Friday, December 18, 2009
Cinta Bambaataa
When a listener meets another listener.
Aku: Apa benda paling pelik yang kau pernah buat?
Dia: Bla bla bla (bercerita). Kau pulak?
Aku: Entah, tak ingat.
Dia: Ler. Ingatkan kau tanya tadi sebab nak cerita.
Aku: Huh?
Dia: Ye lah, kan orang selalu macamtu. Diorang tanya kau soalan supaya kau tanya diorang balik, then diorang boleh cakap pasal diri diorang balik...
Aku: ...padahal masa diorang tanya kau tuh, diorang tak minat pun nak tau apa kau nak respon pun, kan? Dalam hati diorang mesti macam, cepat ah tanya aku balik! Tanya aku balik! Aku tak sabar nak cakap pasal diri sendiri nih!
(Gelak kejap)
Aku: Sama je macam orang yang bila kau cerita masalah kau, pastu diorang tak sabar nak divert balik attention kat diorang balik. Padahal kau tengah sedih nih. Baru nak cerita pasal kucing kau mati ke, kau baru break up ke, diorang dah mula, "Aku pun dulu masa kucing aku mati bla bla bla", tak pun- "Masa aku break dulu lagi teruk..."
Dia: Last-last kita yang kena comfort and dengar cerita dia.
Aku: Padahal kita kot yang baru break, kisah dia break tuh 4 tahun lepas. Tapi kita lak kena dengar dia cerita ngan panjang lebar.
(Sama-sama gelak sekejap, pastu berhenti gelak dengan sudden dan awkward untuk berfikir)
Aku tertanya kalau dia pun tengah fikirkan apa yang aku tengah fikirkan. Yang aku sangat gembira dapat finally berjumpa dengan someone yang tidak self-absorbed. Yang kisah pasal apa aku nak cakap dan apa yang aku fikirkan. Yang tak perasan dunia ini tidak berputar sekeliling dia. Yang tidak delusional bahawa semua orang berminat gila nak tau apa yang dia fikirkan dan nak cakapkan. Sebab hampir semua orang yang aku kenal bersifat begitu. Ironinya, aku tak pernah kisahkan apa yang mereka ceritakan. Tapi sekarang, aku sangat kisahkan apa yang dia cakapkan. Aku mahu tahu segalanya. Sepertimana Pete Doherty obsesikan Carl Barat dan mahu tahu every single thought.
New Yorkkkkkk
Concrete jungle where dreams are made offffffff
There's nothing you can’t dooooo
Now you're in New Yorkkkkkkk
Di hujung talian, aku dapat mendengar dia tersenyum jugak. Selamat tahun baru.
Saturday, November 7, 2009
Hypocrisy #1: Sisterhood
Kalau itu maksudnya being the weaker sex, aku content dibelanja makan, ditanggung dan dibukakkan pintu dan macam-macam lagi. Aku tak kisah kena belajar memasak dan benda-benda domestik, aku tak pernah merungut. Aku tak rasa ada apa-apa salah kalau ditakdirkan menjadi ibu atau seseorang yang nurturing. Aku tak kisah pasal feminists. As long as ada kebebasan belajar, bekerja, should I want to, oklah tu.
Apparently sesetengah perempuan confuse being a feminist dengan sisterhood. Apa-apa lah. Let me tell you about sisterhood.
Aku, sebagai seorang perempuan, kenal kaum aku. Semua advantages dia, semua keburukan dia. Women might be the fairer sex, tapi jangan lupa, ramai lelaki dalam history tumpas sebab 'le p*ssy'. Bill Clinton, misalnya.
Aku juga bukan seseorang yang refuse nak kutuk gender sendiri atas alasan sisterhood. That's bullshit. Aku boleh kutuk laki, dan aku boleh kutuk perempuan. Aku tak paham this ideology yang kalau aku kutuk kaum sendiri, aku betray kaum aku? Tak ada kaum atau bangsa atau apa-apa pun dalam dunia ni yang sempurna. Kalau kaum aku ada masalah, aku akan cakap kaum aku ada masalah. Aku takkan pretend macam perempuan ni tak ada cacat cela sambil meloncat-loncat menjerit "Girl POwer!". Sama macam kalau kau kutuk bangsa sendiri. Kalau dah obvious ada masalah, semua orang pun nampak, apa guna kau dok mendebik dada hoo hah hoo hah sini sana kaum kau terbaik? Tak bermaksud kaum atau bangsa tu lemah pun. Cuma kau aware ada masalah, dan kau willing nak cari solusi.
Ini masalah kaum aku: sisterhood tak wujud. Kalau wujud pun, rare. Hanya apply pada kawan-kawan sendiri. Kadang-kadang kawan sendiri pun ditindas sebab lelaki. Women always want to do the right thing. Mereka tau apa yang mereka patut buat. Tapi in this day and age, the desire untuk feel wanted overcome segalanya. When it comes to men, women are almost always stupid. And they don't like to hear it, but that's the truth.
Sebab itu kau tengok perempuan sanggup buat macam-macam untuk laki. Sanggup pakai produk yang memudaratkan, muntah makanan balik, risk being pregnant, tindas perempuan lain, sanggup lose a friendship, untuk apa? Kau ada dengar laki muntahkan makanan untuk pikat perempuan? Jarang kot. Kau tengok iklan slimming pills cirit-birit kat suratkhabar, ada model lelaki?
Men know women would still want them even when they're ugly, fat, old and bald. Saham selalu ada. Sebab perempuan diprogram dari kecik oleh mak mereka, yang diprogram oleh nenek mereka, yang diprogram oleh moyang mereka untuk make them feel worthless unless mereka cantik. Sebabtu perempuan cantik pun ada inferiority complex, masih perlu validation setiap masa oleh lelaki bahawa mereka seksi, cantik. Kau tak pernah dengar perempuan perlukan validation mereka pandai. Atau mereka rasa inferior sebab rasa bodoh sampai hendak pergi library tiap-tiap hari. Perempuan telah diprogrammed to constantly desire to feel wanted. Melenting apabila dipanggil sex object, tetapi sedaya upaya berusaha remind men they are one by talking about or showing off their 'assets'. Desire to please men tu boleh overcome semua desire lain. Especially the desire to be considerate to other women.
Sebab tu ramai perempuan perlukan validation yang mereka cantik dan seksi oleh ramai lelaki dan bukan seorang saja. Macam aku kata pada kawan aku, dah kahwin ke dah ada bf ke, ada yang masih perlukan validation oleh lelaki lain. Kena rasa bahawa mereka 'berbaloi'.
Apa kaitan dengan sisterhood? Kau perasan tak, laki yang tiba-tiba jatuh cinta atau 'berkapel' mesti tiba-tiba jadi hotstuff. Padahal masa single tak ada pun perempuan nak gila-gila ngorat. Bila dah kapel, tiba-tiba ramai yang menggatal. Dari yang sudah berpunya, yang belum berpunya, yang mengorat semua orang, even yang preach about sisterhood. Teori aku? Perempuan-perempuan yang mengorat ni insecure sebenarnya. Mereka rasa, kalau mereka dapat merampas, mereka 'menang'. Mereka lagi berkuasa. Lagi lawa.
