Menurut komen-komen yang aku terima dari entri School Pride #1, kebanyakan pembaca aku dari sekolah asrama. Jadi aku akan berkongsi pengalaman aku sebagai seorang budak sekolah harian. Dan mungkin, mungkin, kamu akan fikir sekolah di asrama tak ada lah teruk sangat.
Aku bersekolah di sebuah sekolah harian di Selangor. Sekolah aku agak popular di Petaling Jaya, terutamanya di kalangan budak Cina. Entri ini mungkin akan menyinggung sesetengah kaum atau pihak, terutamanya yang pernah bersekolah di sekolah aku. Take note, ini cerita sebelum tahun 2002. Aku dah tak ambil tahu apa yang berlaku di sekolah aku.
Budak perempuan di sekolah aku tak suka pakai pinafore. Mereka lebih gemarkan baju kurung yang sendat dan jarang. Pinafore panas, kata mereka. Kemudian mereka akan membuat slit di tepi kain mereka yang biasanya terbelah sehingga ke atas lutut. Butang baju kurung biasanya akan dicabut untuk mendedahkan leher dan sebanyak mana cleavage yang mampu untuk seorang budak 13 tahun. Mereka akan sengaja tak memakai singlet atau camisole supaya budak lelaki akan melihat bra half cup hitam yang mereka pakai di bawah baju kurung jarang mereka. Lengan baju kurung akan dilipat hingga ke siku. Yang perempuan akan memakai platforms yang bertumit 2 inci berjenama Sparx, yang lelaki akan memakai kasut Adidas bewarna putih atau yang ada jalur hitam. Tag nama akan dibleachkan. Rambut juga biasanya dibleachkan atau diwarnakan, tetapi apabila ditanya oleh guru displin akan dijawab, "But this is my natural hair color!" walaupun memang sah bukan. Telinga tak sah kalau kurang dari 2 subang on each ear, lagi afdal kalau ada stud di lidah dan di bahagian-bahagian yang tak dapat didedahkan di compound sekolah.
Mereka gemar membawa beg Eastpak ke sekolah, dan kadang-kadang Jansport. Untuk membawa baju Pendidikan Jasmani, mereka suka gunakan beg kertas Guess dan yang seangkatan dengannya. Bawa saja baju PJ sekadar untuk menunjuk beg kertas berjenama supaya orang tahu mereka membeli belah di sana, tetapi tak mahu main sports, nanti berpeluh-peluh dan busuk. Bila tiba waktu Pendidikan Jasmani, yang lelaki akan pergi bermain bola, yang perempuan akan duduk di tangga sambil mengusya si lelaki lepastu mengkategorikan yang mana leng chai dan yang mana tidak. Lepas bosan, mereka akan bergosip sesama sendiri dan mencipta rumor-rumor yang bakal menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi musuh mereka. Perempuan di sekolah aku hampir semuanya stock "I LOVE YOU!... di depan kamu dan,
..bitch," selepas kamu beredar. Mereka sanggup memakan kawan mereka sendiri dalam usaha mempopularkan diri mereka.
Sekolah aku tak ramai budak Melayu. Dalam kelas aku yang ada 42 pelajar, ada tiga sahaja budak Melayu. Semua budak Melayu ini pun bukan Melayu tulen, tapi ada kacukan. Trend ini ketara di kelas Sains Tulen lain. Kadang-kadang ada seorang dua budak FELDA yang genius, tetapi biasanya mereka akan meninggalkan sekolah aku untuk ke asrama selepas mendapat keputusan PMR. Di kelas-kelas aliran akaun dan IT pula ada dalam 6-7 budak Melayu dalam satu kelas, biasanya anak kepada ibu bapa golongan bourgeois. Dalam kelas-kelas berikut akan ada seorang token Indian yang biasanya famous for being outspoken or outrageously funny. Dan dalam kelas arts stream pula trend dia terbalik, di mana akan ada 30 budak Melayu, 3-4 budak India dan 5 budak Cina.
Ada ramai racists di sekolah aku. Mungkin tak berbeza sangat dengan negara kita, cuma di sekolah aku mereka tak pernah berselindung. Biasanya di kantin aku lihat mereka berpecah belah mengikut kaum, dan di kelas mereka bertegur sapa sekadar as acquantainces, not friends. Di kantin juga sering ada pergaduhan di antara samseng Melayu dan samseng India, juga antara samseng Melayu dan samseng Cina. Mereka membaling dan memecahkan pinggan di atas kepala masing-masing, tapi yang suffer? Penjaga kantin dan pembasuh pinggan yang berbangsa Indonesia.
