk susah nak separatekan emosi daripada apa-apa yang aku buat. Kadang-kadang aku tertanya kenapa aku blog, seeing that in only brings out the worst in me: bahagian diri aku yang paranoid, defensive, emotional dan sensitive. Tapi lepastu aku ingat balik motif sebenar aku: Nak dengar pendapat orang lain kerana no one has the courage to be honest enough in real life.


Kita dalam real life semuanya pelakon yang baik-baik, reluctant dan terlalu selesa untuk keluar dari bulatan kita. Values kita lain. Tapi mentaliti kita mungkin serupa. Jadi mungkin dalam real life, kita tak akan bertegur sapa. Perasaan curiga kita akan take over. Kita tak banyak in common dari segi hobi dan aktiviti harian. Tapi bila di sini, di dunia blogging, di dunia virtual, kita sebenarnya ada lebih persamaan dari kita jangkakan. Dan aku retreat ke sini bila aku tak mendapat makanan jiwa aku dalam real life.


Aku mula baca discover blog-blog yang aku link ini awal tahun ni. Dan aku terus mula blogging. Tak pikir dua kali pun. Sebab itu aku menyesal certain things. Like this blog’s name, for example. Cara aku handle blog ini. Kalau aku diberi peluang untuk start over, aku takkan buat blog macamni. Blog ideal bagi aku adalah blog ini.


Masa aku start, aku ada jugak lah set some ground rules:

1)Cuba untuk jangan tulis pasal benda personal.

2)Cuba untuk jangan tulis pasal hal berat macam agama.

3)Cuba untuk jangan blow your identity.

4)Jangan bagi parents aku jumpa blog ini.

5)Aku takkan tulis pasal parents aku.


Needless to say, semua rules tu aku dah break. Kecuali #4. Who am I kidding? I’m a girl. Takkan tak tulis pasal benda personal? Aku gila ke apa?


Aku rasa sebab aku perempuan juga, aku terasa seperti perlu defend diri aku bila ada komen benda yang tak benar (respons yang matang adalah ignore). Dan aku terasa bila aku tanya soalan kat blog orang lain and mereka tak jawab atau jawab dengan nada yang dingin. Rasa macam kena snubbed. Macam senyum kat orang pastu orang tu buat tak tahu. Sounds stupid, I know. Tapi aku terasa jugak bila orang tak cakap bye and hang up phone terus. Hmm.


Akhir kata aku nak tukar format lah. Aku nak tulis pasal benda-benda trivial. Trivial bagi orang lain, tapi penting bagi aku.

Wednesday, June 25, 2008

Nate Mu!

Atau dalam bahasa baku, binatang!


Pertama sekali aku ingin berterima kasih kepada jejaka muda berambut serabai yang mengingatkan aku kepada teka teki yang aku selalu guna bertahun-tahun dahulu untuk membuatkan orang sakit hati. Kalau aku lelaki dan mangsa aku adalah perempuan, tentu sekali teka teki aku akan disambut dengan hilai tawa gedik serta cubitan manja. Tak percaya? Cuba sendiri.


Teka teki ini ada 4 peringkat. Kalau kamu leave out 1 peringkat pun, kamu takkan berjaya. Kamu nak kena cubitan manja ke tak?


1) Soalan: Namakan 3 cara untuk memasukkan gajah ke dalam peti sejuk.

Jawapan: Siapa yang tak pernah dengar teka teki ni kan? – Buka peti, masukkan gajah, tutup peti sejuk.

(Pada masa ini, tukang jawab akan berasa smug kerana dapat jawab dengan betul. Wait, it doesn’t end here.)


2) Soalan: Suatu hari seekor singa telah buat birthday party. Dia ajak seeeeemua binatang dalam hutan tu. Semua orang datang kecuali satu binatang. Apa binatang tu?

Jawapan: Gajah dalam peti sejuk.

(Ego tukang jawab akan naik lagi sebab teka teki terlalu kacang. Dia akan mula berasa bosan.)


3) Sila beri teka teki ini sehari selepas teka teki semalam.

Soalan: Ada pemburu pergi berburu dengan anjing dia. Ada 5 ekor burung atas dahan. Dia tembak dan terkena satu burung. Sekarang ada berapa burung atas dahan?