Realitinya kau tak menang apa-apa. Kau mungkin lagi sedih kalau kau tau apa yang laki itu fikirkan. Kalau betullah kamu seorang perempuan yang sayangkan perempuan lain, hormat relationship orang lain. Hormat perempuan yang lagi satu tu, even though she is a stranger to you. Sebab kau kenal kaum dia, kau pun perempuan. Don't preach about sisterhood if you can't respect other women. Kau suka kalau perempuan lain menggatal dengan laki kau?
Aku tak kisah kalau ada orang nak tuduh aku tak ada spirit sisterhood. Aku tak pernah bergaduh dengan perempuan pasal laki. So fine, maybe aku tak pandai berpura-pura mesra cium pipi bila jumpa semua tapi belakang ngumpat-ngumpat and ngorat balak minah tu. So aku 'kutuk' kaum sendiri kat blog. Aku probably lebih banyak loyalty terhadap kaum sendiri daripada mereka yang berbuih-buih mulut dan bengkak jari meng-claim they have that spirit.
You can say you love your sisters and all that, tapi apa gunanya kalau your actions say otherwise?
Friday, October 2, 2009
Mengejar Makhluk dalam Dracano Itu #2
Kadang-kadang bila aku tengah jalan, aku rasa macam aku dalam monochrome, hanya black and white dan orang lain semua dalam 32-bit color. Lepastu aku macam slow je, dorang semua macam a blur, sebab dorang bergerak cepat sangat kot, takpun otak aku macam tengah slow dan semua movement dorang macam too much untuk peripheral vision dan minda aku proses.
Lepastu bila orang lain bercakap, aku hanya dengar a faint whirring sound, then aku macam ada out of body experience, aku nampak diri aku senyum secara automatik dan angguk dalam agreement, padahal aku tak dengar pun dorang cakap apa. Aku memang suka ada bakat ni, bakat block apa yang orang lain cakap, especially bila ia membosankan. Lepastu aku rasa macam semua movement dan reaction aku macam robotik dan mekanikal. Someone said I code-switch too often when I talk. Aku rasa aku suka buat camtu masa blog jugak. Tapi inner voice aku rasa benda tu macam annoying. My inner voice is so annoying.
Kadang-kadang aku bangun awal lepastu lepak atas lantai yang sejuk tu dan tak buat apa-apa selama 30 minit. Fikir pun tak.
Lepastu orang ajak aku buat apa semua aku tak ada mood, orang message ke sms semua aku tak berdaya nak reply. Dalam otak aku macam nak reply, patut reply, shouldacouldawoulda tapi macam penat sangat untuk sinaps-sinaps aku travel ke jari jemari aku, jadi aku fikir, esok aku buat. Last-last aku tak buat apa pun, aku just space out. Tolong maafkan aku. I can't seem to function properly right now.
Aku semakin antisosial. Anti So Sial (ASS).
Aku selalu rasa macam nak muntah, dan kepala aku selalu rasa ringan. Kadang-kadang aku tersenyum, nampak macam orang gila sikit, sebab kadang-kadang tak ada sebab untuk aku senyum, contohnya bila sedang memandang sebatang pokok yang hodoh.
Tapi aku selalu, selalu, rasa macam sekarang ni. Mengantuk dan letih yang amat sangat. Walaupun aku tak buat apa-apa sehari suntuk. Jadi aku akan tido. Aku tak ingin diselamatkan. You be good. Joo be goode. Johnny b. Goode. Esok hari Sabtu. Selamat hari Sabtu.
Aku sedang mengamalkan abstinence. Abstention dari berfikir. Huhu.
Wednesday, September 2, 2009
Mengejar Naga.
Sejak kebelakangan ni, kepala aku selalu rasa ringan, seperti baru berbekam (walaupun aku tak pernah berbekam), macam antara tidur dan jaga, realiti dan mimpi. Macam aku terperangkap di antara dua universe. Semuanya gara-gara mengejar naga.
Technically mengejar naga membawa maksud suatu teknik menghisap dadah, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kamu sedang mengejar suatu high yang kamu tak pasti wujud atau tidak, sebab kamu ketagihkan perasaan yang ia beri kamu. Mengejar naga itu suatu kegilaan sebenarnya, sebab naga tidak wujud. Kamu tahu ia tidak wujud, tapi kamu kejar juga. Haih, sumber infatuasiku yang elusif. Dia macam kegilaan dalam waras. Waras dalam kegilaan. Perasaan high yang naga berikan tu terlalu kuat hinggakan kamu dapat ketepikan macam-macam. Macam logik. Moral. Norm. Routine.
Aku harap aku dapat kembalikan aku yang dulu, dan kekuatan untuk tulis seperti biasa dengan panjang meleret dan kerap seperti biasa. Dan tidak lagi meracau perkara yang hanya aku boleh paham.
Kamu tahu apa mereka kata.
Jangan mengejar naga, sebab naga itu tidak wujud.
Thursday, August 27, 2009
Surat Cinta.
Sunday, August 9, 2009
Mad World
Saturday, August 8, 2009
Plastic Heart.
I wonder, if you broke a heart one too many times, how long will it take to mend?
What if it was like a ceramic heart, will it ever be the same again? Or is it just like a mug which fell off the table and gained a new crack each time? There's only so much cracks a mug can take before it loses the ability to hold water. Only so much a broken heart can take before it starts to leak. What goes in the broken ceramic heart, always leaks out. There's hardly anything left for you after a while.
What if it was a glass heart, once broken, considered thrown.
What if it was a paper heart, you can cut it out anytime. When you're done, you can glue it on again, but it'll never be placed properly, it'll always be a little bit off.
What if it was a rubber heart? You try to break it, it always bounces back. Full of optimism and so elastic, that rubber heart. It refuses to believe that anything can alter the way it feels about love. Leave it too long by itself, it loses that elastic hope; Break it one too many times, it might never regain its shape.
What if it was a plastic heart? You can try to break it many times, but it feels nothing. It's not even biodegradable. It is just out there, it doesn't expect, just hopes. It also can't love you back.
The plastic heart at one time has been a ceramic heart, a glass heart, a paper heart or a rubber heart. But cynicism has mutated it into becoming plastic.
What kind of heart do you have?
Thursday, July 23, 2009
First Crush.
First crush aku adalah sangat special. Walaupun berlaku 13 tahun lepas. Aku kata special, sebab aku ingat dia sampai sekarang. Tapi ex aku, bila aku cuba nak recall, aku sedar bahawa aku dah terlupa birthday dia, nama penuh dia dan muka dia macam mana pun aku ingat samar-samar je. Ok, sebenarnya ada sikit aku ingat. Ex aku sangat skinny pastu kepala dia nampak besar. Dan disebabkan aku neurotik pasal proportionality, aku sebenarnya lega masa kami break up. Aku pikir, "Nasib baik he's not the one. Kalau tak tiap-tiap hari aku akan terjaga tidur dan benda perkara pertama yang aku pikir bila pandang dia adalah: "Holy crap, besar sial kepala dia ni." Yelah, ada orang anal pasal bau. Ada pasal gigi. Ada pasal kulit. Aku anal pasal proportionality kepala dan badan.
