Tuesday, May 27, 2008

But Freedom of Speech Won't Feed My Children.

Edit: Aku dah masukkan #6.


Perkara yang aku rasa, bakal membuatkan anak kamu berterima kasih kepada kamu bila mereka dewasa kelak.


1) Mengajar mereka mengamalkan penjagaan gigi yang sepatutnya.

Aku ada beberapa kawan yang memberitahu aku bahawa mereka malu untuk senyum nampak gigi kerana gigi mereka tak cantik. Bila ketawa, mereka akan menutup mulut dengan tangan. Walaupun mereka cantik, mereka mengaku bahawa rasa segan dengan gigi mereka.


Gigi aku semuanya dicabut di rumah kecuali yang dua di depan kerana yang tu longgar sebab abang aku praktis taekwondo atas muka aku semasa aku berumur 8 tahun. Ibu bapa aku jarang belikan aku gula-gula atau apa-apa yang manis masa aku kecil, dan setiap kali gigi aku longgar, ayah aku akan suruh aku tolak gigi yang longgar dengan lidah supaya yang baru ada ruang nak tumbuh. Lepas dah cabut, dia suruh kumuh dengan air garam. Lepastu dia suruh tolak gigi yang baru tumbuh ke depan dengan lidah supaya gigi semuanya teratur.


2) Beri mereka nama yang decent.

Dengan decent, aku tak maksudkan nama seperti Maryssa Sofea Masyrin Rozella Danish binti Mohamad Yusof atau Daniel Joaqium Damien Danish bin Mohamad Faisal (Ini adalah gabungan nama-nama sebenar anak-anak artis di Malaysia). Apasal orang Melayu zaman sekarang suka tambah Danish di belakang nama anak-anak mereka? Ada sesiapa tahu? Bila aku dengar Danish aku teringat butter cookies. Dan janganlah namakan anak-anak sempena nama artis. 5 tahun lepastu, bila artis tu buat benda tak senonoh, siapa yang malu? Aku pasti semua ibu bapa di Amerika yang telah menamakan anak mereka Britney sedang menyesal.


Beri nama ala kadar lah.
What’s in a name you ask? A lot. Contohnya, kalau kamu namakan anak kamu dengan nama yang bermula dengan abjad A, secara tidak langsung kamu telah mendorong dia jadi pemimpin. Bayangkan dia di sekolah, kalau ada apa-apa aktiviti dalam kelas seperti membaca atau lompat tinggi semasa Pendidikan Jasmani ikut senarai nama, dia perlu start dulu. Begitu juga dengan abjad Z. Sentiasa berada dalam ketakutan kerana cikgu mungkin akan memilih nama dari bawah. Yang berada di tengah selalu selesa dalam kepompongnya. Mereka dapat melihat kawan-kawan mereka seperti Ali, Ah Beng dan Anand pergi dulu dan secara tak langsung dapat tips percuma. Bila giliran mereka, mereka dapat laksanakan tugas dengan sempurna dan lancar.


3) Memotong kuku mereka dengan elok (terutamanya untuk anak perempuan).

Perempuan kisah tentang tangan dan kuku mereka (aku rasa ada kena mengena dengan cincin dan jari). Bentuk kuku mereka bergantung sedikit kepada cara kuku mereka dipotong semasa mereka kecil. Jadi tak boleh potong senget atau terlalu dekat pada isi.


4) Merawat luka mereka dengan serta merta semasa mereka kecil.

Walaupun aku tak kisah sangat pasal hal ini, aku kenal juga beberapa orang yang sangat insecure dengan parut mereka. Ajar juga anak makan sayur dan buah sebab nanti parut akan cepat hilang dan kulit jadi cantik. Yang ini aku tak amalkan sebab aku tak suka makan bawang dan sayur. Sekarang baru nak berjinak-jinak makan sayur.


5) Ajar mereka jangan makan banyak.

Jaga-jaga. Kamu mungkin sayangkan anak kamu sangat sampai setiap kali dia mintak aiskrim dan Kek Hiro pun kamu pasti belikan, tapi jangan amalkan sehingga dia besar. Dari umur 10 tahun, tetapkan diet yang seimbang untuk dia. Ini sangat kritikal kerana ada kemungkinan besar jika dia makan banyak sejak umur yang dia mula baligh, susah untuknya hilang berat badan yang dia gain. Dan disebabkan kurang keyakinan diri, dia mungkin akan buat perkara gila seperti muntahkan makanan yang dia telah makan atau mengikat perut selama seminggu untuk hilangkan berat badan (apatah lagi di zaman di mana tengkorak berjalan seperti Kate Moss dan Gisele Bundchen dianggap seksi). Sebelum kamu kata aku gemuk dan cemburu akan mereka, aku pernah sekurus mereka sehingga aku berumur 20 tahun, ok? Dan betapa bencinya aku jadi kurus macamtu, aku telah minum buttermilk dan makan keju 70% fat tiap-tiap hari untuk menaikkan berat badan.


