Wednesday, November 5, 2008

Janggal Bila Dengan Orang yang Suka Puji Diri Sendiri

Pertama sekali aku hanya mahu katakan bahawa aku menulis entri ini tanpa berniat nak menyerang sesiapa, aku tulis secara general.


Aku sebenarnya rasa janggal dengan orang yang suka angkut bakul sendiri. Betulke cara aku menggunakan pepatah ni? Aku baru belajar dari kawan aku. Kenapa orang panggil orang yang suka puji diri sendiri 'angkat bakul sendiri' eh? Siapa lagi nak angkat bakul kita kalau bukan diri sendiri? Lagipun buat apa kita nak pergi angkat bakul orang lain? Aku rasa macam aku tak paham dari mana datangnya pepatah ni. Sesiapa yang tahu, beritahulah aku.



Anyway.



Aku tak tahulah kalau korang ada kenalan yang suka puji diri sendiri. Tapi lately aku macam ramai saja kenalan macamni. Kalau mereka puji diri mereka cekap membuat kerja ke apa, aku tak rasa apa-apa. Kira kalau dah memang bagus, memang ada hak nak brag, I guess. Secara jujur aku rasa bragging tu tak best didengar, tapi rasanya semua orang pernah buat. Secara terang-terangan atau indirect.



Tapi aku rasa semacam bila orang suka puji diri sendiri cantik atau kacak. Contohnya satu insiden ni dimana aku keluar dengan beberapa orang perempuan masa aku 17 tahun. Sesetengah tu rapat dengan aku, sesetengah tak. Seorang kawan telah bertanya kenapa lelaki di depan kami dalam LRT asyik memandang ke arah kami. Ada seorang menjawab,



"They’re not looking at you guys la, they’re looking at me. Hahaha."



Sekali, dua kali, even lima kali, aku masih dapat menerima lawak macamni dengan sambutan ketawa tak ikhlas.Gelak sekadar nak menjaga hati pembuat lawak. Sebab lawak memuji diri sendiri hot memang tak kelakar. Hanya teman lelaki/teman wanita kamu saja rasa lawak macamtu comel dan kelakar. Kawan-kawan rapat yang gelak pun akan gelak untuk menjaga hati.



Kau cuba buat lawak macamtu dengan aku 20 kali, aku mesti malas nak layan kau. Bukan cemburu. Haih. Ramai orang dalam dunia ni lawa tau, bukan kamu seorang. Boleh berdarah telinga aku kalau kena dengar setiap seorang bukan saja cakap pasal diri sendiri, tapi puji diri sendiri lagi. Orang macamni selalu ingat orang cemburu kalau kita cuba nak memberi kritikan membina. Cuma plain tak kelakar, ok? Ramai orang cakap- layan saja lah, bukan dia kacau hidup kita pun, biarlah dia syok sendiri. Tapi guess what? Belakang 'kawan' mereka tu, mereka mengajak aku mengumpat pasal 'kawan' mereka yang suka puji diri sendiri tu. Kalau tak suka, sound direct boleh? Tak payah nak pura-pura baik dan layan pastu mengumpat belakang-belakang. Pastu buat macam aku yang jahat and konon-konon nak defend budak tu bila aku tegur.



Lagi satu aku bosan dengar perempuan yang suka buat cerita macam kononnya dia hot gila, asyik kena ngorat, bla bla bla. Pasal pakcik jual kebab senyum kat dia pun nak cerita. Haih. Please lah. Benda tu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Kalau aku, aku rasa malu nak cerita kat orang aku kena ngorat.



Dan aku tak paham kenapa ada orang yang suka tanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya? Macam-



"Oh gosh, why are all these cars honking at me?"- oleh seorang kenalan yang sedang memakai mini hot pants.



"Kenapa laki suka pandang dada aku?"- oleh seorang kawan kepada kawan aku yang memakai bra hitam di bawah baju putih yang ketat.



Mereka nak kita jawab apa sebenarnya? Aku pun tak tau.



Baru harini seorang kawan cuba membuat lawak memuji diri sendiri buat kali (ke-100) mungkin,



"Today a guy asked me if there was a really pretty girl in our class, I asked him- are you talking about me?"



