Saturday, May 17, 2008

Retorika

Sambil memberus gigi pada jam 9 pagi pada hari Sabtu.


Aku pandang sinki. Pandang lantai. Stared at the brownish stains that were beginning to form at the edges of the fountain tap. Ini baru seminggu tak cuci tandas ni. Dan aku mula berfikir,


Kalau seminggu tak cuci sinki, kesan kotoran akan mula tampilkan diri. Kalau seminggu tak sapu lantai, habuk dah mula melekat di tapak kaki.Tapi bagaimana dengan perkara yang kurang grafik/fizikal?


Bagaimana dengan makanan yang disumbatkan dalam mulut tiap-tiap hari tanpa berfikir dua kali? Makanan yang tinggi kolestrol, minuman manis? Aku tak dapat melihat atau merasa apa-apa kesannya lagi. Tapi mungkin dalam 30, 40 tahun, perbuatan ini akan menghantui aku, sistem aku akan berhenti secara tiba-tiba tanpa warning.
My insides could look a garbage site for all I know, and I still wouldn’t have a clue. Sebab yang luarannya nampak elok lagi dan semuanya masih berfungsi.


Do we only abstain from the things that look, smell and taste repulsive?


Bagaimana dengan orang yang memakan riba yang sama haramnya dengan bangkai, tetapi sebab perbuatan riba tak sefizikal memakan bangkai, jadi orang tak kisah. Tak nampak = tak menjengkelkan?


Bagaimana dengan hati yang keras? Dengan orang yang mengumpat saudara mara, yang seumpama makan daging mereka? Apa yang berlaku jika kamu teruskan perkara ini, tanpa rasa menyesal atau tanpa fikir tentang betul dan salah? Adakah kamu tak kisah kerana perbuatan mengumpat itu kurang grafik daripada cannibalism?


How do we cleanse the heart? Jikalau kesan kotoran di tandas ini dibiarkan sebulan tanpa dicuci, mungkin kesannya tak akan dapat ditanggalkan – meskipun dengan detergen yang kuat dan berus. There will always be a light brownish stain there, because you didn’t clean it soon enough.


Bagaimana dengan hati yang dibiarkan berbulan-bulan, bertahun-tahun tanpa dibersihkan?


Jadi pada pagi Sabtu, sambil memandang diri sendiri di dalam cermin, aku tertanya-tanya bagaimana rupanya hati aku, kerana aku tau walau aku dapat melihatnya sekarang ini sekalipun, aku masih tak akan nampak the stains yang aku pasti sangat wujud. Dan aku tau stains ini tak wujud di hati aku sahaja.


Selepas itu, aku mencari detergen dan berus dan memulakan proses pembersihan tandas.