Friday, May 9, 2008

School Pride #1

Kawan-kawan aku sejak 3-4 tahun ni semuanya pernah bersekolah di asrama dan bila mereka bercerita dengan zaman persekolahan mereka, akulah orang yang akan duduk paling dekat dengan yang sedang bercerita dan yang akan ketawa paling kuat. Lepastu rerakan yang lain akan berlumba-lumba untuk bercerita tentang sekolah mereka pula, dan aku tak habis-habis akan mempersoalkan segala peraturan sekolah mereka. Topik yang aku paling minat? Ragging di asrama.


Mereka bercerita tentang senior-senior yang menyuruh mereka mengambil air, menyuruh mereka basuh baju dan memaksa mereka membuat macam-macam. Mereka bercerita dengan penuh berseloroh sambil tersengih macam kerang busuk yang dibiarkan di luar selama seminggu.


"Pastu dia suruh ko amikkan air, ko kena amikkan la. Kadang-kadang ada gak budak ludah atau letak taik hidung dalam air tu sebab bengang," kata kawan #1.


"Weh, tak leh gak dowh, kalau kat sekolah aku senior tuh suruh ko minum air tu sebelum bagi kat dia," sampuk kawan #2.


"Alah, minum je lah, air liur aku sendiri. Lagipun aku minum sikit je, dia minum semua," jawab kawan #1. Kami gelak beramai-ramai.


Aku tak habis-habis akan bertanya macam-macam. Kalau prep sampai pukul 11, korang berehat bila? Kalau petang kena main sports, korang tak tido petang ke? Mereka gelakkan aku.


"Ko ingat prep tu semua orang study ke? Aku tido je."


"Aku dengar budak asrama laki selalu kena tumbuk dengan cikgu, betul ke?"


Mereka buat muka tak impressed. "Alah, biasalah tu," mereka jawab.


Lepastu masuk cerita hantu asrama. Semua asrama, aku discover, mesti ada hantu special punya. Aku tak percaya hantu. Aku cakap je macamtu, mesti semua mahu convert aku.


"Weh, ko tak leh cakap macamtu, ko jangan cabar hantu-hantu ni," ujar kawan #3.


"Alah, aku percaya lah jin, orang bunian, ilmu sihir, setan semua tu. Hantu aku nak percaya buat apa. Bukan ada dalam Quran suruh percaya hantu pun. Ada ke?" aku jawab.


Mereka geleng kepala, seolah-olah aku telah murtad Melayu.


"Aku rasa ayah ko tak kasi ko percaya hantu sebab kalau ko tak percaya hantu, nanti dia takkan kacau ko," kawan #4 cuba mencari penjelasan yang rasional kenapa aku tak percaya hantu. Yang lain mengangguk perlahan-lahan, seolah-olah puas hati dengan penjelasan ini.


"Aku dengar cerita korang ni macam suffer habis lah kat asrama," aku ejek mereka.


"Mana ada, best dowh, kat asrama la ko belajar macam-macam...," salah seorang akan menjawab dengan senyuman meleret. Kemudian aku lihat wajah mereka akan berubah kepada sesuatu ekspresi yang hanya boleh digambarkan sebagai wistful dan fikiran mereka seolah-olah melayang jauh. Aku selalu nampak ekspresi ini di wajah budak-budak asrama apabila mereka menceritakan zaman persekolahan mereka, seolah-olah perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata supaya seorang budak sekolah harian seperti aku memahami.


Kadang-kadang aku pun sedikit cemburu mendengar cerita asrama mereka, tentang persahabatan yang akrab, suka duka mereka di sana yang tak ada unsur-unsur corny atau cheesy langsung dan kisah-kisah warden dan cikgu yang bengis (dan juga baik).


Di saat itu, aku akan lupakan semua cerita buruk yang aku pernah dengar tentang kehidupan asrama – tentang pelajar yang terpaksa masuk ICU kerana dipaksa merokok walaupun ada asthma, pelajar perempuan dan tabung uji, pelajar yang pecah gegendang telinga kerana dilempang oleh guru, pelajar terlampau, kes di mana pelajar kurang pandai tidak diberi mengambil peperiksaan kerana mahu kelulusan 100% supaya reputasi sekolah dijaga dan juga kes yang seangkatan dengannya.