Kebetulan aku memang tahu dia sedang bercakap pasal perempuan yang mana. Senior aku yang tengah repeat satu subjek tu. Memang cantik pun. Disebabkan aku pun sedang berada dalam mood yang playful, jadi aku menjawab,



"Perasan!"



Dia nampak tergamam seketika dan terus diam. Macam-macam aku pikir dalam hati. 'Dia bukan berlawak ke tadi?', 'Dia terasa ke?' dan kemudian, 'Ah, apa-apalah, tu pun nak terasa.'



Ha, tu lah. Kalau nak buat lawak 'angkat bakul sendiri' yang tak kelakar, kenalah reti laugh at ourselves juga, kan?



Tiba-tiba rasa macam aku ada ramai pulak kenalan yang perasan. Aku panggil kenalan sebab aku tak boleh rapat dengan orang macamni. Aku ada kawan yang suka buat lawak poyo puji diri macamni jugak, tapi dia buat tak apa. Sebab dia memang kelakar. Lepas buat lawak macamni, dia pandang aku dan buat muka comel macam kartun. Pastu aku akan pandang dia dengan muka yang tegas dan kata,



"Kau nak kena lempang ke?"



Pastu kami gelak sama-sama.



Tapi seriously lah, macam mana sebenarnya cara nak layan lawak memuji diri sendiri yang tak kelakar ni? Terutamanya kalau kena dengar hampir tiap-tiap hari.


Nota kaki: Aku baru tahu pepatah yang sebenarnya adalah 'masuk bakul angkat sendiri', terima kasih Flying Heart dan Ladynoe!

63 comments:

FIDtotheAH said...

helo there :)

sebenarnye pepatah tu berbunyi.. ehem.. "masuk bakul angat sendiri" kira mcm org yg suka puji diri sendiri ni la kan.. org tak heran pun, dia bersusah payah nak kasik highlight diri dia kat org.. tak payah org susah2.. dia sendiri boleh buat..

tapi paling tak boleh tahan.. statement org puji diri ni selalu bermula dengan.. "aku bukan nak ckp ape la kan... bukan la aku nak kata aku ni....."

kalau tak nak ckp tak yah la ckp... tapi nak jugak sibuk highlight!

sori magenta.. tiba2 terpanjang pulak.. dah la 1st time komen.. :)

Anonymous said...

abaikan.

iqanabeera said...

i suka buat lawak puji diri sendiri. tapi sebab i memang tongok jadi semua orang memang kata i suka syok sendiri. hahah.

tapi yang suka-suka nak perasan tu tak boleh blah. sebab dasar kawan tahan lah at first, then lama-lama meletup depan2, berapi telinga dengar. now she's not talking to me pun. like i care. heh.

Dani Izwan zainol said...

betul tu magenta..org2 mcm nih ade je kat mane2..sekeliling kita.kadang2 mmg menjengkelkan..mcm ko ckp la, skali dua mmg ok, tapi kalo all the time, rase ringan je kaki nak tapak dahi..tapi kawan2 jgk kan..tak leh lari kemana.nak taknak kena hadap je.

by the way 2 hari lepas aku baru review entry yg lebih kurang same mcm nih.

solehah said...

hahahaha.

kalau aku.

aku diam. pandang tempat lain. tak layan.

ironik gila. entri aku baru je lepas memuji diri.

dem.

magenta said...

Flying Heart: Hahah yeke aku tersalah guna pepatah hahaha. Thanks eh, baru sekarang aku paham betul2. Sebelum ni confuse lagi. Takpe, aku sejujurnya memang suka baca komen panjang. Betul tu. Lagi satu aku tak suka ayat macam,

"Sebenarnya aku lebih tere dari dia, tapi aku malasla nak menonjol. Aku lebih suka low profile."- pasti gi cerita kat semua orang. Low profile kepala otak dia.

Fariz Bakar: Haih, susah nak diabaikan melihatkan nature aku yang kadang2 masih mahu menjaga hati orang walaupun mereka annoy aku.

Iqanabeera: Dia setengah orang memang boleh carry lawak macamni. Tapi setengah orang memang tak boleh. Macam dalam contoh dalam LRT atas tu,peh, perasan gila. I guess bila dah bukan berlawak tapi kononnya bawah pretext nak berlawak tapi sebenarnya nak puji diri sendiri, tu yang malas nak dengar.

