Saturday, May 31, 2008

Yes, People Do Really Change.


Hai, aku dah bosan dengan cokelat mahal.


Give me my comfort food, please. Aku mahu pakai Super Ring macam cincin tikam lepastu makan, masukkan perencah dalam Mamee Monster lepastu shake shake dan main katak yang lekat dekat sliding door (hadiah misteri dalam kotak Ding Dang).

Kalau dilihatkan orang lain, transformasi mereka sangat mengagumkan. Dari seorang idealis dan hopeless romantic, mereka telah menjadi seorang cynic yang bitter. All in 2 years.

Aku ada blog 2 tahun yang lepas. Disebabkan terlalu distracted dengan faktor luar, aku hanya post 5 entri. Dan dari entri ini aku dapat melihat bahawa aku telah berubah. Tak banyak, tapi berubah.

I'm less angry, more patient, less cynical and more tolerant. Dan sekarang aku tak terlalu distracted dengan faktor luar. I can sit still and type.

Dan walaupun sekarang adalah zaman aku overcritical of my surroundings (hey, siapa yang tak macamni in their 20s?), aku yakin suatu hari, aku akan berhenti kisah pasal orang di sekeliling.

I can feel it happening already. Kalau dulu semasa aku 18, aku boleh refuse untuk bayar dan bergaduh dengan manager kedai selama setengah jam over a cup of Pepsi that I did not order, sekarang aku dah malas nak gaduh. Aku bayar je. Sekarang kalau orang curi teksi aku atau potong line, aku dah malas create a scene. Lantak kau la Joyah.

Orang cakap pasal aku pun aku tak kisah. Sometimes I wish I was invisible. Dasarnya memang akan ada beberapa keldai keliling aku yang dengki, insecure dan bodoh di mana-mana aku pergi. Dan macam keldai juga, mereka tak paham bahasa.

Dunia asyik berubah. Kek Hiro dulu 15 sen sahaja. Sekarang dahlah 40 sen, makin kecil pulak tu.

30 comments:

Anonymous said...

Sumi Jelly!!!

magenta said...

Sumi Jelly disimpan dalam peti sejuk dibiar beku kemudian makan oh sungguh sedap. Lalala.

The Wifey said...

dulu ada keropok ufo.aku rasa keropok itulah yg paling sedap.but now dah tade.kilang tutup kot.

and bubble gum tiga biji merah,kuning,orange tu.

yeah,things change.

*sobs*

(sad over foods?bahaya ni ha-ha)

magenta said...

Hahaha hey I remember the bubblegum! Sekarang ni ada lagi kan? Pastu kat wrapper ade tattoo. Hehe. Sad over food takpe. Simbolik ape. Lagi-lagi snek zaman kanak-kanak.

The Wifey said...

yg wrapper ade tattoo tu bubblegum yg gambar bear.and tattoo tu pun dah tade.just the bubblegum,black and white.

bubblegum tiga bijik tu susah nak jumpa dah.kalau ada pun maybe aku was was nak beli.

hehe

btw,i have something for you kat my latest entry.

enjoy the weekend!

Matematis Muda said...

sokong~!!!!

terutama kisah Hiro naek harga
dan turun ukuran diameter
huhu

47 said...

asra hales:
-----------
your accuracy in describing the bubblegums is commendable!

i remember them too! :)

tiga biji dlm satu plastik panjang, lebih kurang panjang ibu jari.

then yg ada tattoo tu, mmg jenis yg ada gambar beruang kat depan haha..

ooh kisah klasik betul.

Anonymous said...

senang je.. pegi kedai borong. cakap kau, syurga.

sebut je, sume ada. aku dan member2 beli 2 plastik besar jajan, satu tong gula2 sochews.

24 jam dah habis. wahahaha.. minggu depan kami dtg lagi. heh.

Anonymous said...

sigh.

tetiba rasa rindu.

bukannya idam makanan ringan (but kudos to asra for still remembering the bubble gum!), tapi nak makan ramly burgerrrrr. :(

i'm actually a little surprised you're less argumentative/cynical now. thought you'd actually be more disillusioned now than you were back then. :D

Anonymous said...

aku suka gula2 telur puyuh..aku rasa kat tempat aku ja ada..
warna putih..kecil,bulat,siap ada tompok2 coklat lagi utk tiru telur puyuh..bila kulum mula2 lidah putih..bila sampai kat tengah ada substance ala2 mentos (favourite aku gak)..mmg sedap!

iqanabeera said...

my ultimate comfort food is aiskrim pong. haha.