Nasib baik crush aku punya kepala dia dengan badan dia ratio 1:1. Kira sesuai la. Takda la kepala macam bola ping pong ke bola keranjang. Walaupun aku bukan seorang yang superficial, tapi kebetulan first crush aku adalah dari segi rupa, sangat divine. Dari umur 11 tahun kau dah tau mamat ni destined to grow up to be a heartbreaker. Tambah pula dengan muka macamtu, dia rajin main bola so badan dia pun best.
Macam mana aku nak describe dia? Macamni lah, kami ni yang baru 11 tahun dan masih belum acquired hormon kami fully, kalau main game kalau ada event then kena pusing roda tu untuk dapat hadiah, hadiah pertama adalah dapat cium dia (malangnya aku tak menang). Cuma rambut je slack, tapi aku rasa dia tau kot rambut dia slack so dia pakai topi tiap-tiap hari. Life is fair. Kalau muka dan badan dah cantik, rambut kau mesti buruk. Ini tahun 1996 dan dia 11 tahun. If you looked good back then and at that age, kau amazing. Masatu orang tak reti nak cabut kening betul-betul. Pelakon komedi bersiri Friends masih pakai eyeshadow biru dan lipstick brown. Belum ada whitening dan tanning artificial secara berleluasa. Orang baru reti nak buat rambut macam Sonic Hedgehog.
Kita panggil dia 'S'. 'S' sebab nama dia start dengan huruf S dan sadly, he was an ass. Dia panggil semua perempuan 'bitch' tapi mereka masih menggedik dengan dia dengan rela. Dari sini kita dah dapat lihat S akan membesar jadi seseorang yang sexist dan tak reti respect women, tapi aku ada feeling bahawa dia akan bertemu ramai perempuan yang "You don't even have to remember mah name in the morning".
Twist di sini adalah S suka aku. Macam dalam movie Hollywood, aku adalah nerd. Aku selalu skor papers aku, aku baca buku masa rehat, dan clique aku terdiri daripada budak-budak Asia. Seperti nerd sejati yang pasti allergic dengan something, aku allergic dengan minuman bikarbonat, so masa rehat aku akan minum air tin jus strawberry dengan pose macam aku sedang minum something cool, macam Mountain Dew. Masa tu Mountain Dew tengah top pasal ada basketball superstar berlakon dalam iklan dia. Masa science fair, aku buat eksperimen paling kompleks dan skema di antara semua classmates aku. Pasal warna apa yang serap paling banyak haba. Siap beli watercolor, test tubes dan thermometer tu. Manakala S pulak buat eksperimen sejauh manakah dia dapat menendang bola across the field. Konon-konon Fizik la, sports science, sesaran, acceleration lah dia kata.
Aku tau S suka aku. Salah satu sebabnya masa kat elementary school dia suka trip aku masa aku lalu depan dia nak pergi buang sampah. Masa masuk middle school, dia ditakdirkan duduk depan aku dalam kelas. Tiap kali aku bend bawah meja nak ikat tali kasut, dia akan bend sama dan pandang aku bawah meja sambil senyum. Sampai sekarang aku ingat benda tu, sebab sekarang aku rasa sweet gila pulak. Walaupun masatu aku ingat dia agak creepy gila buat camtu. Sekarang ni tak ada sapa teringin nak tengok aku ikat tali kasut dah.
Jadi kami selalu stealing glances at each other. Masa time Physical Education, aku selalu nak cepat-cepat run laps supaya akan banyak masa nak usya dia main bola nanti. Disebabkan S jugak, aku mula mencukur bulu kaki walaupun tak ada bulu kaki pada umur tu sebab aku kena pakai shorts untuk PE. Cinta memang buta. Dan sebagai stalker berjaya, aku selalu usya dia main bola keranjang petang-petang depan rumah aku. Dan bila aku pulak main bola keranjang secara pasif dengan geng nerd Asian aku, dia pulak yang usya.
So satu hari kawan karib S bagitau aku bahawa dia suka aku depan kawan-kawan aku. What happened next ada banyak sebabnya, sampai sekarang aku tak tau kenapa aku cakap macamtu. Salah satunya mungkin sebab kawan karib dia adalah seorang budak perempuan yang cantik dan popular dan aku tersipu-sipu yang dia datang cakap dengan aku. Being 11, aku tergamam, malu dan sebelum aku sedar apa-apa, aku jawab, "S? Ewww."
Sebab kedua mungkin aku rasa S out of my league. Over the next few years I was gonna use this excuse to escape starting something I was scared of, but were they really? Sampai sekarang aku pun tak pasti aku sedang bermain dalam liga mana. Aku ni tak layak main dalam Liga Perdana ke?
Kau tau perasaan suka sangat kat seseorang, sampai kau angau kat dia siang malam, pastu usya dia setiap chance yang kau dapat (zaman sekarang ni orang stalk Facebook dengan Twitter je kot, antisosial betul), siap lukis-lukis nama dia kat tingkap masa hujan sebab ada wap air tuh, pastu kau fantasize kau Neve Campbell dan dia Scott Bailey, pasal kau 11 tahun dan tahun tu drama Party of 5 memang tengah panas dan macam mengujakan betul cause 11 year olds aren't supposed to watch it, then bila saat yang kau nanti-nantikan tiba, kau blew it all away pasal kau kononnya nak kontrol macho depan kawan-kawan kau padahal kau sebenarnya ada inferiority complex? Dan perkara tu membuahkan jangka masa setahun yang sangat awkward antara kau dan dia, dan dalam kepala kau akan selalu terngiang-ngiang benda tu, walaupun nothing happened, dan kau tau 11 year olds bounce easier than others, lagi-lagi orang macam dia, tapi tu jugak yang kau chose to remember. Sebab walaupun kau dah tak ada perasaan kat dia setahun lepastu, kau sedar bahawa 13 tahun later, kau masih ada complex tu.
Well, I hope you'll never know that feeling.
Friday, July 17, 2009
Rant, Sigh, Pull Hair, Sigh Again.
I'm angry, and I'm sad. But more sad than angry. I'm trying to delude myself into thinking that money will make me feel happier.
I don't know why people say money is the root of all evil. They probably have too much money. Money makes a crummy job seem less crummy, you'd stick it out even if the job and your colleagues suck. I hate it when rich kids complain about the emptiness. You'd feel the emptiness even if you were poor. Except that you'd be too worried about having something you eat that you'd forget that you had to feel sad over feeling empty. Don't be so greedy man. You can only have one of them, money or happiness. Some would say both are the same thing. Or one leads to the other.
It's easy for people to say I'm materialistic for writing about money, when in truth I'm someone who can't spend my own money without feeling guilty. I can't even accept a gift under rm50 from someone I've been dating for years without feeling bad cause I'm just too damn concerned about doing the right thing. Bodoh bodoh bodoh. Everything makes me feel guilty. Yet while feeling disgusted over women who leech off men like it's no big deal I can't help feeling a bit envious over their lack of conscience. I can't even type that last sentence without feeling immensely guilty.
