Monday, May 5, 2008

Kenapa Menyayangi Kucing Lebih Senang dari Menyayangi Manusia.

*Perkataan kucing boleh diganti dengan haiwan peliharaan lain yang sesuai.


1. Kucing tak ada insecurities atau masalah self-esteem.


Kucing tak akan bertanya kamu soalan-soalan seperti "I nampak gemuk tak pakai baju ni?" atau "You ada berapa girlfriends sebelum I?" dan berpura-pura seperti mereka cool dan boleh handle the truth walaupun mereka sendiri tahu jawapan yang jujur akan membuatkan mereka sakit hati. Come the next argument, mulalah mereka mengungkit balik perkara lama.


Gf kepada bf: “Eleh you tu dulu panggil I gemuk, tak sedar diri langsung! Tengok perut you, macam terlebih bulan!


Bf kepada gf: “Sebab ni kot you banyak sangat ex boyfriends! Perangai buruk macamni, siapa boleh tahan? Siapa tak nak tinggalkan?


2. Kamu boleh memeluk dan mencium kucing dengan gaya yang paling obscene di khalayak ramai dan tak akan ditangkap JAIS.


Jika kamu seorang Muslim, tak ada aurat atau konsep muhrim di antara kamu dan kucing kamu. Kamu nak tidur dengan kucing kamu pun tak ada siapa nak kecoh meskipun dalam rumah sendiri. Kamu nak tidur dengan kucing kamu dan abangnya sekali serentak pun masih tak ada sesiapa boleh kecoh.


3. Dengan kucing, kamu tak mungkin ada masalah rimas, kelemasan atau tak cukup kebebasan.


Dia datang apabila mahu makan dan dibelai sahaja. Kadang-kadang kamu boleh berada di dalam bilik yang sama dan dia tak akan menghiraukan kamu langsung.
Kamu boleh enjoy a long comfortable silence yang hanya mampu dikecapi oleh pasangan yang sudah lama bersama dan selesa dengan each other.


4. Kucing tak akan bermain permainan minda yang tak matang.


Kucing tak reti merajuk macam manusia. Kucing tak reti nak menggatal dengan laki atau perempuan lain selepas bergaduh kecil dengan pasangan mereka semata-mata untuk membuatkan pasangan mereka berasa cemburu supaya pasangan mereka memujuk mereka balik.


5. Kucing tak ada ego.


Kucing tak akan berpura-pura tak suka apabila suka atau menjual mahal. Apabila kita belai dia, dia akan purr. Tak seperti wanita atau lelaki yang suka berlakon konon-konon macam mereka aren’t easily impressed walaupun suka lepastu demand macam-macam lagi. Kucing juga tak malu untuk memberitahu kamu dia rindukan kamu. Contohnya, selepas kamu pergi ke dapur untuk mengambil makanannya dan pergi balik ke dia, dia akan berlari ke arah kamu seolah-olah berkata, “O HAI! Saya dah tak jumpa awak macam, dah 10 saat! Saya rindu awak!”


6. Kucing tak reti berdendam.


Kalau kamu terpijak ekornya, dia pasti akan melupakan hal itu dalam sekurang-kurangnya 30 saat. Kalau kamu panggil suami kamu bodoh atau memanggil isteri kamu hodoh, mereka akan ingat dan mengungkit balik perkara itu seumur hidup.


7. Bila kucing mahu meninggalkan kamu, tak banyak drama.


Mereka akan menghilang begitu sahaja. Tak ada pergaduhan besar, susulan drama, adegan pujuk merayu atau pembahagian dan pemulangan harta. Yang tinggal hanyalah memori yang indah-indah sahaja.


Entri ini berunsur dry humor, jadi tak perlu membalas, "Tapi manusia tak boleh berkahwin dengan kucing!" atau "Tak boleh bawak kucing dating kat KLCC!". Sila baca dengan secubit garam atau dalam dos yang sesuai.


Hmm, by the way is it 'menyanyangi' or 'menyayangi'? Ada huruf n sebelum y kedua atau tidak? Ada sesiapa tahu?

22 comments:

47 said...

menyayangi ;)

SayaBudakPemalas said...

sayang + 'me' + 'i' = menyayangi

:)

magenta said...

Oh, ok. Thanks!

Anonymous said...

dendam=berak merata

bila di pujuk...dia tau pegi toilet

elmi said...

pernah jumpa sticker tulis cenggini

"the more i know men, the more i love cat"

Anonymous said...

hmm takde ego..takde drama...takde insecurities..suka hug..saya rasa saya kucinglah..hehe

Anonymous said...

hi... tak on ym ke?

Anonymous said...

Saya rindu awak juga!!

anakabah said...

You can't screw a cat.

Unless if you're into beastiality. Err, I mean, inter-specie erotica.

Idlan said...

Kalau alergik kucing?

magenta said...

erm: Haha. Itu kucing vindictive.

elmi: Love cats tak apa, jangan lust sudah.

kucing2: Hahaha perasan.

friendly writer: Tanya dekat offline message lah..

miab0011: Miss you too.

AKAB: Haha. Refer to the 2nd last paragraph.

idlan: Err. Bela rabbit? :p

broken_nigina said...

kucing memang cool.

Anonymous said...

kadang-kala manusia yang merajuk tu agak comel juga. :P asalkan dia respond pada pujukan lah. hehe

ledisordre said...

lagi satu, kucing kalau dia menyampah dia tak pura2 suka atau okay, dia buat muka menyampah dan blah je.

47 said...

lagi satu, kucing pandai buat muka kesian, mungkin lebih pandai dari manusia.

aku selalu beri makanan pada kucing di tempat-tempat makan sbb mereka pandai buat muka kesian.

awal-awalnya memang aku tak nak bagi, tapi dengan persistence + muka kesian yang berkesan, aku kalah haha.

Siberkop said...

Menayangi.

NeemoNeemo™ said...

Purrr....sanyang Magenta!

Anonymous said...

kucing juga boleh tolong upgrade ram.

Z said...

cats are so pure kan. they don't hide their feelings. nak belai, belailah. takmau belai, sudah...they walk away..xde nak bagi hint nonstop "camnila awak..." or "hmmmmmm"

nice post. rindu kucing2 i.

koala pun another adorable animal tau! haritu masa exam IELTS ada passage pasal koalas. they love hugging and they are very well-mannered :)

a good sub for annoying brothers.

The Wifey said...

meow....meow..purrrr..

*magenta mesti faham*

hehe

Pasihah said...

agreed. :)

magenta said...

broken_nigina: Haha memang.

chen: Tetapi kebarangkalian untuk seekor kucing untuk nampak comel adalah lebih tinggi daripada untuk manusia kan? Hehehehe.

ledisordre: Haha mana nak dapat orang dengan personaliti macam kucing ye.

47: Haha I know exactly what you mean!

siberkop: Itu dah bunyi macam lain macam, lagi2 kalau terjemah dalam BI.

neem: Purr...LOL!

tacgnol: Haha menarik. Kalau terbalikkan nick kamu jadi longcat. Aku mahu create kucing breed baru di mana dia boleh ke kedai runcit dan belikan aku snek.

zureen: Hahaha yeah..koalas ni makes me sceptical lah. They look cute and furry tapi a friend once said dia pernah kena gigit dengan koala. Don't mind the hugs though. :)

asra: Meow meow= nak makan. Purr = Sukalah.. buat lah lagi. Hahaha.

pasihah: :)