Tuesday, April 29, 2008

Help You to Help Me to Help You

Sambil mendengar lagu Mr. Tambourine Man.


Hey Mister Tambourine Man, play a song for me

I'm not sleepy and there ain't no place I'm goin' to…


Sebenarnya aku mahu menyambung entri semalam yang belum habis sebenarnya. Kalau entri semalam hanya appetiser, aku sepatutnya menghidang main course dan dessert hari ini.
But on days like these I find my thoughts flow too quickly for my mind to grasp, for my fingers to arrange and for my speech to capture.


Aku tahu kadang-kadang entri aku adalah crap.
Membosankan. Tak tertib. Kamu tak perlu mengingatkan aku di ruang komen. Aku bukan penulis ataupun mesin yang mampu memuntahkan bahan bacaan yang menarik setiap kali aku menulis. Aku menulis untuk seseorang yang bekerja dari awal pagi hingga ke tengah malam untuk gaji yang meagre. Yang akan berusaha untuk membuka blog aku pada jam 2 pagi selepas tamat kerja walaupun tak pernah meninggalkan komen.


Aku suka menulis. Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang tak cukup PC. Sebab aku mahu melihat adakah orang lain akan membantah atau bersetuju membabi buta. Aku tak membenci seni abstrak. Aku juga tidak kisah sama ada entri aku mendapat 0 komen atau 56 komen. This is not a popularity contest. Ini bukan sekolah menengah.


Semasa aku berada di Kuala Lumpur, aku sedar sesuatu.
Di sana, semua orang berlumba-lumba untuk menunjukkan attitude masing-masing. Cuma attitude itu tak sesuai untuk dipraktikkan semasa sedang bekerja di 7E ataupun semasa menjadi penerima tetamu. Attitude hanya seksi semasa kamu seorang model yang sedang berposing untuk sebuah gambar dan dalam situasi yang seangkatan dengannya.


Orang di bandar jarang senyum, kan?
Hidup mereka terlalu stressful. Sudahlah hidup stressful, orang sekeliling pun tak membantu. Kalau kamu senyum pada mereka, mereka pasti membalas dengan pandangan serong seolah-olah kamu gila. Kasihan. Sampaikan senyuman pun boleh disalahtafsirkan. Kalau lelaki senyum pada perempuan, perempuan di bandar mesti perasan mereka sedang dingorat. Kalau kamu senyum pada stranger di tengah jalan, wajah mereka bertukar dengan serta-merta kepada ekspresi syak wasangka dan muka masam.


Ya, aku paham. Kita semua ada masalah masing-masing. Kita semua pernah dilanda kemurungan tidak bersebab yang datang dan menghilang. Tapi tak justified kesedihan dan ketakpuasan hati kamu jika kamu berusaha untuk membuat orang lain turut berasa sedih dan miserable seperti kamu juga. Your sadistic nature is only going to eat you up.


Apa salahnya kalau kita melayan orang lain dengan lebih baik? Apa salahnya kalau kita lebih bertimbangrasa terhadap orang lain? Ada rugi apa-apakah?


Perangai bitchy, attitude tak bertempat, making other people feel bad about themselves, semua itu tak cool. Jangan terikut-ikut dengan perangai budak-budak batak MTV.


Hey, life is so short. Why can’t we all be nice to each other in this short time that we are here together?

Monday, April 28, 2008

Aku Tak Paham Golongan Artisan. Langsung.

Ataupun mungkin apa yang aku tak paham adalah seni. Aku ada beberapa kawan yang boleh dikategorikan dalam golongan artisan. Mereka kata minda engineering memang tak cukup 'deep' untuk paham benda-benda abstrak. Aku kata minda artisan tak cukup logik untuk mendapat pekerjaan yang lebih bermanfaat. Aku judgemental kan? Seni yang buat aku judgemental.

Seni beginilah yang membuat aku keliru. Nampak macam hasil contengan krayon oleh seorang budak berumur 6 tahun, tetapi dipanggil seni abstrak dan dijual dengan harga yang tak masuk akal. Dan di mana golongan artisan dapat memerhati dan berbincang dengan panjang lebar tentang 'seni' ini, aku hanya dapat fikir manusia mana yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menggantungnya di ruang tamu mereka.


Aku dapat bayangkan senario ini. Artisnya sedang berdiri di sebelah painting ini dengan muka separa bongkak dan separa mysterious, seolah-olah telah mencipta sesuatu yang layak dipuja. Kemudian masuk pula segerombolan artisan yang menganggap mereka deep yang akan berbincang hasil seni ini dengan animated.


"Oh, look at these brush strokes! Genius! Marvelous! I can feel the intensity of the artist! I’m having an artistic orgasm! Wowwee!"


Mungkin aku perlu lebih spesifik. Yang aku tak paham bukan seni. Muzik dan literature juga dipanggil seni.
Yang aku tak paham adalah seni lukisan. Paintings. Mengikut logik aku, kalau subjek seni itu cantik, maka cantiklah hasil seni itu. "Cest tres simple..!" , bak kata suatu komen yang aku dapat baru-baru ini. Aku tak rasa ramai orang mampu menjadi lebih deep dari itu. Kalau diletakkan lukisan orang tua sebelah lukisan gadis yang cantik, kamu rasa orang akan kata lukisan yang mana lebih cantik?


Teknik fotografi yang sama. Jurukamera yang sama. Cuma subjek yang berbeza. Cetek kah aku kalau aku tak dapat menghargai kedua-dua hasil seni ini equally? I can't help it. Aku lebih gemar melihat budak kecil yang comel daripada lelaki tua buncit yang memakai seluar pendek.


I’m moved by music. By writings. Tapi sebuah painting tak pernah evoke apa-apa emosi yang intense dari aku. Kalau iya pun, takkan lebih dari 10 saat. Orang beli buku. Download muzik. Tapi mereka jarang beli atau download lukisan. Aku rasa seni lebih sesuai dijadikan hobi daripada suatu jurusan. Jangan salah faham. Seni, bila digandingkan dengan bakat-bakat lain, boleh menjadi kombinasi yang sangat dinamik. Architecture. The human anatomy. Film making. Animasi. Buku berillustrasi. You get the idea. Cuma seni, on its own, on a canvas, can’t survive. Neither can the artist.


Sebab itu ramai artists kebuluran kot. Bila aku dengar terma ‘starving artist’, aku rasa kasihan pada mereka. Yang aku paham, tak cukup duit. Tapi manalah orang cetek fikiran macam aku ni nak paham dunia mereka, kan? Mereka seolah-olah bangga dipanggil sebegitu. Kompleks. Mysterious. Romantis.