In the end I know the sadness has nothing to do with money or lack of it but I can't help trying to delude myself into thinking that money can make the sadness go away. I need the hope that something can. Macamlah duit tu pintu Doraemon. Kalau ada duit, boleh beli makanan sedap-sedap, jadi happy. Boleh beli beauty products semua, jadi cantik, semuaaaa orang suka! Beli pakaian dan kasut lawa-lawa, nanti semua orang envy and puji-puji, teringin nak jadi me, weee. Apalah aku merepek. Sebab somehow you just never feel full, or feel pretty enough or have enough pretty things. I'll never know just how happy money will make me, cause I have no idea how much is enough, and I can never spend any amount without feeling guilty. Tapi aku spend jugakla.
Sigh. I just had to get it out of my system. I feel a bit better writing this crap. So uncharacteristic of my virtual character maybe, but who cares. I won't even delete this crap in the morning, because this entry and I, we don't have a one night stand kinda relationship. And no, I am not PMS-ing. Patutlah orang suka tulis these kind of ranting entries, it's fun rupanya. Man, I feel guilty sebab rasa fun. I hate controlling macho and having to be strong all the time. I'm a girl, I'm allowed to complain all the time, dammit! I'm tired of saying the 'right' thing all the time.
I'm allowed to sound crazy without being labelled as emo or crazy once in a while too. Memanglah tak cool bila tiba-tiba start blabbing and lose your cool. Tapi I know sometimes surely other people pun too secretly nak jugak just release all the ke-tak-puas-an sekali sekala kan? Tapi you can't. Cause you think people will be judging you (you're right, they do judge you). And over one night nanti akan runtuh satu imej yang you have been trying to build for years. Mesti bosan kalau aku asyik mengeluh macamni. Nanti orang rasa kena pujuk pulak. I just want to be heard. Lagi best kalau lepastu pretend macam I never wrote this. Sekali sekala takpa kot. Ah, peduli apa. You can't help me.
Sigh. The road is bleak, and there always exists a hope that someone somewhere can miraculously change everything, maybe eliminate the vacuity in my heart cause no one in my life right now can. Ptuih. Drama gila ayat. And while I know that the person can only be me, I can't help but wish that it could be someone else, because I'm too tired to do it myself.
/end.
I'm sorry this entry is so depressing.(<--- my guilt made me type that.)
Thursday, July 9, 2009
Sebab Media Barat Tak Mahu Cerita Ini Diketahui Umum.
Wanita ini ditikam 18 kali di mahkamah oleh jirannya yang xenophobic dan berwarganegara Jerman. Semasa ditikam, wanita ini memeluk anaknya yang berumur 3 tahun supaya anaknya tidak dicederakan. Dan semasa ditikam, pembunuh itu asyik berteriak, "I want her heart!" (Hendak memotong hati mangsa dengan pisaunya).
A 31-year old, headscarf-wearing Egyptian Muslim woman, Marwa Al-Sherbini, who was about four months pregnant, takes her German neighbor to court for calling her a “terrorist”. Now, in the courtroom, the neighbor, Alex W., stabs her 18 times right in front of her 3-year old son.
Her husband, a research fellow, tries to come to her rescue and ends up not only getting stabbed as well by the attacker, but is actually mistaken for the attacker and shot by the security guard. (Full Story)
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya."
Sekarang beritahu aku, bagaimana seorang wanita boleh ditikam 18 kali dan suaminya ditikam 3 kali sebelum ditembak di dalam mahkamah, tanpa sesiapapun bertindak?
Media yang selalu menanam xenophobia dengan overplay setiap kesalahan orang Islam dan downplay cerita dimana orang Islam dianiayai seperti kes Marwa nampaknya berjaya.
Tak hairanlah orang Islam sudah tidak mahu lagi berdiam, malangnya sikap hendak bersuara ini diputarbelit sebagai agression pula oleh media.
Bagaimana cerita ini langsung tak dihebohkan oleh media Barat? Darah orang Islam tak sama harga dengan darah orang lain ke? Kita semua tahu kalau lelaki Islam yang bunuh perempuan Jerman, mesti kecoh satu dunia. Lepastu dijadikan plot filem Hollywood atau drama bersiri Numbers (yang tidak melepaskan peluang nak hentam Islam dalam hampir semua episod), keluarganya si mangsa ditemuramah oleh Oprah, front page suratkhabar, bla bla bla, supaya semua orang takkan lupa. Sigh.
Senang untuk kamu berkata semua ini boleh dibawa berbincang dengan amannya. Tapi bayangkan itu isteri atau ibu kamu. Perkara ini tak berlaku di jalan raya yang terpencil, tapi di dalam mahkamah. Kemudian kamu pula ditembak ketika hendak melindungi ibu kamu sebab kamu tidak berambut perang, maka tentu kamu terrorist. Sedangkan kita manusia yang kalau break up dengan teman lelaki atau wanita pun dah jadi emosional dan tak keruan, apalagi kehilangan keluarga. Baca kes wanita atau kanak-kanak dirogol pun kita dah rasa nak bunuh/cederakan pesalah, apatah lagi kalau begini.
Aku tak hairan dengan agression, sebab agression biasanya adalah akibat disalahfahami.
Friday, June 26, 2009
Michael Jackson Mati.
Permulaan hari yang agak mengejutkan bagi aku yang masih tak dapat tidur walaupun sudah pukul 6.51 am. Bersedia untuk overload status Facebook tentang kematian King of Pop.
Born to amuse
To inspire
To delight
Here one day
Gone one night
- Gone Too Soon, Michael Jackson
Tuesday, June 9, 2009
Lelaki Idaman?
Dan biasanya 'ada sense of humour' tu ada pada tangga pertama atau top 5. Baru-baru ni aku sedar kriterion ini ada defect sikit.
You don't want a guy with a sense of humour. You want a guy with your sense of humour.
Cuba kalau kamu jenis yang sukakan dry humour, dan dia sukakan lawak Jackass. Atau dia rasa korek hidung, sendawa dan kentut depan kamu tu kelakar (kamu memang bernasib malang la kalau jumpa laki macamni)? Sedih juga kalau kamu buat lawak dan dia tak paham. Atau setiap kali dia buat lawak, kamu tak sedar dia buat lawak. Sedih, sedih.
Susulan.
Aku tak pernah berjumpa sesiapa yang tak pernah membenci, mungkin mereka memanggilnya dengan nama lain (strongly dislike, menyampah, meluat, eee tak sukeee, jijik) tapi bagi aku semuanya membenci.
Dan isi yang aku ingin ketengahkan hanya memang dah terbukti secara saintifik tentang keburukan inbreeding, kalau nak buat jugak, bukan masalah aku. Memang ada yang lahir sempurna tapi bagi aku, ia satu risiko yang kalau boleh, patut dielakkan. Dan bila risiko itu membabitkan nyawa, memang aku ada perasaan ekstrim tentang perkara itu. Sebab ini bukan tentang ibu bapa saja, ini tentang bayi itu dan masa depannya. Tau tak, ia juga boleh menyebabkan anak yang lahir tu kemandulan dan alergi kepada pelbagai benda? Mungkin kita lihat dia elok, tapi benda macam mandul boleh nampak ke? Kenapa anak perlu suffer sebab kesalahan ibu bapa?