Jawapan: 0

(Tukang jawab teka teki sekarang convinced kamu adalah super loser dengan teka teki yang tersangat lame.)


4) Peringkat paling penting.

Soalan: Pemburu tu suruh anjing dia pergi tangkap burung yang dia dapat tadi. Tapi setelah beberapa lama, anjing tu tak balik-balik. Kenapa?

(Tukang jawab akan cuba menjawab dengan pelbagai jawapan yang semuanya salah. Lepastu dia akan give up. Ini cue kamu.)

Jawapan: (deliver dengan muka buat-buat comel dan cheeky) Dia pergi birthday party singa semalam. He he.


“Eeee geramnya!”

Pilih mangsa yang lemah lembut sikit, boleh elak daripada dilempang.


Kenapa aku teringat pasal binatang ni?

Sebab entri ini, di mana aku jakun dan horrified dengan saiz biawak itu.

Lepastu aku teringat cikgu aku yang cerita ular selalu usya dia masa dia kencing kat Perlis.


Gambar dari entri lama aku. Mesra alam sungguh.


Aku? Bela anak kucing yang ketagih tuna je. Masa kecik-kecik dulu aku sukala bela belalang, tapi tak sampai 2 minggu, mati. Pastu aku suka cari anak katak kat padang lepas hujan. Tangkap berudu dalam parit sebab ingatkan anak ikan.


Akhir sekali aku teringat binatang yang menyebabkan aku delete sesetengah entri dari blog ini. Bak kata seorang kawan,

"Mag, ko bagi pisang, mesti lah monyet datang."

Pisang= entri kontroversi.

Monyet= monyet lah.


Point taken.

Saturday, June 21, 2008

RE: Du bist 'nen Arschloch mit Keine Gohones

Jumlah komen yang tidak diapprove sejak pertengahan bulan Mei: 27.


Aku biasanya bersikap fleksibel dan akan approve semua komen, even baseless accusations tentang diri aku.



Tapi ada 2 jenis komen yang aku memang tak akan approve sampai bila-bila.



1) Kamu menggunakan bahasa vulgar atau apa-apa cuss words yang mengandungi huruf 'k' di dalamnya, mahupun perkataan BM atau BI untuk mengutuk commenter/blogger yang lain.



2) Masih menjadi persoalan bagi aku, kenapa blog ini menjadi tarikan kepada pervs walaupun aku hanya tulis tentang isu serius dan tulis anonymously. Tapi komen berbaur lucah yang mengaitkan kamu dan aku mahupun yang detailed atau brief (Read: "I want to f*** your brains out") memang aku takkan approve. I'm not into this sort of thing. Simpan fantasi/delusi kamu dalam seluar.



Komen berbaur fasis oleh para anonymous yang tidak mempunyai a legit nick aku dah muak, tolong tak payah nak komen macam budak baru puberti yang dahagakan perhatian. I find cleaning up after my kittens' crap more worthwhile than reading your comments. Sebab itu aku tak approve komen kamu. Aku malas nak transform blog ini jadi gelanggang sarkas yang dipenuhi komen kontroversial (kontroversial bukan sebab komen itu bernas sangat, tetapi sebab terlalu menampakkan kedunguan dan membuat darah orang lain menyirap- Ingat lagi komen Aleyssa?). Aku tak suka publisiti murahan dan drama, sadly drama always seem to ensue those who abhor it.



Dan sepertimana yang aku agak, si anonymous itu rajin mencipta account blogger walaupun haram tak reti tulis blog semata-mata kerana mahu memberi komen di blog yang disable anonymous comments.



Boleh tolong pergi jumpa Wizard of Oz dan minta 'gohones'? Tell him it's on me.



Dan untuk seketika aku ingin mengambil cuti daripada menulis isu serius. Aku nak jadi 16 kejap.

Thursday, June 19, 2008

Tuna is Like, Cocaine for Kitties.

Disebabkan aku telah terjaga 4 jam lebih awal dari biasa, aku mendapati aku terlebih masa lapang. Sebab ini aku dengan gatalnya telah cuba mempraktikkan sesuatu yang aku telah belajar dari video 'An Engineer’s Guide to Cats' di Youtube pada pukul 7 am tadi.