Bukan aku nak menghakimi budak asrama. Aku sebenarnya jumpa ramai budak asrama yang best sejak kebelakangan ini. Mungkin dulu itu hanya defense mechanism aku kerana budak asrama biasanya sudah ada preconceived perception terhadap aku semata-mata kerana aku dari sekolah harian. Aku ingat lagi suatu hari daripada 2 bulan aku menetap di matriks, di dalam kuliah, aku terdengar suatu suara di belakang aku yang mengutuk budak sekolah harian dan bagaimana budak asrama lagi pandai dalam pelajaran dan berdikari. Biasalah, percakapan tipikal budak lepasan SPM.


Aku hanya toleh belakang sekali untuk memandang wajah mereka selama 2 saat.
Long enough for me to capture their faces in my mind. Sebab itu, 2 minggu selepas kuliah tersebut di dalam kelas tutorial, semasa mereka datang pada aku untuk copy jawapan tutorial kimia aku, I remembered them.


Memang orang akan selalu menghakimi dan menstereotaip kamu berdasarkan sekolah dan negeri asal kamu. Perkara ini susah nak escape. Dan aku perlu jujur, bahawa aku memang ada banyak pengalaman buruk dengan sesetengah pelajar dari asrama tertentu (terutamanya seorang budak asrama ni yang suka berpuak-puak, curi sabun baju orang lepastu top up dengan AIR, slam pintu, suka pinjam duit orang lepastu lambat bayar, jatuhkan baju orang dalam lumpur lepastu tak nak angkatkan, rosakkan harta orang lepastu tak nak mengaku, tak puas hati sebab orang lain tak payah belajar macam dia untuk skor dalam exam, tukar undi orang supaya dia dilantik untuk sesuatu pangkat dalam persatuan - hahaha eh sori, terbawa-bawa pula).


Tapi selain daripada itu, aku rasa budak asrama dan budak sekolah harian tak ada lah berbeza sangat.
Semua ada their fair share of produk berjaya dan 'produk fail!', bak kata kawan aku.

26 comments:

Anonymous said...

"curi sabun baju orang lepastu top up dengan AIR, slam pintu, suka pinjam duit orang lepastu lambat bayar, jatuhkan baju orang dalam lumpur lepastu tak nak angkatkan, rosakkan harta orang lepastu tak nak mengaku, tak puas hati sebab orang lain tak payah belajar macam dia untuk skor dalam exam, tukar undi orang supaya dia dilantik untuk sesuatu pangkat dalam persatuan"
HAHAHAHAHAHAHA...rama2~~
tapi,kwn dgn bdk skolah harian lg cool nyah sbb bdk asrama byk protokoll.sme nk kne organized.kalo boleh nk susun cereal ikut alphabet..:p

Anonymous said...

celah mana asrama banyak protokol?

protokol tu dalam buku je...pegi kelas kol 10pagi...balik kol 12petang

semua tempat nyorok dalam sekolah dah tau

spm last minute

tido dan tido dan tido

farizzet said...

budak sekolah asrama couldnt prove anything but 100% lulus, thats all. kita tengok budak sekolah harian jugak yg selalu top score in spm lately, with hundreds of a1's lah, which none couldnt catch up la kannnnnnn...

oh, yg hebatnya pasal budak asrama ni, they can bercouple jarak jauh jugak, thanks to phone technology. usually yg sekolah laki akan cari dak sekolah pompuan.

Idlan said...

farizzet: sedikit pembetulan tentang budak sekolah harian yang selalu score lately dalam spm ni.. sebabnya ialah sekolah berasrama penuh / MRSM tak bagi students mereka amik subject banyak / belas-belas macam sekolah luar. Sama ada itu defense mechanism sekolah berasrama (karang ada yang amik 20, dapat 1A je, tak ke malu?) mungkin boleh didebatkan.