Memang tak haram. Beranak lepas umur 40 juga tak haram. Tapi kenapa ramai yang tak buat? Memudaratkan? Melahirkan anak hasil inbreeding tak memudaratkan bagi bayi itu? Bila cakap tentang risiko, memang aku tak berani nak cuba nasib aku memandangkan ia membabitkan nyawa orang lain juga.
Memang kadang-kadang kamu bernasib baik, tapi kalau kamu tak bernasib baik? Lagi satu aku pikirkan, cuba kalau kahwin sepupu kita lepas ayah kita dah meninggal. Cuba kalau pakcik kita yang lepaskan kita tu masa bernikah, bapak mertua kita jugak. Pelik, pening kepala aku pikirkan. Satu waris.
Bagi aku, komen 'Fuzzy A' kat bawah sangat bernas.
Saturday, May 2, 2009
Tomok.
Aku dengar Tomok menang OIAM malam semalam. Tak ada sesiapa nak buat review ke?
Aku dengar Tomok dah hebat sekarang. Aku tak pernah tengok OIAM tapi lepas aku dengar cerita pasal kehebatan Tomok, terus aku cari "Tomok OIAM" kat Youtube.
Aku dah memang rasa pelik bila sorang minah yang hot gila babi cakap dia dah start minat Tomok kat Facebook. Lepastu semalam kakak aku hantar mesej YM, "Menyesal gelakkan dahi Tomok yang berkilat dulu".
Sekarang ni tengah tunggu video 'Tomok- Crazy in Love' loading. Komen-komen yang ada kat video ni pun dah cukup untuk buat aku curious habis, seperti:
dan juga,
aku dulu pon agk anti-newboyz, lg2 lagu henpon norkia2 tue.. tp skrg walopun aku laki aku x malu la nk ngaku jadik fan die... bole jadi gempak balik cam faizal tahir mamat nih
Apa heran Susan Boyle. Tomok dah jadi hot stuff. Memang inspiring habis.
Well done Tomok.
Monday, April 27, 2009
Apa yang Aku Belajar daripada America's Next Top Model
Kalau dah memang tak dapat fikirkan plot untuk TV show, kumpulkan 13 perempuan di dalam rumah yang sama. Bam! Secara automatik- ada drama, ada konflik, ada plot. Instant hit.
Macam Tyra suka cakap tu, "our show is in 250 (ke berapa tah?) countries".
Kita semua tau perkara yang sama takkan berlaku kalau ada 13 lelaki dalam satu rumah. Sebab tu Manhunt ada 1 season saja dan ANTM dah ada 12 seasons.
Friday, April 10, 2009
Teka Siapa Student Itu?
A Conversation for Introduction To Philosophy students - enjoy
An Atheist Professor of Philosophy was speaking to his Class on the Problem
Science has with GOD , the ALMIGHTY. He asked one of his New
Students to stand and . . .
Professor :Do you Believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.
Professor : Is GOD Good ?
Student : Sure.
Professor : Is GOD ALL - POWERFUL ?
Student : Yes.
Professor : My Brother died of Cancer even though he prayed to GOD to heal
him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn't.
How is this GOD good then? Hmm?
(Student was silent )
Professor : You can't answer, can you ? Let's start again, Young fella.
Is GOD Good?
Student : Yes.
Professor : Is Satan good ?
Student : No.
Professor : Where does Satan come from ?
Student : From . . . GOD . . .
Professor : That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Professor : Evil is everywhere, isn't it ? And GOD did make everything.
Correct?
Student : Yes.
Professor : So who created evil ?
(Student did not answer)
Professor : Is there Sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these
terrible things exist in the world, don't they?
Student : Yes, sir.
Professor : So, who created them ?
(Student had no answer)
Professor : Science says you have 5 senses you use to identify and observe
the world around you. Tell me, son . . . Have you ever seen GOD?
Student : No, sir.
Professor : Tell us if you have ever heard your GOD?
Student : No , sir.
Professor : Have you ever felt your GOD, tasted your GOD , smelt your GOD ?
Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Professor : Yet you still believe in HIM?
Student : Yes.
Professor : According to empirical, testable, demonstrable protocol, science
says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Professor : Yes, faith. And that is the problem science has.
Student asks and professor answers
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Professor : Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Professor : Yes.
Student : No, sir. There isn't..
(The Lecture Theatre became very quiet with this turn of events )
Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega
Heat, white Heat, a little heat or no heat. But we don't have anything
called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we
can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is
only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure
cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the
absence of it.
(There was pin-drop silence in the Lecture Theatre )
Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor : Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something.
You can have low light, normal light, bright light, flashing light . . but if
you have no light constantly, you have nothing and its called darkness,
isn't it? In reality, darkness isn't. If it is, you would be able
to make darkness darker, wouldn't you?
Professor : So what is the point you are making, Young Man ?
Student : Sir, my point is your Philosophical premise is
flawed.
Professor : Flawed ? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is
life and then there is death, a Good GOD and a Bad GOD. You are viewing the
concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, science
can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has
never seen, much less fully understood either one. To view death as the
opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a
substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of
it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved
from a monkey?
Professor : If you are referring to the natural evolutionary process, yes,
of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the
argument was going)
Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work
and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not
teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?
(The class was in uproar )
Student : Is there anyone in the class who has ever seen the professor's
brain?
(The class broke out into laughter)
Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain,
felt it, touched or smelt it? . . .No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures,sir?
(The room was silent. The Professor stared at the student, his face
unfathomable)
Professor : I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir . . . exactly ! The link between MAN & GOD is
FAITH. That is all that keeps things alive and moving.
That student was Albert Einstein.
Monday, April 6, 2009
Patung-patung China.
Aku juga penat kerana sering disalahfaham, atau tak difahami langsung.
Disarrayed and Disconnected.
Tuesday, March 31, 2009
Song of Myself
But I do not talk of the beginning or the end.
There was never any more inception than there is now,
Nor any more youth or age than there is now,
And will never be any more perfection than there is now,
Nor any more heaven or hell than there is now.
Clear and sweet is my soul, and clear and sweet is all that is not my soul.
Lack one lacks both, and the unseen is proved by the seen,
That that becomes unseen and receives proof in its turn.
Showing the best and dividing it from the worst age vexes age,
Knowing the perfect fitness and equanimity of things, while they discuss I am silent, and go bathe and admire myself.
Welcome is every organ and attribute of me, and of any man hearty and clean,
Not an inch nor a particle of an inch is vile, and none shall be less familiar than the rest.
Shall I postpone my acceptation and realization and scream at my eyes,
That they turn from gazing after and down the road,
And forthwith cipher and show me to a cent,
Exactly the value of one and exactly the value of two, and which is ahead?
-Walt Whitman
Wednesday, March 4, 2009
Saja Menjimatkan Masa Kamu.
Kebenarannya pahit, tapi satu-satunya cara untuk menghilangkan lemak di situ adalah dengan membuat senaman cardio. So pick up your running shoes, pergi lari, jog, whatever. Buat aerobics ke, swimming ke. Swimming will help you lose the fat fastest untuk seluruh badan. Hanya dengan menghilangkan lemak berlebihan di seluruh badan akan kamu hilang lemak di perut. Sebab lemak di perut adalah lemak yang paling susah untuk hilang.