Aku sebenarnya dah lama simpan senjata ini. Setin tuna. Semalam kucing-kucing aku telah cirit atas selimut aku dan kencing di atas comforter aku, akibatnya aku terpaksa tidur dengan selimut yang hapak sebab terlalu lama disimpan. Sebagai hukuman, aku telah biar mereka tidur luar.


Tetapi pada pukul 2am aku rasa bersalah jadi aku beri mereka masuk kembali. Pagi ini aku masih rasa bersalah jadi aku cuba memujuk mereka dengan tin tuna itu (walaupun mereka tak merajuk pun). Aku buka tin itu separuh dan membiarkan mereka hidu. Sedang aku transfer tuna itu ke atas bekas polystyrene, kucing pertama telah menerkam sehingga bekas itu patah dan tuna melayang merata-rata di atas lantai. Ya, bekas itu patah. Kemudian mereka dengan gelojohnya makan tuna yang bersepah di atas lantai itu.


Kemudian selepas habis makan, kucing kedua telah menerkam seluar aku dan dengan perlahan-lahan memanjat aku kemudian bertenggek di atas bahu aku sambil bermiaw dengan kuat. Pernah bau mulut kucing yang baru lepas makan tuna?


Sedang aku buka tin itu dengan lebih besar akibat desakan mereka, jari aku terluka akibat terkena sisi tin itu. Inilah akibat berbaik dengan penagih tuna.


You know guys, first step to solving a problem is admitting you have one.


Muka-muka gelojoh dan tamak:



Tengok tu, bulat macam beanie bag.



Tuna. It’s like cocaine for kitties. Try it at your own risk.

Monday, June 16, 2008

Tanah Tumpahnya Darahku: White Supremacy


Mat Salleh yang peghak dengan Petronas Twin Towers. Korang yang dekat Malaysia ni tak tau pulak nak menghargai barang buatan Malaysia.


Minah Asia yang peghak dengan Eiffel Tower. Jauh pun tak apa lah. Ada semak samun belakang tu pun tak apa. Janji orang nampak Eiffel Tower tu.


Kita akan selalu terperangkap di bawah mentaliti ini: The whites reign supreme.


Di sini kamu akan membantah. Kamu akan berkata kamu tidak tipikal, kamu tidak memakai contant lens biru, tidak melunturkan rambut kamu, tidak mengakis kulit kamu dengan memakai segala produk pemutihan, tidak bercakap dengan accent yang dibuat-buat atau memuja artis Malaysia berwajah Pan Asian.


Tapi kamu merasakan TGIF ‘is the best!’, bercita-cita mahu ke Paris dan mengambil gambar di depan Eiffel Tower dan upload di Facebook (sebab Paris is sooooo exotic, haha), bersiul bila gadis berambut perang berbikini muncul di skrin pawagam dan beramai-ramai tergilakan seorang foreign student dalam kelas kamu.


Dan aku percaya kita masih terperangkap dan mentaliti kita tak ada lah berbeza sangat sejak 50 tahun lalu. Kita telah dibebaskan tetapi masih mahu terperangkap bawah kepercayaan ini. Sebab itu bila seorang saudara atau kawan Melayu kamu berkahwin dengan seorang Mat Salleh, semua orang dalam majlis tak habis-habis bercakap tentang betapa bertuahnya yang Melayu tu dapat partner Mat Salleh. Walaupun Mat Salleh itu seorang lelaki tua berumur 50 tahun, botak, tone kulit tak rata dan obese. Sementara makcik-makcik di sebelah aku cuba fikirkan pelbagai teori konspirasi bagaimana gadis itu dapat menambat hati Mat Salleh itu, aku sedang berfikir, ' That poor girl. She just got cheated out of the bargain'. Sebab biasanya si gadis adalah seorang perempuan yang muda, cantik dan err, bergetah.


Aku juga dulu terperangkap dalam mentaliti ini. Ini zaman semasa aku masih berada di dalam delusi-delusi aku. Zaman di mana aku bercita-cita mahu menjadi seorang psychologist, zaman di mana aku bekerja di bawah pejabat yang bekerjasama dengan organisasi Denmark dan highlight hari-hariku adalah apabila seorang jejaka Danish akan masuk pejabat dan melemparkan senyuman seribu Megawatt sambil menyapa aku dengan ‚ "Good morning, princess". Juga zaman aku sering berhajat hendak ke luar negara kerana aku berasa aku tak belong di sini. Seperti aku cakap, terperangkap bawah delusi.