Dani Izwan: Yeke? Kat blog siapa? Ke kat blog kau? Tu lah. Bosan kalau asyik lawak nak up diri sendiri. Sekali sekala tukarlah lawak, lawak dah basi.

Sol: Hahhaa aku dah baca entri kau! Lawak macamtu takpe ah. Aku rasa kelakar. Tapi lawak macam yang aku kasi contoh dalam entri ni memang tak kelakar langsung bagi aku.

solehah said...

yay!

lawak aku dah di approve oleh magenta.

peh. macam cop sirim.

aku dah hepi sekarang.

hahahahahahahaha

Rhona Rozlan said...

"Today a guy asked me if there was a really pretty girl in our class, I asked him- are you talking about me?"

yang ni kelakar.

tapi memang betul, bila kita sound balik apa yang dikata oleh orang perasan, dia akan kata macam ni..

'jealous la tu'.

tolong lah.

actually kalau nak angkat bakul tentang benda lain, takde hal kan. kalau part cantik dan kacak tu memang agak annoying. diorang ni itu pun nak cakap ke.

Sue Anna Joe said...

Kalau masuk bakul angkat sendiri dalam diam-diam camna? Kira imaginasi dan fantasilah. Tapi tak bagitau sesapa, pastu sengih, senyum dan gelak sorang-sorang.

Ahaha. Gila.

Yeah I had a friend like dat. Pakai baju sepsi, nampak beli buttong, kulit dan body mmg cun ah, pastu cam jalan gaya mengooda, liuk lentok, pastu ada pakcik-pakcik tua nieh usha and ngorat dia, pastu dia jeling mata dia, dan buat muka menyampah. Cam euw, apesal diorang ni tengok I.

OMG.

Ahahahhaha.

How to handle? Ignore je lah kot. Tapi I penah gak sound direct, terus terdiam, pastu cam merajuk sket, then lama pastu jadik balik. They won't change la.

Tunggu sampai tua dan kerepot kot baru berubah. Hui hui!

Amak said...

kadang kadang ada jenis orang yang betul betul perasan.

kadang kadang saje nak melawak.

aku pun suka melawak dengan kawan-kawan rapat aku pasal aku ni slim, pinggang ramping, wajah kacukan mat saleh, padahal aku tak pun.

kawan aku pun jenis yang senang gelak. dah 7 tahun kawan tapi still gelak ja. sebab dah lama kenal aku kot.

tapi dengan orang-orang yang baru kenal takde lah aku nak melawak camtu.

dan tapi, aku pun getik bila denga orang perasan semua jantan nak kat dia. aahahah.

memang,

self konfiden yang melampau boleh buat orang menyampah.

Amak said...

Ah lagi satu,

sebenarnya,

"Masuk bakul angkat sendiri"

ha baru betul.

bukan angkat bakul sendiri. hehe.

magenta said...

Sol: Hahaha Sirim pun Sirim lah.

Rhona: Haha tulah, memang kelakar, tapi bukan atas sebab yang dia rasa kelakar. Tu lah kan. Dah tau diorang akan jawab macamtu, tu yang selalunya diam je. Sebabtu biarkan je diorang membebel, dalam otak tengah pikir nak makan apa tengahari nanti, nak buat apa lepas kelas, etc. Lagipun cantik dan kacak tu takyahla cakap banyak2 kali kan, bukannya kita ni buta.

Sue Anna Joe: Kalau masuk bakul angkat sendiri dalam diam-diam camna? Kira imaginasi dan fantasilah. Tapi tak bagitau sesapa, pastu sengih, senyum dan gelak sorang-sorang.

Ohh ini takpe. Malah digalakkan! Inner confidence ni. Cewah. Lagipun buat diri sendiri rasa happy, dan tak sakitkan hati sapa-sapa.

Hahaha. Tension dengar orang yang buat benda yang memang obviously akan tarik perhatian orang lain pastu buat-buat macam tak paham kenapa orang pandang ke apa. Mesti dia nak orang cakap,

"Cause you so sexy/pretty meh.."

