Friday, June 6, 2008

Podcast? Pujaan Sirap? Petrol? PMS? Soursop??

Aku sedih baca komen bawah entri Oil Price dekat blog Chedet tentang isteri yang terpaksa berhenti belajar kerana harga petrol naik. Dan aku tau isu ini tengah hangat sekarang tapi aku rasa tak ada apa yang aku boleh tulis yang orang lain belum tulis.


PMS. Berapa kali kamu pernah berjumpa dengan perempuan yang bertukar-tukar mood lebih cepat daripada guruh menyusuli kilat?


"Mag, have you ever had PMS?"


"I think so, when I was 18."


Aku sebenarnya bosan juga bila tak pasal-pasal menjadi mangsa kepada wanita yang sedang mengalami PMS. Lelaki kalau perempuan ada moodswings tentu fikir disebabkan PMS – Pre Menstrual Syndrome.


Aku, kalau perempuan marah tak pasal-pasal, aku blame PMS juga – Permanent Menstrual Syndrome.


Senanglah ada PMS untuk dipersalahkan bila-bila mahu bitchy. Tapi logic ke kalau kamu berperangai begitu tiap-tiap minggu. Kan kaum sendiri dah keliru. Kalau diikutkan PMS itu sindrom Pre, di mana pre bermaksud sebelum. Simptom tersebut biasanya hilang semasa kamu mengalami period. Tapi bila ditanya, yang aku dengar:


"PMS lah. I’m having my period."


Ya, miskonsepsi biasa. Jangan tertipu. PMS itu berlaku seminggu sebelum period. Bukan semasa. Yang berlaku sekarang, semuanya psikologi. Wanita yang berfikir mereka ada hak untuk jadi cranky dan bitchy pada minggu itu kerana mereka fikir PMS itu sepatutnya berlaku semasa period.


Sungguh irritating bagi orang macam aku yang selalu menjadi mangsa wanita PMS.


Hari ini pokok durian belanda berbuah lagi.
Ini antara 3 buah yang paling aku suka.

Buah kuini sebab dia tersangat harum, buah durian belanda kerana sangat sedap dan buah avocado sebab…dia bagus untuk kesihatan.


Sekarang semua orang mahu bekerja dalam ofis yang berhawa dingin, kerja petani dikatakan hina dan tak ada kelas. Tapi aku fikir, kita perlukan lebih ramai orang untuk bercucuk tanam seperti dulu kala, di mana orang lebih independent dan self sufficient. Dan aku mengaku, dikelilingi pokok betik, durian belanda, nenas, pisang dan mempelam, aku berasa amat tenang.


Melihat komen-komen di entri ini, tak sangka ramai juga yang tahu tentang kaset Pujaan Sirap. Bagi yang tak tahu, ini adalah kaset dari lebih kurang sedekad lalu. Hobi aku adalah mengajuk suara watak-watak dalam kaset tersebut. Kawan aku cakap suara aku macam suara getah. Dapat berubah-ubah.


Ok. Ini akan berbunyi sangat pelik. Lagi-lagi yang tahu rupa aku. Cuba dengar dengan serius. Inilah suara yang aku akan gunakan semasa bergaduh (sebab aku tak suka bergaduh). Jadi janganlah bergaduh dengan aku.


Berita10.mp3 -


Click play sekali, lepastu pause tunggu dia habis loading, baru play balik. Chen, ini dedikasi untuk kamu kerana mencadangkan aku untuk buat podcast.

21 comments:

Anonymous said...

waalaikumsalam

sex appeal 0
funny 7
smart 7
stupidity 2

oh kalau ada orang marah(sambil menunjukkan secara obvious dia marah)

aku akan for sure intimidated...itu semua drama.....tak guna sepak kerusi kalau tak selesai masalah

akhir kata,
ekelehhhhhhhhhhh

Anonymous said...

ahhahahahahahaha.. gom!

Dayana said...

hahahahahha!!!

*gelak berguling di atas lantai*

Anonymous said...

wei mangkuk!ko wat sndiri ke ni??hahahaha.sengal!!tina btol..

farizzet said...

haha dengar 20 saat je, tak larat. geli geleman. kat opis aku ade yg ori.

Anonymous said...

Mmmmm.. I miss hearing the initial 5 seconds...

Hahaha that babyish voice... siapala yang kata mcm doraemon... :)

Saya rasa apa yg Chen cadangkan adalah podcast lagu, satu nanyian kut.. something slow mcm Sarah Mclachlan's Angel.