Berbalik kepada topik yang diutarakan oleh penulis blog: aku rasa asrama dan sekolah harian (aku tak suka terms harian 'biasa'; apa yang luar biasanya tentang asrama?)beri experience berbeza. To say which is better.. entahlah. Aku rasa pros and cons dia debit credit tetap sama, ko akan break-even in the end. Plus all of it leads to result SPM je. Sekolah terhebat di dunia pun, apa value added kalau hanya boleh score peperiksaan berunsur rote learning?

A final food for thought: secara relatifnya orang kata budak asrama lebih berdikari, tapi sejauh manakah dia (seorang pelajar sekolah berasrama) berdikari kalau makan dihidang buku dibeli dibandingkan dengan pelajar yang not only kena pergi sekolah, but also masak, jaga adik, jaga rumah dsb dalam era latchkey children? Who walks away with the best skills for a future life?

magenta said...

anna molly: Hahaha melampau gila susun cereal ikut alphabet. Ko ni produk SBP yang fail la..ish! Selamba kutuk golongan ko sendiri. Ko rama2 gak kan? Hahaha :p

erm: Pegi sekolah pukul 10 pagi, balik pukul 12 tengahari? Bapak best gila? Asrama mana ni? Boleh aku cross out nak hantar anak aku pegi asrama mana nanti.

farizzet: Hahaha budak sekolah harian pun ramai mengamalkan 'bercouple jarak jauh', terutamanya antara sekolah lelaki dan perempuan.

Entahla. I don't see how this aktiviti mengumpul A1 ni bermanfaat dalam jangka masa panjang.

idlan: Well put. In the end what matters is bahawa apa tindakan pelajar seterusnya selepas meninggalkan sekolah? Adakah dia akan tetap amalkan dedikasi dalam pelajaran atau mula slack off sebab sudah meninggalkan sekolah akibat peghak dengan kebebasan yang baru dikecapi? Reti untuk balance antara study dengan having fun di zaman universiti tu penting. To me this is the determining point in a person's future.

ledisordre said...

kat hostel u get to live with the things u'll face in real life - authority, org2 yg suka kuasa, org2 yang suka merapati org yg berkuasa, exhibition of power, sistem feudal tak rasmi, politik sosial, politik kuasa. it's like that because real life is like that. not much place for individuality, dah tentu. and u come out tougher or u become one of them. i did not come out. i got kicked out. LOL!

The Wifey said...

Pegi sekolah pukul 10 pagi, balik pukul 12 tengahari.

lamanya.kitorg pegi pukul 7.30am lepas assembly blah.biasalah senior.haha.

bab curi sabun dan isi air tu yang tak tahan.aku takkan lupa muka budak yang curi sebotol penuh dynamo aku.siamang betul.

dua-dua sekolah pun pada aku ok je.bak kata kawan magenta "Semua ada their fair share of produk berjaya dan 'produk fail!'".

:)

Anonymous said...

hmm macammana saya boleh survive bertahun hidup di asrama?

Semuanya ditentukan...dan interaksi antara sesama remaja dengan guidance orang dewasa yang minima merupakan satu eksperimen kehidupan yang belum tentu memberi kesan yang baik.

Bila dilihat kembali ada juga mereka yang tidak survive...ada juga mereka yang scarred for life dengan pembulian dan kehomosekualiti yang pasti timbul bila dikumpulkan remaja2 hanya sejenis. Sama ada semua pompuan atau semua lelaki.

Mungkin juga cara hidup terasing dari ibu bapa bukan cara memelihara anak2 yang terbaik.

Kesedihan dan kepahitan yang terpaksa dilalui oleh seseorang remaja hanya dengan peer guidance selalu dilupakan..selepas habis tempuh persekolahan.

We only choose to remember...and romanticise our past experience...through rose tinted glasses...

Anonymous said...

duk asrama lapar, penat nk kena fly, ustaz garang-kalau-jumpa-sumpah-pukul, rotan, kawan-kawan, lapar.. hehehehe.

woh, asrama ni satu je, kalau sekolah sejenis ade main belakang. sekolah agama ke tak agama ke.. jgn pandang belakng. heh

magenta said...

ledisodreo: You got kicked out? LOL! Why?

