Aku rasa kalau nak dikira jumlah guru dan pensyarah yang pernah mengajar kita dari tadika sehingga universiti, mesti sampai beratus-ratus. Tapi aku baru sedar, aku tak ingat ramai gila cikgu yang pernah mengajar aku. Nama cikgu yang aku ingat, kurang daripada 20 kot. Tapi ada jugak yang aku tak ingat namanya tapi ingat personalitinya (mungkin sebab dia cikgu yang kejam gila, takpun sangat baik). Anyway, ini di antaranya:
1 Puan Tan Ken Cing. Sebenarnya aku tak ingat nama sebenar dia, tapi aku ingat aku selalu panggil dia Puan Kencing (dan tak silap aku nama dia dekat-dekat dengan sebutan camtu) sebab aku benci gila dia ni. Dia ajar aku BI masa darjah 2. Sesiapa yang baca blog aku dari awal tahun mesti tahun aku suck gila dalam matapelajaran BI masa kecik. Masa aku kena oral test BI, dia tanya aku, aku pernah nampak rabbit warna apa in real life. Aku jawab pink sebab aku nervous sangat and aku nampak dia warnakan rabbit tu warna pink atas kertas. Pastu dia mula tanya macam-macam soalan untuk kantoikan aku sebab dia ingat aku saja kelentong dia. Last-last dia gagalkan lisan aku. Sejak tu aku dah fobia dengan ujian lisan. Dia juga suka campak buku latihan kami semua dalam longkang yang berisi air kotor sebab lupa nak cakap "Thank you" lepas dia dah mark.
2. Mr. Boh. Ok, aku decide untuk tulis nama samaran yang dekat-dekat dengan nama sebenar mereka. Ni cikgu BM aku masa darjah 3. Aku sayang gila kat cikgu ni. Dia adalah seorang tua yang suka senyum dan have fun. Dia pun suka aku, pastu dia lantik aku jadi penolong kelas. Pastu aku kena pecat sebab tak buat kerja dan bising. Dia pernah ketuk kepala aku sebab bising dalam kelas. Time tu aku malu aku kena ketuk dengan cikgu favorite aku. Tiap-tiap minggu kami akan adakan jamuan makan snek dalam kelas. Semua orang kena bawak sesuatu. Sumi jelly, biskut aiskrim warna warni, Apollo, macam-macam lah. Lepastu dia suka kasi homework banyak gila dan aku sorang je dalam kelas yang akan habiskan homework tu. Tu juga tahun aku dapat nombor 1 kat sekolah rendah dan agama. Mungkin sebab dapat cikgu yang best-best.
3. Miss Thanggg. Cikgu yang ajar aku Mechanics masa kat kolej. Dia cikgu yang suka buat orang rasa down gila. Suka compare students yang weak dan genius. Tak reti nak sebut minimum dan maximum. Dia sebut sebagai ‘minimen’ dan ‘maximen’. Pastu suka labelkan student yang biasa-biasa sebagai ‘weaker average students’ (aku la tuh, haha, dan juga 70% of the class). Yang lemah sikit (lemah tu bagi dia yang dapat gred B) sebagai ‘weaker students’. Afdal jika terma-terma tersebut diikuti dengan jelingan menyindir dan mulut frowning macam bulldog.
Ini yang dimaksudkan dengan 'frowning macam bulldog'.
Aku benci pergi kelas dia, dan suka mengumpat dia dengan seorang deskmate aku yang Miss Thang labelkan sebagai genius. Tengok, student genius dia pun tak suka dia. Deskmate aku ni suka cakap benda macam, "Kau tengok Miss Thang ni, buruk gila baju dia. Patutlah tak ada orang nak kahwin dengan dia", takpun, "Eeesh, apa dia pakai tuuuu??" Statement berikut agak kelakar sebab diutarakan oleh seorang lelaki kuat study berbangsa Cina.