Betul tak Chen?

magenta said...

Erm: Ahem. Sudah tentu motif utama podcast tersebut BUKAN untuk menunjukkan sex appeal. Dan tujuan blog ini bukan untuk mendapatkan lelaki.

Pakali: Gom! Heheh.

Dayana: Hehe join berguling di atas lantai jugak.

Anna: Ha ah aku bosan. Help. It's Tina bitch!!

Farizzet: Tapi part best lepas minit yang pertama lah.

LTDP: Nyanyian wtf. I don't need anymore shitheads or pervs reading my blog. And btw, I bloody hate the adjectives babyish or cute. Faham?

Hali Munan said...

LMAO! Syabas :D

The Wifey said...

guna belon helium,jadi chipmunks

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHHAHAHA OMG WTF HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHHA

*pengsan*

bangon pukul enam dengan rekod ni, gerenti lagi efisyen dari alarm biasa.

HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHH

omg i need to stop laughing first. =X

re the pms, i memang dah replace the p from pre to perpetual dulu dulu lagi. :P

Anonymous said...

okay the last of my giggles have subsided. hheaehahaSHITNOTAGAIN.

ltdp: tak lah, podcast yang saya cadangkan tu sebenarnya tak lain dengan entri blog yang biasa, cuma lainnya dari segi penyampaian. :D

wei Mag, your voice is damn cute la. Macam baby. *sajagatalnakkenamarah*

Z said...

HAHAHAHAHAHAROTLMAO

gile ah magenta..LTDP tu selalu berperv dgn u ke?heh

suara u mcm comel dan macam bayi hikhikhik *sajagatalnakkenamarahjugak*

Anonymous said...

Chen: apa ni... awak tak sporting la.

Tak support saya ye.. kalau nak dengar angel sings cuba lah Chen cadangkan singing podcast pula. (takut kena mare ye... :))

Kekadang tu, bakat yang ada tak dapat dikongsi bersama dan terpendam begitu saja sedangkan ianya boleh menghibur ramai orang.

Chen pun boleh buat podcast/youtube nyanyian... saya pasti ramai yang ada bakat di cyber luar ni.

NeemoNeemo™ said...

Err..hello? Ni saya nak buat aduan kerana tak puas hati. saya tak puas hati sebab suara cik sama mcm suara saya.

tak boleh la macam ni. nanti saudara mara saya dengar diorang ingat saya ada kat studio.

tak elok lah.
lain kali buat audition dulu lah.kalau suara sama, kasi tukar sket.

Anonymous said...

sebijik! tere tere. aku igt suara kau yg intro je. hehe

Unknown said...

Magenta, saya pembaca hantu. Hi :)

Suara kamu memang sebijik. Kamu tere.

Kamu tak ingat temubual dengan bandaraya? Itu favourite saya.

47 said...

haha ;)

eryzal zainal said...

hahahah.maaf.wa temaki hamun dlm ati :)

rock n' troll said...

Hahaha...

Tak jadi beb. Gila tak konsisten. You deserve an E for effort. Berapa banyak volume pujaan sirap ni eh? Seingat aku benda ni 15 tahun lepas masa aku kt hostel.

magenta said...

Hali Munan: Haha thanks. :P

Asra Hales: Guna belon helium untuk buat suara Lim Tat. Hahah.

Chen: Lol, bawak bertenang.

Tsk, Chen kalau suara I macam baby, I kesian the babies you meet. They must have ugly voices. Hahaha. :p

Sorry, I marah orang yang buat statements bodoh je ye, bukan orang gatal nak kena marah. Haha.

Zureen: Haha biarlah LTDP tu. Ignore sudah. Hahaha baby2 korang jumpa semuanya suara-suara buruk eh? Lol.

Neem: Haha ok2 nanti saya tukar sikit. Bahaya gak tuh.

Pakali: Hahaha suara spastik.

Otak Darurat: Hi.:)
Hahaha tak tau lah sebijik ke tak. Oh bandaraya, ingat2. Lawak nak mampus. Tapi tak hapal skrip yang tu.

47: He he.

Eryzal Zainal: Haha memang susah untuk maki kan? Suara bungok benor.

Rock n Troll: 15 tahun lalu kau kat hostel? Eh sekarang kau berapa tahun?

Unknown said...

hah. syabas. u made my day. timekasih.