Hahaha. Memang susah nak tegur, tu yang I take the easy way out. Diam je, takpun block out apa yang dia cakap dengan daydreaming ke apa.

Ladynoe: Lawak yang memang lawak tak apa. Kalau macam kat dalam entri ni, melawak pastu terasa bila orang cakap 'perasan!', hahaha. Rasa nak terajang. Tu yang aku kadang2 confuse. Macam, eh minah ni,kalau melawak tadi kenapa nak terasa. Ah betul, laki perasan lagi tak boleh blah. Geli. Haha tu la pasal, baru tau tersalah pepatah lepas commenter kat atas tegur.

xi da ya said...

hello~
1st time nk comment kt ur blog nih.:)

i sokong sngt..
ade gak kwn i mcm tu.
mmg annoying..
kalo skali skala,xpe la.
kite leh anggap die melawak.
tp kalu dh slalu 'angkat bakul',mmg naik muak la..huh!

Anonymous said...

tambah lagi

cun gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

senafas

atau ikut bebudak smap labu apabila kawan mereka "control"

kau ni hensem la

hensemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

hahaha

Dayana said...

ahaha. betul2. memang jengkel lah dengan orang macam ni. saya ada satu kawan ni memang perasan cute/cun/hot. so satu hari tu sedang kami melepak di mapley, datang lah kawan dari sekolah saya dulu. kawan lelaki. budak tu dtg n tegur saya n everything, pastu dia tegur pula kawan saya ni. and the girl was like, "ko kenal aku? camne ko kenal aku?" and my friend was like, "ko kan popularrrrrrr" and she giggled like arghhhhhhhh!!! geli geleman gile babbbbbbbb!


nih satu contoh. ada byk contoh lagi tapi nnt pjg la plak. huhu. :)

MariaFaizal said...

Adik Magenta, I was brought up by my grandmom (really ol skool way)& to her,it's a sin if we act hollier-than-thou.She taught me to be humble @ all times.And, the truth, I'm fascinated about how 'the above mentioned' people think about themselves.Over-confidence perhaps has a very thin line with arrogance.And, sometimes I wish I could be less humble when it comes to job interview as we REALLY need to sell ourselves there :)

ceri masam said...

hehe...
selalunya yang suka puji diri sendiri nih, dia ada masalah dengan kendiri dia :)
kau tlglah jadi shrink dia...

Debot said...

the first thing that came up kt kepala aku bile bace blog nih ialah seorang saudari yg aku kenal kat tpt aku belaja.

I have to admit die mmg cun mmg lawa la. tatau la nk ckp aku close ke takk ngn die tapi aku penah la once in awhile naik kete die.

ye. aku tau aku jahat. tapi kdg2 I can't stand the fact that die mmg bajet die lawa sgt! die dgn kwn2 die yg lain la.

she will always tell me slalu dpt minyak free, orang bayarkan die pnye food, tgh2 beli brg ade org offer nk byrkan, yada, yada, yada.

aku menyampah. tapi aku snyum je la. tbe2 satu hari aku tnye, "mne? takde ponnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!"

tros dari hari tuh die tak penah tmpangkan aku lg. dem.

ehh sory. mmg terpanjang. tapi dh lame aku nk suarakan pasal nih. maaf ehh magenta! huhu.

Siberkop said...

Aku dgn org mcm ni aku tak selalu amik hati pun, tapi mungkin aku akan bersikap lebih sarcastic mcm bila dia cuba cakap dia lebih lawa ker, muka lebih putih ker, aku akan jawab,"buntut I pun."

me said...

aku agreed je pasal 'kenalan' yg depan sanjung blakang kutuk.. xtahan seyh cam aku kambing itam plak cet..


aku ada gak wat statement gitu tp it really mean as joke HAHAAAA..

me said...

owh lupe bg salam.. ^___^

scenenseen said...

aku rasa your take on orang perasan memang kelakar gile!imagine bila kita tetiap hari mengadap orang yang jarang letak cermin kat depan muka tapi letak bedak 2 3 inci kat muka.

Anonymous said...

Hi...

Pertama kali baca blog ni and I like the way you write =)

Rebecca

unicorn said...

letih-lah layan orang camni...

farizzet said...