I used to have a crush on this guy who got kicked out from his asrama cause he beat up another guy. Wonder what happened to him.

asra hales: Hahaha. Sama la! Sabun yang budak tu curi pastu isi air tu pun berjenama Dynamo. Sebab murah.

asramaku: Hopefully tak ramai yang scarred for life tu.

pakali: Hahaha bunyi macam tak cukup makan je. Bukan ada tea time semua tu ke? Pasal main belakang tu. Sekolah harian co-ed pun ada jugak.

Z said...

omg kalau nak cerita pasal hidup di asrama rasanya takkan cukup sehari. pengalaman being in three different, very different residential schools, made a huge impact in my life.

ada one guy in my second school, kantoi merokok, dipaksa CHEW the puntung rokok in front of the whole school masa assembly..

tapi i have to say, i miss those years very much..tapi one bad thing about SBP is, semuanya spoon-fed to us, nak study utk SPM pun ikut soalan spot from expert teachers, SPM-SBP trial exam tak payah cakap la..we know everything yg akan keluar..

i admit, bila dah keluar dari sistem SBP ni, and terpaksa pulak buat A-Level, life has been hard..kena study sendiri, buat notes,revision semua sendiri..we don;t have a clue of anything yg akan keluar! I bet u, budak sekolah harian selalunya would fare better during pre-u..

aaa sorry magenta i menggunakan tempat ni untuk meluahkan kesusahan i..AS Chem is next Thursday!

Anonymous said...

About day-school kids scoring: At the risk of being crucified by ex-school members I won't mention my school name (which you know already pun kan)but I swear to you at many SBPs, many of the SPM questions have been "leaked out" to them. During my year it was the Sejarah questions (which I paid no heed to and kinda menyesal later. "Kinda" cos I hate sejarah).

I hear it's always prevalent in MCKK and SDAR and (enough name dropping) but MCKK results have dropped rapidly over the years..during my year they ranked number 32 ke 33 out of 34 SBPs. Proves that cheaters never prosper. Haha. Btw, schools like KISAS are not part of the crooked deal, they always come out top anyway but I always believed that it was due to the year-long hajat prayers, aside from sheer hard work. (My school did year-long hajat prayers too during my SPM year, which was why we achieved the most number of students scoring 10A1s that year and the unimpressive 100% passes (to farizzet):P) Masa tu 10A1 dah something..nowadays a dime a dozen la kot.

jannatunnaem said...

aku produk MRSM yg xbrape cemerlang,tapi aku gembira kerana pernah terpilih menjadi salah seorg pelajar disana.

p/s:tiada perbezaan pon samaada asrama penuh,MRSM atau skolah harian..semua pon manusia juga.:)

iqanabeera said...

i was from an all-girls SBP. konon showcase negara, but the admin is shitty like hell. the principal is like a mere puppet, the ventriloquist being the super evil (seriously, she is) PK HEM.

the PK HEM called me names, specifically, a whore, loads of times. i admit that i was very anti-establishment and not really a typical overachieving "budak asrama" but obviously, which teacher calls their students names like that, just because they're late for assembly and stuff like that? and to think that she's actually an "ustazah". i can't even remember seeing her being civil with anyone for the full 5 years i was in that hellhole.

everytime my SBP friends reminisce about their school days, i can't relate. i was a loner, i was a debater (so that cemented me as the school freak-geek-weirdo-whatever) plus there are only a select few who i can call my real friends. i was in that school merely because my parents forced me to be there.

so, there. that's my school. the so-called pride and joy of the kementerian pelajaran. behind all those good exam results and excellence in whatever-crap, it's like an institution where they brainwash you into thinking you're a loser if you're not wearing blue (prefect) and they'll send you straight away to counselling if you voice out your opinions.

my children are definitely not going to any SBPs. hell no.

Anonymous said...

haha! menarik!

masa form 1, aku penah masuk tkc, pastuh quit.
[aku keliru dengan seksualiti pelajar2 di sana and yang hanya aku rindu is the french class]

pastu form 4, aku masuk mrsmjasin, which we call MaktabRendahAgamaJasin.

my introduction to the im-holier-than-thou society.
gila babi scary.

aku pun tak tahu kenapa aku boleh tahan 2 years kat hell tuh.

hishh! *goosebumps*
but now, after 10 years, aku just gelak bila ingat balik.

as they say, experience is the best teacher.

