Tambahan (sebab aku suspek ada yang ingat aku tulis pasal roommate aku sekarang): Ini bukan pasal roommate aku, tapi ex-housemates aku. Sekarang ni aku tak ada housemates/ roommates, aku tinggal dengan parents aku kat Brunei sejak bulan Mac tahun ni, sebelum ni aku tinggal sorang-sorang selama 2 tahun. Semua ni kisah pre-2006. Dan macam yang aku dah highlight kat bawah, bukan semua pengalaman sendiri. Ini gabungan semua cerita benar yang aku dengar daripada kawan-kawan aku dan pengalaman aku sendiri. Aku senaraikan semua ciri-ciri ni supaya kalau ada yang terasa, kau taulah perangai kau annoying gila dan harap kau ada inisiatif nak berubah. Kalau tak reti hidup dengan orang dan tak nak sewa rumah sorang-sorang, boleh try hidup dalam kandang.
______________________________________________________________________________________
Sekarang ni ada tetamu di rumah aku yang dah menumpang dah seminggu dan berjaya membuatkan aku sangat bengang, walaupun aku baru bangun tidur tak sampai 10 minit. Bising tu satu hal, tapi tadi aku masuk bathroom dan aku lihat satu lantai tu basah. Gila bengang aku. Dah tempat mandi dan jamban tu kan kena separate dengan shower curtain, yang kau pergi buat tandas tu macam Sunway Lagoon apahal? Tak pasal-pasal aku kena duduk kencing atas tandas yang basah, tah-tah bekas air sabun dari badan kau arghhh. Pastu lantai di bawah tempat sinki dan keliling tandas semua basah, kau kumuh-kumuh lepas berus gigi atas lantai aku ke apa? Yang aku paling benci pasal tandas basah ialah bau kepam air kat atas lantai, lagi lah kalau ada rambut gugur dia akan melekat atas lantai bila dah kering. At least ada lah courtesy nak mop lantai lepas mandi, kan ada mop dalam toilet tu. Bodoh.
Baiklah, sebab aku sangat bengang dan aku hanya menulis bila aku bengang (jumlah entri aku berkadar langsung dengan kekerapan aku bengang- bulan April adalah bulan yang paling banyak aku rasa bengang), maka aku akan senaraikan benda-benda yang seorang roommate/housemate boleh buat untuk annoy aku. Entry ini di-inspire oleh insiden pagi ini dan entri ini dari Pompuan Emosi. So-
Senarai Perkara Paling Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat:
Kalau Sebilik-
1.Kau bising macam sial bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.
Tak pun kalau kau ada kelas pukul 8 and aku ada kelas pukul 10, kau bangun pukul 7 untuk bersiap-siap dengan bisingnya, dengan slam laci semua sekali, seolah-olah dengan sengaja tak bagi aku tidur balik. Lepastu kau blah tanpa tutup lampu, supaya aku terpaksa berjalan ke suis, tutup lampu dan tak boleh sambung tidur balik.
2. Kau 'pinjam' duit, pakaian dan mekap aku tanpa izin.
3. Kau selongkar barang aku bila aku tak ada.
4. Kalau aku beli snek dari 7E ke apa dan simpan dalam bilik, tau-tau je dah habis walaupun aku baru makan 1/3.
5. Kau smoking dalam bilik tanpa buka tingkap, pastu bau busuk tu melekat kat pakaian dan rambut aku. Kau ingat asap rokok kau bau kasturi ke?
6. Kau bawak lelaki masuk bilik tidur masa aku ada dan kau make out dengan dia depan aku. Macam babi. Babi kan tak tau malu.
7. Kau cakap banyak sangat bila kau ada dalam bilik sampai aku tak dapat fokus kat apa yang aku tengah buat.
8. Kau biarkan wrapper makanan atau pinggan dalam bilik sampai bilik bau macam makanan dan semut dan segala serangga datang hurung.
9. Kau bersepah macam sial, baju kotor pun kau biar atas lantai je, nak harapkan aku kemaskan untuk kau. Padahal nak melawa banyak pulak masa. Jangan harap. Ok fine, aku pun bukan orang paling kemas dalam dunia, tapi at least setiap weekend aku kemas bilik. And bilik aku taklah bau macam stokin yang dipakai tiap-tiap hari selama sebulan dan tak dibasuh.
Kalau Serumah tapi Bukan Sebilik:
1. Kau guna barang-barang aku pastu tak mengaku bila dah rosakkan.
2. Setiap kali kau balik atau nak keluar rumah, kau perlu 'beritahu' aku dengan slam pintu kuat-kuat. Hoi babi, tak guna kau lemah-lembut depan lelaki tapi kasar macam sial bila dengan perempuan.
3. Kau guna sabun liquid aku (tak kisah lah sabun mandi ke sabun basuh baju) pastu top up dengan air supaya tak kantoi. Ingat aku bodoh ke?
4. Kau jatuhkan pakaian aku dari ampaian ke dalam lumpur masa kau tengah sidai baju kau pastu tak nak angkatkan.
5. Kau tak pernah cakap dengan aku unless nak mintak favour/ nak pinjam pakaian.
6. Kau suka biarkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk pastu cakap kau akan basuh nanti, tapi kalau pinggan dah bertimbun sampai aku nak basuh tangan pun tak boleh, nanti bilanya??
7. Konon nak split in half semua makanan dalam rumah sebab kononnya kita kan duduk serumah dan masak dan makan benda yang sama, tapi kau makan 3 kali ganda lebih banyak daripada orang lain, jangan harap aku nak tertipu dengan helah kau.
8. Kau habiskan jus buah atau susu dalam kotak pastu kau letak balik dalam peti sejuk!
9. Kau tak pernah nak cuci toilet pasal kau rasa disgusting. Kau pehal. Kau rasa ass to mouth tu tak disgusting, tapi nak cuci mildew kat shower curtain yang antaranya berpunca dari natural oils badan kau jugak tu disgusting. Lepastu kau suka buat perangai tak nak buang sanitary pad kau, kau tampal je atas dinding. What the fun disgusting la wei!!
10. Kau tak pernah nak jadi orang yang pergi beli bila sabun basuh pinggan atau sabun cuci toilet dah habis. Balik-balik harapkan orang lain belikan. Walaupun lepastu duit bahagi sama rata gak. Takpun kau tak pernah mahu take out the trash. Kalau buat roster duty ada saja kau buat alasan. Hal bil air ke elektrik ke internet pun semua kau harapkan orang lain buat.
Itu saja yang aku dapat pikirkan buat masa ini. Padahal ada banyak lagi. Macam housemate yang tak suka flush, housemate yang suka mencuri semua tu. Tapi tu jarang berlaku kot. Tak semua ni pengalaman aku sendiri, ada yang aku dengar daripada orang gak. Kira aku lucky gak la, dua kali je pernah ada housemates dari neraka. Sekali tu housemate masa kat kolej, sekali lagi floormates masa kat uni.
Floormate tu memang macam sial. Dia tak bagi orang pergi toilet (ada satu toilet je satu floor, dan toilet tu depan bilik dia) kerana mengganggu konsentrasi dia? Gila psycho. Takkan nak orang kencing dalam botol kot. Dahla pecahkan gelas peti sejuk dengan botol arak dia, pastu nak suruh aku chip in duit untuk replace gelas peti sejuk tu. What the hell man.
Roommate/ housemate/ floormate yang macam sial boleh tingkatkan stress levels kita dengan mendadak. Tapi tinggal sorang-sorang untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan kita gila pulak.
p.s. Aku benci freeloaders. Kalau kau freeloader, kau lagi hina daripada pencuri pada pandangan aku.