I don't read others comment. I have no time. But I'm in a very lifting-me-in-my-own-basket mode.

sarahistheone said...

sebab bab cantik lawa ni subjektif sangat should not overdo kot. tapi, ada satu jenis yang aku lemas juga, jenis nobody is pretty enough/ handsome enough. macam kalau ada orang pakai baju lawa sikit hari tu, kita tegur, dia sampuk, biasa je. bosan. i selalu layan je jokes macam ni sebab i rasa mereka insecure juga. macam,they need constant validation that they are pretty proves they tak confident mana lah. funny why pretty people do this. it makes them less prettier as a whole package.

Anonymous said...

kasut sekolah jenama Palas aku cantik...

Lol, lawak zaman sekolah rendah dulu. Time letak kapur kasut putih melepak. Jalan dengan bangga.

Pastu kene pijak ramai2.

Hahahahha. Jangan sombong lain kali.

Unknown said...

ramai je manusia yg mcm ni.

mintak izin amek link ya?

suka blog anda, ayat power :)

Anonymous said...

hurm....

iqanabeera said...

anyway, saya tukar blog baru.

http://theelectrifiedbeatnik.blogspot.com


:)

Anonymous said...

cemane nk handle housemate yg tnye aku cane nk apply masuk most eligible bachelor?dgn prnyataan, "aku ni gud looking,engineer to be,cool,musician. ape yg aku xde?" (ini bkn nada melawak ye.ni seyes)
pstu sorg lg, "asal diorg sme pndang i?adepape kt muke i ke?" yg paling best, "sme org dlm tren pndng saya. mngkin saye org asia kot" (smbil gelak sarcastic)

Izuan said...

Kalau kawan2 rapat buat macam ni dengan aku, I would always tell them: "Please lah, tapak kasut aku ni jauh lagi cantik dari muka ko tuh." (read: please stress on the word 'jauh') or create some other cutting remarks sehingga diorang terdiam, e.g. "Ko terlalu cantik, setiap kali kita berjumpa aku terpaksa menahan keinginan yang meluap2 untuk simbah asid hidroklorik pekat ke muka ko."

Gila kejam aku. xD

Kalau kenalan yang tak berapa rapat, I would fake a smile. And I'll quickly change the topic.

But you're right, if they're really gorgeous, they should be thankful and be humble about it. Beauty is only skin deep and it does not last forever.

I really respect beautiful people who are very humble when people compliment them, e.g:

"Mana ada, I ni biasa2 je."

or

"Kita semua cantik. Kau pun apa kurangnya."

or

"Makhluk Tuhan semuanya cantik."

Tapi orang2 macam ni dah pupus. Haih.

Aisya J said...
This comment has been removed by the author.
Nadrah Mustafa said...

"Adoi" That's what I would always say.

pjoe said...

nasib baik aku tak makan cili
kalau tak mesti terasa

A said...

muka comel macam kartun ?

Ingrid Dients said...

holy crap..r u talking abt who i think you're talking about? org tu langsung x perasan seh..even if she read this entry a hundred times she would cleverly read in denial..haha. Tipu diri sendiri..a common trait of those yg berani puji diri sendiri dgn conviction.

p/s: pls check tarikh luput mascarpone dlm fridge and notify me?

crazee_tangerine said...

halu~ this is the first time commenting.=)
aiseh. i read the post and the comments, and memang tak leh tahan gelak la. well kawan(kawan?) saya pun ada la jugak sekerat dua yang tongong cam ni.

insiden 1) dah tau diri tu pandai, pastu time exam duk kat depan(dewan kuliah yang bertangga2), dah tu komplen2 dgn cara:
"eh...xsyok aa exam camni. elly(bukan nama sebenar), ko mesti leh nampak jawapan aku kan?"
elly tu duduk belakang dia.
i was like, what the fuck?

and banyak lagi la insiden yang kalo saya tulis oleh buat orang rasa nak bunuh je minah tongong nih.

tapi kesabaran kita pun ada batasnya gak, kan? huhuhu...

p/s: can i link ur blog to mine? best la baca. huhu

nodadosa said...

huhu gua tatau nak buat mcm mana lah kalau macam ni... tapi yg pasti slalunya gua mcm ni..

orang bawa bakul : pergh awek tu ckp gua lagi hensem dari bf n dia minat sama gua blablablablalbal...

gua : ouh...ehk..

orang bawak bakul : btol.. dia ckp gua ni bagus mcm blbalblalbalblabla..

gua : ehk? ouh...

orang bawak bakul : tu lah.. gua mmg sedar gua hensem .. bukan nak ckp apa la blablablablabla..

gua :............ ouh ouh.. ehk..