Jadi aku tanganinya dengan satu-satu caranya aku tahu. Aku berdepan dengan semua delusi aku.
Aku menjadi volunteer di rumah orang gila di PJ Old Town selepas SPM. Semua cita-cita aku untuk menjadi seorang psychologist terpadam. It was a life changing experience. Aku yakin aku telah menjadi gila selepas hari pertama.


Sesetengah orang akan berkata mereka tidak mempunyai cara atau duit untuk berdepan dengan delusi mereka. Aku tak percaya itu semua. Aku percaya itu adalah cara untuk kamu memujuk hati kamu supaya tak perlu berdepan dengan delusi kamu. Mat Salleh yang datang ke Malaysia bukan datang kerana mereka memang kaya, mereka telah membuat kerja sampingan seperti menjadi posmen sejak mereka berusia 12 tahun. Jadi aku pergi ke Eropah. Mencari orang yang konon-kononnya lebih berfikiran terbuka, mencari kebebasan, mencari identiti, yada yada yada.


Jadi aku jumpa dengan manusia yang sangat berbangga dengan kebebasan bersuara mereka. Sehingga mereka bertanyakan soalan-soalan yang tak perlu ditanya. Aku jumpa di negara lain pun mereka ada prejudis yang tak masuk akal, seperti kita juga. Cuma di sana mereka bencikan orang luar, dan kita benci diri sendiri. Kita terlalu benci diri sendiri sehingga mahu mengubah paras rupa kita agar kelihatan seperti mereka.


Aku juga menjumpai bahawa di negara serba boleh, semua supermarket ditutup pada hari Ahad dan pada pukul 8pm, atau paling lewat, pukul 10pm pada hari-hari biasa. Aku juga mendapat tahu kamu akan disaman jika menyidai pakaian atau membasuh kereta pada hari Ahad.


Mungkin mata aku terlalu dikaburi dengan hendak membenci orang sendiri dan yakin bahawa orang di luar sana lebih bagus sehingga aku tak nampak perubahan kecil dengan mentaliti kita. Perubahan kecil tetapi sangat significant. Seperti telefon awam di kampung sudah tidak dijahanamkan.


Bila kita berdepan dengan delusi kita, kita akan nampak betapa bodohnya benda yang kita mahukan. Sebab ini bila aku jumpa lelaki kacak aku akan bercakap dengan dia. Lepas bercakap dengan dia, aku takkan tertarik lagi. Orang berupa paras elok selalu ada 'halo effect', kan? Kamu mesti secara automatik menganggap dia pandai dan baik. Malang sekali ada dua sahaja lelaki kacak yang aku kenal mempunyai personaliti menarik, seorang gemarkan MILFs dan seorang lagi hipokrit. Like I said, interesting.


Jadi pergilah ke Amerika. France. UK. Berdepanlah dengan delusi kamu. Negara lain mungkin seronok untuk pergi bercuti berbulan-bulan, tetapi bukan untuk hidup bertahun-tahun.
It’s not that bad, but it’s not that great either. Yang peliknya bila aku di negara orang aku selalu nak balik dan bila aku di Malaysia aku selalu ingin berada di negara lain.


Dulu aku sangat menggemari belajar bahasa dan budaya negara lain. Sekarang aku malas sangat nak belajar bahasa orang dan mudah irritated bila aku tak paham apa orang cakap. Dan aku tak teringin nak pergi negara orang putih lagidah. Aku mahu ke Afrika. Kalau kamu gelak, you’re bloody dumb. Afrika adalah 100 kali ganda lebih menarik daripada Paris yang kotor dan banyak pendatang luar asing yang jual keychain. Charlize Theron is from Africa, ok?


Di mana aku berada mungkin minyaknya ⅓ harga minyak di Malaysia, tapi Internetnya tak ada yang flatrate. Kalau di Malaysia ada 70 jenis servis Internet, di sini hanya ada 3 pilihan. Jiran aku orang Filipina ni suka jamming pagi-pagi buta. And the food sucks. Sorry. I’m kinda homesick.