Anonymous said...

Okay tak kalau saya suggest topik. Kenapa tak tulis pasal babies?

Sebab dua kali dah terjadi kat Starbuck... saya nampak ni baby more like a toddler mat salleh bertatih. Emaknya tall mat salleh.

Alamak dia nak datang kat meja saya..toddler tu pun sikit demi sikit sampai kat tempat saya duduk di sofa hiding behind my laptop.

Emm apa dia nak ni. Kalau nak kuih nanti saya bagi.. Lepas tu dia tgk saya dan dia smile...

Generally memang saya suka make face dengan baby tapi kali ni saya control sebab mat salleh tu ada..

Still, saya tilt my face and give him a smile..after which having make eye contact dia pun continue explorasi dia..

Kedua, di lain hari tapi tempat yg sama, ada couple besar mat salleh dengan baby dia kecil..saya pun tgk saja.. but oh no baby ni pun berhenti his head dan tgk kat muka saya..

Since baby ni tak sampai setahunpun i guess, saya pun senyum balek lebar tak peduli emak bapa dia.

Mum dia perasaan dia smiling kat someone dan turn to look pada saya. Dan mum diapun ketawa kuat.
Tu sebab saya tak nak orang nampak saya senyum kat baby....

Malam tadi masa makan malam..baby besar sikit senyum kat saya. Budak pompuan pakai tshirt ada tulis convent..bukit nenas? dia denagan bapa dia adik 3 orang..hmm

Bila baby besar macam ni senyum kat saya mcm selalu saya serba salah..tapi since dia dah tenguk dan senyum dua tiga kali saya pun give my most dimpled smile.

To show takde bias, kat adik lelaki dia pun saya senyum..senyum itu sedekah..so confuse the 7 year old boy..

Dalam hati hmmm.. kenapa puberty girls suka senyum kat aku..? Tapi saya treat dia orang semua macam baby kecil yang mahukan attention. Tapi kenapa saya risau? Satu takut dia kena marah dgn bapa dia. Jangan senyum kat lelaki…atau saya kena marah..jangan senyum kat anak saya.. tapi kali ni saya pastikan saya bagi senyuman neutral bukan lustful…

Bila nak balek..dia last bangun dan as expected menoleh kebelakang dan memberi saua senyuman terakhir yang saya balas dengan senyuman dan small wave lagi..tanda grateful for her attention haha… hmmm thank God for his small mercies…

magenta said...

Asra Hales: Thanks again. ;)Have a great weekend too!

Matematis Muda: Hahaha.

47: Yang ada beruang tu masih dijual lagi I think.

Pakali: Burjuah gelojoh! Ingat Halloween ke tiap2 minggu?

Chen: I miss Ramly Burger too. :(
Nah, being argumentative is exhausting.

Jipo: Huu..tak pernah jumpa pun. Nampaknya tak dieksport ke negeri lain. Hehe.

Iqanabeera: What is aiskrim pong? Aiskrim potong?

LTDP: Oh well. I guess you being delusional and making up stories isn't a crime.

Anonymous said...

Hey hey..baby

U were not supposed to publish that...

it was just a suggestion...that seems to go on and on...

mmmmm magenta ni...ngada..ngada

Anonymous said...

Hahaha...Bukan tangan kita makin membesar kah yg membuatkan Kek Hiro tu makin mengecil??

magenta said...

Tak.

Anonymous said...

kenapa dalam coklat mahal tu xdek snickers?

mamee sentiasa dlm hati :)

easeart jalil said...

Hey kawan semua, marilah rasa
Kiki Bubble Gum baru!
Rasa buah-buahan, yang menyegarkan,
Kunyah dan tiup, Wah seronoknya!
Kiki Bubble Gum.

p.s. No I didn't make this up. Anyone remember this add from the early 80'? Just wondering in my senile 30's... heh.

iqanabeera said...

haha no. they're those aiskrim dalam plastik panjang2 tu, usually letak sirap or milo inside, put in freezer, and sell for 20 cents each.

they remind me of my primary school days. LOL.