*"kalah perempuan dia ni"..getus gua dlm hati*
................

btol.. gua tatau camna nak patahkan serangan mereka.. buat tatau dan tidak layan adalah tidak memadai.. huh!!~

HANA bUdaK cEkElAt said...

-puji diri sendiri bila hasil kerja yan gkita buat itu membanggakan dan cukuplah memuji dalam hati sebagai pendorong untuk mengubat hati yang lelah mendengar kata-kata sang pendengki.

-tapi boolayan kan aje org yg melampau2 sgt suke angkat bakul tu
'tak siorr teman!'

;p ;p

Anonymous said...

hi, first time commenting~

Anyway, I have plenty of friends macam ni. And the way I always handle it is by using sarcasm.

For example, my friend sorang ni suke buat statement 'Nape laki tu asyik pandang I' (or statement yang sewaktu dengannye). I always answer her with 'Of course la die pandang you, you kan perempuan yang paaaling jelita paling cantik di dunia' (dengan nada penuh sarcastic dan kuat2 biar org lain dengar). Sadly, I think she does not understand the concept of sarcasm, and selalu tersenyum bangga after I've said that.
Dan dengan itu, while keeping a straight face, aku ketawa nakal dalam hati..

Jebon said...

Izuan kata :
"I really respect beautiful people who are very humble when people compliment them.
Tapi orang2 macam ni dah pupus. Haih."

Wahai Izuan, orang2 macam ni belum pupus lagi. Aku ni apa?

Terima kasih Magz kerana tulis tentang aku.. maksud aku, tentang topik ini. Aku memang tak reti nak handle orang-orang macam ni(diri aku sendiri).

Lagi satu jenis yang aku tak reti nak handle ialah jenis yang diri sendirilah paling hina, paling hodoh, paling bingai, semua yang buruk2 dialah! Susah siyot.

Contoh2 ayat :
"Ye la, kita kan orang miskin.." atau "Ye la, kita kan hitam.."
Wat da hek? Aku selalu tak tau nak jawab apa, jadi aku akan kata "Jangan cakap macam tu, kata2 itu adalah doa" atau "Hmm...samalah kita"

Maaf Magz, terpanjang.

Anonymous said...

hehe.tapi kan.kalau kawan2 yang sagat sangat sangat rapat n comfortable dgn kita yg buat mcm tu mcm mana pulak?
sbb rsnya kdg2 it depends on mood kita gak kan utk rasa kelakar dgn lawak dia atau rs nk tampar je dia.

Sleep Monger said...

haiiii..!

Apple Tan said...

hahahahaha! hello magenta. and you know wht, mmg janggal giler ada kenalan mcm tuh.

in my case, i rasa cam dia tk sedar diri. yeah, dia tuh talented, but i dont think we have to bukak mulut and puji diri sendiri.

Like u, I ketawa utk jaga hati dia. but now mcm dh boring la bwat cam tuh, and i terus bwat bodoh..diam jer after dia puji diri sendiri. hehe.

manusia pelik.

nk jer ckp balik "do i look like i care about that?" but tk sanggup plak. :P:P

the artist and i said...

hahahah.

masuk lif tekan sendri?
boleh pakai?

Unknown said...

aku ade ramai kwn yg agak cantik n slalu perasan cantik..tu aku leh terima la gak..ni muka bese je, tp ckp mcm die tu sgt2 cntik..ade lak 1 kwn aku ni jenis suka melayan, bile dak tu kata die cantik..die akan tambah, oo lupe lak ko cantik..so yg lg sorg ni prasan...aku je nampak kwn aku ni perli die...giler kot..perasan nk mampus!!!

Shamimi said...

Slm...
Nice blog...
Btw im Shamimi, Hilmi Shamimi...