Tau-tau sajalah Malaysia ini negara yang mendiskriminasikan orang gemuk. Budak-budak mana paham pun konsep yakin diri dengan apa yang ada di dalam dan bukan yang luar.
Budak-budak mana paham konsep political correctness dan kejujuran mereka menyakitkan hati. Gemuk mereka panggil gemuk. Mereka tak cakap belakang-belakang macam orang tua. Ada kemungkinan besar mereka akan cakap depan anak kamu, di depan semua budak lain. So spare him/her the pain.


6) Melatih anak supaya lebih berdikari. (terima kasih Hali Munan)

Jangan buatkan semua benda untuk anak kamu dan ajarlah dia 'the main skills to survive' supaya apabila dia tercampak sorang-sorang di luar negara atau hostel di negeri lain, dia reti berdikari. Kalau perempuan, mereka tak payah menggadaikan maruah untuk menggatal dengan lelaki supaya laki buatkan semua benda dan untuk lelaki, tak jadi wimp yang tak reti nak setel bil-bil rumah pun.


But of course, ada lelaki yang suka perempuan yang lemah lembik dan menyuruh mereka membuat segala-galanya supaya mereka boleh menunjuk 'kekuatan' mereka. Bagi aku ini hanya menunjukkan laki itu mempunyai self esteem yang rendah dan desperate to prove his manliness.



Bagi lelaki yang tak reti buat apa-apa pula, mereka pun pasti ada kompleks suka didominasi. Kemungkinan besar ibu dan kakak mereka telah membuat semua keputusan untuk mereka dan bila sudah dewasa, mereka akan berkahwin dengan wanita yang bossy dan domineering.


7) Ajar anak kamu manners dan etika.

Tolong. Supaya mereka tak membesar dan menjadi orang yang berpangkat tinggi, banyak wang dan berbini muda tapi bila membuka mulut, cakap pakai main lepas dan apa yang keluar hanya menyakitkan hati orang lain. Inilah penyakit yang paling bahaya dan kalau tak diajar dari muda, risau mungkin terbawa-bawa sampai ke tua.

20 comments:

NeemoNeemo™ said...

Saya sampai sekarang bengang kat parents sebab membesar dgn gigi tak lurus. Ceh, buang duit saja pegi dentist walaupun takde plak dan kaviti.

Anonymous said...

sangat suka nombor 5
sebab sangat menyerupai diri skrg ni
makan banyak semata-mata nak buktikan diri ini boleh gemuk huhu

nice one
as always
:D

Mr Jagatraya said...

bila baca entry ni,
teringat zaman bebudak dulu,
ish,ish,ish.
Tapi,dulu yang paling aku tak suka makan sayur..
skrang sayur adalah favourite choice.
Jadi berlatihla makan sayur..
Jgn jadi sayur sudah..hehehe

Hali Munan said...

Mana nombor 6? Mungkin latih anak supaya lebih berdikari dan jangan jadi terlebih manja? :)

Kalau ada lebih dari seorang anak, mungkin elok jika ibu bapa tidak memilih kasih. But this one's for the parents.

*shrugs*

iqanabeera said...

selalu kena pangkah with my friends when they hear what i wanna name my kids. my imagination runs wild when it comes to baby names. but of course it's all just crap coming from a 17-year-old la. haha.

and i have fugly nails. senget, pendek sangat, kuku cawan. but it's my own doing. i fiddle with them. sampai my mom pun dah give up kena asyik wack my hand when i tend to do it subconsciously. haih. old habits die hard.

47 said...

right halimunan! where's number 6?!

i demand number 6!

Anonymous said...

kalau nak gemuk, makan la carbs byk2..komfem gemuk..bkn makan fat aje..carbs yg kene byk..makan 6x sehari..bkn 3x je..hehe..satu hari nnt jgn menyesal bile berat badan dah naik pula

The Wifey said...

point number tiga.buat proper manicure and pedicure.

kuku aku dipotong abang masa kecik2 dulu.tapi selalu salah ketip.dia ketip isi.bloody!!

Siberkop said...

Nama aku agak semacam, tapi unik, jadi tak kisah sgt.

Masa kecik gigi aku lagi teruk dari skrg. Dulupun tak suka makan sayur dan sampai skrg still tak suka bawang dan apa2 sayuran yg mendatangkan bau kurang enak.

Tapi yang paling aku bersyukur dlm hal yg ko bangkitkan ni, mak bapak aku ajar aku etika dan disiplin sejak dari kecil lagi(mak aku garang gila, bapak aku askar), rasanya ia menjalar sampai dewasa ni.

Terato dtg lagi!

magenta said...

Neem: Tapi Neem, kadang-kadang gigi yang cantik tak bermakna senyuman yang menawan kan? Hehe.