Anonymous said...

yoursister

sembahyang hajat untuk lulus periksa..? God..that is so uncool...

Don t think God himself/herself would approve.

Lepas tu adalah minum air paip yang kena jampi..I suppose.

Pernah dengar perkataan placebo?

Schools should be secular like in the US.

This explain why despite scoring 10A1s and above the Malay students dont become prominent scientists or thinkers.

Sebab 10A dioghwang bergantung pada tahyul...bukan ilmu.. sungguh malang...

Apalagi kalau nak jadi Leonardo.

Ni la hasil menteri pendidikan yang tak pandai mcm Hishamudin. Dia pandai sikit sebab hantar anak dia semua oversea... hahaha

Dia tahu sistem pendidikan yang dia buat lemah...

hmmmm nak panggil bahlol nanti ada oghwang marah..

Anonymous said...

Long term same sex hostel mcm MCKK , RMC dan MRSM patut di ban. Tgklah berapa ramai homoseks Melayu yang ada sekarang. Dgn jambu2 mereka.

Begitu juga di TKC dan STF, penuntut2 pompuan dengan toing2 mereka.

Emak bapak dioghwang ingat hantar anak tempat baik tapi rupanya lubuk homoseks.

Sokongan kuat pada Anwar pun tgklah..

Ditambah dengan tekanan ustazah2 yang hanya menggalakkan hubungan sesama jenis, sementara pergaulan normal lelaki-pompuan dilarang, maka semakin unnatural lah keadaannya.

Mungkin dahulu tidak berapa teruk kerana pergaulan normal lelaki pompuan norma masyarakat Melayu dan acara kebudayaan dan kesenian banyak memberi kesempatan bergaul.

Ada juga Tok2 Guru homoseks predator di matrikulasi MARA mengambil kesempatan dengan keadaan ini dengan mensodomi pelajar lelaki seberapa ramai yang boleh disebalik toping ugama mereka. Tak ada siapa yang buat lapuran.

Mmmm... bila lah Kementerian Pendidikan nak sedar ni..

magenta said...

zureen: This Thursday ke? Good luck. Don't forget to eat before your Chem papers. I remember I had 3 papers berturut2 and all that thinking and air cond made me so hungry.

my sister: From my observation, the quality students from these hostels selalunya deteriorate over the years. Because most seniors from KISAS that I know in real life prove to be really admirable and interesting characters tapi yang sebaya with me..haih. I shouldn't get started, really.

jannatunnaem: Ha ah, tak ada beza sangat pun.

ledisordre: Hahaha aduh. Kasihannya. Kasihan para pelajar yang terpaksa bangun tu. Hehe.

iqanabeera: Wanna know a secret? The housemate from hell was your senior. An example student, too. ;)

anonymous#1: Hahaha, TKC ok apa? I mean, at least the ones I know. Very creative people. :p

As long as you don't conform, you can never turn out wrong. :)

pendidik2: I've met agnostics who have a better understanding of Islam than you do.

Schools should be secular like in the US? US is not exactly popular for being smart you know. In fact, if you search the key word Americans on YouTube, the first result that will come up is 'Stupid Americans'.

Here you are dissing my sister,my beliefs and commenting about being cool and uncool. I'm thinking you're on the wrong blog.

anonymous #2: Sigh. I still think you're on the wrong blog.

nurulazreenazlan said...

sebagai bekas budak SBP, saya anti MRSM sebab diorang punya makanan lagi sedap :P

how you turn out in life depends on what you make of your experiences, tak kira la duduk asrama ke duduk kat rumah. walau pun ada pattern-pattern tertentu dari segi produk yang dihasilkan oleh kedua-dua jenis sekolah ini, hakikatnya, at the end of the day, it's up to you.