Apasal tiba-tiba aku tulis pasal exercise ni? Sebab terlalu ramai pikir mereka boleh mengempiskan perut dengan buat hanya sit ups. Sit ups takkan menghilangkan pooch/ tummy kamu. Mungkin dapat memberi kamu defined upper and lower abs, tapi lower abs itu akan dicover oleh lemak berlebihan. So lose the fat first with cardio, then define your abs.
Kawan aku hilang pooch hanya lepas 6 bulan- 1 tahun dengan buat sit ups. Padahal kalau buat cardio boleh hilang dalam 2-3 bulan kot. Lagi satu kalau buat sit ups sahaja, kena jaga pemakanan betul-betul. Dengan cardio, boleh makan sebanyak mana kamu nak dan kemudian bersenam. Lagi banyak makan, lagi banyak bersenam. Lagi satu, duduk tegak untuk mengelakkan perut berlipat.
Salah satu senaman untuk menjimatkan masa:
Plank. Stay dalam posisi ini selama 30/45 saat atau kalau kamu ada daya ketahanan yang hebat, selama mana kamu boleh tahan. Seluruh badan kamu kena tegang masa buat ni, dari bahu ke kaki. Jangan bengkokkan lutut atau rendahkan bontot kamu masa buat exercise ni. Mungkin lutut akan terketar-ketar dan badan rasa sakit gila lepas beberapa saat.Relax, kemudian repeat seberapa banyak kali yang kamu mampu. Kalau kamu kata kamu boleh bertahan selama 5 minit tanpa rasa sakit langsung, kamu adalah penipu. Mungkin kamu seperti budak-budak di sekolah aku dulu yang cakap mereka boleh buat 50 push ups dalam seminit. Pastu bila aku tengok, buat push ups yang bila orang suruh turun, dia turunkan bontot je. Bila orang suruh naik, dia naikkan bontot. Memangla kalau camtu aku pun boleh buat 100 tanpa sakit langsung kot.
Last but not least, "If it doesn't hurt, then you're not doing it right". Dah, ada 2 bungkus nasi lemak menunggu aku ni.
Saturday, February 28, 2009
Lost in Translation
Aku benci bila orang bertutur dalam bahasa yang aku tak paham depan aku. Kurang ajar tau tak. Bukannya kamu tak reti nak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukannya aku suruh kamu cakap bahasa Melayu pun. Same goes to orang Kelantan or orang Sarawak yang cakap depan aku dalam dialek dorang. Walaupun aku paham dialek mereka, kalau dah cakap pekat-pekat pastu cepat-cepat, sapa nak paham. Macam nampak sangat nak kasi orang tak paham. Kalau dah buat perangai camtu, jangan melenting kalau orang cakap kamu berpuak-puak.
Jangan putar belitkan apa yang aku nak sampaikan eh. I have nothing against orang Kelantan ke Sarawak. Dua orang daripada kawan rapat aku orang Kelantan, dan aku selalu pergi Sarawak.
Kalau ada yang cakap aku extreme, kamu suka kalau kamu kena satu projek dengan bangsa lain, tak kiralah bangsa apa, pastu dorang discuss dalam bahasa yang kamu tak paham?
Aku tak paham kenapa ada orang camni. Memandangkan masa aku kat sekolah ke uni semua, kawan-kawan aku yang berbangsa lain semua bercakap dalam bahasa yang aku paham, walaupun mereka tak fasih dalam bahasa tu.
Ini bukan isu racism ke apa. Ini soal kekurang ajaran. Etika bergaul. Kamu datang join aku kat meja aku, kamu cakap bahasa yang aku paham. Sama macam kalau kamu datang rumah aku, kamu bukak kasut walaupun kamu terbiasa berkasut dalam rumah. Simple.
Lainlah kalau aku yang pergi join group kamu masa korang tengah berbual.
Jadi kesimpulannya lepas aku habis makan, aku terus blah tanpa cakap bye kat budak-budak tu tanpa menghiraukan wajah tergamam mereka. Tak kuasa aku nak polite dengan orang yang rude. Lepastu untuk melepaskan geram, aku beli karipap banyak-banyak dan hentam sorang-sorang depan library. Kadang-kadang aku memang rasa makan sorang-sorang tu lagi aman.
Monday, February 16, 2009
Kenapa Kita Selalu Lupakan Mereka?
Ex-schoolmate (sekolah rendah) aku meninggal beberapa minggu lepas. Mereka tak tahu punca kematian dia. Apparently dia mati disebabkan kepenatan. Ya, kepenatan. He was 23. Mereka kata dia bekerja terlalu keras dan hanya tidur 3-4 jam sehari. Aku ingat nama dia. Selain daripada tu, aku hanya ingat yang "he was a nice guy". Itu saja yang aku dapat cakap tentang orang yang aku tak berapa ingat sangat. They were all nice.
Apparently, bukan aku seorang yang tak ingat. Jadi aku tertanya, kenapa kita selalu tak ingat orang yang baik? Dan dia ni betul-betul baik. Aku tengok dekat website memperingati dia, macam-macam kerja sukarela dia buat. Dia kerja dengan underpriviledged kids, dia kerja dekat institusi mental, UNICEF Malaysia, ahli persatuan Kristian yang aktif dan macam-macam lagi. He was smart- dia graduan dari suatu universiti terkenal di UK dan seorang Mensa.
Kadang-kadang kita tak teringin nak kenal mereka langsung, kadang-kadang kita rasa semua orang baik tu membosankan. Tapi kita selalu ingat mereka yang jahat, yang liar. Kononnya mereka lebih sensasi. Lebih seronok dunia mereka. Walaupun mereka buli kamu di sekolah dulu. Walaupun mereka tak pernah sumbangkan apa-apa pada masyarakat, hanya buat perkara-perkara outrageous dan post gambar-gambar tersebut di Facebook. Kita stalk mereka di Facebook, bercerita dan bergosip tentang mereka dengan kawan-kawan kita. Ramai kawan-kawan aku yang masih buat begitu, dan kalaulah hidup aku pun tak serabut sangat, mungkin aku juga akan buat perkara yang sama. Bercerita tentang mereka, dan teringin memasuki dunia mereka. Selebriti-selebriti dalam dunia kita.
Macam obsesi kita dengan hidup selebriti. Norman curang dengan Abby, kita semua tahu. Aku pun sibuk nak google lepas dengar pasal dorang. Aku tertanya kenapa aku, kenapa kita, macam ni? Kenapa aku tak curious nak tahu pasal hidup pencipta microchip ke, pencipta Internet ke. Haha. Padahal semua tu aku guna tiap-tiap hari. Rasanya mereka lagi relevan dengan hidup aku. Ciptaan mereka mengubah kualiti hidup aku tiap-tiap hari. Kalau Britney Spears atau Lindsay Lohan masuk rehab bukan memberi kesan pada hidup aku pun.
Tiba-tiba aku tertanya, kenapa aku tak pernah dengar ayat macam, “J tu baik gila, semester lepas dia volunteer kat rumah orang tua.”
(Kalau ada pun mesti tak ada sambutan. Terus ada orang tukar topik.)