Wednesday, June 11, 2008

BeBopALula

We're just two lost souls
Swimming in a fish bowl
Year after year.


Bebop suka pakai baju hitam. Kalau bukan hitam, putih atau kelabu. Kalau bukan warna-warna itu, mesti sebab baju itu ada gambar Division Bell atau apa-apa yang seangkatan. Kemudian dia suka pakai seluar 3 quarter warna beige atau hitam dengan selipar sandal.


Aku suka Bebop sebab dia seorang sinis yang kelakar. Solusi dia untuk segala masalah adalah dengan melempang pembawa masalah. Kalau dia menyampah dengan sesuatu, contohnya gadis-gadis gedik, dia pasti akan cakap, "Perasan manja lak. Lempang kang." Aku akan cuba menahan gelak dan berkata dengan serius,


"Hoi, mana boleh main-main lempang anak orang."


"He he. Ugut je tu, " dia akan menjawab.


Aku rasa kelakar kerana perangai sinisnya tak kena dengan rupa.
Sebelum Bebop memotong rambutnya paras bahu yang lurus seperti model Pantene, dia kelihatan seperti otai. Sekarang dia nampak macam budak sekolah menengah walaupun dia lebih tua daripada aku. Kadang-kadang kesinisan dia membuatkan aku keliru. Macam budak kecil yang berperangai seperti orang tua.


Wavelength kami lebih kurang. Cuma I’m Park Lane dan he’s Trafalgar Square. Aku begini kerana dilahirkan dalam persekitaran begini. Tetapi dia individu unik tanpa pertolongan sesiapa. I wish I could be Trafalgar Square.


Bebop antara manusia yang tidak takut mengejar impiannya. He makes the most out of life. Aku rasa Bebop adalah seorang individu yang sangat berbakat. Dia sangat pandai main gitar tetapi kalau kena puji mesti dia nak humble-humble. Dia juga tech savvy. Tak macam aku. Dia modify semua harta kepunyaan dia sendiri. Bebop dilahirkan sebagai seseorang yang curious dan suka mencuba. Kalau aku tanya tentang sesuatu perkara, dia mesti kasi link atau suruh aku cari sendiri. Berdikari sikit, dia cakap.


So here’s the thing. Masuk tahun ni, aku dah mengenali Bebop selama 8 tahun. Dan pagi ini aku sedar dialah satu-satunya kawan lelaki yang aku akan keep in touch selepas 8 tahun no matter where I am, in what continent I am. Dan Bebop tak pernah berkata apa-apa yang ‘salah’. Maybe I am that bad at keeping in touch with people. Maybe he’s that good of a friend.


Bebop is the most non-judgmental person I know. Aku tak perlu explain diri aku kepadanya, dia sudah paham. Dia antara individu yang paling ikhlas dan baik aku pernah kenal walaupun ramai lelaki lain kalau berada di dalam situasi dia pasti akan menjadi bongkak. He’s good looking, he has a good job which he loves and he’s multitalented. Plus he’s one of the most interesting people I know.


Aku suka Bebop. Bukan suka nak jadikan dia sebagai teman lelaki.
Tetapi suka jenis 'I hope you have a great life, you deserve it' punya suka. Aku harap dia jumpa seorang gadis yang baik suatu hari nanti. Buat masa ini aku tahu dia tak berminat. Lagipun taste dia lain sikit. Dia suka perempuan pandai. Dia tidak tertarik kepada perempuan cantik tetapi bodoh. This I know for a fact walaupun dia tak pernah beritahu aku.


Kadang-kadang Bebop tak pasti mahu berkahwin atau tidak. Dia risau melihat keluarga tipikal Melayu dengan anak-anak mereka. Which is a pity, sebab aku rasa kalau Bebop berkeluarga, he will raise interesting kids.


Bebop selalu teringat pada aku bila dengar lagu Strawberry Fields. Aku pun rasa Bebop seperti lagu, cuma aku tak pasti lagu apa. Dan seperti lagu yang sudah perfect dengan imperfectionsnya, aku harap lagu itu tak akan diremake atau digubah semula sampai bila-bila.

Friday, June 6, 2008

Podcast? Pujaan Sirap? Petrol? PMS? Soursop??