Sebagaimana seorang penagih dadah merasakan aksi menyuntik sebatang jarum dalam vena mereka adalah romantis. Mungkin di bawah cahaya bulan, dalam keseorangan, dalam kesunyian, dengan jiwa yang sengsara dan terdesak, mereka dibuai dengan delusi ini.


Walau bagaimanapun, aku cukup kagum dengan seni yang digabungkan dengan jurusan lain. Seni dan bangunan = architecture. Seni dan medik = human anatomy. Seni dan teknologi = laman web kreatif. Seni dan politik. Seni dan sains. Seni dan persekitaran. Seni dan psikologi= penulisan. Seni dan business= mengkomersilkan seni ke dalam bentuk yang boleh dipakai atau digunakan. Et cetera, et cetera.


Lihat Leonardo da Vinci yang terkenal sebagai artist. Untuk menjadi artist yang terkenal sebegitu, dia telah mendalami banyak ilmu yang lain. Dia juga seorang saintis, ahli matematik, jurutera, anatomist, arkitek, botanist, pemuzik, penulis, Italian polymath dan sculptor.


Raphael bukan sahaja seorang pelukis, tetapi juga seorang arkitek.


Michelangelo juga seorang arkitek, pujangga, jurutera di samping menjadi seorang pelukis Renaissance dan sculptor.


Donatello was just an Italian artist and a painter. But hey, he was never my favorite Teenage Mutant Ninja Turtle.


Zaman sekarang, artist sebegini memang akan kebuluran.
Sebab itu the streets of Florence are filled with portrait artists. Art nowadays preys on narcissism. Fotografi. Lukisan. Semuanya foto dan lukisan diri sendiri. Orang akan bayar kamu untuk melukis diri mereka. Untuk mengambil gambar diri mereka. Kalau kamu mampu membuat diri mereka nampak lagi kacak/cantik, lagi tinggi bayarannya.


Bukan permandangan. Bukan objek statik. Bukan haiwan. Tetapi diri sendiri.

Friday, April 25, 2008

Obsesi Kita dengan Cerita Sensasi

Aku yakin kita manusia yang mempunyai obsesi terhadap cerita-cerita yang sensasi. Kalau ada apa-apa yang luarbiasa berlaku, kita mesti akan memilih explaination yang paling tak logik dan tak masuk akal. Aku akan ceritakan dalam dua bentuk kisah benar:

1) Orang Pokok

Mangsa bernama Dede Koswara dan berusia 35 tahun. Semasa anggota badannya mula ditumbuhi akar, orang kampungnya yakin dia diperkena atau disantau. Setelah keadaannya menjadi agak kronik, isterinya yang telah bersamanya 10 tahun meninggalkan Dede dan anak-anak mereka kerana Dede sudah tak mampu bekerja. Oleh sebab kesempitan wang dan terdesak, Dede telah menyertai freak show di mana orang yang mempunyai keganjilan fizikal akan mempamerkan diri mereka untuk ditertawakan atau dicerca. Dipendekkan cerita, kes Dede akhirnya mendapat publisiti dari luar, dan seorang pakar kulit dari Amerika berminat untuk mengubatinya.


Penjelasan kurang sensasi tetapi benar
:

Dede sebenarnya mendapat viral infection yang bergelar Human Papilloma Virus (HPV) akibat luka di lututnya yang tidak dirawat semasa dia masih remaja. Kalau individu normal seperti kita mendapat luka, luka itu akan bertukar menjadi kudis sahaja. Tetapi dalam kes Dede, yang mengalami kecacatan genetik yang sangat jarang ditemui, virus itu telah menyerang sistem imunnya yang lemah dan sel kulitnya, yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti ditumbuhi akar pokok. Penyakitnya dapat dipulihi dengan Vitamin A.


Ya, vitamin A. Bukan kuasa bomoh.


2) Bayi Ular


Bayi ini mendapat gelaran ‘Snake Baby’ kerana dilahirkan dalam keadaan kulit bersisik dan bermata merah. Aku tak mahu meletakkan gambar atau video bayi tersebut di sini di atas sebab-sebab tertentu. Kalau kamu mahu melihat juga, boleh Google.


Cerita yang tersebar adalah bayi tersebut dalam keadaan begitu kerana ibunya sering mengatakan dia sedang mengandungkan haiwan apabila ditanya bakal mendapat anak lelaki atau perempuan. Ibunya dikatakan kecewa kerana mendapat tahu bakal melahirkan seorang lagi anak perempuan lagi kerana sudah melahirkan dua orang anak perempuan sebelum ini. Jadi, setelah anaknya dilahirkan dalam kondisi sebegitu, kecohlah orang kampung mengatakan ibunya telah diperkena atau disumpah.


Penjelasan kurang sensasi tetapi benar
:

Bayi tersebut mengalami penyakit yang bergelar Harlequin-type ichthyosis.


Di bahagian kulit kita yang mampu berlipat, kulit penghidap penyakit ini akan merekah. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah mendapat infeksi dan terkena jangkitan bakteria. Kulit mereka yang seperti armor itu pula menyebabkan mereka mudah mendapat hyperthermia akibat haba yang mudah terperangkap dalam badan. Badan mereka yang susah untuk menyimpan air pula menyebabkan mereka selalu mengalami dehidrasi. Tak hairanlah bayi yang menghidap penyakit ini biasanya meninggal dunia 2 hari selepas dilahirkan.


Setelah meng-Google dan meng-Wiki, aku menjumpai dua kisah penghidap Harlequin yang berjaya survive hingga menjadi dewasa. Tetapi nyata bahawa hidup mereka adalah suatu perjuangan tiap-tiap hari.


i) Ryan González

Pemuda yang berasal dari San Diego ini bukan sahaja telah survive hingga menjadi dewasa, tetapi juga seorang triathlete. Rutinnya tiap-tiap hari adalah mengambil Accutane dalam dos yang sesuai, menyapu losen pada kulit dengan kerap, mengamalkan diet berkalori tinggi (7500 kalori sehari) dan juga pengambilan protein tulen pada malam hari menerusi tiub kerana proses penanggalan sel-sel kulit yang dikatakan tertanggal 7-10 kali ganda lebih cepat daripada kadar penanggalan sel kulit individu yang normal secara biologi.


ii)
Lucy dan Hannah Betts (18 dan 15 tahun), dan juga Dana dan Lara Bowen (8 dan 1½ tahun)


Rutin gadis-gadis ini pada tiap hari adalah bangun awal pagi untuk mandi 2 jam (supaya kulit lembut dan senang tertanggal), eksfoliasi/ rawatan lulur untuk menanggalkan sel kulit yang keras dan melumur sebanyak losen yang mungkin di atas badan mereka. Losen perlu disapu sekali lagi pada tengah hari dan sebelum tidur. Mereka masih mendapat jangkitan dan lapisan kulit hiperkeratotik yang tebal masih menutupi kulit mereka walaupun menjalani rutin ini. Sisik di dalam mata Lucy telah menyebabkan salah satu matanya buta dan lagi satu dengan 10% kemampuan melihat. Hannah Betts mengalami cerebral palsy.


