Thursday, May 29, 2008

Freedom to Discuss Religion? Nada. Zilch.

Kenapa di zaman serba bebas serba canggih ini, aku merasakan aku perlu lebih berhati-hati tentang apa yang aku cakap atau tulis, takut-takut ada yang tersinggung atau tersalah paham? Dan aku rasa tak sedap hati apabila membaca semula entri ini, yang ditulis dalam nada separa serius dan separa joking sebab semasa membaca, para pembaca tak dapat mendengar nada aku dan aku bukan seseorang yang gemar menggunakan ikon smiley dalam penulisan. Jadi tak pasal-pasal nanti ada individu yang gagal menangkap sarcasm itu akan melabel aku sebagai konservatif yang judgemental. For reals.


Ini soalan aku: Di manakah terletaknya garisan di antara having an opinion dan being politically incorrect?


Pada satu fasa dalam hidup kamu, kamu akan tertanya tentang kewujudan kamu. Mungkin ia datang semasa umur kamu 20-an, mungkin 30-an. Tetapi kalau kamu tak pernah tertanya, aku tak tahu sama ada mahu kasihankan atau envy kamu. Kamu telah hidup dalam ignorance. Dan ignorance itu orang kata, bliss.


Dalam
Malaysia kebebasan untuk berbincang tentang agama tak wujud. Jikalau kamu mula untuk berbincang tentang agama, kamu akan mendapat 2 reaksi:


1) "Kau ni macam ustad/ustazah la." (disambung dengan ejekan dan hilai ketawa.)

2) "Kau macam baik sangat je nak nasihat orang."


Semua ayat ini tentunya datang dari pemikiran seseorang yang berfikir bahawa open minded bermaksud bersikap terbuka untuk berbincang tentang seks.


Aku rasa sesiapa boleh minat kepada agama, tak kisahlah dia seseorang agnostic atau seseorang yang warak.
Sebab agama adalah sesuatu topik yang menarik untuk dibincangkan, ia adalah suatu cawangan ilmu.


Semasa aku berumur 13 tahun, seseorang telah berkata aku akan masuk neraka. Semasa aku 14 tahun, apabila ayah aku diserang sakit jantung, seorang ahli keluarga aku telah berkata perangai aku lah penyebabnya. I wasn’t always a calm kid. Beberapa tahun lalu mungkin aku tak ada konsentrasi untuk duduk di depan laptop dan menaip. Yeah well, people change. I'm still a schmo. I'm just a much more considerate, mellower schmo.


Kalau aku ada ilmu agama, aku takkan duduk di dalam bulatan dan mengutuk orang. Kalau ada orang tak lancar baca Quran, aku takkan gelakkan dia. Sebagaimana aku takkan gelakkan orang yang tak fasih berbahasa Inggeris dan betul-betul ikhlas mahu belajar.


Religion is not black and white. Bukan "Kau akan masuk neraka!" atau "Aku akan masuk syurga!" seperti golongan 'holier-than-thou' mahu kita percaya. In fact, tak ada sesiapa yang tahu kita akan masuk syurga atau neraka kecuali Tuhan. Nabi S.A.W. sendiri telah berkata umatnya akan masuk syurga, walaupun dia telah berzina dan mencuri, selagi dia mati dalam keadaan beriman. Selagi ada iman sebesar biji sawi. Dan pernahkah kamu dengar tentang seseorang yang telah mati di
medan perperangan tetapi diseret dengan mukanya di atas tanah dan dihumbankan ke dalam neraka? Kenapa? Sebab niatnya salah.


Of course ada golongan yang mahu memutarbelitkan agama untuk kepentingan dirinya. Perang di atas nama agama? Perkara itu sudah tidak wujud. Biasanya untuk menyorokkan agenda sebenar – duit, nama, tanah.


Kalau diikutkan mentaliti zaman sekarang, tak ada sesiapa layak menasihati orang lain. Sebab pasti dibalas dengan "Kau macam baik sangat je nak nasihat orang lain." Macamtu tak ada seorang pun dalam dunia ini layak nasihat orang lain, sebab nabi-nabi sahaja yang maksom.
Where does that leave parents who are junkies and don’t want their children to go through what they went through?