Aku sedih baca komen bawah entri Oil Price dekat blog Chedet tentang isteri yang terpaksa berhenti belajar kerana harga petrol naik. Dan aku tau isu ini tengah hangat sekarang tapi aku rasa tak ada apa yang aku boleh tulis yang orang lain belum tulis.


PMS. Berapa kali kamu pernah berjumpa dengan perempuan yang bertukar-tukar mood lebih cepat daripada guruh menyusuli kilat?


"Mag, have you ever had PMS?"


"I think so, when I was 18."


Aku sebenarnya bosan juga bila tak pasal-pasal menjadi mangsa kepada wanita yang sedang mengalami PMS. Lelaki kalau perempuan ada moodswings tentu fikir disebabkan PMS – Pre Menstrual Syndrome.


Aku, kalau perempuan marah tak pasal-pasal, aku blame PMS juga – Permanent Menstrual Syndrome.


Senanglah ada PMS untuk dipersalahkan bila-bila mahu bitchy. Tapi logic ke kalau kamu berperangai begitu tiap-tiap minggu. Kan kaum sendiri dah keliru. Kalau diikutkan PMS itu sindrom Pre, di mana pre bermaksud sebelum. Simptom tersebut biasanya hilang semasa kamu mengalami period. Tapi bila ditanya, yang aku dengar:


"PMS lah. I’m having my period."


Ya, miskonsepsi biasa. Jangan tertipu. PMS itu berlaku seminggu sebelum period. Bukan semasa. Yang berlaku sekarang, semuanya psikologi. Wanita yang berfikir mereka ada hak untuk jadi cranky dan bitchy pada minggu itu kerana mereka fikir PMS itu sepatutnya berlaku semasa period.


Sungguh irritating bagi orang macam aku yang selalu menjadi mangsa wanita PMS.


Hari ini pokok durian belanda berbuah lagi.
Ini antara 3 buah yang paling aku suka.

Buah kuini sebab dia tersangat harum, buah durian belanda kerana sangat sedap dan buah avocado sebab…dia bagus untuk kesihatan.


Sekarang semua orang mahu bekerja dalam ofis yang berhawa dingin, kerja petani dikatakan hina dan tak ada kelas. Tapi aku fikir, kita perlukan lebih ramai orang untuk bercucuk tanam seperti dulu kala, di mana orang lebih independent dan self sufficient. Dan aku mengaku, dikelilingi pokok betik, durian belanda, nenas, pisang dan mempelam, aku berasa amat tenang.


Melihat komen-komen di entri ini, tak sangka ramai juga yang tahu tentang kaset Pujaan Sirap. Bagi yang tak tahu, ini adalah kaset dari lebih kurang sedekad lalu. Hobi aku adalah mengajuk suara watak-watak dalam kaset tersebut. Kawan aku cakap suara aku macam suara getah. Dapat berubah-ubah.


Ok. Ini akan berbunyi sangat pelik. Lagi-lagi yang tahu rupa aku. Cuba dengar dengan serius. Inilah suara yang aku akan gunakan semasa bergaduh (sebab aku tak suka bergaduh). Jadi janganlah bergaduh dengan aku.


Berita10.mp3 -


Click play sekali, lepastu pause tunggu dia habis loading, baru play balik. Chen, ini dedikasi untuk kamu kerana mencadangkan aku untuk buat podcast.

Wednesday, June 4, 2008

Hitler Versi French

Ingat Brigitte Bardot lagi? Sex symbol zaman 70-an yang berasal dari France.

Ingat lagi aku pernah tanya, di mana garisan antara political correctness dan having an opinion? I guess I’ve found my answer. PC adalah bila pendapat kamu tak ada unsur-unsur racist atau xenophobia.


Berbalik kepada Bardot. Apparently, Bardot telah didakwa untuk kali kelima untuk statement kontroversialnya yang mengkritik Islam dan pengikutnya.


Bardot today.


So what’s new right? Ignorant, foolish, racist and anti-(insert religion here) comments are made everyday. Now here is the interesting part. Selain dari mengutuk Islam, Brigette juga telah membuat pernyataan berikut di dalam bukunya tentang golongan homoseksual, ahli politik, seni moden dan imigran -


The book, called A Cry in the Silence, also condemns gays, modern art, politicians and immigrants, saying they have destroyed French culture.