Anonymous said...

hahahahaha. gong org tua..

sebenarnya jajan yg paling best adalah sate ikan bulat2 secucuk 10 sen. perghhhhh.. mcm makan sate kajang..

Anonymous said...

vote for aiskrim plastik seposen(aku duduk ulu) and inflasi naik 20sen

aku suka perisa asam masin,sarsi

beli 20(2 ringgit) blanjer budak kat padang(main bola or baling selipar)

kerja aku rasuah bebudak ni jer...hehe

magenta said...

LTDP: Kalau taknak aku publish, tulis *don't approve* kat atas2 lagi.

Amilah: Entahlah. Aku curi gambar tu dari Internet, hehe. Mungkin dia bukan peminat Snickers.

Easeart: LOL! I remember Kiki Bubblegum. Tapi tak ingat iklan dia. Maybe cause I was born in the mid 80s. Haih nostalgia. Teringat Choki Choki pulak.


Iqanabeera: Ohhh those! I call em aiskrim tiub 10 sen. Err, they were 10 cents back in my days. I loved to bend them in half pastu hisap. Yeah, they are my comfort food too, tapi tak jumpa gambarnya kat Internet.

Pakali: 10 sen? Kenapa sekarang dia jual RM1 sebatang.

Erm: Yeah, aiskrim ni lah. Asam masin perisa paling popular dulu. Tapi aku suka yang kaler hijau.

eryzal zainal said...

supering plis...skrg color dia dah tak oren sgt.shitto

Anonymous said...

"gembira rasanya hati
coklat cair dinikmati
choki choki
enak sekali
choki choki
adik gemari!"

"sugus enak
rasa buah
kunyah-kunyah"

i'm pretty sure i got the lyrics correct for the first one but the second one... wujud ke tak? someone please confirm?

Ibu Adam said...

*drooling* sedapnya super ring!!! tak pasal2 mengidam

rock n' troll said...

Awak tertinggal satu item yang paling essential iaitu chickadees - the mother of all snek dlm plastik. bukan versi baru. Seperti kodak kepada filem, pampers kepada lampin, maggi kepada instant noodles dsb.

"JANGAN MAKAN RUMAH, MAKANLAH MAGENTA..."

Anonymous said...

Magenta... awak ni kelakar la..

Mana ada orang bagi komen panjang2..

Selalu sebaris dua pun dia orang susah nak tulis.. nanti org ingat nak takeover blog awak pule..

Nanti saya dapat rekod komen terpanjang..haha.

btw tu semua memang berlaku.. tak caya datangla ke kl ni dah lama awak tak tgk kl kan..

magenta said...

Eryzal: Really? Dah lama tak beli Super Ring.

Anonymous: Choki choki woo hoo! Sugus tu tak ingat, just ingat first line je, lepastu dah tak ingat hehe.

Undomesticwifey: LOL I think bai roti maybe, just maybe still jual lagi?

Rock n' Troll: Hahaha sebenarnya tak sure bagaimana rupa Chickadees tu, selalu dengar dari mak tapi tak pernah makan.

LTDP: Apalah. Macam orang nak baca sangat komen-komen kamu pastu analyse, buat rekod semua. Perasan betul..

Anonymous said...

ltdp: apalah kamu ni. jgn sesekali bagi baby yang senyum kat kamu kuih atau gula-gula atau apa... awak ingat mak dia suka? macam semalam, ada orang offer toddler saya muruku ikan, hangin betul.

Anonymous said...

anonymous...sorry tak jawap your comment. Tapi saya bukan co writer blog Vinegar and Ice. (not yet anyway..hahaha) Jadi rasa tak sesuai pula nak panjang2. Anyway.. saya tak bagi toddler tu my fruit cake..sebab dia tak minat. Saya pula rasa guilty menyangka dia dtg nak grab laptop ke, oren jus ke atau baki fruit cake saya..He just came to make eye contact and he smiled first ...so touching.. sebab dia tak pandang warna, rupa yg hodoh, tak takut stranger yg dia tak kenal tapi just to say hi...