Kulit mereka dikatakan tumbuh pada kadar 14 kali ganda lebih cepat dari kita. Aktiviti mengvakum karpet menjadi kebiasaan untuk membuang sel-sel kulit yang sudah tertanggal.


Kesimpulan.


a) Lebih baik kita mencari penjelasan yang paling logik (kalau ada) jika bertemu dengan sesuatu keluarbiasaan supaya keadaan/individu boleh dirawati dengan segara.


b) Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Wednesday, April 23, 2008

Eine Zuschreibung.


Ada pembaca cakap tangan aku cantik. Jari panjang dan kulit cerah. Aku tak cerah atau berjari panjang. My fingers are short and stubby, penuh dengan cakaran kucing dan aku tak pernah berkulit cerah. Yang dalam entri sebelum ini hanya kesan camera flash. Aku tak kisah pun, sebab aku sayang tangan aku. And my fingernails are nice walaupun aku tak pernah pergi manicure.



Not so long ago, aku diberi pilihan. Sanity or my hands. Kalau aku pilih sanity, tangan aku terpaksa suffer. Unable to hold things with my shaky hands. Kalau aku pilih tangan, aku mungkin tak akan dapat membezakan apa yang benar dan apa yang tidak untuk jangka masa yang agak lama.

Jadi, aku gamble dan pilih tangan aku. Aku tak dapat bayangkan hidup sehari tanpa mampu memegang pen atau pensel. And who would've thought? My hands helped me discover my sanity again.

Wondering

Why are there so many ugly people around?


Jap, jap, let me rephrase: Kenapa ramai sangat orang suka memburukkan diri mereka yang sebenarnya, tak ada lah buruk sangat pada asalnya?


Aku baru lepas melihat satu laman fotografi yang berpusat di Kuala Lumpur. Selepas setiap klik, aku wince dan flinch. Huarghh! Horror!


Terlalu banyak mekap
.


Aku tak faham kenapa the vampire look is in. Mata lebam, muka putih tiga shades dari
pada leher, bibir pucat dan bulu mata labah-labah.


Aku yakin, apabila usia mereka 30, mereka akan kelihatan seperti 50.


Aku juga yakin 70% wanita di Kuala Lumpur tak reti memilih foundation. Mustahil mereka merasakan foundation yang membuatkan muka mereka 3 kali ganda lebih putih dari leher itu attractive. Dan kebanyakan wanita Asia mempunyai tona warna yang warm instead of cool, jadi pilihlah bedak dan foundation yang mempunyai yellow undertones instead of blue undertones.


Dan, liquid eyeliner and blue eyeshadow is not for everyone. Bersoleklah di bawah lampu kalimantang di malam hari instead of lampu toilet.


The last time I checked, make up is used to accentuate features, not make you look like you came out of an Asian horror film. And the aim is to make you look like you aren’t wearing any. Adakah aku salah?


Aku nak off comments. Takut ada perempuan-perempuan buruk bermekap tebal serang. He he he.

Tuesday, April 22, 2008

Kejujuran yang Tak Dapat Ditandingi

Perbualan antara seorang dewasa berumur 19 tahun dan seorang budak berumur 8 tahun:


"Harini Ali cakap dengan saya. Ali tu budak paling pandai dalam kelas. Tau tak exam haritu dia dapat berapa markah dalam BI?" budak perempuan tu bertanya aku dengan muka yang serius.


"Mmm. 100%?" aku balas, bersahaja.


"Tak lah, mana ada orang boleh dapat markah 100%. Kakak tahu tak exam BI tu bukan senang. Dia dapat markah 92%. Markah paling tinggi dalam kelas," dia bercerita dengan berseloroh.


"Wah, pandainya," aku cuba menjawab dengan semangat yang equal.


Dia menatap wajah aku. Her eyes narrowed as if she didn’t believe I was being sincere.


"Kakak saja cakap macamtu nak buat Ani rasa satisfied, kan? Akak tak percaya kan? Alah akak, Ali tu memang pandai. Sebabtu ada orang ambil dia berlakon iklan Mat Kool dulu. Akak ingat tak budak yang berlakon iklan Mat Kool dulu?"


"Mana ada. Akak percaya lah," aku jawab meekly.


"Dia sorang je bawak basikal pergi sekolah. Tayar basikal dia besar gila. Dia boleh buat banyak trick dengan basikal dia. Haritu dia buat macamni (dia buat gaya orang buat wheelie) dengan basikal dia. Dia buat macamtu 10 kali. Padahal kawan dia naik basikal dia pun jatuh. Naik pun tak reti. Hahaha!"


Aku biarkan dia bercakap. Kepala otak aku pikir tentang nak makan apa petang itu, nak pakai apa keluar nanti dan tentang cuti am yang hampir tamat.


"Hmm tau tak, abang akak dulu pun pandai naik basikal. Dia boleh naik basikal yang tayar besar tu. Yang nipis ngan besar tu. Dulu pernah dorang main wheelie, yang macam Ani cerita tu, atas BELAKANG dia! Tapi dia rileks je. Dorang main kat kampung lah. Mak dengan ayah akak tak tau...," aku melalut. Aku berhenti apabila melihat wajahnya seakan-akan bosan dan irritated dengan aku.


"Akak ni, orang nak cerita, dia pun nak cerita jugak. Ani dah tau dah cerita pasal abang akak tuh. Dah banyak kali akak cerita. Kenapa akak tak nak dengar cerita pasal Ali? Akak tak suka Ali eh?" dia tanya sambil meninggikan suara dia.


"Suka lahhhh…"


"Ha, habistu, jawab ni: Dia buat macamni (dia menunjukkan gaya wheelie) berapa kali?"


"Err… 5 kali?"


"Tengok! Ani dah agak dah! Akak tak dengar tadi. Ani cerita panjang-panjang pasal kawan Ani, akak tak dengar pun. Pastu interrupt orang. Malaslah nak cerita lagi. Akak bukan nak dengar pun," dia marah aku.


'
Hek eleh budak ni, menyampah aku,' aku berkata dalam hati.


Tapi aku berkata,


"Orang dengarlah. Sambunglah," aku berkata dan melelapkan mata.


Dan dengan saudara abang ipar aku, seorang budak lelaki berumur 10 tahun:


"Kakak, cuba teka: Haiwan apa yang jual kuih dekat tepi pasar?"


Aku berfikir. Selepas satu setengah minit dan 3 tekaan yang salah, aku give up.


