Sambil mendengar lagu Mr.
“Hey Mister Tambourine Man, play a song for me
I'm not sleepy and there ain't no place I'm goin' to…”
Sebenarnya aku mahu menyambung entri semalam yang belum habis sebenarnya. Kalau entri semalam hanya appetiser, aku sepatutnya menghidang main course dan dessert hari ini. But on days like these I find my thoughts flow too quickly for my mind to grasp, for my fingers to arrange and for my speech to capture.
Aku tahu kadang-kadang entri aku adalah crap. Membosankan. Tak tertib. Kamu tak perlu mengingatkan aku di ruang komen. Aku bukan penulis ataupun mesin yang mampu memuntahkan bahan bacaan yang menarik setiap kali aku menulis. Aku menulis untuk seseorang yang bekerja dari awal pagi hingga ke tengah malam untuk gaji yang meagre. Yang akan berusaha untuk membuka blog aku pada jam 2 pagi selepas tamat kerja walaupun tak pernah meninggalkan komen.
Aku suka menulis. Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang tak cukup PC. Sebab aku mahu melihat adakah orang lain akan membantah atau bersetuju membabi buta. Aku tak membenci seni abstrak. Aku juga tidak kisah sama ada entri aku mendapat 0 komen atau 56 komen. This is not a popularity contest. Ini bukan sekolah menengah.
Semasa aku berada di Kuala Lumpur, aku sedar sesuatu. Di
Orang di bandar jarang senyum, kan? Hidup mereka terlalu stressful. Sudahlah hidup stressful, orang sekeliling pun tak membantu. Kalau kamu senyum pada mereka, mereka pasti membalas dengan pandangan serong seolah-olah kamu gila. Kasihan. Sampaikan senyuman pun boleh disalahtafsirkan. Kalau lelaki senyum pada perempuan, perempuan di bandar mesti perasan mereka sedang dingorat. Kalau kamu senyum pada stranger di tengah jalan, wajah mereka bertukar dengan serta-merta kepada ekspresi syak wasangka dan muka masam.
Ya, aku paham. Kita semua ada masalah masing-masing. Kita semua pernah dilanda kemurungan tidak bersebab yang datang dan menghilang. Tapi tak justified kesedihan dan ketakpuasan hati kamu jika kamu berusaha untuk membuat orang lain turut berasa sedih dan miserable seperti kamu juga. Your sadistic nature is only going to eat you up.
Apa salahnya kalau kita melayan orang lain dengan lebih baik? Apa salahnya kalau kita lebih bertimbangrasa terhadap orang lain?
Perangai bitchy, attitude tak bertempat, making other people feel bad about themselves, semua itu tak cool. Jangan terikut-ikut dengan perangai budak-budak batak MTV.
Hey, life is so short. Why can’t we all be nice to each other in this short time that we are here together?
30 comments:
"Semasa aku berada di Kuala Lumpur, aku sedar sesuatu."
-magenta asal mane?
Selangor.
:)
so very true.
aku ajar diri aku senyum pabila aku bgun tido.
=]
'Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang tak cukup PC.'
pc personal computer atau pc lain?
PC=politically correct/political correctness.
Hehe. This is so weird. I have been thinking about this for quite some time. About perasaan nak senyum je kat all the people yg tgh tunggu bas tuh. Tapi, tu lah - takut nanti orang ingat kita gila ke apa, atau worse, mengundang bahaya (baru jap tengok Oprah pasal Gift of Fear).
And kadang2 tuh, lepas turun bas. Selepas mengharungi segala jenis bentuk badan manusia dalam perjalanan yang penuh cabaran untuk sampai ke pintu bas tu, kadang rasa macam nak stop and turn and say "Thank you people! :)" sebab mereka sanggup mengkempiskan perut mereka so that I could turun from the bas.