tak payah nak nilai ikut result SPM, bukannya ada kualiti pun SPM tu (ayat seorang yang tak score SPM, biasa la, sour grape, hehe). takat kumpul banyak-banyak A, seronok ke? pastu karang nak masuk Uni kena jugak masuk form 6 atau matrik atau A level. nasib baik Uni saya masuk tu tak payah melalui itu semua, terus je start first year. kalau tak mungkin saya tidak menjadi seekor akitek pada hari ini, knowing myself I would probably get lost doing matrik or form 6, or A levels even. mungkin saya menjadi seorang doktor sekarang(kemungkinan ini tidak wujud sebenarnya, percayalah dunia perubatan telah terselamat daripada saya!)

some of the best and the worst people i know ada yang pegi sekolah asrama dan ada yang pegi sekolah harian, susah nak generalize.

Anonymous said...

hahaha

hei whats the point of bangun 7.30 pagi?...i don get it really...u bangun 7.30 pagi just to ponteng sekolah?

meh join tido bawah katil....boleh pilih katil kat bilik junior

oh sorry...kitaorg tak layan dorm...kitaorang layan bilik

teka mrsm mana?

when i was in school...i was like jumper...i do what i want,whenever i want

i'm sane because my parents freak me out

banyak giler nak citer...owh life

Anonymous said...

Hey blog owner.. you have censorship control in your hand.

You can't stop the truth. It s out there. If you choose to sembahyang hajat the whole year so that you can score 10As then god help you.

Sembahyang ok tapi jangan lebih2 sampai the whole year.

You can choose not to publish my comment. Its your choice.

But I reserved the right to call stupid people stupid. hahaha..

Ramai melayu dari SBP 10 As. So mesti ramai yang genius. Tapi mana dia invention dan pencapaiaan seterusnya.

Tapi takkan tak pernah dengar mengenai bell curve. Kalau semua dah dapat 10A tu namanya menentang teori bell curve. Soalan bocor lah jawabnya.

Baguslah kalau anda ada keyakinan diri bahawa anda lebih baik dari US.

Itu semangat yang saya tabik. Kita mesti fikir kita sama baik dan sama taraf dengan negara yang telah membangun.

Lebih baik jika ada bukti ditangan.

iqanabeera said...

oh damn. but i assure you i'm nothing like her. haha.

Ibu Adam said...

I used to be in a boarding school (SBP) for 5 years..nothing special about that. Mom just had to send me because of some undesired circumstances at home.

agree with nurulazreen - "susah nak generalize" and yes...makanan budak MRSM mmg lagi sedap dari makanan kat SBP!! Jealous!! LOL

magenta said...

nurul: Hehehe nasib baik you didn't become a doctor! (have a feeling you wouldn't be blogging if you were one.)

Yeah true. Tak boleh cakap flat out one is better than the other.

erm: Eh kenapa nak tido bawah katil kalau boleh tido atas katil. Banyak sangat nak cerita? Tak nak buat blog?

pendidik: Truth is not found in debating. Sounds familiar? It should be. You came up with the saying.

I'll name you one pencapaian I know from SBP. The advertising company called 'Big Tree'.

Tolong jangan nak berdebat pasal agama kalau you have no knowledge in it. Dah, aku malas nak gaduh dengan orang ignorant.

iqanabeera: Hahaha I can tell, don't worry.

undomesticwifey: Hahaha I am so ignorant about makanan asrama. Gotta start asking my friends about what they ate. So far, tak pernah dengar any complaints. They were well fed kot.

Anonymous said...

tentang pelajar yang terpaksa masuk ICU kerana dipaksa merokok walaupun ada asthma, pelajar perempuan dan tabung uji, pelajar yang pecah gegendang telinga kerana dilempang oleh guru, pelajar terlampau, kes di mana pelajar kurang pandai tidak diberi mengambil peperiksaan kerana mahu kelulusan 100% supaya reputasi sekolah dijaga '

anda bekas pelajar harian lebih mengetahui berita terkini sekolah berasrama penuh.

saya merupakan contoh bekas pelajar berasrama penuh yang berkeras tak mahu(baca : malas) baca surat khabar.

Anonymous said...

sebab nak bangun sampai pukul 10.30...tido mesti cukup....tanak kantol kene la tido bawah katil