"Mana ada haiwan jual kuih dekat pasar, bodoh!" dia jerit dan gelakkan aku.


So yeah, aku sebenarnya suka bercakap dengan budak-budak. Mereka tak takut mengatakan aku bodoh apabila aku bodoh (dan bila aku tak bodoh), ayat mereka jarang berlapik dan aku tak perlu risau tentang political correctness. Bila mereka kutuk aku, bukan kerana mereka mahu nampak pandai di depan orang ataupun untuk menyinggung perasaan aku. Kids, aku sedar, jarang ada agenda sendiri. Mereka biasanya jujur.

Sunday, April 20, 2008

Mereben

Demam pada hujung minggu, boleh duduk rumah dan tak berbuat apa-apa. Orang datang rumah pun tak payah layan. Aku ingat nak baca buku, dah lama aku tak baca buku cerita. Kalau dulu aku khatam 5 buku sehari, sekarang ni aku hanya khatam 5 buku dalam 2 tahun.


Tapi tak tenteram. Kucing aku yang dahulunya hampir mati (ingat lagi kucing dari entri Emosi = Bazir Masa+ Tenaga?) dah tak reti berdikari. Sejak menjadi cacat, dia makin manja. Atau dengki. Aku tak pasti perkataan mana lebih sesuai. Bila aku nak tidur, dia buat bising. Bila aku nak baca buku, dia tidur atas buku.

Jadi dengan kekuatan seperti Badang, aku cabut rumput dari belakang rumah dan kasi kucing-kucing aku main. Untuk sementara, aku tenteram kembali.

Malam itu, aku masih tak dapat tidur. Jadi aku chat dengan seorang pembaca di gTalk. Kadang-kadang aku curious nak tau pembaca aku ni macam mana. Aku tahu dia tak kisah punya aku printscreen benda alah ni. Sebab dia pembaca #1 aku. Kot. Dia dapat quote semua benda aku pernah tulis. Lagipun, aku dah censor nick dia.

Siapa cakap jadi blogger membosankan? Pembaca aku menghiburkan aku setiap hari.


Sebelum tidur, aku teringat sesuatu. Dia panggil aku writer. Hmm. Aku check balik log. Biarlah aku dengan delusi aku.


Malam itu, aku tidur nyenyak. Keesokan paginya, demam aku menjadi makin kronik.

Friday, April 18, 2008

Oh, Brother.


Dia tulis dalam report card sekolahnya dengan tulisan cakar ayam semasa dia berusia 9 tahun,


Bawah analisis peperiksaan awal tahun bulan Mac (yang sepatutnya diisi oleh guru):

Terlalu pandai. Tak perlu belajar untuk masa hadapan.


Bawah analisis peperiksaan pertengahan tahun:

Terlalu pandai. Merbahaya. Tak perlu pergi sekolah lagi. Perlu dihantar ke pusat pemulihan akhlak.


Bawah analisis peperiksaan akhir tahun:

Aku tak ingat dah apa dia tulis. Tapi sama saja merepek. Tak silap aku dia tulis terlalu pandai, perlu dihantar ke Henry Gurney.


Semuanya ditandatangani dengan percubaan yang nampak-sangat-tak-jadi untuk meniru sain mak aku di bawah ruang tandatangan ibubapa. Di mukasurat sebelah tertera markah-markah peperiksaan yang kurang cemerlang.


Itu lah satu-satunya abang yang aku ada. Masa kecil dia nakal. Macam setan, orang kata. Tapi dia yang buat zaman kanak-kanak aku yang hambar ini jadi seronok.


Dia reka permainan 'babi hutan'. 'Babi hutan' adalah sesiapa yang kami tidak suka atau pernah memarahi kami. Boleh dimain di mana-mana sahaja. Lokasi, perlu ada tempat yang boleh menyorok belakang atau boleh panjat-panjat (sofa, katil). Yang penting babi hutan adalah seseorang yang kami kenal. Bila abang aku jerit "Babi Hutan!", kami kena cepat-cepat menyorok dan memanjat katil serta berguling-guling untuk mengelak babi hutan yang mengejar kami sambil gelak berdekah-dekah. Babi hutan itu hanya wujud dalam imaginasi, tapi aku rasa macam sangat real pada masa itu.


Di sekolah rendah dia join Taekwondo. Balik rumah dia praktis atas aku. Aku tahu niat dia sebenarnya baik. Kot. Nak menunjuk ilmu yang baru dipelajari pada hari itu. Sambil pakai baju putih Taekwondo dan bertali pinggang merah, dia tendang aku. Suatu hari, dia tertendang muka aku. Terus gigi depan aku yang dua itu jadi longgar selepas itu. Aku menangis sambil berlari ke mak aku. "Amir (bukan nama sebenar) babi! Amir babi!" aku menjerit. Lepastu aku kena marah dengan mak aku kerana menggunakan perkataan babi. Aku kecewa. Aku main babi hutan sorang-sorang sambil membayangi bahawa abang aku adalah babi hutan itu.


Dia licik. Masa mak aku tak nampak, dia pukul kepala aku dengan raket badminton dan terus lari. Setelah aku mula memaki hamun dan menangis, aku pula yang dimarahi oleh mak aku. Lepas itu aku dah belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri. Aku ambil pinggan yang berat. Semasa belakangnya dipusing menghadap aku, aku baling pinggan itu ke kepalanya macam Frisbee. Lepas itu aku kena kejar dan ditolak tangga. Aku dah biasa jatuh tangga. Kadang-kadang lepas jatuh, aku tertidur atas tangga itu juga. Bila bangun, dah tak sakit lagi. Hanya berbekalkan benjol di dahi.


Dia suka kenakan aku. Menjadi adik yang lurus walaupun akademik lebih cemerlang, aku selalu terkena. Lepas dia kenakan aku, dia buat-buat sorry depan ibu bapa aku.
Semasa mereka tak nampak, dia buat thumb ups sign dan sengih macam kerang busuk. Lepas aku kejar dia, dia lari dan selalu kunci dirinya dalam bilik. Sekali dia pernah menghimpitkan jari aku di celah pintu sampai jari-jari aku berdarah. Sakit nak mampus. Aku terus tidur sambil meletakkan tangan aku di bawah bantal. Bila bangun, dah tak sakit lagi. Tak ada kesakitan fizikal yang tak dapat diubati dengan tidur. Walaupun sementara.


Pasti ramai yang menganggap aku tomboy semasa kecil. Sebenarnya, tak. Bila aku balik kampung halaman aku pada cuti penggal, aku selalu bermain masak-masak dan patung.