But the 68-year-old actress-turned-animal rights activist - who has three convictions for inciting racial hatred in previous works - reserves special anger for Muslim culture and the ritual of animal sacrifice during the festival of Eid al-Kabir in particular.

"I am against the Islamisation of France. For centuries our forefathers...our fathers gave their lives to chase all successive invaders from France," she writes.

Ms Bardot also praised French far right politician Jean-Marie le Pen for his views, condemned modern gays who "moan about what those ghastly heteros put them through", and said that even French prostitutes were not the same in modern France.

"Our lovely, kind street-walkers have been replaced by girls from the east, Nigerians, travellers, transsexuals, drag-queens, bearers of Aids and other friendly gifts," she writes.

"Having a risk-free go is becoming a real exploit."


Lovely, kind street-walkers. Snigger. Maaf, aku tak bermaksud nak judgmental. Perkataan ‘lovely’ aku boleh handle. ‘Kind’ aku rasa lucu.


Aku rasa aku tak perlu komen lebih-lebih tentang konsep penyembelihan- penyembelihan dengan pisau tajam di urat merih adalah cara yang paling cepat dan painless untuk seekor haiwan mati.


Juga hipokritikal. We don’t have the time or means to stun every single animal before we slaughter them. On the other hand, berjuta-juta burger dibuang ke dalam tong sampah kerana dijual ke outlet burger yang tak laku. Dan tidak lupa, para anorexics yang membeli burger atau daging kemudian makan 1/8 saja. Those poor cows and chickens that got sacrificed in vain.


Dan bagi mereka yang merasa haiwan kurang suffer apabila mati akibat kejutan elektrik, do you think they die instantaneously? Kamu tahu kenapa kita letak span basah atas kepala orang yang dihukum mati dengan kerusi elektrik? Sebab kalau tak otak dia akan hangus. So these chickens yang kena electrocute, they do not die a quick death.


Back to the topic. Memandangkan Bardot telah menghina Islam, golongan homoseksual, Asians, Nigerians and who knows what else, kamu pikir mestilah tak ada siapa akan sokong dia kan? Salah.


Apparently ramai rakyat Amerika Syarikat menyokongnya dengan alasan ini haknya untuk bebas bersuara. Of course mereka menyokongnya semata-mata kerana membaca tentang dakwaan dia yang terakhir, iaitu kerana mengutuk Islam. Mereka juga menyatakan pendapat mereka bahawa mereka takut US akan didominasi oleh ‘Islamists’ suatu hari nanti, yada yada yada, insert other conspiracy theories here.


Apa yang ironi adalah mereka telah mengapi-apikan orang lain untuk takut kepada Islam (because apparently we’re going to force you to convert, wear burqas - mimpi ngeri setiap wanita Mat Salleh, cut off people’s heads and blow yourselves up), tanpa menyedari Bardot pernah didakwa 4 kali sebelum ini disebabkan pernyataan berbaur perkauman.


Which brings me to my point – Orang semakin bodoh, kan?


Mereka menyokong sesuatu perkara tanpa menyedari apa yang mereka sedang sokong. Kamu rasa kalau mereka tahu Bardot menganggap sesiapa yang bukan French di negaranya sebagai ‘invaders’, mereka sokong dia tak?

Tuesday, June 3, 2008

Before Emo Became a Trend.

Boy: Do you love me?


Dramatic, emo 14-year-old girl: I'm not sure. I’ll have to think about it.


*Balik rumah, berangan-angan sambil berguling di atas katil dan menulis puisi*


Maybe it’s a judgment
Judged by the guilty
With you I’m content
But I like feeling empty


Maybe I’m just insecure
And I need assurance
Maybe you’re interpreting something
That I just don’t understand


Maybe I love you
Maybe I know it
But there’s a doubt
And it’s eating me


Maybe I’m really hungry
And you’re feeding me cutleries
Maybe you were wrong
Thinking I would change


Maybe I’ve been had
Because I can’t say no
And I can’t say yes
In terms of maybes.


8 years later.


Boy: Do you love me?


Girl: I love you. (Thinking: I’ll be damned if I had to write a poem every time I hear that question.)