Aku memang sangat free harini. Bawang semua sudah dikupas, ditumbuk dan disimpan dalam peti sejuk.
Soalan yang aku selalu dapat dari pembaca di emel adalah ini:
"magenta ni berapa tahun sebenarnya? hehe"
Aku cakap 22. Mereka tanya lagi. Aku cakap aku cikgu yang dah pencen yang berumur 56 tahun dan ada tiga anak. Mereka seolah-olah suka dengan jawapan ini.
Hanya masyarakat kita akan menganggap sesiapa yang berumur 22 tahun itu masih budak. Sebabtu mereka ingat Sufiah Yusuf adalah seorang bayi yang perlu diselamatkan.
Dudes!
Blake Ross, co-creater of Mozilla web browser, berusia 23 tahun.
Mark Zuckerberg, Facebook founder, berusia 23 tahun.
Alexander Levin, yang memiliki domain Image Shack, berusia 23 tahun.
Matt Mullenweg, founder Wordpress, berusia 24 tahun.
The founders of Google were under 25 when they first came up with the idea.
Boleh sambung lagi, tapi dah kurang bersemangat. All I did today was eat Maggi, read a bunch of emails and write this. These people make me feel like shit.
Tak apa. Paul Cezanne, Mark Twain, William Butler Yeats, Alfred Hitchcock dan Irving Berlin hanya produce their greatest work semasa umur mereka 50 ke atas. Clint Eastwood mula direct filem selepas umurnya 40 tahun. Menang Oscars masa usianya 62 dan 74. Now I feel much better.
Age is just a number. It’s never too early or late to start something. Kenapa mahu umur menghalang kamu daripada berbuat sesuatu? Kita selalu ada pemikiran seperti,
"Aku ni, dah 30 tahun. Nak belajar main piano, tapi mesti dah terlewat. Ah, malaslah! Nanti anak aku gelak kat aku."
Atau,
"Anak aku ni baru 7 tahun, mampukah dia belajar tentang sejarah dunia? Mampukah otak dia terima Algebra?"
Why not? Kalau mahu mengajar bahasa, usia itulah paling bagus untuk mula. Sebab masa itulah otak dia dapat menerima paling banyak ilmu.
It’s a sad society that we live in. Aku diperli kerana suka mempersoalkan segalanya dan dipanggil thinker. Kita merasakan membaca itu hanyalah untuk nerds. Orang yang pandai semestinya hodoh dan tak ada life. Buku-buku dijual dengan harga yang tak masuk akal. Tak ada konsep garage sale untuk jual buku. Kedai buku yang murah tak banyak.
Aku teringat kehidupan keluarga aku dahulu, yang selalu mengutip perabot yang orang buang akibat kesempitan wang. Tilam tak ada kayu. Tapi ayah aku selalu membawa balik sekotak buku yang semuanya kelihatan usang dan sudah terkoyak.
Tak ada cara lain nak perbaiki hidup ini, kecuali dengan menimba ilmu. Agama itu tergolong dalam ilmu juga. Sebab itu Hadith menyaran kita menimba sebanyak ilmu yang mungkin. “Tuntutlah ilmu sampai ke negara
Education dalam negara ini mendapat approach yang salah. Creative thinking tak diberi peluang. Akibatnya, tiap-tiap tahun kita produce thousands of robots who get 10 As but have no clue who Charles Dickens, Picasso or Marco Polo were.
Kenapa? Sebab kalau pelajar membetulkan kesalahan guru dia dipanggil kurang ajar. Bukan membetulkan di depan pelajar lain, tetapi in private lepas kelas sudah tamat.
“Kamu ni tak hormat orang tua ke?”
Semua subjek bahasa perlu ada format. Tak boleh pandai-pandai reka isi. Kena ikut isi yang ada dalam skema jawapan. Kalau tak sama, kosong markah. Kalau tulis karangan Saya Sebatang Pen, kena berasal dari kilang. Kesudahan mesti pen itu disimpan dalam laci atau dibuang dalam tong sampah. Tak boleh tertelan oleh pelajar yang kemudian terpaksa menjalani operasi pembedahan dan kemudian disimpan dalam balang archive.
Education macam ini, macam mana nak dapat minda kreatif dan innovative? Minda yang dapat mencipta sesuatu yang baru. Bila paku mula nak naik je, mesti ada tukul yang cepat-cepat nak hentam.
Aku bukan seorang budak 22 tahun yang matang. Aku seorang dewasa 22 tahun yang tak memberi ruang kepada sesiapa untuk mengawal pemikiran aku. Dan aku tak percaya kepada sistem education yang lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Sebab itu aku percaya kanak-kanak tak perlu belajar sehingga tak ada masa untuk bermain untuk jadi cerdik.
Lagipun kalau aku nak tipu, aku takkan pilih umur 22. Aku akan pilih umur macam 13 atau 56.