Anonymous said...

magenta,aku tau ko suka benda2 pelik/mencabar..
cuba tgk gamba ni

http://magma3637.blogspot.com/2008/11/my-sexy-picture.html

freaky! tapi mmg dia ubah ikut otak kita..

Firdauz takes five said...

oh hai sayang~

iz me

can faster update ur blog, i miss u

kthnxbye.

=P

SyAhiRah LaLAla said...

mungkin mereka rasa cool kot kalau puji diri sendiri. dan rasa hot juga. kot. hehs. sabar jelah magenta. manusia kan macammacam kerenah. hiks.

Jebon said...

Komen ni tiada kena mengena, maaf. Tapi aku kena bagitahu.

Magz, kau tau tak dulu hampir satu akasia pakai Temulawak? yang tak pakai hanyalah aku dan ustaz penyelia asrama tu je. Kat cemara pun aku rasa ada yang pakai.

Ok bye.

Syarifah Elmira said...

to some people,it's their own style of therapy kot angkat bakul sendiri ni

magenta said...

Nurhidayah: Hi :) Thanks for dropping a comment. Haih, memang annoying kan. Kalau kita tegur pun tak tentu dia paham.

Erm: Hahah cuba kalau amik gambar. Semua kontrol ayu/hensem dengan kontrol perut hahahah.

Dayana: Dahla perasan, tak paham sarcasm pulak perempuan tu hahaha. Giggles arghh. Tak suka giggles. Kecuali Giggles dalam Happy Tree Friends.

MariaFaizal: B-b-but! We don't need to be so humble during interviews :) Sebab we have to market ourselves and masatu we have to highlight our strong points. Kesimpulannya, orang2 macam di atas boleh pergi interview setiap kali mereka rasa nak brag pasal diri sendiri. Hehe. Nak brag lawa, boleh pergi interview model/ stewardess ke receptionist, etc.

One Love: Wahaha. Kalau diorang nak aku jadi shrink, kasi duit. Untuk kos medikal merawat telinga yang berdarah.

Beda: Haha takpe, aku suka baca komen panjang2. Aku pun kenal perempuan yang asyik kena brag kena ngorat, tapi last2 aku find out dia yang suka kacau laki-miss call la, cucuk2 la.

Siberkop: Hahaha mesti diorang terus terdiam pastu. Lol.

o_o: Kambing hitam? Black sheep? Oit, jangan gelak kat lawak sendiri :p

Scenenseen: Boleh tahan tongue twister gak your nick ni. Hahaha bedak 3 inci, bunyi macam layer cake pulak. Aku lapa lah. Rasa macam nak makan Apollo Pandan Layer Cake. Mana nak dapat malam2 ni.

Rebecca: Hi Rebecca. Welcome2. And thank you :) Datangla lagi.

Unicorn: Tu lah. Lepas layan diorang kena layan 100 Plus pulak. Haih.

Farizzet: Ha ah you memang suka angkat bakul sendiri :p

Sarah: I guess sebenarnya memang sebab nak constant validation. Tapi tak best bagi orang yang kena validate tu hehe.

Tuan Caracol: Errr...ok. Haha.

Rara: Sila2, takde hal. Thanks! :)

Manusia Rumit: Hurm..burger?

Iqanabeera: Ok, changed the link already :)

Anna Molly: Hahahaha aku ingat ayat last tu...haih, nasib baik tak yah jumpa lagi. Hopefully. Entahla, kalau dah delusional tu orang sarkastik pun dia tak paham.

Izuan: Hahahha memang kejam pun tapi bersesuaian la dengan ayat poyo diorang. Eh, adaaaa tau orang yang humble lagi. I know a few. Cuba tengok komen Jebon :p

Aisya J: Kadang2 memang boleh jadi bahan entertainment.

Pjoe: Hahhaha pandai bermain dengan kata-kata nampak.

Ahmad Azrin Aziz: Ha ah. Pernah jumpa orang muka macam Shin Chan tak?

Bovril: Haha that depends on who you think I'm talking about. Biasalah, kalau dah puji diri sendiri mesti nampak semua elok2 je pasal diri sendiri.