But its just a thought, though. Sedih.
kalau perempuan senyum, orang cakap gatal.
tu yang malas nak senyum tu.
cant sleep too.
kalau sy jumpa magenta saya tarik tangan pg beli vitagen. :)
Ada satu yang Magenta tak sebut..ianya adalah kehidupan ini adalah fragile. Hidup ini begitu rapuh sekali..kerana ia boleh diragut tanpa disedari.
Pengalaman semasa belajar di Jerman dahulu tentunya menjadi pengajaran tentang unpredictability of life.
Oleh itu sayangila orang yang menyayangi anda, hargailah apa yang ada hari ini...kerana esok mungkin takkan datang.
dayana: Hehehe cute. Tapi you're right. Kalau buat macamtu dalam real life, kebarangkalian orang ingat you're crazy agak tinggi. :p
iqa: Hahaha. Tapi kalau laki senyum, orang ingat gersang kot? :D
miab0011: Finally you comment. Memanglah, you have a nice smile.
pakali: Hehehe. Saya chup vitagen kaler hijau ok.
ltdp: Don't bring that up in this blog again please. Let's respect each other's privacy. And I always love back those who love me provided their intentions are good.
ehhhhhhh, i always smile and laugh. takde attitude at all. i learnt a long time ago i'm just not meant to be 'cool', so i might as well be a big fat happy bouncy geek. :D
plus the upside of looking like a kid is that no one thinks i'm gatal kalau saya senyum. they either think i'm crazy or cute. lalala :P
aku cheshire cat.....mmg sentiasa senyum
selalu kalau kuar pagar umah...kat simpang...aku senyum pada org kampung yg berselisih....kang org cakap sombong pulak
i always feel good about myself whenever i smile to (deserving) strangers in places like KL Sentral and such. kalau senyum kat old people yg jalan slow, lonely Malay girls, even decent-looking people from other races, trust me, we WILL make at least one person's day.
xkesahla org tu igt aku gatal or gila.
coldplay dan muse pun budak2 batak mtv.
sokong!!!
hahhahaha.
lebih suka senyum pada pelancong asing sebab dorang senyum balik.
pernah senyum pada seorang makcik sebab masing2 asyik tengok karenah seorang budak kecik merengek tapi makcik tu buat muka pelik.
pelik.
Hey Magenta...you are quiet than usual...your last post was on the 29th April..Now its the 3rd May. What's up girl..studying hard or cooking up some dish in the kitchen?
Janganla lupa nak post kat Vinegar and Spice tahu..sibuk mana pun.
Your musings on life will always be welcome by your blogs' fans whether u realise it or not..
chen: Hahaha guess that's the upside of looking like a kid, huh? :p
erm: Heheh. Kat kampung memanglah. Kat bandar orang jarang senyum.
zureen: True. I always feel happy if I smile at someone and they smile back.
anonymous: Hahah. Tua macamtu boleh dikira 'budak' ke.
xXx: :)!
dyana: LOL. Makcik tu jarang disenyum kepada kot.
wht: Go away. You used to call me 'penzina cyber' and 'pompuan Internet', now you want to berbaik-baik?
And by the way, it's Vinegar and ICE.
...hmmm.....
...hmmm... I ve checked. That post was addressed and referred to a man. Maybe you misunderstood....but that was not what was meant. You have wrongly assumed ...that was never the intention. Apparently you assumed and put the words together yourself.
1. Stop obsessing.
2. Since the exact phrase was 'pompuan Internet macam Magenta', my assumption can't be wrong.
Goodbye...goodluck.
Kira 'budak' apa masa diorang keluar dulu. Tapi mungkin anda masa tu anda dengar Westlife? Tak pun Limp Bizkit, rock sikit eh?
Maaf, saya hanya mendengar music dari Radiohead dan Beatles atau yang seangkatan dengannya. Saya tak pernah melalui zaman menggilakan boyband.
huii. salute magenta. haha. as much as i'm obsessed with thom yorke, i did have my days of bsb.
:P
Hahaha. Iqa- Yang boyband tu bukan BSB atau Westlife. Yang boyband tu Limp Bizkit. :p
umm, beatles tu boyband.
They're a grandpappiband lah.
Post a Comment