Monday, May 12, 2008

Fwd: Panduan Kamu untuk Mencari Gadis di Kuala Lumpur

Edit: Senarai ini outdated gila. Sila jangan ambil senarai ini sebagai panduan. Tapi kalau kamu mahu buat senarai baru, sila forward kepada emel aku juga?



Aku tak ingat pada tahun berapa emel ini disebarkan melalui forward, tetapi tak silap aku tahun 2004, jadi mungkin senarai ini dah tak applicable. Kalau memang dah tak boleh dipakai lagi, ada sesiapa yang mahu membuat senarai baru? Pereka senarai ini pun aku tak tahu siapa. Aku teringat kembali kepada senarai ini pun kerana telah diforward oleh teman lelaki aku semalam. Mungkin kamu pernah melihat senarai ini, mungkin tidak, jadi aku akan terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan berkongsi dengan kamu di blog ini sekadar suka-suka kerana bagi aku, senarai ini agak lucu.


(Maaf, terjemahan aku mungkin kurang tepat- aku tak berapa pandai dalam translation.)


Bergantung kepada jenis gadis yang kamu cari:


1) Gadis remaja yang gemar mendedahkan kulit dan suka menari sehingga pagi serta paling likely untuk menerima seorang Mat Rempit sebagai teman lelaki - Shadows (Bangsar).


2) Gadis berkelas yang gemar bergaun baldu dan pandai menari (bukan sebarang tarian, tetapi salsa) – Q-Ba di Westin Hotel (Bintang Walk).


3) Gadis dari sekolah antarabangsa (gadis Mat Salleh/ gadis Jepun/ gadis berwajah eksotik/ gadis kaya) yang suka minum – Mezza (dahulu dikenali sebagai T-Club Bangsar).


4) Wanita bekerjaya yang sedang mencari cinta – Bar Flam (Bangsar).


5) Gadis ‘beragama’ yang suka main carom dari Bangsar Gospel Centre – Coffeebean/ Starbucks atau mana-mana kedai kopi yang menghidangkan kopi dengan harga purata RM10 secawan (ini bermaksud semua kedai kopi di
Lucky Gardens terkecuali) (Bangsar).


6) Minah rempit hardcore atau sebaliknya; gadis bertudung – Mapley di depan food court yang sebelum ini dikenali dengan nama Jolly Green Giant (Bangsar).


7) Gadis yang gemar keluar yang lelaki yang sudah berkahwin/ lelaki yang mahu jadi wanita – Red Chamber (Bangsar).


8) Gadis Malaysia yang suka bercakap dengan accent British/ American/ Aussie/ Rojak dan perasan mereka BBC/BBI/BBM serta sedang mencari teman lelaki yang berambut perang dan minum ‘Snake Bite Black’ – Finnegans (Bangsar).


9) Gadis Malaysia yang suka bercakap dengan accent British/ American/ Aussie/ Rojak dan perasan mereka BBC/BBI/BBM serta sudah menjumpai seorang teman lelaki dari Finnegans – Telawi Street Bistro (Bangsar).


10) Wanita yang kelihatan seperti lelaki yang suka wanita yang kelihatan seperti wanita – Seasons Pool Club (Bangsar).


11) Wanita seperti Paula Malai Ali – The Social (Bangsar).


12) Gadis Mat Salleh bersama teman lelaki/suami Mat Salleh (yang juga ada teman wanita berkulit tanned dari Beach Club/Thai Bar,etc) – La Bodega (Bangsar).


13) Gadis yang ada teman lelaki yang kaya dan suka wain merah yang mahal – Grappa/ Wine Bar Heritage Row.


14) Gadis yang ada teman lelaki miskin dan mahu merasa makanan barat – McDonalds/ Burger King Bangsar.

15) Gadis suka berparti yang perasan mereka sangat ‘happening’ sehingga mereka tak kisah berpeluh di dalam bangunan usang (apa terjemahan untuk firetrap dalam BM? Haha.) selama 4 jam – Passion.


16) Gadis hip-hop yang mengenali seseorang yang mengenali seseorang yang sedang mengadakan jamuan harijadi atau parti pissup supaya mereka boleh elak cover charge – Nouvo/ Sangria.


17) Gadis yang gemar pill-popping dan teman lelaki khayal dadah mereka – Atmosphere/ Carlos.


18) Gadis yang gemar pill-popping yang tak mahu keluar dengan ‘playaz’ tetapi tiba-tiba mendapati diri mereka sedang
cuba menarik perhatian ‘playaz’ – Bliss.


19) Feng Tau chicks (aku tak tahu maksud Feng Tau, ada sesiapa tahu?) – Tak pasti, tetapi mungkin di old Emporium atau K Club.

20) Gadia Capati yang sudah bertunang dengan salah satu daripada saudara mereka atas arahan ayah mereka – Dhol, Bangsar.


21) Gadis lawa yang gemar pill-popping dan suka berpakaian menjolok mata bersama teman lelaki mereka yang kononnya samseng – TBR KL.


22) Model-model yang lawa atau model wannabes bersama kawan-kawan mereka yang cheeky yang sudi memegang gelas minuman untuk mereka – Velvet.


Harap tak ada sesiapa rasa tersinggung dengan senarai ini yang bertujuan humor kerana senarai ini direka berdasarkan stereotaip (oleh itu kebenarannya boleh dipersoalkan atau didebatkan).


Aku mahu tambah lagi satu:


23) Lelaki peghak yang teringin untuk pergi ke mana-mana tempat yang tersenarai di atas selepas membaca senarai ini dengan tujuan untuk mencari teman wanita jangka masa panjang walaupun tak pernah dengar atau menjejakkan kaki di 3/4 tempat yang tersenarai di atas - Losersville.

8 comments:

Anonymous said...

feng tau. direct translation = shake head. people who pop pills, ecstacy pills, usually.

:D

mana pula gadis yang ingin mengenali gadis lain patut pergi? :P

magenta said...

Hahaha thanks Chen.

That's why, someone should come up with a new list, kan? :p

47 said...

hey, losersville ain't that bad.

i know a couple o guys who came from there haha.

magenta said...

Hahaha abaikan, you know I like to merepek. Tengok the point I added, tak relevan langsung dengan the list. Senarai pasal gadis di KL, tak pasal-pasal ada pasal lelaki pulak.

anakabah said...

Sebagai seorang penghuni Bangsar, aku menentang keras entri ini. Sebab kebanyakan tempat yang disebut dah tutup.

Sorry babe, aku lepak Marmalade. Burger dia sedap.

Anonymous said...

i belong to 23 kot...memainkan perempuan is not my forte

magenta said...

AKAB: Hahaha sustained. Had a feeling this list was damn outdated. Mungkin disebarkan sebelum tahun 2004 lagi kot.

erm: Selamba je mengaku diri loser. Hahaha, don't take it seriously. Ni list bodoh je. And an outdated one too, apparently.

uranus said...

penjelasan yang jelas. thanks.