4. Frau Aloe. Memang legend dia ni. Aku rasa satu campus kenal dia. Dia ajar aku bahasa Deutsch kat kolej. Sangat terkenal kerana ekspresi yang dia suka buat mata terbeliak diikuti dengan exclamation "Ayyo!!" Percubaan nak jadi Malaysian la tu. Dia suka berbasikal dari Klang ke Shah Alam tiap-tiap hari dan shower dalam toilet guna hos jamban setelah tiba. Mukanya ada sikit-sikit macam Red Indian sebab gemar berjemur. Suka pakai seluar macam seluar pajamas dan selipar macam Aladdin ke kelas.
Selipar Aladdin.
Aku selalu skor paper dia tapi dia suka kasi aku markah lisan yang antara terendah dalam kelas. Dia memang sangat pilih kasih. Dia juga tak suka beberapa classmates aku. Pernah sekali dia melukis kuda laut di atas papan putih dan kawan aku cakap kuda tu cute. Lepastu dia hentam kawan aku tak pasal-pasal. Dia cakap "Ye la, memang la cute, tapi sebab orang macam awakla spesis ini makin pupus. Haiwan cute bukan untuk dibela, mesti preserve, bla bla bla (dia cakap dalam Deutsch la)." Aku tengok muka kawan aku pun keliru kenapa dia kena dibebel. Padahal cakap kuda laut comel je.
5. Miss Masuda. Ok ni nama sebenar. Dia cikgu kelas darjah 5 masa aku study kat
6. Herr Kilat. Sebab nama dia ada sikit-sikit maksud macam kilat. Antara manusia paling pelik dan kejam aku pernah jumpa. Lecturer subjek Litar Semikonduktor kat uni dulu. Pandai membuat orang rasa tersangat bodoh. Malas aku nak ulas panjang-panjang pasal dia ni. Personaliti yang sangat menyakitkan hati. Tapi sebenarnya aku boleh lagi handle dia ni. Cuma aku rasa dia sangat kejam. Sampai anak dia pun tak suka dia. Kawan aku cakap dia bitter sebab dia tak dapat kerja gempak-gempak and jadi pensyarah je.
7. Encik Beras. Sebab nama dia mengingatkan aku kepada jenama beras. Cikgu Sensor masa practical dulu. Agak hot. Tapi dia dah kahwin. Aku akan ingat sampai bila-bila adegan dia tanggalkan tali pinggang dengan satu pergerakan yang sangat macho dan smooth masa tengah mengajar.
8. Puan Harrods. Dia ni Melayu tapi suka cakap pasal
9. Puan Zing. Ok, aku tak ingat nama dia tapi dia sangat kelakar dan random. Dia cikgu English aku masa kat kolej. Dia suka berjalan dan cakap dengan
10. Mrs Kap. Cikgu Kimia aku masa Form 4. Dia mengingatkan aku kepada Kylie Minogue sebab kaki dia cantik macamtu. Dia juga guru yang sangat cekap, sebabtu aku skor subjek dia dan minat Kimia. Dia suka perm rambut wavy-wavy, pastu mekap lembut, anting-anting panjang dan blaus feminin serta skirt sampai lutut yang flowy. Cuma satu je. Suara dia sengau macam Janice dalam Friends. Dulu kelas kami pernah underground dan dia kena turun tangga untuk ke kelas kami. Sebelum dia datang, kami akan berfoya-foya dan bising, lepastu ada seorang budak jaga kat tepi pintu untuk kasi amaran kalau cikgu nak datang dah. Budak tu akan kata, "I can see Mrs. Kap’s sexy long legs coming down the stairs!" Pastu semua orang pun berkejar-kejar untuk duduk di tempat masing-masing.
Dengan list ni aku sedar bahawa aku ada tendency untuk lebih mengingati guru yang kejam daripada guru yang baik. Tapi aku selalu ingat guru yang fun. Korang ingat tak cikgu sekolah rendah semua? Aku jugak selalu akan ingat dekat cikgu bahasa. Kenapa ya. Sebab aku nak jadi cikgu bahasa kot. Agaknya, cikgu yang kejam tu, orang lain pun ingat juga sampai bila-bila. Yang kejam tapi tak kejam terhadap aku, yang tu juga aku tak ingat.
Selamat Tahun Baru semua.