Aku sebenarnya nostalgik teringat memori-memori ini. Sejak dia masuk Sekolah Menengah, kami sudah tak bercakap lagi. Sudah bertahun-tahun kami tak bercakap. Aku pun sudah tak reti nak membahasakan diri aku dengan apa bila berbicara dengan dia. Mungkin sebab haluan yang sangat berbeza. Bila aku telefon rumah dahulu, kadang-kadang aku bertanyakan khabar dia melalui emak aku. Dia pun kadang-kadang bertanyakan khabar aku melalui orang lain. Bila pulang, aku belikan dia cokelat.
Baju. Tetapi hanya mampu berkata, "Nah. This is for you," dengan suara yang perlahan sambil tunduk. Tetapi aku dan kakak aku, yang masa kecil tidak rapat kerana perbezaan umur yang ketara ketika itu, sekarang akrab.


Ya, pasti zaman kanak-kanak aku hambar tanpa abang aku. Kan di luar sana terlalu banyak benda merbahaya.

Thursday, April 17, 2008

Requiem Mass

Rutin jam 3 pagi. Watch the clock hand move in the dark. Tunggu masuk pukul 4 pagi.


Tak perlu iPod. Minda aku ligat rewind, skip dan repeat lagu dalam kepala. Tak perlu tekan apa-apa butang. Tak perlukan buku. Minda aku aktif menyelak mukasurat. Tak perlukan sesiapa. Internal conversations. Tak perlu diari. Minda aku teringat kepada tempat-tempat yang aku pernah tinggalkan. Do they still think of me, like how I think of them on nights like these? Seolah-olah minda aku sedang berkabung. Berkabung di atas kehilangan siapa? Malam-malam di mana aku dapat tidur awal?


Tuhan, kenapa dalam minda ini sudah tidak wujud konsep space and time continuum?


Allahumma bismika amutu waahya. Amutu waahya. Mati sebelum hidup.

Wednesday, April 16, 2008

Ada Apa Dengan Umur?

Aku memang sangat free harini. Bawang semua sudah dikupas, ditumbuk dan disimpan dalam peti sejuk.


Soalan yang aku selalu dapat dari pembaca di emel adalah ini:


"So, how old are you really?"

"magenta ni berapa tahun sebenarnya? hehe"


Aku cakap 22. Mereka tanya lagi. Aku cakap aku cikgu yang dah pencen yang berumur 56 tahun dan ada tiga anak. Mereka seolah-olah suka dengan jawapan ini.


Hanya masyarakat kita akan menganggap sesiapa yang berumur 22 tahun itu masih budak. Sebabtu mereka ingat Sufiah Yusuf adalah seorang bayi yang perlu diselamatkan.


Dudes!


Blake Ross, co-creater of Mozilla web browser, berusia 23 tahun.

Mark Zuckerberg, Facebook founder, berusia 23 tahun.

Alexander Levin, yang memiliki domain Image Shack, berusia 23 tahun.

Matt Mullenweg, founder Wordpress, berusia 24 tahun.

The founders of Google were under 25 when they first came up with the idea.


Boleh sambung lagi, tapi dah kurang bersemangat. All I did today was eat Maggi, read a bunch of emails and write this. These people make me feel like shit.


Tak apa. Paul Cezanne, Mark Twain, William Butler Yeats, Alfred Hitchcock dan Irving Berlin hanya produce their greatest work semasa umur mereka 50 ke atas. Clint Eastwood mula direct filem selepas umurnya 40 tahun. Menang Oscars masa usianya 62 dan 74. Now I feel much better.


Age is just a number. It’s never too early or late to start something. Kenapa mahu umur menghalang kamu daripada berbuat sesuatu? Kita selalu ada pemikiran seperti,


"Aku ni, dah 30 tahun. Nak belajar main piano, tapi mesti dah terlewat. Ah, malaslah! Nanti anak aku gelak kat aku."


Atau,


"Anak aku ni baru 7 tahun, mampukah dia belajar tentang sejarah dunia? Mampukah otak dia terima Algebra?"


Why not? Kalau mahu mengajar bahasa, usia itulah paling bagus untuk mula. Sebab masa itulah otak dia dapat menerima paling banyak ilmu.


It’s a sad society that we live in. Aku diperli kerana suka mempersoalkan segalanya dan dipanggil thinker. Kita merasakan membaca itu hanyalah untuk nerds. Orang yang pandai semestinya hodoh dan tak ada life. Buku-buku dijual dengan harga yang tak masuk akal. Tak ada konsep garage sale untuk jual buku. Kedai buku yang murah tak banyak.


Aku teringat kehidupan keluarga aku dahulu, yang selalu mengutip perabot yang orang buang akibat kesempitan wang. Tilam tak ada kayu. Tapi ayah aku selalu membawa balik sekotak buku yang semuanya kelihatan usang dan sudah terkoyak.


Tak ada cara lain nak perbaiki hidup ini, kecuali dengan menimba ilmu. Agama itu tergolong dalam ilmu juga. Sebab itu Hadith menyaran kita menimba sebanyak ilmu yang mungkin. “Tuntutlah ilmu sampai ke negara China sekalipun.”


Education dalam negara ini mendapat approach yang salah. Creative thinking tak diberi peluang. Akibatnya, tiap-tiap tahun kita produce thousands of robots who get 10 As but have no clue who Charles Dickens, Picasso or Marco Polo were.


Kenapa? Sebab kalau pelajar membetulkan kesalahan guru dia dipanggil kurang ajar. Bukan membetulkan di depan pelajar lain, tetapi in private lepas kelas sudah tamat.


“Kamu ni tak hormat orang tua ke?”


Semua subjek bahasa perlu ada format. Tak boleh pandai-pandai reka isi. Kena ikut isi yang ada dalam skema jawapan. Kalau tak sama, kosong markah. Kalau tulis karangan Saya Sebatang Pen, kena berasal dari kilang. Kesudahan mesti pen itu disimpan dalam laci atau dibuang dalam tong sampah. Tak boleh tertelan oleh pelajar yang kemudian terpaksa menjalani operasi pembedahan dan kemudian disimpan dalam balang archive.


Education macam ini, macam mana nak dapat minda kreatif dan innovative? Minda yang dapat mencipta sesuatu yang baru. Bila paku mula nak naik je, mesti ada tukul yang cepat-cepat nak hentam.


Aku bukan seorang budak 22 tahun yang matang. Aku seorang dewasa 22 tahun yang tak memberi ruang kepada sesiapa untuk mengawal pemikiran aku. Dan aku tak percaya kepada sistem education yang lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Sebab itu aku percaya kanak-kanak tak perlu belajar sehingga tak ada masa untuk bermain untuk jadi cerdik.


Lagipun kalau aku nak tipu, aku takkan pilih umur 22. Aku akan pilih umur macam 13 atau 56.