Sebelum Tingkatan 4 aku hanya bergaul dengan budak Cina di sekolah, dan yang Melayu selepas kelas. Ada juga kumpulan lelaki yang ada Melayu dan India dalam cliquenya di sekolah aku, tetapi cara mereka bergurau agak ekstrim bagi aku, tetapi jika mereka dapat menerima, siapalah aku untuk complain? Contohnya yang Cina akan memanggil yang India 'you black motherf*cker!' dan yang Melayu 'you incestuous bastard' tapi kelihatan kedua-dua Melayu dan India itu dapat ketawa dan menerima jenaka itu. Mungkin mereka tersangat desperate untuk diterima, mungkin mereka mahu berlagak macho dan open minded, mungkin aku yang tak cukup open minded untuk menerima jenaka seperti itu, who knows?
Tapi sepanjang aku berkawan dengan rakan sekelas yang berbangsa Cina, aku jarang merasa barrier di antara kami. Kami bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Masa Tingkatan 1 aku mendapati ada sesetengah budak yang racist suka ignore aku dalam perbualan mereka dengan sengaja bercakap Mandarin atau Cantonese (taktik yang tak ada lah berbeza sangat dengan employer yang meletakkan kriterion pandai bercakap Cina tetapi tak mention apa-apa tentang Bahasa Malaysia sebagai kriterion utama dalam iklan kerja dalam suratkhabar). In fact, aku begitu selesa bercakap dengan mereka di kelas sehingga apabila tiba masa untuk aku meminta diri untuk pergi ke kelas Pendidikan Islam atau sembahyang, mereka akan berkata,
"Haha, sometimes I forget you’re Malay lah."
Mungkin ini suatu advantage bagi aku. Mungkin tidak. Sebab mereka selalu sangat terlupa aku bukan Cina, mereka biasanya cakap lepas depan aku. Tetapi insiden yang tak dapat aku lupakan adalah kata-kata seorang budak ini semasa kami sedang berbual tentang rancangan Who Wants to be a Millionaire.
Kami sedang berbual dalam sebuah bulatan semasa Pendidikan Jasmani. Aku sorang saja budak Melayu dalam bulatan itu.
"Wei, did you see or not yesterday’s Who Wants to be a Millionaire? Damn stupid wan lah I tell you, that fella!"
"Ya hor, the 100 ringgit question oso he cannot get right!"
"Eh, you notice or not wan ah, when got Chinese in the show surely the question become so susah wan?"
"Ya lah! When Malay always the question kacang-kacang wan!"
3-4 orang sudah mula memandang aku dan kemudian sesame sendiri. Seperti aku juga, mereka juga sudah mula berasa kurang selesa. Nampaknya seorang budak Cina tu masih tak notice cue untuk stop.
"Because the Malays are so stupid lah!" dia berkata sambil ketawa berdekah-dekah, disambut dengan ketawa nervous oleh pengikut-pengikutnya yang bodoh. Tiga perempat dari kumpulan itu tidak ketawa. Mereka nampak seperti sangat ill at ease dan semuanya memandang aku. Budak Cina yang Membuat Racist Remark Tadi (BCMRRT) tiba-tiba sedar akan keadaan ini dan memandang aku. Muka dia pucat dan kelihatan seolah-olah telah menelan seekor ikan emas. No one said a word. Aku berdiri dan beredar dari situ.
Sekarang, perkara menarik yang berlaku sejurus insiden tersebut. Separuh dari kumpulan itu bangun meninggalkan BCMRRT dan datang memujuk aku, satu persatu. Mereka datang dan memberitahu aku mereka sorry di atas pihak kawan mereka yang sebangsa dengan mereka dan bahawa mereka tak memihak kepada dia. Aku pandang balik pada kumpulan tadi, sudah berpecah. BCMRRT sedang duduk bersama tiga orang kawan yang lain sahaja.
I learnt a very important lesson that day. Mungkin insiden ini cukup untuk membuat kamu menguatkan lagi semangat racist kamu. Mungkin kamu rasa justified untuk membenci mereka selepas mendengar tentang insiden ini. Tapi yang lagi penting bagi aku adalah ini: Yang membuat racist remark itu, seorang. Dalam 2-3 orang ketawa. Yang lainnya semua tak menyokong penyataan dia. Dalam setiap bangsa kamu akan berjumpa orang seperti ini. Mari kita focus terhadap yang positif, yang majoriti instead of yang minoriti dan suka divert perhatian kepada dirinya dengan ayat-ayat perkaumannya.
Aku juga belajar dari sekolah menengah bahawa aku ini berbeza, dan jarang sekali aku akan berasa seperti aku benar-benar fit in.
Inilah kisah tentang sekolah aku yang aku rasakan bagaikan mimpi ngeri juga. Sebenarnya banyak lagi aku mahu ceritakan, tetapi entri ini dah cukup panjang. Tapi kalau ada sesiapa berminat untuk mendengar tentang kisah sekolah harian lagi, mungkin aku akan buat sambungan. Kalau tak, we’ll just leave it at that.