Tapi selalu dengar,
“S tu tah apa-apa. Last night she got so drunk and flashed all the guys her boobs.”
(Mendapat sambutan hangat.)
Anyway, macam tulah. Bila orang baik yang kita tak berapa rapat sangat dengan meninggal, kita cakap, “he was a nice guy”. Bila yang outrageous dan liar ni meninggal, kita cakap, “he was so full of life”.
Yang membawa kepada satu lagi soalan- apa maksud ‘ada life’? Kenapa kalau ada orang letak gambar party semua, kita cakap mereka “full of life”? Selebriti semua “full of life, full of glitter”? Kenapa kita kata mereka yang devote their life to their work; katalah seorang doktor, yang dulunya pelajar tekun dan kemudian bekerja, on call 24 jam dan buat research pasal kanser dalam masa lapangnya tu tak ada life? Social life= life as a whole?
We live in a very superficial world.
Aku mula pikir bahawa ramai di antara kita yang berfikir hidup untuk menyumbangkan kepada kebaikan masyarakat itu tak dikira sebagai hidup. Mereka yang hidup untuk diri sendiri itu dikatakan mempunyai kehidupan.
Dan kenapa kalau orang yang baik kalau buat jahat sekali, orang ingat sampai bila-bila? Why do we tend to remember the nasty stuff more? Yang baik tu tak memberi impak besar ke? Selama ni orang buat baik, kita ambil for granted ke?
Peringatan untuk kita, kalau kita mati esok, satu hal juga kalau ibadat tak cukup, lepastu buat baik dengan orang pun tak. Ex-schoolmate aku menjadi reminder kepada aku bahawa aku telah banyak membazir masa dalam hidup aku tanpa menolong sesiapa in a big way.
The truth of the matter was, his death did affect me even although I don’t remember anything much about him. Aku pun tak tahu fasa apa yang aku sedang lalui, tapi aku rasa tak berminat langsung tentang apa-apa kecuali apa yang sedang berlaku di depan mata aku.
Sunday, February 8, 2009
Tak Mungkin Akan Memenangi Pingat Ibu Terbaik.
"Anak saudara aku suka paksa aku tengok Ultraman, Ben10 dengan Tomtombak dengan dia. Kalau aku taknak, dia complain kat akak aku pastu aku kena marah dengan parents aku. My parents always side with my nephew," kawan aku merungut pada aku.
"Adik aku dulu masa kecik, kalau pergi supermarket, mesti meraung sampai dapat kalau nak something. Mak aku ugut nak tinggalkan dia je kat kedai tuh. Terus dia takut pastu tak nak dah. I’m gonna do the same thing to my kids. Hahaha," sahut kawan yang lagi satu pula.
"I don’t know, you know. My kids are very well behaved. They’ll usually discuss with me first and if we don’t allow them to buy it, they’ll put it back at the shelf," kata seorang lagi, ibu muda kepada 4 orang anak.
"Adik aku suka baring atas lantai pastu menangis kalau nak snack. Mak aku selalu belikan je."
"So kalau anak kau buat perangai camtu, kau belikan tak?" aku tanya.
"I guess so. Malulah kalau orang pandang. Kau?"
"Aku pun akan belikan dekat diorang. Pastu bila balik rumah nanti, aku akan bukak paket tu depan diorang pastu makan satu-satu and tak offer kat diorang langsung. Padan muka. Lepastu confirm diorang takkan mintak lagi," aku jawab.
Friday, January 16, 2009
There’s Nowhere to Go but UP
Kadang-kadang sebab terlalu senang memperolehinya. Kadang-kadang sebab cepat sangat memperolehinya. Bila dah jadi jadi kaya, mahu jadi lagi kaya. Bila dah jadi cantik, mahu lagi cantik. Bila dah jatuh cinta, mahu lagi high. Bila dah high, nak lagi high. There’s no way to go but up. Nowhere to go but up. Tapi what’s above cloud nine?
Ayah aku membesarkan aku dengan satu-satunya cara dia tahu- by denying everything I wanted. Aku nak sticker merlip-merlap, tak boleh. Nak marker pen yang kalau conteng atas marker pen jadi warna lain, tak boleh. Junk foods were once in a blue moon. Nak keluar, tak boleh. Aku bosan hingga terpaksa menghiburkan diri sendiri. Aku ajar diri sendiri melukis, menulis, membaca, buat cartwheels, split, segala perkara domestik. Aku belajar bagaimana nak gembira tanpa orang lain. Ayah aku pikir, kalau dia tak beri apa yang aku nak, aku akan berhenti mahukan benda tu. Memang betul pun. Budak-budak selalu mahukan benda yang budak lain ada. Marker pen warna-warni, stickers, yoyo, semua tu jadi trend sekejap je. Lepastu benda lain pulak jadi trend.
Jadi bila aku masuk kolej pada umur 17, aku jadi gila. Gila junk food. Aku makan di McD dan KFC yang berdekatan dengan hostel aku tiap-tiap hari selama 2 minggu. Kadang-kadang aku makan kat dua-dua tempat dalam satu malam. Orang lain culture shock datang bandar. Mereka mula pergi clubbing, mula pakai seksi, mula beli compact powder. Aku culture shock junk food dan benda-benda merapu. You wouldn’t believe how freaking high I’d get eating a Big Mac or buying coloured pens when I was 17. Teruja macam anak dara yang baru kahwin semasa minggu pertama bulan madunya.
Sampai harini aku high makan junk food. Aku percaya sebab lama sangat memendam keinginan aku. Dan aku percaya untuk gembira untuk jangka masa yang lama, aku perlu pendamkan apa yang aku mahukan untuk jangka masa yang lama dan get it bila the timing is right. Macam fasa kejar-mengejar di permulaan suatu perhubungan. Lagi lama, lagi susah nak dapat, lagi thrilling. Dan lagi lama aku akan appreciate orang itu. Di mana keseronokannya kalau kita terus dapat segala yang kita mahukan?
Sebab tu juga aku rasa semua superstars yang mula berkecimpung dalam bidang lakonan pada usia yang terlalu muda akan jadi mental apabila hendak mencecah 20-an. Drew Barrymore, yang mula jadi famous pada umur 5 tahun sebab filem ET- dia mula minum alkohol dan ambil kokain pada umur 9 tahun. The Olsen twins- salah seorang ada eating disorder semasa remaja. Lindsay Lohan, Britney Spears- semua terpaksa masuk rehab. Ramai lagi. Aku rasa sebab tu lah- dapat terlalu banyak benda yang bagus dalam masa yang singkat. Mereka mungkin runsing kenapa masih belum tenang dan gembira. Mungkin mereka pernah berpikir, kalau dah ada rupa, fame dan duit, tentu gembira. Tapi akhirnya mahukan lebih. Pernah jumpa penagih dadah? Macam tu lah. Mula-mula rasa macam pot tu dah gempak gila, dah cukup. Lepastu nak heroin pulak. Then what? Hanya mula spiral into self-destruction saja. Bila dah tak tahu bagaimana nak lebih, mereka reka drama dalam dunia mereka. Seolah-olah mendapat perhatian yang lebih dapat menggembirakan diri mereka. Duit pun tak dapat kembalikan zaman kanak-kanak yang dah hilang.