Apa Aku Buat Bila Tersangat Lapang

Main My Heritage. Dulu, kawan aku suka main My Heritage. Ibu jari boyfriend dia termasuk dalam gambar. My Heritage cakap ibu jari boyfriend dia mirip kepada muka Angelina Jolie.

Dalam entri lama aku, Jack Black menjadi mangsa.


Kini, Chucky.


So kids, don't be afraid of Chucky. Ada kemungkinan dia adik Rachel McAdams (heroin The Notebook, The Hot Chick, etc).


Aku jumpa video
the first dwarf soccer team in the world (maybe) yang berasal dari Brazil dan memanggil diri mereka The North Giants. Purata ketinggian mereka 4 kaki sahaja. Gempak juga mereka bermain. Kalau main dengan pasukan kita, tak tahulah pasukan yang mana akan menang.


Aku tengok star player dia macam comel juga.

Monday, April 14, 2008

How to Chop Onions and Not Cry.



"What’s your favorite scent?"

"The scent of sautéed onions," aku jawab sambil tersengih.


Aku tahu dia sedang bertanya tentang perfume. Tapi aku memang suka bau bawang ditumis. Dan bau buah kuini.


Aku tak pasti berapa orang muda yang reti memasak sekarang ni memandangkan Malaysia terkenal dengan mapley dan warung yang menawarkan makanan yang sedap dan murah.
Pilihan pun macam-macam. Maybe cooking is a lost art. Tapi aku pasti ada segelintir juga anak Malaysia yang pandai memasak, terutamanya yang berasal dari kampung dan yang pernah belajar di luar negara. Dan kalau kamu suka memasak, kamu pasti sedar bawang adalah bahan yang paling essential dalam setiap masakan. Tak kira lah ayam masak lemak, nasi goreng instant, garden salad atau Denver omelette.


I’m one of the unfortunate few who cry while chopping onions. Kalau kamu juga mengalami masalah yang sama, kamu boleh mencuba petua di bawah:


1) Mungkin petua yang paling berkesan aku pernah cuba. Jika kamu ingin memotong onion rings, potong dari atas ke bawah supaya akarnya dibuang last seperti yang didemontrasi dalam diagram di bawah. Ini kerana akar bawang mempunyai kandungan enzim yang paling tinggi dalam struktur bawang yang bertanggungjawab dalam pembinaan gas asidik yang bakal menjadi irritant kepada mata kita.


Yang lainnya mungkin efektif tetapi bergantung kepada individu.


2) Simpan bawang yang telah dikupas dalam peti sejuk 10-30 minit sebelum mahu memotongnya.


3) Kunyah chewing gum atau chew on a toothpick semasa potong bawang.


4) Rendam bawang dalam air atau potong di bawah arus air yang deras. Langkah yang aku tak gemar, kerana reaksi minyak dengan bawang yang basah semasa menumis.


5) Light a candle atau lighter nearby semasa memotong bawang. Mungkin merokok juga efektif, tapi aku tak tahulah kalau ada orang yang akan merokok semasa memasak.


6) Menggunakan pisau yang tajam untuk menghadkan kerosakan kepada struktur sel bawang, lantas mengurangkan pembebasan gas asidik itu.


7) Memakai goggles atau contact lenses. Entah berkesan ke tidak.


8) Letak sudu dalam mulut semasa memotong bawang. Petua yang aku pernah cuba sekali sahaja sebab nampak ridiculous dan membuat aku tak selesa, tapi strangely enough, berkesan.


9) Berdiri sebelah kipas semasa potong bawang.


Aku harap tips ini dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah seperti aku juga!

Saturday, April 12, 2008

Sistem Melayu

Sejak kebelakangan ini, ramai orang suka menyindir Melayu. Malas, dengki, tak sedar diri. Aku pun pernah menulis entri yang mempunyai elemen sindiran seperti yang disenaraikan. Then I remembered the words written by a stranger, someone called Ihsan, on a blog I came across 4 years ago. Dia tulis,


“The Malay system and tradition might not be a good system; heck, it might even be a bad system, but it’s a system that works nonetheless.”


Lebih kurang macam itu lah. Aku tak ingat ayat dia yang sebenar. Mungkin kita terlupa, dalam menghentam kromo sesetengah adat dan tradisi kita yang kurang sesuai untuk dipraktikkan sekarang (melawat bomoh dengan tujuan nak kenakan orang, memberi pangkat tinggi kepada pekerja disebabkan usia yang lanjut dan bukan berdasarkan kelayakan, dsb) bahawa ada juga sesetengah perkara dalam sistem Melayu yang sungguh unik, penuh dengan quirks dan boleh digambarkan sebagai endearing.


1) Seni mengumpat.

Penulis tersebut telah menceritakan bahawa orang Melayu, dalam mengumpat pun ada seninya. Aku bayangkan seni mengumpat adalah seperti berikut:


Aminah ingin mengajak Shelly mengumpat. Dengan sikap pura-pura acuh tak acuh, dia mula membuka topik tentang kawan mereka, Peah. Kemudian Aminah akan melihat petanda-petanda di wajah Shelly yang mungkin akan menunjukkan bahawa dia berminat atau tidak. Testing waters la kiranya.


Kalau Shelly mengerut dahi, terdiam atau memandang serong kepadanya, kepala otak Aminah akan memberi amaran. Retreat! Retreat! Aminah akan cepat-cepat tukar topik atau memuji Peah.


Kalau mata Shelly seakan-akan bersinar dengan malicious joy dan melayan cerita Aminah, Aminah akan cepat-cepat membuat kopi untuk dihidangkan dan mereka akan mengumpat dengan gembiranya.


2) Mahu tapi buat-buat tak mahu.

Suatu petang di rumah Cik Aida.


"Rina, you nak I buatkan you kopi tak?"

"Eh takpe.., takpe, susahkan you je…"

"Eh mane ade susah…I buatkan you kopi eh?"

"Ish takpelah…lagipun I tak leh lama ni…"

"No Rina, I insist. You duduk dulu, I nak pergi buatkan kopi."


3 jam kemudian.


"Eh Rina, dah lewat ni.
You makanla with us. Orang gaji I dah siapkan dinner."

"Ish... takpe, takpe…I tak nak susahkan orang gaji you…"

"Tak susahkan la… dia memang selalu masakkan extra lagipun… I insist, Rina…"

"Eh, seriously…takpe…"


30 minit kemudian, Rina meratah ayam masak merah dengan gembiranya di meja makan Aida.


3 bulan seterusnya, Rina ditawarkan kerja di Eropah. Suatu petang di rumah majikannya:


"Would you like to have something to drink or something to eat?"

"Oh, no thank you," jawab Rina dengan penuh sopan santun. Dia menunggu majikannya menawarkan minuman atau snek sekali lagi.


