Thursday, June 19, 2008

Tuna is Like, Cocaine for Kitties.

Disebabkan aku telah terjaga 4 jam lebih awal dari biasa, aku mendapati aku terlebih masa lapang. Sebab ini aku dengan gatalnya telah cuba mempraktikkan sesuatu yang aku telah belajar dari video 'An Engineer’s Guide to Cats' di Youtube pada pukul 7 am tadi.

Aku sebenarnya dah lama simpan senjata ini. Setin tuna. Semalam kucing-kucing aku telah cirit atas selimut aku dan kencing di atas comforter aku, akibatnya aku terpaksa tidur dengan selimut yang hapak sebab terlalu lama disimpan. Sebagai hukuman, aku telah biar mereka tidur luar.


Tetapi pada pukul 2am aku rasa bersalah jadi aku beri mereka masuk kembali. Pagi ini aku masih rasa bersalah jadi aku cuba memujuk mereka dengan tin tuna itu (walaupun mereka tak merajuk pun). Aku buka tin itu separuh dan membiarkan mereka hidu. Sedang aku transfer tuna itu ke atas bekas polystyrene, kucing pertama telah menerkam sehingga bekas itu patah dan tuna melayang merata-rata di atas lantai. Ya, bekas itu patah. Kemudian mereka dengan gelojohnya makan tuna yang bersepah di atas lantai itu.


Kemudian selepas habis makan, kucing kedua telah menerkam seluar aku dan dengan perlahan-lahan memanjat aku kemudian bertenggek di atas bahu aku sambil bermiaw dengan kuat. Pernah bau mulut kucing yang baru lepas makan tuna?


Sedang aku buka tin itu dengan lebih besar akibat desakan mereka, jari aku terluka akibat terkena sisi tin itu. Inilah akibat berbaik dengan penagih tuna.


You know guys, first step to solving a problem is admitting you have one.


Muka-muka gelojoh dan tamak:



Tengok tu, bulat macam beanie bag.



Tuna. It’s like cocaine for kitties. Try it at your own risk.

24 comments:

Anonymous said...

i don't eat tuna. :3

easeart jalil said...

The cutest bunch of junkies ever. Can't blame them if the merchandise is good and the dealer is generous.Free shoulder-rides should be part of a deal all the time.

Anonymous said...

kalau kau perasan....kucing hitam survival tinggi berbanding yang warna satu lagi tu

ayah aku beli ubat kucing warna merah....sebab kucing selain dr itam nampak sakit.....tido yang macam nak mati

aku beli makanan kucing yg seringgit(for kitten)...mostly dia pergi minum susu mak dia

pasir untuk kucing berak tak available kat area rumah aku....instead aku guna kertas surat khabar(20 lapis?)

sekarang mak dia tengah ajar kucing jantan(hitam) combat....so game of tag kat dalam umah berlari macam kene kejar anjing

panjang!

uranus said...

sungguh comel kucing kamu itu.

nak buat macam mana..berbuat baik dengan binatang nescaya mereka akan mendoakan kita dikemudian hari, kata nenek aku kat aku dulu..

nurulazreenazlan said...

ahhhh comelnya!

tapi malangnya saya allergic terhadap binatang-binatang cuddly itu!

nanti la pegi jumpa doktor kasi baik, i need it to qualify as a cat lady, persediaan hari tua.

The Wifey said...

once aku ada pair macam ni.named after a tv series.

tp,belang kamu ni lagi montel!i bet this one yang kena tokak dgn granpa tu kan?

purrrr...

Miko Yamaguchi said...

hohoh...sangat comel...teringat zaman kecil2 saya dulu, pernah pelihara 12 ekor kucing kesemua putih dalam satu masa, tapi sayang, kebanyakan mati sebab racun...sob3...

dedalie said...

beanie bag cattie is the cutest!

sarahistheone said...

you are so like me. macam jadi hamba kepada kecomelan kucing-kucing dan nak hukum mereka pun rasa guilty gila

Anonymous said...

I nak makan dorang boleh?

Comel sangat!

pandagumuk. said...

bau mulut dorang busuk lepas makan tuna!

magenta said...

Tacgnol: You're not a kitteh, are you?

Easeart: Yupe they are!*beams like a proud Mom* But they're 3 months old now and they eat at least 10 times a day, shoulder rides are becoming a burden, hehe.

Erm: Yupe, memang. Dulu ada 4 kittens ni, yang oren ngan tompok dah hilang. Yang belang tu dulu kena tokak dengan kucing jantan besar. Yang hitam tu je tak pernah kena apa-apa lagi.