Tentang hipokrasi: Adakah seorang yang pemakan riba yang membuat kerjanya secara terang-terangan lebih mulia daripada seorang pencuri yang membuat kerjanya secara sorok-sorok? Both steal money from people.


Tak bermakna kamu ada hak untuk preach what you don’t practice. Sebab orang yang mendakwah benda yang dia tak amalkan akan dikenakan azab lebih cepat dari orang yang tak beriman langsung.


Aku juga percaya bahawa semua orang bertuhankan sesuatu. Kalau bukan agama, sesuatu ideologi. Sebab fear is the greatest motivation of all. Segala-gala yang kita buat berdasarkan perasaan takut. Kerja kerana takut tak ada duit untuk makan.
Belajar kerana takut gagal. Kahwin sebab takut hidup sorang-sorang. Dan ramai di antara kita sebenarnya bertuhankan peer pressure. Kalau takut sembahyang di depan kawan-kawan kerana takut kawan akan ejek atau gelakkan, tak kah bermakna kita bertuhankan peer pressure? Ramai orang takut apa yang orang lain akan berkata tentang diri mereka.


Yeah, I’m not perfect. Neither are you. Kalau tak suka apa aku tulis boleh tutup window ini. Kalau rasa aku self-righteous tak payah baca. Kalau tak mahu baca pasal agama patutnya dah lama kamu berhenti membaca. Tak payah nak komen suruh aku berhenti discuss benda-benda berat macamni. Aku tak suruh kamu buat apa yang kamu sudah tahu. Aku hanya berani dakwah benda yang aku amalkan. Aku tak pernah cakap orang itu atau ini akan masuk neraka atau syurga. If you feel like I’m judging you, I’m sorry tapi aku tak nampak di mana dalam entri ini aku sedang menghakimi sesiapa. Aku pun tak suka dihakimi. Anggap sahaja aku berkongsi pendapat, just like any other entry on this blog.


Tak salah bagi aku untuk berbincang tentang agama. Yang salah adalah apabila seseorang yang belum sempurna ilmu agama untuk berdebat tentang agama.
Analogi: Mahukah kamu seorang pelajar perubatan first year untuk beroperasi atas jantung kamu? Tentu kamu mahu doktor yang sudah melalui internship and all that shit.

26 comments:

Anonymous said...

nak tambah!

kalau over excited bercakap pasal suatu benda(which is my forte)...halfway aku akan stop and i ask my self "is it right?...i dont need to shove facts to them...i lay out the road...they should decide themselves"

sebab pada waktu tu..mereka akan senyap dan listen very carefully of what i have to say....macam la aku bagus sangat

good post cik magen

Dammit said...

nice entry. dunia dah maju, orang semakin 'open minded', kalau ade yang cube bagi nasihat atau pendapat, nanti dipanggil kolot,konservatif. tp magenta, u're not alone. suka pendirian kuat kamu.teruskan.

Anonymous said...

cik magen
cam sedap je nama tu
hehe

ok
sangat bersetuju part ni
open minded bermaksud bersikap terbuka untuk berbincang tentang seks
dan ini
sesiapa boleh minat kepada agama

bila kita tegur sikit tentang hal agama
mereka akan kata kolot, wara' dan pelbagai label pelik

sedang agama itu milik semua
bukan utk org yg bergelar ustaz shj
bkn utk org yg berjanggut berjambang shj
rockers pun simpan janggut jambang
bkn utk org yg berjubah shj
ia milik semua
mcm cik magen cakap

ia adalah satu cawangan ilmu

Anonymous said...