N+h=Love: Wow, siap ada equation dalam nick! Lol, tongong. Perkataan kelakar. Ah, memang annoying budak dalam contoh tu. Sure, link away! :)

Nodadosa: Hahaha tu laaa. Kalau diorang betul2 bawak bakul rasa nak letak bakul tu atas kepala diorang.

Hana Budak Cekelat: Puji dalam hati tu ok lah kan. Tapi pengangkat bakul memang melampau. Hehe.

Azdaniya: Haa I always tertanya-tanya, asal orang macamni SELALU tak paham orang perli diorang? Hahaha. One of life's greatest mysteries.

Jebon: Takpe Jebs, aku suka komen panjang. Betul tu, orang yang terlalu merendah diri pun aku tak tau nak handle. Diorang nak kita jawab apa ek? Ada sorang budak ni suka cakap dia gemuk, buruk, hitam walaupun dia kurus, agak cute dan tak gelap. Kadang2 aku rasa diorang nak kita pujuk diorang kot. Huhu.

Pasal Temulawak tu, aku tak perasan pun tapi sekarang barulaaa aku paham nape ramai orang kat Akasia ada muka putih merah yang macam mengelupas pastu leher cokelat. Hmmm.

Mori: Kalau dah rapat kita dah boleh agak dia saja nak berlawak atau nak syok sendiri hahaa. Tapi kalau rapat takpe, kita cakap dia perasan pun boleh gelak sama2.

Double Patties: Hai :D

Natelppa: Hello Natelppa. Haha kita sama! Nak je retort something nasty tapi kadang2 macam kesian.

Ms Weed: Hahaha boleh. Terminologi moden :p

Uetoaya: Hahaha tapi yang perasan tu tak perasan dia diperli kan? Selalu macamtu.

Shamimi: Wassalam...I'm Bond, Magenta Bond...pergh, buruk gila nama aku.

Jipo: Ha, memang menarik. Aku nampak dua2, pelik. Thanks weh.

Firdauz: Oi busuk, apa rindu rindu, bimbo betul. :p

Syahirah Lalala: Hahah selama ni memang tengah bersabar. Lol. Lepas tulis entri ni rupanya ramai orang yang sangat bersabar juga.

Syarifah Elmira: That's what I think too.

Fuh. Aku sempat habiskan sepinggan nasi sementara reply comment lagi.

Dayana said...

Wow, Magenta. Aku dalam diam menghargai usaha kau me-reply setiap komen. Hehe.

magenta said...

The least I can do for people who read my entry and leave a piece of their thoughts behind is to reply them back. :)

Anonymous said...

hehs. pertama kali disini.
magenta kah kamu? anyway. kamu superb. Aku faham siapa dan persona yg macam mana kamu cuba describe. mmg byk org camtu.
dan aku selalu sound direct kat deorg, tapi ayat deorg semua sama.

"Kalau bukan kita nak puji diri kita sendiri, siapa lagi?"

Aku terkesima.

Ted Baker said...

Hahahah. Kelakar.

Anonymous said...

Oho, kami telah ubahnya semasa aku masih belajar dulu...

Kami jadikan ia "masuk lif tekan sendiri"..

Atira. said...

haha susah betul nak layan orang macam ni kan.

malu kot nak puji diri sendiri.

atikah said...

grrr...ader kwn aku cam ginih..giler annoying..huh..rase cm nk link je blog nih kat dier..suh dier bce...hahaha... tp yg lebih menyakitkan ati..bl org ckp trus terang kat dier..dier wat cam kepala batu..konon kalis kritikan...muka slambekkk je...tak reti bahasa....tatau r cam ne nk deal ngan mereka2x nih..

. said...

aku memang hebat. haha

C.H.O.M.E.Y. said...

hi there magenta!

scenario yang agak sama...berlaku kat saya..KEEP HAPPENING :) mcm cemuih(org utara maksud bosan) bila orang tu masuk bakul angkat sendiri. crita abih yg dia banyak sangat keje, bz gila, buat itu ini, semua dia uruskan kat office tu.kira nak tunjuk dia hebat la walhalnye byk gak mende dia tak buat yg i buat.. hehehe..menyampah dengar..tapi somehow, suka bila dia dok keep telling that..nak tergelak jer...