MatematisMuda: Thanks. :)

Jagatraya: Ada sayur sedap gak la, tapi yang pahit aku tak suka. Macam sayur pucuk paku masak lemak, aku suka. Tu la, baru nak berjinak-jinak dengan sayur. Hehe.

Hali Munan: Tajamnya mata! Orang lain tak sedar pun. Heheh. Ok, ok, dah masukkan nombor 6.

Iqanabeera: Hahaha. Me, I have absolutely no idea what I'll be naming my kids. Mind boggling I tell ya.

Hey, I used to have the same habit. I'd bite my nails AND the skin around it. I stopped after a teacher in primary school reprimanded me and called me disgusting in front of the whole class. Uhh, the shame.

47: Eh sibuk. Pergi buat tag sana. :P

anonymous: Haha aku tak rasa carbs masalahnya, aku constantly makan banyak dulu. Macam sekotak pizza large atau dua Big Mac+ nasi sekaligus in one sitting tu perkara normal, strangely sekarang aku dah tak boleh makan banyak macamtu.

Asra Hales: Ouch. Baru-baru ni aku tengok kuku adik lelaki aku sangat lawa. Lebih lawa dari aku punya. Pastu aku teringat dulu masa kecik2 aku yang potong kuku dia. Siap file the edges lagi. Hahaha.

Siberkop: Masa kecik aku rasa macam gigi aku terlalu besar untuk muka aku. Nasib baik sekarang dah balance. Dulu masa kecik mak aku tipu aku. Dia cakap bawang tu keju supaya aku makan bawang. Aku pun tertipu. Cis.

Aku rasa memang kena ada displin la , kalau tak nak displin anak, hantar pi asrama. Kalau tak jadi lembik macam generasi budak-budak 13 tahun sekarang.

NeemoNeemo™ said...

Yuh. lotsa people say they love my smile. strange enuff. how come ekk?

Idlan said...

RE: tajuk entry anda.

My favourite personal quote is: Patriotism won't pay my medical bills.

Hehehe

Anonymous said...

aku jaga nama family,sebab tu time sekolah aku tak begaduh...selalu kawan aku tolong atau aku upah orang tolong pukul hahaha
aku paling benci ayah aku....sebab dia akan cakap 3 kali jer

contoh:"esok angkat kayu kat belakang"

kalau dah 3 kali dia cakap...tak ikut

dia akan buat sendiri dan seperti read between the lines bermaksud "kamu ni useless benda macam tu pun tak reti buat"

apply to everything in life

or kalau kasi alasan "susah la"

akan dapat ayat "belum buat lagi dah kata susah,belum masuk gelanggang lagi...dah surrender"

apply to everything in life

hiburkan hati ayah anda sementara dia idup

Anonymous said...

AMEN 1 2 3 5 6 7. 4 not so much. i think certain scars makes ppl more interesting. :D

like the lightning one on harry potter's forehead. or the map of london scar on dumbledore's knee. wheeee *slashes self for geekdom*

magenta said...

Neem: I think sebab when someone smiles and bone structures muka dorang memang lawa (high cheekbones/dimples/cleft chin, etc), tu yang membuatkan dorang nampak menarik.

Idlan: Hehe. Actually I stole the title from a song from Manic Street Preachers.

erm: Ok..

Chen: Haha I don't really mind scars either. I think it adds character. Some people mind though.

sarahistheone said...

good points. especially yang last sekali. aku setuju sangatlah yang itu

Anonymous said...

1.
Kawan aku seorang doktor. Beberapa tahun lalu dia tolong deliver seorang bayi lelaki.

"Tahniah! Kakak dah pilih nama untuk bayi ni?"

(dengan bangga) "Mestilah Mawi!"

2.
Setiap kali aku tanya kenapa orang suka menamakan anak mereka Danish (kalau perempuan, Dania), jawapan yang aku sering terima adalah "Eh, itu nama Islam tau!" End of discussion.

Apa-apa pun, kebanyakan ibu bapa Melayu yang aku kenal berpendapat it is perfectly fine to name your kid Damien/Reeve/Aidan as long as you stick a Muhammad in front :P

3.
Personally, I believe one of the most important things you can do for your child is to breastfeed him or her for *at least* a year. Membantu pertumbuhan gigi yang straight, tau?

4. What's your favourite Manics album?

magenta said...

Sarah: Thanks. :)

boob nazi: Hehe funny nick.

1. Situasi sangat tipikal kan.

2. Soon you'll meet kids with names like Siti Madonna atau Nur Miley. Heheh.

3. Agree! And it improves their IQ too.

4. Truthfully I don't own any album from the Manics, ada 3 je mp3 dorang in my laptop.

haniazrina83 said...

nak add link post ni di blog aku. dah add pun. if kena delete, sila email/chatbox saya ya

magenta said...

No problem.