10 minit kemudian, majikannya datang membawa minuman untuk diri sendiri sahaja.
Rina terpandang jus epal yang diminum oleh majikannya sambil menelan air liur.


3) Sikap merendah diri.


Hanya dalam sistem Melayu ada konsep 'merendah diri dengan cara memuji diri sendiri.'


"Isk. Ko tengok Hani tuh. Mencapub siot. Suka buat-buat pandai dalam kelas. Poyo. Dahla bawak scooter kaler pink. Nak tunjuk kat Azman dia pandai naik motor la tuh. Aku boleh je kalau nak mencapub macamtu. Dulu, aku study kat US. I knew how to speaks English too. Tapi aku tak nak. Sebab aku lagi suka berbicara dalam bahasa ibunda kita. Kat kampung aku, semua orang terkejut aku leh bawak motor. Dorang jarang nampak pompuan macam aku bawak motor. Setakat scooter tu siapa pun boleh bawak. Nasib baik aku takde motor kat KL nih. Kalau tak, mesti aku dah bawak pi kelas. Tapi aku ni low profile. Takdenye nak mencapub macam Hani tuh."


Dan,


"Aku humble. Aku banyak kekurangan.
Aku tak pandai. Tapi aku betul, betul, betul. Dan mereka salah, salah, salah."


Oh ya, yang last tu bukan watak fictional yang aku reka dalam kepala otak aku. Yang itu kata-kata seorang blogger yang menulis bahawa dia merendah diri tetapi telah mendedikasikan satu entri kepada pembacanya tentang attributes yang membuatkan dirinya 'humble' dan pada masa yang sama, mencerca bloggers lain. It’s endearing, you know. Truce?

Friday, April 11, 2008

Sixteen

Puisi adalah sesuatu yang complicated. Terlalu ramai orang tulis puisi tentang putus cinta. Tentang mahu membunuh diri dan tak mahu bangun pagi. Tentang friendship. Puisi senang buat orang macam aku rasa menyampah. Puisi senang membuat orang yang easily impressed rasa terharu.


Dari umur 14-17, aku suka tulis puisi. Lepas itu aku trade poems untuk Maths problems. Pada umur 17, ada orang minta satu puisi aku untuk dipublish dalam majalah sekolah. Untuk kali pertamanya, aku bersetuju untuk mempublish puisi aku di bawah nama sebenar aku. Langkah yang bodoh.


Ini yang tercetak dalam majalah sekolah pada akhir tahun itu:


You were made from vinegar and ice
And everything they despised

Sixteen, without purpose or direction

Incapable of making a decision

It isn’t any revelation
I’m in infatuation

I had found heaven in hell

Philosophy of life in a nutshell


Sixteen, without a conscience
With an infatuation turned into an obsession
I saw you mirroring my reflections
Loved you more for those idiotic reasons
I let my youth go wasted
I saw my future go shattered
But in the end it was you that mattered.


"Ko tulis pasal mamat mana ni?" tanya orang lain.

"Aku tulis pasal dadah la. Ice tu crystal meth."


Semua terdiam.


Aku tak paham kenapa puisi aku kena publish sebelah puisi tentang teenage angst. Semua orang puji penulis itu. Lepas itu, pandang aku dan berkata,


"Err. Poem ko ok jugak. Tapi aku tak paham apa ko tulis."

"Ala… bukan susah pun. First 2 lines tu parody poem 'Girls are made from sugar and spice and everything nice'…"


Semua pandang aku dengan muka keliru.


5 tahun kemudian, aku cuba lagi. Aku keluarkan puisi itu dan tunjukkan kepada kawan aku.


"Do you know what I’m writing about?"

"It’s about your ex boyfriend at 16, kan?"


I give up. I’ve learnt that it’s no use writing about something people don’t understand. Sebab nanti aku sendiri yang akan jadi dramatik dan merungut tak habis-habis tentang how people misunderstood me and all that crap.


Puisi memang complicated.

Thursday, April 10, 2008

Schadenfreude

Dia kata aku tak ada sex life. Memang aku tak ada. I don’t need one. Aku ada banyak kawan dari pelbagai bangsa dan agama yang berkawan dengan aku sebab aku, dan bukan kerana sex life aku. Cina. India. Gadis Eropah yang hot. Lelaki Eropah yang kacak. Gadis Korea. Gadis-gadis Damansara yang dikatakan ‘scene’. Gadis-gadis yang apabila orang seperti dia tengok, akan berkata,


"Pergh! Kalah artis siot."


Aku tak perlu pergi clubbing untuk mendapat kawan-kawan sebegitu.
Mungkin dia hanya pergi clubbing semata-mata kerana ingin mendapat seorang teman wanita seperti kawan-kawan aku.


I don’t need to change my values to be friends with anyone. Dan mereka tak pernah menyuruh aku untuk mengubah values aku. They respect me and my decisions, walaupun it took time adjusting since I decided to make a 360 degrees change in the past few years. Orang yang judge aku hanyalah mereka yang judgemental.


Aku tak perlu tulis pasal seks dalam blog aku. Sebab ianya hanya cakap kosong daripada seseorang yang tidak berpengalaman walaupun sudah dengar macam-macam cerita. Someone else’s story. Aku tak pernah menjejakkan kaki ke dalam disko walaupun membesar di Damansara dan pernah mendiami apartment di atas pub yang sering menjadi host kepada parti-parti liar yang mengupah strippers dari seberang jalan. Selama 2 tahun aku tinggal bersebelahan dengan the red light district. Tak perlu pergi Amsterdam. Aku hanya perlu keluar rumah.


Aku mungkin pernah nampak lebih banyak gelagat manusia yang lucu ketika mabuk dari kamu. Masa Oktoberfest. Masa Fasching. Aku pernah berada di negara di mana mereka minum bir sebagai sarapan pagi. Mereka minum bir macam air.


Dia mungkin ingin bertukar tempat dengan aku.
Di musim summer, gadis-gadis yang cantik suka berbasikal depan rumah lama aku. Topless. Di sana ada FKK- Frei Korper Kultur (ala-ala nudist colony). Beli suratkhabar 50 sen dah boleh nampak gambar perempuan bogel. Parti mingguan di Universiti aku kadang-kadang menghire strippers juga.


Aku tak pernah pergi FKK. Pergi gim pun dah ramai perempuan bogel mandi bersama-sama.


Aku tahu ada yang takkan faham. Sebab mereka mengidam-idam untuk menjadi sebahagian daripada hidup seperti itu. Aku pula, tak kisah. Kadang-kadang aku rasa lonely di sana. Ada lelaki yang mengajak aku keluar, tetapi hanya 3-4 yang benar-benar mahu berkawan. Kalau bukan kerana passion aku tentang sesuatu subjek, tak mungkin aku ada banyak persamaan dengan sesiapa.
I found that to be true almost everywhere, even in my motherland. But I know there are others who share similar experiences as me and truly understand the meaning of sticking to your own values, opinions and choices.


