Tuesday, May 27, 2008

Monkey Dust



Seorang kawan hantar lagu ini pada aku kelmarin. First impression, macam lagu zaman dulu. Rupa-rupanya band yang agak baru. Pandai pula tu mereka menggunakan synthesizer. Entah kenapa, 2 hari kemudian, lagu ini masih berlegar di kepala aku. Haunting. Aku cari videonya.


Teringat The Sound Machine, karya Roald Dahl.



Lagu ni sesuai untuk babak filem di mana orang gila baru membunuh mangsanya. Lepastu orang gila itu akan menyapu mentega di rotinya dengan pisau yang sama yang dia telah gunakan untuk mengelar leher mangsanya.



Teringat Cotilde, si perempuan tua gila dalam cerita Nemesis yang telah membunuh anak gadis bawah jagaannya, Verity kerana tak tahan melihat gadis itu mencintai orang lain lebih darinya.



Satu hari nanti, aku mahu memandu di jalan raya yang lengang sambil mendengar lagu ini. Dan aku mahu pandu, pandu, pandu sehingga aku hilang di sebalik kaki langit.

4 comments:

Anonymous said...

Goldfrapp memang best!

iqanabeera said...

weee i adore goldfrapp!

:)

magenta said...

Hehe. Goldfrapp ada lagu lain yang best macamni lagi tak? Yang lain bunyi macam Kylie Minogue-ish la.

rock n' troll said...

"Pandai pula tu mereka menggunakan synthesizer"

Apa yang kau pelik sangat, kau tau dia pernah buat apa masa kat uni? Aku quote ya, malas nak translate:

Her graduation piece hinted at the musical innovation to come - a live installation in which she milked a cow wired up to an amplifier as she yodeled. "Because it was wired up, you could hear the milk going into the bucket really loudly,"

Lainla nenek kau yang main synth, impressive la jugak eh.