Fahmi: Ya, rasa nak picit2 je comel sangat. Saya memang sangat sukakan kucing, jadi tak susah nak buat baik dengan mereka.

Nurul: Hahaa amboi, mana boleh cakap macamtu, kita muda lagi. :P But I'm already a cat lady at 22, hehe.

Tapi bela kucing memang rasa luxury habis sebab my Mom used to hate cats, ini kali pertama boleh bela kucing dalam rumah.

Asra: Sekarang dia ni dia dah kurang montel, ni gambar sebelum accident tu. Ha ah, belang ni la yang kena tokak ngan granpa. Kesian kan?

Miko: Mati sebab racun? Kesiannya. Bestnya, sampai 12 kucing.

Dazzledalie: Hehe, I try to love them equally, tapi ish, beanie bag tu dahla kena accident dulu and super cute, susah untuk tak pilih kasih.

Sarah: Hahaha, memang! Camana nak resist those cute faces? Lagi-lagi bila dia tengok kita makan pastu buat muka innocent dan kesian.

Firdauz: Tak boleh! Kalau nak jugak, I'll kidnap your orange kitty and buat kucing masak merah. Muahaha.

Pandagumuk : Ha ah. Tersangat busuk. Hehe.

Aimi said...

dear goodness! your beanie bag kitten!! the cutest thing=)

ledisordre said...

kemsalam kat yang hitam tu. i loike. handsome dan nakal dan layak untuk dibuli sampai mengiau taknak dah.

btw, i just got home dan baru lepas cuci all the mess yang ditinggalkan kucing kesayangan sepanjang weekend. haih *kesat peluh*

kuc1n993m0k said...

kucing kucing ni tak gemok mcm i.

i menang.

:D

broken_nigina said...

comelnya yang belang tu.
macam 'arwah' kucing gua dulu.
nama dia katak.
bulat macam katak.

magenta said...

Amy: Hehe, I know rite? :D

Ledisordre: LOL dah kem salam. Tapi dia tak suka diangkat atau dipegang, kurang manja dari yang belang tu. The 'mess' is their way of showing love, hehe.

KucingGemok: Tapi dorang lagi cute, haha :P

Broken Nigina: Alahai, katak bunyi macam tak comel la. Macam slimy dan disgusting. Panggil lah kek pisang ke, kek lapis ke..heheh.

Anonymous said...

Mak keeps scaring Moolie by calling her Mooyie in a loud voice repeatedly. Moolie just thinks she's yelling at her and runs away (cos I only raise my voice at her when I want her to leave the house and she knows what I want).

She keeps saying my Moolie is better looking than your Moolie, but your moolie/juna? is more responsive..haha. My Moolie can't give a shit if someone pampers or babytalks her. She just wants her dope, her private space and the freedom to scratch whatever the hell she wants. And she's long and heavy, so don't even think you can hold her down..haha.

magenta said...

Yelah, Moolie sini is lacking in the beauty department but she is really disciplined and smart, way smarter than the responsive and cute Juna. I think she meant Juna kot, Moolie tak responsive langsung. Dia macam Moolie kat sana.

Anonymous said...

wei magen(aku excited...tp aku still perasan yg ko ni pempuan), dengan post baru kau....kau dah dengan selamba...tapau half blog bimbo melayu out there.....arghhhhh sukanya aku! hahahaha power giler fakta kau weh

aku comment kat sini sebab malas nak email

sayang kau...keep on writing

magenta said...

Err. Respons yang tidak dijangka, tapi terima kasih?

Anonymous said...

"erm said...

wei magen(aku excited...tp aku still perasan yg ko ni pempuan), dengan post baru kau....kau dah dengan selamba...tapau half blog bimbo melayu out there.....arghhhhh sukanya aku! hahahaha power giler fakta kau weh

aku comment kat sini sebab malas nak email

sayang kau...keep on writing"


hmmm.. apa yang si erm membebel di atas tu? Siap emosi sayang lagi tu..haha..

Tapi erm, kalau excited mcm tu pompuan tak suka, nanti u know, pre mature ejaculation pula..

Anyway..I think someone is hitting on magenta?

Anonymous said...

Erm.. kau rujuk pada entry "Perkahwinan Interracial yang Gagal." ke?

Hmm mana ada lagi entry tu... I guess terlalu personal dari apa yang telah dapat dibaca... :)

magenta said...

Ass.