Ini keputusan aku. Untuk menjalani hidup seperti ini. Maybe only those who have the privilege of choosing will truly appreciate having choices.


Jadi, kamu faham kenapa aku tak mungkin akan tulis pasal sex dalam blog ini, kan?


Schadenfreude. Tak ada terjemahan tepat untuk perkataan itu dalam Bahasa Inggeris yang mengandungi 300,000 patah perkataan dalam kata kosanya.

Wednesday, April 9, 2008

Untuk Surirumah Sa-Malaya #1

Sudah masanya aku berhenti menulis tentang golongan masochist yang menganggap blog aku sebagai perverse pleasure mereka- yang sudah tahu isinya bakal menyinggung perasaan mereka, tetapi tetap juga berkunjung. Aku hanya mahu menulis tanpa perlu risau. Tanpa memikir tentang golongan fascist yang sedang menunggu untuk aku mengeluarkan ayat yang ada elemen politically incorrect supaya mereka dapat menerkam.


Memang ‘bajet’ kan ayat di atas? Macamlah pengunjung blog aku beribu sehari. Aku pun tahu aku bukan penulis yang sempurna dari segi tatabahasa, struktur dan kandungan; major aku dahulu pun kejuruteraan (pengakuan #1). Aku baru tahu siapa Voltaire. Tapi kalau berbicara tentang Fubini, aku mungkin dapat berkata dengan yakin,


“I’m familiar with his work.”


Ini kisah tentang seorang surirumah.
If you’re searching for controversy, there is none.


Ibu aku adalah seorang surirumah in the truest sense. Kami tidak percaya kepada konsep orang gaji. Bukan tak mampu, tetapi we tend to distrust strangers. Masak 3 kali sehari, cuci satu rumah, buat laundry dan mampu menjahit baju Kedah dan baju kurung sendiri, di samping melayan karenah suami dan anak-anak. Mungkin ibu kamu pun seperti ini.


Ada teori yang mengatakan kita tidak akan menyimpan apa-apa memori tentang apa yang berlaku sebelum kita 5 tahun. Tetapi aku ada memori di mana ibu aku, yang kurang fasih berbahasa Inggeris dan tidak tahu definisi metafora, akan meriba aku semasa aku berusia 4 tahun dan membacakan Aesop’s Fables. Aku benci Bahasa Inggeris. Aku benci kisah-kisah yang bermoral.
Pada umur 4 tahun, aku tak dapat grasp konsep sour grapes. Aku berusaha untuk melarikan diri dari riba ibu aku. Cuma sekarang aku baru sedar betapa bijaknya langkah ini – membacakan kepada anak cerita-cerita bermoral seperti Aesop daripada membeli buku-buku yang berjudul 'Anak Arnab yang Bernama Si Comel’ dan 'Kisah Monyet yang Mencuri Pisang’.


Aku ada memori membawa bekal cokodok ke sekolah hingga aku darjah 4. This is unheard of, memandangkan aku membesar di Damansara (pengakuan #2). Ibu aku berusaha menggoreng cokodok di pagi-pagi buta dan meletakkan ke dalam Tupperware untuk dibawa sebagai bekal ke sekolah. Biasanya ibu aku akan melapikkan Tupperware itu dengan tisu dahulu, supaya minyak dapat diserap. Tapi pada pukul 9.20 a.m., semasa waktu rehat, aku membuka Tupperware, cokodok sudah menjadi soggy. Cebisan tisu akan melekat kepada cokodok, akibat menutup Tupperware sejurus selepas meletakkan cokodok yang masih panas ke dalamnya.


Kadang-kadang aku rasa malu kerana terpaksa membawa bekal. Budak-budak lain bawa RM2 sehari. Mereka dapat membeli Paddle Pop warna warni. Mereka dapat membeli nasi lemak di kantin. Tapi perasaan malu itu lama kelamaan hilang. Rakan sekelas selalu menunggu untuk aku mengeluarkan bekal dari beg. Sekali Tupperware itu sudah dibuka, 8 tangan akan menghulur serentak ke dalam bekal untuk mengambil isinya. Mereka suka cokodok mak aku. Mereka kata ibu mereka tak ada masa untuk menggoreng cokodok. Maka ibu aku selalu hairan mengapa walaupun meletakkan 30 cokodok dalam bekal sekalipun, akan tetap habis. Dan aku masih kurus keding macam tak cukup makan.


Ya, hari ini, pemilik tangan-tangan tersebut sudah berjaya membikin filem indie, belajar ‘overc’ dalam jurusan masing-masing dan memakai baju yang direka Roberto Cavalli.


Kadang-kadang orang luar suka memuji kami. Pandai macam bapa, mereka kata. Aku akan kerut dahi. Yang aku baca, IQ itu diturunkan oleh genetik ibu, bukan bapa.


Dan contrary to the misconception bahawa surirumah tidak mempunyai pilihan lain, ibu aku major dalam Textile Technology sebelum dia berkahwin.


“Sebab tu Mak tahu kain-kain tu material apa bila shopping,” dia pernah berkata sambil tersenyum.


Kadang-kadang kerjanya terlalu overwhelming. Dia akan duduk di depan mesin jahit dengan wajah keliru, seolah-olah terlupa kenapa dia berada di situ.
Semua orang mahu marah-marah. Aku pula pada usia yang muda seorang yang demanding. Begitu juga yang lain. Bangun-bangun, mana sarapan pagi? Kenapa mak tak jahit lagi seluar saya yang berlubang semalam? Kenapa susu dalam peti sejuk ni dah habis? Kenapa baju sekolah saya tak diseterika lagi?


Kalau ada anak-anak macamni, memang rasa nak terajang kan? Tapi ibu aku diam saja. Mungkin dia tertanya macam mana dia boleh tercampak dalam situasi sebegini. Dia cantik.
Dia pandai. Today, at 51, she looks like she’s still in her 30s. Akibat tidak pernah memakai mekap.


Ya, aku pun tak faham kenapa ada lagi golongan yang masih mahu menghina surirumah. Memandangkan mereka membuat kerja mereka secara sukarela. Tanpa bayaran seperti orang gaji. Kalau ibu kamu bukan surirumah pun, tentu sekali nenek atau moyang kamu seorang surirumah.


So, unless you can cook, sew, bake, plant, iron, take care of screaming brats and a grown up man, do your and other people’s laundry and take care of household finances, treat and talk of them with respect.


Dah, aku nak teman mak aku pergi Giant.