Most people believe they can't question anything about religion, to some it is unthinkable.Religion is a 'no-go' area,untouchable. U better just do as GOD says or u will go to hell. Their indoctrination is so strong as strong as their belief with 100% certainty that GOD does exist and there is no teeny weeny bit of possibility that they might be wrong. People who argue religion rationally are branded arrogant educated intellectual by most religious people as if they know for sure they are the enlightened ones.If GOD does exist only one religion can be right and i would like it to be ISLAM.To me open minded is to accept the possibility that we might be wrong and seek to find the truth although it hurts.Arguing the religion does not make u unbeliever, it will just set u apart from people who follow religion blindly. and one more thing, what is up with our Malay society with this '__than thou attitude' fill in the blank with holier, smarter, rational, wiser and etc. see any youtube video that shows malays doing indecent act, and u'l see comments like 'kesian mak engkau mengandung kan anak mcm kau'..'memakai tudung berzina.malayu munafik'.I say damn u hypocrite..this people just watched porn seconds before and now they are passing their moral judgement on others. Just shut ur face and enjoy the video.

Pakcik Luar Otak said...

Ilmu sampai sudah takkan sempurna. Setakat mana yang tahu, atau tersedar pada masa itu, sama-samalah kita ingat-mengingatkan.

Aku leka hari ini, kau insaf hari ini, kau tolong tegur aku hari ini. Esok, mungkin terbalik. Siapa tau.

Sama-sama kita berubah.

nurulazreenazlan said...

i'm a muslim with existential tendencies and agnostic leanings.

nothing is black and white, so sue me.

hehe.

Anonymous said...

and wat is up with the mentality that women who wear tudung cant do any "obvious sins"? kalau nampak org pakai tudung pegang tgn dgn bf sibuk btl.mcm org x pakai tudung will have less sin doing the same thing.n that is just one of the many examples!

btw, i second wat nurulazreenazlan said.

Mr Jagatraya said...

good entry.Make people think about people with so many negative perspective when people talking about religion.Anyway,i totally support u from the back about this entry..

Siberkop said...

Ah, alhamdulillah, kita mmg selalu kena mengingatkan dan cari cara utk diingatkan.

Apapun, tak salah utk sebut tentang sesuatu yang benar. Kalau kita ia percaya itu benar dan TUHAN mmg berfirman ia benar, maka sampai2kan.

Tapi yerlah, Rasulullah SAW dulupun ada strategi dlm berdakwah, maka bila nak sampaikan mende2 baik2 tu, kena cari caya yang sesuai dgn siapa kita nak sampaikan.

Ko punya cara ni dah agak ok. Tambah sikit funny stuff. ;)

TERATO!!

Anonymous said...

people need religion because it does two things. one, it explains the things that surround them. second, it gives them codes of conduct.

you can get those somewhere else but most people find them in relgions.

everbody judges. there's no escaping.

i have learned at a very young age that i would never let myself be deceived by things that are prejudiced, childish and possibly could get me killed.

judge me and i'll judge you.

not just the malays. everybody's holier than thou.

because we're humans and we're governed by fear.

fear is your only god. fear is your only god. fear is your only god.

hey mag :)

magenta said...

Erm: Huhu ya. People should decide for themselves. Kita dah cukup biri-biri di negara kita. And thanks.

Dammit: Tula. Ini yang aku cuba sampaikan. Bukan soal aku betul kau salah. Tapi soal semuanya perlu ada opposition. Just to remind people they're not always right. Tapi tak ada siapa suka dengar they're wrong..

MatematisMuda: Yupe, dan ilmu adalah hak setiap orang. :)

Peter Panties: I don't think God would want us to follow blindly without realising why we're doing it. If I'm not mistaken He has always wanted us to ponder about every single thing.

Pakcik Luar Otak: Yeah pasal haram berdebat tentang agama melainkan ilmu dah sempurna tu ada dalam surah Al-Ankabut tak silap aku. Tak ingat line mana tapi kat akhir-akhir surah.

Pasal tegur aku rasa perlu, dalam apa-apa aspek kehidupan pun. Macam politik contohnya, kalau tak ada siapa tegur mereka sampai rasa mereka boleh menyalahgunakan kuasa.

Nurul: Hahaha. It's true , what? Nothing's black and white. :p

They're usually different shades of grey.

White: Haha. Just like above.