23 comments:
gua selalu bengang pasal sistem pemarkahan tuh.
kata soklan pemahaman,bergantung pada pemahaman sendiri tapi bila jawab ikut pemahaman sendiri kena tolak markah sebab tak ikut skema jawapan yang disediakan.
sungguh shit.
dan manusia selalu ada pemikiran tertentu tentang satu-satu hal,expect semuanya mesti mengikut apa yang diorang expect.
umur sekian-sekian kena berfikiran sekian-sekian.
manusia stereotype dengan pemikiran stereotype yang menstereotype semuanya.
It's quite a common sight, especially among asians, that members of a society give up their individuality and conform to what the society dictates ie: become sheeps.
This is one of the characteristics of asian culture methinks.
And our education, so very unfortunately, further strengthens this culture instead of getting rid of it.
berfikir dan mempersoalkan adalah 2 perkara yang menjadi taboo dlm masyarakat kita, padahal mempersoalkan itu asas kpd pembelajaran. sbb itu kanak2 sentiasa bertanya - sbb mereka secara semulajadinya dlm fasa pembelajaran yang kritikal. mentaliti masyarakat dan sistem education membunuh sifat itu dan melahirkan robot2 yang bersungguh2 mengikut program. celaka.
sbb itu takde org faham agama. sbb tak boleh persoalkan. terima bulat2.
oh, btw, ahli2 hadis terkemuka (pls ask for details) berpendapat hadis 'tuntutlah ilmu walau ke negeri china' itu statusnya palsu.
thank you for another good entry. (:
Apa yang lebih penting selain dari umur dan IQ seseorang adalah ukuran EQ nya. Magenta menunjukan EQ yang tinggi dari penulisannya. EQ merujuk kepada keupayaan mengenal perasaan kita dan juga perasaan orang lain. Keupayan untuk memotivasi diri sendiri dan keupayaan mengawal emosi dalam diri kita dan dalam perhubungan. Keupayaan ini adalah lain dari dari kepandaian akedemik walaupun ada kaitan rapat. Kepandaian akedemik inilah yang diukur oleh IQ. Ramai mereka yang tinggi IQ tapi kekurangan EQ bekerja untuk mereka yang ber EQ tinggi dan ber IQ rendah.
Dalam perhubungan juga dijangka wanita yang mempunyai EQ yang tinggi akan lebih selesa dengan lelaki yang sama tinggi kerana ia berkaitan rapat dengan kawalan emosi walau terdapat perbezaan umur.
broken nigina: Hahaha. Rumusan BM lagi bodoh. Kena ada 3 isi tersurat, 3 isi tersirat. Semua isi kena sama dengan skema jawapan. Kalau tak sama, tak dapat 2 markah each.
47: Mmmmbekkkkk. Schade, schade.
ledisordre: Oh ok. I'll look into it. Pasal tuntut ilmu sehingga ke China tu aku tak pasti, ada pembaca pernah komen macamtu in an old entry. Tapi maksud dia aku harap orang dapat tangkap lah. Cari ilmu jangan ada batasan. Memang Islam sarankan umatnya cari sebanyak ilmu yang mungkin. Ni tak silap aku ada dalam Sahih Bukhari. Nanti aku cuba cari quote dari hadith tu.
And thanks for your comment. :)
LTDP: Hmmm, terima kasih atas pujian melambung. Tapi aku tak pasti EQ aku berapa.
pada umur 22 tahun, anda owner vinegar dan ice.
eh, ade jawatan kosong co-owner tak?
hehe.
Ha ha ha. Tak baik gelakkan orang. Rugi aku tak save haritu.. heheh.
for me age is deadline
set achieveable target...moving forward
for now...deadline would be 30 years old
betul tu,be proud of what you do...master in what you do...belajar belajar belajar
hehe, so kita sebaya la.
(does this mean my blog is so immature? Gosh!)
And I'm still kinda sad that I haven't yet found my soulmate. Ngeh2.
Aku selalu ngaku lagi tua dari umur sebenar. sbb aku macam bdak2. anyways, 21 years old, still study, no life, juz study2 untill i die. hoho. umur 21 da leh masuk penjara dewasa kan? yeay!
im 17, and i feel like im too old to do, well, anything.
i should've started composing like, 5 years ago.
now i feel like im too old to learn engineering.
saya respek kak magenta, kerana pada umur 22 pun dah dapat banyak pengalaman.
I've been blaming and babbling about the very-not-good-attempt-to-not-curse malaysian school system. Sent a decent letter to NST on the readers letters section whatever they call it, dont know if it made it to the finals.
Oh i forgot, the letter was about voting at 18. Maaf, maaf, tak ada kaitan.
Dispose of the gila-skema-jawapan system. Light your torches and bring your pitchforks for we are going to overthrow the Kementerian Pendidikan.
No that's not right.
am i showing off? if i sound like i did(am, whatever) please delete this comment.
i should stop randomly get off-topic and babble about something else on somebody else's blog.
the thing about being 17 like me, a minor, is that no one ever takes me seriously. i'm sure you've experienced all that shit before.
if someone's thoughts and ideas can be taken for granted just by looking at someone's age as a factor, then the society will continue to live in intellectual deadlock forever.
oh. lupa. ni kan malaysia. heh.