That brings to the question- kamu tahu ke apa kamu mahu? Kamu pasti ia dapat menggembirakan kamu? Kamu rasa kamu akan gembira tak kalau kamu lebih cantik, lebih kaya, lebih famous? Aku pun dulu pikir macamtu. Yang aku akan lebih gembira kalau lebih cantik dan kaya. Di luar boleh berubah, tapi yang dalam tak tentu boleh. Lepastu aku mendapati perkara yang dapat menggembirakan aku memerlukan aku untuk mengorbankan wang. Sungguh ironi. But that’s another story.
Siapa kata kita hanya akan gembira apabila kita dah cukup kaya, good looking, ada banyak asset untuk menunjuk-nunjuk, banyak peminat? That race will never end. Mungkin kamu dah gembira, cuma belum sedar lagi saja. Perkara yang orang lain semua mahukan, tak tentu sesuai untuk kamu. Mungkin semua orang mahukan Haagen Dazs, jadi kamu pikir tentu Haagen Dazs yang terbaik dan paling bagus. Tapi mana tahu aiskrim potong akan lebih menggembirakan kamu? Mana tahu aiskrim potong lagi menepati citarasa atau deria rasa kamu? Bunyi macam analogi untuk cari pasangan pula, tapi bukan, ini analogi yang boleh diaplikasi dalam semua aspek. So screw other people, what do you really want?
Thursday, January 8, 2009
Kisah Benar dan Mungkin Juga Anafora.
Lebih kurang sedekad lalu, seorang wanita yang mental telah menembak 3 anaknya sendiri hingga mati di tepi jalan.
Kemudian, sebagai attempt untuk meng-cover kesalahannya, dia telah menembak lengan kirinya. Kemudian dia memanggil polis dan berkata bahawa ada seorang mamat yang tidak dikenali telah menyerang dia dan anak-anaknya.
Kenapa dia tembak lengan dia, kamu tanya? Sebab dia berfikir, kalau dia menembak diri sendiri, orang lain automatically takkan suspect dia yang telah membunuh anak-anaknya sendiri.
Kenapa lengan, kamu tanya? Sebab just cukup alasan untuk menangis (sebab kononnya meratapi kematian anak-anaknya, padahal menangis sebab sakit), supaya boleh play the victim dan sebab menembak lengan tak akan menyebabkan kematian. Dia perlu nampak seperti ditembak juga, jadi dia pilih lengan kiri. Sebab dia tak left handed.
It has to hurt just enough for other people to believe that it wasn't her that committed the crime.
Apa yang House suka cakap tu? Oh yeah, - everybody lies.
Ada masanya manusia lemas dengan spiderweb of lies that they have woven themselves, dan mula bertindak dengan tergesa-gesa untuk throw people off track. Mereka tak sedar kelakuan mereka itu, sungguh predictable.
Tuesday, January 6, 2009
Hahahahaha.
Walaupun ada yang bersependapat, nampaknya ada juga tak berpuas hati dengan entri ‘Obsesi Masyarakat Dengan Kulit Putih’. Daripada tulis komen anonymous mengutuk di entri aku hinggalah tulis entri di blog sendiri. Mungkin sebab terkena kat batang hidung sendiri kot.
Aku quote satu entri dari blog 'Piah Zadora wannabe' (yang aku tau pun siapa penulis sebenarnya disebalik pseudo nickname dia):
Aku cukup menyampah kalau ada sesetengah orang macam hidup dalam penafian yang bercakap, kulit putih tak semestinya cantik.
Bodo la lu.. come on la...Kulit putih memang bonus. Kau tengok la amoi-amoi kat luar pintu pejabat kau sekarang, even mata sepet, even hidung takde la mancung, tapi disebabkan putih, macam-macam pesen baju dia boleh sarung. Kau tengok kalau ada perempuan chubby atau senang cakap, gemok la...tapi fluffy gile. Putih gebu. Nak bergaya pun takde masalah. Orang akan cakap gemok comel. Cuba kalauMemang la aku tak nafikan kalau kulit kau gelap, kau pun boleh lawa. Tapi kalau kulit kau gelap, hidung kau nak kena mancung. Mata kau nak kena besar. Bibir nak kena cantik. Kalau tak, kau tengok la Brandy tu. negro mata sepet bibir tebal hidung lebar. Kalau itu kau cakap lawa, memang la idup kau pathetic.
Hak tuih!
(Siap ludah tu, lol!) Kenapa aku rasa seperti penulis entri ini orang yang sama yang meninggalkan komen anon mengutuk di entri aku?
Brandy Rayana Norwood (born February 11, 1979), known professionally as Brandy, is an American R&B singer-songwriter, record producer, fashion model, actress, television personality, and film producer. (Source: Wikipedia)
Ya, Brandy adalah seorang fashion model yang sangat terkenal pada tahun 90-an dan popular dengan siri TV Moesha (yang memang famous gila kat
Adakah berjuta-juta manusia di dunia yang berasa Brandy ini cantik manusia yang pathetic, hidup dalam penafian serta bodoh? Adakah manusia yang berasa Brandy buruk ini pandai?
Sebagaimana ada orang tak rasa Brandy tu tak cantik, ada juga orang yang rasa Lucy Liu tak cantik. Lain orang lain taste, tak? Bukan kamu sendiri kata, kalau semua manusia sama, kosonglah neraka. Aku pernah pergi ke beberapa negara di mana perempuan yang dianggap hotstuff di Malaysia tak dipandang langsung oleh lelaki lain dan perempuan yang dikutuk buruk di Malaysia menjadi buruan. Adakah mereka yang tak bersependapat dengan kamu bodoh juga? Wahai kawanku, taburkan serbuk kepandaian kamu kepada kami agar kami yang bodoh ini dapat menjadi bijaksana macam kamu juga.
Kamu yang pandai ini sudah tentu tahu entri ini bukan bertujuan untuk memaksa semua orang bersetuju bahawa Brandy itu cantik, tapi supaya kamu faham tak semestinya kami yang tak bersetuju dengan definisi cantik kamu itu bodoh, pathetic serta in denial. Apa-apa pun, aku memang tak suka perempuan yang mengutuk fizikal perempuan lain tanpa sebab. Semua wanita ada hak untuk berasa cantik, selagi tak melebih-lebih dan menjengkelkan orang dengan tahap perasan mereka.
Dan seperti semua orang tau pun, Tuhan tak tengok warna kulit, tapi warna hati kamu. Ada juga sahabat Nabi berbangsa 'Negro mata sepet bibir tebal hidung lebar' yang kamu rasa hina sangat tu, dan mereka dipandang sangat mulia oleh Allah kerana pengorbanan yang mereka buat di atas nama Islam.
p.s.: Bibir tebal dengan mata sepet tak sexy ke? Aku ingat sexy.
p.p.s: Pelik kan blogger yang cakap tak nak orang baca blog dia, tapi mengutuk orang dalam blog. Sah-sah lah blog macamtu ada orang akan datang, sebab semua orang suka tengok drama online. Lagi pelik kalau kata nak privasi dekat blog tapi pergi komen kontroversi dan mengutuk penulis di blog yang tersohor supaya orang akan klik dekat profile dia.