Tentang hipokrasi: Adakah seorang yang pemakan riba yang membuat kerjanya secara terang-terangan lebih mulia daripada seorang pencuri yang membuat kerjanya secara sorok-sorok? Both steal money from people.

Jagatraya: Thanks. Ramai orang suka amalkan benda pelik2 macam cederakan anjing dan orang lain sebab konon-kononnya agama suruh. Mengarut je.

Siberkop: Aku rasa menyuruh orang berbuat baik ni susah. Sangat, sangat susah. Apatah lagi nak berdakwah. Hmmm.

Harith Najmi: Hey harith :) You sound familiar.

This is my need for religion-

I need to believe there is life after death, that people who were murdered and who murdered will get their justice someday. I need to believe there is a God, because I know us humans can't help all the poor people in the world or prevent honour killings because I know we won't, even if we had the means. I want to believe that everyone who suffered in this world (kids who were raped and killed and people who had to eat mud cookies because they were so poor) will have a chance for happiness someday. Because I couldn't handle knowing that what we do in this life bear no consequences at all. So yeah, I guess I could never be an existentialist. :)

eryzal zainal said...

" Tak salah bagi aku untuk berbincang tentang agama. Yang salah adalah apabila seseorang yang belum sempurna ilmu agama untuk berdebat tentang agama. "

meraka² nih tak salah kot rasanya.sbb, pada suatu ketika,kita mmg noob, tak sempurna atau apa² behavior yg bersifat baru nak up.its a learning curve.blaja kan tak penah abis.biarkan dia bedebat sbb ia glangang yg bagus utk practice apa yg dia ada.lama² org tu akan pandai.nikmatnya mungkin jatuh kt kita.siapa tahu.kan?biarkan jaa~

magenta said...

Eryzal Zainal: Refer surah Al-Ankabut ayat 46-52.

Hmm kalau sedang belajar, baik dalami ilmu dulu tak, sebelum nak berdebat atau ambil peperiksaan? Macam aku tulis, tak salah nak discuss. Tapi kalau ilmu tak cukup pastu nak berdebat, tak ke membazir masa?

Sedangkan debate kat sekolah pun kena prepare and kumpul facts baru boleh debate. Once again, tak salah nak discuss.

Anonymous said...

It is hard for thee to kick against the pricks.

(Bible, Acts ix. 5.)

magenta said...

Hahahaha,

Hi again. We leave traces of ourselves everytime we write, you know? :)

Anonymous said...

"I put no stock in religion. By the word religion I have seen the lunacy of fanatics of every denomination be called the will of God. Holiness is in right action, and courage on behalf of those who cannot defend themselves, and goodness."

Teka siapa kata.

And oh. A riddle:

Apa benda lembut & berkilau?

Yeah, I'm bored. He he he.

Anonymous said...

Jap nak google. Haha.

Oh, Kingdom of Heaven. Patutla. Tak tengok lagi.

Benda lembut dan berkilau- Kain baju kebaya ketat satin Mak Datin.

Anonymous said...

Salah.

M. DAUD KILAU!

:D

"Ich benötige nicht eine Frau. Ich benötige das Mittagessen." - my fat uncle.

magenta said...

Hahahaha ceh!

Guess who said this?

"Mom, can we go Catholic so we can get communion wafers and booze?"

Anonymous said...

Don't insult me.

I watched the movie 13 times.

And Homer is STILL the philosopher of all time.

Anonymous said...

Excellent... *sambil meletakkan jari together*

"Oy, mein Sohn ist ein Komiker" - Rabbi Krustofski

eryzal zainal said...

wa bemaksud lain dowh..*senyum

magenta said...

Oh. Sorry then. Heheh. *senyum jugak

Anonymous said...

jom tgk ni http://youtube.com/watch?v=fquEWKlm5LY

hit kat korea skang

Anonymous said...

'Semasa aku berumur 13 tahun, seseorang telah berkata aku akan masuk neraka.'

well, you did go to hell and back.

walaupun hanya untuk satu musim dan mendapat beberapa catatan pendek.

magenta said...

Erm: Haha aku tak minat cerita Korea lah..

Takahara: Talk about being psychic, huh? Haha.