Hey stop it you u 17 year old ladies...17 is not young you know for a woman..yeah...face it you all are grown up woman..
Martina Hingis adalah pemain tenis wanita No 1 dunia pada umur 16 tahun...
Tracy Austin juara US Open pada umur 16 tahun 9 bulan.
Monica Seles juara French Open pada umur 17 tahun
Di Iran pompuan 9 tahun dah boleh dikahwinkan secara sah tahu tak...10 tahun dah beranak...
hahaha...see what u miss by not living in Iran..hmmm..or I miss?
erm: Ha! Kamu tak keluar topik. Hehehe.
dayana: No,not really. I think you're one year younger than me. I was born in 1985.
I won't advise anyone to be like me. I'm bitter. So no, your blog is not crap.
Haha he'll come.
am: Burung di dalam sangkar, terkurung.
takahara: Haha,tak jadi puasa internet ke? Actually, I wasn't quite as matured as you are at 17.
But I agree setting the torches on sistem skema jawapan!
iqanabeera: I believe those are the same people who believe in 'children should be see, not heard.' What if that kid is Adiputra eh? Haha.
I don't talk to adults much. Haha. So, I'm not being judged as much.
realist: Hey, don't freak them out!
puasa, batal. atas sebab-sebab tertentu. ganti whenever i can.
'Actually, I wasn't quite as matured as you are at 17.'
HECK NO YOU ARE LYINGSSZZ.
atau mungkin kak magenta berjaya mematangkan diri dalam masa, say, 5 tahun atau kurang?
uber...with the two dots on top.
hidup diletak asas pada ukuran berapa kali bumi beredar keliling matahari masuk dalam wilayah tahyul. hidup seseorang, realiti dirinya ialah apa yang ditempuh dan alami.
lupa nak bagi salam kat atas, sebelum ini pernah baca-baca di sini, tak pernah komen. ok salam.
saya pernah lupa umur sendiri ketika nak isi borang. tapi saya ingat tarikh lahir. sebab saya menguasai aljabar mudah saya boleh kira ambil tahun semasa tolak tahun lahir. saya tak percaya angka sama dengan sebab saya ingat saya lebih muda 2, 3 tahun dari itu. macam mana pun tak jadi hal, saya bawa hidup bebas dari bilangan bumi keliling matahari sejak saya muncul.
takahara: I ARE NOT LAIYINGZ! Yes, to the latter.
perayau: Wassalam dan selamat datang. Cantiknya bahasa kamu.. Kamu penulis sastera ke, perayau?
wooooh, that is teh fast.
if i keep on using them misspelled words them kids nowadays usually use, i'll be like a normal, uhm, kid.
dang i dont like normal.
tidak. tak pernah ambik satu paper sastera pun dan tak pernah tulis novel.
aku kasihan dengan kanak-kanak sekarang. seawal usia 7 tahun sudah dipaksa ke tusyen bahasa, matematik atau sains. untuk mendapat A dalam subjek-subjek itu 5 tahun lagi. mereka sudah terlepas masa bermain, masa meredah semak dan parit, masa berkawan. alangkah rugi-nya! aku secara am nya memang tidak bersetuju dgn cara pendidikan kita yg lebih mementing-kan mereka yg berjaya mendapat A terbanyak. setiap org ada bakat dan kemampuan yg berbeda. bagaimana dgn yg gagal? di leter dan di pandang sebelah mata, seolah dia tidak berusaha. segala usaha dan penat lelah budak itu di nafi-kan sama sekali. hanya kerana dia tidak secemerlang rakan-rakan lain. hey, aku pernah merasai saat itu.
secara jujur-nya, setiap nukilan kamu ade maksud yg tersendiri. sering membuat-kan aku terfikir. dan lenggok bahasa kamu juga bagus. mungkin kamu sudah biasa dgn pujian sebegini. tp aku kena lontar-kan juga, walaupun hati berdetik tidak perlu. aku paut-kan blog kamu ke blog aku yg masih mentah. sekadar untuk mengikuti dan berfikir. mohon dipermisi. fuh!ini-lah komen yg paling pjg pernah aku tulis. maaf kerana memenuh-kan kotak komentar ini.
"Sebab itu aku percaya kanak-kanak tak perlu belajar sehingga tak ada masa untuk bermain untuk jadi cerdik."
sgt setuju. edu system msia sgt mementingkan exan. ntah knp. budak-budak dah xbalance lg sekarang. main outdoor semua xreti. mak bpk sibuk nk anak dpt no 1 padahal xdapat pun praktikkan kt real life. budak-budak yang sopan dan hormat org tua tapi agak slow learner dianggap bodoh and xguna daripada budak yg dpt no 1 dlm kelas tp kurang ajar ngn mak bapak.
WordCamp Indonesia 2010 sebentar lagi akan berlangsung pada hari Sabtu, 30 Januari bertempat di Auditorium Universitas Gunadarma. Jangan lewatkan ^_^
LIKE.
Post a Comment